SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Ahad, 26 Februari 2012

Pakatan bentang usul tergempar hentikan Lynas- Anwar

KUANTAN 26 Feb: Pakatan Rakyat berikrar akan membentangkan usul tergempar di parlimen untuk menghentikan operasi kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang.
Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Hijau di Padang MPK4 Kuantan, pagi ini.
“Pakatan akan buat usul gempar mengenai bantahan anti-Lynas kepada kerajaan Malaysia,” kata Anwar Ibrahim sewaktu bercakap kepada lebih 10,000 peserta Himpunan Hijau.
Bercakap lanjut, Anwar menyifatkan kerajaan Pahang dan kerajaan Persekutuan  tidak menghormati rakyat apabila memberikan lampu hijau kepada syarikat dari Australia itu untuk beroperasi di Kuantan.
“Pemimpin Umno tak hormat kepada rakyat, (mereka) hanya tahu duit, duit, duit,” kata Anwar.

Justeru, Anwar memberi jaminan bahawa operasi kilang itu pasti akan dihentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya kelak.
“Apabila Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya, kita batalkan projek Lynas,” kata Anwar.
Himpunan Hijau yang berlangsung di Kuantan, Pahang dan juga Maju Junction, Kuala Lumpur hari ini bertujuan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Material Plant.
Operasi kilang itu dibantah kerana sisa nadir bumi yang diproses dipercayai bersifat radioaktif dan membahayakan kesihatan.
Di Kuantan, terdapat lebih 10,000 orang berkumpul membantah operasi Lynas sementara di Maju Junction, Kuala Lumpur pula kira-kira 500 orang membantah operasi kilang itu.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA