Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan."Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan, hari ini.
Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.
"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya.
Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat."Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian.
"Kita (kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," katanya.
- Bernama
Bg aku...kalu fakta saintifik yg mem buktikan loji Lynas selamat....ttp dari pengalaman...jika ia adalah sentuhan UMN/BN....maka fakta itu tidak boleh dpercayai.....kerana radioaktif adalah suatu bahan yg sgt membahaya......kita tidak boleh brharap walaupun keberangkalian pencemaran itu satu per 1 juta pun kerana kita sudah mengetahui bhw kerosakan yg akan rakyat rasai dan alami bila hal pencemaran itu terjadi....oleh itu...utk memastikan kebrangkalian itu terjadi...kita tak harus...membenarkan sumber pencemaran itu berada di negara kita....lebih2 lagi dgn sentuhan keraaajaan korup UMNO/BN nie........pastikan PRU nanti...ABU dilaksanakan......
BalasPadam