SAYA tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan Mufti Perak yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah "menggadaikan akidahnya" kerana menghadiri perayaan Thaipusam di Batu Caves.
"Menggadaikan akidah" adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik?
Kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu FATWA yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggung jawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini.
Hal yang berhubung dengan akidah bukanlah perkara mudah kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri, dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang itu dengan sendirinya menjadi tidak mukmin dan tidak Islam, syirik dan kafir.
Apakah pengertian ini yang dimaksudkan oleh Mufti Perak dengan ungkapan itu? Juga kenyataannya tentang perbuatan syirik yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu.
Hal ini menjadi lebeh ringan sekiranya maksud menggadaikan akidah itu ialah melakukan satu perkara dosa terhadap Allah dan Rasul-Nya, kerana orang yang berdosa itu tidak akan rosak akidahnya dengan hanya melakukan dosa selagi tidak terang-terang melakukan perbuatan yang merosakkan akidahnya.
Hal inilah yang perlu diperjelaskan supaya umat Islam tidak menjadi keliru dengan fatwa Mufti Perak tentang orang Islam yang menyertai perayaan tersebut.
Mungkin Jakim, Majlis-majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, malah DYMM Raja-raja Melayu sendiri sebagai Ketua Agama Negeri perlu segera mengambil tindakan bagi membincangkan fatwa Mufti Perak ini dan memberikan keputusan yang muktamad dalam isu ini.
Isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam kita. Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil, seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang.
Hal yang fundemental bagi seorang Islam. Hal ini merupakan fatwa untuk seluruh negara dan seharusnya mendapat ijmak ulamak di negara kita ini, terutamanya kerana kita mempunyai institusi dan agensi agama yang berotoriti.
Sebab itulah telah saya katakan di atas, saya, sebagai seorang individu, tidak dapat menyokong atau membangkang fatwa seorang Mufti. Namun fatwa seorang Mufti tidaklah seharusnya mencerminkan fatwa negara seluruhnya kerana kita mempunyai badan agama dan institusi raja-raja yang merupakan institusi agama di seluruh negara kita ini.
Jawapan yang rasmi terhadap fatwa yang tersebut haruslah disegerakan, kerana fatwa ini mungkin mengelirukan umat Islam di negara kita keseluruhannya, sekiranya tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan oleh Majlis Raja-raja sendiri.
* Datuk Dr Ismail Ibrahim merupakan bekas Ketua Pengarah Ikim dan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi
Tak kenal ke kita siapa Dr Ismail Ibrahim ni? Dari dulu lagi pandangan yang dikeluarkan oleh beliau tiada yang memandu kita kepada penjelasan. Takut dan kecut telur untuk memberi pandangan kritis terhadap pemimpin. Sudah lah datuk! main telur je kat rumah tu lagi baik!! Penakut!!!
BalasPadamKan mufti tu dilantik oleh Sultan berdasarkan kewibawaan dia dlm menilai satu-satu perbuatan/langkah menurut ilmu Islam....habis tu apa nak dipertikai lagi.......kalu nak jadi Syaitan Bisu tu...jadilah Dr ooooiiii.....jgn nak mengelirukan org pulak.....
BalasPadamBiasalaaa, Dia masih nak cari makan, kot kot boleh jadi duta kat Jordan pulak.
PadamKita jangan mudah melemparkan kata-kata yang diluar bidang kita bukankah dinegara kita ada ketua
BalasPadamagama macam negeri selangor tu itulah akibatnya bila orang ada ilmu Agama hendak beri tazkirah dilarang , Ha sekarang PM sendiri sudah tidak tahu hendak membezakan antara perayaan agama dengan perayaan yang bukan bersangkut paut dengan agama , kemanakah perginya ulama-ulamak yang kuat membela hukum-hukum Allah tu ? minta penjelasan segera kerana kalau kata PM jahil marah tetapi kata bodoh tak pa pulak wal hal jahil dengan bodoh tu sama saja maknanya
KALAU KENA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT.....MESTI KENA HENTAM HABIS-HABISAN...MINTA DOKTOR ISMAIL RUJUK DOKTOR HASAN ALI KALAU NAK TAHU SAH KE TIDAK....
BalasPadamnak komen tanpa nama atau id .....baik tak usah ... elok di perjelaskan maksud Mufti Perak ni ....agar masa mendatang tiada pemimpin islam melakukan lagi.
BalasPadam