BANYAK negara mempunyai taburan hujan yang baik. Tetapi, negara kita sejak akhir-akhir ini mengalami ‘ta
buran wang’ yang kian menjadi-jadi daripada Kerajaan Umno-BN.Pada 8 Feb lalu, Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan peruntukan RM2 juta (asalnya RM1.5 juta) bagi menubuhkan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di PWTC, Kuala Lumpur.
Pengumuman dibuat pada majlis perjumpaan dan penyampaian bantuan khas kepada 2,500 kumpulan pertama bekas kakitangan kontrak Kemas. Mereka menerima durian runtuh RM3,000 seorang sebagai menghargai perkhidmatan melebihi lima tahun. Ganjaran itu disampaikan dalam bentuk replika cek kepada pengerusi persatuan bekas anggota Kemas negeri-negeri.
Najib turut menyampaikan anugerah kepada tokoh-tokoh Kemas. Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, Mohd Shafie Apdal; Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam; dan Presiden Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM), Melati Ali.
Dana tersebut menepati kenyataan Najib dalam Belanjawan 2012. Penyampaian replika cek perkara biasa. Ia juga janji. Tetapi, mengapa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, dan adakah wang tersebut benarbenar ada?
Yang menarik, selain makan malam, RM20 seorang, dan pelbagai cenderamata, teks salawat dan ikrar anggota Kemas membantu kemenangan BN dalam PRU13, disertakan juga dua komik kecil, iaitu “Kalau Pakatan Memerintah...” dan “Transformasi vs Reformasi”.
Komik-komik 20 halaman itu memperlekeh Pakatan Rakyat.
Antara contoh kecaman dalam Kalau Pakatan Memerintah... yang memainkan isu perkauman, ialah “Kalau Pakatan memerintah... Ketuanan Melayu akan terancam” yang digambarkan menerusi karikatur Lim Guan Eng menolak bahan-bahan simbol ketuanan Melayu dengan bulldozer sambil berkata, “Ini semua talak guna punya barang!” juga dipaparkan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Hadi Awang dengan kata-kata, “I follow...”
Kemudian, “Kalau Pakatan Memerintah... Raja-raja Melayu akan jadi bahan sendaan.
Sekarang pun mereka dah berani guling-guling memprotes titah raja, bayangkanlah kalau mereka berkuasa; hak keistimewaan Melayu akan hilang. Sekarang pun mereka dah pertikaikan, apatah lagi kalau mereka dah berkuasa, dan konsep ketuanan rakyat mungkin dilaksanakan... maknanya, jadi republiklah tu.”
Menerusi
, Lim Kit Siang berkata, “Sekarang semua orang boleh jadi PM! Saya boleh jadi PM, anak saya boleh jadi PM, cucu cicit saya boleh jadi PM! Hahaha!”Seterusnya, “Bumiputera akan merempat dan mengemis di bumi sendiri menerusi” lukisan seorang lelaki Melayu bertanya kepada seorang lelaki Cina, “Ini tanah rezab Melayu, boleh kasi tumpang buat rumah atas ini tanah ka tauke?” Dijawab lelaki Cina, “Rezab Melayu? Itu lama punya cerita maa ...”
Kemudian, lukisan seorang lelaki bukan Melayu berkata, “Tengok saya punya semangat Malaysian. Driver Melayu, office boy Melayu, kerani Melayu, tukang kebun Melayu, cleaner Melayu!” (dalam hatinya berkata, ‘Eksekutif level, kita sapu la! Hehehehe’).
Dalam “DAP jadi boss, PKR dan PAS pencacai!” dipaparkan karikatur Guan Eng yang berkata kepada Anwar yang duduk di atas Ustaz Hadi di gelanggang tinju sambil menghisap cerut, “Kerja lu orang gaduh sama Umno saja!” Dan “semua perkara kena rujuk dengan DAP dulu”, menerusi karikatur Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang berkata, “Boss, kita mau ...”, tetapi dipintas Kit Siang dengan herdikan “No way!”
Contoh dalam ‘Transformasi vs Reformasi’ pula, antaranya ialah ‘Tranfromasi Najib’ berjaya membasmi kemiskinan tegar menerusi animasi taklimat seorang pegawai kepada Najib, “Sehingga Disember 2010, 44,643 isi rumah miskin tegar telah berjaya dihapuskan”.
Sementara ‘Reformasi Anwar’ berjaya melahirkan manusia-manusia ‘ketegar’ yang tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang, serta ‘Transformasi Najib’ memperkasakan pasukan polis dan agensi penguatkuasa lain, tetapi ‘Reformasi Anwar’ memperkosa imej polis dan agensi-agensi lain dengan fitnah yang berterusan.
‘Tranformasi Najib’ dengan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, berbeza dengan ‘Reformasi Anwar’ dengan “Putrajaya didahulukan, rakyat digula-gulakan”. ‘Transformasi Najib’ bakal menyaksikan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020, berbanding ‘Reformasi Anwar’ menyebabkan ramai orang tak bekerja atau hilang kerja menerusi lukisan seorang ketua memarahi pekerjanya, “Asyik-asyik ceramah, demo, ceramah, demo ... kerja yang disuruh tak pernahnya siap. Now, you’re fired!” Seterusnya, ‘Transformasi Najib’ digambarkan berjihad memerangi kemiskinan, sementara ‘Reformasi Anwar’ memperalatkan orang miskin untuk tujuan jahat.
‘Transformasi Najib’ dikatakan bermatlamat menyedia dan membaik-pulih 50,000 rumah di pedalaman menjelang 2012. 16,000 telah dibina dan dibaik pulih pada 2010, sedangkan ‘Reformasi Anwar’ dikatakan bermatlamat meracun otak setiap isi rumah bagi mencapai cita-cita politiknya.
Kemudian ‘Transformasi Najib’ ditonjol sebagai memajukan industri peruncitan dan pemborongan., sementara ‘Reformasi Anwar’ dilabelkan memajukan industri pembuncitan dan pembohongan.
Dengan tujuan memperlekeh, dan menghina, jelas sekali budaya politik pemimpin Umno-BN yang memualkan dan pembohongan mereka amat jelas dalam komik-komik tersebut. Mereka menyalahgunakan seni lukis dan komik!
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA