SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Rabu, 15 Februari 2012

Homs, Syria Sedang Bermandi Darah

Oleh: ustaznik

"Kebangkitan rakyat Syria berterusan, belum berhenti dan tidak mungkin boleh dihentikan. Ketika Presiden PAS datang ke DUN Kijal bagi merasmikan pelancaran jentera PRU 13 tidak lama dahulu, saya sempat bertanya kepadanya tentang kebangkitan rakyat Syria. Jawabnya: ‘Tidak ada tanzim (organisasi Islam yang diiktiraf seperti Ikhwan) yang urus. Pemimpin gerakan Islam Syria bergerak dari luar.’ Tak sempat bercakap panjang kerana masa tidak mengizinkan.

syrian dream

Ia agak membahayakan. Saya mendengar nama Sheikh al-Yaaqubi, melihat wawancara dan mendengar ucapannya, tetapi beliau tidak bergerak di atas tanzim yang diiktiraf tadi.
Kebangkitan rakyat Syria menyambung kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan lain-lain.
Terbaharu, bandar Homs (video-youtube) di utara Damsyik dihujani peluru atau bom dari tentera Syria. Dalam sejarah, kalau tak silap, Homs dan Halab adalah di antara bandar yang kuat gerakan Islamnya. Pernah dibom oleh tentera Syria di zaman Hafiz al-Asad, bapa kepada Basyyar al-Asad sekarang kerana mahu menghancurkan Ikhwan ketika itu. Kebangkitan rakyat akan terus berlaku di Syria. Bukan sahaja Homs bahkan seluruh Syria. Darah juga akan terus tumpah sebagaimana ia telah tumpah sekarang dengan banyaknya. Pemimpin umat Islam samada Liga Arab, OIC atau lainnya masih lagi berbincang dalam keadaan orang awam, rakyat marhaen dan kanak-kanak terus menjadi mangsa.
Nabi SAW menyebut dalam hadis akhir zaman Nabi Isa akan turun di timur Damsyiq.
Bilakah datangnya pertolongan dan kemenangan dari Allah itu?

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA