SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Isnin, 27 Februari 2012

‘Cina Api’ wakili masyarakat Tionghoa sokong PAS

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
PASIR PUTIH: “Saya pernah beritahu kepada Tok Guru Presiden PAS, tolong doakan saya. Saya ‘tok sir’ (thttp://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/presiden.pngidak mahu) mati lagi selagi Islam dok menang. Bila Islam menang barulah saya bersedia untuk mati,” kata seorang warga emas Tionghoa, Lee Ting Wan.
Beliau lebih dikenali sebagai ‘Cina Api’ berusia 67 tahun bekerja sebagai tukang jahit pakaian di Bandar Jertih, Besut sejak lebih 40 tahun lalu.

Katanya, masyarakat Tionghoa di Besut tidak menjadi masalah untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, keyakinan rakyat kepada PAS lebih baik berbanding dengan Umno dan BN yang memerintah Terengganu.
“Saya dan kawan-kawan Cina lain tidak jadi masalah untuk sokong PAS. Sejak saya muda lagi sampai sekarang undi pangkah PAS ‘sokmo’ dan lawan Umno-BN. “Pilihan raya kali ini saya yakin PAS boleh menang semula negeri ini macam tahun 1999 lalu,” tegasnya

Beliau yang juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Besut ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu menyeru seluruh rakyat di negeri ini menolak Umno dan kerajaan BN.
Katanya, kerajaan BN Terengganu mesti ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang bagi menyelamatkan negeri dan negara daripada bankrap.
“PRU13 ini, saya minta semua rakyat di Terengganu ini sokong PAS dan tumbangkan Umno-BN daripada kerajaan.
“Kerajaan BN mesti ditukar untuk selamatkan negeri dan negara Lee Ting Wan atau dikenali ‘Cina Api’ bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Sweet Beach Resort, Semerak Pasir Putih, Kelantan.
kita daripada bankrap di masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya PAS Kawasan Besut oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Sweet Beach Resort, Semerak Pasir Putih, Kelantan.
Antara pimpinan PAS yang hadir pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, Setiausaha Muslimat PAS Terengganu, Raja Endut Raja Abdul Rahman dan Adun Limbungan Kelantan,

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA