Jumaat, 30 Disember 2011

Kes NFC: Ini Wayang Ke Apa? Boleh Tersenyum Girang Bila Kena Dakwa?


Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

PAS Negeri Johor Bakal Bertanding Di 8 Parlimen Dan 28 DUN

JOHOR BAHARU, 28 Dis (Bernama) -- Pas Negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Persuruhjaya Pas Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka "menyerahkan" lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PROGRAM GeMS Mencorak generasi idaman Selangor

Kerajaan Selangor telah meletak visi kerajaan untuk menjadi Selangor sebagai negeri idaman,maju, sejahtera dan berkebajikan 2025.

 Justeru kerajaan Selangor harus memfokus kepada keadaan kualiti golongan mudanya yang bakal mewarisi negeri dan menentukan masa depan generasi akan datang.

Menyedari hal ini, kerajaan Selangor mengambil ketetapan proaktif iaitu memfokus pembangunan golongan remaja-belia bagi mempastikan mereka akan menjadi modal insan yang menguntungkan diri, keluarga, masyarakat dans eterusnya negeri.

Kerajaan Selangor mahu meminimakan kadar insan liabiliti iaitu insan yang merugikan diri sendiri kerana ketagihan dadah, gam, arak, judi, seks bebas seperti jangkitan HIV-AIDS, Hepatitis B, TB dan lain-lain masalah kesihatan tubuh badan, mental dan emosi yang tidak memungkinkan mereka menjadi modal insan atau pekerja yang baik. Mustahil mereka mampu menjadi insan produktif. Bahkan mereka akan sentiasa bergantung kepada orang lain yang mencari rezeki yang halal. Selangor tidak mungkin akan menjadi negeri idaman sekiranya golongan mudanya hanyut dalam kehidupan destruktif dan tidak berwawasan.

Ayuh Aspirasi bergabung, jangan jadi orang suruhan

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diajak berjuang untuk menghapuskan Akta niversiti dan Kolej Universiti (Auku).
Demikian gesaan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor yang melihat Aspirasi akhir-akhir ini semakin lantang bersuara dengan mempamerkan diri sebagai kumpulan penyokong Umno.
Baginya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin terdesak yang mana kekuatan kepada jentera Pemuda Umno sudah terhakis dengan adegan-adegan kurang matang ahli Umno.

Ust Azhar Idrus- Beza Yahudi & Kristian

Ust Azhar Idrus- Marah Sebut Bodoh ' Bodo '

Ust Azhar Idrus- umNO Lawan PAS

Ustaz Azhar Idrus - Sejarah kehidupanku

Ustaz Azhar Idrus - Koleksi JKK

Ust Azhar Idrus - Kambing Vs Menantu "Terjemah Doa Iftitah"

Ust Azhar Idrus- Soalan Wakaka Jawapan Pun Tentu Wakaka

Ust Azhar Idrus- Cerita & Pengalaman Sakit Ustaz Azhar : CCU

So you think you have a great idea for an app?

Spain Financial Crisis

Lebih 500 Sertai pertandingan Blog Kreatif

2011 Tough Year for World Stock Markets

Dipukul, Dedah Temberang S/Usaha Sulit Menteri Sumber Manusia

Pahit manis 2011

Oleh Fairuz Azhan

30 DISEMBER – Tahun 2011 banyak menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam kancah senario politik tempatan yang menjadi penanda aras untuk dianalisa pada tahun hadapan. Berikut adalah beberapa kejadian/peristiwa/pekara yang terhangat sepanjang tahun 2011 untuk peringatan kita bersama.
Teropong lebih mahal dari Myvi Special Edition
Rata-rata saban tahun kita menantikan laporan Ketua Audit Negara supaya rakyat dapat mengetahui tentang bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita, dan juga untuk menyaksikan angka-angka perbelanjaan yang tidak masuk akal.
Pada tahun ini juga, banyak persoalan timbul tentang bagaimana wang kita dibelanjakan. Antaranya teropong berharga RM1,940 dibeli dengan harga RM56,350 iaitu 2,805 peratus lebih mahal dari harga pasaran! Malah, ia lebih mahal dari harga kereta manual Myvi Special Edition. Pemain DVD dan TV LCD pula dibeli dengan harga RM16,100 walhal harga sebenarnya cuma RM2,182, iaitu 638 peratus perbezaan dengan harga asal.
Lebih menakutkan lagi, jumlah dan kadar hutang negara juga meningkat. Hutang kerajaan pusat pada tahun 2006 ialah RM242 bilion, dan ia kian melonjak setiap tahun. Kini pada tahun 2011, jumlah hutang kerajaan pusat ialah RM456 bilion!

Politik Malaysia 2011: 10 pemain dan isu utama

Tahun 2011 mencatat sejarah sebagai tahun yang penuh drama, disebabkan sebahagian besarnya oleh Pilihan Raya Umum ke-13 yang dirasakan semakin hampir. Medan politik negara tidak pernah sunyi dengan peristiwa panas dan kontroversi. Berikut 10 pemain dan isu utama politik Malaysia sepanjang 2011 berdasarkan penilaian SiasahDaily.

1. Bersih 2.0
Gerakan yang paling mendapat perhatian di dalam dan luar negara selepas perhimpunan pada 9 Julai berjaya diadakan walaupun berdepan tekanan pemerintah. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dapat dilihat tertekan ekoran kejayaan Bersih kedua, walaupun jauh sedikit berbanding penyertaan Bersih pertama pada 2007.

2. NFC dan Shahrizat
Datuk Seri Shahrizat Jalil ditekan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri ekoran terdedahnya kaitan suami beliau dengan National Feedlot Corporation. NFC mencetuskan kebimbangan Umno disebabkan tekanan kuat dicetuskan oleh skandal itu. Shahrizat berpotensi tersingkir daripada kedudukannya akibat terpalit skandal itu, ketika Najib mula bercakap dan menekankan keperluan Umno meletakkan winnable candidates dalam pilihan raya akan datang.

Jualan Dinar Dirham Kelantan Lebih RM40.9 Juta



KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.

Wang Zakat - 48 Jam Untuk Jamil Khir Mohon Maaf - Jingga 13

ASPIRASI kecam demo sokong Anwar, Adam Adli

Jalan Rosak Di Teluk Gong, Pusat Jangan Lepas Tangan

AUKU - KPT Timbang Pinda Peruntukan Selain Seksyen 15 Kata Saifuddin

Nuclear submarine fire has been put out says Russia

Dipukul, Dedah Temberang S/Usaha Sulit Menteri Sumber Manusia

Post Pic
KUALA LUMPUR, 30 DIS : Tindakan Pengerusi People’s Welfare And Rights Coalition (POWER), S Gobi Krishnan mendedahkan temberang seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia yang menggunakan 'resume' palsu untuk mendapatkan jawatan itu membawa padah, apabila dipukul bertubi- tubi dibahagian muka dan kepala.

Gobi percaya tindakan Subramaniam Surunaryan menyerangnya di Coffee House, Hotel Seri Pacific, Kuala  Lumpur jam 11.50 malam tadi bersangkut paut dengan pendedahan yang dibuatnya sebelum ini.

Ketika diserang, beliau sedang minum kopi bersama Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T.Mohan. Beliau kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sentul malam tadi.

Don’t forget Bersih reform demands, Anwar tells PSC

KUALA LUMPUR, Dec 30 — Indelible ink alone does not guarantee fair elections, Datuk Seri Anwar Ibrahim echoed today, urging the Parliament Select Committee (PSC) to consider all of Bersih’s reform demands. The Opposition leader pointed out the electoral reforms group had various concerns still unaddressed by the special committee tasked to improve the current elections process.
“Pakatan Rakyat is committed and demands that the PSC also studies thoroughly all the demands brought by Bersih in ensuring a free and fair elections process,” Anwar (picture) said in a statement today.
The PKR defacto leader listed down a host of issues which the PSC needed to look at — including pushing for a freer media as well as open campaigning.

Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah

Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.
Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.
Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.
“Saya tidak tahu menahu kecuali apa yang say abaca dlam blog. Saya akan lihat perkara ini. Apa jua yang dikaitkan kepada sesiapa yang berada dalam jabatan saya, saya akan lihat kepada perkara itu.” Muhyiddin memberitahu wartawan Selasa lalu.

Orang Kristian harus lawan untuk kebenaran: Isytihar perang ke atas Ibrahim Ali dan UMNO

Orang Kristian harus lawan untuk kebenaran: Isytihar perang ke atas Ibrahim Ali dan UMNOPerkasa dah buat hal lagi! Mendakwa dirinya sebagai penegak hak orang Melayu, kumpulan ini sering dilabel sebagai samseng golongan ekstrim. Sekarang, rakyat Malaysia mesti memikirkan siapakah sebenarnya ahli kumpulan yang seperti seperti terdiri dari mereka yang tidak pernah atau tak habis sekolah ini.
Nyata, presiden pengasasnya Ibrahim Ali adalah sejenis manusia yang tidak akan berfikiran secara logik, berbincang secara rasional atau bersetuju apabila orang lain sudah terbukti benar . Dia dan pemimpin-pemimpin Perkasa lain ketagih dengan sikap menipu dan menikan dari belakang,
Ini ialah abad ke-21! Zaman kebanjiran maklumat di mana ia boleh diakses melalui Internet kerana meningkatnya pengglobalisasian dan ekonomi digital dunia.
Sering, Ibrahim Ali dan pengikut-pengikut bodohnya memutarbelitkan sejarah kita. Ia adalah penting bagi lelaki dan wanita Malaysia , sebagai warga yang baik, bersuara untuk menentang fitnah-fitnah jahat di dalam negara kita.

Umno Kebuloq Dan Menangis Lagi Di Pulau Pinang..

Jerit pekik UmnoPorn macam orang kena sawan menempelak Pas sebagai parti yang takda integriti dan menjadi "Kuda Tunggangan" DAP,dan orang melayu wajib menolak PAS kerana sekiranya PR memerintah sudah pasti kuasa akan diberikan kepada DAP. (Gambar Hiasan )

Umno adalah parti melayu yang terkuat,dan tidak pernah tunduk samasekali dengan parti komponen yang terdapat dalam BN.Kami ada PERKASA yang memastikan setiap hak dan kuasa orang melayu dikembalikan kepada orang melayu..itulah kata-kata "meluat" yang sering di laungkan oleh pemimpin umno sehingga nampak anak tekak mereka..tapi apa sudah jadi broo..benarkah apa yang mereka laungkan..baca di bawah...

Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara
lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan dan Barisan Nasional.


Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang.

Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi BN negeri, kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid.

Pergolakan Bn Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa ‘bangkai’ mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini dengan ‘kononnya’ ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini.
Umno koyak Gerakan
Beberapa waktu yang lepas, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai pendatang' sebelum ini, dengan mengoyak gambar Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri dan punca pergolakan ini berlaku.

Pergolakan ini menggambarkan masalah besar BN yang dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak.

Naib Canselor jadi perkakas Umno halang mahasiswa sertai Bebaskan Anwar 901

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghalang pelajar universiti dari menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (9 Januari).
“Datuk Sahol Hamid Abu Bakar perlu tumpu usaha ke arah memperkasakan kecemerlangan akademik UiTM dan bukannya menjadikan dirinya perkakas Umno.
“Jika Sahol mahu menasihati mahasiswa tidak jadi alat politik, beliau juga perlu berhenti dari jadi alat politik Umno. Jika beliau sendiri gagal, Sahol umpama ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan’,” kata Najwan Halimi – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu pada kenyataan media hari ini.

Pro-gov't students issue ultimatum to Saifuddin

Inside Story - US post-Iraq legacy

101 East - Year end special

WiFi PERCUMA untuk Rakyat Selangor Mulai 2012.....Pakatan tak pandai cari duit..!!!!



KUALA LUMPUR 30 Dis : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat.

“Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

Cat Flet - Pakatan Buat RM360 Ribu, Umno Buat RM1.2 Juta....Pakatan tak pandai cari duit...!!!!

(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Pengerusi NFC Ditipu Atau Menipu?? Rakyat Dah Kena Kencing.....Adik Ipar Kak Ijat Eh...????

Datuk didakwa menipu Pengerusi NFC RM1.76 juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Seorang ahli perniagaan berumur 45 tahun, Datuk Shamsubahrin Ismail didakwa di mahkamah tinggi hari ini.

(Datuk Shamsubahrin tersenyum riang ketika dibawa ke mahkamah)

Beliau yang cuba menyogok pegawai polis dari bahagian jenayah perdagangan berkaitan dengan penyiasatan Pusat Fidlot National (NFC) didakwa kerana menipu.

Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran konsultan.

Dia didakwa dibawah Seksyen 420 Penal Kod.

2012 is a critical year: Prepare for GE-13, calls Kit Siang

2012 is a critical year: Prepare for GE-13, calls Kit Siang
2012 is the year to make Malaysians proud of being a Malaysian, check racial and religious polarization, motivate Malaysians to achieve greatness and save the country from corruption, abuses of power and socio-economic injustices
As if further reminders are needed, the closing month of the year have provided further proofs that the country has never been so polarised both on grounds of race and religion in the nation’s 54-year history than in the 32 months of Datuk Seri Najib Razak’s premiership, viz:
· The irresponsible incitement and exploitation of the 3R cards of race, religion and Malay Rulers at the UMNO General Assembly;
· The Prime Minister’s pandering to the 3R rhetorics at the ensuing Perkida general assembly;
· The extremist reaction to a moderate and reasoned appeal for a fair and even-handed interpretation of Article 153 made by the chairperson of National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Reverend Eu Hong Seng at a Christmas hi-tea on Christmas eve; and

Edar risalah Bebaskan Anwar 901: Jumlah tangkapan kini 11 orang

KELANTAN: Jumlah tangkapan terhadap kempen Bebaskan Anwar 901 hari ini meningkat kepada 11 orang, kebanyakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kata Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.
Beliau berkata, tangkapan itu termasuk Ketua AMK Kelantan kini yang kini ditahan di balai polis Kuala Krai bersama tiga ahli lain manakala tujuh lagi dilokap di balai Tanah Merah.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Amran yang kini berada di balai polis Tanah Merah, berkata penahanan itu dibuat kerana mereka mengedar risalah bertema ‘Bebaskan Anwar 901′.
“Polis memaklumkan, risalah bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ tidak boleh diedar kerana ia bertentangan dengan Akta Mesin Cetak.
Beberapa minit lalu, Keadilan Daily sempat menghubungi Ketua AMK Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman yang memaklumkan penangkapan ahli parti sekitar 3.45 petang tadi.

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NFC: So easy for dubious 'datuk' to cheat a Datuk?

NONE A man who claimed to be a 'datuk'  pleaded not guilty today to cheating the director of National Feedlot Corporation of almost RM2 million in consultation fees.

Shamsulbahrin Ismail, 45, faces two counts of cheating under Section 420 of the Penal Code at the Kuala Lumpur Sessions Court:
1. He is accused of cheating NFC director Mohamad Salleh Ismail into handing over cheques for the sum of over M1.755 million at Solaris Mont Kiara on Nov 25 to Dec 6, 2011
2. He is also charged with cheating by promising Mohamad Salleh "consultancy services" which he knew he could not deliver, in order to charge a fee, at a restaurant in Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

TOP 5 : Lima menteri kabinet dapur rosmah paling tidak cerdik pada tahun 2011

Kah kah kah
Baru tulis tajuk aku dah tergelak. Belum lagi tulis point kenapa aku kata menteri2 neh tidak cerdik [ganti nama untuk bangang]. Minta maaf pak menteri. Minta maaf banyak2 kerana aku menjadi rakyat yang sangat jujur bila mengkritik kepimpinan korang. Aku dah berusaha sehabis baik mahu mengrespect korang tetapi tak kira sehebat mana pun aku mencuba, ia tetap gagal. Sebab?
Sebab korang sebagai menteri langsung tidak bekerjasama dengan aku dan rakyat dalam menjaga imej diri sendiri. Bila korang sendiri dah memilih untuk tidak direspect, maka siapalah aku yang beria2 nak respect korang, betul? 
Kah kah kah
Di mulai dengan tempat kelima.

Edar risalah Bebaskan Anwar 901, Tiga ahli AMK ditahan polis di Kelantan

KELANTAN: Tiga ahli KEADILAN hari ini ditahan polis ketika mengedar risalah Bebaskan Anwar 901, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman.
Katanya, penahanan kira-kira 3.45 petang itu dibuat semasa sekumpulan ahli KEADILAN termasuk dua dari AMK selesai mengedar risalah itu di Pasar Besar, Tanah Merah, Kelantan.
“KEADILAN negeri bersama AMK mengadakan jelajah ke semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti.
“Semasa bergerak ke Parlimen Jeli, tiba-tiba tiga ahli  parti ditahan atas alasan yang tidak ketahui,” katanya dihubungi Keadilan Daily, hari ini.
Beliau yang turut berada di tempat kejadian berkata, mereka turut mengedar jadual jelajah Anwar di Machang, Kelantan pada 5 Januari depan.
“Ketika ini, ketiga-tiga ahli parti ditahan di IPD Tanah Merah. Ahli Parlimen KEADILAN bagi Tanah Merah, Amran Abdul Ghani sedang memantau perkembangan,” katanya.
Penahanan itu, kata Azihan, tidak menjejaskan jelajah berkenaan yang kemuncaknya berlangsung malam ini di Gua Musang.
“Gangguan polis tidak menjejaskan semangat kami, malah program ceramah yang jadi kemuncak jelajah tetap diteruskan sebagaimana jadual asal,” katanya.

PRU 13 : Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor


 Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.  Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri.
 Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian.

PDRM sudah bersedia hadap PRU13

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia daripada semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.

Beliau berkata pasukan itu akan digerakkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.
  
"Persiapan ini termasuk dari segi pegawai dan keanggotaan serta pengetahuan," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Pasukan Gerakan Am (PGA), di Tawau hari ini.
  
Mengenai penstrukturan semula fungsi Pasukan Gerakan Marin (PGM), Salleh berkata proses dijangka siap Januari ini.

Lembu Hitam : Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC

Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan  skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini. Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.
Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.
Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.
Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.
Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

‘Imej maya’ dalam MyKad baru dapat elak kad dipalsu, kata JPN


PUTRAJAYA, 30 Dis — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan “MyKad  dengan strukur baru” pada 3 Januari yang dipertingkatkan ciri keselamatan dan dapat menangani pemalsuan kad itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Moh Said berkata agensi itu menggunakan “teknologi laser terbaru” untuk mencetak MyKad baru yang mempunyai “imej maya” pemegang kad yang tidak boleh dibuang.
“Biasanya mereka akan mengubah warna foto. Tetapi jika anda mencuba untuk ubah imej maya ia akan memusnahkan keseluruhan kad,” katanya kepada pemberita sambil menambah imej itu akan dicetak di bawah lapisan permukaan kad.

Ambiga: I’m flattered and humbled

PETALING JAYA: Mainstream and alternative media were fed an almost daily diet of Bersih 2.0 updates in the weeks preceding July 9, 2011.
On the earmarked day, downtown Kuala Lumpur was swallowed up by tens of thousands of Malaysians marching for a cause they believed in and the kind of future they wanted to bequeath the next generation.
It is almost impossible to have been the driving force behind such power and not be handpicked as the newsmaker of the year.
Yet Bersih 2.0 chairperson, S Ambiga, was genuinely taken aback when she learnt that she had topped FMT’s Newsmaker for 2011 poll with 3,284 or 57% of the votes.
“On the one hand I am very flattered and humbled,” she told FMT. “On the other, I hope it is for the ‘right’ reasons that I made the news!”

Muzium Seni Islam Di Qatar

ibawah ialah Muzium Seni Islam di Doha Qatar. Ianya mula beroperasi semenjak 2008 dan kini menempatkan lebih 800 artifak seni islam dari pelbagai benua. Ianya direka oleh jurubina terkenal I M Pei dan rekabentuknya diinspirasikan oleh sebuah pancuran wudu kurun ke 13 yang dipanggil "Sabil". Muzium ini sebesar hampir 400 000 kaki persegi dan dibuka 7 hari seminggui. Kalau anda ke Qatar silalah melawat Muzium Seni Islam ini.


Do we care or are we just bystanders?

Are we committed to making sure that the law-makers do not abuse the trust we place in them? Or are we simply bystanders who hope the problem will go away?
The average Malaysian has much to moan about; rising commodity prices, corruption, the economy, crime, poverty, unemployment, drug abuse, debt, failed projects, family breakdown, increased public spending.
We might believe that the whole world has its eyes trained on us and is aware that our democracy is being eroded, or that our civil liberties are under threat or that we have a semblance of a police state.
Sadly, these Malaysians are naïve. The truth is that no one out there cares or bothers.
So what if Malaysia’s Transparency International Corruption Perception Index is cause for concern? So what if there is an outflow of several billion ringgits from the country which robs us of funds for growth and prosperity? So what if some people drop dead at the foot of buildings or die of “sudden death” when in police custody? So what if corruption denies the average Malaysian a better standard of living?

V calls out fellow Malaysians

Gerakan Mahasiswi Edar Ros Merah Putih Simbolik Harapan 2012

Kuala Lumpur, 30 Dis : Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Sinergi Gerakan Mahasiswi) hadir dengan harapan baru buat wanita Malaysia dengan tema ‘Keunggulan Buat Wanita’ dan ‘Selamatkan Wanita’.
Melalui kenyataan Pengerusinya, Rohayu Rusli, 22, SIGMA bersama seluruh Pengerusi Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi setiap kampus akan turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 1.01.2012 untuk mengedarkan 2012 kuntum bunga ros berwarna putih dan pink kepada seluruh wanita yang ‘berkeliaran’ sekitar dataran Ahad ini.

PRU-13 : Mahasiswa UiTM, UTeM, MMU Dimanipulasi di Melaka

Melaka, 30 Dis : Suasana bahang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) kian panas!
Terbaru, satu pendedahan penyelewangan terhadap pengundi muda berjaya dikesan telah dilakukan di negeri Melaka membabitkan mahasiswa di beberapa IPT tempatan di sana.
Menurut sumber, seramai 500 orang pelajar UiTM kampus Bandaraya Melaka telah ditukarkan alamat untuk didaftarkan sebagai pemilih di Parlimen Bukit Katil dan setiap pelajar akan diberikan wang saku sebanyak RM300.

Adam Adli Berjaya Sedarkan Mahasiswa, Rakyat Daripada ‘Lena’

Kuala Lumpur, 30 Dis : Adam Adli Abdul Halim, hanya seorang aktivis mahasiswa sehingga perbuatannya menurunkan bendera bergambar Datuk Seri Najib Razak semasa satu demonstrasi aman mendapat perhatian utama media dan orang ramai.
Berikutan insiden itu, bermula sebagai satu bantahan kecil mahasiswa menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember kini menjadi pergerakan yang semakin besar, melibatkan mahasiswa, pensyarah universiti, rakyat bersatu dan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang mana dengan tegas tidak membenarkan berpolitik di kampus.

Polis Keluar Amaran Jangan Sertai Himpunan di UPSI

Tanjong Malim, 30 Dis : Pihak Polis Diraja Malaysia telah memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan di sekitar UPSI dan dalam UPSI pada 31 Disember 2011 hingga ke tengah malam 1 Januari 2012.
Himpunan yang dianjur Solidariti Mahasiswa Malaysia dan BEBAS itu bertujuan sebagai tanda simbolik menuntut pihak universiti menarik balik dua pertuduhan yang dikenakan ke atas Adam Adli berhubung isu penurunan bendera Perdana Menteri.

Siswa UiTM Diberi Amaran Jangan Sertai Bebas Anwar 901

Shah Alam, 30 Dis : Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan agar tidak terlibat dengan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.
Ini kerana sebagai mahasiswa mereka perlu patuh kepada undang-undang negara dan tidak menjadi alat pihak yang tidak menghormati undang-undang.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, para mahasiswa UiTM sudah dididik untuk menjadi seorang yang mampu berfikir dan menilai sesuatu perkara sama ada ia mengikut laras perundangan atau sebaliknya.

Hak Pekerja di Malaysia: Di mana dan ke mana?

Kekayaan mana-mana negara sekalipun datang daripada hasil kerja kuat golongan pekerja.  Rumusannya mudah: Golongan pemodal biasa menuntut pujian dan pengiktirafan kerana mengeluarkan wang yang diperlukan untuk pelaburan.  Tetapi hakikatnya ialah apa-apa projek yang dijana tidak mungkin berlaku tanpa sumbangan dan kesanggupan pekerja.

Golongan pekerja lagi ramai (dan oleh itu sebenarnya lebih berkuasa) daripada golongan pemodal.  Pemodal lebih memerlukan pekerja daripada pekerja memerlukan pemodal.

Tetapi hakikatnya juga di Malaysia hak pekerja makin lama makin dikecilkan.  Perubahan yang dicadang kepada Employment Act 1955 baru-baru ini akan mengizinkan pemodal untuk lari daripada tanggungjawab memelihara kebajikan pekerja mereka.

Warga Asing di Sabah Tidak Lama Lagi Bakal Jadi Majoriti & “Menjajah Negeri Sabah”?


warga asing di sabah 2 Warga Asing di Sabah Tidak Lama Lagi Bakal Jadi Majoriti & Menjajah Negeri Sabah?
Ini bukan angan-angan Mat Jenin semata & tidak mustahil sama sekali untuk warga asing di Sabah bakal menjadi majoriti, kerana disediakan sekali dengan statistik yang jelas untuk anda perhatikan taburan warga asing di Sabah mengikut daerah.
Kalau disemak rekod melalui Jabatan Perangkaan Malaysia, jumalah penduduk negara Sabah sudah pun  mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sbah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. Adakah jumlah tersebut akan menurun? Tidak mungkin. Tetapi…..adakah mungkin jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah. Mungkin…tiada mustahil kalau ada banyak lagi “projek-projek yang diatur di Sabah. 

BERPOLITIK Medan Untuk Cari Redha Allah

PONTIAN – Gelanggang politik merupakan medan untuk mencari keredhaan Allah SWT kerana ia dilihat sebagai satu juzuk di dalam Islam, kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor.

Oleh yang demikian, PAS terangnya bukan hanya dilihat sebagai badan politik atau pun dakwah semata-mata.

Gabungan dari elemen itu katanya, telah menjadikan Jemaah Islam seperti PAS mengambil pendekatan berpolitik sebagai penampan bagi mendokongi matlamat perjuangan Islam.
”Dalam siasah ada perhitungan kami. Kita amal siasah dan dakwah. Dalam dakwah punya perhitungan dakwah, begitu juga politik.

Berakhir dan bermula sesuatu episod

DEC 30 — Tinggal berberapa hari lagi tahun 2011 akan berakhir. Sepanjang tahun ini, telah banyak cabaran dan rintangan yang dilalui. Tahun 2011 tidak akan kembali. Ianya menjadi kenangan yang tersimpan di minda ataupun video dan gambar didalam “hard disk” kita.
Isu-isu politik, tidak kurang hebatnya. Persaingan hebat diantara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) merancakkan lagi politik negara.
Dari satu isu ke satu isu timbul dan tenggelam dengan begitu pantas. Teknologi membantu mempercepatkan perkembangan ini.
Facebook, Twitter, blog dan lain-lain menjadi senjata utama abad ini dalam menyampaikan maklumat. Media-media tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio terpaksa mengikut kelajuan penyampaian maklumat oleh Internet.
Telefon pintar (smartphone) seperti BlackBerry, Iphone, Samsung Galaxy dan macam-macam lagi kini dimiliki oleh rakyat ramai.

PRU 13 : Pakatan sasarkan 10 kerusi di Sarawak


(Sebahagian penyokong PAS, PKR dan DAP yang memenuhi majlis makan malam anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Sarawak di Miri)
MIRI, 30 Dis: Pakatan Rakyat Sarawak mensasarkan 10 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang dan dua darinya dari daerah Miri sahaja.

Sasaran ini diluahkan dalam majlis penerangan PAS Pusat yang datang ke Sarawak minggu ini.

Melihat perkembangan dan sokongan yang semakin meningkat naik di kawasan parlimen Miri dan Sibuti, adalah tidak mustahil kedua dua Parlimen ini jatuh ketangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Parlimen yang dijadualkan tidak lama lagi.

Felda settlers are the real stakeholders

There would be no Felda Holdings and Felda Global Ventures if it was not for the settlers who toil their respective 10 acre plot.
Can Felda settlers question the listing of Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV)? The answer is an emphatic yes.
In this contentious issue of the FGV’s listing, this question has never been answered.
Why? Because in this issue, the interest of settlers is indirect and is of little consequence.
Hence the government which owns Felda is greatly disturbed when people question the proposed listing of Felda’s businesses not directly owned by settlers nor operated by them.
Settlers tend their 10 acre lots – that’s all they do. It’s Felda, through Felda Holdings and FGV that does business.
Settlers have no business to interfere in these organizations run professionally.

PAS pelawa Pemuda MCA Pulau Pinang sertainya

PULAU PINANG, 30 Dis: Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

Eng Hiap Boon (gambar) dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai  semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN.
Tindakan mereka mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan.

Dakwat kekal: Belum jamin PRU telus

KUALA LUMPUR 30 Dis: Penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 nanti bukan jaminan proses pengendalian pilihan raya itu telus, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) semalam yang mengumumkan pindaan ke atas peraturan pilihan raya bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya menjelang 1 Februari 2012.
“Perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya,” kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Ini kerana katanya, banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh PSC terutamanya melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Salam Mahabah dan Negara Berkebajikan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Salam Mahabah dan Negara Berkebajikan
Firman Allah SWT,

“Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah-belah…”
(Pangkal surah Aali-Imran ayat 103)

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).“
(An-Nisaa’ ayat 174).
Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.
Justeru saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24 Disember) lalu.
Perspektif Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah  dengan pendirian PAS untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu ‘ihdinassiraatal mustaqim’ – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.
Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya, Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): ‘wa’tasimun bihablil Lah ijami’a’ – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam. Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): ‘wa’anzalna ilaikum, nurann mubiina’ dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa’at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT.
Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.
Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat.
Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.

Lembu Hitam : 'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC...penipu rakyat dan negara masih bebas..!!!

Seorang ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin merekodkan pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa telah menipu Mohamad Salleh untuk menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara pada 25 November hingga 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menjanjikan Mohamad Salleh untuk memberikan “khidmat perundingan” yang diketahuinya tidak boleh ditunaikan, untuk satu jumlah bayaran.

Beliau didakwa melakukan perbuatan di satu restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Pengerusi NFC, telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarda Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

SMK Bukit Nanas dapat pengetua pilihan pemilik sekolah

KUALA LUMPUR, 30 Dis — SMK Convent Bukit Nanas (CBN) telah mendapat seorang pengetua beragama Kristian sekali lagi selepas Kementerian Pelajaran bersetuju dengan pilihan pihak gereja.
“Ya, calonnya telah dinamakan, Mystrical Rose Fernandes, telah lapor diri minggu lalu,” kata Sister Rosalind Tan, ketua wilayah Sisters of the Infant Jesus (IJ) Convent dan individu yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan arahan dan keputusannya.
Fernandes, merupakan penganut Katolik sebelum ini mengetuai SMK Convent Sentul, turut berada dalam IJ Sisters dan SMK Jalan Gabriel, yang dimiliki Gereja Anglican.

Bekas Hakim Mati, PM Mati, Kita Semua Mati!

Oleh: ustaznik


deathAkhbar melaporkan bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia. Saya juga baharu sahaja kembali dari menziarahi kaum keluarga yang meninggal di Kuala Terengganu. Makcik itu pulang dari solat Subuh di surau. Menyiapkan makanan pagi anak-anak dan cucu. Rasa pening, jatuh. Anak mengajar mengucap syahadah. Dalam perjalanan ke hospital, ia meninggal. Mudah benar untuk seorang itu meninggal. Anaknya menyebut ‘baru lagi dengar suara mak riuh siapkan makanan pagi, sekarang sudah di dalam kubur..’ Ya, setiap dari kita akan mati.