Rabu, 28 Disember 2011

Yang perlu kita ushar pada tahun 2012 !

- Biarpun Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang masih berbelah bagi dan masih belum mengambil kata putus dan keputusan muktamad, sama ada mahu mengikut Najib dan Persekutuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan untuk Piliharaya Negeri serentak dengan PRU-13, namun tidak dapat di-ragui dan tidak dapat di-sangkal lagi bahawa Pakatan Rakyat akan masih di-beri kepercayaan olih rakyat Pulau Pinang untuk memimpin mereka bagi penggal yang ke-dua.

Yang perlu kita ushar ialah ... apa lah nasib UMNO Pulau Pinang tahun 2012 nanti ??

Tekanan kepada mahasiswa atas kehendak Umno

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa.
Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.
“Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.
“Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Cara Mengatasi Isteri Malas Solat - Ust Azhar Idrus

Syria observers 'reassured' after visit to Homs

Usahlah Menyusahkan Tokguruku

SEMALAM saya ada melaporkan berita kecil tetapi penting mengenai kunjungan Dr Hasan Ali bersama Nasharudin Mat Isa terhadap Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya juga turut menyebut dalam kunjungan ia disertai oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Semalam tidak ada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu. Rupanya pertemuan semalam turut sama dihadiri oleh timbalan Mursyidul Am Haron Din.

Apa saya difahamkan menjelang Maghrib, pertemuan itu berlangsung dalam keadaan mahabbah. "Semua yang keluar dari bilik Tok Guru nampaknya ceria dan muka berseri-seri," begitulah lapor sumber saya.

Bob Lokman beri keterangan kepada Jaip 5 Jan

KUANTAN, 28 Dis: Bob Lokman, telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada 5 Januari ini bagi memberi keterangan berikutan notis siasatan terhadapnya 24 Disember lalu.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini, beliau memaklumkan telah pun menerima surat daripada Jaip yang memintanya hadir di pejabatnya di sini jam 10 pagi pada tarikh tersebut bagi memberi keterangan.
“Saya akan hadir ke pejabat Jaip bagi memberi keterangan berikutan tazkirah yang saya sampaikan kerana didakwa tanpa tauliah,” katanya.
Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini Sabtu lalu.

Siapa Perdana Menteri wanita kita.??

DR. MAHATHIR Mohamad ketika diraikan oleh pengikut-pengikutnya termasuk Perdana Menteri Najib dan isteri menyebutkan kemungkinan Malaysia juga akan berperdana-menterikan seorang wanita.
Suatu yang tidak mustahil. Kalau Yaman di zaman Nabi Sulaiman a.s. pernah diperintah oleh Ratu Balqis, dunia akhir  zaman ini pula sudah ramai wanita jadi Presiden dan Perdana Menteri, maka juga tidak mustahil.
Siapakah Perdana Menteri pertama wanita Malaysia itu?
Jika ia berlaku sebagai ganti Perdana Menteri Najib,  siapakah wanita yang bertuah itu?
Tuntulah dia seorang yang kanan dalam parti yang mendapat majoriti. Jika BN berkuasa semula selepas PRU 13, Perdana Menteri Najib ditakdirkan kalah, tiada laki-laki UMNO yang diterima oleh pimpinan UMNO, maka wanita yang paling kanan ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Dia adalah ketua Wanita UMNO dan bertaraf sebagai Naib Presiden parti itu. Tetapi dengan skandal lembu  dan kondominium termahal dari duit lembu yang melibatkan suami anak beranak, dia tidak menjadi calon yang terbaik.

Pakatan Mahu Kerajaan Tangguh SBPA


SHAH ALAM, 28 DIS: Pakatan Rakyat mendesak agar kerajaan menagguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan memulangkan semula hak asasi semua penjawat awam di negara ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan berkata, peranan penjawat sektor awam sebagai tunjang perkhidmatan dan penggerak pembangunan negara bukan sahaja mesti dihargai tetapi kebajikan serta suara mereka mesti diberikan ruang dan dihormati.

Mana suara mufti zakat biayai guaman menteri

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.

Mitos UMNO untuk menipu rakyat!

Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum, sejak merdeka, UMNO telah membina mitos yang telah berjaya menipu rakyat terutamanya orang melayu yang kini sebahagiannya masih berpegang dengan mitos tersebut.Berbagai bagai mitos dibina, direka dan yang masih berkesan sehingga kini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Bahagian pertama :
Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat majmuk.Masih ramai yang percaya dengan mitos ini walaupun secara jelasnya telah dibuktikan bahawa masyarakat majmuk bukan penghalang kepada perlaksanaan hukum ALLAH itu.Kerana hudud dilihat tidak adil oleh UMNO dan rakan rakan cina dan indianya, maka negara Islam juga tidak sesuai diperkenalkan di Malaysia.Inilah  fahaman negara Islam yang dipublisitikan UMNO sehingga satu ketika Karpal Singh turut gerun dengan negara Islam yang dilihat semacam negara pengganas.

Video Pembongkaran Aset NFC Di Orchard Scott Dan ION Orchard MeatWorks Singapura

Jingga 13 terus konsisten dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat termasuk peringkat nasional apatah lagi apabila ianya melibatkan wang rakyat.

Penentangan yang berterusan adalah syarat rakyat telah mula muak dan bosan dengan keadaan semasa. Atas keadaan itu, Jingga 13 mengambil inisiatif menyiasat dan membongkar sendiri kebenaran mengenai dakwaan mengenai wujudnya pembelian aset di Singapura oleh National Feedlot Corporation.

Betul kah PAS boleh memerintah semula Terengganu?

Oleh: Abdullah Ngah

Ramai yang sebut, termasuk puncuk kepimpinan  PAS negeri  dan pusat, PAS akan memerintah semula Terengganu pada PRU 13 nanti.
Saya  berani berkata kebanyakan orang Pas dan puncuk pimpinan sejak dari dulu lagi telah ditimpa penyakit shok sendiri dengan kata lain terlalu ghairah memerintah.


Mengapa tidak. Kerana setakat hari ini PAS Terengganu belum buat apa apa untuk menang dimusim PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja.
Pada saya tiada usaha yang boleh menarik pengundi “citarasa” mengundi PAS dalam PRU 13. Lebih lebih lagi ada antaranya sudah disuap sebanyak lima ratus, tiga ratus dan dua ratus ringgit satu kepala.

Lupus pinjaman: Berita gembira buat rakyat Kedah

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK) turut memuji tindakan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

Menyifatkan keputusan tersebut tepat dan sangat bijak, ketua penerangannya Mohd Nasir Zakaria juga berkata ianya satu bentuk tawaran yang tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang yang tidak wajar.

"DPPNK merasakan tindakan ini merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

"Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pertemuan Dengan Mursyidul Am : Hasan Ali Mohon Mohon Maaf

Post Pic

SHAH ALAM, 28 DIS : Berikut adalah kenyataan penuh Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berhubung pertemuan bersama Mursyidul Am PAS :
 
Saya ingin menjelaskan mengenai kehadiran saya menemui pucuk pimpinan parti termasuk Tuan Guru Mursyidul Am di Kota Bahru kelmarin.

Suka saya ingatkan bahawa dalam sidang media yang telah diadakan di kediaman saya pada 24hb Disember yang lalu, saya telah menarik balik ulasan yang saya buat mengenai negara berkebajikan. Pada masa yang sama saya juga telah memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjuran saya itu.

Hannah Gesa MPSJ Segera Baiki Infrastruktur Di Subang Jaya

Japan calls on China to keep North Korea stable

Iran Says American Could Face Death Penalty

Egypt's Mubarak trial resumes after three months

‘ANYTHING BUT UMNO’ IN EAST MALAYSIA TOO?


 By : DANIEL JOHN JAMBUN
STATE activists that want change in the way the Federal Government treat Sabah and Sarawak had in principle agreed to support the Peninsular-based ABU or ‘Anything But UMNO’ movement that called for the downfall of UMNO in the next election.
We have held series of talks with one of ABU leading leaders, lawyer-activist Haris Ibrahim who flew to the Federal Territory of Labuan yesterday, in defiance of Sabah's ‘persona non grata’ order slapped against him recently.
However more are to be refined by the two major stakeholders in Sabah's current opposition front, the United Borneo Front (UBF) and Sabah Progressive Party (SAPP), and i shall be reporting to them to get a good judgement on what transpired in our meeting with Haris.

UMT : MPP Anjur Speaker’s Corner Asah Bakat Mahasiswa

Kuala Terengganu, 28 Dis : Selain meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut memberikan penekanan berhubung aspek keterampilan di hadapan khalayak dalam kalangan mahasiswanya.
Justeru dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dan mahir berkomunikasi, UMT menyediakan sudut pidato sebagai medium kepada pelajarnya untuk mengasah bakat dalam aktiviti pengucapan awam.
Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Muhammad Sufi Ibrahim Shah, 22, berkata, dengan adanya sudut pidato ini, mahasiswa dan mahasiswi di UMT `bebas untuk bersuara’ dan meluahkan pandangan masing-masing menerusi saluran yang disediakan.

Amaran USM : Mahasiswa Berdemontrasi Boleh Dibuang Universiti

Pulau Pinang, 28 Dis : Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar kampus akan dikenakan tindakan seperti gantung pembelajaran atau dibuang universiti.
Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khairul Anuar Che Azmi berkata, hukuman akan dijatuhkan bergantung kepada peraturan sedia ada.

Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos

Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.

Nasib Isa Samad Ditentu 5 Januari


Oleh Mohd Sayuti Omar
9 Januri ini adalah tarikh keramat buat Anwar Ibrahim kerana pada tarikh itu akan menentukan dia akan ke Sungai Buloh atau tidak. Khir Toyo Edokromo yang dijatuhi penjara 12 bulan kerana rasuah juga memilih tarikh itu untuk mengumumkan masa depan politiknya.


Berbeza dengan Mohd Isa Samad pengerusi Felda yang penuh kontroversi nasibnya akan ditentukan pada 5 Januri ini apabila Koperasi Felda akan mengadakan mesyuarat agung khasnya. Mesyuarat itu katanya penting dan akan menentukan apakah Isa Samad akan menjadi sabut ataupun batu.

Open Letter from India to Mahathir and UMNO

 by  Siddharthya Roy
Open Letter  from India to Mahathir and UMNODear Mr Mahathir
A couple of days back I woke up to Indian newspaper reports which quoted you as saying that India’s democracy is a hindrance to its development and if we did away with the nuisance of democracy we will be become developed (1).
Well Sir, it is heartening to see your concern about India’s future. Especially now that our own elected government has orphaned us, someone from the outside caring about our development sounds so very nice. But you see Sir, your (apparently) good intentions notwithstanding, your advice to Indians is, well how should I put it…ill-advised. I’m not really sure if you know much about the history of our nation. Don’t get me wrong.

Seperti harimau melindungi anak, Sharizat akan lawan dan pasti menang ..!!

Seperti harimau melindungi anak, Sharizat akan lawan dan pasti menangSenator Umno Shahrizat Jalil adalah seorang wanita yang sedang berada dalam keadaan kecewa dan marah. Dalam keadaan ini seseorang boleh bertindak mengikut perasaan. Ini biasanya berlaku apabila sesuatu musibah berlaku.
Apabila suaminya Salleh Ismail serta anak-anak telah dianugerahkan projek NFC bernilai RM250 juta itu, prospek diberikan amanah menjaga sejumlah wang yang sangat besar amatlah berat. Kelaurga Shahrizat sememangnya tidak menduga untung yang mereka dapat – ia umpama telah menangi wang loteri yang amat banyak.
Sapu habis?

Sejurus selepas itu, tanpa banyak berfikir suaminya bergegas mewujudkan pengurusan pasukan yang dengan sepantas kilat terdiri daripada anak-anaknya. Walhal, mereka terlupa bahawa mereka tidak pernah menjalankan apa-apa perniagaan pun seumur hidup mereka , waima menjual nasi lemak di bahu jalan ! Tanpa ragu-ragu, Ismail Salleh sepatutnya melantik Ketua Pegawai Eksekutif profesional yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengurus operasi NFC dan bukan cuba untuk menjalankannya sendiri.
Walau bagaimanapun melihat struktur yang sedia ada pada NFC dan kawasan penternakan itu, Salleh sememangnya telah mendapatkankhidmat beberapa perunding untuk menubuhkan projek itu tetapi hanya untuk sementara waktu. Dia mungkin bimbang akan terpaksa membayar mereka wang yang banyak. Pasti dia telah menjadi tamak. Mengapa tidak "sapu habis" atau menyapu bersih pinjaman RM250 juta kerajaan itu untuk menjalankannya sendiri?

Apakah yang akan diwarisi waris UMNO?

Apakah yang akan diwarisi waris UMNO? Parti PAP Singapura adalah senuah parti untuk golongan elit. Tiada siapa yang diterima menjadi ahli tanpa di rekomen atu ditaja oleh seorang ahli Parlimen PAP. Kemuadian, latar belakang mereka disemak dan di sahkan sebelum beralih ke peringkat seterusnya.
UMNO adalah sama tetapi tidak mempunyai peraturan yang bertulis. Walaupun begitu, ia tetap sebuah parti elit yang mempunyai mekanisma yang telah lama digunapakai dan jelas seperti PAP dalam hitam putih.
Apa jua rasioanal disebalik pengambilan ahli PAP, pemimpin tertinggi UMNO melakukan yang sama demi memastikan parti mereka penuh dengan orang-orang seperti mereka sendiri; mementingkan diri dan korup. Ahli biasa UMNO tidak mempunyai kuasa dan juga bersuara mungkin hanya sedikit. Mereka juga sebenarnya bukan ahli UMNO. Bagaimana itu berlaku? Bacalah seterusnya..

Ibrahim Ali giving Malays a bad name with his racist and ignorant comments

Ibrahim Ali giving Malays a bad name with his racist and ignorant commentsPerkasa, as an NGO that is bent on protecting the rights of Malays, will always contort any manner of legislation to suit their arguments - whether right or wrong, fair or unfair.
Obviously, this does not bode well fior the Malays as Perkasa's extremist stand will be taken to reflect that of the community as a whole. So if Perkasa adopts a racist and selfish stance, the Malays it claims to represent - by virtue of Perkasa having access to high-profile mainstream media coverage - will also come across as racist, selfish and fearful of competition.
But that as we know is not true. However, one looks at it, Perkasa has little substance, even at its core. It is a mere shallow capsule to further the narcissistic urges of someone who is, politically, a non-entity in Malaysia. This person is its founder president - Ibrahim Ali.

Korea package

Defectors launch protest balloons from South Korea

Taliban: Muslimat sanggah Wanita MCA

Ustaz Azhar Di Berhentikan Dari Masjid Ladang Kuala Terengganu - Ustaz Azhar

TV9 Jemput Ustaz Keluar TV - Ustaz Azhar Idrus

Suami Takut Isteri Nak Kahwin 2 - Ustaz Azhar Idrus

Pihak Lebih Bodoh Dari Lembu - Ustaz Azhar Idrus

Turkmenistan economy evaporates

Ahli Parlimen PAS Minta Maaf Kepada Pengundi

ANAK buat aduan kedua isu pelantikan Isa Samad

Anak : SKM Minta Perjelas Status Isa Samad

Guna Wang Zakat MAIWP: Jamil Khir masih membisu

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini membangkitkan kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat. Pertama, penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.  Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (gambar sebelah kiri); Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar sebelah kanan) dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin
Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli


Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Katanya, Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.
“Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.  Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010,” kata Nik Nazmi.
Katanya lagi, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000.
Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010, katanya.
“Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?
“Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi?,” soal Nik Nazmi yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia.
Tegas beliau, Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini.

IIB : Denda RM20k rasuah berjumlah RM5 juta?

Seorang bekas Naib Presiden Kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) didenda RM20,000 atau jika gagal akan menerima hukuman penjara dua bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu.Lelaki berusia 51 tahun itu bagaimanapun dirahsiakan identitinya kerana dia membantu penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung projek berkaitan IIB.
Dia didakwa mengikut Sesyen 132 (2) (b) Akta Syarikat membayar denda tersebut.

Semalam, SPRM telah menahan dua bekas Pengarah IIB  atas pertuduhan rasuah membabitkan jumlah RM5 juta.
Kedua-dua mereka yang berusia dalam lingkungan 40-an dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Baru pada hari ini atas tuduhan rasuah melibatkan pembinaan lebuh raya bernilai RM124 juta dan sekolah berasrama RM40.8 juta di daerah Iskandar.

AWER: Kerajaan mesti berkeras lindungi kepentingan rakyat

Persatuan Penyelidikan Air dan TenagaMalaysia (AWER) ingin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mengambil langkah berani untuk membuka bidaan terbuka bagi menggantikan PPA generasi pertama.

Pembukaan bidaan kepada entiti yang mempunyai equiti daripada luar negara sehingga 49% akan membantu Malaysia membawa lebih banyak pemain industri untuk melabur dalam teknologi yang lebih baik dan cekap (efficient).  Kami berharap untuk melihat entiti perniagaan yang berkebolehan menguruskan loji-loji penjanaan ini melalui proses bidaan terbuka yang telus dan adil.

AWER juga menyeru kepada Suruhanjaya Tenaga supaya Penjana Bebas (IPP) generasi pertama yang tidak berunding semula tidak dibenarkan (disenarai-hitamkan) untuk membuat bidaan untuk projek ini dan mana-mana projek penjanaan yang baru selepas ini.  Penyenaraian hitam ini juga patut dipanjangkan kepada pemegang-pemegang saham dan ahli-ahli lembaga pengarah daripada Penjana Bebas, anak syarikat serta syarikat induk Penjana Bebas tersebut.  Tiada pemegang saham dan ahli lembaga pengarah ini dibenarkan untuk terlibat dalam bidaan projek penjanaan baru melalui sebarang syarikat baru atau entiti tertentu.  Kerajaan juga tidak perlu risau dalam langkah membuang lintah darat sebegini kerana ia adalah sesuatu yang betul untuk dilaksanakan dan berdasarkan prinsip perniagaan yang biasa.  Ia juga akan membantu untuk melindungi kepentingan negara.

SBPA wujudkan jurang dalam sektor awam- Izzah

KUALA LUMPUR 28 Dis: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, ketidakadilan akibat pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam, mewujudkan
jurang yang besar dalam sektor itu.
Katanya, peranan penjawat awam sebagai tunjang perkhidmatan dan penggerak pembangunan negara, bukan sahaja perlu dihargai tetapi kebajikan serta suara mereka juga perlu dihormati.
“Penyisihan, pengkelasan dan ‘penswastaan’ peranan sektor awam mewujudkan perbezaan (bukan sahaja) di antara dua, tetapi lebih tepat empat darjat,” ujar Izzah dalam satu kenyataan.
Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat menuntut supaya kerajaan mengembalikan semula hak asasi semua penjawat awam dengan menangguhkan semula SBPA.
Kongres Kesatuan Sekerja (Cuepacs) sebelum ini menuntut pelaksanaan SBPA yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari ditangguhkan kerana ia mencetuskan rasa tidak senang di semua peringkat sektor perkhidmatan awam terutamanya di kalangan Kumpulan Pelaksana.

Pemimpin kanan PAS alu-alukan Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Para pimpinan kanan PAS mengalu-alukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) jika beliau berhasrat menyertai dan aktif dalam PAS.

Dua Naib Presiden PAS yang dihubungi, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS mengalu-alukan Aziz Bari dan menganggap beliau bakal menjadi satu nilai tambah untuk PAS.

Pemuda PAS dalam kenyataannya sebelum ini mempelawa Dr Aziz menyertai PAS selepas menamatkan kerjayanya di kampus itu hujung bulan ini.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Raja Ahmad Al-Hiss, melalui PAS, Abdul Aziz boleh mempraktikkan ilmunya sebagai Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Negara di dalam membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat mengikut permahaman yang sebenar.

Filem: Muslimat PAS bidas Wanita MCA

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) membidas kenyataan Wanita MCA yang menyamakan PAS dengan Taliban kerana membantah keputusan kerajaan untuk menyerahkan urusan penapisan filem kepada penerbit dan pengimport filem.

Timbalan ketuanya, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, PAS khususnya DMPP tidak bodoh untuk menyekat siaran televisyen jika memerintah negara, seperti yang didakwa Setiausaha Wanita MCA, Chew Lee Giok semalam.

Siti Mariah sebaliknya menyifatkan Wanita MCA tiada isu selain bertindak menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam.

"PAS sudah 50 tahun di Malaysia dan  Muslimat PAS bukan baru. Kami sudah jadi Ahli Parlimen dam sebagainya, adakah kami kami bertindak macam taliban?

Gaji Guru 2012 SBPA Dipertikaikan di Ruangan Pandangan Utusan? Apa Komen Guru di Malaysia?

gaji guru 2012 baru Gaji Guru 2012 SBPA Dipertikaikan di Ruangan Pandangan Utusan? Apa Komen Guru di Malaysia? -gambar hiasan-
Hari ini Malaysia Utusan memaparkan komen seorang guru Malaysia yang mempertikaikan skim gaji guru 2012 SBPA yang baru ini. Kami tertarik untuk mengulasnya selepas anda baca sendiri komen beliau selepas ini.

Pendapat Salah Seorang Guru Mengenai Skim Gaji Guru 2012 SBPA :

SAYA mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA. SBPA secara umumnya memang mendatangkan banyak kebaikan kepada semua pihak. Contoh ketara ialah peningkatan gaji mati bagi guru iaitu antara 19.34% hingga 56.78%. Perkiraan ini adalah berasaskan gaji mati P1T3 @ P1T2 mana yang berkenaan di gred gaji SSM dengan gaji mati SBPA.

SBPA JPA 2012 : Beberapa Penambaikan Dalam Skim SBPA 2012 Termasuk Dasar Exit Policy & LNPT!!

sbpa 2012 SBPA JPA 2012 : Beberapa Penambaikan Dalam Skim SBPA 2012 Termasuk Dasar Exit Policy & LNPT!!
Semalam hasil perbincangan yang panjang lebar antara JPA dan Cuepacs berkenaan beberapa penambaikan dalam SBPA JPA ini, beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah…

Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:

  • Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku
  • Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitanagn awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar Pemisah
  • Terima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011

MUHYIDDIN PERLU JAWAB, BERSIH DIRI

Dalam sehari dua ini terdapat dibanyak akhbar dan blog mendakwa kononnya Setiausaha Sulit TPM, Mohd Shukor Abdul Manan ada menerima sogokan lebih daripada RM100,000 setiap bulan. Benar atau tidak,  atau sekadar cerita penglipur lara menjelang pilihanraya, kita lihat perkembangan seterusnya.

Tan Seri Muhyiddin perlu menjawab atau memberi penjelasan kepada rakyat. bukan membuat penafian atau terus mendiamkan diri. Muhyiddin tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap beliau selaku Timbalan Perdana Menteri..
 
Dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Muhyidin kena siasat tetapi bukanlah siasat sendiri-sendiri. Siasat sendiri tak boleh pakai, kerana dikhuatiri ada yang disembunyikan. Eloklah diserahkan saja kepada SPRM ! 

DAP man receives death threat, bullet

Perak DAP state secretary Nga Kor Ming said note and bullet addressed to him was sent to his family's home in Ayer Tawar.
PETALING JAYA: Perak DAP state secretary Nga Kor Ming has received a death threat and a bullet in an envelope addressed to him and mailed to his parents.
Nga, who is Taiping MP and Pantai Remis state rep, said that his mother Tan Chan Bee, 64, found the note and the bullet in the mailbox today at their home in Ayer Tawar.
“My parents were shocked to see the bullet and the death threat on my life. It is an inhumane and cruel act,” said Nga.
The note in Bahasa read: ‘Cina kurang ajar yeop, bagi tiga pilihan: 1 mampus cepat dengan peluru 2 mampus lambat simbah dengan asid kat muka 3 mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda. Ini amaran dari orang Melayu jangan kurang ajar.’

UBF ‘agrees’ to back ABU

The Borneo Alliance (UBA) is unlikely to support Pakatan Rakyat, prefering to throw its support behind Sabah based parties
LABUAN: The organisors and sponsors of peninsular-based the ‘Anything But Umno’ (ABU) movement, which is calling for the removal of Umno in the next election, are seeking partners in East Malaysia.
Leading civil advocate, Haris Ibrahim (photo), yesterday flew to the Federal Territory of Labuan, defying the Sabah government’s “persona non grata” order slapped on him recently, to hold talks with Sabah political activists led by Daniel John Jambun.
Jambun said they held a series of talks with Haris and that he (Jambun) would report back to two major stakeholders in Sabah’s current opposition front – the United Borneo Front (UBF) and Sabah Progressive Party (SAPP) – on what transpired at the meeting.
“We agreed in principle to support this ABU campaign because Umno has shown that it has been making decisions and policies against Sabahans and Sarawakians in the past 48 years we are in this Federation.
“The very fact that both Sabah and Sarawak are the poorest states now speak volumes of what (the) Umno-led Barisan Nasional had done to our gas and oil resources.

Umno, BN allowed ‘hijacking’ of Article 153

No one is questioning the legitimacy of Article 153 but what should be discussed is its implementation, says a political analyst.
PETALING JAYA: Lack of public discussions over Article 153 of the Federal Constitution has allowed narrow minded extremists such as Perkasa to hijack the clause for their own selfish agenda.
Article 153 of the federal constitution calls for the safeguarding of the ‘special position’ of Malays and the ‘legitimate’ rights of non-Malays.
Whilst the term ‘special position’ has come to mean, and by default, ‘special rights’, the legitimate rights of the non Malays, according to Centre for Policy Initiatives (CPI) director Lim Teck Ghee, has been ‘diluted’.
Lim blamed this on Umno and Barisan Nasional.
“By preventing discussion about it, extremist group like Perkasa has hijacked the clause with their ludicrous interpretation of Article 153.

Aziz Bari dilamar PAS


KUALA LUMPUR, 28 Dis — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.
Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.
“Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.
“PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar,” katanya.

Tol RM9.10 sehala bebankan rakyat Johor – Jui Meng

KUALA LUMPUR 28 Dis : KEADILAN Johor membantah sekeras-kerasnya cadangan kadar tol Lebuh Raya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) sebanyak RM9.10
sehala oleh pemilik konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, kadar tol yang tinggi itu merupakan beban terutama kepada rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan perlu membelanjakan kira-kira RM18 sehari bagi berulang alik ke negara republik itu.
“Ini memberikan keuntungan mega kepada kroni Umno, berpuluh-puluh ribu warga Johor keluar masuk ke Singapura. Adakah mereka perlu menanggung kos tol yang tinggi ini?,” kata beliau kepada Keadilandaily.

Chegu Bad: Polis Cepat Bertindak Apabila Di Lapor Umno


SHAH ALAM, 28 DIS : Tindakan pantas penahanan Chegu Bard berikutan satu laporan polis dibuat Umno sememangnya satu tindakan yang sudah dijangkakan.
Sikap double standard polis ini telah acapkali berlaku sebelum ini terhadap mana-mana parti atau badan persatuan yang tidak sebulu dengan kerajaan Umno/BN.
Itu respon terkini Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin sebaik diminta mengulas tentang penahanannya semalam berikutan kononnya dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau yang didakwa menghina institusi raja.

PRU 13 : PAS kurangkan kerusi di Johor

Mereka "menyerahkan" lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada PRU 2008 kepada DAP dan PKR.
JOHOR BAHARU: PAS negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka “menyerahkan” lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada PRU 2008 kepada DAP dan PKR.
“Kesemua kerusi Dun dan Parlimen di Johor yang diserahkan PAS kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Katanya, PAS Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dun pada PRU-13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 Dun pada PRU 2008.

Pihak Biadab Koyak Poster Banner Ustaz Azhar

Volcano tourism takes a new turn in Nicaragua

Inside Story Americas: Should the US host Yemen's Saleh?

North Korean TV shows funeral grief

Screaming, Crying During NK Funeral

North Korean state funeral gets underway

Greek elections put back until April

Perlaksanaan SBPA proses kecilkan sektor awam?

KUALA LUMPUR, 28 Disember: Cadangan Kerajaan BN untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini ditentang hebat oleh kakitangan kerajaan, diyakini mempunyai muslihat tertentu khususnya bagi mengurangkan agensi dan kakitangan sektor awam.

Keyakinan tersebut didasarkan kepada beberapa perkembangan semasa, apatah lagi sebelum SBPA dilaksanakan, langkah ke arah itu telah pun dibuat oleh kerajaan.

Kemelut selesai, Hasan, Nasha temui Nik Aziz

Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menemui Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Jentera Pekida Umno Beralih Arah



Baru baru ini digemparkan sejumlah ahli PAS telah masuk UMNO dikawasan Penaga Kepala Batas. Hebat ..., sehingga Rezal Merican turun dan juak juak YB Dato Azahar ADUN UMNO Penaga rasa bangga sangat sangat. Ada yang selimut diri dengan bendera UMNO.

Pada 19.12.2011 yang lepas satu program penyerahan borang keahlian PAS telah diterima oleh Timb. Presiden PAS Tn. Hj. Mat Sabu di Dataran Pasar Malam Pekan Darat Tasek Gelugor dalam daerah DUN Telok Air Tawar dan Parlimen Tasik Gelugor. Apa yang hebat... borang tersebut diserahkan oleh orang kuat PEKIDA Tasik Gelugor beserta pengikut pengikut beliau. Beliau dikenali sebagai "Non Singa" berpangkat Paduka Ayahanda.
Habis sudah kekuatan UMNO dibelakang PEKIDA Tasik Gelugor. Mungkin ADUN Penaga YB Dato Azhar tak tau tentang pekara ini, penghijrahan orang kuat mereka kedalam PAS, lantas kemasukan segelintir ahli PAS yang ada kepentingan diPenaga itu diperbesarkan. Ini hanyalah publisiti murahan. Menang sorak di Penaga tapi kampung tergadai di Parlimen Tasik Gelugor.
Apa pun hingga saat ini penambahan kemasukkan ahli baru dari UMNO amat memberansangkan. Terima kasih UMNO kerana mengujudkan satu sistem pemerintahan yang korup dan penuh kezaliman.

Malaysia Boleh : Biar Betul Abang Trafik nii.. !!!!

sahhh..melebihi had laju 110 km/jam...kuah3

Kita kan orang Malaysia


Penulis : YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
Penerbit : Media Ikon
Harga : RM18.00
Ulasan oleh Abd Shukur Harun
Sudah sekian banyak orang memperkatakan mengenai bangsa Melayu, ketuanan Melayu, ‘The Malay Power’, ‘The Malay Delima’ dan pelbagai lagi. Golongan intelektual dan penulis sudah sedemikian banyak menulis mengenai Melayu. Antaranya, Almarhum Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas, Dr. Syed Husin Ali, Datuk Kamarudin Jaafar dan ramai lagi. Tentu saja perihal bangsa Melayu ini dengan segala kelemahan dan kekuatannya akan terus diperkatakan.
Namun sebuah buku baru, ‘Kita kan Orang Malaysia’ karya terbaru pemimpin dan ideolog (pemikir) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa memberikan pandangan, analogi dan perspektif yang berbeza dengan buku lain yang mengupas mengenai Melayu. Karya terbaru yang diterbitkan oleh Media Icon Sdn Berhad ini merakamkan pengalaman peribadinya sebagai ahli akademik dan pemimpin politik PAS dan tentu saja beliau mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai Melayu, sebuah bangsa yang berada di tengah jalur perdana politik tanah air. Ia memaparkan kisah perjuangan menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, dilema dan cabaran yang dihadapi.

Isu Felda: Anak persoal kembali pelantikan Isa Samad

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, hari ini mengemukakan satu lagi aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).
Mazlan (gambar) berkata, aduan itu dibuat kerana pertubuhan berkenaan tidak berpuas hati dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut.
“Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar ahli koperasi Felda,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, di sini.
Menurut Mazlan, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat, penjelasan SKM didakwa bercanggah dengan surat Perdana Menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan Pengerusi KPFB.
“Jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB.

Anwar, Ambiga dan Rosmah jadi sebutan pada 2011

Politik negara terus memanas dengan pelbagai rentetan peristiwa yang menenggelamkan yang lain.
REWIND 2011
PETALING JAYA: Isu politik menguasai tahun 2011 yang akan berakhir tiga hari lagi. Ia sangat menarik perhatian semua rakyat terutama yang berlaku dalam parti gabungan Pakatan Rakyat.
Ada beberapa individu politik yang sangat popular tahun ini. Mereka tidak syak lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Ambiga, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Rosmah Mansor, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  dan beberapa yang lain.
Selain kes liwat Anwar, negara dikejutkan dengan video seks pemimpin popular pembangkang itu yang dianggap perang saraf untuk menambahburukkan tokoh tersebut.
Namun kelihatan tidak berkesan kerana ramai mempertikaikan ketulinannya walaupun PDRM mengesahkannnya.

Ibrahim Ali unclear on the concept of justice

Perkasa president content to live in a veil of ignorance and double standard, says Nurul Izzah.
PETALING JAYA: Perkasa president and Pasir Mas MP Ibrahim Ali does not understand the concept of justice for all, said PKR vice president Nurul Izzah Anwar.
“I’m not surprised that he fails to grasp the concept of justice since he is quite content with different sets of rules for different groups in Malaysia,” said Nurul Izzah.
The Lembah Pantai MP was commenting on Ibrahim’s remarks, likening the 901 Free Anwar campaign as an affront to justice and spark revolutions similar to the ones in the Middle East.
901 refers to Jan 9, 2011, the date when judgment on Opposition Leader Anwar Ibrahim’s Sodomy II trial will be delivered by the High Court.
Anwar is facing sodomy charges following a police report made against him in 2008 by his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Gagal Turun Padang : Ahli Parlimen Pas Minta Maaf Kepada Pengundi

Post Pic
KOTA KEMUNING, 28 DIS : Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud memohon maaf secara terbuka kerana tidak turun padang meninjau masalah penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bukit Kemuning berhubung masalah banjir sejak sekian lama. 

Wakil rakyat Pas itu bagaimanapun tetap dengan pendirian bahawa penduduk kawasan itu tidak pernah membuat aduan sebelum ini sungguhpun mereka mengadakan tunjuk perasaan terhadap beliau dan ADUN Seri Muda Suhaimi Shafie Sabtu lalu. 

Jangan guna media arus perdana - Haron Din

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Datuk Dr Haron Din bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, agar semua pihak yang bertelagah tidak menggunakan media arus perdana.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khasnya dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan di rumahnya Isnin lepas.

Haron Din, timbalan Mursyidul Am PAS itu berkata, apa yang berlaku dalam PAS sekarang hanya sebutir pasir yang dijadikan sebuah busut dan diperbesarkan.

Madrasah Salihiah: Majlis Fatwa lulus, dapat surau baru

ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Disappointing ‘performance’ by politicians

A lecturer from the Monash University rated our politicians' performance in 2011 at 59 points which he said was one mark below a Credit in the university's examination system.
REWIND 2011
This piece was originally intended as a salute to parliamentarians who in the past year have given Malaysians a good enough reason to root for their survival in the 13th general election pipped to be held in the first quarter of 2012.
These individuals would be those who have tirelessly chased down both high profile as well as bread and butter issues.
Those who tossed out ideas, opinions and recommendations that were startling in their boldness but instrumental in setting the nation on the right track.
Those who strode into raging rivers of controversy to stand beside the people even if it sometimes meant standing opposite their party leaders. And those who bravely hoisted the people’s call and hope for change upon their shoulders.