Selasa, 27 Disember 2011

NFC : Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapura

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.


Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

YANG COOL DAN YANG POYO


Mamat poyo no 1. - Yang pakai spek itam baju belang kah..kah..kah Hidup eeeeeeeeeeeeee!!
By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL at 5:56 PM

Anak Mahasiswa paling Cool 2011 1.Adam Adli (LMP) 2.Haziq (KAMI) 3.Shukri Abd Razak (SMM) 4.Khalid Ismath (KAMI) 5.Syukri (GAMIS) 6.Fauziah Mohd Ramly (Siwazah wanita)

Anak Mahasiswa paling poyo 2011 1.Geng Pro-Aspirasi 2.Geng GPMS 3.Geng Budak Itam Uitm 4.mamat kaki bodek muka sembab

Isu Khir Toyo malukan rakyat: Siti Zailah

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 27, 2011
Siti Zailah Mohd Yusof
KOTA BHARU – Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah mewah dan tanah ternyata memalukan rakyat.
Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, satu demi satu penyalahgunaan kuasa pada kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional berjaya dibuktikan dan ia menunjukkan dakwaan pembangkang selama ini adalah benar.
“Pas percaya banyak lagi isu-isu seumpama itu dipercayai melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin tertinggi parti itu yang perlu disiasat pihak bertanggungjawab. Kes Khir Toyo ini salah satu bukti yang jelas kepada rakyat siapa sebenarnya mereka.
“Syabas kepada mahkamah yang kerana memberikan hukuman tanpa mengira kedudukan individu. Masih ramai lagi bekas-bekas pemimpin parti itu yang memiliki kekayaan luar biasa dan ini perlu diselidik segera,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Pemimpin Yang Takabur Dan Menyeleweng Dikecam

imagePARIT RAJA – Selebriti terkenal, Bob Lokman mengecam perbuatan kebanyakan para pemimpin negara ini yang disifatkannya takabur dan menyeleweng dengan tidak mengendahkan amaran Allah SWT.

Beliau menambah lagi dengan menasihati golongan itu agar tidak mempermainkan Islam seperti mendoktrinkan dalam minda masyarakat satu fahaman yang cuba memperkecilkan kekuasaan Pencipta mereka.

Islam jaga bangsa. (sebab) yang mulia (bangsa) kerana agama. Jangan (tanam fahaman) kata, kalau kerajaan BN (UMNO-Barisan Nasional) tak ada hari ini, tak ada kita. Jangan berlagak. Kita dipimpin orang yang bertakabur,

Orang Melayu mudah niaga di Selangor

Kajian seorang pakar ekonomi-politik Universiti Malaya (UM),Profesor Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN).Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan di bawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar ‘komisen’ kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek. Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.
Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.
“Akibatnya, golongan usahawan Melayu tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan daripada komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.

Syria: Protest sit-in as Arab monitors tour Homs

Apa hak anda hendak Ludah & Tumbuk Mahasiswa? Kisah Adam Adli.

ADAM ADLI, I SALUTE YOU.TAKBIR !!!

PANGLIMA LUDAH pthuiii...pthuii

Pertunjukkan 3D Projection Pada Masjid Sheikh Zayed


Sempena hari kemerdekaan UAE, sebuah pertunjukkan Lontaran 3D dilakukan pada permukaan Masjid Sheikh Zayed. Sebanyak 44 projektor digunakan untuk menghasilkan lontaran 3D pada permukaan sebesar 600 x 351 kaki. Nice!

Syrian tanks seen leaving Homs as Arab monitors arrive

Isu Banjir Adalah Bencana Alam Mariah

Tok Him Berang Paderi Pertikai Fasal 153

Anak-anak Ali : 'Masa tentukan Hasan Ali hero atau tidak' kata Ibrahim Ali

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, hanya masa akan menentukan sama ada exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali adalah hero sebenar Melayu-Islam ataupun tidak.
ibrahim ali perkasa 271211Ibrahim berkata, buat masa ini masih tidak pasti sama ada kemelut dalaman PAS hanya umpama pergaduhan suami-isteri atau Dr Hasan benar-benar memperjuangkan Melayu, Islam dan Raja-raja.
"Dan esok-esok benda itu selesai. Dia boleh bertanding balik dalam PAS. Mungkin dia seronok.

"Mungkin pada masa itu, orang akan tahu colour (warna) dia. Saya berterus terang. Pada masa itu, orang tahu colour dia," katanya.
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim berkata, agenda perjuangan Dr Hasan tidak mungkin dicapai ekoran pendirian berbeza DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Jadi apa yang dia nak buat. Mungkin (dia berkata) saya dah selesa... sudah terima negara berkebajikan. Jadi saya tidak mahu ding dong ding dong.

Bomoh Politik : DAP dan PAS akan menghadapi masalah bentuk negara bersama,’ kata Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR, 27 Dis – Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.
“PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah,” katanya di sini.
Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.
“Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan,” katanya ketika sidang media di sini.

PRU13 : Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini.  Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."

Perhimpunan tanpa permit di 12 lokasi

Meskipun Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah diluluskan parlimen, namun sekumpulan warga yang enggan akur telah melancarkan gerakan "civil disobedience", dengan penampilan dalam warna kuning di 12 lokasi tanpa permit polis pada 24 Disember 2011.

Antara lokasinya termasuk KLCC, tasik Taiping di Perak, Melaka, Kluang Johor, stesen keretapi di Segamat, padang golf Johor Bahru, muzium Sarawak, feri yang menjalin antara Seberang Prai dengan Pulau Pinang, pantai Kuantan, pusat beli-belah Seremban dan sebagainya.  Bantahan terhadap RUU Perhimpunan Aman dengan cara yang kreatif ini kebanyakannya berlangsung pada jam dua petang.

Anda Juga Mampu Menyelamatkan Negara

Oleh: The Yellow Boutique
Langkah pertama:
Ramai antara kita tahu negara kita perlu perubahan untuk mengelakan kehancuran.Dan kepimpinan kini tidak mampu untuk berubah.Bezanya cuma ada yang respond dengan menyertai parti pembangkang, ada yang bersama NGO,ada yang hanya mampu maki2 di kedai kopi bersama kawan dan ada yg cuma mampu pasrah.
Semua cara ini telah dilakukan tapi tiada hasil yang konkrit ke arah perubahan.Ahli Parti,organisasi NGO terpaksa berhadapan dengan konflik dalaman yg membuang masa.Orang biasa pula tak mampu beri impak yang cukup.
Maybe sudah tiba masa untuk masuk fasa yang baru.Fasa ini perlu membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada perubahan negara tanpa perlu berkehendak kepada kuasa atau persaingan menjadi ketua.Cuma akan hanya fokus pada merubah nasib Negara.
Cadangan gua untuk langkah pertama:-

Gerakan 901 Bakal Cetus Darurat?

Gerakan 901 Bakal Cetus DaruratPOLITIK menimbulkan ketakutan dikalangan rakyat ini adalah taktik biasa yang digunakan UMNO.  Paling selalu ialah politik perkauman, dengan cuba menimbulkan kemungkinan huru hara akan berlaku jika kerajaan selain BN mengambil alih sedangkan sudah terbukti di 5 negeri pasca 2008 tidak ada apa pun berlaku.
Melainkan yang dicetuskan sendiri oleh mereka – dengan merujuk rampasan kuasa di Perak.
Sekarang cubaan yang sama sekali lagi cuba dicetuskan dalam hal perhimpunan aman yang bakal diadakan Gerakan Membebaskan Anwar 901 (Gerakan 901) pada 9hb Januari 2012 – tarikh dimana keputusan berkaitan perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidi Md Diah.
Perkara ini telah dimainkan di blog-blog pro UMNO dan ‘blog versi cetaknya’ Utusan Malaysia melalui kolum Awang selamat.  Sedikit mengenai ini, kenapa penulis katakan ‘blog versi cetak’ bagi menggambarkan Utusan?  Kerana sama seperti blog, Utusan juga kelihatannya tidak terikat kepada etika kewartawanan dalam setiap penerbitannya – sama seperti blog yang bebas bercakap apa sahaja dengan sedikit kemungkinan dikena tindakan undang-undang.
Baiklah, itu hanya selingan, sekarang kembali semula kepada isi yang nak disampaikan.

Tarikh PRU-13: Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012..???

Tarikh PRU-13 Bubar 17 Februari, Pengundian 11 Mac 2012PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar  pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.
Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.  Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.
Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).
Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

Papagomo: Blogger Pembangkang 'Kaki Pau'

by Aidil Syukri   
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air, nama Papagomo memang sudah tidak asing lagi. Beliau bukanlah ahli politik, namun popularitinya di dalam arena politik negara memang tidak dapat dinafikan. Berjuang melalui ruang maya, beliau telah menggegarkan negara dengan siri pendedahan ‘panas’ yang melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang melalui blognya. Dek pendedahan-pendedahan yang dilakukannya, beliau kini dianggap sebagai salah satu musuh utama oleh pembangkang dan penyokong-penyokong mereka.

Wartawan Malaysian Digest baru-baru ini telah berkesempatan untuk bertemu dengan Papagomo dan berborak mengenai suka-duka beliau sepanjang bergelar pejuang cyber. Berikut adalah temuramah ekslusif Malaysian Digest dengan Papagomo:


 

..
 

TAK PERLU POLIS DAN SPRM!!! Muhyiddin sendiri siasat dakwaan SU sulit disogok ? Boleh percaya ka...


mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa salah seorang pembantunya telah menerima rasuah akan disiasat oleh pihaknya..

Dan Malaysiakini juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Sejak bila pulak Muhyiddin ni jadi Penyiasat? kenapa tidak diserahkan kes ini kepada pihak Polis atau SPRM? takut terbongkar lebih banyak ke?? atau Muhyiddin sendiri tidak percaya kepada SPRM dan Polis?

Najib Takut Shahrizat Dedah Skandal Pemimpin Lain?

SHAH ALAM, 27 DIS : Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.
Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

Kerajaan tidak boleh lari dari urusan tapis filem

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Gesaan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) agar urusan penafisan filem terus dengan kerajaan untuk mengelakkan pihak berkepentingan mengambil kesempatan.

Sehubungan itu, mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik keputusan untuk menyerahkan tugas menapis filem kepada penerbit dan pengimport filem mulai tahun hadapan.

Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).
Pendirian Muslimat PAS ini dibantah oleh Wanita MCA dengan andaian ia menggambarkan kerajaan di bawah PAS mahu menyekat kebebasan penerbit filem.

Namun bagi timbalan ketua Muslimat PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) , pandangan ini dibuat kerana pihaknya bimbang penerbit dan pengimport mengambil kesempatan untuk sengaja "terlepas menapis" dan menayangkan filem-filem yang mempunyai unsur negatif dan bercanggah dengan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

Anwar gunakan rakyat demi kepentingan diri - kata Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menganggap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rakyat demi kepentingan diri dalam kes perbicaraan tuduhan liwatnya terhadap Saiful Bahari.
Menurut Presiden Perkasa ini lagi, ketua pembangkang itu seolah-olah memperlekehkan sistem perundangan negara dengan melancarkan perhimpunan pada 9 Januari ini-ketika keputusan kes perbicaraan tuduhannya meliwat Saiful akan diumumkan mahkamah.
“Ini kerja menghasut ... menghina sistem kehakiman dan perundangan negara, dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara, Anwar ingat dia bersih?,” tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di Kampung Bharu di sini.

CALUN - MELIHAT KELEBIHAN ORANG LAIN

Menjadi aktivis parti tak siapa bertanya latarbelakang akadamik atau kerjaya kita. Kerja aktivis parti adalah secara sukarela, tak siapa membayar gaji atau elaun kita. Kita hanya mencari ganjaran Allah swt sahaja. Berapa ramai anggota parti yang berkorban dari sekupang dua sehinggalah ratusan ribu ringgit. Ada yang sanggup wakaf tanah berekar kepada parti. Ada yang menyumbang wang setiap bulan. Mereka tak pernah mengharapkan balasan projek  jika partinya memerintah. Malah jauh sekali berangan menjadi calun pilihan raya.

Tetapi apabila parti mencadangkan nama calun, ianya tidak terikat kepada nama dikalangan aktivis parti atau di kalangan AJK parti. Kita mencari nama yang mampu diterima ramai oleh pengundi. Barang pasti latarbelakang kerjaya,  kelulusan akadamik, hubungan dalam masyarakat dan kemampuan diri diambil kira.  Shahnon Ahmad dan Cikgu Huda yang bertanding di Sik bukan pun aktivis parti tetapi dipilih oleh parti mewakili parlimen Sik dan menang. Hasan Shukri yang pernah menjadi Naib Presiden Pas sekian lama pun tak tergila-gila nak cadi calun. YDP Pas Parit Buntar pun tak menjadi calun, sebaliknya memberi laluan kepada Dr Mujahid Yusof yang diimpot dari luar. YDP Titiwangsa juga tidak bertanding memberi laluan kepada Dr Lo'lo

PERKASA gesa akta hasutan pada paderi Eu

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menggesa kerajaan bertindak tegas dengan menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap pihak yang cuba mempersoalkan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya kesal dan tidak senang hati dengan kenyataan seorang paderi yang didakwa mempersoalkan artikel tersebut untuk "membuli kaum yang lain".
"PERKASA berpendapat ia merupakan satu kenyataan provokasi, tidak bertanggungjawab, mengundang suasana tidak senang hati antara kaum dan berbaur hasutan.
"Ia satu kontrak sosial yang tidak boleh disentuh (oleh kaum lain) dan hak kebebasan kaum-kaum lain dijamin dalam perlembagaan," katanya dalam sidang media petang ini.

Penjelasan Isu Ustaz RASUL DAHRI - Ustaz Azhar Idrus

Baca Doa Qunut Selain Dalam Solat Subuh - Ustaz Azhar Idrus

Ahmadinejad: "his people are good at pressure"

Japan: "the most frightening experience of my life"

Bilakah masanya yang mesra Umno itu memilih jalan yang lurus?

Saya ulang siar apa yang ditulis dalam posting "Kenapa Cik Gu Pa kata game over dan Hassan Ali akan selamat?":
Seorang lagi kawan, tak dan habis nak cerita komen kawan lain bahawa pada tahun 1951 para ulama ramai-ramai keluar Umno dan tubuhkan PAS, dia terus kata:
La ni (selepas pilihan raya umum 2008) ulama-ulama dalam PAS berebut-rebut pulak nak selamatkan Umno.
Saya akan ulang siar petikan kata-kata di atas untuk dijadikan sempadan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS yang mahu menjadikannya sebagai sempadan. Yang membenci dan sakit hati sangat kepada petikan kata-kata tersebut dan juga kepada saya yang memetik kata-kata tersebut, dipersilakan benci dan sakit hati dengan penuh perasaan.

Pulau Pinang ada 1500 anggota PPS

KEPALA BATAS, 27 Dis: Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang bertekad menjalankan tugasan dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab bersama pasukan polis serta penduduk tempatan untuk membantu mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat.
(Seorang anggota PPS menerima walkie talkie dari Ketua Menteri tanda pengiktirafan kepada tugas mereka)
Baru-baru ini keseluruhan 71 pasukan berbanding 31 pasukan tahun lalu diberikan walkie talkie dan vest PPS oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertempat di Dewan Endon, Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas sempena
kunjungan beliau ke majlis penyampaian wang RM1,000 kepada waris warga emas peringkat Seberang Perai Utara.

Kempen bebas Anwar 901

"Dalam kempen ini kita mengajak rakyat untuk menunjukkan solidariti di mahkamah pada 9 Januari jam 7 pagi," kata Shamsul Iskandar.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mula menggerakkan kempen dikenali sebagai ‘Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901′ di seluruh negara untuk mengajak rakyat hadir beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari, bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jurucakap kempen Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kempen bermula 18 Disember lalu dengan melibatkan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemuda Pakatan.
Menurut Shamsul kempen bermula di alam maya (twitter dan facebook) serta pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencetak 500,000 risalah kempen yang mengandungi kronologi kes dan kepincangan yang berlaku sepanjang perbicaraan berlangsung.
Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat penghakiman berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kes tersebut berlangsung hampir dua tahun ekoran Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Infighting and public interest

Infighting and public interestPersonnel disputes are inevitable for all organisations and the problem is even more serious in political parties because of power and interests. Both the ruling and alternative parties are recently facing infighting problems. I believe that the problems will be solved before the next general election. However, the nature of the problems has reflected their political cultures.
Umno has unfortunately involved in corruption scandals and the National Feedlot Corporation (NFC) issue has brought pressure to the party. Therefore, Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, members of the Parliament and grassroots leaders have asked for the resignation of Wanita Umno chief Shahrizat Abdul Jalil. Once she leaves the office or not being fielded in the next general election, the party can then draw a line with the issue.

NFC : 'Datuk' Ditahan Reman Sehingga Khamis Ini

Post Pic
KUALA LUMPUR, 27 DIS : Datuk 'berusia 45 tahun, yang ditahan semalam atas dakwaan cuba merasuah pegawai-pegawai kanan polis yang menyiasat isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) direman sehingga Khamis ini kerana didakwa menipu seorang wanita berusia 43 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asistan Komisioner Izany Abdul Ghany berkata suspek berkenaan didakwa meminta sebanyak RM280,000 pada Oktober, 2007 untuk membina stesen minyak di Lembah Klang.
 
"Suspek didakwa meminta wang sebanyak RM280,000 sebagai yuran rundingan untuk projek itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini, stesen masih belum dibina walaupun yuran telah dibayar,"katanya.

BNl’s early elections plan in disarray

BNl’s early elections plan in disarray During the last few months, Prime Minister Najib Razak has been pulling out one pre-election carrot after another from his inexhaustible supply of goodies aimed at persuading the electorate to vote BN’s way in the coming general election (GE).
These range from indefinite postponement of the long delayed goods and services tax to financial grants and other handouts to Chinese, Tamil and Islamic religious schools as well as politically strategic groups including Felda settlers, Indian small entrepreneurs, low income communities, and imams and Kafa (religious) teachers.
Najib’s backroom boys must have been supremely confident that this mass saturation of money and handouts – so effective in past elections - would pave the way for a resounding victory as they plotted the timing of the next GE.

Kalimullah Vs Chang: Nor Mohamed Succeeds In Setting Aside Subpoena

Kalimullah Vs Chang: Nor Mohamed Succeeds In Setting Aside SubpoenaKUALA LUMPUR -- Former second finance minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop need not to testify in a suit brought by Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan against lawyer Matthias Chang Wen Chieh.
The High Court had on Dec 20, allowed Nor Mohamed, who is currently Minister in the Prime Minister's Department, to set aside a subpoena for him to testify as Chang's witness in the suit.
Asked on the matter, Chang's counsel Vinod Kamalanathan told reporters here today that Judge Datuk Asmabi Mohamad had granted Nor Mohamed's application to set aside the subpoena after hearing submissions from both parties.
Vinod said the court also fixed Jan 4 to decide on similar applications (to set aside subpoenas) from Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar and Securities Commission employees.

Adam Adli: Wajah Malaysia yang baru

Adam Adli: Wajah Malaysia yang baruUMNO dan presidennya yang lembap, Najib Razak telah ketinggalan peluang untuk mendekati komuniti pelajar universiti di Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa revolusi-revolusi besar telah dilancarkan oleh anak-anak muda yang menuntut di universiti-universiti. Dahulu, pelajar universiti jugalah yang telah mengetuai bantahan terhadap Perang Vietnam di Amerika. Pelajar universiti juga telah menyokong revolusi di dunia Arab. Dan di universiti-universitilah tempatnya dimana politik negara dibentuk dan diacu.
Pemikiran keterbelakang
Perbuatan mengancam Adam Adli, pelajar yang menurunkan bendera sia-sia Najib di ibu pejabat UMNO menunjukkan kemunduran pemikiran UMNO sendiri. Sebaliknya UMNO mula mengancam Adam. Tanpa percubaan untuk memahaminya, UMNO bertindak balas dengan memarahi dan cuba berniat jahat terhadap Adam. Sememangnya, ini adalah UMNO - pembuli terbesar di Malaysia.

Civil war erupts in Umno: Muhyiddin's man the latest to be accused of corruption

Civil war erupts in Umno: Muhyiddin's man the latest to be accused of corruptionThe dirt is starting to hit the fan. Frustrated and fed-up Umno factions are starting to blow the whistle on each other.
Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin is the latest to be drawn into the Umno corruption pit with his senior private secretary accused of receiving more than RM100,000 in monthly 'contributions'.
In Malaysia's graft tainted political scene, top leaders like Muhyiddin and his boss Prime Minister Najib Razak would never collect bribes directly, with payments allegedly channeled through their aides.
"I am not aware except for what I read in the blog. I will look into this. Whatever that is said to be linked to anyone, or my department, I will look into," Muhyiddin told reporters on Tuesday.
Whistle blower or civil war?
A blogger going by the name of whistleblower711 had alleged that Mohd Shukor Abdul Manan, the DPM's senior aide, received more than RM100,000 in monthly contributions.

Pemegang amanah PERKIM dituduh pecah amanah


SHAH ALAM, 27 Dis – Tiga pemegang amanah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Damansara Utama (PDU) dengan dua daripada mereka bergelar ‘Datuk’ hari ini telah dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan kesalahan pecah amanah.
Tertuduh, Datuk Ariffin Suhaimi,74, Pengerusi PDU bersama dua lagi pemegang amanah Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam,60, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan di baca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sebagai pemegang amanah kepada PERKIM Damansara Utama – yang telah diamanahkan dengan wang balasan daripada projek menaiktaraf jalan B9/FT015 dari Lapangan terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh yang berjumlah RM3,700,000, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Najib tidak jawab isu sebenar dalam ETP

Saya meneliti jawapan kerajaan Datuk Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung
dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011.

Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation
Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang
tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009.

Anwar jelajah negara menjelang 9 Januari

KUALA LUMPUR, 27 Dis : Ketua Pembangkang (Parlimen) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menemui rakyat melalui program jelajahnya ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia menjelang 9 Januari ini.

9 Januari adalah tarikh mahkamah tinggi membuat keputusan berhubung dengan dakwaan terhadap Anwar.

Program jelajah bermula 3 Januari 2012 itu dirangka bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan dari Ketua Umum Keadilan itu mengetahui tentang isu-isu yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Beliau juga dijangka akan memberi penjelasan terhadap isu fitnah II yang telah dirancangkan oleh Umno sejak awal lagi bagi menghalang perjuangan politik Anwar.

Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

NGO India tak yakin penarikan balik Interlok

NONEGabungan NGO India masih tidak yakin bahawa pertikaian seputar buku teks sastera Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain sudah selesai.
Presiden kumpulan itu Victor Suppiah hari ini berkata, penarikan balik itu masih tidak pasti sehinggalah Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat mengumuman berkaitan dan menyatakan sebab terperinci atas tindakan itu.
Supiah berkata, ia ekoran kenyataan pelbagai pihak - antaranya presiden MIC Datuk G Palanivel dan timbalannya Datuk S Subramaniam, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud - yang berbeza dalam isu itu.
"Kami mahu timbalan perdana menteri (Muhyiddin) beritahu kami dengan pasti sama ada buku itu benar-benar ditarik balik," desaknya.
Novel yang diperkenalkan dalam sukatan pelajaran awal tahun ini digugurkan minggu lalu selepas hampir setahun dibantahan pelbagai pihak, terutama kumpulan masyarakat India.

PAS Terengganu sambut 100 tahun Batu Bersurat

HULU TERENGGANU, 27 Dis: PAS Terengganu akan mengadakan sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’ Dil As-Suluk (Itqan) di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 6 dan 7 Januari 2012.

Pengarah Itqan, Muhyidin Abdul Rashid berkata program sambutan “Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk” bagi memperingati 100 tahun Undang-undang Islam pernah diamalkan di Terengganu.

Malah, kata beliau penemuan “Batu Bersurat” yang tercatat pada tahun 1303 bukti awal negeri ini pernah menerima Islam sebagai agamanya.

“PAS Terengganu akan mengadakan sambutan 100 tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’ yang diadakan pada 6 dan 7 Januari 2012 di Kuala Berang, tempat penemuan ‘Batu Bersurat’ itu.

Kecewa Dengan Qada' Dan Qadar - Ustaz Azhar Idrus

Perempuan Tumpang Rumah Rakan Ada Adik Beradik Lelaki - Ustaz Azhar Idrus

SMS Lelaki Dan Perempuan - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai Purdah Niqab - Ustaz Azhar Idrus

Wanita Kahwin Di Siam Thailand - Ustaz Azhar Idrus

Pakai Tudung Nampak Bentuk Sanggul - Ustaz Azhar Idrus

Had Minima Pakai Tudung - Ustaz Azar Idrus

Thailand battles with post-flood clean-up

Inside story Americas: Can Cuba fix its socialist system?

Inside Story - Nigeria's Christmas Day bombings

Kim Jong-un sheds tears at wake for dead father

YouTube Rewind 2011

Surat terbuka kepada Menteri Kesihatan dan Pengarah HRPZII


Salam sejahtera kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Assalamulaikum kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam perkidhmatan kesihatan di Malaysia dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II yang berusaha untuk menggubal dan melaksanakan polisi "Memberi perkhidmatan klinikal dan sokongan bagi mencapai tahap maksima dalam mencapai kepuasan pelanggan secara beretika, efisen dan profesional dengan membekalkan jagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan diagnostik dan sokongan serta pemulihan awal yang melibatkan langkah-langkah peningkatan kualiti berterusan" seperti mana yang dijanjikan didalam Perutusan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II didalam website HRPZ 2 tidak lama dahulu.

Lelaki Lebihkan Isteri Dari Ibu Sendiri - Ustaz Azhar Idrus

Mandi Wajib Junub Tapi Kaki Patah - Ustaz Azhar Idrus

Elak Was-Was Selepas Wuduk - Ustaz Azhar Idrus

PAS Jamin Periuk Nasi Artis, Atlit dan Selebriti

Saya Tidak Dimaklumkan Janice Lee

JABATAN TENAGA KERJA : GAJI MINIMA

Arab League observers in Syria for key visit

SIGMA Kecewa Filem Tidak Akan Ditapis LPF

Kuala Lumpur, 27 Dis : Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA), sebuah sayap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyifatkan keputusan  Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan tidak tepat.
SIGMA melalui kenyataan Pengerusinya, Rohayu Rusli menyatakan situasi itu jelas seperti LPF bersikap lepas tangan dalam menangani budaya negative perfileman.
“Saya desak dan menggesa Lembaga Penapisan Filem menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan itu.
“SIGMA mewakili seluruh suara siswi melihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) seakan berlepas tangan dan tidak wajar diputuskan sebegitu rupa.

Ada Apa Dengan Bendera?


 Alicia Izharuddin
Pelajar Doktor Falsafah dalam kajian Islam, gender, dan media.

Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak.  Mengikut mereka, politik hanyalah “permainan kotor” yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas.  Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik.
Baru-baru ini kita dihidangi berita yang kian menjejaskan integriti kerajaan yang kononnya mahu mendaulatkan konsep demokrasi dan mempunyai keinginan untuk berjinak-jinak dengan prinsip kebebasan bersuara.
Tindakan aktivis-aktivis mahasiswa dari Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera yang melayangkan wajah Najib Razak selama lima minit sebagai simbol tidak-puas hati mereka terhadap keengganan kerajaan memansuhkan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan akademik dan berpolitik.
Walaupun didepani dengan desakan aktivis-aktivis mahasiswa untuk memansuhkan AUKU yang semakin mengombak, kerajaan Najib Razak hanya mampu berdiam dan mendiamkan suara-suara protes.

Adam Adli : Mahasiswa UPSI Tolak Campur Tangan Luar

Tanjong Malim, 27 Dis : Kes yang melibatkan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli terus menjadi perhatian seluruh Malaysia.
Setelah pentadbiran universiti mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan ke atas Adam, Mahasiswa Pendidik (MP) dan beberapa wakil Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) menegaskan bahawa mereka menolak sebarang campur tangan politik luar sama ada dari Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional dalam menentukan urusan mahasiswa.
Menurut Mahasiswa Pendidik (MP) menerusi lama rasmi Facebook, mereka menyatakan biarlah mahasiswa membina jalur mahasiswa sendiri.

Risalah Lucah : KAMI Gesa UiTM Siasat, Jangan Diamkan Diri

Shah Alam, 27 Dis : Beberapa hari lalu, warga kampus UiTM Shah Alam telah dikejutkan dengan penyebaran satu risalah lucah dan berbaur hasutan yang diedarkan di kampus berkenaan.
Risalah berkenaan dilihat seakan-akan mahu mengutuk serta memburukkan pelajar UiTM sendiri iaitu Khalid Ismath yang juga merupakan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen ( KAMI).
Risalah tersebut memaparkan gambar fitnah kepada siswa berkenaan serta menggelarkan dirinya “penyebar ajaran sesat”.

Kebersihan pentadbiran juga penting dipelihara

BAYAN LEPAS, 27 Disember: Pentadbiran negeri yang bersih juga antara aspek penting bagi menentukan nasib rakyat terbela, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Green Cleaneer Penang di Sungai Batu, Bayan Lepas semalam.

Katanya, kebersihan bukan sahaja dikaitkan dengan keindahan alam ciptaan Allah s.w.t malahan kebersihan dari segi pentadbiran juga menjadi daya tarikan apatah lagi pelaburan yang boleh meninggikan lagi pendapatan negeri yang berharap penuh pada sektor perindustrian dan pelancungan.

Ujarnya lagi, rakyat akan bertambah sihat apabila mereka dapat rasakan kelainan apabila lebihan pendapatan hasil kerja kuat rakyat dibahagikan pula kepada semua penduduk walaupun tidak seberapa.

Mahasiswa tolak politik ludah

Muhd Syahid Mohd Zaini   
Baru-baru ini mahasiswa  melakar satu lagi sejarah baru apabila berjaya melakukan perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik dari Masjid Jamek dan berarak hingga ke bangunan PWTC.

Enam tuntutan yang ingin dibawa gerakan ‘Bebas’, iaitu mansuhkan AUKU, akta 174 dan akta 555, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam politik.

Belum ada keputusan ke atas nasib Shahrizat kata Muhyiddin.

SHAH ALAM, 27 Dis — Kabinet belum memutuskan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil harus meninggalkan kabinet berikutan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin hanya menggelengkan kepala dan berkata, “Tidak, tidak,” bila ditanya sama ada kabinet sudah memutuskan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu harus kekal dikabinet atau tidak.
Ketua Wanita Umno (gambar) itu menghadapi desakan supaya meninggalkan kerajaan dan meletak jawatan termasuk desakan daripada mantan Perdanan Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas dikaitkan dengan penggunaan dana kerajaan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek NFC berkenaan yang dianggarkan bernilai RM27 juta.

Umno sebenarnya ancaman kepada orang Melayu


Oleh T UAN GURU NIK AZIZ NIK MAT
SAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya sethttp://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/dato-nik-abdul-aziz-nik-mat.jpgiap saat.Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal harihari.
Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai.

Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.

‘Kuasa Melayu’ jadi modal untuk terus menyamun wang rakyat.....


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
KISAhttp://2.bp.blogspot.com/-T8T4WQg_mHI/TsHRdTL3shI/AAAAAAAAiMU/e4y_AoGMVxY/s1600/Shahrizat-nfc-fidlot-lembu-feedlot-PENYAMUN+WANG+RAKYAT.GIFH lembu keluarga Shahrizat Jalil yang melibatkan jumlah wang yang besar iaitu RM250 juta sudah puas diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Impak negatif untuk BN sebagai pemerintah tua di Pusat tetap ada. Namun menjadi kebiasaan bagi setiap isu besar yang muncul, ia akan menenggelamkan isu yang lain atau mungkin menyelamatkan pihak penyeleweng yang lebih besar.

MAHASISWA SEPERTI ADAM ADLI DISANJUNG, BUKAN SEPERTI SAIFUL BUKHARI

Tahniah kepada Mahasiswa alaf baru yang berani dan tidak mudah menjadi lembu dicucuk hidung.  Kita tidak mahu Mahasiswa menjadi seperti seorang bekas Mahasiswa yang gagal di dalam pembelajaran, lantas menjadi lembu dicucuk hidung sehingga sanggup melakukan fitnah demi duit.  Paling memalukan, bekas Mahasiswa itu sanggup tidak mencuci duburnya selama dua hari demi untuk mencari makan dan melaksanakan kehendak rejim diktator yang mengupahnya.
Alaf baru memerlukan Mahasiswa yang bukan sahaja rajin belajar dan pintar tetapi mempunyai nilai diri yang tinggi.  Kita tidak mahu suatu ketika nanti Mahasiswa ini akan menjadi pemimpin yang korup dan tiada nilai diri sehingga sanggup `mengusung kek `tahi' ke Pejabat KM P.Pinang dan memakannya sendiri.
Mahasiswa seperti Adam Adli ini jauh lebih bermoral dari tokeh Utusan Malaysia yang kaki fitnah yang menyebarkan berita kononnya bendera Najib dipijak-pijak, sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian.  Adam Adli juga jauh lebih bijak dari Reezal Naina Merican yang saya tidak pasti berbangsa Melayu atau Malbari itu yang begitu mudah di`kencing' oleh Utusan Malaysia dengan laporan fitnah sedemikian.
Untuk adam Adli, jangan gentar rakyat yang bijak tetap bersama kamu melainkan mereka yang masih beriman dengan akhbar dan media lidah syaitan.

Putrajaya to table Race Relations Bill in March

Nazri said such a law was needed to police inter-racial interaction. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 27 — Putrajaya will table a Race Relations Bill in March to regulate interaction among the races and foster mutual respect, de facto law minister Datuk Seri Nazri Aziz says. The proposed law would be modelled on Britain’s Race Relations Act, the minister said.
He told Sin Chew Daily in an interview published today the proposed law, which will be used to combat racial extremism, was one of two replacement laws for the Internal Security Act (ISA).

Syiria: PAS gesa kerajaan tuntut sidang tergempar OIC

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS hari ini menghantar surat kepada Kementerian Luar Negeri bagi menuntut agar diadakan sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) berhubung pergolakan di Syiria.

Pengerusi Lajanah Antarabangsa PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata gesaan itu perlu memandangkan keganasan oleh pasukan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad terhadap rakyatnya masih berterusan meskipun beliau sudah berjanji tidak akan bertindak sedemikian.

SMM Anjur Himpunan Bela Adam Di UPSI Pada 31 Disember


SHAH ALAM , 27 DISEMBER : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Perdana Menteri oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli.
Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Khairul Naim berkata mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.
"Himpunan besar-besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI menggugurkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Najib Razak baharu-baharu ini," kata Khairul dalam kenyataan medianya.

Today in History for Dec. 27

PELAKON DRAMA MASUK UMNO DIKEHENDAKI!!! INILAH MASANYA UNTUK TUNJUKKAN BAKAT MENIPU!!!


Para peserta dikehendaki memohon di Pejabat UMNO terdekat - peserta yang berjaya akan diberi latihan berlakon - lakonan wajib adalah DRAMA "MASUK UMNO" menjelang PRU 13.  

Gaji dan Ganjaran yang lumayan dan anda BERPELUANG menjadi glamour masuk di RTM dan TV3suku, dan gambar2 peserta akan dimuatkan kedalam Surat Khabar Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Jangan lepaskan peluang ini, hanya LIMA TAHUN sekali......ayuh daftar sekarang dimana mana Pejabat UMNO terdekat.