Khamis, 22 Disember 2011

KENALI HANG TUAH..HANG JEBAT DAN "HANG LUDAH"...

Ini HANG TUAH..Allahyarham P.Ramlee pernah berlakon memegang watak HANG TUAH dalam filem HANG TUAH...Seniman Agong P.Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di pagi Hari Raya Aidilfitri di rumah neneknya di 40A, Counter Hall, Penang...Beliau meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung.... INGAT..P.RAMLEE TU ORANG PENANG...DI PENANG SEMUA KITA PANGGIL "HANG...."....semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman..Al-Fatihah...

Antara skrip HANG TUAH yang popular pada babak akhir.."...SIAPAKAH YANG BENAR...JEBATKAH BENAR..ATAU AKUKAH BENAR....

Ini pula HANG JEBAT....Allahyarham Nordin Ahmad pernah berlakon memegang watak HANG JEBAT dalam filem HANG JEBAT.... beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1932 dan akhirnya pergi buat selamanya pada 15 Jun 1971 di Singapura...INGAT NORDIN AHMAD JUGA ORANG PENANG....DI PENANG SEMUA KITA PANGGIL "HANG...."

Antara peribahasa dan pantun yang dipopular oleh Nordin Ahmad dalam filem Seri Mersing....

Peribahasa: 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya, ada terlebih baik di negeri saya'

Pantun:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.



Antara skrip yang terbaik adalah..."jangan..jangan sembah aku...aku bukan gila disembah...aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagong-agongkan pangkat dan kebesarannya...aku Jebat..rakyat biasa...pangkat aku untuk kepentingan rakyat...bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat..DAN AKU RELA MATI UTUK RAKYAT....kerana aku mahu KEADILAN...KEADILAN...............KEADILAN....
....semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman..Al-Fatihah...

Itulah kisah sejarah lama pahlawan dan pendekar di Melaka bergelar HANG TUAH, HANG JEBAT, HANG LEKIR, HANG LEKIU DAN HANG KASTURI...

Ini GAMBAR siapa pula pendekar dan pahlawan Melayu Islam abad ini?...ini adalah gambar "HANG LUDAH"...nak tau betul ke tak....telefon no nie... +60192933631 +60122277266... HELLOOOO...NIE HANG LUDAH KER.... :-)
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

PAS sambut baik penangguhan SBPA

KUALA LUMPUR, 22 Dis: PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan hari ini.

Keputusan tersebut disifatkan sebagai kejayaan awal yang dinikmati oleh kakitangan sektor awam, hasil kerjasama PAS serta Pakatan Rakyat dan Cuepacs yang menentang keras perlaksanaan skim itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tanpa kerjasama politik, khususnya tentangan PAS, skim tersebut mustahil ditangguhkan perlaksanaannya meskipun jelas menzalimi kakitangan awam khususnya yang berada di dalam Kumpulan Sokongan.

Menurutnya, keputusan penangguhan itu pasti melegakan kakitangan sektor awam, tetapi ia tidak bermakna jika tidak dibatalkan kesemua perjanjian berhubung dengannya.

Turkey warns France over genocide vote

Inside Story - South Sudan and Israel - unlikely friends?

Konvensyen Kebangsaan PR Ke-3 Di Kedah 13-14 Jan 2012


SHAH ALAM, 22 DIS: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengadakan konvensyen Kebangsaan kali ke-3 bulan hadapan sebagai persediaan terakhir sebelum menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Konvensyen yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 Januari depan akan menumpukan kepada beberapa fokus utama antaranya memperkemas semula hubungan diantara komponen parti Pas, PKR dan DAP, selain merangka menifesto bersama untuk dikemukakan pada pilihanraya akan datang.
Pada malam 13 Januari ceramah besar-besaran di seluruh Kedah akan diadakan yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi PR.

Peniaga Uptown Danau Kota Mengamuk Serang Pejabat MP Bebas

Indonesia's orangutans struggle to survive

Hasan Ali - Lebih lajak dari laju ?

Akhirnya dia melatah !! . Tersinggung soal pencalunan,… kemudian melarat sampai menyentuh soal dasar dan kepimpinan PAS,..  Kenapa?  

 PAS atau Hasan Ali ?  Siapa sebenarnya dah berubah ?


Berbangganya Dr Hasan Ali dapat liputan khas di TV3, walhal  stesyen Tv itu  adalah musuh PAS, musuh  Pakatan Rakyat.   

Entah dirasuk apa tiba-tiba beliau melenting lantas membuat sidang video dan kenyataan media! . Apakah beliau didesak oleh suara-suara ghaib atau tangan ghaib? Atau beliau didesak oleh geruh PRU ke-13?  Atau beliau cuma nak  test market ?

Menurut Dr Hasan punca segala isu ini ialah kenyataan Saari Sungip ketua penerangan PAS Selangor yang menyatakan beliau tidak dicalunkan pada PRU nanti. Itulah punca sebenar,.. katanya.
 
Barangkali beliau merasa tercabar dan kurang senang dengan kenyataan yang dibuat oleh Saari yang telah mendahului badan tertinggi parti atau pucuk pimpinan parti !

Realiti Umat Islam Hari Ini - Krisis Keyakinan


The Amazing Quran
Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam ialah hilangnya keyakinan kepada hukum Allah. Adalah suatu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam itu, tidak yakin dengan hukum Allah S.W.T. Ini bermakna mereka tidak yakin kepada Allah dan Rasulullah S.A.W, menyebabkan seseorang itu tidak yakin dengan Islam padahal dia mengaku dirinya sebagai orang Islam.

Tidak berkumpul di dalam hati yang beriman dengan keraguan dan syak wasangka kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang membatalkan iman. 

Dua golongan mahasiswa, satu yang cergas dan satu lagi macam lembu Fidlot NFC



 
Assalamualaikum,
Dua demo pelajar yang berlaku dalam bulan ini menunjukkan dua tahap kualiti yang dimiliki pelajar IPT sekarang ini. Satu dari golongan yang cergas menuntut keadilan, kebebasan serta ruang untuk melahirkan pandangan dan keyakinan mereka. Satu golongan lagi  macam lembu belaan NFC kerana gagal menjustifikasikan tindakan mereka malah secara jelas melakukan sesuatu yang disuruh oleh tuannya tak ubah seperti lembu Fidlot belaan NFC yang dicucuk hidung.

AEON Bantu Tingkat Peluang Pekerjaan Penduduk Rawang


RAWANG, 22 DIS - Pembukaan pusat beli belah AEON di bandar ini bakal merancakkan lagi pembangunan dan perkembangan ekonomi di sini dan seterusnya ke peringkat negeri dan negara.
Kewujudan cawangan AEON CO (M) Bhd ke 24 yang dulu terkenal sebagai Jaya Jusco itu juga akan menyebabkan aktiviti ekonomi dan sosial di sini terus meningkat di samping bandar ini sendiri bergerak maju menjadi bandaraya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kehadiran AEON sejak 1985 telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi di negara ini lebih-lebih lagi di Selangor.

Jualan akhbar Harakah semakin menurun?

Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS.  Akhbar ini pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000 nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang lebih terbuka dan adil.Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah yang mana hampir sama dengan akhbar New Straits Times.  Ini adalah sesuatu yang tidak sihat bagi Pakatan Rakyat terutama dalam keadaan pilihanraya umum yang semakin hampir.

Kadar jualan bersih Harakah ini adalah jauh lebih rendah berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang  lain seperti Utusan Malaysia (170,000 sehari), Berita Harian (160,000 sehari) dan Sinar Harian (180,000 sehari).   Pastinya ini adalah tamparan hebat bagi Harakah setelah kempen menolak akhbar-akhbar perdana pro-kerajaan terus giat dijalankan.

Konflik Hasan : Khalid Ibrahim Tunggu Dan Lihat

Post Pic
RAWANG, 22 DIS : Kerajaan Negeri Selangor masih tidak membuat sebarang keputusan mengenai krisis antara Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awamnya Datuk Dr Hasan Ali dengan parti Pas.

Selangor Kekal Keputusan Lulus Projek Pencawang Cheras

Post Pic
RAWANG, 22 DIS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor kekal dengan keputusan mengenai pembangunan di satu-satu tempat walaupun tidak mendapat persetujuan sepenuhnya dari seluruh penduduk di kawasan berkenaan. 

" Saya Patuh Arahan Parti"- Saari Sungip

Post Pic
SHAH ALAM, 22 DIS : Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib berkata beliau patuh pada arahan PAS Pusat dan akan hadir bagi memberikan penjelasan bersabit tindakannya mengumumkan jumlah pencalonan wakil rakyat Pas negeri Selangor baru- baru ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dakwaan bahawa tindakannya itu seolah- olah membelakangkan parti sekaligus mengundang reaksi balas daripada ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali.

Dozens dead in Baghdad blasts

Peruntukkan RM2.77 Juta Atasi Kesesakan Trafik Seri Kembangan

Saya sedia hadapi hukuman - Adam Adli_Part 3

Saya sedia hadapi hukuman-Adam Adli_Part2

Hanya PAS boleh maafkan Hasan

Dr M, Taib locked in death embrace

In Mahathir’s case, as with Taib, there is no punishment as yet devised for the enormity of their crimes against the state and people.
Dr Mahathir Mohamad, who needs no introduction, has characteristically come to Taib Mahmud’s defence in helping to fend off the incessant attacks against the latter for his unexplained and stupendous wealth. Taib needs no introduction either and for obvious reasons.
Simplistic as usual, Mahathir has declared Taib innocent as otherwise the authorities would have thrown the book at him. He attributes the stepped up attacks against Taib to the imminent 13th general election which seems to be always around the corner since the last two years.
The defence of Taib comes after Mahathir declared that he had never heard of “Projek Mahathir” in Sabah to place illegal immigrants on the electoral roll in the state with MyKads which may be either genuine – but the holder not being entitled to it – or bogus. In the latter case, the details of the holder are not on record with the National Registration Department unlike in the former.

Dalam politik ada feqahnya

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :

Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Saifuddin: Saya akan pertahan hak mahasiswa

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka mendesak beliau meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar semalam.
  
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai desakan dalam memorandum itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara sebenar.
  
"Pada pendapat saya, mereka mempunyai hak untuk berhimpun dan bersuara. Saya akan mempertahankan hak mereka ini.
  
"Saya juga dimaklumkan bahawa sebahagian daripada yang hadir itu ialah mahasiswa. Kepada mereka, saya ingin nyatakan bahawa kasih saya pada mereka tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Legacy of corruption: All eyes on Shahrizat as MACC, Umno begin their latest 'sandiwara'

Legacy of corruption: All eyes on Shahrizat as MACC, Umno begin their latest 'sandiwara'Amid signs that Prime Minister Najib Razak's Umno party was fast unraveling, hit by massive graft and infighting amongst its top leadership, the Malaysian Anti-Corruption Commission has announced that a special team would be formed to investigate claims that Umno minister Shahrizat Jalil's family had squandered public funds allocated to the RM250 million NFC cattle livestock project on personal items and luxurious assets.
However, instead of appeasing public anger, all eyes are now on the drama at play in Umno. While Shahrizat has hinted she was ready to quit, it is unlikely that she will allow herself to be railroaded or be made an easy scapegoat of by her own party mates.
All eyes are now on how Najib, himself the subject of a probe by the French government over allegations of having taken a RM570 million kickback from French arms giant DCN, will deal with the NFC issue. Najib is also the Umno president.
“Tell me, which Umno leader does not have problem?” was Shahrizat's sharp retort when asked to comment whether she would heed the growing calls to resign, as reported in the Sin Chew newspaper a few days ago.

Masuk derma ke akaun peribadi ahli politik 'tak boleh diterima'

Badan pemantau rasuah - Transparency International Malaysia (TIM)  - berkata tiada alasan yang sah untuk memasukkan sumbangan - politik atau tidak - ke dalam akaun bank peribadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presidennya, Datuk Paul Low berkata amalan sedemikian membuka mengakibatkan berlaku penyalahgunaan.

"Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Low berkata ia masih sukar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan kes.

Pakatan accuses Putrajaya of ‘bulldozing’ civil service pay scheme

PETALING JAYA, Dec 22 — The government should delay the new civil service wage scheme and consult different stakeholders before implementation, Pakatan Rakyat has said. PR leaders told a news conference here today they feared the Barisan Nasional (BN) government would “bulldoze” the scheme through, which civil service union Cuepacs opposes.
“There is no process of consultation at all with real stakeholders, no transparency.
“The (salary) raise is opaque and vague at best…what is the rational reason for this?” PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad said.
One of PR’s main concerns was the apparent disparity of wage increase between key positions and lower rank positions in the service.

Ust Hadi tampil pertahan dasar PAS

pas seminar 071109 hadi awangSelepas mendiamkan diri sejak tercetuskan isu kontroversi membabitkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang tampil mempertahankan dasar-dasar PAS termasuk konsep negara kebajikan.

Dalam kenyataannya itu, Hadi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, bahawa parti itu telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Tegasnya, pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

Skandal NFC: SPRM diingat tidak tunduk pada Umno-BN

KUALA LUMPUR 22 Dis : KEADILAN menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tunduk dengan tekanan Kerajaan Umno-BN dalam menyiasat skandal membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata, ini adalah masanya SPRM mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti mereka dalam membanteras rasuah.
“SPRM tidak perlu takut dan tunduk dengan tekanan politik mereka (Umno-BN),” katanya mengulas langkah  SPRM menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes yang dikaitkan dengan keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu.

PB : Orang yang dirasuk syaitan bertanya mana bukti dia dirasuk syaitan?

Pemimpin PAS cepat melatah diselar

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dengan menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza dari pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.
Sambil menyifatkan tuduhan tersebut terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran serta langsung tidak berasas, Nasharuddin berkata, sepanjang pembabitannya dalam Pas, belum pernah beliau mengungkap kenyataan akan menyertai UMNO sebagaimana ditafsir oleh pihak-pihak tersebut.
“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. Saya tidak mempunyai niat sebesar zarah pun untuk menyertai UMNO.

Deadly explosions rock Iraqi capital

Time for the close-up - Dawn images of Vesta asteroid

Inside Story US 2012: Tough laws to curb voter fraud

People & Power - Egypt: Return to Tahrir

Duit Panas : Pegawai Awang Adek Yang Mana Satu Urus Akaun Peribadinya?

BEKAS bakal MB Kelantan Awang Adek Hussein mengaku ada kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya yang diuruskan oleh seorang pegawainya. Bila mengurus bermakna pegawai itu bertanggungjawab memberi nombor akaun peribadi Awang Adek dan memantaunya apakah wang masuk atau tidak.

Jumlah yang disebut sebanyak RM100,000 yang digunakan untuk bantuan orang miskin pada majlis hari raya. Tidak salah kalau Awang Adek memberi orang miskin wang. Malahan itulah yang diajar oleh Islam. Kalau kita kaya, senang dan diberikan rezeki oleh Allah hendak dibahagikan kepada si miskin yang lain.

Kata Awnag Adek duit itu tidak kena mengena dengan apa-apa projek. Maksudnya bukan wang yang diberi kerana dia kena memberi sesuatu kepada orang yang memasukkan wang ke dalam akaunnya. Wang itu adalah sukarela.

Zimbabwe : Pemerintah kaya raya, rakyat papa kedana...adakah Malaysia kearah tersebut..!!!


 
Zimbabwe adalah sebuah negara tanpa lautan, dikelilingi oleh Afrika Selatan di selatan, Botswana di barat, Zambia di barat daya, dan Mozambique di timur dan timur laut

MCA yang semakin tak relevan terus memfitnah DAP

GEORGE TOWN, 22 DIS – Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA Tan Cheng Liang yang sebelum ini menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menindas kaum Cina di negeri itu kerana membantu orang Melayu, kini membawa satu lagi fitnah baru.
Kali ini, Tan yang juga Pengerusi Wanita MCA Pulau Pinang, cuba melaga-lagakan DAP dengan Pakatan Rakyat melalui dakwaannya bahawa DAP kemaruk jawatan Menteri Besar Selangor tetapi takut untuk berbuat demikian.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow membidas putar-belit Tan dengan menjelaskan bahawa tuduhan kononnya DAP mahu jawatan Menteri Besar Selangor sama pelik dengan logik MCA mahu jawatan Menteri Besar Johor.
“Saya meminta semua pihak, khususnya media kawalan MCA, supaya menghentikan spekulasi kononnya DAP yang mahu menambah kepelbagaian kaum dalam mendapatkan kerusi pilihan raya umum akan datang, dikaitkan dengan usaha mendapatkan jawatan dan kedudukan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Tan cuba menggambarkan bahawa DAP bukan rakan setara dalam Pakatan tetapi hakikatnya kedudukan MCA dalam Barisan Nasional jauh terkebelakang dalam gabungan yang didominasi sepenuhnya oleh UMNO.

Umno burukkan DAP untuk dapatkan undi Melayu

"Kita mengetahui perkara ini dibuat oleh Umno sejak tahun 2008", kata Setiausaha DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah.
PETALING JAYA: DAP Selangor mengesahkan usaha Umno memburukkan DAP di kawasan majoriti Melayu bagi menakutkan kaum tersebut kepada parti itu sejak tahun 2008.
Pergesahan ini dibuat oleh Setiausaha DAP negeri  Ean Yong Hian Wah merangkap Adun Seri Kembangan.
“Kita mengetahui perkara ini dibuat oleh Umno sejak tahun 2008. Bagaimanapun, tinjauan umum yang dibuat secara bebas mendapati rakyat Melayu masih menyokong Pakatan,”katanya.
Ean berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Umno yang dikatakan berkempen di kawasan luar bandar yang mempunyai undi Melayu yang besar di Selangor seperti Sekinchan.
Semalam penulis undangan FMT Selena Tay menyatakan  Umno sedang berkempen di kawasan luar bandar dengan menyebarkan dakyah yang memburukkan DAP di kalangan pengundi Melayu.

Jangan guna media musuh – Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.
“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.
“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

KEADILAN demo di UPSI, bantah campurtangan Umno

TANJUNG MALIM 22 Dis : KEADILAN Cabang Tanjung Malim mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantah campurtangan politik terhadap pentadbiran universiti itu, jam 2 petang ini.
Ia susulan demontrasi dilakukan Umno bahagian berkenaan yang membantah tindakan  seorang mahasiswa UPSI, Adam Adli  kerana menurunkan bendera tertera gambar presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.
Ketua Cabang KEADILAN, Mejar Kamal Badli berkata, Umno tidak berhak mencampuri urusan universiti tersebut dan perlu menghormati kebebasan akademik yang diperjuangkan mahasiswa.

NFC : Lelaki direman berhubung isu dana NFC dan kondo mewah

Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Cikgu Bad : Siswa Pro-A Berfikiran Ortodok


KUALA LUMPUR 22 DIS: Tindakan kumpulan pelajar Pro-Aspirasi (Pro-A) yang enggan mengadakan pertemuan dengan Timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tidak mencerminkan mahasiswa progresif.
Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bad berkata tindakan tersebut amat memalukan golongan mahasiswa.
"Ini jelas menunjukkan golongan ini berfikiran ortodok dan ketinggalan zaman. Sepatutnya mahasiswa seharusnya berfikiran progresif yang sentiasa berfikiran terbuka untuk berdebat dan membuka idea-idea baru dalam apa jua lapangan." ujar beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Anwar jadi beban kepada Umno- Siti Aishah

KUALA LUMPUR 22 Dis: Srikandi KEADILAN mengecam kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya dan bersara dari politik.
Ketua Srikandi, Siti Aisyah Sheikh Ismail berkata, Anwar kini menjadi beban kepada Umno, ekoran pendedahan berterusan terhadap salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan parti itu.
“Srikandi menegaskan Dato seri Anwar bukan bebanan kepada Pakatan Rakyat mahupun Keadilan tetapi beliau merupakan bebanan kepada pemimpin Umno yang saban hari tidak dapat bertahan dengan asakan dan pendedahan yang dibuat oleh ketua umum itu terhadap Umno,” kata Aishah dalam satu kenyataan media hari ini.

Yayasan Selangor Peruntuk RM782,000 Biayai Pinjaman Pelajar INSPENS


KUALA SELANGOR, 22 DIS : Yayasan Selangor akan memperuntukkan RM782,000.00 bagi membiayai pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar Kolej Antarabangsa INSPENS (INSPENS) pada tahun depan.

Pinjaman tersebut adalah bagi pelajar di peringkat sijil dan diploma. Ia melibatkan RM430,000.00 untuk pelajar-pelajar baharu dan RM352,000.00 untuk pelajar sedia ada.
Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor YM Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz berkata usaha ini sejajar dengan penubuhan Yayasan Selangor 41 tahun dulu bagi menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti dan bersepadu.

Selamat tinggal Aziz Bari, hilangnya permata UIA

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu.
Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan.

Pakatan Rakyat desak SBPA dirunding semula

PETALING JAYA 22 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak merunding semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ini kerana katanya, dasar itu merugikan majoriti kakitangan awam, selain tidak melakukan rundingan terpeinci dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
“Kita desak Perdana Menteri runding semula dasar ini dan beri tempoh lebih lama kepada Cuepacs untuk membincangkannya,” kata Tian Chua selepas mesyuarat Sekretariat Pakatan Pakyat di Petaling Jaya hari ini.
Turut serta,  Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Hasan Ali diminta berhenti 'bercakap'

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Hasan Ali diingatkan agar berhenti bercakap bagi menamatkan kritikan-kritikannya yang tidak berasas terhadap parti dan dasar perjuangan parti.

Ingatan tersebut amat perlu diberikan perhatian oleh beliau bagi mengelakkan pemimpin-peminpin PAS lain turut bercakap mengenainya untuk menjawab kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sekiranya Hasan berhenti bercakap, beliau juga antara pemimpin PAS yang akan turut berhenti bercakap mengenainya kerana tidak lagi perlu menjawab kenyataan-kenyataan tidak berasas daripadanya.

Menurutnya, kritikan-kritikan Hasan terhadap PAS seperti yang disiarkan media tempatan termasuk mengenai konsep Kepimpinan Ulama dan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas.

Mustafa Perjelas Tanggapan Hasan Ali


KUALA LUMPUR, 22 DIS: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan Pas tetap akan mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara seperti yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga.
Katanya, empat perkara utama yang akan dipertahankan oleh Pas termasuklah kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, Institusi Raja-Raja, keistimewaan orang Melayu dan memartabatakan Bahasa Malaysia dan bukannya tiga perkara seperti yang disebutkan oleh Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hassan Ali.
"Tiga tidak cukup, dia kena tambah lagi sebab dalam Buku Jingga yang disepakati oleh ketiga-tiga parti politik, bukan Pas sahaja, kita mempertahankan empat dasar utama dalam perlembagaan negara iaitu kedudukan Instritusi Raja-raja, Islam sebagai agama persekutuan tanpa menafikan hak penganut agama lain, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.

"Saya sedia hadapi hukuman"- Adam Adli

Anak saman KPF, FGVH esok

TEMERLOH, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset  KPF dalam Felda Holding.

“Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Siri Wang Baru Diedar Januari 2012

Post Pic 
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.

Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.

Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.

Prof Agus : Perbezaan Pendapat Suburkan Demokrasi Tulen PAS

Post Pic 
SHAH ALAM, 22 DIS : Pertikaian dikalangan beberapa pemimpin PAS bersabit dasar dan hala tuju parti akan menyuburkan proses demokrasi tulen dalam parti itu, kata Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff.

Beliau berkata perbezaan pendapat antara pemimpin parti itu tidak akan menjejaskan  hubungan dalaman PAS selagi mereka tidak menyerang peribadi masing- masing.

Contohi Mahasiswa seperti Adam Adli, orang kuat UMNO melatah seperti baru keluar dari gua.

Umno-BN dengan reaksinya yang menggambarkan kepada kita betapa mereka mahu memerintah negara buat selamanya, ini jelas berdasarkan respon demi respon BN yang tidak masuk akal bagi masyarakat yang telah maju daya fikirnya.

Apabila ada anak muda di kalangan mahasiswa bersuara, kita dapat lihat pemimpin Umno mula menzahirkan "kuasa" mereka, tidak ketinggalan juga orang-orang kuatnya yang melatah seperti baru keluar dari gua.

Disini sahaja kita sudah boleh lihat betapa bodohnya para pemimpin negara sedangkan mahasiswa lebih cerdik dan matang dari mereka.

Saya amat kesal terhadap apa yang berlaku ke atas Adam Adli yang merupakan mahasiswa UPSI, golongan ini cuma menyuarakan hak yang sepatutnya diberikan perhatian sewajarnya, pelik melihat kelakuan pemimpin BN dalam isu ini kerana gagal bezakan antara "koyak" dan "turun" mengenai isu penurunan bendera Najib di PWTC.

Ada apa dengan bendera?

Alicia Izharuddin
Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak.  Mengikut mereka, politik hanyalah "permainan kotor" yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas.  Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik.

Baru-baru ini kita dihidangi berita yang kian menjejaskan integriti kerajaan yang kononnya mahu mendaulatkan konsep demokrasi dan mempunyai keinginan untuk berjinak-jinak dengan prinsip kebebasan bersuara.  Tindakan aktivis-aktivis mahasiswa dari Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera yang melayangkan wajah Najib Razak selama lima minit sebagai simbol tidak-puas hati mereka terhadap keengganan kerajaan memansuhkan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan akademik dan berpolitik.  Walaupun didepani dengan desakan aktivis-aktivis mahasiswa untuk memansuhkan AUKU yang semakin mengombak, kerajaan Najib Razak hanya mampu berdiam dan mendiamkan suara-suara protes.

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL

Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:
1) Rampasan kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara
2) Pajakan 99 tahun tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada tambahan. Peneroka dimomokkan dengan tanah-tanah ladang mereka dan rumah mereka tidak diusik tetapi tanah-tanah poket di dalam rancangan yang diusahakan bersama untuk dijadikan perumahan generasi kedua, pertanian, kedai dan aktiviti sosial turut menjadi mangsa pajakan selama 99 tahun
3) Penghinaan terbuka Isa Samad kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan jawatankuasa pemimpin peneroka di Kuala Pilah

PENDIRIAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) TERHADAP ISU QAZAF DAN TUDUHAN LIWAT DAN ZINA TERHADAP DS ANWAR IBRAHIM


 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengeluarkan Pernyataan Bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengenai isu yang sama dengan tajuk Pernyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf, pada 27 Mac 2011 (sila rujuk Kenyataan Media di www.wadah.org.my/). 
 
Sebagai reaksi kepada beberapa persoalan yang berbangkit serta kekeliruan-kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat ekoran kenyataan-kenyataan beberapa orang mantan pimpinan ABIM mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap DS Anwar Ibrahim, maka WADAH ingin menegaskan kembali sikap dan pendirian yang telah diambil dengan merujuk kepada Pernyataan yang telah dibuat 27 Mac tersebut. Pertama:
 
Sikap dan pendirian mestilah berasaskan syari`at “Sesungguhnya kembali kepada syari`at adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya, "…
 
Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59). Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syari`at? Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah?

Al Fatihah : Takziah Kepada Keluarga Adik Annisa


Dengan nama Allah swt, Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji pujian hanya layak diberikan kepada Allah swt, Pentadbir seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para daie yang menyusuri jalan-jalannya, para pejuang yang memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran yang diwariskannya serta selurh ummatnya.

Adik annisa, wajah comel yang sering kelihatan di program-program rakyat, disorong penuh kasih sayang oleh si ibu, didokong penuh rasa cinta oleh si ayah, kini pulang menghadap Ilahi Rabbi.

Wajah comel yang menyimpan sejuta kisah duka, wajah comel yang menyimpan sejuta kisah lara, wajah comel yang membuatkan setiap yang terpandang sayu hatinya, kini tiada lagi.

Wajah comel yang diberikan harapan tinggi untuk hidup ceria oleh seorang ibu yang tabah, wajah comel yang diletakkan keyakinan tinggi untuk hidup normal oleh seorang ayah yang tidak pernah kenal erti lelah, kini tiada lagi.

Senyumannya, pandangan penuh harapan yang dimilikinya, sukar untuk kita fahami. Sukar untuk beliau luahkan penderitaan yang ditanggung walau sejuta insan menunjukkan rasa kasih kepadanya.

Semangat untuk melihat adik Annisa untuk hidup normal, yang dimiliki oleh ibu dan ayahnya, sukar dinafi. Kesungguhan anda mengundang kekaguman di hati kami.

Buat ibu dan ayah adik Annisa, redhalah, kerana ajal itu adalah janji Allah swt kepada setiap yang hidup.

Kehidupan perlu diteruskan. Perjuangan anda tidak bernoktah di sini. Jangan gusar dengan mendung di langit kerana yakinlah pasti akan ada pelangi yang bakal menjelma.

Ketabahan anda, ketabahan kami. Kekuatan anda, kekuatan kami. Kesedihan anda, kesedihan kami. Penderitaan anda, penderitaan kami.

Tabahlah. Kami bersama anda.

Al fatihah untuk almarhum adik annisa.


SAMM Wilayah Persekutan

Kami tahu apa anda buat Puasa lepas...

NONESetiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.

Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.

"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.

Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".

Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.

Reject Ketuanan Melayu, Sabah Muslims told

In Kinabatangan constituency, immigrants outnumber locals by five fold.
KOTA KINABALU: United Borneo Front (UBF), which has been calling for the reinstatement of Sabah and Sarawak rights as stipulated under the Malaysia Agreement, wants Sabah Muslims to reject Umno’s ‘Ketuanan Melayu” (Malay supremacy) concept.
“Sabahan Muslims should reject the Ketuanan Melayu concept because Malays were non-existent during pre-Independence (in Sabah),” said UBF vice chairman Awang Ahmad Shah.
“As Sabahans we should look forward above religion and race and not let the federal government divide us by race and religion.
“Who will look after us when our oil are exhausted and Sabah becomes a liability to the federal government?”
Awang Ahmad said the acceptance of foreigners as ‘bumiputeras’ or ‘Malay’ had sidelined local natives.
“The federal leaders should make Sabahans proud to be Malaysians by practicing justice and respecting the feelings of Sabahan Malaysians.