
Semua yang wajib dilakukan telah dilakukan. Seperti yang dirancang - skrip adalah yang paling awal disiapkan. Para pelakon telah dilatih. Pentas telah disediakan. Cahaya dan tirai semuanya tersusun rapi. Alat pembesar suara telah diuji beberapa kali untuk memastikan yang sandiwara ini akan didengari umum dengan terang dan jelas.
Pengarah, penolong pengarah, Mak Andam, penjaga set – semuanya telah dilanggan. Terlalu ramai ‘ orang-orang penangah’ yang sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam pementasan sandiwara ini. Sang Penerbit menggigit bibir – gemetar – manalah tahu kalau-kalau lampu putus ditengah pementasan, atau pentas runtuh ketika babak babak gelap di bilik gelap atau pelakon utama kena ceret beret. Untuk memastikan semua berjalan lancar Sang Pawang dan Sang Bomoh sentiasa berada dibelakang panggung dengan kemenyan, beras hitam dan ayam dara.
Sandiwara bertajuk Mat Pancut ini dipentas khusus untuk Mak Cik dan Pak Cik Felda. Warga Felda yang kita sayangi ini diharapkan akan menjadi penonton setia sandiwara ini. Jika Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda tidak yakin dengan sandiwara ini maka Tuan Penerbit bukan sahaja akan mengigit bibir malah berkemungkinan ditendang keluar. Silap hari bulan Tuan Penerbit akan kena ludah oleh Panglima-panglima Melayu Pegerakan Pemuda Petaling Jaya Utara – yang dalam mulut mereka telah lama terkumpul air lior.







Alor Star, 19hb Dis 2011. Reaksi Umno terhadap Dokumen Negara Kebajikan dialncarkan PAS menyerlahkan kegusaran sebenar mereka yang berselindung di sebalik kebatilan.
BN mendabik dada mereka jaguh Negara Berkebajikan. Exit policy SPBA jelas bercanggah konsep kebajikan untuk Perjawat Awam. Kalau di kira markah 70 peratus, ramai pegawai kastam, guru dan jururawat akan diberhenti kerana gagal mengawal pendatang asing,budak gagal math BI dan tidak berdisiplin, imam kena pecat kerana budak malas sembahyang dan ramai pegawai kewangan diberhentikan kerana sharikat kerajaan rugi besar.








KUALA LUMPUR, 21 Dis: Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.








KUALA LUMPUR, 21 Dis: PKR mendedahkan, pinjaman kepada Bank Dunia dibuat oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.







KUALA LUMPUR, 21 Dis: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri samada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga atau tidak.




KUALA LUMPUR, 21 Dis ― PAS mahu Putrajaya menangguhkan dengan segera pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan perubahan gaji antara kakitangan peringkat bawahan dan atasan tidak memberi gambaran sebenar.
