Selasa, 20 Disember 2011

Sebuah Perjalanan

MP PKR Kuala Kedah Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2011

MP PKR Indera Mahkota Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2011

Jambatan RM3 Juta akan ganti Laluan Kunci Air di Teluk Gadung

MBSA Bantu 33 Anak Yatim Beli Barangan Sekolah

41 Orang Islam Murtad Dipulihkan Unit Selamatkan Akidah

Khaled minta Hassan jangan merajuk

Hasan Ali Selar Tiga Tokoh Bukan Ulama Pas

Nyanyuk : Dr M says took, but never sought, World Bank loans

Dr Mahathir today said claims that he sought World Bank aid were baseless. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 20 — Tun Dr Mahathir Mohamad said today that Malaysia has taken World Bank loans since 1958, but the former prime minister said he had never personally written a letter or verbally requested for such funds. Writing on his blog today, Dr Mahathir also accused Datuk Seri Anwar Ibrahim — whom he had appointed finance minister and deputy prime minister — of implementing policies of the International Monetary Fund (IMF) to tighten conditions for bank loans and cutting government expenditure during the 1997 Asian Financial Crisis.

PRU-13 semakin hampir, Perak bertukar menjadi tempat ‘pembunuhan politik’

PRU-13 semakin hampir, Perak bertukar menjadi tempat ‘pembunuhan politik’Pemilihan terkini menunjukkan bahawa rakyat Perak akan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan dipanggil pada tahun 2012. Ia akan menjadi satu tugas besar bagi Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa selepas diambil alih secara kelam-kabut dan diragui oleh Pakatan Rakyat pada Februari 2009 selepas tiga anggota perundangan negeri dari Pakatan mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli bebas. Rupa-rupanya, pengundi masih marah atas peristiwa-peristiwa yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui proses mahkamah.
Zambry Abdul Kadir, MB terkini, tidak boleh dipersalahkan bagi Umno sekarang dan BN yang tidak popular di Perak. Malah di seluruh negara populariti mereka juga telah semakin surut ke tahap yang paling rendah kerana kualiti kepimpinan yang lemah dan huru-hara yang berkaitan dengan skandal, rasuah, dan kronisme di kalangan pemimpin mereka.

Misi mustahil: Zahid gagal menyembunyikan isu Altantuya-Scorpenes.

Misi mustahil: Zahid gagal menyembunyikan isu Altantuya-Scorpenes.Terdapat pelbagai kisah seram berkaitan orang yang telah mati, terutamanya mereka yang dibunuh dan datang semula menghantui orang yang membunuhnya. Si mati akan membalas dendam, begitulah selalunya bagaimana ia berakhir. Jika tidak, rohnya tidak akan tenteram.
Altantuya Shariibu, seperti yang lain juga dikatakan seakan-akan kisah-kisah sera ini. Altantuya yang berumur 28 tahun, seorang warga Mongolia telah mati dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, telah menjadi salah sebuah kisah lagenda di sini.
Ada juga yang mempercayai sial dan bagi mereka, kapal selam Scorpene yang kurang digunakan dan berhubung rapat dengan kisah Altantuya juga ada terkena sialnya sendiri. Ini tak ubah seperti kata pepatah Melayu yang menyatakan, bangkai gajah tidak mungkin boleh disembunyikan.

Felda minat beli ekuiti QSR, KFCH

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Felda dikatakan antara pihak  menimbang untuk membida bagi KFC Holdings Bhd (KFCH) dan QSR Brands Bhd sekiranya Johor Corporation (JCorp) menawarkan kepentingannya, demikian menurut  sumber industri.
Bagaimanapun, Felda masih belum membentangkan tawaran itu dan merancang untuk berbincang dengan JCorp berhubung cadangan itu, kata sumber itu sebagai respons kepada langkah JCorp mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti kedua-dua entiti tersebut melalui usaha sama dengan dana ekuiti swasta, CVC Capital Partners Asia Pacific (CVC) baru-baru ini.

‘Corrupt’ deputy minister under probe

MACC, however, did not indicate it is investigating two aides working under Prime Minister Najib Tun Razak and his deputy Muhiddin Yassin.
PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has confirmed that it is investigating allegations of corruption against Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin.
Awang Adek along with Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd and Gerbang Perdana managing director Yahya Abd Jalil were allegedly involved in covert dealings.
Details of these dealings were recently revealed by an anonymous blogger, “The Whistleblower 711” on his blogsite.
Also disclosed were the names and transactions between Yahya and two aides working under Prime Minister Najib Tun Razak and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin respectively.

PAS lancar Dokumen Negara Berkebajikan di Sabah

KOTA KINABALU, 20 Dis: PAS hari ini melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan dengan memberi tawaran PAS kepada rakyat Malaysia, khususnya Sabah dalam pendekatan ke arah mewujudkan sebuah pemerintahan yang beramanah, adil dan berkebajikan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sidang media pelancaran dokumen tersebut berkata, kandungan dokumen yang merangkumi 10 agenda utama menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan.

“Saya mengambil kesempatan pada hari ini, melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan peringkat Negeri Sabah.

Cops probing assault of student activist

Adam Adli, the protester who took down Najib’s portrait, says the culprit is a plainclothes policeman.
PETALING JAYA: Police are investigating the assault of student activist Adam Adli yesterday at the entrance of their headquarters in Bukit Aman. The investigation includes finding out whether the assailant was a policeman in plain clothes.
Adam, who lowered the flag bearing Prime Minister Najib Tun Razak’s portrait last Saturday at the Umno headquarters, had gone to Bukit Amin to seek police advice on what to do about the harassment he had been subject to, including threats to his safety.
After speaking to police officials about the harassment, he held a press conference at the entrance to the Bukit Aman headquarters. A minor scuffle broke out, during which an unidentified man tried to punch him.
Adam said he suspected that the assailant was a plainclothes policeman because he was in the room where he had earlier met with police officers. He also noted that none of the uniformed personnel tried to break the scuffle.

Isu agenda Melayu sejak dari dulu sampai sekarang- Melayu tidak kemana juga

Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin UMNO sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin UMNO menyebut tentang isu agenda Melayu ini. Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.

UMNO masih mengharapkan yang isu ini akan dapat menyatukan orang Melayu di bawah ketiak UMNO kononnya untuk menyempurnakan agenda Melayu. Kalau agenda Melayu sudah begitu lama di nyanyikan oleh kepimpinan Melayu UMNO, bagaimana orang Melayu terutamanya yang terlingkung dalam kumpulan generasi muda masih mahu mempercayainya?

Oleh kerana itu ada kemungkinan yang ketinggalan orang Melayu dalam semua bidang sekarang ini merupakan isu yang sangat ‘expedient’ bagi pimpinan UMNO untuk menyatukan mereka. Lagi ketinggalan Melayu ini lagi untung bagi parti UMNO yang sudah begitu selekeh ini untuk meneruskan kuasa.

Menyanggah dakyah PAS ketepi perjuangan kerana DAP

Ahmad Lutfi Othman

Meskipun Umno menjadikan DAP sebagai sasaran utamanya dalam perhimpunan agung Umno 2011, target sebenarnya adalah untuk melemahkan PAS atau sekurang-kurangnya terus meletakkan parti Islam itu dilihat sebagai komponen terkecil dalam Pakatan Rakyat.

Ia bagi memudahkan Umno memainkan emosi dan sentimen pengundi Melayu, serta menyuntik keraguan tentang keupayaan PAS untuk "menggantikan Umno" sebagai teras dalam kerajaan baru nanti


Melalui kolum ini, agak kerap juga saya mengingatkan bahawa seteru politik Umno yang utama, daripada dahulu hingga sekarang, tetap sama, iaitu PAS. Justeru, walaupun ada suara pemimpin tertinggi Umno untuk mengajak PAS mengadakan persefahaman politik, seperti pada 1999 dan 2008 -- setiap kali sebaik saja keputusan pilihan raya yang menjejaskan Umno --  ia lebih kepada usaha terdesak parti itu bagi mengekalkan kuasa.

NFC : Kondo Lembu Di Singapura


Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Siapakah Muslim “Moderat”?


islam-moderatPada 18 Disember yang lalu, sebuah akhbar online Canada, Toronto Star, telah menerbitkan sebuah artikel yang mengesyorkan supaya pengharaman bukan hanya dibuat terhadap niqab (penutup wajah/purdah) dan burqa (penutup seluruh tubuh), tetapi dibuat juga terhadap  hijab (tudung kepala).

 Artikel tersebut menyatakan , “burqa dan niqab merupakan tradisi yang memandang bahawa perempuan sebagai objek seksual, seorang penggoda, yang mana dengan gerakan pergelangan kaki mereka dapat membawa lelaki (makhluk yang lemah yang tidak mampu menahan godaan ini) untuk bertekuk lutut di hadapan mereka. Ini adalah sistem nilai yang menjijikkan dan saya menolaknya. Begitu juga dengan semua warga Kanada yang menganut feminisme sekular. Jadi marilah kita mengharamkan pemakaian burqa, niqab dan hijab.”

Kalau rakyat macam Nik Aziz

"TGNAOleh: Abdullah Ngah
Saya pernah kata pada Ustaz Harun Taib kalau rakyat Terengganu macam “ustaz” sudah lama umno tersungkur.
Yang payahnya  hanya 10 pertus saja rakyat Terengganu macam ustaz Harun Taib. Sebab itu PAS sukar untuk menang dalam musim pilihanraya umum.
Ditakdirkan menang dalam musim pilihanraya umum ke 10 (1999) tak panjang usianya miskipun banyak insentif di usahakan.

Kelantan miliki RM65.5 bilion rizab gas asli

Oleh: rajaibrahimpetra96

"KOTA BHARU: Negeri Kelantan memiliki kira-kira 20 tcf (trillion cubic feet) rizab gas asli di dalam dasar lautnya di luar Pantai Senok yang dianggarkan bernilai RM65.5 bilion.

Sekiranya sumber bahan galian mentah gas asli ini dapat dimaju dan diniaga-kan di pasaran gas asli antarabangsa, sudah tentu ia akan membawa hasil lumayan kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan untuk menikmati bayaran royaltinya.

Senok yang dinamakan sebagai 'Pantai Senok Integrated Petroleum Complex'.

Storm brews online over Malaysian student’s ‘gay marriage’

Ariff (right) and his partner are seen in an apparent marriage ceremony. — Picture courtesy of Aysha Ridzuan
KUALA LUMPUR, Dec 20 — The reported “gay marriage” between a Malaysian and his lover in Ireland has triggered outrage online, with one Facebook group urging he be brought home to be “saved”. The controversy erupted after pictures taken at Ariff Alfian Rosli’s same-sex civil union surfaced on the internet last week, three years after the University College Dublin medical student was reported missing by his family.
In the photos, the 28-year-old could be seen wearing a black baju Melayu with kain samping while his partner — known only as Jonathan — wore a black tuxedo and green tie.

Pengguna maya ejek video ludah

Aksi menarik ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah terhadap mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak hari ini mengundang reaksi di internet melalui lakonan mengejek sekumpulan pemuda.

Selain mempermainkan-mainkan kenyataan Armand di Youtube yang mengugut mahu meludah dan menampar mahasiswa yang bertanggungjawah dalam insiden Sabtu lalu, mereka juga meniru, menokok tambah dan memperolokkan gayanya.

PELUDAH KEBIJAKSANAAN

Oleh: raja_wali

"SMMbiarlah mereka mencerca
biarlah mereka menyanyi
biarlah mereka meludahi
mereka semua orang-orang jahil yang tak akan berhenti

yang meludah daulat mahasiswa
yang meludah daulat kemanusiaan
yang meludah penggunaan akal sihat
yang meludah darjat keilmuan

biarkan mereka menari
dalam rentak canggung
biarkan mereka berdiri
atas nama ketidakretian

kemudian
ludahkan mereka dengan wangian kesedaran
ludahkan mereka dengan haruman kewarasan
ludahkan mereka dengan air suci kewajaran
ludahkan mereka dengan kata -kata bijaksana

Katakan pada mereka inilah hemah kemahasiswaan
yang bebas dari sifat-sifat kebinatangan
yang bukan anak kecil merungut tentang kedewasaan
katakan pada mereka inilah nilai pelajaran
yang tidak tersedia di universiti
yang sedia ada dalam tiap-tiap diri
cuma bagaimana cara kita mengasuhi

katakan pada mereka
kamilah mahasiswa yang akan membina bangsa
yang akan mengenderai negara
kamilah anak muda
yang akan membina tangga
mempertahankan hari-hari tua mu
wahai peludah kebijaksanaan.

KEADILAN desak Najib bekukan aset NFC

PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan membekukan kesemua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat demikian memandangkan pihak polis hanya membuat siasatan ‘separuh masak’.
“Najib perlu ambil tindakan segera. Bekukan akaun bank dan perbelanjaan NFC sementara siasatan yang telus dan serius (dilakukan),” tegas Saifuddin dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Katanya, pendedahan sebelum ini melengkapkan dakwaan KEADILAN bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk industri daging negara, telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Shahrizat seperti National Meat Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan Real Food Company (RFC).

Isunya Mansuh AUKU, Bukan Turunkan Bendera - Nik Nazmi


PETALING JAYA 20 DIS: Kerajaan Umno/BN tidak perlu melarikan isu berhubung pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kepada isu lain yang tidak menjurus kepada usaha memansuhkan akta tersebut.Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha untuk menjadikan isu menurunkan bendera Perdana Menteri ketika ratusan golongan Mahasiswa mengadakan demontrasi ketika menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Umno minggu lalu tidak harus dijadikan isu.

Senator luluskan bil perhimpunan didakwa 'khianat'

Kumpulan masyarakat sivil KilltheBill.org yang giat berkempen untuk menghalang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2012 menyatakan kekecewaan ke atas ahli Dewan Negara yang meluluskan undang-undang berkenaan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu menyifatkan seramai 39 orang senator berkenaan sebagai "pengkhianat" kepada kebebasan yang dijamin perlembagaan.

Senator itu juga didakwa gagal melaksanakan tugas untuk menyemak dan mengimbangi keputusan Dewan Rakyat, menurut kenyataan itu lagi.

Rang undang-undang yang diluluskan Dewaan Rakyat pada 30 Nov lalu itu turut diluluskan Dewan Negara melalui undian belah bahagi dengan bantahan lapan senator pembangkang petang ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, penyelaras KilltheBill.org, Vienna Looi berkata pergerakan itu bagaimanapun akan meneruskan siri bantahan amannya ke atas undang-undang berkenaan.

"Kita akan tunjukkan bahawa rakyat tidak akan berdiam diri... Kita berharap untuk menghentikan rang undang-undang ini tetapi kita perlu realistik.

"Kita akan umumkan strategi kita untuk menentang rang undang-undang ini. Ini hanyalah sebahagian daripada perjuangan yang panjang," katanya lagi.

Aziz Bari: Nak guna akta apa dakwa pelajar turun ‘banting’ Najib

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan ‘bendera’ berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.
Menurut Aziz (gambar), beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan.
“Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).
“Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?” kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu.
Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku perdana menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

RM200,000 Bagi Pejabat Daerah Yang Cemerlang Kutip Cukai

MP PAS Marang Bahas Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011

MP DAP Bagan Bahas Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011

Pesta Desa MentariKu

Penang : Rapat Rakyat Lim Guan Eng

Kedah : Gayung Pusaka - Anwar Ibrahim

Akta Perhimpunan Aman: Najib tidak selari dengan dunia

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pada masa majalah antarabangsa terkenal TIME mengiktiraf ‘para pendemo’ sebagai ‘Watak Manusia Tahun Ini (Person of the Year)’ tetapi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengekalkan Akta Perhimpunan Aman adalah satu tragedi kepada sejarah negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) berkata cara Najib mencipta sejarah ini adalah menarik.

“Beliau menghabiskan berminggu lamanya untuk muncul sebagai reformis dengan kemunculan tiba-tiba dalam sebuah konsert pop, berbasikal dengan orang Penang dan mengumumkan satu bajet yang dilihat mementingkan rakyat.

Dewan Negara luluskan bil perhimpunan

Anggota Dewan Negara yang mewakili pihak pembangkang hari ini gagal menyekat Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 39 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Undian belah bahagian dibuat selepas Senator Saiful Izham Ramli mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang, yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan lapan anggota Dewan Negara.

Tunjuk bukti saya terperangkap agenda Umno, Hasan Ali gesa Mustafa

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Exco Kerajan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mahu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengemukakan bukti bahawa beliau telah terperangkap dalam agenda Umno mahu melemahkan parti Islam itu.
“Datuk Mustafa Ali merupakan antara pemimpin yang paling senior dalam struktur organisasi parti seolah-olah secara spontan terus memberi pandangan yang begitu negatif dan berniat jahat terhadap saya.
“Beliau mengatakan saya telah terperangkap dengan perangkap Umno dan kenyataan saya sebelum ini menurutnya mempunyai kaitan rapat dengan agenda Umno untuk melemahkan saya,” katanya.
Minggu lalu, Mustafa menganggap Hasan dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Turun Bendera Najib : Adam Tidak Kesal

AUKU Tetap Perlu Dimansuhkan - Prof Agus

Keluarga Sharizat Beli Kondo RM10 Juta Di Singapura, Kata PKR

Jamal el Shayaal with the latest updates from Cairo

Kebangkitan Terakhir Rakyat Bersih 3.0 Coming Soon

Mexican drug gangs' public relations campaign

Hasan Ali tolak konsep negara kebajikan PAS

Penang : Rapat Rakyat - Lim Kit Siang

Bahasa, sekolah kebangsaan teras nasionalisme

Oleh ARIF ATAN

Ada pihak menganggap semangat kebangsaan atau nasionalisme adalah ‘asabiyyah sehinggga dilabelkan bercanggah dengan Islam kerana dikaitkan dengan asal-usul dari dunia Barat.
Namun, salah faham ini sudah dijelaskan oleh Dr Burhanuddin Helmy yang pernah memegang jawatan presiden PAS pada 25 Disember 1956.
Dalam bukunya, Falsafah Kebangsaan Melayu (1954) beliau menegaskan bahawa fahaman kebangsaan Melayu yang dianjurkannya bukan bersifat perkauman, fanatik atau ‘asabiyyah jahiliyyah yang sempit tetapi bertujuan untuk “memelihara dan menghidupkan hak kebangsaan Melayu bertaraf duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa atau kebangsaan yang lain di dunia ini.”

Mudah Lupa : Aku tak nyanyuk lagi !!?

Isunya  : Pinjaman Bank Dunia


Dr Rani : Umno-BN Cuba Lagakan DAP-Pakatan

SHAH ALAM, 20 DIS : Pakatan Rakyat Selangor (Pakatan) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pihak tertentu yang mendakwa parti DAP sedang merancang untuk mengambil kerusi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti bangsa Melayu.Kenyataan itu disuarakan tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Exco Selangor, Teresa Kok, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Bendera Najib : Ahli UMNO Serang Datuk Saifuddin


Kuala Lumpur, 20 Dis : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kini berhadapan dengan serangan daripada beberapa pihak dari dalam Umno dan pro-parti itu, dengan ada yang mendesak agar beliau meletakkan jawatan berhubung insiden menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.
Serangan itu menurut beberapa sumber dibuat menerusi mesej-mesej Twitter dan entri dalam blog-blog.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, yang dilihat sebagai antara pemimpin Umno bersikap terbuka dalam isu-isu berkaitan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digesa memikul tanggungjawab insiden kumpulan mahasiswa menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera Najib di pekarangan ibu pejabat Umno Sabtu lalu.

Bendera Najib : UPSI Bakal Kenakan Tindakan Tegas

Tanjong Malim, 20 Dis : Nama ‘Adam Adli’ terus meniti di bibir setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan jawatan.
Belum pun reda isu pembekuan ‘posting’ graduan pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi menjadi tumpuan negara apabila Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dikecam hebat oleh ahli UMNO dan beberapa NGO ‘pro-Melayu’ ekoran tindakan menurunkan bendera Najib Razak di PWTC 17 Disember lalu.
Tindakan menurunkan bendera Perdana Menteri dan ditukar dengan bendera ‘Academic Freedom’ selama lima minit sebelum diganti kembali mendapat kecaman dan ugutan hebat dari ahli UMNO.
Semalam, sekumpulan ahli UMNO, MIC, PERKASA mengadakan satu demontrasi di hadapan pintu utama UPSI dan menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dr. Zakaria Kasa.

CUEPACS : Jangan Tandatangan Borang Opsyen Kosong

Post Pic
KUALA LUMPUR, 20 DIS : Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Loke Yim Pheng hari ini menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia adalah dokumen amat penting yang akan menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka di masa depan. 

Beliau berkata, penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum mereka menandatanganinya.

IPTS Punca Jenayah Penuntut Afrika


Kuala Lumpur, 20 Dis : Masalah lambakan warga asing tidak mempunyai pasport dan hanya memegang kad pelajar ketika ditahan dalam kebanyakan operasi dipercayai berpunca daripada tindakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyimpan dokumen tersebut.
Langkah itu dipercayai bertujuan untuk memastikan golongan tersebut dapat menjelaskan kos atau tunggakan pengajian.
Perkara itu dedahkan pihak berkuasa selepas terpaksa berdepan dengan pelbagai kesulitan ketika melakukan pemeriksaan terhadap pelajar warga asing.

Demo Wifi 23.12.11 : Mahasiswa UM Tidak Dapat Informasi

Universiti Malaya, 20 Dis : Pendedahan Gazebo Daily semalam mengenai satu himpunan aman yang bakal dianjur di Universiti Malaya dalam masa terdekat ternyata mengejutkan sebahagian besar mahasiswa Universiti Malaya.
Tinjauan di laman sosial facebook dan twitter, beberapa mahasiswa universiti berkenaan menegaskan langsung tidak mengetahui penganjuran himpunan berkenaan yang dikatakan dianjur kerana kecewa dengan sikap pentadbiran berkaitan perkhidmatan internet (baca).
Seorang siswi yang menggunakan nama Siti Hanisah dalam facebooknya secara dasarnya bersetuju dengan himpunan aman berkenaan namun terkejut kerana hanya ketahuinya hari ini.

Mengapa Abang Ludah Tak Disiarkan Media Perdana?

Kuala Lumpur, 20 Dis : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul hari ini mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang menentang tindakan siswa UPSI, Adam Adli yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC Sabtu lalu.
Menurutnya, walaupun tindakan itu tiada dalam perancangan penganjur himpunan, baginya ia adalah tindakan ‘protes spontan’ sebagai isyarat sesuatu yang lebih besar bakal terjadi selepas ini.

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2012

Post Pic
KUALA LUMPUR, 20 DIS : Persidangan Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Belanjawan 2012) berjumlah RM232.8 bilion bagi perbelanjaan perkhidmatan tahun 2012.

Belanjawan itu diluluskan kira-kira 10.37 malam tadi selepas dibahaskan 21 anggota Dewan Negara selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Disember lepas.

Ia dibacakan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Keranamu NFC: Rosmah boleh tidur lena

Sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat, kata Chegu Bard.
REMBAU: Sejak tahun 2011 membuka tirai, jika isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat tidur lena selama ini kerana terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan tuduhan, tetapi kini sejak isu National Feedlot Centre (NFC) dibongkar oleh PKR, beliau sudah tentu boleh tidur lena.
“Apa tidaknya satu-satunya individu wanita yang panas punggung selama sembilan bulan berturut-turut yang terpaksa menghadapi serangan demi serangan berhubung pelbagai kontroversi adalah Rosmah.
“Kini kedudukan Rosmah telah diambil alih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Dato’ Shahrizat Abdul Jalil dengan isu lembu NFC,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.
Katanya, sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat.
“Maka sudah tentu kini Rosmah boleh tidur lena kerana kemarahan rakyat sudah beralih kepada seorang lagi wanita iaitu Shahrizat,” ulas Badrul Hisham yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau.

Blogger pro-Umno ugut mahasiswa

Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng semakin meluas dalam Umno, kata pemuda PKR.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin mahasiswa, Adam Adli Halim dari Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) mendakwa beliau diugut oleh
blogger pro-Umno seperti Papagomo, PAS Beruk dan Azmy Kelana Jaya.
Beliau yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki.
Menurut satu kenyataan media dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Adam Adli juga menerima kiriman SMS malah video melalui Youtube yang dihantar oleh Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.
“Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng semakin meluas dalam Umno,” kata Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menerusi kenyataan media tersebut.

Sharizat Terus Didesak Beri Penjelasan Isu NFC

Post Pic SHAH ALAM, 20 DIS : Umno Bahagian Cheras mendesak pengurusan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) memberi penjelasan dan menyelesaikan segala isu berbangkit melibatkan badan itu demi memelihara kreadibiliti perdana menteri dan timbalannya, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk Mahadi Abdul Shukor juga berkata Umno Cheras menentang apa sahaja penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Kakitangan Awam Negeri Selangor Boleh Terima Atau Tolak SBPA

SHAH ALAM, 20 Disember : Kira-kira hampir 23,000 kakitangan awam kerajaan negeri Selangor yang akan terlibat dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti diumumkan kerajaan pusat pada 7 Disember lepas mempunyai pilihan samada untuk menerima atau menolak skim tersebut.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dihubungi TVSelangor/Selangor Kini berkata kakitangan awam terbabit akan diberi penjelasan berkenaan pelaksanaan sistem itu dalam masa terdekat bagi memastikan mereka faham berkenaan sistem baharu ini.
" Setiap pegawai kerajaan akan terpaksa menerima atau menolak skim SBPA ini , dan kita juga akan memberikan taklimat dan penjelasan kepada pihak yang terlibat, jadi terpulang kepada mereka samada untuk membuat pilihan.

Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan.

Dengan 'view' yang sedemikian tinggi, sambutan orang ramai terhadap filem tersebut ternyata menyamai filem triler  hebat keluaran Hollywood.

Berdasarkan mutunya yang sedemikian hebat dan sambutan orang ramai yang sebegitu baik terhadap filem tersebut, banyak pihak beranggapan belanja yang dikeluarkan oleh pihak penerbit dalam usaha penerbitan filem itu pasti tinggi.

Modal Sengal : Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal - Perkasa


KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.
Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.
Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

RM9bil vessels to put M'sia ahead of US navy or grand dreams of kickbacks?

RM9bil vessels to put M'sia ahead of US navy or grand dreams of kickbacks?It looks like Defence Minister Zahid Hamidi is determined to give Prime Minister Najib Razak a run for his money as the defense minister most embroiled in an arms procurement scandal.
In 2002, Najib began a string of controversial acquisitions starting with two technically impaired Scorpene submarines worth a total of RM7bil. Then the defense minister, Najib moved on Sukhoi jet-fighters, Eurocopters and is now believed to be the hand behind Zahid's rush to buy 12 state-of-the-art Littoral Combatant Ships that will result in the Malaysian navy becoming the best equipped in the world - way ahead of US, no joke!
When Zahid announced that the Najib administration had approved RM6 billion for the Royal Malaysian Navy to acquire 6 second generation patrol vessels to be built by Boustead Naval Shipyards at a “un-fixed” price, Malaysians should have smelt a rat!

AUKU Tetap Perlu Dimansuhkan - Prof Agus

Post Pic
SHAH ALAM, 20 DIS : Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan walaupun banyak pihak mula gusar dengan tindakan agresif mahasiswa yang bertindak menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempoh hari.

Pensyarah Sains Politik UKM, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff berkata dalam apa jua keadaan mahasiswa perlu diberikan ruang dan peluang untuk mereka bertindak balas kepada isu semasa masa kini.

Bagaimanapun, Agus berkata, mahasiswa tidak sepatutnya menyalahgunakan ruang yang diberikan dengan bertindak membuta tuli sehingga menjejaskan imej institusi pengajian di Malaysia.

‘Akjan is an Umno frontman’

Only Sabahans who acquired their status via the contentious Project IC will be afraid of an RCI.
KOTA KINABALU: Sabah political activists are taken aback by the outright rejection by controversial businessman Mohd Akjan Ali Muhammad of a Royal Commission (RCI) to investigate the suspicious increase in Sabah’s legal population and the claim that citizenship had been exchanged for votes.
Akjan, a self-proclaimed sultan of Sulu, who made good in the state and is now chairman of the influential Malaysian Muslim Welfare Association (Pekida), took many by surprise when he returned to the public stage after sparking outrage for his claim to royalty earlier this year.

The difference between MCA and DAP on opposition to Hudud

The difference between MCA and DAP on opposition to HududThere is a difference between the anti-Hudud stance shown by MCA leaders and the disagreement by DAP over its implementation, said Kelantan Exco member Mohd Amar Abdullah .
Amar said while DAP based its argument on the legality of the Hudud enactments from its own understanding of the Constitution, the MCA and its president Dr Chua Soi Lek had been belittling the laws by claiming that Hudud would drive away investors and would lead to Malaysia's destruction.
As such, Amar, who is also Kelantan's spokesman on matters related to the state's Hudud enactment, said MCA's opposition was rooted in its anti-Islam character and this explained why its leaders had been passing derogatory and unsubstantiated remarks about the Islamic deterrent punishments for serious crimes.
“(Chua) Soi Lek goes on telling that investors would run away and the country will be destroyed if Hudud laws were implemented. In contrast, DAP leaders do not indulge in such vehement opposition, but argue their case based on their opinion that Hudud contradict the Constitution," he added.

PRU-13: Pakatan S’gor kekal ‘status quo’

DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Teresa Kok.
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat negeri Selangor bersetuju untuk mengekalkan ‘status quo’ dalam pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).
‘Status quo’ yang dipersetujui bersama ialah DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pada sidang media di sini hari ini.
Menjawab mengenai dakwaan rancangan DAP untuk mengambil kerusi Menteri Besar, Teresa menjelaskan bahawa parti yang menang paling banyak kerusi akan diberi keutamaan dan dari 56 kerusi Dun Selangor itu, DAP hanya bertanding 15 kerusi berbanding PKR dan PAS.

PAS Harus Ambil Iktibar Susila Umno

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
20 DIS : Sebelum Hasan Ali membuka mulut lebih kerap untuk memperjelaskan landasan perjuangannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mencabar rakan beliau, Nasharuddin Mat Isa supaya membuat perisytiharaan sama ada bekas Timbalan Presiden PAS itu adalah “agen Umno” yang mahu merosakkan PAS dari dalam. 

Cabaran itu juga dipanjangkan kepada Hasan Ali yang dianggap pimpinan PAS sebagai rakan regu Nasharuddin yang kini dihukum sebagai “duri dalam daging” dan “gunting dalam lipatan” politik PAS hari ini.

Begitu meruncing politik PAS kini. Pemimpin kanan seperti Mustafa Ali tidak segan silu menyelar pemimpin lain dalam parti itu sebagai ejen atau petualang untuk parti lawan. 

Isu Qazaf: Penegasan kembali

Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah.
Oleh Abdul Halim Ismail
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) telah mengeluarkan Pernyataan Bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengenai isu yang sama dengan tajuk Pernyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf, pada 27 Mac 2011 (sila rujuk Kenyataan Media di www.wadah.org.my/).
Sebagai reaksi kepada beberapa persoalan yang berbangkit serta kekeliruan-kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat ekoran kenyataan-kenyataan beberapa orang mantan pimpinan Abim mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Wadah ingin menegaskan kembali sikap dan pendirian yang telah diambil dengan merujuk kepada Pernyataan yang telah dibuat pada 27 Mac lalu.

Hasan: Mana bukti saya masuk jerat Umno?

Exco Selangor Hasan Ali hari ini mencabar setiausaha agung PAS agar mendedahkan sebarang bukti yang mengaitkannya dengan usaha melemahkan parti itu dan kini termasuk dalam "perangkap Umno."

Menyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong", bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata tokoh kanan PAS itu menggunakan kuasanya sebagai setiausaha agung untuk mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak tentu arah.

Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!

Muhammad Kamil Abdul Munim, UIAM   
Saya terkenang akan peristiwa ketika peghujung semester yang lalu, saya dan rakan-rakan sibuk untuk mendaftar subjek bagi semester ini. Saya dan beberapa rakan beruntung kerana berjaya mendaftar subjek Undang-Undang Perlembagaan atau Constitutional Law bersama Prof Aziz Bari (gambar). Beberapa rakan yang lain tidak berjaya disebabkan oleh timetable clash dan kuota yang sudah penuh.

Sosok ini jarang dilihat berlegar di sekitar fakulti. Hanya nama sahaja yang kerap didengari. Menjadi anak didik beliau adalah satu peluang yang dinantikan.
Sosok ini sangat cool. Masuk ke kelas lenggang kangkung tetapi tidak kangkung. Hanya sehelai kertas dan marker pen ditangan. Tidak ada attendance list. Apa yang menarik ialah pelajar berbondong bondong hadir ke bilik kuliyah walaupun kuliyah bermula jam 8 pagi. Beliau mampu menarik pelajar untuk ke bilik kuliyah tanpa menjadikan rekod kehadiran sebagai ugutan.
Beliau memiliki aura tersendiri.

NFC bought RM10mil S'pore condo registered in the name of Shahrizat's family

NFC bought RM10mil S'pore condo registered in the name of Shahrizat's familyTwo luxurious condos at One Menerung, Bangsar, a super-class Mercedes Benz, 2 plots of upmarket residential land, million-ringgit discounts and cash transfers to family-owned firms do not seem to be enough for Umno minister Shahrizat Jalil.
According to PKR, more money was siphoned out from the RM250mil NFC cattle livestock project to buy another luxury condominium — this time in Singapore at a cost of SGD4.1mil or RM9.9mil - registered in the names of her husband and children.
They demanded that Prime Minister Najib Razak, who is also the Umno president, break his "golden silence" and immediately freeze NFC's operations to prevent further money from being siphoned out of the country.
“What is even more nauseating is that the unit was registered directly under the names of Shahrizat’s family members, instead of the company... they were jointly registered under (husband) Mohamad Salleh Ismail and their two children Izran and Izzana,” PKR secretary-general Saifuddin Nasution told a press conference on Tuesday.

Hasan Ali: Saya bukan duri dalam daging, tapi PAS tergelincir landasan

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Datuk Dr Hasan Ali mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar. Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.
“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.