Isnin, 19 Disember 2011

Terdesaknya si Awe Adek ni


Orang... kalau terdesak, dia sanggup lakukan apa saja termasuklah bikin sektsa. Malangnya sketsa tak gempak. Tak da sambutan. Orang bolayan!!

Kesian Awe Adek. Berjuang mati-matian dia nak cari peluang, nak jadi EMBI Kelante.

Melayu Mudah Lupa : ‘Saya nak pergi tanya Bank Dunia’...???

PUTRAJAYA, 19 Dis – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.
Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli hari ini yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
“Saya nak tengok... Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini... pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.
“Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa?

Najis Mahathir mula berbau..!!!

Mahathir: Bila Mulut Manis Tidak Boleh Melindungi Kejahatan
Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.
Kerana taksub itu menyebabkan orang Umno yang berjaya mempengaruhi orang Melayu mempercayai Mahathir. Tidak orang Cina, India dan lain-lain yang bijak mentafsir dengan kata-kata Mahathir. Saki baki Melayu yang percayakan Mahathir masih banyak sebab itu media massa penjilat buntut terus memberi ruang kepada Mahathir dengan harapan kata-kata Mahathir boleh mempengaruhi Melayu dan terus menyokong Umno.
Beberapa hari lalu beliau meminta Anwar Ibrahim agar bersumpah lakna berhubung cadangan Anwar supaya Malaysia mengambil pinjaman wang dunia untuk mengatasi resensi ekonomi. Orang faham dengan cabaran Mahathir itu untuk memberi gambaran kebersihan dirinya dan cuba hendak ‘mencepuahkan’ Anwar dengan tali barut ekonomi Yahudi.

Masalah sosial semakin serius - YB Dr Ismail Salleh

GUAR CHEMPEDAK – Masalah sosial yang melanda remaja dewasa ini menjadi semakin serius dan ada di kalangan mereka mula terjebak sejak dari sekolah rendah lagi. Masalah yang kurang didengari suatu ketika dulu, sekarang ini seolah-olah menjadi amalan kepada remaja-remaja berkenaan.
"Dulu kita jarang mendengar masalah seperti remaja merokok, merempit, terlibat dengan gangster, pil-pil khayal dan yang paling teruk terlibat dengan zina,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB Dr Ismail Salleh.

Hadiri Kuliah Ust Azhar : Manisnya Abby Abadi bertudung penuh

Hangat diperkatakan di kalangan pemilik-pemilik blog hiburan terkenal tanahair mengenai gambar terbaru pelakon terkenal, Abby Abadi, yang manis mengenakan tudung ketika menghadiri majlis ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, baru-baru ini. Pemilik blog Beautifulnara .com, Abang Nara misalnya begitu teruja dengan penampilan Abby itu dan mengajak para peminat untuk berdoa semoga artis berstatus ibu tunggal anak tiga itu melakukan transformasi imej dengan mengenakan tudung sepenuhnya.“Cantik manisnya apabila melihat Abby Abadi bertudung walaupun sekadar untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus.
“At least adalah usaha untuk berubah. Sama-sama kita doakan agar Abby Abadi mengikut jejak beberapa orang rakannya yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya,” kata Abang Nara di blognya.
Laman blog Oh! Artis turut mendoakan agar Abby mengekalkan imej tersebut sepenuhnya dan menyatakan bahawa sekiranya seseorang yang dijadikan Tuhan dengan rupa yang cantik, sudah tentu akan lebih cantik sekiranya bertudung.
“Kita doakan semoga imej Abby Abadi yang dapat kita lihat di dalam gambar ini berkekalan.

'Serang' UMNO bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut

Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.
Timbalan Ketua Umno bahagian Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.
"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai Khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.
Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.

Selangor Angkat Martabat Seni Kreatif

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Dalam Negeri

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Dalam Negeri

MP PAS Tumpat Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Dalam Negeri

MP PKR Sg Petani Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Dalam Negeri

MP PAS Kubang Kerian Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Dalam Negeri

Calm in Cairo after dawn raid in Tahrir Square

Dakwa Anak Dipukul Guru: Bapa Saman Tadika

KUALA LUMPUR, 19 DIS - Seorang bapa menyaman sebuah tadika selepas anaknya didakwa dipukul seorang guru hingga cedera ketika belajar di tadika Taman Cempaka, Ampang di sini pada 7 Mac lalu.Lee Boon Hock, 35, seorang Jurujual Barangan Elektrik ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ampang berkata tindakan itu diambil selepas kecewa dengan pengurusan Tadika Seri Cempaka yang tidak mengambil serius terhadap aduan dibuat berhubung insiden itu.
Beliau mendakwa, kejadian menimpa anaknya, Nicholas Lee, 4, adalah jelas selepas guru terlibat dikenali sebagai Nelly mengaku memukul anaknya hingga cedera menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada isterinya.

Umno lemah hadapi ugutan komponen BN

TEMERLOH, 19 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan yang diteraju Umno berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila diugut oleh beberapa pihak.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu mendakwa, ini terbukti dalam isu novel Interlok di mana akhirnya kerajaan mengalah dengan tidak lagi menggunakan buku tersebut mulai tahun hadapan hanya kerana mahukan undi kaum India.
Katanya, novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sepatutnya tidak mencetuskan kontroversi jika kerajaan mengambil kira semua aspek sejak daripada mula.
“Namun begitu perkembangan terbaru seperti diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel, kabinet memutuskan untuk menarik balik novel Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima kerana dibantah parti komponen BN itu menunjukkan kelemahan Umno sendiri.

Mahasiswa Enggan Maaf bandera Najib, UMNO kecoh, Soi Lex hina Islam, UMNO Kecut

Mungkin Najib ini TERAMAT MULIA kot sehinggakan UMNO dan PERKASA sanggup bising kat Mahasiswa yang turunkan Bandera Najib Ni.. Cuba kita lihat, siapa puak UMNO yang dok meroyan Bising?

Mahasiswa turunkan bandera Najib, chua Soi Lex HINA Islam dan Hudud.. Yang lebih UMNO respon ialah Mahasiswa turunkan bandera Najib. Bukannya hina muka najib kat situdan pijak-pijak pon!!!?!!!????!

'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf

Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

SMM : Anak muda sudah berani bangkit!!


Kata dua dari anak muda... as simple as ABC.

Lu dusta... PRU13 lu binasa!!
AUKU hidup... UMNO@BN telingkup!!

SMM beri Najib kata dua mansuh AUKU sebelum PRU-13

BANK DUNIA : MAHATHIR/ANWAR:, SIAPA BERBOHONG?

ISU hangat Mahathir kata Malaysia tidak ada meminjam dana di Bank Dunia, sedang sebelumnya Anwar kata memang ada. Lalu Mahathir kata mahu bersumpah kerana memang tidak berhutang katanya.

Dua tiga hari ini pula tersebar Malaysia memang berhutang pada tahun2 setelah Anwar dipecat dan siapa sebenarnya pembohong? Mahathirkah atau Anwarkah? Kita rakyat Malaysia mahu tahu apa cerita sebenarnya.

Lalu ramailah orang UMNO minta anwar bersumpah sebab kononnya Mahathir mahu bersumpah kerana kasus ini. Apakah dengan bukti yang jelas, perlu lagi Anwar bersumpah?

Baik, saya tanya.

Masa Anwar dalam penjara dan mata anwar lebam kena pukul dan Mahathir dengan mudah mengatakan Anwar hantukkan kepalanya sendiri ke dinding dan kita terdiam dan ramai akui benar sebab Anwar konon minta simpati. Kes ini mendapat liputan surat kabar antarabangsa.

Lalu dengan bukti yang ada Anwar bawa kes ini ke mahkamah dan di mahkamah persekutuan ketua Polis Negara kalah bicara dan mengakui serta minta maaf bahawa kes lebam mata memang Rahimnor/Ketua polis negara akui pukul mata Anwar.

Saya tanya lagi.

Kes mata lebam ini mahukah Mahathir bersumpah yang memang Anwar hantukkan kepalanya hingga mata lebam? Nah, ada berani jawab dan beranikah Mahathir bersumpah?

ISMAILY BUNGSU

Kantoi : Mahathir Pinjam RM2.1 Billion dari Bank Dunia

KLIK IMEJ


Link di http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=
Berdegar-degar Mahathir Muhammad mencabar Anwar bersumpah di masjid. Isunya adalah membuat pinjaman di Bank Dunia.

Pada tahun Anwar dipecat dan diaibkan, tuduhan yang biasa keluar dari mulut Mahathir dan kuncu2 adalah Anwar agen asing kerana mahukan pinjaman IMF.

Pemerintah Malaysia Menerapkan Sistem Kufur. Begitu Hina!



Gara-gara curi coklat RM3, penganggur didenda RM500, penjara sehari
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Gara-gara mencuri tiga keping coklat yang berharga RM3 dari sebuah pasar raya minggu lalu, seorang penganggur dihukum penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.  Shaiful Azhah Shaiful Azmi, 18, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.  Tertuduh didakwa mencuri dua keping coklat jenama Kit Kat dan sekeping lagi yang berjenama Brushberry di pasar raya Mydin, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 2 petang, 2 Disember lalu. Pada prosiding berasingan, rakan lelaki terbabit, Mohd. Azlil Al Jefri, 18, turut menghadapi hukuman serupa bagi kesalahan mencuri yang dilakukan pada tempat, waktu dan tarikh yang sama. Mohd. Azlil mengaku mencuri dua keping coklat jenama Kit Kat dan empat botol syampu yang keseluruhannya berjumlah RM52.40. Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Zulkifli Osman mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Selain itu, mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh terbabit yang tidak diwakili peguam bela dipenjara lima bulan lagi jika mereka gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua rakan itu menjelaskan bayaran tersebut.
Sumber : Utusan Malaysia 07/12/11 

Kerana PAS Terengganu tidak mampu, turun reramai ayuh bantu!!!

Oleh: umnopenyangak



Assalamualaikum,
Menjelang PRU, PAS Terengganu yang sudah lama "tidak sihat" perlu bantuan. Bantuan amali bukan bantuan "pak tepak" yang hanya riuh rendah menegur tetapi tidak dapat berjalan untuk buat kerja. Sebahagian pengundi Terengganu yang dilebelkan sudah kelabu hatinya kerana wang ehsan (kesian) perlu dipulihkan. Pengundi hantu yang masih terdapat perlu diusir. Pengundi baru pula perlu diberi kesedaran tentang hak mengundi yang tidak kena mengena dengan dana kerajaan yang diagihkan. Semua perkara ini perlu dilakukan walaupun dalam keadaan PAS Terengganu bermimpi di siang hari atau pemimpin atasannya tidak boleh ditegur. Tetapi siapa yang mahu melakukannya? Siapa boleh beri jawaban?

Sejarah Telah Tercatat Mahasiswa Turunkan Gambar Najib

Tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemostrasi di perkarangan ibu pejabat Umno kemudian menurunkan gambar Ha Najib Razak selama lima minit sebelum ia dinaikkan semula untuk berkedudukan sama tinggi dengan gambar pemimpin Umno lain bukan sesuatu yang kecil. Perbuatan itu bukan permainan jenaka tetapi ia memberi impak yang besar dan serius.

Iya... ianya hanya lima minit sahaja, tetapi dengan keluasan cakupan dunia IT hari ini, tidak sampai satu minit kejadian itu - gambar Najib diturunkan telah menerawang ke seluruh dunia. Walaupun kejadian itu biasa malahan ada lebih dahsyat seperti dibakar dan dilontar najis, tetapi insiden itu memberi signifiken yang besar.

M3M : Lu orang ni sokong ABU atau tidak??


Apabila aku baca N3 ini dalam blog zorro-unmasked, baru terdetik dalam otak. So... aku copy nad aku paste 100% N3 ini. Kepada empunya blog, thank you very much.

Ha ah... betoi juga apa kata zorro. Sambutan dan sokongan terhadap ABU di pihak DAP dan PKR agak 'sejuk'. Demer nampaknyer tak beriya-iya sangat dan tak berapi-api sangat. Mengapa, ya??

Weh.. musuh kita satu iaitu UMNO. Ayuh kita bersatu untuk semarakkan kempen menjatuhkan UMNO ini. Hidup ABU!! Mampuih UMNO!!

MTUC Akan Singkir Pemimpin Lemah

Usul undi tidak percaya ke atas kepimpinan tertinggi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan dibawa ketika mesyuarat majlis am MTUC yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. Usul kesatuan itu membabitkan kedudukan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

Beberapa kesatuan gabungan mempertikaikan kepimpinan MTUC dengan mendakwa pemimpin-pemimpin tertinggi badan induk kesatuan sekerja itu membisu dan tidak melayan permintaan agar diadakan mesyuarat khas majlis am membincangkan isu pindaan Akta Kerja.

Perkembangan ini dilihat sebagai usaha MTUC menyingkirkan kepimpinan mereka yang tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu pindaan Akta Kerja.

Setiap ahli kesatuan mestilah berdiri teguh bersama pemimpin mereka.Sewaktu protes tempoh hari, hanya berapa ahli sahaja yang berani tampil mempertahankan perjuangan menuntut 'hak pekerja' yang cabuli.Contohilah kesatuan Qantas di Australia. Pemimpin mereka mendapat sokongan ahli-ahli yang buat protest menuntut hak keadilan mereka.

Mustafa to Nash: Are you an ‘enemy agent’?

The PAS secretary general says the former party deputy should answer the question if he is an agent bent on weakening PAS.
KUALA LUMPUR: PAS secretary-general Mustafa Ali today dared former deputy president Nasharudin Mat Isa (photo) to confirm or deny if he was acting as an enemy agent tasked to “weaken” the Islamic party from within.
Mustafa said this in reply to an accusation made by Nasharudin yesterday that PAS was veering away from its Islamic agenda.
“Before I reply to his (criticism), I want him to answer that (of being an enemy agent),” he told FMT when asked to comment on Nasharudin’s criticism published in an interview with Umno-linked Malay daily Berita Harian yesterday.

Perak : ‘PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno’

Kajian UM menunjukkan persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN berada pada tahap yang tidak membanggakan.
PETALING JAYA: Kira-kira 45 peratus rakyat Perak merasakan Barisan Nasional (BN) masih gagal menunjukkan prestasi yang baik walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah.
Demikian menurut Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam hasil kajian soal selidiknya secara rawak terhadap 1,304 responden rakyat Perak pada 23 Oktober hingga 30 Oktober lalu.
Berdasarkan kaji selidik itu, 61 peratus kaum Cina dan 45 peratus Melayu berpendapat sedemikian. Namun 40 peratus responden daripada kaum India masih menaruh kepercayaan terhadap BN.

Bendera Najib : Adam Adli Muncul Tetapi Diugut Anggota Polis Bukit Aman

Bukit Aman, 19 Dis : Siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli yang hangat diperkatakan 1Malaysia mutakhir ini diberitakan telah muncul sebentar tadi setelah dikhabarkan menghilangkan diri beberapa jam sebelum ini.
Menurut sumber, Adam bersama beberapa pimpinan ‘front’ gerakan mahasiswa dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegubard hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membuat satu laporan polis berhubung dua ugutan yang diterimanya.
Namun, sebaik sahaja mereka sedang membuat sidang media, seorang anggota polis dipercayai cawangan Bukit Aman telah meluru datang dan mengugut Adam Adli dengan kata-kata kesat.
“Kalau PEMUDA UMNO ada masa ko turun bendera hari tu, confirm ko dah kena lanyak!”, demikian ugutan yang dilemparkan kepada Adam sambil mengangkat penumbuk ingin menumbuk muka Adam.

Guan Eng Reminds Teng He Is From Gerakan

Ya Hussain

Ideas: Malaysia perlukan ‘kerajaan terhad’ tangani krisis urus tadbir

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Malaysia memerlukan satu sistem “kerajaan terhad” - konsep yang mengehadkan peranan pihak pemerintah bagi mengelakkan pelbagai krisis yang disaksikan dalam urus tadbir negara, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).
Eksekutif Kanannya Medecci Lineil berkata, pelaksanaan konsep ‘kerajaan terhad’ antaranya harus meliputi saiz dan bilangan perkhidmatan awam yang kecil dan cekap, dan peranan ke arah itu harus diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat bagi mewujudkan perbezaan tulen.
Selain itu, katanya, perbelanjaan kerajaan bagi emolumen, subsidi korporat dan sosial harus dipotong bagi memastikan sumber-sumber ekonomi, buruh dan modal digunakan secara efisien,” kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini, yang mengulas ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk Debunking ETP: Widening Income Gap, Khamis lalu.

Islam Hadhari lwn 1 Malaysia

Islam Hadhari lawan 1Malaysia

Secara umumnya, majoriti masyarakat Islam negara ini boleh dianggap tiada masalah dalam penerimaan gagasan Islam Hadari yang diperkenalkan oleh (bekas) Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi. 

Bagaimanapun, gagasan ini dikatakan telah memberi impak negatif terhadap sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan BN ketika PRU-12 lalu.

Hari ini mungkin menyedari kesilapan ini, PM Datuk Seri Najib Razak cuba membetulkan kesilapan ini dengan memperkenalkan gagasan yang kontras dengan Islam Hadari Abdullah iaitu gagasan 1Malaysia.

Malangnya, berdasarkan keputusan-keputusan pilihan raya kecil dan PRU Negeri Sarawak lalu, gagasan tersebut masih tidak menunjukkan tanda-tanda mampu membawa pengundi bukan Melayu-Islam  kembali memberikan sokongan kepada BN.

Dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas PRU-12 dan PRU Sarawak lalu menunjukkan sokongan pengundi masyarakat bukan Melayu-Islam, khasnya pengundi kaum Cina masih menyebelahi dan terus meningkat kepada calon Pakatan.

Imej Abdullah lwn Imej Najib

Sekiranya imej PM sebagai kepala kerajaan diambil kira, ternyata imej Abdullah yang dikenali sebagai 'Mr Clean' jauh meninggalkan imej Najib yang terpalit dengan persepsi pelbagai skandal.

Ditambah pula dengan tindakan-tindakan isteri beliau yang banyak menimbulkan kontroversi yang turut menjejaskan imej beliau berbanding isteri Abdullah ketika menjawat jawatan PM.

Bagi pengundi yang mengutamakan imej bersih pemimpin dalam menentukan logo parti mana yang bakal dipangkahnya maka Najib berada dalam kedudukan lebih sukar berbanding Abdullah.

Perbandingan prestasi BN era Abdullah dan era Najib

Adakah senario tsunami politik yang tercetus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 lalu akan sekali lagi melanda politik tanah air dalam PRU-13 yang dijangka akan diadakan tahun hadapan?

Mungkinkah kali ini 'swing' pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN), menghayun pembangkang yang pertama kali berjaya menafikan kelebihan majoriti dua pertiga BN di parlimen serta menawan empat buah negeri lain selain mempertahankan Kelantan dalam PRU-12 lalu?

Secara kasarnya, kita boleh melihat beberapa persamaan dan perbezaan corak yang boleh dianggap penyebab terbentuknya gelombang tsunami politik 2008 lalu dengan situasi pra pilihan raya yang ada pada hari ini.

Patung menyerupai Anwar pula dikafankan

Siapakah yang bertanggungjawab dan sanggup bersusah payah 'mengkafankan Anwar Ibrahim' ini semata-mata untuk memalukan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu?

Lazimnya pihak yang melakukan perbuatan seperti ini menyedari  bahawa tindakan mereka tidaklah membawa sebarang manfaat kepada diri mereka kecuali perasaan seolah-olah merasakan cukup puas apabila melakukannya dan memperlihatkan kebodohan sendiri.

Menurut blog Kerajaan Rakyat, 'Mayat' yang siap dikafankan itu telah diletakkan di Bagan Serai di lokasi tapak ceramah umum yang turut menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden N Surendran.

Sepertimana dalam kejadian hadiah 'kek tahi manusia' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini, imej Umno dan BN juga yang akhirnya ditanggapi dengan persepsi yang tidak menguntungkan mereka.

 Kerajaan Rakyat.

‘Dr M, pusing belakang, Alif-Lam-Lam-Ha!’

Kalaulah betul dengan bersumpah mampu memberikan keadilan kepada manusia maka penjara di Malaysia akan menjadi hampir kosong.

Kadang-kala isu semasa hari ini ada yang menyebabkan saya terkenang-kenang memori silam semasa saya masih lagi di alam budak- budak kampung dahulu.
Ketika di zaman kanak-kanak dahulu, musim cuti sekolah memang masa paling menyeronokan, asal celik sahaja mata, dalam kepala terus teringat ingin bertemu rakan-rakan untuk bermain.
Sehinggakan kadang-kala akibat terlalu seronok bermain, emak kami pula terpaksa menuruti kami gara-gara terlajak bermain dan tidak menghiraukan untuk pulang di waktu makan tengahari.
Bagi mengelakkan dimarahi oleh emak dan didenda tidak dibenarkan keluar pada sebelah petangnya, maka pelbagailah alasan ‘separuh benar’ (alasan benar tetapi ditambah sesedap rasa) diberikan.

Selangor Angkat Martabat Seni Kreatif


KUALA SELANGOR, 19 DIS : Keghairahan dan kecenderungan komuniti tempatan terhadap bidang seni kreatif berjaya menjadikan Pekan Sasaran sebagai satu medan penganjuran program kesenian peringkat antarabangsa.
Pekan Sasaran adalah sebuah pekan kecil di utara negeri Selangor.
Ditubuhkan pada tahun 2009, Persatuan Kesenian Sasaran (PKS) berjaya menganjurkan "Sasaran International Arts Festival 2011" dengan tema 'We Art Together'.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri komited mendukung kerja-kerja seni rakyat dalam melahirkan generasi artis baru selain menggalakkan pertukaran seni dan budaya antara Malaysia dan negara-negara lain.

Umno bayar blogger upahan RM10 juta, SKMM diarah tidak ganggu

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.
Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.

Kantoi : Dakwaan 120 sertai Umno di Bachok karut

BACHOK. 19 Dis: Dakwaan 120 orang ahli PAS keluar parti di Kampung Beoh dalam Cawangan Redang, dekat sini adalah karut, malah anak Mohd Nor Jusoh yang dikatakan menyertai Umno tidak menyertai bapanya.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Abdul Aziz Kadir (gambar kiri), ketika ditemui memberitahu apa yang berlaku hanya empat orang satu keluarga sahaja menyertai Umno.

Sambungnya, Datuk Awang Adek kini memang kerap keluar masuk kampung serta memberikan pelbagai janji pada rakyat agar mereka menyertai Umno.

“Adik beradiknya (Awang Adek) belum tentu menyokong perjuangannya, apa lagi rakyat,”ujarnya ketika ditemui pada majlis bubur as-syura, di Kampung Beoh, dekat sini semalam.

Freedom from fear

The harder people are pushed to the wall, the harder they will fight back. It’s an inevitable reciprocal arrangement.

By Fadiah Nadwa Fikri
Upon the release of their friends, they chanted outside of the police station, “Hidup Hidup! Mahasiswa!” “Student Power!”. There was so much hope and strength in those voices. The air was filled with conviction. Conviction in the face of lawlessness that robbed 15 students of their liberties, the price they had to pay for believing in what is written in Article 10 of the Federal Constitution.
On Dec 14, 2011, 15 students were arrested, detained for six hours for carrying placards in a silent protest to demand academic freedom at KL Sentral. They were denied their constitutional rights to peacefully assemble, constitutional rights to legal representation and they were intimidated by special branch officers who insisted on taking down “intelligence statements”.

ETP : Masalah hanya selesai melalui 'kerajaan terhad'


Medecci Lineil
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau bertajuk "Debunking ETP: Widening Income Gap" pada malam Khamis 15 Disember lalu menimbulkan beberapa perkara mendesak yang memerlukan perhatian segera.
Ini termasuklah peningkatan kadar inflasi, pendapatan isi rumah yang semakin menghimpit, kebergantungan kerajaan terhadap Petronas, peningkatan perbelanjaan kerajaan, dan ketirisan dalam pengurusan ekonomi negara.
azlanSaya berpendirian bahawa semua cabaran ini tidak mungkin diselesaikan sekiranya kita tidak menekankan prinsip kerajaan terhad, pemotongan perbelanjaan kerajaan, pengutamaan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi, dan peranan sistem harga (the role of prices).
Banyak masalah kini membelenggu rakyat akibat daripada campurtangan kerajaan yang keterlaluan dalam pelbagai hal.
Misalnya, kawalan harga barangan seringkali menimbulkan pelbagai krisis pengguna seperti kekurangan gula, kekurangan minyak masak, serta penyeludupan diesel dan beras.

Gerakan Bebaskan Anwar 901

CheguBard Harus Ketuai Bukan Shamsul

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) pada 16hb Disember telah melancarkan Gerakan Membebaskan Anwar 901 (Gerakan 901), gerakan besar-besaran menandakan kebangkitan rakyat pada 9hb Januari 2012, tarikh dimana Hakim Dato Zabidi Md Diah dijangka membuat keputusan berhubung pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim
Penulis sambut baik dengan pelancaran gerakan ini kerana ia bakal memberi mesej yang keras kepada kerajaan bahawa rakyat menolak sebarang bentuk penyalahgunaan Mahkamah untuk menjatuhkan karier politik pemimpin pembangkang atau pendeknya, konspirasi politik melalui perundangan.
Walaupun cuba dinafikan oleh ketua peguambela, Karpal Singh yang teori konspirasi itu wujud, tapi rakyat tahulah ini sememangnya konspirasi peringkat tertinggi.
Sama seperti orang lain, penulis yakin bahawa Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah oleh mahkamah, bukan kerana benar-benar terlibat tapi kerana semuanya sudah diatur sebegitu rupa untuk mewajarkan dirinya ke penjara.  Disamping kelemahan pasukan pembelaan yang gagal sama sekali memfokus kepada fakta teknikal berhubung penemuan DNA di dalam dubor Saiful, sebaliknya lebih berminat mempertikaikan seksyen mana yang betul.

Mansuhkan AUKU, gantikan dengan rang undang-undang kebebasan mahasiswa

KUALA LUMPUR, 19 DIS – Gabungan mahasiswa mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menerima cadangan kebebasan akademik, autonomi universiti dan rang undang-undang Magna Carta Hak Mahasiswa 2008 sebagai ganti kepada undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, apa yang perlu dimejabulatkan bukanlah AUKU tetapi hak mahasiswa.
“Selain itu, ia juga berkaitan bagaimana kerajaan merangka autonomi universiti brdasarkan dua aspek besar, iaitu pentadbiran (universiti) dan (kebebasan) akademik,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Guan Eng : “Kita tidak akan upah cyber troopers untuk menyatakan kebenaran”

19 DISEMBER – Untuk memantapkan lagi penggunaan media sosial dan juga untuk menjalinkan hubungan yang lebih mesra dengan para pengamal sekalian, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang 2011 yang bertemakan “Frenz of Penang”.
Saya ingin tegaskan di sini kerajaan negeri tak berhasrat membina “cyber troopers” atau pun askar siber yang diupah oleh pihak tertentu untuk bertaksub mempertahankan pemimpin ataupun pati dan menabur fitnah.
Sebaliknya kami hendak raikan anda semua yang berdiri atas landasan kebenaran, kebebasan, demokrasi dan keadilan. Itulah sebabnya kami rela dikritik kalau buat salah kerana tidak ada insan yang sempurna melainkan Tuhan. Lagi pun, askar boleh diupah, tetapi kawan tidak boleh dibeli!

Wang rakyat disapu lagi, TV 1Malaysia propaganda baru UMNO-BN

19 DISEMBER – Hampir semua media massa “arus perdana” – yang diterbit atau disiarkan setiap hari seperti akhbar harian, TV dan radio – di Malaysia berada dalam kawalan UMNO dan Barisan Nasional.
Kawalan itu dibuat sama ada secara kangsung melalui pemilikan saham para pemimpin UMNO-BN atau secara tidak langsung melalui undang-undang yang ketat, malah zalim, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pelbagai peraturan serta undang-undang kecil lain yang menyekat kebebsan bersuara dan berekspresi.
Dengan itu, akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star dan sebagainya serta RTM dan TV3 dan juga semua stesen radio milik mereka yang mempunyai hubungan dengan kepimpinan negara, hanya menyampaikan maklumat satu hala sahaja.
Yang dibaca, ditonton dan didengar, hampir 99 peratus, adalah berita dan laporan mengenai “kebaikan” UMNO-BN sahaja. Inilah yang telah dan sedang berlaku di Malaysia sejak separuh abad lamanya.

Siamang Umprono cuba gigit lagi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersara daripada politik dengan segera sebelum terus menjadikan rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform untuk melepaskan dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Penasihat PKR itu seharusnya bertindak gentlemen dengan menentang Dr. Mahathir secara peribadi kerana semua isu yang dicetuskan olehnya merupakan kisah-kisah lama antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.

Cerita Bank Dunia dan sumpah Najib di masjid tak dipercayai

Dalam berita bertajuk "Dr M cabar Anwar bersumpah", Utusan Malaysia 18/12/11 memetik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan:
Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu.
Berita Malaysiakini 19/12/11 bertajuk "Proof' that Dr M accepted World Bank aid" pula memetik Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata:

UMNO BOLEH MEMERINTAH ASALKAN MAHASISWA BERSEDIA UNTUK MENJADI `LEMBU'

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK pernahkah anda menyaksikan gambar pemimpin pembangkang di negara ini dibakar atau dipijak?  Lupakah anda bahawa gambar Koh Tsu Koon sewaktu menjadi KM P.Pinang diturunkan dan dikoyak oleh pemimpin Umno di P.Pinang?  Kita tidak lupa bagaimana sekumpulan bermotor berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana serta mengugut untuk membakar Ibu Pejabat tersebut.  Maka, mengapa anda gelabah, meroyan dan menjadi gila babi apabila gambart Najib diturunkan?
Mengapa perlu salahkan Mahasiswa yang menurunkan gambar Najib di PWTC sebagai suatu tindakan simbolik menunjukkan ketidakpuasan hati mereka?  Bukankah sekumpulan `pengusung kek dan tahi' juga berbuat lebih `bodoh' dan kotor serta jijik untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka di Pejabat KM P.Pinang baru-baru ini?

Haron Din Perlu Beri Air Jampi Kepada Pas

DUA tiga orang penjenguk blog Merah Tinta dan juga kenalan politik bertanya saya mengenai Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Semua pertanyaan agak skeptikal kepada kedua pemimpin berkenaan. Semuanya kerana kenyataan balas mereka berdua terhadap kenyataan-kenyataan atau komen mengenai mereka yang dimulai oleh Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib yang mendedahkan Hasan tidak mendapat cukup pencalonan untuk dicalon dalam pilihan raya ke-13.

Saya awal-awal sudah mengatakan tindakan Saari itu tidak bersifat politik dan beliau jujur yang tidak bertempat. Gara-gara kenyataan beliau atau lebih tepat kerana gatal mulut (berdasarkan atas fakta) menyebabkan timbul polimek mengenai kedudukan Hasan Ali dalam Pas dan sempat mengelisahkan ahli dan penyokong bawahan.

Ia menjadi tambah 'rewel' lagi apabila Hasan membuat kenyataan sinis kepada Pas yang kemudian membuka hati Mustapa Ali untuk menjawab sama yang menghangatkan lagi situasi.

Shahrizat's cow scandal may cost BN Malay votes, says Guan Eng

Shahrizat's cow scandal may cost BN Malay votes, says Guan EngKUALA LUMPUR — Malay voters in Penang are angry with Datuk Seri Najib Razak’s refusal to act on the RM250 million cattle scandal linked to a minister’s family, Lim Guan Eng said today.
“From the response of the public, more than 85 per cent of Malays see anger at corruption in [Barisan Nasional], especially Najib’s persistent and continued defence of his government’s refusal to act on the cows-and-condos scandal.
“I think this is concrete evidence of unhappiness amongst all Malaysians including the voters of Tasek Gelugor and Penang,” the Penang chief minister said, responding to Najib’s claim that Pakatan Rakyat (PR) was in a “fragile” state.

Bendera Najib: Saifuddin Abdullah tetap mahu SMM, Bebas mohon maaf

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengulangi pendiriannya bahawa kumpulan mahasiswa, yang didakwa menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno kelmarin, harus meminta maaf.
Tegas beliau, soal perbezaan pendapat adalah perkara yang berbeza dan kumpulan itu harus meminta maaf kerana perkembangan menunjukkan mereka bersalah.
“SMM/Bebas mesti minta maaf atas tindakn turunkan bendera. Nak beza pndapat bab lain, itu soal lain.Tapi bab bendera, anda salah,” kata beliau (gambar) menerusi mesej Twitter petang ini.
Terdahulu dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas)menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.
Sebaliknya, pemimpin SMM dan Bebas, yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

PEMUDA UMNO MENGAMUK, MELALAK MEROYAN !!

Macam orang kena sawan babi pun ada !
  

Mereka ini terpekik terlolong apabila sekumpulan mahasiswa menurunkan gambar Najib lalu menaikkan pula bendera  kumpulan mereka menggantikan gambar Najib. Yang menghairankan !,,,…

Pintu Umno sudah dibuka untuk mereka ?

Sanggupkah mereka duduk dalam  parti yg sudah dianggap tong najis !?
 
Isunya : Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa buat hal dengan PAS. Benarkah begitu? Atau Umno yang buat hal dengan mereka? Selalunya yang sibuk bercakap bagi pihak mereka ialah akhbar-akhbar penyampu, pemimpin-pemimpin Umno dan balaci-balaci Umno ! 

Menurut Al- kisahnya,  mereka ini dikatakan sudah menjadi pro Umno dan pro Najib.  Dalam masa yang sama pinggang mereka dicuit kononnya mereka tidak akan dicalunkan dalam PRU ke-13 nanti,  dan macam-macam cerita lagi.

Apakah isu panas atau kontroversi yang mengaitkan mereka ini benar atau sebaliknya ,  hanya mereka sendiri ada jawapannya!  Kalau benar pun Umno sudah berjaya menjadikan kedua-dua mereka ini satu isu yang panas, biarkanlah Umno saja yang merasakan panasnya ! 

MELALAK, MELOLONG TANDA `SAKRATULMAUT' MENGHAMPIRI UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS
KUDA Anwar Ibrahim?  Macai Anwar Ibrahim?  Lepas tu meludah, kemudiannya bertakbir pula, diakhiri dengan salakan `Hidup Umno'.  Begitulah hebatnya pencacai angkut najis ini berkokok di depan kamera.  

Kononnya jika jumpa Mahasiswa yang menurunkan gambar Najib di PWTC itu, pencacai bengap ini mahu meludah muka Mahasiswa berkenaan.  Wah, beliau ingat beliau sahaja ada mulut boleh meludah?  Anjing pun ada mulut boleh meludah, babi pun ada mulut.  

Mempertahankan gambar Haji Najib seperti mempertahankan sebuah masjid dari diroboh sepertimana yang berlaku di Kg Bujal, Terengganu dahulu.  Mungkin, jika mati sewaktu meludah muka Mahasiswa tersebut maka dianggap `mati syahid', maklumlah, Haji Najib itu adalah Khalifah hebat.
 

Tidak dengar pula kita puak-puak Pakatan Rakyat yang mahu `syahid' apabila sekumpulan mamak bengap dari Penang mengusung kek dan tahi ke Pejabat KM P.Pinang.  Mungkin puak-puak Pakatan Rakyat tidak sempat untuk bertindak kerana akhirnya sekumpulan pengusung kek tahi itu memakan apa yang mereka usung itu.  Sendiri bawa, sendiri makan.  Melucukan.  Tidak biadapkah kumpulan mengusung kek dan tahi itu?  Antara tahi dengan gambar Najib, apa bezanya?

PAS : "Kita nak ambil alih kuasa dari Orang GILA"

alt
 
SHAH ALAM 19 Dis. - Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad menafikan PAS kini terlalu ekstrim dalam merebut kuasa Kerajaan Pusat sebaliknya hanya berusaha untuk mengambil alih kuasa daripada Pemerintah Kerajaaan sedia ada yang digelar sebagai orang gila.
"PAS tidak gila kuasa tetapi berusaha mengambil alih kuasa dari orang gila," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.
Beliau membuat kenyataan sedemikian sebagai serangan balas ke atas beberapa Pemimpin UMNO yang menuduh Pimpinan Pakatan semakin gila kuasa dalam merampas Putrajaya daripada gengaman BN.

PAS : Cina Terengganu Beri Kepercayaan Pada BN.

alt
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa kaum Cina di Terengganu masih lagi terikat kepada Barisan Nasional (BN).
 
Menurutnya, keadaan itu boleh dilihat dalam pilihan raya umum lalu apabila hanya kaum Cina di Kelantan dan Terengganu yang masih menyandang harapan kepada parti kerajaan.

Krisis Mesir : Ikhwan tuntut anggota tentera disiasat


ikhwanKAHERAH – Gerakan Islam berpengaruh Mesir, Ikhwanul Muslimin menuntut Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) memohon maaf secara jelas dan serta-merta terhadap keganasan yang berlaku pada Jumaat, 16 Disember lepas.
Ikhwan juga menggesa dijalankan siasatan yang adil dan menyeluruh oleh satu badan bebas terhadap anggota tentera yang melakukan jenayah tersebut, memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terkorban serta menampung kos rawatan mereka yang tercedera.
Selain itu, SCAF hendaklah meneruskan proses pilihan raya Parlimen Mesir dan mengesahkan bahawa pilihan raya presiden serta pemindahan kuasa kepada kerajaan awam akan disempurnakan sebelum hujung Jun 2012.

Can Umno reinvent itself?

Johan Saravanamuttu

DEC 19 —The implicit question that was before the United Malays National Organisation (Umno) at its just concluded general assembly was whether this 3.4 million strong political party could overcome its present crisis.
The party faces a general election, which would most likely to held in early 2012, and has the uphill task of recapturing the government’s two-thirds majority in parliament, not to say, four state governments, now in the control of the Pakatan Rakyat (PR).
Just before the Umno assembly, information chief Ahmad Maslan raised the prospect of a parliamentary impasse after the next election, admitting to Umno’s current weakness. Exaggerating the scenario of a hung parliament, he said that Malays would stand the chance of losing all power including the possibility of a “Christianisation” of Malaysia.

Kerajaan Terengganu : Sistem Pengajian Mesir Agak Ketinggalan

Kuala Terengganu, 19 Dis : Kerajaan negeri menghentikan program penghantaran pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) ke Mesir bagi bidang pengajian Islam kerana sebahagian sistem pengajian di negara itu didapati agak ketinggalan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sistem pendidikan di sesetengah pusat pengajian negara itu menyebabkan ada pelajar dari negeri ini yang terkandas pengajian mereka.

Isu Wifi : Mahasiswa UM Bakal Berdemo

Petaling Jaya, 19 Dis : Setelah himpunan BEBAS yang dianjurkan mahasiswa berjaya menyampaikan mesej yang jelas menuntut kebebasan akademik kepada seluruh negara baru-baru ini, momentum berkenaan nampaknya bakal diteruskan mahasiswa tidak lama lagi.

Bendera Najib : Keluarga Diugut, Adam Adli Sembunyikan Diri

Pulau Pinang, 19 Dis : Situasi terkini seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC kian genting.
Terbaru, setelah menerima ugutan Pemuda UMNO kawasan Petaling Jaya Utara semalam, beberapa rakan beliau telah dibelasah dan dipukul sekumpulan pemuda di sekitar Kuala Lumpur lewat petang semalam.
Menurut sumber, sekumpulan pemuda berkenaan telah mengesan mahasiswa melalui beberapa gambar dan rakaman video ketika himpunan 17 Disember lalu.

Mahasiswa Isytihar 17 Disember Hari Kebebasan Akademik

Kuala Lumpur, 19 Dis : Mahasiswa bakal membuka satu lagi lembaran baru dalam merealisasikan revolusi sistem pendidikan dan akademik negara.
Terbaru, setelah himpunan 17.12.11 berjaya menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, mahasiswa diberitakan bakal mengangkat tarikh 17 Disember sebagai tarikh Hari Kebebasan Akademik di Malaysia.
Menurut Ahmad Syukri Ab Razab, tarikh 17 Disember dipilih berdasarkan kejayaan himpunan aman yang dianjur pada tarikh berkenaan yang berjaya menghimpunkan hampir 1,000 mahasiswa dan anak muda di kota raya.