Ahad, 18 Disember 2011

Tun Mahathir tidak perlu merepek soal perpaduan, beliau punca segala perpecahan

Oleh WFAUZDIN NS
TUN Mahathir tidak perlu merepek soal mengapa Melayu dan umat Islam berpecah. Sekiranya beliau masih siuman dan tidak mudah lupa, beliau pasti tahu siapa tokoh utama yang menjadikan Melayu dan umat Islam ini mula berpecah belah angkara politik atau agama. Di dalam Malaysiakini, Tun menyebut bahawa Melayu dan umat Islam berpecah bukan kerana agama tetapi sebaliknya kerana fahaman politik. Tidak menghairankan jika Tun menyebut sedemikian kerana Tun dikenali sebagai orang yang tidak pernah menganggap politik itu adalah sebahagian dari agama, ertinya bekas PM kita ini adalah berfahaman sekular yang pernah memimpin parti yang sekular.

Dasar kerajaan Umno ‘pekak dan tuli’!

- Ruhani, bekas Ketua Puteri jawab tohmahan
SETIU
– Ruhani Hassan, bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, menjawab segala tohmahan yang dlemparkan keatas beliau.

Beliau dengan tegas menolak segala tuduhan dan menyatakan isu besar beliau serta 80 orang yang lain menyerta PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu, inilah isu yang kami cetuskan,”jelasnya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Kampung Maras, Batu Rakt dekat sini, Jumaat 16 Disember.

Bendera Najib: Pemuda Umno kecam, tuntut siasatan dan permohonan maaf

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pemuda Umno pusat mengecam dengan keras tindakan, disifatkan biadap dan melampau, peserta demonstrasi yang membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) petang semalam, dilaporkan menurunkan bendera memaparkan gambar Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan bendera himpunan mereka.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Pemuda Umno menggesa agar siasatan dilakukan dan pada masa yang sama mendesak pihak penganjur,  yang terdiri daripada Solidariti Mahasiwa Malaysia dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), memohon maaf kepada Najib, presiden parti, dan Umno keseluruhannya.
Pergerakan itu juga berkata,  tindakan sedemikian memaparkan kumpulan tersebut, langsung tidak matang dan bertanggungjawab malahan mencabul etika dan adab ketika mengunjungi mana-mana tempat.
“Bagi Pemuda Umno, kami konsisten dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dengan seruan agar pindaan dilakukan ke atas AUKU bagi memberikan peluang  dan pengiktirafan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik.

Bolehkah DrM berlakun sekali lagi demi Umno?

Mahukah lagi rakyat ditipu oleh tangisan “bapa perpecahan Melayu” ini ?!

Akhir-akhir ini sibuk sangat mantan Perdana Menteri ini bercakap soal perpecahan orang Melayu ! perpecahan orang Melayu!. Setiap kali diwawancara,  walaupun beliau nampak cool tetapi hakikatnya beliau panas, gelisah dan tak senang duduk!. Kenapa?,.. Kerana Pakatan Rakyat sudah terlalu dekat dengan Putrajaya. Beliau takut Dinasti Umno akan tumbang !,.. beliau takut kepentingan diri dan keluarga beliau akan ranap. Beliau cukup takut dan malu jika kebobrokan Umno selama 54 tahun ini terbongkar !!  Itu sebenarnya !. 

Sabah in divide and rule politics

The entry of the Sarawak Reform Party (STAR) into Sabah through the membership of maverick politician Jeffrey Kitingan and his allies has opened the door to yet another multi-racial coalition in Sabah.On the heals of the ruling Barisan Nasional (BN) and the opposition Pakatan Rakyat, STAR’s link up with Jeffrey’s United Borneo Front (UBF) along with the Sabah Progressive Party (SAPP), Usno and the Sabah People Front (SPF) may be seen as the new-coalition-kid-on-the-block battling for the hearts and minds of Sabahans.
It’s an indication of how politics in this state is shaping up after decades of apparent social unity that was shown through competition within single, multi-racial parties such as Usno, Berjaya and Parti Bersatu Sabah (PBS).Pic: Jeffrey with SAPP’sPresident, Datuk Yong Teck Lee.

Blogger-blogger kerajaan bertelingkah?

Para blogger ternama pro-kerajaan terus tidak sehaluan, berpecah belah dan tidak segan silu menyerang antara satu sama lain meskipun telah diberitahu pucuk pimpinan UMNO untuk melenyapkan persengketaan itu menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir.Pergaduhan di kalangan blogger pro-kerajaan semakin menjadi-jadi sepanjang tahun ini di mana secara terang-terangan mereka menulis di blog masing-masing mengenai pertikaian yang dipercayai berpunca dari persoalan ’siapa dapat apa?’.

Papa Gomo menggelar blogger  Bigdog dan Rocky Bru sebagai  ‘anjing’ dan ‘Rockyngah’, manakala blogger  Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal menghentam Papa Gomo sebagai lupa daratan serta blogger jalanan.

Skandal NFC: Dua Lot Tanah di Putrajaya Belum Tukar Nama


PUTRAJAYA 18 DIS: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 atau dikenali sebagai Gerakan MARAH menggesa pihak Polis segera membuat siasatan berhubung dua lot tanah yang di dakwa dibeli oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil masih di atas nama Putrajaya Holding.
Ketua Koodinator Jingga 13, Fariz Musa berkata berdasarkan pendedahan sebelum ini mendapati Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887.

Top 20 Non-Winnable Candidates in GE-13 : Guess who they are?

Top 20 Non-Winnable Candidates in GE-13 : Guess who they are?After the recent UMNO AGM and the nonsensical brouhaha stirred up by the leaders of the BN ruling coalition, I was so disgusted it put me off the computer for almost 10 days.
But thanks to a hefty dose of antihistamines and antibiotics, the allergy attack became better and I could finally sit down and write.
Top Twenty Non-Winnable Candidates in GE-13 in descending order
20 : P Ramasamy (DAP), the current Penang Deputy Chief Minister II, was not in my list when this idea came to me weeks ago. But the current situation is one that he created for himself. He has turned off voters in Penang. I'm sorry to see a big man drop to his knees just because of his huge ego. He wants to sit in a state seat as well as a Parliamentary seat, he feels it is his birth right. How obnoxious can one get? He will lose big.

Tony Pua bertanya, tembolok yang jawab


Tony pua bertanya...

Mengapa berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini?

Tembolok menjawab... "Aku mahu diisikan!! Aku mahu diisikan!! Kasi kembong maa..!!

Tembolok siapa??

Lu pikirlah sendiri..

Hangus lagi duit rakyat!!

SBPA: Jangan cetus ‘perang’ dengan kakitangan awam, Cuepacs beri amaran

KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan “perang” membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.
Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.

Anwar : Kehebatan Melayu Pada Agama Dan Akhlaknya


GURUN, 18 DIS: Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.
Anwar dalam ucapannya berkatanya, budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah.

NMLC keluar duit RM3.4 juta beli tanah tapi tidak menukar nama

KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.
Rujukan pautan itu di sini
Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.
Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Cuepacs mahu kerajaan batal ‘Exit Policy’ sektor awam

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs mahu kerajaan membatalkan dasar pemisah atau ‘Exit Policy’, salah satu komponen di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan ia akan merugikan kaitangan awam.
Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam, juga mengesyaki ia salah satu usaha kerajaan mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam dalam jangka panjang.

Hudud : Siapa Kita Untuk Pertikainya?


   Akram Ikrami Bin Taib Azamuddeen,
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia sesi 2011/2012

HUDUD: SIAPA KITA UNTUK PERTIKAINYA?
Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang melibatkan ‘perang saraf’ dalam dunia politik. Kita mengambil sikap terbuka sekiranya ia melibatkan pertikaian dari sudut politik semata.
Namun apa yang menyedihkan, motif filem itu dikotori cacian dan makian kepada individu-individu tertentu dan secara terang menghina hukum-hakam Allah. Apa yang menyedihkan lagi, filem itu di’bintangi’ orang melayu beragama islam sendiri!
Isu ini bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Jika ia hanya melibatkan pertembungan parti politik, itu ialah perkara yang normal. Namun, apabila ia melibatkan sensitiviti agama sehingga menghina hukum Allah secara terang, ia telah melanggar prinsip asas di dalam Islam.
Maka, GAMIS dengan tegas membantah perkara seperti ini daripada terus dipermainkan di media, lebih-lebih lagi melibatkan hukum dan hudud Allah.

Pinda AUKU : KPT Selesai Adakan Sidang Meja Bulat

Kuala Lumpur, 18 Dis : “Kerajaan bersifat terbuka dan menerima baik pandangan pelbagai pihak dalam isu pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).”, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
“Kerajaan mahu memastikan akta itu lebih komprehensif dan telus.”. kata beliau selepas mempengerusikan sesi pertama perbincangan meja bulat pindaan AUKU di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi semalam.

Bendera Najib : Ahli UMNO Mahu Ludah Muka Mahasiswa


Kuala Lumpur, 18 Dis : Tindakan seorang mahasiswa menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak ketika sedang menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi semalam terus mendapat kritikan ahli-ahli UMNO.
Terbaru, satu rakaman video yang disebarkan di laman youtube yang menggunakan nama akaun ‘Casillas 2129′ telah memaparkan satu ugutan dan amaran kepada mahasiswa tersebut [Lihat Video]
Menurut video terbabit, mereka yang difahamkan seramai 15 orang telah mengeluarkan amaran akan meludah dan menampar muka mahasiswa berkenaan.

Mahasiswa desak mansuh AUKU

"Kita tidak akan pernah berhenti menyuarakan kebenaran dan keadilan, menuntut hak yang selama ini dikekang,” kata Rohayu Rusli.
Kuala Lumpur: Mahasiswa hari ini telah melakar sejarah baru dalam kamus gerakan mahasiswa, apabila mereka bangkit mendesak kerajaan agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Mereka berarak dari Masjid Jamek ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di sini petang semalam, demikian menurut satu kenyataan media.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak dengan membawa sepanduk, “Mahasiswa Bukan Robot”, “Mansuhkan AUKU”, “Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik” serta menyatakan enam tuntutan Bebas.
Laungan keramat penuh bersemangat daripada hampir 1,000 mahasiswa, “Student Power!”, “Mahasiswa Sayang Malaysia!”, dan “Mansuhkan AUKU” diselangi dengan ucapan daripada wakil-wakil front mahasiswa telah bergema sepanjang jalan di ibu kota Kuala Lumpur.

Sandiwara Tun Mahathir terbongkar

Selama ini, Mahathir menyalahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
PETALING JAYA: Sandiwara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pinjaman dari Bank Dunia pada sekitar tahun 1999 sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Selama ini, Mahathir menyalahkan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.
Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek “Malaysia Education Sector Support Project”, “Malaysia Social Sector Support Project” dan
“Malaysia Year 2000 Technical Assistance Project” manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek “Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan”.

Last US troops leave Iraq

Inside Syria - Syria's direction

Memo Bantah AUKU Diserah Pada Timbalan Menteri, Suhakam

Hanya digunakan sebagai kuda untuk memalukan diri sendiri!

Lawatan Jingga 13 Ke Tanah Milik kak Jat Di Putrajaya

The news, BN-style

Gomen Man

DEC 18 –  I like Datuk Seri Najib Razak. He ignores reality and just keeps to his own message, regardless of the facts. At the Umno Assembly, he talked about how his beloved wife was constantly maligned and the target of unsubstantiated allegations.
Similarly, he talks about how cohesive Barisan Nasional is and the coalition is united behind one goal. What that goal is nobody knows because Umno is at best undecided about corruption while the other component parties represent the interests of the politicians who wear their colours.
Today, the Prime Minister launched some Internet TV and declared that it would be useful in the timely dissemination of news to fill in the vacuum currently occupied by inaccurate news and slander.

Lebih Senang dan Murah Untuk Berniaga Di Bawah Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 16 DIS : Kajian seorang Pakar politik-ekonomi Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih senang menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding di era Barisan Nasional. Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan dibawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar "komisyen" kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek.

Cuepacs mahu JPA tangguh SBPA, runding semula dengan kesatuan

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.
Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Hudud: MCA hina, DAP sekadar beza pandangan

MACHANG, 18 Dis: Kefahaman mengenai hudud di antara pemimpin MCA dan DAP jauh berbeza, di mana MCA sampai ke peringkat menghina, sebaliknya DAP hanya mempertikai aspek perlembagaan sahaja.
Buktinya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini mendakwa pelabur akan meninggalkan Malaysia dan negara bakal berhadapan dengan kemusnahan jika hukum hudud dilaksanakan.
Sebaliknya pemimpin DAP terutamanya pengerusinya Karpal Singh sebelum ini hanya sekadar menganggap hudud bercanggah dengan perlembagaan.

Kerajaan Tidak Transparent : K/Tangan Awam dan SPBA

Oleh: ahmadhadeed

"Ramai k/tangan awam sedang dan akan ditaklimatkan dengan sistem SPBA tetapi kerajaan tidak transparent dalam kes sebesar ini yang melibatkan sektor kritikal negara.

SPBA nampaknya repackaging system lama dengan meletak mekanisme baru untuk bertindak kepada pegawai kerajaan apabila krisis kewangan meruncing.

Umno joli duit KWSP


Oleh DATO’ HUSAM MUSA
 SAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysiahttp://www.malaysiandigest.com/images/kusha/husam%20musa.jpg seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011).
RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?

Najib to counter online ‘slander, false news’ with 1 Malaysia TV

Najib acknowledged today that Malaysians turn to “other sources” online due to the current information “vacuum” with regards to news and current issues related to the country. — file pic
KUALA LUMPUR, Dec 18 — Datuk Seri Najib Razak today unveiled his administration’s first internet protocol television site, saying that the move would enable the government to disseminate information to Malaysians in “real-time.” Speaking at a glitzy launch, the prime minister said “1 Malaysia TV” would allow “speedy” and “accurate” information to be disseminated to the public.

Malaysia Pinjam US$300J (1998), US$244J (1999) Dari Bank Dunia


SHAH ALAM, 18 DIS :Butiran yang tercatat dalam laman web Bank Dunia mencatatkan Malaysia telah memperoleh pinjaman sebanyak US$300 juta (anggaran RM1 bilion) pada 1998 dan US$244 juta (RM800 juta) pada 1999 kepada badan kewangan dunia tersebut.
Butiran tersebut bertepatan dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyangkal kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia menolak bantuan dari Bank Dunia ketika nagara berhadapan krisis ekonomi dunia pada 1998.
Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Dato' Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Bendera Najib: Bebas anggap bukan satu kesalahan, tapi sedia mohon maaf

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tiada masalah untuk memohon maaf berhubung insiden menurun dan menaikkan semula bendera Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, petang semalam.
Bagaimanapun ketua Bebas menegaskan, pihaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan besar sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk kononnya menghina Najib.
Ketika dihubungi Safwan Anang berkata, pemimpin Bebas akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam menentukan tindakan susulan.
Insiden itu terjadi sebelum Saifuddin tiba untuk menerima memorandum daripada mereka di pekarangan Menara Dato’ Onn.
“Sebenarnya, saya tidak melihat tindakan menurunkan bendera yang tertera wajah (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak ini sebagai satu kesalahan besar... ada seorang peserta menurunkan bendera dan apabila ditegur oleh pengawal keselamatan, ia dinaikkan dengan segera,” katanya sambil menambah, tidak berlaku apa-apa perbuatan menghina bendera Najib sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan



LOAN AMOUNT: IBRD-US$300 million
PROJECT DESCRIPTION: This project will support the Government’s program of pre-emptive measures to: (1) minimize the downturn in economic activity; (2) implement policy reforms to resume robust and sustainable growth; (3) expand safety nets to protect the hard core and the near poor from the adverse effects of the crisis; and (4) protect investments in the human resource base. For more information, call Kimberly Versak at (202) 458-1575, fax at 522-3405, or e-mail Kversak@worldbank.org.


For more information, please visit the Projects website.



Permanent URL for this page: http://go.worldbank.org/A5VGRR2OV0

Malaysia: Year 2000 Technical Assistance Project

The following project was approved today by the World Bank's Board:
LOAN AMOUNT: IBRD-US$100 million
PROJECT DESCRIPTION: This project will assist the government of Malaysia, in a rapidly narrowing window of opportunity, to: (1) contain and minimize the disruption in the country's social and economic infrastructure that would be caused by the failure of critical central, state, and local government systems to process dates after December 31, 1999; and (2) coordinate Y2K efforts in key sectors, monitor closely the evolving overall national situation, and prepare measures to deal with possible disruptions. For more information, call Lucy Oh at (202) 473-2561, fax at (202) 477-0169, or e-mail Loh@worldbank.org.


For more information, please visit the Projects website.



Permanent URL for this page: http://go.worldbank.org/JUSKPV2P30

Malaysia: Social Sector Support Project

The following project was approved today by the World Bank's Board:
LOAN AMOUNT: IBRD-US$60 million
PROJECT DESCRIPTION: This project will provide access to essential social services such as basic health and social assistance to the needy. Further, it will strengthen the monitoring of poverty over time as well as the effectiveness of poverty reduction programs, particularly those supported by the project. Finally, the project will mitigate the adverse impact of the financial crisis. The social development project is divided into several components:
  1. rural development;
  2. health clinics;
  3. social assistance for disadvantaged groups; and
  4. poverty monitoring and impact assessment
For more information, call Lucy Oh at (202) 473-2561, fax at (202) 477-0169, or e-mail Loh@worldbank.org.


For more information, please visit the Projects website.



Permanent URL for this page: http://go.worldbank.org/70UXPFSXQ1

Malaysia: Education Sector Support Project

The following project was approved today by the World Bank's Board:
LOAN AMOUNT: IBRD-US$244 million
PROJECT DESCRIPTION: This project will: (1) mitigate the negative impacts of the economic and financial crisis on the education sector; and (2) assist in the medium-term economic recovery through the cost-effective development of technical skills. The project will benefit over 40,000 children, largely from economically disadvantaged backgrounds, through the provision of school and hostel places and the pilot school-to-work program. Improved quality in basic education would result from the training and upgrading of about 5,210 teaching staff. These interventions will help the government to maintain universal primary education, increase enrollments in secondary education, and improve educational outcomes. The project will also create over 18,000 student places in polytechnics and provide over 1,000 teaching staff with improved skills and training. For more information, call Lucy Oh at (202) 473-2561, fax at (202) 477-0169, or e-mail Loh@worldbank.org.


For more information, please visit the Projects website.



Permanent URL for this page: http://go.worldbank.org/ZE0LVJ4CD2

‘Lihat siapa pemilik San Miguel’ sebelum cabar Anwar, Mahathir digesa

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98.
Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu.

Syrians call for more support for army defectors

PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M

PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.
Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".
Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.
"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.

Banyak cara UMNO/BN/SPR nak menang PRU secara tipu

Sejak dari zaman Perikatan lagi UMNO telah memenangi cara tipu, ugut, rasuah dan salahguna-kuasa.

Takkan tak sedar dizaman itu bila tiba-tiba di kampong-kampong yang kuat pembangkang, kad-kad pengenalan diambil untuk kononnya memperoseskan permohonan tanah atau untuk mendapatkan bantuan subsidi. Tanpa kad pengenalan sudah tentu tidak dapat mengundi.

Takkan tak sedar bahawa UMNO/BN kata undi itu tidak rahsia, dan sesiapa yang undi Pembangkang, anak-anak mereka takkan dapat biasiswa, mereka takkan dapat bantuan dan subsidi.

Takkan tak ingat bahawa UMNO/BN akan berikan kain batik, kain pelaikat, dan duit tunai untuk undi UMNO/BN, takkan tak ingat mereka kata bahawa kalau tak undi UMNO/BN, permohonan tanah tak akan diluluskan.

Macamana Nak Kekalkan Umno...????


FB gua dah kena kacau... ntah anak lembu haramjadah mana punya kerja pun gua tak tau.... expert gua tengah mengodek tuuuu...., dapat tau sapa punya kerja gua akan hantar santau bagi komputer lembu tu berasap beb... hahahaha...

Persamaan, perbezaan PRU-12 dan PRU-13

Sekiranya imej PM sebagai kepala kerajaan diambil kira, ternyata imej Abdullah sebagai 'Mr Clean' jauh meninggalkan imej Najib yang terpalit dengan persepsi pelbagai skandal.
Adakah senario tsunami politik yang tercetus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 lalu akan sekali lagi melanda politik tanah air dalam PRU-13 yang dijangka diadakan tahun depan?
Mungkinkah kali ini ‘swing’ pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN), menghayun pembangkang yang pertama kali berjaya menafikan kelebihan majoriti dua pertiga BN di parlimen serta menawan empat buah negeri lain selain mempertahankan Kelantan dalam PRU-12 lalu?
Secara kasarnya, kita boleh melihat beberapa persamaan dan perbezaan corak yang boleh dianggap penyebab terbentuknya gelombang tsunami politik 2008 lalu dengan situasi pra pilihan raya yang ada pada hari ini.

Feeding on people’s fear

The recent Umno general assembly proved one fact, which is that the party survives 'by fabricating lies and
Let me ask you this question. How does Umno sustain itself? You get the answer if you analyzed what just went on in the recent Umno general assembly.
Umno gets on by making Malays believe that they are being besieged, attacked, assaulted and victimized. That’s how Umno can survive. How does it do that?
By fabricating lies and manufacturing stories. The Chinese are going to eat you up. The Chinese are going to Christianize you. They are going to wipe out the sultans, ban use of Bahasa Malaysia, and abolish Jawi and so forth.
You feed on people’s irrational fear. You want to maintain stupid and mute people.

PM, DPM’s aides accused of taking kickbacks

The two aides and a deputy minister were named in an anonymous blog claiming to have evidence of their involvement in corruption.
KUALA LUMPUR: Allegations of corruption against top government officials, including two aides linked to Prime Minister Najib Tun Razak and his deputy Muhyiddin Yassin, have surfaced in an anonymous blog.
Written by one “TheWhistleblower711”, the blog claims to have evidence – in the form of documents and informants – to also implicate a deputy minister of improper conduct.
The blog has so far named three government officials whom the author claimed have been “bought” by one businessman for the purpose of obtaining contracts from the federal government and its agencies.
The author claimed that the businessman, whom he identified as a managing director of two companies and who is also an Umno leader in Johor, had been channellling several thousands of “monthly contributions” to the government officials.

Benarkah Anwar Boleh Dikorbankan?

DALAM apa yang penulis anggap sebagai cubaan untuk menyediakan dan mengekalkan semangat penyokong Pakatan Rakyat dalam berhadapan kemungkinan Datuk Seri Anwar dipenjarakan semula atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari, beberapa blog dan portal berita yang diketahui pro Pakatan Rakyat telah memberikan gambaran bahawa Anwar adalah seperti mana pemimpin biasa yang boleh dikorbankan tapi tidak kepada parti yang dipimpinnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Penulis ingin bertanya semula, benarkah begitu ceritanya?
Mungkin bagi parti-parti politik lain seumpamanya di Malaysia, ungkapan sedemikian adalah terpakai, tapi tidak sama halnya dengan PKR, malah penulis menganggap orang yang bersangkaan sedemikian tidak faham dengan landskap politik yang membentuk PKR dari awal penubuhannya sehingga hari ini.

Perjuangan bersenjata pilihan strategik - Hamas


ismael haniyehGAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyah menegaskan, Hamas tetap berpegang teguh kepada perjuangan bersenjata untuk membebaskan seluruh wilayah Palestin.

Ketika berucap dalam sambutan memperingati penubuhan Hamas di Gaza, Haneyah menegaskan bahawa Hamas telah bersedia dengan jalan peperangan.
“Hari ini kita katakan secara jelas dan terang bahawa peperangan dan perjuangan bersenjata merupakan pilihan strategik untuk membebaskan semua wilayah Palestin dari Laut Tengah hingga Sungai Jordan.”
Haneyah menambah, Hamas lahir dari rahim bangsa Palestin yang 24 tahun lalu merupakan rangkaian panjang dari proses pendidikan, pemantauan dan dakwah di Madrasah Ikhwanul Muslimin Palestin dalam menghadapi cabaran yang ada.

Pena, Interlok dan politik pilihan raya

Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Pena, menyambut ulang tahun ke-50 dengan diringi berita penarikan semula novel Interlok sebagai sebuah teks sastera di sekolah.

Tentangan sesetengah pihak daripada kaum India terhadap penggunaan novel itu dalam pengajaran sastera di sekolah akhirnya berjaya ekoran pengumuman kerajaan baru-baru ini.

Masa pengumuman ini dibuat dikaitkan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dan usaha Barisan Nasional memenangi undi kaum India, yang memberi undi dalam jumlah yang besar kepada pembangkang dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Fobia Tun Mahathir

"Assalamualaikum, Antara maklumat terbaru yang disampaikan oleh DSAI, Tun Mahathir adalah salah seorang yang mahukan beliau dipenjarakan semula sementara ketakutan terbaru yang diserlahkan oleh Tun Mahathir ialah laungan kesanggupan beliau untuk bersumpah di mana mana masjid dunia  untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon  bantuan bank dunia seperti didakwa oleh DSAI.

Nampaknya sumpah sudah menjadi mainan untuk melepaskan diri dari segala dakwaan dan tuduhan bagi penganut UMNO sedangkan ALLAH sudah memperingatkan agar jangan bermain main dengan sumpah.Sumpah juga menjadi hujah bagi penganut UMNO bahawa mereka adalah penganut Islam yang taat patuh sedangkan hudud mereka tolak serta hiburan yang melalaikan dan penuh unsur maksiat digalakkan di seluruh negara.Boleh percaya ke tidak orang orang macam ni? 

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

Kerja Bodoh - Minum Air Abu Al Quran


Bangang Bangang Bangang


Perkasa menghina kaum India

Perkasa menghina kaum IndiaPertubuhan Pembela Hak Orang Melayu (PERKASA) sekali lagi cuba ungkitkan isu berbau perkauman yang cukup sensitif. Ini adalah berhubung dengan keputusan Putrajaya menarik balik novel ‘Interlok’ sebagai teks sastera.
PERKASA cuba membela seorang penulis tetapi menghina keseluruhan kaum India di negara ini. Perkasa menghina kaum India sebagai gologan minoriti yang sudah besar kepala. Setiasausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali menunjukkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan kerana menggugurkan novel kontroversial Interlok yang menghina kaum India.
Beliau berkata, kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala. Beliau juga membuat kenyataan bahawa ‘Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina’.

Now, Zahid's 6 vessels cost RM9bil not RM6bil: Explain 50% jump, demands Tony

Now, Zahid's 6 vessels cost RM9bil not RM6bil: Explain 50% jump, demands TonyOn February 5th this year, Defence Minister Dato' Seri Zahid Hamidi announced that the Government has approved RM6 billion for the Royal Malaysian Navy to acquire 6 second generation patrol vessels to be built by Boustead Naval Shipyards.
In defending the RM6 billion deal in parliament, the Minister had claimed that these patrol vessels were no ordinary ships but were advanced warships known as "littoral combatant ships" (LCS).
Datuk Seri Zahid had in March claimed that the LCS is "bigger and faster" and "it is also equipped with three-dimensional warfare equipment like cannons, missiles and torpedoes” which are able to take on jets, ships and submarines respectively.
He argued that "with the rapid development of technology, the RMN would need an LCS with state-of-the-art equipment like the sonar system for submarine detection and anti-submarine torpedoes, which would help in the operation of the two RMN submarines to safeguard the sovereignty of national maritime areas."

Philippines storm triggers deadly floods

Persidangan Meja Bulat Pinda Auku

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh, kata Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.
“Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS,” kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.
Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun “diarah pimpinan parti.”
Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.
“Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa,” katanya lagi.
Nasharudin (gambar) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.

Sombong Bodoh : Nak Tampar Dan Ludah Muka Mahasiswa?

Aspirasi, Ahli UMNO Kecewa Adam Adli ‘Gulingkan’ Datuk Seri Najib


Kuala Lumpur, 18 Dis : Tindakan seorang aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika himpunan BEBAS di Putra World Trade Centre (PWTC) petang semalam (Sabtu) telah menjadi bualan rakyat 1Malaysia ketika ini.
Beliau yang juga aktivis kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI diberitakan telah dikenalpasti sebagai individu yang bertanggungjawab menggantikan bendera yang mengibarkan wajah Perdana Menteri dengan bendera ‘Academic Freedom’ petang semalam.
Perkara itu disahkan beberapa portal media lain yang diberitakan hampir sepuluh wakil pelbagai agensi media nasional turun meninjau aksi himpunan gerakan menuntut kebebasan akademik yang dianjurkan BEBAS di Kuala Lumpur semalam.