Rabu, 14 Disember 2011

TIME : The Protester

'Mohammed suffered a lot. he worked hard. But when he set fire to himself, it wasn't about his scales being confiscated. It was about his dignity.'
—Mannoubia Bouazizi, Tunisia
Once upon a time, when major news events were chronicled strictly by professionals and printed on paper or transmitted through the air by the few for the masses, protesters were prime makers of history. Back then, when citizen multitudes took to the streets without weapons to declare themselvesopposed, it was the very definition of news — vivid, important, often consequential. In the 1960s in America they marched for civil rights and against the Vietnam War; in the '70s, they rose up in Iran and Portugal; in the '80s, they spoke out against nuclear weapons in the U.S. and Europe, against Israeli occupation of the West Bank and Gaza, against communist tyranny in Tiananmen Square and Eastern Europe. Protest was the natural continuation of politics by other means.
And then came the End of History, summed up by Francis Fukuyama's influential 1989 essay declaring that mankind had arrived at the "end point of ... ideological evolution" in globally triumphant "Western liberalism." The two decades beginning in 1991 witnessed the greatest rise in living standards that the world has ever known. Credit was easy, complacency and apathy were rife, and street protests looked like pointless emotional sideshows — obsolete, quaint, the equivalent of cavalry to mid-20th-century war. The rare large demonstrations in the rich world seemed ineffectual and irrelevant. (See the Battle of Seattle, 1999.)

Afghan security forces take charge

High turnout for second round of polls

NFC : Tiga Menteri Pertanian Didakwa Sangkut

15 nabbed at 'silent' pro-academic freedom demo

Isu Kampung Terentang

Penubuhan Suruhanjaya Reformasi

Cadangan Laluan Berbasikal 3 Daerah

Ustaz Ismail Kamus - Psikologi vs Khurafat

Ustaz Ismail Kamus - Jangan Pukul Anak

Ustaz Ismail Kamus - Cara Yahudi Didik Anak

Ustaz Ismail Kamus - Ayat-ayat untuk Anak Degil

Petua dan penawar untuk anak degil

Perubatan Islam : Punca Angin Dalam Badan

Perubatan Islam untuk gatal kulit dan demam campak

Pengubatan Islam untuk Rabun Mata

Perubatan Islam : Khasiat Bawang Putih

Perubatan Islam untuk Penat dan Malas

Everbright International Sedia Selangor Tarik Pelabur China


SHAH ALAM, 14 DIS: Selangor terus menjadi destinasi pilihan pelabur luar dan kali ini China Everbright International (Everbright) bersedia menjadi pelabur terbaru mengenai pelan kerjasama dengan I-Berhad untuk pembangunan di I-City.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, memandangkan I-City sebagai pusat tarikan pelancongan, syarikat ini boleh membantu Tourism Selangor mengadakan jaringan hubungan dengan pelbagai pertubuhan pelancongan China.

Bukan Islam Yang Hormat dan Akui Hudud

"Menarik membaca laporan MalaysiakiniMasyarakat bukan Islam Kelantan tak gentar hudud‘. Mereka bukan Islam dan pandai menghormati hudud serta mengakui hukum Allah itu.

Mereka berpandangan pelaksanaan hukuman hudud tidak akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka. Mereka faham sistem perbankan Islam yang diamalkan di negara kita berfungsi dengan baik, tentunya juga hudud dapat menjalankan fungsinya.

Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan,” kata Puan Gan.

Penyambung lidah musuh


Gerak saraf adalah elemen yang sangat penting dalam menghadapi sesuatu peristiwa. Kebiasaannya elemen ini adalah sentuhan halus para pemikir kepada sesuatu  agenda.Jika pada kelompok baik eloklah kegunaannya tapi jika digunakan oleh mereka yang memusuhi gerakan Islam maka punahlah jadinya. Ianya seakan akar tuba yang meresapi aliran sungai , jika kena  arus dan cukup ‘racunnya’ maka cepatlah Si Haloba meraih untungnya.Adapun dalam politik unsur ini sukar dikesan dan disedari waima oleh mereka yang mengaku pejuang tulen sekalipun.Ada yang terlalu mudah terbawa-bawa dengan percakapan atau perbuatan.
Ada juga isu yang sengaja dibangkitkan oleh mana-mana individu yang zahirnya nampak baik namun sebenarnya racun kepada perjuangan. Di sinilah kebijaksanaan pertimbangan politik dan Fiqh Aulawwiyat menjadi penanda aras kepada  tindakan seseorang.

Apakah kartun ini menghina mahkamah?

Oleh Zunar
Kartun ini tersiar dalam sebuah laman web di Amsterdam.

Banyak pihak menyatakan kartun saya ini menghina mahkamah. Apakah benar?

Penjelasan saya: Dalam keadaan sesebuah mahkamah adil dan mendaulat hukum, kartun ini saya akui boleh dianggap menghina mahkamah. Tetapi dalam situasi dimana mahkamah membiarkan diri mereka menjadi perkakas penguasa seperti di Malaysia, mahkamah sebenarnya menghina diri mereka sendiri. Kartun ini hanya merakam dalam bentuk visual.

Blogger UMNO sertai PAS, lagi akan menyusul.

Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar. Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Integriti tiada dalam Islam?


Oleh Dinsman
Baru - baru ini saya hadir suatu majlis wacana eksklusif dengan kira-kira 25 orahttp://1.bp.blogspot.com/_wy1BrbSSyqI/SxgUx6NDJWI/AAAAAAAAAtQ/jrppzIIyTo4/s320/dinsman.jpgng budayawan, wartawan dan intelektual yang sebahagiannya saya kenal dan sebahagian lagi baru nak berkenalan, di sebuah hotel sederhana di Petaling Jaya. Ketua Pengarang Harakah yang menjemput. Tapi ia bukan anjuran Harakah. 

Ada sekumpulan kawankawan yang berminat dengan wacana sedemikian, lalu mereka menganjurkan majlis itu. Begitulah nampaknya. Dan tokoh yang berbicara ialah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Topik yang dibincang – “PRU13: Ke arah Malaysia negara berintegriti”.

Senjata Terakhir Bn, Anwar Dalam Penjara!


Oleh Musli Oli
Pada pilihan raya umum 1999, Dato Seri Anwar berada dalam penjara, tetapi hamphttp://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Anwar_Ibrahim-edited.jpg/220px-Anwar_Ibrahim-edited.jpgir separuh sokongan orang Melayu beralih kepada parti pembangkang kerana simpati dengan nasib yang menimpa Anwar.

Terengganu berjaya ditawan parti pembangkang PAS disamping mempertahan Kelantan.

Tun Dr Mahahtir BN masih mendapat sokongan sebahagian besar pengundi Cina dan India kerana berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis mata wang. BN masih mampu mendapat kemenangan dua pertiga

PERAK :Pakatan Rakyat miliki kelebihan


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

SEJAK Perak jatuh semula ke tangan Umno-BN melalui rampasan kuasa Febhttp://1.bp.blogspot.com/_PIMCbLpDBBY/Sw89RSUKmgI/AAAAAAAAAIE/HX977B8GHHI/s1600/zambry-nizar.jpgruari 2009, negeri tersebut tidak sunyi daripada isu-isu panas membabitkan pertikaian jawatan Menteri Besar.
Sebulan selepas rampasan kuasa oleh BN, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata rampasan kuasa itu tidak menurut undangundang.

Datuk Saifuddin Pantau Tangkapan 15 Mahasiswa

Kuala Lumpur, 14 Dis : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam twitternya menyatakan pihaknya akan memantau situasi terkini penahanan 15 mahasiswa dalam ‘flashmob’ gerakan menuntut kebebasan akademik di KL Sentral hari ini (klik).
Datuk Saifuddin yang dilihat lebih menjiwai mahasiswa berbanding Menterinya itu juga yakin 15 siswa yang ditahan akan dibebaskan sebelum 12 tengah malam ini.
Kira-kira jam 4 petang hari ini, sekumpulan mahasiswa yang ingin mengedarkan risalah kempen himpunan mahasiswa 17 Disember ini ditahan selepas sempat berkumpul 15 minit sahaja.

Mahasiswi, Wanita Muda Diseru Sesakkan Dataran Merdeka 17.12.11

Kuala Lumpur, 14 Dis : Setelah semalam Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan menyeru seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa untk turun berhimpun bersama-sama mahasiswa, hari ini seruan baru telah dilaungkan sebuah lagi entiti besar gerakan mahasiswa.
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia hari ini menyeru dan menggesa anak muda Malaysia khususnya mahasiswi dan wanita muda untuk berhimpun bersama mahasiswa 17 Disember nanti di Dataran Merdeka.

Pengawalseliaan ahli profesional IT: Adakah membantu atau menyukarkan?

Pihak Institusi Jurutera Malaysia (IEM) berpendapat bahawa pendaftaran ahli profesional IT adalah tidak produktif dan akan mengekang kreativiti dan inovasi yang merupakan ciri utama industri IT.  Sejak era IT bermula, jurutera dan ahli profesional saintifik telah terlibat secara langsung dalam industri IT melalui kursus latihan dan amalan kerja.  Jika peraturan sedemikian dilaksanakan pada awal pembangunan industri, sudah tentu industri hari ni tidak dapat menikmati berbagai penyelesaian berinovasi seperti yang ada sekarang.  Seperti maklum, bakat yang menjadi pemacu industri IT adalah individu yang berasal dari latarbelakang, pengalaman dan kelulusan yang berbeza (dan ada juga yang tidak mempunyai kelulusan formal!).

Demonstrasi aman menguji penguasa: Masihkah kau manusia?

Memetik istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, "demonstrate" dengan maksudnya "menunjukkan", tidak semestinya bermakna "protes", tetapi boleh bermakna meraihkan sesuatu.  Untuk pengkaji politik, Wong Chin Huat, demonstrasi adalah "iklan orang miskin", maka mengenakan denda kepada peserta perhimpunan menjurus kepada keadaan "terlalu miskin untuk turun ke jalan raya".

Menurut Wong Chin Huat, seseorang tidak semestinya perlu turun ke jalan raya untuk menyampaikan sesuatu.  Seandainya memiliki wang yang mencukupi, maka seseorang itu boleh membeli semua ruang iklan sepanjang jalan raya, atau billboard untuk menyampaikan mesejnya.

PRU-13: Pekida ikrar pangkah BN

Presiden Jamaluddin Yusof berkata Pekida bertanggungjawab untuk memenangkan Barisan Nasional supaya orang Melayu bernafas.
PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menyatakan ikrar mereka untuk setia ‘pangkah’  Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU-13) akan datang.
Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof berkata tidak cukup untuk pertubuhan itu memberi sokongan moral semata-mata memandangkan kemenangan BN pada PRU-13 kelak menjadi keutamaan bersama.
“Kita bagi sokongan dengan mengajak ahli-ahli Pekida untuk memenangkan BN agar kekal memerintah negara. Sokongan moral sahaja tidak cukup, maka kita mahu ahli-ahli pangkah BN pada pilihan raya nanti. Kerana pada anggapan Pekida BN menjalankan pemerintahan dengan berkesan.

Kerajaan PR Selesaikan Masalah Syarikat Berkaitan BN

SHAH ALAM, 14 DIS : Kerajaan Selangor komited mencari jalan penyelesaian yang adil bagi bekas pekerja Ladang Tumbuk yang sebelum ini dimiliki oleh cabang pelaburan MIC, Maika Holdings bhd.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan undang-undang dibawah Kanun Tanah Negara dalam mendepani masalah yang menghimpit bekas pekerja ladang itu.
"Bidang kuasa untuk mengawal pemindahan tanah negeri terletak dengan lembaga tanah ladang (ELB) selaras dengan S 214A kod tanah negara.

‘Rosmah, Dr M should stay out of politics’

The Kita president says the former premier should realise his time in politics is over.

SHAH ALAM: Prime Minister Najib Tun Razak’s wife, Rosmah Mansor and former prime minister Dr Mahathir Mohamad should not meddle in politics, said Kita chief Zaid Ibrahim.
“Mahathir, now that he has retired, should stay out of politics. Once your time is over, it is over,” Zaid said in response to a question at a forum entitled “13th General Election: Whose Vote Decides?” organised by Malay daily Sinar Harian yesterday.
A polling agent raised the question of Rosmah’s influence on her husband and if it may contribute to BN faring badly in the upcoming general election.

ABU: Movement of the Rakyat for the Rakyat

“We (ABU) are not linked to any political party. We are independent and this is a movement, not an organization. This is the rakyat’s movement,” he said. Meanwhile, Haris of MCLM who had just been deported from Sabah on Dec 7 said ABU was set to reach to the rakyat with information that will show how Umno have been “manipulating” the country for the past six decades.

by Django Setemolya, Malaysian Digest    
Something big may be brewing in this time of uncertainty surrounding our political landscape. And this time it has nothing to do with Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Perkasa or extremist, racist, religious groups or terrorist groups of sort. Instead, this one comes in the form of a sincere initiative by the people, for the people; and the main objective of this movement which fittingly call itself ABU or Asalkan Bukan Umno (Anyone But Umno) is to call out to the rakyat to come out from their silence to reject Umno.

Isu Kampung Terentang : TNB Didakwa Ketepi Tanggungjawab Sosial


RAWANG, 14 DIS - Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa mengenepikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat hanya untuk meneruskan pembinaan projek pengukuhan sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang (KST) di sini.Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dalam sidang media bagi membela nasib penduduk kampung yang risau dengan tindakan TNB mengabaikan penyelesaian yang dicadangkan kerajaan Selangor.
Malah, katanya, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Xiang Chai baru-baru ini yang mengatakan pihak mana yang datang dahulu adalah pemilik asal tanah di kampung berkenaan jelas menggambarkan Donald Lim tidak membuat kajian dan mengetahui masalah sebenarnya.
Kenyataan Lim itu juga, dakwanya tidak mengambil kira kepentingan penduduk dan bukan mahu menyelesaikan masalah di kampung itu.

Mengapa USA Masih Belum Menang Di Afghanistan


Di Iraq Presiden Barrack Hussein Obama sudahpun menyatakan tentera Amerika akan keluar sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini. Ini setelah 8 tahun mereka menakluk Iraq dengan alasan kononnnya Iraq mempunyai senjata merbahaya dan bekerjasama dengan Osama.

Sejarah penaklukan Iraq sudah hampir berakhir tetapi di Afghanistan 10 tahun sejak perang dimulakan, masih tidak kelihatan penghujungnya. Askar berikat yang diketuai USA masih ramai yang terbunuh. Keamanan tidak tercapai. Paling best the hearts and minds of the Afghans tidak dapat dirasuah. Mereka lupa orang Afghan sudah berperang berterusan melebihi 100 tahun. You just cant fuck with them cause they dont know the meaning of the word quit and surrender

Kehidupan askar bersekutu juga semakin sukar kerana konvoi yang membawa bekalan mereka kerap diserang hendak. Pelbagai peralahan dan keperluan penting musnah terutamnya bekalan bahan api.

Bagi aku yang paling rugi tetap rakyat Afghanista dan Pakistan. Yang mati bila konvoi diserang masih mereka dari bangsa sendiri yang terpkasa bekerja dengan NATO sebagai pemandu. Brothers killing brothers....... sad.......

Tiga Menteri Pertanian Didakwa Sangkut Projek NFC


SHAH ALAM, 14 DIS : Projek bermasalah National Feedlot Corporation terus dihantui kontroversi.
Terbaru, Gerakan Jingga 13 telah mengesa Suruhan Jaya Pencegah Rasuah agar menyiasat bagaimana wang rakyat disalurkan kepada projek tersebut sebelum perjanjian dibuat antara syarikat itu dan kerajaan pusat.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sejumlah wang didebitkan ke satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009 iaitu sebelum perjanjian antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan NFC ditandatangani pada 2010.

40 minit bersama MB Kelantan

Mencuri peluang untuk berjabat tangan atau bertemu muka dengan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah sesuatu yang mudah.  Kepada mereka yang tinggal di Kota Bharu dan sering ke masjid, peluang itu mungkin besar sedikit; namun buat orang seperti saya yang tinggal di Kuala Lumpur dan hanya ‘kadang-kadang’ melawat masjid...barangkali sudah hampir mustahil.

Bukannya tidak pernah mencuba.  Setiap kali datang ke Kelantan, saya akan ikhtiarkan usaha untuk ke Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu dengan harapan dapat terserempak dengan Tok Guru selepas solat.  Namun nasib belum menyebelahi saya.

Dengan takdir Allah SWT, saat yang ditunggu hadir jua dengan cara yang sungguh tidak disangka-sangka.  Bukan sekadar terserempak, bahkan saya dan rakan-rakan perniagaan mendapat jemputan rasmi untuk ‘bertemu dan berbincang’ dipejabatnya di Kota Darulnaim.  Entah apa tarikannya yang menyebabkan Tuan Guru sudi menerima kunjungan kami, masih menjadi misteri buat saya.

Hak Istimewa - UMNO berjaya lahir 'rasa takut' Melayu.

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Naib Presiden PKR, YB. Nurul Izzah Anwar memperakui usaha UMNO dalam menonjolkan persepsi seolah-olah memperjuangkan Melayu memberi kesan terhadap pengundi-pengundi Melayu di Negara ini.
Beliau yang juga merupakan anak sulung kepada Ketua Pembangkang mendakwa, walaupun isu-isu yang diketengahkan oleh Pemimpin UMNO tidak releven sama sekali, akan tetapi serangan mempersoalkan status hak keistimewaan Melayu menimbulkan rasa gusar pengundi-pengundi bangsa tersebut terhadap Pakatan.

"UMNO kembali kepada polisi lama agenda Melayu yang membolehkannya mengekalkan pangkalan sokongan tradisional pada masa-masa lalu. Tetapi tindakan Pakatan belum cukup untuk menghapuskan kebimbangan orang Melayu, meskipun dakwaan itu tidak benar sama sekali. Mesej-mesej kami perlu disampaikan dengan berhati-hati untuk mengatasi kebimbangan di kalangan Melayu, yang berpunca daripada politik menakut-nakutkan dan perkauman yang digunakan oleh UMNO dan BN sekarang terhadap kami,” kata Nurul Izzah ketika dihubungi wartawan Malaysian Insider.

Protes AUKU: 15 siswa ditahan di KL Sentral

Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan.

Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

Mereka menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.

Walaupun dikelilingi kira-kira 25 polis yang mahu mereka bersurai, kumpulan itu bagaimanapun tidak menghiraukannya.

Adun PAS nafi terlibat projek Lynas

TEMERLOH, 14 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad hari ini tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini.

Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas.

Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar harian berkenaan.

Aspek tarbiah dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam – Bahagian I

Prof Dr Nazari Ismail
Pengenalan
Krisis hutang sedang melanda banyak negara termasuk Jepun, Eropah dan Amerika. Banyak lagi negara yang bakal menghadapi keadaan yang sama, termasuk negara kita. Malangnya ramai dalam kalangan ahli masyarakat kita masih tidak sedar akan bahaya krisis hutang ini. Hal ini disebabkan sistem pendidikan kita tidak mampu memberikan mereka kefahaman tentang hakikat bahawa sistem ekonomi dan kewangan yang diamalkan adalah sebenarnya sama dengan sistem yang diamalkan di barat dan oleh itu bertentangan dengan Islam. Di samping itu, sistem pendidikan yang ada tidak mampu memberi kefahaman kepada masyarakat tentang ciri-ciri sistem ekonomi dan kewangan Islam serta bagaimana ia berbeza daripada sistem barat.

Cuepacs buat pendirian terima atau tolak SBPA esok

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat pendirian sama ada menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ataupun sebaliknya, esok.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai 16 Disember ini. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan Rabu lalu.

Anwar janji minyak turun

 Haji Abdul Subky Latif
14 DIS — Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Bolehkah dia melaksanakannya dan bolehkah ia dilaksanakan?
Kata seorang pakar ekonomi bernama, Profesor Amir Baharuddin, ia boleh diturunkan walau ada kesan lain dan ada banyak masalah yang terpaksa dilalui.
Segala kesan dan masalah yang dibayangkan oleh Amir seperti gangguan atas dana pendidikan, kesihatan dan pembangunan, tetapi ia tidak sesusah beban yang dihadapi rakyat seluruhnya gara-gara kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tinggi.
Apa yang Amir kata itu, itulah yang cuba dijaga oleh kerajaan yang ada, nikmat itulah yang cuba dipertahankan oleh kerajaan dan itulah tawaran dan janji yang hendak diteruskan.
Tetapi kerajaan tidak dapat buat apa-apa tentang kenaikan harga barang bukan saja dari tahun ke tarun, tetapi dari minggu ke minggu dan dari hari ke hari.

Rosmah gives notice with outsize birthday cake: She is back with a vengeance!

Rosmah gives notice with outsize birthday cake: She is back with a vengeance!Rosmah Mansor is back. After performing the hajj pilgrimage and keeping a very low profile prior to the recent UMNO general assembly, First Lady of Malaysia Rosmah Mansor or FLOM is ready to party again. And why shouldn't she?
If the political pundits are right in predicting the ouster of her husband, Prime Minister Najib Razak, she can expect to be dropped like a hot potato from society's A-list. In fact, the first couple can be expected to be avoided like the plague Najib he also loses the UMNO presidency at party polls in the latter part of 2012.
Not surprising then that Rosmah struck while the iron was hot.
Gargantuan cake!

Video klip hina hudud: Pemuda PAS lapor polis


(Pemuda Kelantan menunjukkan laporan polis yang dibuat)

KOTA BHARU 14 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, hari ini membuat laporan polis berhubung klip video bertajuk ‘lagi hudud PAS’ yang disiarkan di halaman Youtube.

Laporan itu dibuat memandangkan  klip video berkenaan melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Syekyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.

Laporan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamed Nuri Mat Yaacob di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, di sini tengahari tadi.

Utusan diarah bayar RM200,000 kepada Guan Eng

PULAU PINANG, 14 Dis: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta mendapati
dia tidak anti Melayu atau anti Islam tetapi itu adalah niat buruk Utusan.
Sebelum ini, Guan Eng berkata, "Jika menang, apa-apa wang yang diterima akan kami dermakan kepaada program membasmi kemiskinan.”
Lim Guan Eng pada 6 Januri lalu mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Bil Perhimpunan: "Kumpulan kecil paling terjejas'

NONEKumpulan berkepentingan kecil akan paling terjejas dengan sekatan-sekatan baru yang diperkenalkan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 sebaik sahaja ia diluluskan.

Naib Presiden PKR Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, berkata undang-undang itu, bagaimanapun tidak akan secara drastik menjejaskan pertubuhan politik yang besar, yang akan terus mampu menarik jumlah rakyat yang ramai, sekalipun perhimpunan diadakan di stadium.

Namun kata beliau kumpulan yang berkemungkinan terjejas adalah rakyat jelata dari kumpulan berkepentingan, komuniti kecil, kesatuan buruh dan golongan muda.

Akta Kerja: Gabungan MTUC tuntut suruhanjaya diraja, piket nasional


Ahli-ahli MTUC sewaktu perhimpunan peringkat Selangor-Wilayah Persekutuan, 2 Disember 2011.
KUALA LUMPUR, 14 Dis — Desakan daripada gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berterusan, dengan yang terbaru menggesa kerajaan mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat motif Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011, yang mendapat bantahan keras badan induk pekerja itu. MTUC bahagian Selangor-Wilayah Persekutuan menegaskan, selain diadakan satu suruhanjaya diraja, kepimpinan kongres itu juga perlu mengadakan piket nasional kedua bagi terus mengenakan tekanan ke atas kerajaan berhubung Rang Undang-undang Kerja.
“Kesatuan-kesatuan sekerja yang menggesa agar diadakan suruhanjaya diraja juga mahu piket peringkat kebangsaan diadakan untuk memperlihatkan kekecewaan pekerja terhadap sikap antipekerja dan antikesatuan diperlihatkan oleh kerajaan Malaysia,” kata Pengerusi MTUC Selangor-Wilayah Persekutuan N Gopal Kishnam dalam satu kenyataan hari ini.

Pengaruh Politik : Guardian UK ramal Anwar akan didapati bersalah

NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.

Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Tribal rivalries threaten Libya's fragile peace

Opposition in Poland to EU's new fiscal treaty

Syria's opposition opens new office in Turkey

Protesters say Syrian government has increased attacks

Senator Mohd Yusof Husin Bahas Rang RUU Kg Baru 2011

PRU13 Undi Siapa Jadi Penentu

ISA Belum Dimansuhkan - Hishamuddin Hussein

Confusion at Mosti's Computing Bill open day

Perhimpunan Senjata Orang Miskin, Yang Ditipu dan Yang Ditindas

MCA seeks withdrawal of Computing Bill

ANAK MUDA AKAN TENDANG UMNO/APCO-BN

ALHAMDULILLAH!!!

Orang mudalah yang akan turut bersama dengan rakyat Malaysia yang lain untuk menumbangkan Kerajaan UMNO/APCO-BN yang korup, salah guna kuasa, tiris, seleweng, dan menganiaya Melayu. Rakyat Malaysia akan lebih bahagia dan menikmati keadilan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Hal ini telah dibuktikan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Perak (walaupun hanya 11 bulan).

LELONG PRU 13 : SIAPA LAGI YG AKAN KELUAR PKR? SIAPA LAGI YG AKAN DIPECAT PKR?

NONE Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Lim Boo Chang meletakkan semua jawatan dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.

Lagi umno salah guna kuasa, menggunakan premis kerajaan

Ekau tahu ko apo maksud kerajaan? Ingat bilo sebut kerajaan korang ingat umno ker? so hospital ba;ai raya mahkamah kira umno yang punya lah?

Jangan lupa para blogger dan facebookers reramai kito poie sano memeriahkan majlis ilmu (ad dunia akbar) insyallah tiada gangguan sepertimana yang terjadi pada kuliyah Ustaz azhar Idrus tempoh hari di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Bersihkah Umno bila Shahrizat letak jawatan ?


Nama Dato’ Seri Shahrizat Jalil sekarang ini begitu panas ekoran isu NFC yang melibatkan suami dan batang hidungnya sendiri.

Semuanya gara-gara menyalahguna kuasa dan penyelewengan wang rakyat bernilai RM250 juta. Oleh kerana Shahrizat ialah menteri Umno,  juga ketua wanita Umno maka kemana saja beliau mengesut punggong tercucuk duri. Beliau serba salah dan Umno semakin susah. 

 
Umno sudahlah tinggal nyawa-nyawa ikan sekarang, kini ditimpa pula isu besar ! Samalah macam orang jatuh tertiarap, sakit dapat,..muka tersembam  atas najis. Nasib Umno ibarat  sudah jatuh ditimpa tangga, atau macam telur dihujung tanduk!  Semuanya ini bukan “malang” buat Umno tetapi ia satu kecelakaan. Kecelakaan ini pula bukan datang sendiri tetapi sengaja dicari!.

Perpaduan tugas semua orang Islam!


"Assalamualaikum, Perpaduan yang dihangatkan hari ini berkisar kepada perpaduan melayu yang kononnya melibatkan PAS dan UMNO sahaja. Agak malang polimik perpaduan PAS  UMNO sudah menyimpang dari matlamat asal perpaduan seperti mana yang dianjur agama.

Perpaduan dituntut agama tetapi bukan bermakna penggabungan PAS dan UMNO tetapi perpaduan dari kesatuan akidah dan pengamalan syariat yang menyeluruh. Itu makna perpaduan yang dianjur agama.

Ada Aku Kesah : Beg mewah terbaru Rosmah berharga RM636,100?

KUALA LUMPUR 14 Dis: Blog pro Pakatan Rakyat menyiarkan gambar terbaru Datin Seri Rosmah Mansor yang bergaya bersama beg tangan mewah jenama Birkin, didakwa milik terbaru beliau.
Beg tangan berwarna merah yang mencecah harga sehingga ratusan ribu ringgit itu dikesan menerusi satu gambar yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star.
Milosuam.blogspot turut mendedahkan baru-baru ini Dallas-based Heritage Auctions, pelelong koleksi barangan terbesar di dunia, mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100).

Dzulkifli diarah cuti lapan bulan, penyeneraian Felda diragui


KUALA LUMPUR, 14 Dec — PKR hari ini mendakwa Datuk Dzulkifli Abd Wahab digantung tugas sebagai pengarah besar Felda bagi membolehkan kerajaan meneruskan urusan penyenaraian tahun depan, yang turut mendapat bantahan sebahagian besar peneroka baru-baru ini. Pada sidang media di sini hari ini, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, arahan daripada perdana menteri agar Dzulkifli mengambil cuti selama lapan bulan bertujuan memastikan beliau tidak menjadi penghalang kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, yang baru-baru ini turut menggantikan Dzulkifli sebagai Pengerusi Koperasi Permodalanan Felda (KPF).
Bekas timbalan presiden PKR ini berkata, Dzulkifli digantikan sebagai Pengerusi KPF ketika beliau berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

Skandal PKFZ: Mahathir, Najib terlibat- peguam Liong Sik

KUALA LUMPUR 14 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Perkara itu dinyatakan peguam yang meakili bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini.
Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan.

Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar?

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip video yang  menghina hukum hudud adalah dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog Datuk Seri Noh Omar.

Penerbit video ini juga adalah orang yang sama yang menguruskan laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang di samping blog Pena Noh Omar itu.

"Besar kemungkinan dia adalah orang kuat Noh Omar," kata seorang blogger yang juga menerbitkan video klip bagi mendedahkan siapa sebenarnya di belakang video klip yang menghina hukum hudud ini.

Video klip pendedahan itu diterbitkan oleh Malaysianews di laman Youtube.

Suara Umno : Saya calon boleh menang, kata Shahidan Kassim

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang "winnable candidate" iaitu calon boleh menang untuk Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang.

shahidan group at putrajaya 140308 shahidan kassimBekas Menteri Besar Perlis itu yang juga ADUN Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.

"Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis. Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?" katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding semula pada pilihan raya umum datang, Shahidan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau, itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Penal khas SPRM bincang kes Taib Mahmud

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya.

PM dituntut jelaskan 'rampasan kuasa' Felda

Senator PKR, Syed Husin Ali menuntut perdana menteri menjelaskan "rampasan kuasa" yang berlaku dalam Felda sehingga menyebabkan pengarah besar lembaga tanah itu, Datuk Zulkifli Wahab "digantung" dari tugas.

Beliau mendakwa, rampasan kuasa itu dijalankan melalui tindakan yang melanggar akta koperasi dalam satu mesyuarat lembaga Felda.

"Sepatutnya Zulkifli mesti pengerusikan mesyuarat, dan waktu itu dia tak ada, diadakan juga mesyuarat tanpa dia.

"Kemudian dia diganti," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Mesyuarat pada 25 Ogos itu, yang melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Felda Berhad, dijalankan ketika Zulkifli sedang melakukan ibadah umrah.

"Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh ketua eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," dakwa Syed Husin lagi yang membacakan satu kenyataan.

Krisis Bas Di Selangor : SPAD-KTB Perlu Cari Penyelesaian.....sabotaj rakyat dan kerajaan negeri..!!!!

SHAH ALAM,13 Disember : Kerajaan Negeri Selangor mengesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berbincang dengan Konsortium Transnasional Bhd(KTB) bagi menyelesaikan krisis pengangkutan awam apabila perkhidmatan bas City Liner digantung atas alasan kerugian operasi.
Krisis ini menyebabkan kira-kira 80,000 pengguna pengangkutan awam terkandas di seluruh Selangor.

PKR suggests Felda listing going ahead behind DG’s back

KUALA LUMPUR, Dec 14 — PKR said Datuk Dzulkifli Abd Wahab “suspension” as Felda director general helps clear the way for a controversial public listing — which its settlers fear will shortchange them.
Senator Syed Husin Ali told a press conference here today the prime minister’s office ordered Dzulkifli to an eight months study leave, so that chairman Tan Sri Isa Samad (picture) who recently replaced Dzulkifli as Felda Investment Co-operative (KPF) chief can get on with the capitalisation exercise.
Under the proposal to list Felda Global Ventures (FGV), settlers will swap their 51 per cent stake in Felda Holdings — which made RM760 million last year — for a 61 per cent share in FGV, whose international subsidiaries have reportedly lost RM500 million up to 2010.

Suara Umno : Pemimpin kontroversi Umno diminta berundur

NONEAkhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

“Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya,” tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum ‘Cuit’.

PAS harap semakan kehakiman dibenarkan esok

KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS menaruh harapan yang tinggi agar Mahkamah Tinggi di sini memberikan kebenaran kepada pihaknya untuk melakukan semakan kehakiman terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dalam keputusannya esok.

Pihak mahkamah diharap dapat mengambil dan mempertimbangkan dengan sewajarnya segala hujah-hujah yang dikemukakan oleh parti itu berhubung permohonan yang difailkan pada 2 Disember lalu, bagi membolehkan keputusan yang adil dibuat berhubung perkara itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut amat perlu memandangkan ia ternyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b).

PRU13 : Naib presiden PAS lawan Ibrahim Ali di Pasir Mas?

PAS dilaporkan akan mengketengahkan naib presidennya Salahuddin Ayub di kerusi parlimen Pasir Mas dalam usaha  menumbangkan presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew Daily yang memetik sumber, jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan telah melengkapkan senarai awal calon-calon parti itu yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.