Isnin, 12 Disember 2011

Mahathir Sebenarnya Ejen Negara Asing!


Ancaman asing dan penjajahan bentuk baru kini menjadi tema kempen Umno/BN bagi menghadapi kemaraan barisan alternatif.

 Papan-papan iklan bertemakan CAMPUR TANGAN LUAR MENGANCAM KESTABILAN NEGARA terpampang di jalan-jalan utama - satu lagi bukti penyalahgunaan wang kerajaan untuk kempen politik BN.

Di mana-mana ada kesempatan untuk berucap, Dr Mahathir terus menaburkan fitnah dan pembohongan.

Dengan muka selamba dan gaya bersahaja, diktator tua itu mendakwa arus penentangan rakyat
terhadap BN kini didalangi kuasa-kuasa luar .

Ada Aku Kesah : Esok Rakyat Selangor Akan Susah ... Tapi Mereka Tak Susah..!!!



Esok Najib tak akan susah dalam kehidupan harian dia, sebab dia hidup
dengan kemewahan dan penuh dengan kemudahan untuk diri dia dan keluarga dia serta lain-lain pemimpin Umno BN yang lain yang kaya raya.

Rakyat bawahan inilah juga yang akan menderita di dalam kehidupan harian mereka akibat kenaikan harga barang dan juga kenaikan harga minyak yang membebankan, bukan sahaja rakyat terbanyak, tetapi juga pengusaha bas dan perniagaan lain di Negara ini.
Mulai esok, seramai 100,000 rakyat di Selangor akan terjejas kehidupan mereka apabila syarikat bas, Cityliner, menghentikan perkhidmatan esok.

Dia menyelak, dia diselak dan dia mengelak


Oh tidak.... tidak... tidak...

Tu la.... garang sangat, sampai selak lengan baju nak ganyang orang. Sekarang apa macam?? Sorang demi sorang pulak kengkawannya yang menyelak kainnya. Hahahaha... Suara semakin lantang minta supaya Shahrizat berundur.

But, bolehkah dia sekadar mengelak dan berkata... tidak. Tidak... Desakan semakin banyak,. Sampai bila you nak mengelak??

Don't disappoint them. LEAVE!! GO!!

Shahrizat elak lagi desakan tuntut beliau berundur

Kisah beg tangan Birkin termahal di dunia dan gambar Rosmah dalam The Star

Baru-baru ini di Dallas, telah dijual beg tangan Birkin yang paling mahal, iaitu semahal US$203,150 (€151,776). Ada orang kira lebih kurang RM650,000 woi!

Beg tangan itu warna merah. Dibuat dari kulit buaya. Dihiaskan dengan berlian dan emas 18 karat. Beg tangan Birkin merah itu adalah beg tangan yang paling mahal di dunia kini. Berita-berita yang di copy and paste oleh Malaysia Today tidak pula menyiarkan siapa pembeli beg tangan itu. Kalau anda selesa membaca dalam bahasa Mat Salon, baca "The hags and their bags".

Anda juga bolehlah membelek-belek gambar-gambar di bawah. Sebarang komen yang bersifat tuduhan tidak akan disiarkan. Tetapi, komen-komen yang bersifat pertanyaan akan disiarkan.


Penarik Beca.

Persediaan Menghadapi Kematian - Bhg 1 - Ustaz Shofwan Badrie

Clashes on day of Syrian local election

Tanpa Akhbar Utusan,Radio,Tv Dah Lama UMNO Tumbang - Prof Dr Madya Samsul Adabi Mamat

Pc Datoserisetiadiraja MB Kedah

Anwar Ibrahim: Walaupun dihina & ditindas, lawan tetap lawan! (Beruas Pt 1)

Istana orang kanan satim diman di celah rumah kampung

EU: 'Gaddafi is a spectre and remains a worrying presence'

Negara Berkebajikan: PAS tawar 10 agenda

Agenda pertama dasar Negara Berkebajikan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih ― yang mahu memperkukuh sistem federalisme, mengkaji semula peruntukan dalam Perlembagaan.

Cara-cara Salam UMNO

Bersalam untuk langsai hutang, minta jangan bocor rahsia, minta jawatan dan minta projek. INi adalah cara bersalam untuk UMNo Jangan Tiru - AMaran Kerajaan Malaysia.

Kemenangan besar Ikhwan menggerunkan Amerika-Israel....termasuk UMNO@BN...!!!!


Oleh Mohd Rashidi Hassan  
"Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Kesehttp://ddhongkong.org/wp-content/uploads/2011/11/im.jpglamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.

Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama.

Why 'Anything But Umno/BN' (ABU)

Twitter is a platform open to anything and everything (for now). You can be funny, angry, hates, loves, polite, vicious, evil intention, preaching, prolific own business, spread lies, personal thoughts, political sparring, disruption from cybertroopers and that summarised it all as the good, the bad and the ugly of twitting.

Aduhai Rais Bin Yatim...minta nyawa..!!!


Oleh Mohd Sayuti Omar
Rais Yatim ketika berucap dalam satu majlis ramah mesra dengan Orang Asli di suahttp://1.bp.blogspot.com/-m98TVOcA2dw/Ti1BMpnfxfI/AAAAAAAADUw/hfVC2Fr4FpQ/s1600/rais%2Byatim.jpgtu tempat meminta orang Melayu meniru sikap Orang Asli dalam memberi sokongan kepada BN. Saya tidak tahu macam mana persepsi orang ramai terhadap gesaan atau cadangan Rais itu. Tetapi bagi saya ia agak memeranjatkan.

Mungkin bagi orang Umno bersetuju sangat dengan cadangan itu kerana orang Umno yang tahu status dan juga maruah diri mereka.

Cerita selak kain...


Oleh Lanh
BARU-BARU ini ada beberapa kisah selak kain yang saya dengar. Pertama kes Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang menjawab 'isu lembu' ketika Perhimpunan Agung Umno. Saya melihat memek muka beriya-iya Shahrizat melalui siaran langsung TV3. Saya lihat Shahrizat selinsing lengan; dan ugut untuk selak kain, tapi taklah dia selak kain. Namun perlakuannya itu mendapat sokongan gemuruh perwakilan Wanita, kebanyakannya bertudung merah. 


Dia ugut untuk selak kain pada lain kali. Namun sepanjang Perhimpunan Agung Umno yang mendapat liputan besar-besaran semua siaran TV tanah air (sehingga seorang anak kecil saya pun naik 'boring'), dia tidak pula ditunjukkan selak kain. Jadi tiadalah peluang orang ramai tengok Shahrizat selak kain, mungkin pada pilihan raya umum nanti kot, jika dia tidak...

ABU: Rapat Rakyat pada 15hb Disember, 2011


UMNO fitnah DAP mahu republik, kesannya pada istana

KUALA LUMPUR, 12 DIS – UMNO perlu bertanggungjawab apabila memfitnah DAP kononnya mahu menjadikan Malaysia sebuah republik kerana ia memberi kesan kepada pihak istana.
Wartawan veteran Subky Abdul Latif berkata, fitnah itu oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya satu usaha terdesak untuk menakutkan orang Melayu daripada membuat perubahan besar.
“Apabila Muhyiddin timbulkan isu yang sepatutnya bukan isu langsung, ianya akan memberi kesan bahaya kepada pihak istana, dan bukannya DAP.
“Sebab DAP diserang cuma kerana pemimpin UMNO nak pastikan majoriti kaum Melayu mengundi Barisan Nasional, walau pun fitnah mereka boleh menjejaskan Malaysia,” katanya kepada Roketkini.
DAP telah mengulangi pendirian Perlembagaan Persekutuan yang mendaulatkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, walau pun sering menjadi mangsa fitnah para pemimpin UMNO dan pecacai mereka.

The Battle for Umno: Infighting at the very top - Part One

The Battle for Umno: Infighting at the very top - Part OneThere has never been any real agreement between the UMNO president Najib Razak and his deputy Muhyiddin Yasin. There was competition between them even before Najib was proclaimed the UMNO president after Abdullah Badawi was forced by rebelling warlords to retire early.
Muhyiddin’s name is now becoming famous in the Malay community. It has cropped up many times as a possible contender for the top post although both his image and Najib's are always presented side by side in the government-controlled media to create the perception that they are on the most friendly terms. But make no mistake, the competition between the two men has always been there.
How loyal is the 'most loyal' deputy?
In 2008, unfortunately for Muhyiddin, former premier Mahathir Mohamad had decided that Najib should be the one to take over from Badawi as many had predicted he would. Muhyiddin was devastated at having been beaten by Najib at the eleventh hour. But as they say, what to do? Mahathir is still a force in UMNO to be reckoned with and it would be even worse to cross him and his ‘geng’ or gang of right-wing political thugs.
It is also interesting to note that by then Muhyiddin was as powerless as any ordinary UMNO member because he did not have the backing from the grass roots and the other UMNO leaders, not even from his home state of Johore. He was on his own and had to find supporters, if not followers.

PTPTN : 155,343 Peminjam Masih Berhutang Sehingga Oktober

Kuala Lumpur, 12 Dis : Sehingga 31 Oktober lalu, masih ada 155,343 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM929.53 juta.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 sudah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.

Makna Pindaan AUKU Kepada Mahasiswa UIAM

Pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tentang perancangan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti & Kolej Universiti telah menimbulkan reaksi yang pelbagai. Ada yang mengalukan, ada yang skeptikal, dan ada juga yang menganggapnya sebagai sekadar cakap kedai kopi.
Masalah Akta Universiti & Kolej Universiti
Seksyen 15 AUKU (Pindaan 2009) menyebut,

Mahasiswa Bakal Lakar Sejarah Baru 17 Disember 2011

Kuala Lumpur, 12 Dis : “Gerakan mahasiswa bakal lakar sejarah baru lima hari dari sekarang.”, demikian semangat yang dilontarkan Timbalan Presiden GAMIS 2011/2012, Muhammad Safwan Anang@Talib yang juga Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS).
Menurutnya, tarikh 17 Disember nanti jelas bakal menunjukkan satu gelombang baru suara perjuangan mahasiswa menjelang tibanya tahun lebih mencabar 2012 kelak.

Sultan Kedah mahu negara kekal aman

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14, berharap Malaysia akan terus aman damai dan semua kaum hidup dengan persefahaman dan bertoleransi.Baginda melahirkan rasa gembira kerana secara keseluruhannya perpaduan rakyat adalah baik tetapi boleh ditingkatkan jika semua pihak meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum atau politik.Sultan Abdul Halim, yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975, mengimbau kembali peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan berharap ianya tidak harus dibiarkan berlaku lagi.
“Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu-isu agama dan perkauman.

Tuanku Mizan akhiri tempoh YDP Agong

Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi. Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya Datin Seri Che Sharifah Ismail.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin serta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

MB: Saya tak dapat sebarang habuan dari projek Lynas..ha..ha..ha..satu sen pun takde..ki.ki..!!!

bukit komon gold mine 020306 adnan pcMenteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau dan anggota exco kerajaan negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

"Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas," kata Adnan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini.

Sebaliknya, "rakan-rakan" kepada wakil rakyat pembangkang  yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang.

Draf pindaan AUKU siap bulan depan

NONEDraf pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan disiapkan sebelum akhir Januari tahun, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.
Katanya, ia juga dijangka dibentangkan dalam mesyuarat parlimen pada Mac tahun sama.
Dalam kenyataan hari ini, Khaled (kanan)turut mengumumkan keahlian jawatankuasa pindaan AUKU yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
Menurut senarai yang diedarkan kepada media itu, keanggotaannya melibatkan pakar perlembagaan, pensyarah universiti, pendaftar dan wakil persatuan kakitangan akademik universiti.
Turut dilantik mengganggotai jawantakuasa sepuluh anggota itu Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara Datuk Prof Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Noor Aziah Mohd Awal dan pengarah bahagian hal ehwal pelajar jabatan pengajian tinggi Prof Azali Mohamed.

Occupy Movement to Target West Coast Ports

Rang Undang-undang Pengkomputeran Profesional 2011

Gaddafi's secret weapons port uncovered

Anwar Ibrahim: Prime Minister Trying To Influence Judicial Decision

PAS: Muhyiddin, semua terlibat kes NFC perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR, 12 Dis – PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana ‘lebih bersalah’ dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.
“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.
“... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata beliau.

Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana “cap jari” perdana menteri ada di banyak peringkat kes.
Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.
Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.
Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.
“Adalah jelas cap jari  Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka,” kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.

Briefing Pre Q

Penang Hill-Parking Inquiry Report For Public Viewing

Anwar: Ikut fakta, kes dah selesai

Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud

Hadi unveils new policy document, hudud absent

'Saviour' Hasan to pursue PAS-Umno unity

Hasan Ali: I'm still willing to cooperate with Pakatan

Apa Anwar buat ketika dalam kabinet?

Bukankah ketika itu kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung- jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?

Setelah 12 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dari kerajaan dan Umno, pada 2009 lalu beliau bergiat semula dalam sepak terajang politik negara ini.
Jikalau dahulu, semasa di dalam kerajaan beliau menjalankan dasar-dasar kerajaan, berbeza dengan sekarang, beliau ialah ketua pakatan pembangkang yang disegani.
Kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan hari ini, khususnya terhadap rasuah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kadang kala menimbulkan persoalan, apa yang beliau lakukan semasa beliau berada di dalam kabinet?
Apabila berbicara mengenai hal ini, perkara yang sering tidak lepas dari persoalan ialah adakah Anwar memang benar-benar menentang rasuah yang semakin membarah dalam kerajaan, akta-akta yang menindas kebebasan bersuara – ISA, AUKU dan lain-lain akta yang seumpamanya.

‘Umno’s a giant ponzi scheme’

Malays in the rural areas are not exactly insular in their outlook and they too can read between the lines.
Allow me to share this posting which I received from a reader.
“Dengar cerita CEO National Feedlot Centre (suami Shahrizat Abdul Jalil – Minister of Women, Family and Community Development) dapat gaji RM100k sebulan, anak sulung (aged 31) dapat gaji RM45k sebulan, anak kedua (aged 27) dapat RM35k sebulan, anak ketiga (aged 25) dapat 35k sebulan. Jika ini betul, ia sesungguhnya memalukan. Ambil duit rakyat buat bayar gaji besar. Anak saya pun graduate juga. UPSR, PMR, SPM dapat semua A. Umur 24 tahun. Kerja swasta. Dia pun work hard. Balik kerja paling awal jam 9 malam. Kadang-kadang sampai 1 pagi. Gaji dia RM2,700/sebulan. Adakah anak saya akan sokong BN/Umno kalau begini keadaannya? Saya dah tahu jawapannya. Umno tak boleh kelentong orang cerdik. Umno is not capable of changing, not with the current leaders. When more than 50% of our working population is earning less than RM2k/month, tak tahu malu ke mereka-mereka ini. Merompak siang dan malam, 7 hari seminggu. Perompak Ali Baba P Ramli pun ada cuti hujung minggu.”
Even if we refuse to admit it, the above is an outpouring of bitterness.

Rasuah, Ketirisan, Salah Urus Punca Negara Ketinggalan


KUALA LUMPUR 12 DIS: Amalan rasuah yang keterlaluan, ketirisan dalam pemberian kontrak serta salah pengurusan pihak kerajaan menjadi punca utama negara ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang setarafnya.
Senator, Dr Syed Husin Ali dalam ucapan ketika membahaskan bajet 2012 di Dewan Negara berkata pada sekitar tahun 1960 an, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai taraf pendapatan perkapita yang setaraf dengan negara ini tetapi kini negara-negara tersebut jauh lebih maju jika berbanding dengan Malaysia.

Kronologi Fitnah Liwat II : ‘Cap jari PM ada di mana-mana dalam kes ini’ – Peguam

5.07 petang: Peguam Karpal Singh mohon mahkamah disambung pada jam 1.30 petang esok kerana Ahli Parlimen perlu menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di Pertuan Agung yang baru. Hakim Zabidin bersetuju dan mahkamah akan bersidang semula jam 1.30 petang esok.
3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.
3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana ‘cap jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.’
“Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung,” kata Sankara yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk hadir di mahkamah.

BR1M: Jangan untung sehari, rugi 5 tahun

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Rakyat dinasihatkan agar sedar bahawa Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah sogokan dan umpan Umno BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, bantuan sebanyak RM500 secara one off itu hanya bersifat sementara, sebaliknya rakyat akan terus menanggung beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup selagi menyokong Umno BN.
"Jangan rakyat untung sehari, tapi rugi lima tahun kerana berada di bawah pemerintahan Umno BN.
"Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogok yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan Umno BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Usaha singkir bos Felda, Ngo demo esok

NONETerdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.
"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.
"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.
Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdaily melaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.

DAP: Bil Pengkomputeran sekat kebebasan bersuara

dap scholarship fund pc 130607 tony puaDAP hari ini memberi amaran bahawa rang undang-undang Pengkomputeran Profesional 2011 (CPB) yang dicadangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat.

CPB adalah usaha kementerian untuk mengawal selia semua ‘perkhidmatan pengkomputeran’ yang dibekalkan oleh entiti atau individu yang berkaitan dengan klasifikasi ‘infrastruktur maklumat kritikal kebangsaan’ atau CNNI, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Dalam kenyataan medianya, hari ini, Pua berkata rang undang-undang itu mentakrifkan 'perkhidmatan pengkomputeran' sebagai mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk 'pelan, arkitek, reka bentuk, membuat, membangun, melaksana, menggunakan dan mengurus teknologi sistem maklumat'.

Mahathir ramal pilihan raya umum awal 2012..Tok Bomoh UMNO...ha..ha..ha..

PUTRAJAYA, 12 Dis – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin berkata Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin diadakan awal tahun depan.
Bagaimanapun, beliau berkata persoalannya ialah sama ada BN akan memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya.
“Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang. Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Prof Nik Ahmad dilantik ketuai Jawatankuasa Pindaan AUKU 1971

Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengkaji kewajaran penglibatan mahasiswa dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.
PETALING JAYA: Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod hari ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Menteri Pengajian Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengkaji kewajaran penglibatan mahasiswa dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.
Selain itu,  sama ada kampus dijadikan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian akan turut dipertimbangkan.
Menurut Khaled, draf pindaan AUKU itu nanti akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari tahun depan dan dijangka dibentangkan di mesyuarat Parlimen pada Mac tahun depan.

Pencacai Ketar Lutut, Tersasul Panggil Mat Sabu "YB" Dan "Datuk"


UMNO GAGAL Halang, MAT SABU Tawan Penduduk MUAR

Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.

Canadian citizen but voter in S’wak

Chief Minister Taib Mahmud's daughter Jamilah holds a dual citizenship.
KUCHING: Even as the opposition here has called for the 20,180 postal voters in Sarawak to be barred from voting here, a new revelation has surfaced – that of dual citizenship holders who are registered as voters.
The latest disclosure is that Chief Minister Taib Mahmud’s daughter Jamilah is a Canadian citizen but is registered as a voter in Sarawak.
Jamilah is also mired in controversy over her involvement in some 80 companies in Sarawak.
In Malaysia, it is an offence to hold two passports and be citizens in both countries. Jamilah holds both Malaysian and Canadian citizenship.
Jamilah, 51, has been living in Canada for the past 30 years. She is married to a Canadian businessman Sean Murray and is widely known to be her father’s nominee.

Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.
“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin.

PENGHUJAHAN FITNAH LIWAT II - 12 DIS 2011


Pukul 5:09 petang
Perbicaraam ditangguhkan pada 13 Disember 2011 jam 1.30 tengah hari.

Pukul 5:08 petang
Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.
Ulasan peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan pelanggar beberapa langkah dan proseudr dalam hal pengumpulan, penyimpnan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek. Tempoh yang lama untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian patologi.

SAR: Muhyiddin 'tampar' Mahathir

TAHUN akhirnya memimpin UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menyekat semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), kerana pada persepsinya SAR rata-rata menentang kerajaan Barisan Nasional dan ia menyediakan orang-orang yang akan menjadi PAS.
Demi melumpuhkan PAS, kalau boleh dihapuskan PAS, maka Sekolah Agama Rakyat itu perlu dihapuskan dulu.
Sikap  anti SARnya itu dinyatakannya dalam satu perhimpunan UMNO di PWTC.
Sesudah bersara dari Perdana Menteri beliau keluar UMNO kerana kecewa dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi.
Selepas Pak Lah berundur Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha membawanya semula masuk UMNO. Tidak diketahui dia sudah UMNO  semula atau belum.
Tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Menteri Pelajaran itu seperti telah menampar muka mantan Perdana Menteri. Apabila secara rasmi mengadakan peruntukan membantu semua Sekolah Agama Rakyat.

Shahrizat, makin ramai nak selakkan kain...

Selepas Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan sebahagian RM250 juta dana NFC yang diterima oleh keluarga Shahrizat, seorang menteri pintu belakang, pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan dan mendesak agar Shahrizat bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Pihak yang paling awal mendesak beliau meletakkan jawatan ialah daripada kalangan Ahli Parlimen penyokong kerajaan sendiri. Ini diikuti oleh desakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
Namun Shahrizat terus membisu dan tidak memberikan apa-apa respons terhadap dakwaan Ketua Audit Negara, mahu pun desakan agar melepaskan jawatah menteri yang beliau sandang melalui pintu belakang.

Gambar Menarik Mukabumi Dari Pandangan Udara


Bumi yang diubah permukaannya oleh manusia dan kuasa alam. Sungguh cantik dan menarik.

Pengucapan bebal disana sini

Sakmongkol 47

12 DIS — Dalam dua minggu ini, saya ingat saya sudah mendengar semua kenyataan tolol dan bebal dalam negara kita. Rupa2 nya saya salah. Tiba2 senator Ezam Mohd Nor mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatasi kebebalan kenyataan2 yang sudah2.
Mula saya ingat Muhyiddin Yassin sudah tebiat bila menakutkan orang Melayu mengenai ancaman keatas Melayu oleh bangsa lain. Setelah itu, ketua penerangan Umno mengukuhkan lagi rasa cemas pemimpin parti yang kian tenat bila menyatakan pandangan bebal yang sama. Jika DAP dan orang Cina memerintah negara habis lah orang Melayu, habis lah Islam dan habislah Raja2 Melayu.
Sana sini orang bercakap. Adakah pemimpin Umno sudah jadi bingung? DAP yang bukan Kristian mahu mengkristiankan orang Melayu? Yang sepatutnya di soalkan orang Melayu ialah mengapa terjadi nya murtad di kalangan orang Melayu? Adakah kebajikan mereka tidak di jaga oleh pihak yang berwajib? Mengapa aqidah mereka teruk sedangkan masyarakat Melayu di lemaskan dengan 1,001 program keIslaman?

Minggu Bongkar Karenah Birokrasi Universiti

 
Kuala Lumpur, 12 Dis : Minggu yang cukup menyeksakan mahasiswa!
Mungkin itulah kesimpulan yang dapat diungkap berdasarkan setiap kejadian yang berjaya dipaparkan dalam media dan blogger sepanjang satu minggu yang lalu.
Bermula dengan pembatalan diskusi mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), diikuti rentetan kejadian yang hampir serupa turut terjadi di Universiti Malaya dan UiTM Shah Alam di samping sikap kurang matang pentadbiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ternyata berjaya membuka mata hati ramai pihak termasuk peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Dan dipercayai masih terdapat karenah seperti ini yang tidak berjaya dipaparkan dalam media sepanjang satu minggu lalu.

Prof Emeritus : Pendidikan Negara Perlu Direvolusi Segera

Bangi, 12 Dis : Keseluruhan sistem pendidikan dalam negara yang terlalu beorientasikan peperiksaan perlu mengalami suatu revolusi demi memupuk perkembangan bakat dalam usaha membangunkan modal insan secara berkesan.
Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong berkata orientasi pelajaran yang wujud dalam negara sekarang menjadi penghalang perkembangan bakat selain menyebabkan keciciran pelajar.

GPMS Cadang Pelajar Melayu Diberi Pendidikan Percuma

Kuala Lumpur, 12 Dis : Pelajar Melayu yang berkelayakan harus diberikan peluang pendidikan percuma bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD).
Ia merupakan satu daripada lima usul yang dikemukakan sempena Persidangan Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kali Ke-57 selama tiga hari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berakhir semalam.

Sajak buat YB di Mahkamah Jalan Duta

Tunaikan Janjimu Pada Orangutan

polis memulakan provokasi di mahkamah jalan duta

Anwar: Ucapan Najib boleh pengaruhi keputusan mahkamah

Utusan nak selamatkan siapa?

Oleh Adil Mat Selamat

12 DISEMBER – Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang tidak mahu kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud serta menolak konsep negara Islam, sering mencari salah PAS yang kononnya dituduh tidak Islamik.
Yang sering menjadi mangsa Utusan dan suara pengarang besarnya “Awang Selamat’, adalah Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang lebih 20 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri.
Dari tuduhan rasuah kepada cacian hingga kepada PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sepanjang pentadbirannya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, fitnah telah menjadi amalan lazim pimpinan UMNO dan konco-konco mereka seperti pecacai siber upahan dan Utusan.

NFC: Suami Shahrizat kena agresif lagi.........

Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail digesa lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.
“Saya gesa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh (gambar)tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

The Powers of YDP Agong

The powers of the King under the Constitution are as follows and they are by no means exhaustive:
> The Head of Religion for the entire country (Article 3).
> The Supreme Head of the nation, subjected to constitutional limitations (Article 32).
> The King shall enjoy total immunity from Law except specifically charged by a Special Court (consisting of the Chief Justice, High Court judges plus two more judges from the Federal Court or High Court appointed by the Conference of Rulers) in his personal capacity with prior approval from the Attorney-General (Article 32 and Article 182 and 183).

Pulau Pinang: Harapan Malaysia

DI MANA MALAYSIA HARI INI?

Rakan-rakan seperjuangan sekalian,

6. Di mana Malaysia hari ini?  Pada masa ekonomi sedunia menghadapi ancaman krisis kewangan, ke mana hala tuju Malaysia?  Pada masa negara-negara Asia pesat membangun menjadi pusat pembuatan dan perkhidmatan yang baru, di manakah kedudukan Malaysia?  Dalam jangkamasa 30 tahun yang lepas, kita melihat kemajuan negara-negara lain berubah menjadi ekonomi perindustrian yang moden. Bersama-sama perubahan ini juga kita melihat syarikat-syarikat swasta bertumbuh pada kadar hebat sehingga operasi mereka jauh merentas sempadan-sempadan fizikal sesebuah negara.  Kapitalisme global telah menjadikan segolongan kapitalis yang kecil berjuta-juta kali lebih kaya daripada golongan rakyat pekerja biasa.  Malah, kapitalis besar sudah jauh meninggalkan keupayaan negara-negara individu mengawal keadaan ekonominya dengan hanya bergantung pada undang-undang masing-masing.

Jambatan atas daratan berharga RM210 juta!

1. Waktu membentang Belanjawan atau Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri menyatatakan,"Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya.  Dalam tempoh yang singkat, kita telah merobah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi."

2. Saya tidak menafikan bahawa Malaysia telah mencapai kejayaan dalam banyak bidang sejak Malaya mencapai Merdeka pada 1957.  Akan tetapi jikalau dibandingkan dengan beberapa buah negara sebaya, kejayaan itu tidaklah begitu membanggakan.  Dari segi ekonomi, sekitar tahun 1960, pendapatan perkapita Singapura, Korea Selatan dan Taiwan boleh dikatakan hampir sama dengan kita.  Akan tetapi sekarang ini pendapatan perkapita Singapura kira-kira tiga kali ganda Malaysia, manakala pendapatan perkapita Taiwan dan Korea Selatan pula lebih dari dua kali ganda Malaysia.  Kenapakah kita ketinggalan?

RUU Perhimpunan Aman: PM tindak lebihi kuasa, dakwa pemimpin PAS

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen.
Saman pemula itu difailkan oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dan dua yang lain iaitu Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md. Ramli dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 2 Disember lalu.
Mereka selaku pemohon menamakan Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Projek BN : Papan tanda hospital sudah naik lalang

PENSIANGAN, 12 Dis: Janji manis sebuah kerajaan Barisan Nasional Sabah di daerah ini sudah tidak memberi apa-apa erti lagi.
Pembangunan sebuah hospital yang dijanjikan sejak beberapa tahun lalu kini umpama ‘hospital lalang’ yang tidak ubah mencekik duit dan nyawa rakyat.
Yang Dipertua PAS Pensiangan, Hisammuddin Sulaiman berkata, janji yang diberikan Barisan Nasional kepada penduduk kawasan Pensiangan dan Keningau ibarat ‘janji pilihanraya’ yang mencekik darah dan nyawa rakyat.
“Janji hospital 5 tahun dulu, hari ini janji lagi… nak buat klinik. Tanah yang rata dah tumbuh lalang. Bukan pendek-pendek… tapi datanglah tengok sendiri.
“Papan tanda pun dah nampak nak terbalik, macam beri signal BN akan terbalik macam itu,” katanya dalam nada yang marah.

NFC : Shahrizat elak lagi desakan tuntut beliau berundur

azlanSenator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi mengelak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berhubung penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimiliki syarikat suaminya.

Sejak kontroversi itu timbul, Shahrizat dibidas pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan tetapi membelanjakannya dengan membeli kondominium mewah, kereta mewah dan membiayai perjalanan luar negara.