Ahad, 11 Disember 2011

Datuk Shahrizat Jalil ugut mahu selak kain!

IGP: 'Christmas Carol' perlu dapatkan permit polis

Polis menyarankan penganjur perarakan "Christmas Carol" memohon permit di ibu pejabat polis daerah (IPD) di kawasan masing-masing sempena perayaan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata permohonan permit untuk mengadakan upacara keagamaan sememangnya tidak diwajibkan sebelum ini, namun atas dasar keselamatan orang awam, penganjur digalakkan memohon permit itu.

"Kami sangat fleksibel tetapi adalah bagus jika mereka memaklumkan kepada kami. Dengan pemberitahuan, kami dapat mengawal perarakan tersebut untuk menjamin keselamatan orang awam dan mengawal lalu lintas," katanya selepas menutup Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama

Jom berhimpun dan berdoa...

Lembu Shahrizat _ NFC ( National Funny Cows) Scandal.

"JASA BESAR" UMNO-BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA....TERIMA KASIH UMNO...KAMI TAK AKAN LUPA!!!


1. PKFZ RM12bill

2. Submarine RM500mil

3. Sime Darby RM964mil

4. Paya Indah Westland RM88mil



5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost

6. Eurocopter deal RM1bil waste?

7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil



Kerajaan Potong Gaji Dan Tak Bayar KWSP Guru Sementara

"Kementerian Pelajaran telah memotong gaji guru sementara dari RM2,500 kini menjadi RM2,300. Mulai tahun hadapan pula potongan KWSP tidak akan dibuat lagi dari pihak majikan (kerajaan). Bukam itu sahaja, guru sementara tersebut dikehendakki memulangkan kembali KWSP dan lebihan gaji yang dipotong untuk bukan Oktober dan November. Malahan mereka tidak dibayar gaji semasa cuti sekolah untuk bulan Disember.

Umno Menilai Islam Dengan Melihat Jumlah Berapa Banyak Masjid ?

Oleh:   WFAUZDIN NS
 
johari baharum MAKA, Umno pun terkejut apabila dikatakan Kerajaan PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sahaja di Bumi Serambi Mekah tersebut sepanjang lebih 20 tahun PAS berkuasa.  Mengapa Umno terkejut?  Ini adalah kerana di dalam kepala otak pemimpin Umno adalah Islam itu masjid, banyak masjid maka hebatlah Islam itu.


Memetik kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom di dalam Malaysiakini, beliau tidak terkejut dengan pengakuan pemimpin Pas Kelantan bahawa kerajaan negeri itu hanya membina sebuah masjid sejak 20 tahun memerintah Kelantan.
Beliau berkata elaun pegawai masjid pula yang diberi kerajaan PAS di beberapa negeri yang ditadbirnya bukan sahaja tidak cukup untuk membeli minyak motosikal malah ia menggambarkan peranan golongan mengembangkan syiar Islam itu amat rendah.

Taib Mahmud - Najib Bermasalah?


Oleh Mohd Sayuti Omar
MUNGKIN saya terlepas pandang tetapi sejauh ingatan saya serta pembacaan saya, selepas berlangsung pilihan raya umum Sarawak pertengahan tahun lalu, tidak ternampak oleh saya di mana-mana media massa baik eletronik ataupun cetak akan gambar Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dengan Ha Najib Razak.

Saya rasa semasa kempen di Sarawak itulah, terakhir kali mereka duduk dekat di atas satu pentas dan gambar mereka dirakam. Semasa perhimpunan agung Umno dua minggu lepas juga tidak ada dalam surat khabar memaparkan gambar mereka berdua dalam keadaan menyenangkan. Mungkin tidak ada celah untuk Taib menempel dirinya dengan Najib.

Maklumlah perhimpunan itu sibuk dan orang ramai. Taib pula dalam usia tua begitu tidak larak untuk mengejar Najib semata-mata untuk diambil gambar dengan anak Tun Razak yang menjadi kawannya itu.

Teng Chang Khim: Kerajaan Pakatan Rakyat Bersih & Cekap, Kerajaan BN Kor...

Dr Wan Azizah: Kita Kerja Keras, Sebab Inilah Masa Depan Kita Bersama

Syrian army clashes with defectors in Busra al-Harir

Today in History for December 11th

Negara Berkebajikan: PAS tawar hapus cukai dan tol

Ketua Puteri Umno sertai PAS, ikrar jatuhkan Umno PRU-13

Dr Wan Azizah: Perjuangan Yang Kita Nak Bawa Bukan Kerana Sesiapa, Tapi ...

Sultan Selangor: ‘Saya titah semua YB terima pindaan enakmen’

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menjelaskan baginda telah meminta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri bersetuju dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang diluluskan Julai lalu, bagi memastikan pentadbiran agama Islam dapat diurus dengan baik.
Sehubungan itu titah Sultan Selangor, selaku ketua agama Islam di negeri itu, baginda bertanggungjawab memastikan pentadbiran agama Islam dalam berjalan dengan lancar dan berkesan.
“Oleh yang demikian, saya menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut supaya semua cadangan pindaan dapat dilaksanakan segera,” kata baginda dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.
Titah Sultan Selangor, bukan baginda tidak beri rang undang-undang berkenaan dibahaskan, tetapi isu pindaan berkenaan telah lama diluluskan iaitu pada Jun lalu.
“Kenapa baru sekarang diungkit balik? Saya ingat ada orang yang tidak suka dengan pindaan Seksyen 80(1) tentang peguam syarie mesti orang Islam, tidak boleh orang bukan Muslim.

Human Rights Day - 2011 in perspective

Human Rights Day - 2011 in perspectiveThis year has been a memorable year for Malaysians in our struggle for democracy and recognition of human rights in our country.
The 9 July rally for clean, free and fair elections was an event all generations of Malaysians will cherish in history. It was the day ordinary Malaysians showed courage and grit in opposing violence and repression by sections of riot police armed with tear-gas and water cannon.
Besides the brave leaders of the Bersih 2.0 movement led by former Bar Council president Ambiga Sreenevasan and leaders of Pakatan Rakyat and civil society groups who came out in support of the movement, ordinary Malaysians including elderly, disabled persons and youth braved tear-gas and water cannon to demand that elections be clean, free and fair.

Isu Felda: Paksi sokong Anak, anjur himpunan seniman lindungi peneroka

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Paksi Seniman Rakyat (Paksi) hari ini melahirkan sokongan ke atas perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) yang menuntut keadilan demi peneroka Felda ekoran pelbagai isu kontroversi akhir-akhir ini.
Ahli Jawatankuasa Paksi, Mohd Kasim Muhamad menegaskan, menyedari perkara itu merupakan helah politik kerajaan untuk menindas masyarakat Felda, Paksi akan berkolaborasi dengan Anak dalam Himpunan Seniman di Felda Sungai Tengi, Sabak Bernam, 23 Disember ini.
“Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat Felda supaya menentang hasrat kerajaan yang semakin berleluasa menindas rakyat.
“Paksi akan mengadakan persembahan deklamasi puisi dan sajak, memprotes tindakan kerajaan dan semua karya tersebut akan didokumentasikan untuk tatapan masyarakat,” katanya pada sidang media  di sini.

Isu Lembu Pun Melayu Diam, Isu Hukum Islam Dihina Pun Masih Diam?

Oleh WFAUZDIN NS

KALAU dalam isu Feedlot (NFC) yang mengisahkan kisah perniagaan lembu yang rugi kemudiannya dapat pinjaman pula seterusnya dibeli kondomunium, kereta mewah dan tanah, jika masih ada lagi orang-orang Melayu yang `spesis lembu' menyokong Umno, maka lebih baik jangan mengaku Melayu.

Aku orang Melayu, terasa malu dengan Melayu yang begitu mudah `dilembu'kan terutama Melayu-Melayu yang berkumpul di `PLACE WHERE TALKING COW' (PWTC) baru-baru ini.

HADI AWANG: DIPERKUDAKAN & DIPER'LEMBU'KAN

MB Ikrar Teruskan Pentadbiran Cemerlang

Gugur Hasan Ali: PAS nafi laporan Utusan

Isu Hassan Ali PAS Belum Putuskan Calon

Ikrar Khalid Teruskan Pentadbiran Selangor Cemerlang


KLANG, 11 DIS: Kerajaan Negeri Selangor diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikrar meneruskan pentadbiran negeri ini dengan mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih daripada amalan kronisme dan rasuah.

Beliau berkata, kesan daripada reformasi politik dan ekonomi yang diamalkan sejak mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008, ianya memberi keuntungan yang berlipat ganda malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk dinikmati olek rakyat negeri Selangor.

Dinar Emas, Yuran Universiti Percuma Antara Janji Negara Kebajikan Pas


SHAH ALAM, 11 DIS : Penggunaan dinar emas dengan meluas, yuran universiti percuma bagi pelajar miskin dan geran tanah pegangan bebas (freehold) bagi semua kediaman adalah antara dasar yang bakal diperkenalkan Pas jika rakyat memberinya mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Janji-janji tersebut terkandung di dalam dokumen Negara Berkebajikan Pas yang menampilkan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial yang parti itu akan laksanakan pada penggal pertama pemerintahannya jika Pakatan Rakyat mengambil alih negara.
Dokumen itu dilancarkan hari ini oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata ia merupakan manifesto Pas pada pilihanraya akan datang.
Antara dasar lain yang ditawarkan adalah skim pembiayaan kesihatan nasional bagi mereka yang tiada perlindungan insurans. Pas juga akan menetapkan supaya 15 peratus tenaga kerja disemua peringkat haruslah diisi oleh warga yang berumur 35 tahun ke bawah.
"Agenda di dalam dokumen Negara Berkebajikan ini akan dimasuk sekali ke dalam agenda Buku Jingga yang menjadi agenda berasama dalam Pakatan Rakyat,"katanya.

Tanah Rezab Melayu Lesap Angkara Lanun-Lanun UMNO

Para pemimpin UMNO adalah broker, jurujual dan perampas TANAH RAKYAT. UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk embangunan.Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

ULANGTAHUN KEDUA ANGRY BIRDS: PEMINAT DISERU CONTOHI SEMANGAT PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN

KENYATAAN AKHBAR
INSTITUT POLISI STUDI, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
10 DISEMBER 2011

http://pictures.inspirationfeed.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2011/04/10-Angry-Birds-Rio1.jpg

1. Bersempena ulang tahun kedua Angry Birds pada 11 Disember, Pemuda PAS menyeru peminat permainan Angry Birds di Malaysia mencontohi semangat juang yang ditunjukkan oleh ‘burung-burung yang marah’ terhadap ‘si pencuri’ dan mengajak setiap warganegara yang prihatin menghapuskan budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin.

Pengantin lewat, jurunikah tinggal majlis

Sepasang pengantin baru berhampiran Tawau di Sabah semalam menempuh kenangan pahit pada hari pernikahan mereka apabila tok kadi meninggalkan majlis selepas mendakwa tidak sanggup lagi menunggu pengantin lelaki yang lewat tiba, kelmarin.Kadi terbabit yang memberi alasan terpaksa menghadiri majlis perkahwinan lain dikatakan meninggalkan rumah pengantin perempuan di Kampung Ranggu Batu 12, di sini, ketika paluan kompang bergema menandakan ketibaan rombongan pengantin lelaki.
Bapa pengantin perempuan, Rahman Ambo Saka, 57, berkata tindakan jurunikah itu menyebabkan dia terpaksa menanggung malu kerana sebaik pengantin lelaki tiba untuk dinikahkan, kadi bertanggungjawab sudah tiada.

Gerun langsuir di Kulim Hitech

Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam. Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. “Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah. Gambar sekadar hiasan.
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.

Rais lawan arus, kecam Flashmob KLCC

Sistem undang-undang khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai kuasa untuk bertindak menjaga keamanan walaupun kerajaan meliberalkan beberapa sistem berkaitan aspek kehidupan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.Mengulas tindakan kira-kira 100 peserta ‘flashmob’ yang berkumpul di pusat membeli-belah KLCC semalam untuk membantah rang undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rais mengingatkan orang ramai agar jangan keterlaluan hanya kerana beberapa sistem sudah diliberalkan.

Mahasiswa Kecewa Birokrasi Melampau Pentadbiran Universiti

Antara 'Special Branch' yang tiba-tiba menyerbu masuk ketika debat berlangsung.

Kuala Lumpur, 11 Dis : Aksi Mahasiswa Peduli (AKsi) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah kerana merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi.
Setiausaha Akhbar AKsi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham menyatakan demikian sebagai respons terhadap pelbagai reaksi mengenai debat yang mereka anjurkan di Universiti Malaya, kelmarin.
Antaranya daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusuf yang meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana penganjur telah melanggar kesalahan universiti di atas sebab tidak meminta kebenaran daripada pihak HEP sendiri.

Debat : DSAI Terima Pelawaan, Najib Masih ‘Istikarah’

Kuala Lumpur, 12 Dis : Perdebatan dan perbincangan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kini semakin rancak dibahaskan.
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, banyak siri perdebatan berkaitan Auku, Pilihan Raya Umum, demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR akan menjelajah kawasan Felda DUN Palong dan rancangan-rancangan Felda di Negeri Johor

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan sekali lagi mengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor selama dua hari iaitu pada 12hb dan 13hb Disember 2011.

Pada 12hb Disember 2011, Pengerusi Biro tersebut akan mengadakan ceramah di Felda Bukit Batu, manakala pada 13hb Disember pula akan menghadiri Majlis Dialog dan Ceramah di Felda Lok Heng jam 3.00 petang dan di Felda Air Tawar 4 jam 8.30 malam.

Di Felda Lok Heng dan Air Tawar 4, Biro Felda akan menerima sejumlah borang Warrant to Act bagi peneroka-peneroka di Rancangan itu untuk memfailkan saman terhadap Felda.

Sementara itu pada 15hb Disember 2011 pula, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan mengiringi Ketua Wanita PKR Pusat yang mengadakan lawatan kerja dua hari ke DUN Palong.

Pada 15hb Disember 2011 akan diadakan Ceramah oleh Ketua Wanita PKR Pusat dengan penceramah-penceramah lain terdiri daripada Sdr Fariz Musa, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham dan Pak Jabit.

Bekas Ketua Puteri Umno ikrar ‘gantikan Umno dengan PAS’

KUALA NERUS - Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata ‘penghijrahan’ beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Puan Rosni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

“penghijrahan kami secra sukarela, tiada paksaan dari mana-mana pihak, ini adalah kerelaan kami semua dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

Saifuddin kecewa birokrasi, UM tak beri kebenaran anjur debat AUKU

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Datuk Saifuddin Abdullah duka cita kerana Universiti Malaya (UM) tidak memberi kelulusan mengadakan debat berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kelmarin, yang berakhir dengan kekecohan ketika pengurusan didakwa cuba menghentikan program itu.
Sambil menjelaskan siasatan menunjukkan debat itu sebenarnya tidak dibatalkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, program tersebut telah cuba dihalang oleh pentadbir UM daripada diteruskan dan perundingan diadakan membabitkan mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
“Sebaik perundingan selesai, debat juga selesai. Bermakna, debat tidak batal.
“Tapi saya dukacita dengan apa yang berlaku iaitu kelulusan tak diberi,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Saifuddin (gambar) yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sebenarnya mahasiswa ada memohon kebenaran Fakulti Undang-undang bagi menganjurkan forum berkenaan.
“Saya telah menghubungi kedua-dua pihak iaitu penganjur dan (Timbalan Naib Canselor) TNC HEP,” katanya.

Negara Berkebajikan: PAS mahu rakyat jadi tuan

SHAH ALAM, 11 Dis: Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.

Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini,  Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti itu bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Islamic Jihad's growing influence

PAS: Candidates list yet to be finalised

Pakatan tak pernah bincang penyertaan KITA

Kuan: Criminals have more rights than ordinary citizens

Guru Wahabi Arab Saudi Sekolah Pondok Tegur Ustaz Azhar - Ust...

Siapa Nabi Khidir Hijau ? - Ustaz Azhar Idrus

Kawan Selalu Puasa Setiap Hari - Ustaz Azhar Idrus

Ragu Ragu Ambil Air Sembahyang Wuduk - Ustaz Azhar Idrus

Najis Jatuh Atas Pakaian Semasa Solat - Ustaz Azhar Idrus

Tebuan Masuk Dalam Seluar Semasa Solat - Ustaz Azhar Idrus

LIM GUAN ENG: TLDM WIRA & DUIT RAKYAT

Bloggers on board: What a liar you are, Tony wallops Zahid

Bloggers on board: What a liar you are, Tony wallops ZahidThe presence of blogger Papagomo on board KD Tun Razak Scorpene submarine proved that Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi is an incorrigible liar, for he had promised Penang Chief Minister Lim Guan Eng that Papagomo will not be on board the submarine.
Zahid had even told reporters that no bloggers were on board claiming that "If we allowed any blogger to go, others would ask, too".
What a liar Zahid is
However Papagomo's blogpost with pictures has proven beyond doubt that Zahid is not only untrustworthy, Papagomo is the numero uno Umno blogger, hatchetman and special advisor to the Defence Minister, or the latter would not have been allowed on board the high security submarine.
The Defence Minister hasn't only lied to Lim Guan Eng about Papagomo's presence, he had earlier promise the Penang Chief Minister that he would accompany the latter for the ride, but reneged on the promise last minute.

PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur jadi calon PRU-13

SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan  Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini.
“Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon.
“Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon,” kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini.
Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.
Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat.
Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti.

PAS denies axing Hasan, Nasharudin from coming polls

Mohamad said nominations have yet to be made by the party’s divisions. — File pic
SHAH ALAM, Dec 11 — PAS denied Utusan Malaysia’s report today that Datuk Dr Hasan Ali and Nasharudin Mat Isa will be dropped as candidates for the coming general election, saying it has yet to finalise its list. “The issue of candidacy has not been brought up yet. We don’t know when the next general election will be. Wait till the nomination day.
“Not true, not true [that we are dropping the two]. We haven’t even looked at the list of candidates yet,” PAS president Datuk Seri Hadi Awang told reporters after launching a 10-point document titled “PAS offers a nation of care and opportunity”, here at the PKNS Complex.

PR Mampu Tadbir Negara Lebih Baik Dari BN

 SEBERANG PRAI, 11 DIS : Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP mengambil alih kuasa di Pulau Pinang dengan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk negeri membuktikan PR bersedia menerajui kepimpinan negara sekiranya diberi mandat oleh rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, DAP bersama PR telah membuktikan rekod pentadbiran yang baik dengan membela secara saksama semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik.
"Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan melaksanakan hudud tetapi telah menambah peruntukan untuk semua kegiatan agama Islam dan menyalur bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.

Isu Hassan Ali: PAS Belum Putuskan Calon


SHAH ALAM, 11 DIS : Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak dakwaan media kononnya parti islam itu mengugurkan Exco Selangor, Hassan Ali daripda menjadi calon pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Abdul Hadi berkata pihaknya kini dalam perbincangan akhir menetapkan senarai calon untuk disenaraikan bertanding pada PRU yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pakatan tak pernah bincang penyertaan Kita

SHAH ALAM, 11 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan soal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menyertai gabungan itu.

Malah katanya, sehingga sekarang belum ada sebarang permohonan dari Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Beliau juga menjelaskan, segala keputusan penyertaan parti Kita itu perlu melalui pembincangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

NFC : Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan

Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEAhli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Kantoi : UMNO Iktiraf Panglima Cyber dari Panglima Tentera.......

Kasihan anggota tentera...! Dengan mudah diperlekehkan kewibawaan jasa anggota tentera walaupun taraf pangkat Panglima Tentera..! Rupanya Blogger FITNAH NEGARA lebih besar jasanya dari panglima Tentera...!

Bagaikan Medan PERANG! : 4 Jam Sebelum Ceramah MAT SABU Di Muar

Kawasan tapak ceramah pada malam ini yang di pagar pita keselamatan.

Bagaikan medan perang. Itu sahaja perkataan yang layak disebut ketika berkunjung ke tapak ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang akan diadakan pada malam ini di Kampung Parit No 3, Jalan Yusof, Mukim Sungai Balang, di sini.

Sebelum ini beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan Polis beberapa NGO dan Pemuda UMNO Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Muar pada 11 Disember 2011.

Memetik kenyataan SAMM Johor, di atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, kami menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur, namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain UMNO/BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri.

MB Terengganu Gagal Memahami Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merasa kecewa dan kesal dengan kenyataan Dato Seri Ahmad Said berhubung pertikaian beliau terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Terengganu dan Kelantan khususnya berkaitan meliwat  isteri dan kesalahan rogol sepertimana dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian Edisi 9 Disember 2011.

DPPNT mendapati MB telah gagal memahami  Enakmen tersebut secara menyeluruh. Sedangkan sudah berkali-kali diterangkan oleh banyak pihak khususnya dari PAS sendiri bahawa yang dimaksudkan perkataan “ selain dari isterinya” bagi kes liwat bukan bermaksud pengecualian dari sudut pengharusan di mana suami boleh meliwat isteri, tetapi ianya adalah pengecualian dari disabitkan di bawah kesalahan hudud. Perbuatan suami meliwat isteri tetap salah, tetapi ianya disabitkan dibawah kesalahan ta’zir.

Deklarasi Setapak II

Oleh Mazir Ibrahim

Bahagian Kedua: Ekonomi dan pendidikan



“Bro, deklarasi tu apa?”
“Erm, lebih kurang perisytiharan la, tau?”
“Oh, kalau aku kata aku isytiharkan…maknanya aku mendeklarasikan sesuatu la?”
“Ya, tapi…tak juga, kurang tepat dan kurang sesuai. Deklarasi ni lebih kurang satu pernyataan yang jelas, tepat, padu tapi secara ringkas…dalam bentuk kesimpulan la, faham?”
“Habis tu, isytihar tu apa pulak?”

UTHM : Mahasiswa Kecewa Sikap Kurang Matang Pentadbiran Universiti

Batu Pahat : Pentadbiran universiti terus ‘buat onar’!
Terbaru, tiga mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terlibat dalam rakaman sebuah video yang dipaparkan di youtube telah dipanggil Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti terbabit.
Video berkenaan yang memaparkan mengenai bantahan mahasiswa UTHM terhadap satu kempen politik melalui program universiti itu ternyata membuatkan ramai mahasiswa terutama barisan aktivis Pro-Mahasiswa universiti berkenaan keliru dan tertanya-tanya.
Menurut sumber, ketiga-tiga mahasiswa yang terlibat dalam video itu pada awalnya diminta hadir untuk memberi keterangan berhubung video berkenaan.
Namun, apabila mereka hadir untuk memberi keterangan, lain pula kisahnya yang terjadi selepas itu.
Kesemua mereka diberitakan telah dituduh melakukan kesalahan kerana melanggar prosedur dan memalukan nama universiti melalui paparan video berkenaan.

KPT : Baucer RM200 Hanya Sah Januari-Mac 2012


Kuala Lumpur, 10 Dis : Kementerian Pengajian Tinggi semalam memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 lalu.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin, pemberian baucer berkenaan hanya layak kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.
“Pemberian itu layak kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D.
“Selain itu, pelajar matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 juga layak mendapat baucar buku bernilai RM200.”

UMNO SELEWENG MAKSUD JIHAD !!

Jihad Umno untuk Melayu,.. agama dan negara. Kadang-kadang agama jatuh tempat terakhir.  Jihad PAS semata-mata kerana Islam,..kepentingan bangsa dan negara pasti datang,…
 
Muhyiddinn Yassin dalam ucapan Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini mengajak ahli Umno berjihad. Wah, wah ! pertama kali kita mendengar pemimpin Umno menyebut perkataan jihad !!  tetapi tahukah beliau erti perkataan jihad itu ? Kalau beliau betul-betul faham beliau tak sewajar menyeru orang-orang Umno agar berjihad untuk memperjuangkan bangsa Melayu !         Tan Sri ! Istilah “jihad” Tan Sri tak kena tempat !!

ISLAM Menjamin Kesejahteraan Semua – M Subramaniam

imagePONTIAN – ”Diandai-kata PAS dengan dasar Islamnya juga bertapak serius dikalangan rakyat dan anak muda kerana landasan Islam bawa perhitungan politik yang boleh menjamin kesejahteraan semua,” demikian kenyataan M Subramaniam, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Johor kepada Mtd-Benut.Blogspot.com, baru-baru ini.

Atas keyakinan itu, beliau menegaskan lagi bahawa mana-mana parti yang hanya mendominasi sesuatu kaum dianggapnya tidak akan berjaya setelah bukti nyata diperlihatkan sepanjang 54 tahun UMNO-Barisan Nasional memerintah negara ini.

PAS offers 10-point ‘Negara Berkebajikan’ agenda

KUALA LUMPUR, Dec 11 — PAS will signal its readiness to form a federal government by unveiling its Negara Berkebajikan (Benevolent State) policy this afternoon.
The document promises a 10-point agenda to be delivered in its first term in power should it win the coming general election with Pakatan Rakyat (PR) partners, DAP and PKR.
The main agenda for the Negara Berkebajikan policy is to install a fair and clean government by reviewing the Constitution to enshrine the separation of powers, guarantee free and fair elections and rebuild institutions such as the Malaysian Anti-Corruption Commission, the Attorney-General’s Chambers and the police.
The second point in the document, obtained by The Malaysian Insider, stresses that PAS will push for a bigger role for civil society and social businesses by reducing taxes and excise duty and setting up a National Dialogue Council.
PAS said the Negara Berkebajikan, which it insists differs from a welfare state, will restructure development priorities so that economic growth will not be measured by construction projects and elaborate infrastructure, but sustainability.

20 Cents Or RM1.30 per day To Cover Up Scandals of BN

By: Nash Ar-Rawy
                      Thank God the rakyat are getting RM500/- for a family and students RM100/- both being One-Off for the 13 General Election is just at the corner probably after Chinese New Year i.e On Febuary or March 2012.
                      Penang Government has given RM100/- to old folks ( warga emas ) for every month long time ago not like Umno giving the Electoral Sweets RM500/- one-off only obviously not every month as Penang Government is . Which one is for the people from the people’s money and which one is for this year only ‘ONE-OFF” merely to vow  for the 13th General Election next year. Nowadays. electorates are Cyber Electorates getting to know the latest scandals of Umno/BN at their finger tips pressing the keyboard as keyboard electorates.

Dr Mahathir meminta Shahrizat berhenti. Yang lain-lain itu macam mana?

Dr Mahathir telah meminta Shahrizat berundur sebelum beliau diundurkan. Dr Mahathir merupakan individu yang terakhir meminta Sharizat berundur kerana terlibat dengan pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk membangunkan NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Sebenarnya berundur itu memang tidak payah disuruh dan dipaksa kerana isu itu memang menuntut Shahrizat untuk mengundurkan diri secara ‘voluntary’ sesuai dengan semangat demokrasi yang tulen. Sepatutnya Sharizat lebih awal lagi berundur tetapi beliau sebaliknya menyingsing lengan dan mengkritik pembangkang pula yang melakukan fitnah dan sebagainya.

Seperti yang saya sebut dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu keputusan kerajaan untuk memberikan pinjaman dengan begitu mudah adalah disebabkan Shahrizat adalah seorang ahli jemaah kabinet negara. Kalau Shahrizat seorang bidan di klinik desa di kampung saya suaminya tidak mungkin mendapat pinjaman yang mudah daripada kerajaan.

SUPP di ambang perpecahan, Chin dilantik presiden baru

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai presiden barunya, selepas pemilihan yang dipulaukan oleh puak saingannya yang diketuai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh.

PKR ada strategi elak calon lompat

KOTA BHARU - PKR akan memastikan calon yang bertanding di Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) memiliki kelayakan tinggi selain setia kepada perjuangan bagi mengelak senario lompat parti berulang.

Setiausaha Agungnya, Sai­fud­­din Nasution berkata, berbanding PRU 2008, pemilihan calon PKR pada kali ini dilihat lebih tersusun serta memiliki ramai yang berkelayakan dan berpontensi untuk diangkat sebagai wakil rakyat.

Perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia 国际人权日集会

Israeli airstrike hits Gaza house

Syrian actress-turned-revolutionary

NGEH KOO HAM: 1HAWA 1ADAM

‘I hope you will kutuk the hotheads’

Najib Tun Razak must actualize his 1Malaysia concept by first reigning in the hotheads in Umno who spew racism and religious intolerance.
KUCHING: The out-going Sarawak United People’s Party (SUPP) president George Chan had some parting advice for Prime Minister Najib Tun Razak and his band of federal leaders about ‘actualizing’ the 1Malaysia concept and containing Umno’s ‘hotheads’.
“In Sarawak we believe that freedom of religion and racial harmony are the most important aspects of life.
“In Sarawak, you can see a Muslim satay stall together with a char-siew mee stall and an Indian roti canai in one coffee shop.
“You can see Dayaks, Chinese, Malays and Indians sitting down together and ordering their own favourite food and complaining about inflation or gossiping about the latest scandal, adding pepper and salt to it.
“This is the common wish of the ordinary people that is, that they can sit down and enjoy each other’s company.

Will pay increase move backfire on Umno?

But is it a certainty that the civil service vote will continue to be in the pockets of the present government? Evidence is conflicting.
The timing of the new civil service remuneration scheme recently announced by the government provides civil servants pay rises of between 7% and 13%.
Coming just before the elections expected soon, it is clearly intended to influence the outcome of the elections. Umno leaders see members of the civil service not only as their ‘fixed deposit’ but also as the key game changer in the elections.
Will the generous pay rise make a difference in voting patterns of civil servants in the country? At first glance, it appears a politically astute move given the disproportionate weight of civil servants in the voting population and the high voting rate that has been associated with this segment of voters.

Guan Eng: Exco Pulau Pinang isytihar aset dalam sebulan

KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengisytiharkan harta milik masing-masing dalam tempoh sebulan ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.
Ia akan dipaparkan kepada umum menerusi Internet.
Lim berkata, langkah itu diambil sejajar dengan janji dibuat sebelum mereka mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan ia juga sebahagian daripada usaha Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan enam langkah integriti.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan,” kata beliau.
Lim (gambar) yang juga Setiausaha Agung DAP mengatakan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai pagi ini.

Siswa: Anak kecil bermain api, terbakar hatinya

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah kerana merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi.
Setiausaha Akhbar Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham menyatakan demikian sebagai respons terhadap pelbagai reaksi mengenai debat yang mereka anjurkan di Universiti Malaya, kelmarin.
Antaranya daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusuf yang meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana penganjur telah melanggar kesalahan universiti di atas sebab tidak meminta kebenaran daripada pihak HEP sendiri.

DAP: Akta lembaga jurukomputer profesional langkah mundur

KUALA LUMPUR, 11 Dis ― DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional (BCPM) yang hendak diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha Agung DAP ini berkata, tidak harus ada usaha untuk mengawal kebebasan rakyat mendapatkan maklumat dan tindakan membawa undang-undang sedemikian adalah satu langkah mundur kerajaan Malaysia.
“Itulah sebabnya kita tidak takut dikritik apabila menubuhkan sudut pidato yang pertama di Malaysia.
“Itulah sebabnya kita meluluskan Akta Maklumat Bebas sebagai penghormatan kepada hak rakyat untuk mendapat maklumat,” kata beliau sambil menambah, “itulah sebabnya DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional di mana hanya jurukomputer profesional yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk melakukan kerujuteraan perisian untuk kegunaan kerajaan.