Ahad, 4 Disember 2011

1Lembu : Najib kata Umno pulih sepenuhnya. Hebat!

Aspan Alias

4 DIS — Umno akhirnya menampakkan (walaupun cuba untuk berselindung) yang pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Perhimpunan Agung baru berakhir dan segala-galanya yang berlaku dalam perhimpunan itu, saya ulangi: Umno sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Samada mereka sedar atau pun tidak itu tidak pula saya ketahui.
Apa kah sebabnya saya berkata demikian? Sebabnya mereka dalam ghairah menghentam semua parti lawan, mereka tidak sedar yang mereka sedang mengaku kelemahan mereka yang sebenarnya. Kecaman yang tidak terkira itu melambangkan kelemahan mereka sendiri.
Jika Umno dan pimpinannya kuat dan mendapat sambutan masakan mereka terpaksa melakukan kecaman yang keterlaluan yang sudah jauh terkeluar dari semangat demokrasi yang kita kononnya anuti sebagai wadah politik kita semua.

Cuepacs bantah JUSA, Turus diisi pihak luar

KUALA TERENGGANU, 4 Dis — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah langkah mengisi jawatan utama perkhidmatan awam iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus dengan kepakaran luar terutama dari sektor swasta.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata, cadangan ini jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.
Menurut beliau, seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada terutama golongan muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.

Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu'

SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.

Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.

Ibadah (Solat) Yang Ada Padanya Kemanisan - UZAR

UZAR - Panduan Hubungan Lelaki Wanita

UZAR - Panduan Hubungan Lelaki Wanita - QA2

UZAR - Panduan Hubungan Lelaki Wanita - QA1

Mat Sabu - Pemikirannya Menyongsong Zaman

Shahrizat: Tiada kena-mengena dengan saya (Suami saya tak salah jadi pen...

Fareedah Samad: 4.9 juta anak muda tidak mahu mendaftar sebagai pengundi!

Today in History for December 4th

Rumusan Persidangan 1Lembu 2011

Tamat sudah perhimpunan agung umno 2011, dan gurkah-gurkah politik di'port' telah merumuskan yang selama empat hari perhimpunan, perwakilan-perwakilan umno pada perhimpunan itu mula mengalami masalah 'eurology', iaitu yang berkaitan dengan saluran kencing dimana lelakinya mula terkencing dalam seluar dan yang wanitanya pula terkencing dalam kain.

Presiden Seks cabar PAS masukkan hukum hudud di manifesto

NONEPAS perlu memasukkan undang-undang Hudud dalam manisfesto pilihan rayanya dan menjadikannya satu agenda bersama bagi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, lengkap dengan butiran mengenainya, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Saya suka mencadangkan, atas soal ketelusan, supaya PAS memasukkan undang-undang Hudud dan pelaksanaannya, dalam manifesto pilihan raya mereka.

"Memandangkan mereka sentiasa kata mereka tidak pernah merujuk rakan dalam Pakatan, jadi saya cadangkan dalam forum ini supaya ia dijadikan agenda bersama pembangkang," katanya dalam forum bertajuk "Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia anjuran Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP), di Kuala Lumpur.

1Lembu : Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, apa yang lebih malang, perhimpunan yang dilihat gah dengan liputan media arus perdana itu berlangsung ketika rakyat bergelut dengan kepayahan hidup akibat salah guna kuasa dan salah urus tadbir kerajaan Umno BN.
"Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Mana MCA Nak Letak Muka??


Heboh diperkatakan mengenai isu tempat letak kereta di perkarangan masuk Bukit Bendera yang dipukul canang oleh Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen hari ini.

Bagaimanapun ia dengan pantas dijawab oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, Lim Guan Eng yang kembali menyelar Yen Yen dan MCA yang tidak memberi penerangan sepenuhnya dan hanya bergantung kepada laporan yang tidak tepat.

Selangor Bantu Rumah Kebajikan, Sekolah Kajang Yang Rosak Banjir

KAJANG 4 DIS: Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan kepada sekolah dan rumah kebajikan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir di Kajang bagi meringankan beban pihak berkenaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata, bantuan yang diberikan mulai minggu hadapan akan mengutamakan pihak bukan perniagaan. Ini kerana premis perniagaan kebiasaannya dilindungi insurans.
Antara bentuk bantuan yang akan diberikan termasuklah pemberian buku-buku baru dan menggantikan prasarana yang telah ditenggelami air.

Ustaz Haslin Baharim - Mulia Kita kerana Agama (2-3)

Kahwin Wanita Bukan Islam - Ustaz Azhar Idrus

Pegang Tangan Perempuan Bukan Mahram Buta Lintas Jalan - Ustaz Azhar Idrus

Tiada Kerja Tetap Tapi Nak Bayar Zakat - Ustaz Azhar Idrus

Nikmat Selain Melihat Allah - Ustaz Azhar Idrus

Allah Zahirkan Diri Dalam Syurga - Ustaz Azhar Idrus

Doktor Lelaki Sentuh & Lihat Kemaluan Wanita - Ustaz Az...

Niat Solat Mayat Ramai - Ustaz Azhar Idrus

Qunut Dalam Solat Terawih - Ustaz Azhar Idrus

Demokrasi Dalam Islam - Ustaz Azhar Idrus

Background Umur Ustaz Azhar - Ustaz Azhar Idrus

Tak Join Imam Sebab Imam Tak Sempurna Wuduk - Ustaz Azhar Idrus

Wujud 2 Jemaah Solat Serentak - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Haslin Bahrin - Mulia Kita kerana Agama (1-3)

1Lembu : 5 Petikan Ucapan Penggulungan Najib Yang Desperado

Perhimpunan agung Umno kali ini melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno kelihatan amat takut dengan pilihanraya umum. Mereka pada masa lalu amat bongkak malah sebelum-sebelum ini ada yang bangun dengan sombong melaungkan slogan 'zero pembangkang'. Antara yang paling bersungguh melaungkan slogan 'zero pembangkang tersebut adalah bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo, dan lihatlah apa yang berlaku pada nya, dia yang hampir menjadi 'zero' sekarang ini.
Ketakutan mereka kali ini jelas kelihatan dalam ucapan-ucapan pemimpin nombor satu dan juga nombor dua Umno. Sebagaimana yang semua orang tahu, senjata paling popular ketika menghadapi tekanan daripada pesaing mereka yang semakin kuat, Umno tidak ada pilihan lain selain daripada menggunakan senjata Islam dan juga Melayu.

1Lembu : Benarkah UMNO Semakin Kuat?

BAGI orang-orang UMNO, berakhirnya perhimpunan semalam bermakna tiada lagi hal lain yang perlu difikirkan melainkan persiapan untuk berpilihanraya.  Tidak kurang juga yang memasang angan-angan mereka ada ciri-ciri ‘winnable candidate’ atau calon boleh menang seperti yang diinginkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Benarkah UMNO Semakin Kuat?Sepengetahuan penulis, proses pemilihan calon-calon pilihanraya biasanya bermula diperingkat bahagian, sejauh mana kepimpinan bahagian mereka benar-benar memahami konsep ‘winnable candidate’ ini sangatlah tidak dipastikan.
Apa sekalipun, satu perkara yang boleh penulis simpulkan ialah betapa yakinnya orang-orang UMNO dengan parti mereka dan kebarangkalian menang dalam pilihanraya akan datang.  Beberapa kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak luar UMNO termasuk dari PAS, PKR dan UIA digunakan untuk menggambarkan ketinggian populariti Najib dibanding dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Datuk Seri Anwar dijadikan petunjuk kehebatan UMNO.

PPSMI: Bersilih Ganti Perwakilan Menghina Bekas Presiden Mereka

ADA kala dan masa, penulis rasa beruntung sangat untuk menjadi orang UMNO, mana tidaknya, setiap kali kepimpinan bertukar ganti, lesen besar diberikan untuk perwakilan menghina bekas Presiden masing-masing, atas apa pun dasar yang dulu dilaksanakan dan kalangan mengeji ini juga yang terlibat menjayakannya.
Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2011 membahaskan isu pendidikkan dengan tumpuan diberikan kepada Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Dasar yang dilaksanakan Tun Dr. Mahathir di akhir tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri pada Jun 2003 dan diteruskan dibawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi, secara tiba-tiba dilihat merosakkan bahasa Melayu dimana UMNO berjanji untuk mempertahankannya.
Seperti biasa, perbandingan dengan negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Korea dan Thailand dibuat sedangkan negara-negara tersebut duduk dalam kelasnya yang tersendiri jika nak dibandingkan dengan Malaysia.  Thailand walaupun masih jauh dari status negara maju, mempunyai teknologi pertanian yang jauh melangkaui zaman.
Penulis tertarik dengan ucapan Timbalan Ketua Bahagian Pagoh, YB Tn. Hj. Tahir Bin Mohd Taat.  Ucapannya menjurus kepada menggelar Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi sebagai pengkhianat orang melayu kerana memperkenal dan meneruskan dasar PPSMI!!!

DAP mertabatkan wanita

4 DISEMBER – Pada hari ini negara dan negeri kita berada di ambang perubahan di mana di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat kerajaan persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.
Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh UMNO-Barisan Nasional. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.
Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh 10 tahun.
Di satu pihak lagi, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia, bahawa negara kita tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini.

DAP boleh tubuh kerajaan pusat dengan bertanding 20 peratus kerusi Parlimen?

GEORGETOWN, 4 DIS – Bagaimana DAP mahu menubuhkan kerajaan pusat bersendirian jika ia hanya bertanding tidak lebih 50 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam pilihan raya umum?
Persoalan itu dilontarkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini sebagai menjawab tohmahan para pemimpin UMNO yang cuba membohongi rakyat kononnya orang Melayu akan hilang kuasa jika DAP dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke-13 akan datang.
Guan Eng berkata, sepanjang perhimpunan agung UMNO yang berakhir semalam, para pemimpin dan perwakilan parti itu telah memainkan isu perkauman dengan mensasarkan DAP.

Anak muda harus menuntut perubahan

Wawancara bersama Zairil Khir Johari,
Boleh saudara ceritakan tentang bagaimana mula minat berpolitik?
Saya rasa minat dalam politik ini dari dulu sebab keluarga pun banyak berada dalam lingkungan politik. Bapa saya bersara daripada jawatan menteri tahun 1974 tapi selepas itu dia menjadi duta. Jadi dalam tahun 1970-an itu dia dah bersara masa saya lahir dan masa saya membesar dia dah tak aktif politik walau pun dia masih menjadi ahli UMNO.
Tapi pada 1987 di mana UMNO sudah berpecah menjadi Team A, Team B, bapa saya yang memang pengikut Tunku Abdul Rahman yang setia, dia ikut dengan Tunku dan Tengku Razaleigh Hamzah. Bapa saya tak pernah masuk UMNO Baru yang telah ditubuhkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Bagi dia, UMNO yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir bukan parti yang sama dengan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946.
Saya pula, setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Informations Systems Engineering, saya berasa bosan kerana hari-hari kena menghadap komputer. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mempelajari perkara yang saya minat, iaitu politik. Jadi saya ambil kursus politik peringkat Sarjana di London, dan saya buat minor dalam politik Asia Tenggara.
Saya kembali ke Malaysia akhir tahun 2006 dan sebulan selepas saya balik, bapa saya meninggal. Saya sedih kerana dia tiada lagi. Minat politik saya ketepikan dahulu, saya buat bisnes. Saya mulakan bisnes membuat coklat dengan kawan-kawan saya. Yang menariknya, politik tetap datang kepada saya. Setahun selepas mulakan bisnes, banyak juga pekara yang berlaku di negara kita. Ada perhimpunan aman Bersih, perhimpunan aman Hindraf, kemudian datang pula pilihan raya umum 2008. Saya mengundi buat kali kedua selepas melaksanakan tanggungjawab saya buat kali pertama dalam PRU 2004.
Masa tu saya mengundi di Segambut dan saya ingat lagi sebab saya tengok keputusan 2004, Barisan Nasional menang dengan majoriti 17,000 undi di situ. Jadi saya ingat satu undi saya ini tidak bermakna. Tapi DAP menang dengan majoriti 7,000 lebih undi. Saya terkejut. Masa itu saya rasa semua orang di Malaysia pun terkejut.

USIM : Ramai Kecewa Pesta Konvo Dicemari Hedonisme

Nilai, 4 Dis : Pesta konvokesyen ke-9 Universiti Sains Islam Malaysia (C-FEST 9) yang sedang rancak berlangsung dengan kemeriahannya tersendiri sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.
Ini disebabkan, C-FEST 9 USIM diberitakan telah dicemari dengan pengisian hiburan yang keterlaluan, terutama pertandingan karaoke yang dianjurkan bermula petang semalam.
Suasana itu ternyata membuatkan sebahagian besar warga kampus USIM terutama yang mempunyai sensitiviti agama tidak senang dengan keadaan sedemikian.
Menurut seorang AJK C-Fest yang enggan disebutkan namanya, pertandingan karaoke yang terbuka kepada pengunjung dan orang ramai itu adalah satu aktiviti yang dikelolakan oleh pihak penganjur bersama, iaitu akhbar Utusan Malaysia.

BN two-faced about PAS, DAP

Lim pointed out the logical difficulties for DAP and PAS to simultaneously be stooge to the other. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 4 — The inconsistent claims made by Barisan Nasional (BN) on DAP’s relationship with PAS shows that the ruling coalition’s leaders were misleading, Lim Kit Siang said today. The DAP parliamentary leader said claims by Umno leaders that PAS was “under the thumb” of DAP contradicted MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s charge that DAP was a “stooge” of the Islamist party.

Hijrah : Catriona Difitnah Gara-Gara Bertudung

Kota Bharu, 4 Dis : Penghijrahan aktres terkenal, Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.
Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.
“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.

Semut dan rakyat

Oleh: MSK
Pada tahun 2004, tsunami menggegarkan Lautan Hindi dan mengakibatkan beberapa negara ditimpa bencana. Beratus ribu nyawa melayang…termasuk nyawa manusia dan binatang ternakan. sesiapa yang terselamat, bersyukur kerana nasib menyebelahi mereka, manakala yang yang terkorban, kita hanya mampu mengucapkan Innalillahhi rojiun.
Aku bukan nak cakap pasai tsunami atau mereka yang terkorban tapi aku tertarik dengan mereka yang terselamat. Manusia yang terselamat bersyukur kepada nasib..bukan pasai depa tau tsunami akan datang. Tetapi binatang liar bebas terselamat pasai depa tau tsunami akan datang. Ini bukan aku yang cakap, tapi berasaskan pemerhatian zoologis dan animologis.

Bukan lagi tikam belakang, tapi sekarang parang memarang!

Oleh Hassan Omar

Perhimpunan UMNo 2011 boleh disimpulan satu simpulan pokok ialah "Jangan Tikam Belakang". Kenapa ucapan DS Najib dalam perhimpunan UMNO kali ini terlalu memfokus perkara ini. Fikiran selapis puak-puak UMNo akan mengatakan ini adalah persediaan PRU-13.

Realitinya, Muhyiddin telah jelas menikam DS Najib daripada belakang apabila dia membelakangi Najib dalam banyak hal. Lain kata dia telah mengatur ramai di kalangan veteram UMNo untuk kerja-kerja ini.

Muhyiddin dikatakan didokong Tun mahathir secara sulit. Walaupun Tun nampak masih menegelak daripada membuat kenyataan secara jelas bila wartawan cuba mencungkil hal ini.

Kemelut sistem pengangkutan awam kian parah


Oleh RAZALI ENDUN
APABILA Perdana Menteri, bersetuju membina sistem Mass Rail Transit (MRT) di Lembah Klang, pelbagai pihak mula membicara dan mengemukakan pelan laluannhttp://www.france24.com/en/files/imagecache/aef_ct_wire_image/images/afp/photo_1292667743915-1-0.jpgya. Fokus diberikan kepadanya seolah-olah ia boleh menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang membelenggu rakyat terutama bas yang semakin parah perkhidmatannya.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan spontan memberi perhatian berlebihan kepada pembinaan sistem MRT sepanjang 51 km (termasuk 9.5 km bawah tanah) dari Sungai Buloh ke Kajang dengan kos berbilion-bilion ringgit.

Undi bukan untuk melembukan diri sendiri


Oleh OOI HENG
KINI aktiviti salah guna wang rakyat mencorakkan budaya pembangunan dan tadbir urhttp://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SiEiN293QSI/AAAAAAAAFl4/KtX1bStDxj8/s1600/kubur-umno.jpgus negara. Pada mulanya sedikit, kemudian jutaan ringgit dan sehingga hari ini berbilion-bilion sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara disalahgunakan.
Psikologi kumpulan manusia bernama pengarang dan wartawan banyak dicorakkan oleh nilai projek yang didakwa melibatkan salah guna wang rakyat

Wow !! cepatnya mamat ni buat kenyataan


Pelik, tapi benar !! Belum apa-apa si mamat ni  (Datuk Seri Khalid Abu Bakar- Timbalan Ketua Polis Negara )  dah buat kenyataan,  yang bermaksud seolah-olah Dato’ Seri Shahrizat tak bersalah. (merujuk isu NFC)

Menurut beliau berdasarkan siasatan awal polis,.. tiada bukti berlakunya  jenayah pecah amanah dalam projek lembu NFC seperti yang dilaporkan !  Wow ! cepatnya polis bertindak!  Hari ini siasat, esok lusa dah keluar keputusan, walhal siasatan baru diperingkat awal.  
 
Kenapa dalam kes yang melibatkan pemimpin Umno nama pemimpin itu perlu dibersihkan segera tanpa menunggu siasatan yang lebih lanjut?  Tentu ada udang disebalik mi !  dan seluruh rakyat Malaysia pun dah tahu !!  . kan sekarang ni sedang berlangsung Persidangan Agong Wanita Umno? Nama pemimpin itu perlu dijaga demi kepentingan Umno, tetapi mampukah bangkai gajah nak ditutup dengan nyiru?.

Umno: Dari modal insan ke modal lembu

Sakmongkol AK47

4 DIS — Apa sudah jadi kepada Umno? Mana parti yang di ransang oleh fikiran besar dan idealism? Mana parti yang di ransang oleh perjuangan emansipasi daripada belenggu penjajahan fisikal dan minda? Sayang seribu sayang, parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah di talqinkan.
Sebaliknya, ucapan yang berapi api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar Umno di dengar sebagai jeritannyaring dan kasar pemimpin-pemimpin dari sebuah parti yang lebih mirip kepada kumpulan yang di pimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis!

Dasar Umno,.. suka menjilat ludah


Dalam ucapan penutup Perhimpunan Agong Umno kelmarin Najib  berkata perhimpunan kali ini telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Ha ! tu dia, !   dulu mengejek PAS,  sekarang kenapa nak ikut apa yang PAS dah buat? PAS istihar kerja lima hari seminggu, Umno ikut !,  PAS beri cuti bersalin dua bulan Umno ikut !   PAS perkenal  cuti hari minggu pada hari Jumaat  bila pula Umno nak ikut ??

Oleh : rahimothman

‘Ajak debat penakut tapi burukkan Pulau Pinang di AGM Umno’

PULAU PINANG: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin sebagai penakut apabila tidak pernah menyahut cabaran debat mereka di Pulau Pinang selama ini.
Sebaliknya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu hanya sekadar berani memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
“Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang untuk memperdebatkan ‘Isu Melayu-Islam P.Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ tapi sehingga jam 12 malam, mereka tidak juga kunjung tiba di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

In BN, there is only room for Umno: Can castrated MCA, Gerakan say NO?

In BN, there is only room for Umno: Can castrated MCA, Gerakan say NO?The recent racist rant by UMNO information chief Ahmad Maslan drew fire from concerned Malaysians and the DAP. Ahmad said at a forum that “the Malay language will be lost, say goodbye to the Malay Sultans ... say goodbye to Islam” if the opposition gains more power as the DAP “does not respect the royal institution and are agents of Christianisation.” And he firmly stated that he spoke the “truth”.
Ahmad Maslan, a deputy minister in Prime Minister Najib Razak's department, also claimed the threat of “Malays losing power” was very real as the Chinese community was slowly gaining control of the country’s politics and economy.
The statements by Ahmad drew a blank from the various veeps of UMNO, who seemed not to have been informed by their own information chief of what he was up to. When queried, the veeps were 'smart' enough to pass the buck back to Ahmad, saying he should answer the queries himself. But it does underscore what is going on in the Umno grapevine - everything is messy and no one seems to know what's going on and more importantly - who will be in power after GE-13 and who will be shown the door?

Soi Lek: Hudud akan musnah ekonomi Malaysia, bawa binasa diri...nasihat pelakon ....!!!!


KUALA LUMPUR, 4 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Dr Chua (gambar) berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.
“Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.

PAS harap bicara RUU PA dipercepat

KUALA LUMPUR, 4 Dis: PAS berharap perbicaraan kes saman berhubung Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin akan dimulakan secepat mungkin pada bulan ini.

Sehubungan itu, peguam PAS, Hanipa Maidin dan pembantunya kini sedang berunding dengan hakim yang akan mengendalikan kes itu bagi mendapatkan tarikh paling awal untuk melaksanakannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, mengikut maklumat yang diterima, hakim yang akan mengendalikan kes tersebut adalah Datuk Rohana Yusof.

Menurutnya, pihaknya sememangnya berharap kes tersebut disebut secepat mungkin di mahkamah kerana rakyat sedang menanti penuh harapan.

Katanya, Perdana Menteri sememangnya sudah amat keterlaluan sehingga sanggup memperkenalkan dan membentangkan rang undang-undang itu pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu untuk dijadikan undang-undang di negara ini.

Pua: Pencemaran E coli susu KR1M diremehkan menteri

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai didakwa cuba meremehkan pengesahan kementeriannya bahawa  itu bahawa sampel susu segar dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menang tercemar dengan bakteria E coli.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata Liow berbuat demikian pada sidang akhbar semalam dengan memberi penekanan bahawa 13 produk lain yang ditarik balik bukan kerana tidak selamat tetapi kerana salah label.

Siapa bohong, Umno atau MCA?

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan bahawa kuasa orang Melayu tidak akan tergugat jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 akan datang.

Malah beliau berkata, hak orang Melayu itu akan lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat berbanding apa yang dilakukan Umno sejak parti itu merintah negara ini beberapa dekad lalu.

"Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, yang benar-benar akan hilang kuasa adalah Umno dan Umno-Putra.

"Malah, orang Melayu akan mendapat lebih banyak hak-hak dan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau turut membidas tohmahan pemimpin Umno khususnya timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP sebagai parti cauvinis Cina yang berhasrat menghapuskan raja berpelembagaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.

Indeks rasuah, BN ibarat burung unta benam kepala

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

“Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan ‘double-standards’ dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Mukhriz mahu wakil rakyat Umno buat akujanji elak khianati parti...Tok Ki Det tak marah ke..!!!

KODIANG, 4 Dis — Sehari selepas perwakilan mencadangkan agar diamalkan sumpah bai’ah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah (gambar) ini berkata cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.
“Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin,” kata beliau dipetik Bernama Online.

Bai’ah bukti Umno sudah tak yakin ahli sendiri, kata pemimpin PAS

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan Umno sudah tidak yakin dengan ahli-ahlinya sendiri apabila sanggup mengambil sumpah bai’ah yang menurut mereka bertujuan mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli-ahli sendiri.
Selain mereka juga mendakwa Umno kini meniru kaedah-kaedah digunakan PAS tetapi dikritik oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu masa-masa lalu.
Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan partinya mencipta sejarah dengan melafazkan ikrar yang merupakan beliau adalah satu bai’ah bagi memperkukuhkan kedudukannya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penasihat agama Mat Said : Hudud PAS bertentangan hukum Allah.....patut le...!!!! jadi punahsihat...??

MCA hudud forum - Left fathul and right kamalPenasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.

“Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."

Umno vs. Najib

4 DIS — Ketua Pemuda Umno YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini mengatakan bahawa Umno kini dilihat sebagai lebih progresif dan lebih liberal. Jika ini benar, maka nampaknya masih ada yang tidak tahu mengenai perubahan itu.
Walaupun demikian saya gembira melihat Khairy secara terbuka menyeru Umno menjadi lebih progresif dan liberal. Seruan ini amat penting. Khairy sendiri mungkin perlu berusaha lebih keras untuk mengejar di belakang status Dato Saifuddin Abdullah yang kelihatan mendahului kelompok progresif dalam parti. Umno memang memerlukan lebih ramai pemimpin yang berfikiran progresif. Walaupun Khairy belum lagi sampai ke peringkat Saifuddin, beliau tetap ada potensi. Dan saya ikhlas mengharapkan Khairy akan sampai ke situ secepat mungkin.

Bai'ah Umno: Daripada tiru, baik sertai PAS terus

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Tindakan Umno yang mahu kepimpinan parti itu mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli sendiri, membuktikan mereka mengakui cara yang digunakan PAS.

Ahli Parlimen PAS Baling, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.

"Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya.

"Usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan. Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan yang dilakukan oleh PAS.

JINGGA 13 DAN AMK MEMBANTAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN KLCC

Inside Story: Israel urged to end regional isolation

Latest unrest in Syrian

Syria faces new Arab League ultimatum

Umno Tuduh DAP Kerana Nak Tutup Skandal Fidlot

Rafizi Ramli: Kita Sekarang Dalam "Mood" Menyerang

Tan Ah Kow: Reformasi Pendidikan Dari PKR (Part 3/3)

Tan Ah Kow: Reformasi Pendidikan Dari PKR (Part 2/3)

Tan Ah Kow: Reformasi Pendidikan Dari PKR (Part 1/3)

William Leong Jee Keen: Kita Mengguling UMNO, Beri Harapan Baru Kepada R...

Terengganu Negeri Kaya Rakyat Miskin

Umno Buang Tabiat

PAGI ini saya hendak sambung cerita politik negeri 'penyu menangis' yang tertangguh beberapa hari lalu kerana ditindih intri dan kisah-kisah ataupun ulasan politik bersempena dengan perhimpunan agung Umno ke 62 dan kunjungan saya ke Batam. Perhimpunan agung Umno berakhir semalam, hari ini saya percaya kesemua para perwakilan sudah sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Mungkin ada perwakilan dan pemerhati yang telinganya masih terngian-ngian dengan ucapan presiden atau pun terkenang kepada lafaz ikrar yang diketuai oleh Udin anak Yassin. Mungkin ada yang berfikir sejauh manakah ikrar itu akan dipatuhi dan ditaati. Atau ada juga yang berfikir kenapa orang Umno sampai diminta berdiri untuk melafazkan ikrar, yang belum pernah berlaku dalam sejarah Umno selama 62 tahun. Teruk sangatkah Umno atau Umno sudah dilanda sindrom sumpah laknat Datuk T?

Felda tempah maut masuk pasaran saham?

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Langkah Felda menerusi Felda Global Ventures Sdn Bhd untuk memasuki pasaran saham sehingga akan mengorbankan ratusan ribu ekar tanah milik oraganisasi itu, diyakini tidak akan mendatangkan pulangan besar seperti yang dijangka oleh para pemimpin Umno BN, tetapi hanya akan menempah maut.

Sebelum memulakan langkah itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan para pemimpin Umno BN sebaliknya perlu mengambil iktibar dengan nasib malang yang menimpa skim-skim amanah yang telah diperkenalkan oleh beberapa buah kerajaan negeri di negara ini. 

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, antara yang boleh dipelajari termasuk skim amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu, Amanah Saham Darul Iman (Asdi), skim amanah kerajaan Johor dan beberapa skim amanah lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit sebelum ini.

Najib tinggal transformasi, ambil kembali perkauman

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut.

"Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno.

"(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

Malam Ini Segala Pembohongan Najib Altantuya Terbongkar

Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini.

Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam.

Wang Panas : Penulis Siber Pro- Pakatan Rakyat Mula Dipancing Umno

Perhimpunan Agung Umno jelas membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. PRU13 dilihat akan menjadi ujian getir dan pahit bagi Umno. Ketakutan barisan pimpinannya akan kehilangan kuasa telah mencengkam hingga ke tulang temulangnya. Umno juga kelihatan kehilangan pendirian, malahan tergapai-gapai umpama orang sedang menghadapi saat-saat kelemasan.

Keputusan yang dibuat oleh barisan pimpinan Umno juga kini seringkali menjadi flip-flop..yakni berubah-ubah apabila mendapat tentangan rakyat. Mereka berusaha untuk tidak melaksanakan apa jua yang boleh memberi implikasi negatif...namun kerap kali ia keputusan yang mereka buat menjadi negatif juga kesannya.

Lembu NFC duduk kondo,perwakilan wanita duduk dalam kandang lembu!

Bila Sharizat Jalil menggulung perbahasan penutup perhimpunan agung wanita umno tiga,empat hari lepas, segala TV, segala paper telah berjaya me'lembukan rakyat malaysia, wanita khususnya,  apabila dia telah di-lihat telah berjaya mengalihkan segala perhatian tentang kes merembat wang rakyat 250 juta untuk NFC.

Umno Kehabisan "Powerr" Sudah Kong..!!

Umno kini sebijik seperti bateri yang powernya semakin habis,nak dicas pun bateri memang dah kong..begitu jugalah Ketakutan Umno kini sudah sampai ke tahap pokok pisang pun dikatakan hantu!

Terpaksa menjerit melolong seperti kena sawan dalam himpunan manusia yang menolak hukum Allah.Ini semata-mata untuk meyakinkan rakyat bahawa parti mereka yang terbaik,walaupun proses pereputan Umno ini menyebabkan busuknya semakin menyusuk kehidung setiap rakyat terutamanya golongan muda.

Terkini kemenangan Parti Islam di Morocco ,menjadikan Umno dan pimpinannya bertambah meroyan kerana Parti Sekular yang terdapat di Mesir,Morocco,Yamen,Libya dan Tunisia adalah berdasarkan sistem yang diambil dari negara barat,sama seperti Dasar yang dipuja dan diagung-agungkan oleh Umno Haprak sehingga melemparkan ke tepi Al-Quran dan Hadis Nabi.

Tanpa umno, petrol akan lebih murah

BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih peme­rintahan negara.


“Saya berani ulang... hari ini menang (Pilihan Raya Umum Ke-13), esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun,” katanya ketika berucap di hadapan 700 penyokong PR di Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini, malam kelmarin.
Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta setahun untuk melaksanakan janji tersebut.

“Jangan kata Anwar bodoh ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang),” katanya.

Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.

Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU-13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.

“Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya,” katanya.

Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.

Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).

Maha firaun

Seorang sahabat telah beri email kepada gua berkenaan Si Tua yang masih diberi kesempatan untuk bernafas ni, Kutu kaki kencing ni, kalau bercakap bukan main lagi, belit sana belit sini. Gua rasa terhina masa dia menjadi pemimpin begitu banyak permainan kotor yang dimainkan Si Tua ni, kini legasi beliau disambung oleh anak didik beliau yang dikatakan terbaik diantara pemimpin umno.

Dalam video ni gua melihat dua ekor kutu kaki kencing yang selalu membelit bila bercakap, biasanya 2 ekor kutu ni, mempunyai dua skrip sama semasa mengencing tapi dalam video ni nampak sangat terdapat perbezaan kenyataan sekor mengatakan kena pecat seekor lagi kata meletakkan jawatan, jadi mana satu yang betul ni, dan mana satu kaki kencing sebenarnya.

Perihal kaki botol dan kaki rasuah nak jadi calon YB

Oleh : ABD JALIL ALI
ABD JALIL ALI
DALAM pertemuan tertutup dengan lebih 5,000 perwakilan Umno dua hari lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan pesanan menggunakan bahasa yang sopan lagi penuh berhemah. Kata Presiden Umno, seperti yang dilaporkan The Star semalam.

“Saya masih menunggu wakil-wakil rakyat Umno yang sudah terlalu lama duduk di kerusi masing-masing supaya tampil ke hadapan secara suka rela dan memberitahu mereka hendak melepaskan jawatan.”

Beliau yang juga Perdana Menteri berharap mana-mana wakil rakyat parti itu yang tidak popular supaya berundur secara terhormat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang semua orang jangka diadakan tidak lama lagi.

"Kita kena berubah," bekas Ketua Cawangan MCA Kedah.

Rival militias wage turf war outside of Tripoli

Azmin Ali: Orang Felda Beritahu "No More UMNO, Enough Is Enough"

Azmin Ali: Selangor Kaya, Tan Sri Khalid Tak Beli Cincin Untuk Isterinya

Rafizi Ramli: The Cow Stories Of National Feedlot Corporation (NFC) Part 2

Rafizi Ramli: The Cow Stories Of National Feedlot Corporation (NFC) Part 1

Iraq PM: Baghdad bomb meant to kill me

Arab League gives Syria deadline on observers

Umno mungkin tiada calon untuk PRU13?

Oleh: Inimajalah

"Banyak perkara menarik mengenai Perhimpunan Agung Umno 2011. Satu dripadanya ialah ucapan wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin yang menggariskan ciri calon boleh menang (winnable candidate) parti itu perlu mempunyai sifat seperti Khalifah Islam Saidina Uthman Affan yang tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan.

Dalam ucapanya di persidangan itu semalam, beliau berkata antara kriteria calon boleh menang daripada pandangan Islam ialah orang yang tidak meminta-minta, tidak melobi atau membeli jawatan.

“Contohilah Saidina Uthman bin Affan yang tidak meminta untuk diberikan jawatan Khalifah, sebaliknya diberi tanggungjawab atas amanah dan kepercayaan untuk memimpin umat Islam pada zaman itu,” katanya seperti dilaporkan themalaysianinsider.com, semalam.

Between principles and popularity

Wan Azizah's assurance the PKR will not choose dubious candidates for the coming polls augurs well for party, if only it walks the talk.

While the federal government under the Barisan Nasional banner believes it can win the coming 13th general election by fielding ‘winnable’ candidates, it’s nemesis PKR is banking on ‘principled’ contestants to help it take over Putrajaya.
Unlike BN which has never believed in placing emphasis on the character of the candidates, PKR’s assurance that ‘principles’ is what will win them the people’s trust does sound attractive.
The assurance came from PKR president Dr Wan Azizah Ismail when she addressed about 2,000 guests while officiating the party’s eight national congress in Johor last week.
Making it clear that PKR would not compromise on the enemies within, Wan Azizah sent the message out that the party will never choose ‘suspicious’ candidates for the coming polls.
“We (PKR’s top leadership) guarantee that we will consult the divisions and grassroots in choosing the candidates.

Pekerja bukan hamba abdi majikan

Pergerakan Pemuda mendesak kerajaan jaga kepentingan golongan itu
PETALING JAYA: PAS berkata pekerja bukan hamba abdi dan mendesak kerajaan bertanggungjawab memberi kebajikan kepada mereka.
Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan berkata kerajaan mesti memberikan jaminan perlindungan pekerjaan, hak kebajikan, hak berpersatuan, gaji minimum dan lain – lain tanpa sebarang diskriminasi antara pekerja tetap atau  kontrak.
Katanya, menafikan hak dan meletakkan mereka setaraf buruh asing adalah satu bentuk penindasan yang tidak sewajarnya berlaku di negara ini.
“Pekerja bukan hamba abdi yang diperah kudrat mereka dan ditindas dengan pelbagai akta yang tidak memihak serta memelihara kepentingan mereka.