Sabtu, 3 Disember 2011

Puisi Jadi Senjata Batah Undang undang Perhimpunan Awam

A SAMAD SAID MENJAHIT BENDERA

Yemen PM warns power deal at risk amid fresh violence

A SAMAD SAID MERINDU RUANG

A SAMAD SAID UNGGUN BERSIH

Meracau dengan dosa sendiri

Oleh Muhammad Zir

3 DISEMBER – Keresahan ramai pemimpin UMNO yang merasakan bahawa parti mereka akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang semakin jelas terpampang.
Mereka meneka-neka apa kemungkinan akan terjadi jika kehilangan kuasa, mereka mula menyangka yang bukan-bukan tentang apa yang bakal berlaku ke atas untung nasib mereka.
Igauan ngeri mereka itu menggambarkan seolah-olah Malaysia ini akan dilanggar garuda. Kata-kata “Jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur” melambangkan kehebatan imaginasi para propagandis UMNO.
Imaginasi orang bersalah
Mereka membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka Perdana Menteri adalah orang Cina dan bukan Melayu lagi. Mereka membentuk imaginasi mengatakan Islam akan hancur berkecai-kecai dan agama lain akan menjadi agama persekutuan. Begitu juga Bahasa Melayu yang dibayangkan akan lebur.
Mereka membayangkan bahawa kedudukan istimewa Melayu dan digantikan dengan hak sama taraf. Negara kita pula digambarkan akan menjadi sebuah negara republik, yakni tanpa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan lagi.

Ceritera Parti U

 Daing Yahya

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pembuka kata
Kita sebagai Parti U berbeza dengan pihak lawan. Contoh pertama, jawatan Ketua Umum dalam Parti A tidak dipilih secara demokratik, malah lebih berkuasa pulak dari Presiden parti.
Lihat bagaimana Presiden kita dipilih oleh perwakilan secara demokratik. Cumanya ada seorang mantan Presiden kita yang amat berkuasa sehingga boleh menyuruh Presiden kita buat itu dan ini. Kalau tak ikut cakap dia, alamat jadi seperti seorang lagi mantan Presiden yang tidak lagi cemerlang, gemilang dan terbilang, hanya sudah terbuang.

Berjuta-juta pengundi Malaysia “bangsat”?

Oleh Fairuz Azhan
3 DISEMBER – DAP memperolehi hampir 900,000 undi atau 12.8 peratus daripada keseluruhan undi bagi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP mendapat 1.1 juta undi atau 14 peratus.
Peratusan undi terbanyak DAP di peringkat DUN diperolehi di Pulau Pinang dengan 54.6 peratus dan Perak 42.4 peratus.
Selepas PRU 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan. DAP hanya bertanding satu PRK bagi Parlimen Sibu di Sarawak pada Mei 2010. Kemenangan berpihak kepada DAP dengan mendapat 18,845 undi atau 49.7 peratus.
Pada April 2011, DAP yang meletakkan 15 calon dalam pilihan raya negeri Sarawak telah menang 12 kerusi dengan mendapat 134,847 undi atau 20 peratus daripada keseluruhan undi.

Pro-M UPM Cadang Ibadah Haji ‘Diharamkan’ Kepada Rakyat Malaysia


Serdang, 3 Dis : Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), Tarmizi Anuwar hari ini menggesa Kerajaan Malaysia mengeluarkan undang-undang baru yang mengharamkan penglibatan rakyat Malaysia dalam ibadah Haji di Mekah.
Gesaan itu dibuat adalah satu respon ‘sinis’ terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam (RUU) yang dibacakan di Dewan Rakyat minggu lalu.
“Sebagai seorang mahasiswa dan rakyat Malaysia saya sangat kecewa dengan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam yang telah dipersetujui oleh majoriti Parlimen Malaysia pada 29 November 2011 yang lepas.

Winners and losers at Umno assembly 2011

KUALA LUMPUR, Dec 3 — In a few hours, the Putra World Trade Centre (PWTC) will be empty of the thousands of delegates, observers and supporters attending the annual Umno general assembly. The five-day meeting saw a slew of speeches that touched on the issues facing the dominant party in the ruling Barisan Nasional (BN) coalition.
Here are the winners and losers.
WINNERS: Hardliners in Umno because the speeches and tone from this year’s assembly suggest that the party has moved further away from the centre. Umno used to be a broad church of opinions from the farmers, religious scholars to the teachers and businessmen and pure political animals concerned about social justice, economy, religion and race.
Today, race is the dominant theme and the supremacy of the Malay race is being used to bulldoze and shut out other voices in the party. The DAP was singled out as the main cause impeding unity talks between the Malay parties. Ironically, PAS was formed by the Umno religious wing in 1951 and both parties only worked together in 1973 to 1977 in the aftermath of the May 13 race riots.

Najib sounds election war drums, promises to uphold Malay agenda..,....no more 1Malaya eh..!!!

KUALA LUMPUR, Dec 3 – In what is expected to be his final parting words to Umno delegates before polls are called, Datuk Seri Najib Razak reaffirmed tonight his commitment to upholding the Malay agenda, denying it was ever sidelined under his 1 Malaysia platform.
“Who says we do not uphold the Malay or Bumiputera agenda?
“When I started 1 Malaysia, I did not say – let’s neglect the Malay agenda,” Najib (picture) thundered to thousands of delegates at the Dewan Merdeka hall at Putra World Trade Centre (PWTC) here.

Anwar Ibrahim Dalam Buku "The 500 Most Influential Muslims"

Anwar Ibrahim disenaraikan dalam bahagian " Honorable Mentions ". Berikut apa yang ditulis dalam bahagian tersebut tentang Ketua Pembangkang itu.

Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is
the former Deputy Prime Minister of Malaysia, former
Finance Minister and is currently the leader of the Malaysian
Opposition Coalition. In 2010 he was awarded
the lifetime achievement award from The Association of
Muslim Social Scientists (AMSS UK). He is well-known
for his liberal Islamic stance on politics, and is influential
as a leader and role model for young people. Ibrahim’s
coalition now controls 4 of 13 state governments. If led
by Anwar, it would have a fair chance of winning the next
national election in 2013. In December 2010, he was suspended
from Parliament for 6 months.

Takut Hantu : MP Sabah tolak RCI siasat Projek IC

Walaupun Parlimen menerima syor supaya suruhanjaya diraja (RCI) menyiasat skandal Projek IC, tetapi seorang ahli parlimen Sabah berkata, ia bukan cara untuk menyelesaikan masalah dakwaan rakyat asing diberi kewarganegaraan dan hak untuk mengundi di negeri itu.

Sebaliknya, isu yang sudah lama berlarutan itu sepatutnya ditangani melalui kementerian-kementerian kerajaan, kata ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin.

Lesen Peniaga "Ali Baba" Akan Ditarik Balik

KLANG 3 DIS : Kerajaan Selangor akan mula memantau setiap pemilik lesen perniagaan bagi memastikan mereka betul-betul mengendalikan perniagaan mereka sebagai usah menghapuskan amalan "rentier" atau "ali baba" yang menjadi kebiasaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang lama. Sehubungan itu, Kerajaan negeri akan menarik balik lesen daripada pemilik yang didapati "menyewakan" lesen atau tapak perniagaan mereka kepada orang lain, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

UMNO - Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU...semuanya AKU!

Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah ‘winnable candidate’ dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan.

Dalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan UMNO atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka.

Mukhriz yang ‘tidak berotak’ mengeluarkan teori ‘kuasa asing’ lama ayahnya

Mukhriz yang ‘tidak berotak’ mengeluarkan teori ‘kuasa asing’ lama ayahnya Timbalan Menteri Perdagangan Mukhriz Mahathir diserang bertubi-tubi selepas memberitahu kongres Umno bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bekerja dengan "kuasa-kuasa asing" bagi perlawanan di Malaysia.
"Mukhriz meracau tidak padan bagi seorang timbalan menteri. Beliau seolah-olah mengikut tabiat bapanya untuk menimbulkan dalam fikiran komplot tidak masuk akal dan tidak wujud. Beliau tidak mendatangkan sebarang bukti bagi membuktikan fitnah beliau terhadap Pakatan Rakyat," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.
"Seperti bapanya, dia adalah pembohong yang jelas. Malah, parti Umno adalah satu ancaman kepada kebebasan semua rakyat Malaysia dan merompak sumber Negara melalui rasuah dan kronisme. Umno adalah seperti kanser yang melemahkan dan perlahan-lahan membunuh negara ini. Mereka mesti dihentikan. "

"Siapa yang mengenalinya dari Adam?" : Shahrizat dan suami mula terasa panas

"Siapa yang mengenalinya dari Adam?" : Shahrizat dan suami mula terasa panasKebenaran mula keluar. Walaupun penutupan yang besar oleh pasukan pelapis teratasUmno yang melibatkan polis ditambah dengan prestasi yang layak dianugerahi Oscar, perwakilan parti, terutama dari sayap Wanita, mahu ketua mereka Shahrizat Jalil dihentikan. Jika bukan dari parti itu sepenuhnya, maka sekurang-kurangnya berhenti semua jawatan termasuk kedudukan Kabinet beliau.
"Siapa yang mengenalinya dari Adam?" seorang wakil dilaporkan memberitahu The Malaysian Insider merujuk kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail, yang telah diberikan RM250 juta NFC bagi projek ternakan lembu.
"Ayuh, mereka faham. Dia suami kamu, jadi apa maksudnya ia tiada kaitan dengan kamu? Jika kamu bukan seorang menteri kamu fikir suami kamu akan mendapat projek itu? "

Umno's fear of the Chinese will be its biggest downfall

Umno's fear of the Chinese will be its biggest downfallA leopard will not change its spots. Same goes for UMNO. In this case, UMNO leaders at its AGM will not cleanse all their past ‘sins’ to make it a party of choice for the Malays and other races in the coming general election. They use the AGM not to be meditative or introspective of their weaknesses as a political party, but choose to turn it into a political forum to childishly put down the Opposition.
This is a big letdown on their part. They are obviously on a defensive mode –- shielding the many issues affecting their leaders – personal, corruption and incompetency –- thinking that the delegates are ‘village fools’ who have come to listen to their side of the stories. They have under-rated the intelligence of the delegates and the people at large.
One delegate from Johore snapped: “We are talking the same old stories. We want to be defensive on everything even though we have done many wrongs. We are not admitting all our wrongdoings. We just don’t want to admit our mistakes. This is not the way for UMNO to win the Malay hearts. The people are not happy with many things going on in the country.”

1Lembu : Tujuh ramuan untuk UMNO menang PRU-13

Berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.
KUALA LUMPUR: Tujuh ramuan penting digariskan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kemenangan pilihan raya umum akan datang.
Timbalan perdana menteri tujuh ramuan itu bersatu demi kemenangan parti;  bersetia kepada parti dan pemimpin; berkhidmat dengan sepenuh hati kepada parti dan rakyat; berjihad demi parti; berusaha menjadi ahli pasukan parti yang bagus; redha dan bertawakal.
Menurut Muhyiddin, berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.
Beliau menekankan aspek bersatu demi kemenangan parti dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon.

Najiba Yanjibu Najban Najib


Kerajaan Rakyat l Maksud dan signifikasi nama Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembaharuan yang dibawa dalam pentadbirannya berjaya mencuit perhatian perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Wakil Terengganu ketika membangkitkan perkara itu semasa membahaskan usul bodek membodek membawa fulus di perhimpunan itu.

SAH: 13 Produk Makanan KR1M Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985


Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

1Lembu : Desak Nik Aziz undur bukti Umno Kelantan takut

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ianya juga menunjukkan betapa Umno gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.

"Kita ingin bertanya kepada perwakilan Umno Kelantan ini, atas dasar apakah Menteri Besar Kelantan diminta berundur? Jika atas faktor umur, tidakkah mereka yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan serta jauh lebih muda dari Nik Aziz lebih layak untuk berundur?

"Tidakkah Mohd Afandi membaca Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan duit kerajaan yang berlaku di bawah pentadbiran individu yang kononnya lebih muda,"soalnya.

Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.

A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.

"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.

Anak muda mampu merubah rejim – SN A Samad Said

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hari ini menggesa anak muda bangkit meneraju perubahan rejim bagi mengembalikan demokrasi kepada rakyat.
Seruan itu dibuatnya kerana kecewa dengan tindakan Umno BN meluluskan Akta Himpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat 29 November lalu.
“Perubahan regim hanya berkemungkinan di tangan anak muda,” kata Sasterawan Negara itu yang lebih mesra sebagai Pak Samad.
Beliau membuat seruan itu pada satu majlis bacaan puisi membantah akta itu di Taman KLCC petang tadi.

Puisi Jadi Senjata Batah Undang-undang Perhimpunan Awam

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Laungan 'Suara Rakyat' oleh anak muda bergema di Taman Suria KLCC menunjukkan isyarat jelas rakyat membantah undang-undang perhimpunan awam yang baru diluluskan Dewan Rakyat.Hampir 250 orang hadir untuk bersama-sama mendengar deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (Pak Samad) sebagai bantahan terhadap Undang-undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan minggu ini.
Pak Samad turut mendeklamasi tiga sajak yang bertajuk Merindu Ruang yang diciptakan khas untuk perhimpunan hari ini, "Unggun Bersih" dan "Jahit Bendera".
Walaupun berlaku sedikit kekocahan yang melibatkan pihak keselamatan KLCC namun tidak menghalang beberapa anak muda yang hadir untuk turut sama mendeklamasikan beberapa puisi yang ditulis Pak Samad dalam buku 'Puisi Jadi Senjata'.
Pak Samad yang ditemui selepas itu berkata, kehadiran beliau hanya untuk meredakan kekangan yang ada memandangkan kerajaan telah meluluskan Undang-undang tersebut.
Jelas beliau, sekiranya masyarakat terus dibiarkan dan ditakutkan dengan jajahan yang menyekat demokrasi, dikhuatiri mereka akan menjadi takut dan tidak berani untuk memberikan idea.

1Lembu : Seleweng RM250 juta jumlah kecil bagi Umno

KUALA LUMPUR Dis 3 : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene.
“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum KEADILAN ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam.

1Lembu : Demi nepostisme, Umno khianati Melayu

HULU SELANGOR: Di sebalik keangkuhan mentohmah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Khalid Jaafar mendedahkan, Umno sebenarnya parti yang mengkhianati Melayu.
“Umno kononnya pembela nasib Melayu tapi sebenarnya merekalah pengkhianat perjuangan orang melayu. Ini kerana wang rakyat diseleweng, rakyat dikhianati.
“Apakah ini parti yang akan terus memerintah negara dan membela nasib Melayu?” katanya.
Khalid turut membidas pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana keluarganya terlibat dalam penyelewengan RM250 juta melalui NFC.
“Kerajaan beri dana projek memajukan industri lembu supaya tidak bergantung dengan daging import. Ini tidak, duit itu dilabur untuk beli kondo,” katanya.
Menyeru rakyat supaya sedar  pengkhianatan Umno dan menyelamatkan negara dari amalan nepotisme, beliau berkata, Umno ketandusan idea untuk memperkasa Melayu tetapi ligat mengutuk dan memfitnah Pakatan Rakyat.

1Lembu : Muhyiddin jahil konsep Negara Berkebajikan

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.

Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

Gila Talak : Ahli MT mahu PAS terus bincang kerjasama politik dengan Umno

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno hari ini menggesa PAS agar meneruskan perbincangan kerjasama politik dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu atas alasan ia penting bagi kelangsungan hak-hak orang Melayu pada masa depan.
Datuk Bung Moktar Radin (gambar) berkata Umno sentiasa mahu mengadakan perbincangan mana-mana parti bagi mencari jalan bagi melindungi hak dan istimewa orang Melayu atas alasan DAP mempamerkan ancaman ke atas masa depan orang Melayu.
Seperti ramai perwakilan Umno pada perhimpunan agung tahunan kali ini, Bung Moktar mendakwa DAP mempersoalkan hak kaum dan agama orang Melayu.
“Kami (Umno) fleksibel, pragmatik. Adalah baik bagi PAS untuk membincangkan masa depan kaum kita,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
“Kami sentiasa terbuka, untuk mengambil mana-mana parti dan bekerjasama untuk meredakan keadaan, kami tidak mahu masalah ini. Kami tidak mahu negara ini menderita,” katanya lagi.

1Lembu : Melayu tak akan sesekali gadai anak bangsa sendiri...UMNO yang gadai anak bangsa..!!!

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein  mengingatkan anggota parti itu bahawa tuntutan kebebasan dan hak asasi yang giat berkumandang sekarang ini  perlu diseimbangkan.

Katanya, walaupun orang Melayu sanggup memberikan apa sahaja, mereka tidak akan sesekali menggadaikan anak bangsa sendiri.

"Seperti kisah Puteri Gunung Ledang, orang Melayu sanggup memberikan jambatan emas, air mata anak dara dan tujuh dulang hati nyamuk, tetapi semangkuk darah anak sendiri tak akan digadaikan," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga menteri dalam negeri, kerajaan telah menjalankan pelbagai tranformasi dengan memansuhkan akta lapok, termasuk ISA.

Bagaimanapun, tambahnya, untuk membendung keselamatan dan ketenteraman awam daripada aktiviti keganasan, akta baru mesti ditubuhkan selaras dengan agenda itu.

1Lembu : BN perlu menang selesa dapat ‘kuasa’ pinda Perlembagaan..ikut selera UMNO laa......

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan  Barisan Nasional (BN) perlu menang selesa kerana ia akan memudahkan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum 2008 telah memeritkan parti betapa bahaya bila sesuatu kerajaan tidak mendapat majoriti dua pertiga.
“Kita bukan sahaja mesti menang dalam pilihan raya umum ini tetapi kita mesti menang dengan selesa,” kata beliau (gambar) ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 petang ini.

1Lembu : Najib cabar PAS tinggalkan DAP

NONEMelangkah ke pusingan akhir persediaan untuk menghadapi "pilihan raya yang paling sukar dalam sejarah negara ini", Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat di hadapan ribuan perwakilan parti itu.

Sambil mendakwa PAS telah diperkudakan oleh DAP, Najib mencabar parti Islam itu meninggalkan DAP.

"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.

1Lembu : Umno cipta sejarah buat bai’ah, dakwa tragis jika Pakatan ganti BN

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Perhimpunan Agung Umno 2011 membuat ‘sumpah bai’ah’ buat kali pertama dalam sejarahnya, dilihat mengikut amalan PAS, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan Presidennya Datuk Seri Najib Razak menyifatkan ia sebagai “pilihan raya paling getir” bakal dihadapi mereka.
Dalam ucapan penggulungannya Najib (gambar) mendakwa negara akan berhadapan dengan tragis jika Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada DAP-PAS-PKR memenangi pilihan raya umum akan datang.

UluYam111202 Anwar02

Anwar Ibrahim: Mesra Rakyat Hulu Yam Baru (Part 1/2)

Free Syrian Army sergeant speaks to Al Jazeera

Decision on Penang Hill Carpark

" Where's The BANGSAR BEEF "

Syria rights abuses should be 'referred to ICC'

200 brave water sprinklers to protest Assembly Bill

Faktor "Winnable Candidate" Sukarkan UMNO Menang PRU


Calon 'winnable' cetuskan kebimbangan sabotaj

Kebimbangan ahli Umno yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon mensabotaj parti menjadi tajuk panas pada perhimpunan agung Umno kali ini. Ia berikutan konsep calon boleh menang atau 'winnable candidate' yang ditimbulkan kali ini yang menandakan kriteria asas tidak lagi akan dijadikan panduan.

Daripada ucapan perwakilan, adalah jelas perbalahan bagi menjadi calon pada peringkat bahagian mungkin disabotaj oleh mereka yang tidak dicalonkan dan penyokong mereka adalah satu kebimbangan bagi Umno.

Beberapa perwakilan menimbulkan perkara itu dan mahu kepimpinan parti bertindak bagi menyelesaikan masalah itu, termasuk membentuk sebuah jawatankuasa disiplin.

Banjir Di Kajang Akan di Maju Kepada MB

KAJANG 3 DIS : Kejadian banjir kilat terburuk di sini semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti penerokaan tanah Hutan Simpan Hulu Sungai Jeluk yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun lalu sebelum Kerajaan Negeri Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin berkata selain itu hujan lebat hampir tiga jam yang berlaku di kawasan bandar itu selain kegiatan penerokaan hutan Simpan Hulu Sungai Jeluk antara punca banjir besar tersebut

Skim Ceria Fasa Dua Beri Manfaat Kepada Lagi Ramai Pangsapuri dan Flat

BATU CAVES, 2 DIS : Rakyat Selangor terus berpeluang menikmati keuntungan dan kelebihan hasil inisiatif kerajaan menaikkan kualiti dan taraf hidup rakyat dengan pelancaran Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) fasa kedua.Majlis pelancaran program CERIA ini dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Flat Samudera, Taman Samudera dengan dihadiri oleh penghuni flat dan tetamu-tetamu kehormat lain.

Resume unity talks, Umno leader tells PAS...ha.ha..ha...!!!!

KUALA LUMPUR, Dec 3 — An Umno supreme council leader today urged PAS to resume unity talks with his party, claiming this was necessary for the continuity of Malay rights in the future.
Datuk Bung Mokhtar Radin said Umno was always open to discussions with “any parties” to find ways to safeguard Malay rights and privileges, claiming that the DAP posed a threat to the future of Malays.
Like many other Umno delegates at this year’s annual assembly, Bung Mokhtar (picture) accused the DAP of questioning Malay racial and religious rights,
“We (Umno) are flexible, pragmatic. It is better for PAS to discuss for the future of our race,” he told reporters here.
“Umno is always open, to take any party and work together to calm things down, we do not want this problem (racial strife) to go on. We don’t want the country to suffer,” he said.
The Kinabatangan MP said the DAP should stop questioning Malay rights and the position of Islam in the country, saying that “Malays feel that this land is ‘Tanah Melayu’ and therefore they respond (to DAP).”
“This is Malaysia, we have to respect the constitution,” added Bung Mokhtar.

Aziz Bari dijangka tinggalkan UIA tahun depan

Selepas pertelingkahannya dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu kebebasan akademik, pakar perlembagaan, Prof  Abdul Aziz Bari dijangka meninggalkan universiti itu tahun depan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Aziz mengambil keputusan itu kerana dinafikan ruang untuk menyuarakan pendapat beliau dalam bidang akademik.

Salah satu contohnya ialah insiden di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bulan lalu, kata sumber itu.

Bulan lepas, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilaporkan tidak membenarkan Aziz berucap di Kuis, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor.

‘Peaceful Assembly’ protest turns poetry recital

A. Samad Said (left) recites a poem to those gathered in the city centre park, Kuala Lumpur December 3, 2011. - Pictures by Melissa Chi
KUALA LUMPUR, Dec 3 — The second KLCC protest against the new assembly law became a poetry recital session instead, with national laureate Datuk A. Samad Said reciting his latest poem, Merindu Ruang to a crowd donned in yellow clothing. “Make yourself comfortable, it’s going to be a party,” Bersih 2.0 steering committee member Wong Chin Huat told a crowd of about 200 today at the park adjacent to the Petronas twin towers and prominent city building.
 “We will fight violence with the beauty of literature,” he added.
The crowd was joined by among others, DAP lawmakers Lim Kit Siang, Tony Pua, and Lim Lip Eng.
Today’s demonstration, last half an hour, was the second to be organised by the Freedom to Assemble Campaign, a coalition of over 30 NGOs.

Skim TAWAS Diperluas


GOMBAK 3 DIS : Kanak-kanak yang lahir di Selangor mulai 1 Januari 2008 layak untuk mendaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) walaupun telah mencapai umur melebihi setahun pada hari pendaftaran.Ketika ini, pendaftaran TAWAS hanya boleh dibuat sebelum kanak-kanak ini menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kelonggaran ini dibuat bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak yang lahir di Selangor mendapat manfaat daripada kekayaan negeri.
"Kita melonggarkan syarat ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak di Selangor mendapat faedah hasil pelaburan dengan TAWAS.

PAU 2011 : Ucapan Perwakilan Umno Tidak Berasas

SHAH ALAM, Nov 3 : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyifatkan perbahasan dari wakil Selangor Datuk Johan Abdul Aziz kononnya pentadbiran Pakatan
Rakyat di Selangor lemah dan terdapat pelbagai penyelewengan di Perhimpunan Agung Umno semalam sebagai tidak berasas malah fitnah semata-mata.
Timbalan Ketua AMK Selangor, Muhammad Najmi Samsudin menjelaskan Umno sebenarnya sudah kehabisan isu besar untuk menawan balik Selangor pada pilihanraya
nanti.
“Bagi saya apa yang dikatakan oleh Johan itu tidak berasas malah tiada bukti langsung serta bersifat fitnah semata-mata,
“Apa yang dikata oleh beliau amat berbeza sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat disini, banyak kebaikan yang telah berjaya
dilakukan terutama agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.”

Interlok: NIAT buat laporan polis ke atas Muhyiddin, lima lain

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Susulan gesaan selama 10 bulan tidak menemui hasil diharapkan, Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) hari ini membuat laporan polis terhadap enam pihak termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran berhubung kontroversi penggunaan novel itu sebagai teks sastera tingkatan lima.
Laporan dibuat di ibu pejabat polis Dang Wangi mendakwa enam pihak yang dinamakan telah menyalah guna kuasa mereka dan mengelirukan orang ramai dengan memberi maklumat tidak tepat.
Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia, S Barathidasan berkata, laporan itu turut membabitkan presiden tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) MIC, MCA dan Gerakan serta Dewan Bahasa dan Pustaka dan anggota panel yang mengkaji semula kandungan novel berkenaan.

Lawak seminggu tak habis gelak (3)


Kah kah kah kah kah....

Lawak bodoh dari perwakilan Kelantan. Bodoh ler katakan..... so tanya pun soalan yang bodoh.

'Dr M sudah, Pak Lah pun sudah, Nik Aziz bila nak undur? [Baca sini]

NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.
Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”
“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.
“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.
Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.
“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.
“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.

Lawak seminggu tak habis gelak (2)


Dah semingu tak online.... macam-macam lawak berlaku, especially di Perhimpunan UMNO. Pelbagai gelagat badut-badut UMNO yang bikin kita ketawa.

Ini lagi lawak...
Perwakilan UMNO mahu jawatan penting GLC kepada UMNO.

Jangan jadikan SYARIKAT GLC HARTA UMNO!

Perwakilan dalam mesyuarat agung Umno hari ini menuntut kerajaan memperuntukkan kerusi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada anggota Umno.
Mengulangi seruan yang sama pada persidangan tahun lalu, mereka berpendapat tindakan itu akan memberikan manfaat kepada ekonomi orang Melayu.

"Apa gunanya GLC kalau tidak membantu parti dan orang Melayu dalam pentadbiran negara.

Lagi Sengal : UMNO Umpama Power Rangers..agak-agak lah nak ampu tue..!!!





UMNO nak buat sumpah bai'ah......ramai le yang akan jadi sesumpah dan dimakan sumpah..!!!

Oleh Ameno World

kah kah kah

Lawak woittt lawak...

Hari tue muka2 neh larh yang merapu meraban cakap pas sesat, pas kafir, pas syiah, pas taliban, pas suwey, pas segala2 yang buruk teruk jahat bagi je larh kat pas. Sebab pas je larh yang ektremis bagai di malaysia neh. Banding dengan taliban pun, taliban kalah bhai. Last2 puak2 neh juga yang nak meniru cara pas mengikat taatsetia wakil rakyat agar jangan sesekali gadai maruah diri dan parti demi duit dan kuasa.

Kah kah kah
Aku boleh cakap bai'ah yang dibuat oleh calon2 umno adalah sia2. Sebab? Tiada mana2 pun pemimpin2 pr akan tawarkan wang + duit + kuasa kepada mana2 pemimpin umno samada korang kalah or menang. Buang masa seme tue weh. Anwar Ibrahim juga tak berani ambil jalan neh. Sebab kalau dia berani ambil jalan neh dah lama dah 16sept menjadi realiti. Ada faham?

‘Apakah bila kita balik, kita akan berubah?’ ....UMNO berkubur negara bebas....!!!

Salleh Majid

3 DIS — Pelbagai seruan dan laungan kita dengar sehari dua ini sempena Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di PWTC. Banyak tekak yang serak kerana ingin mengatasi desibel penceramah sebelumnya.
Tidak ada bantahan yang perubahan mental, anjakan paradigma yang diperlukan daripada ahli Umno. Kalau dulu kita kata kena berubah, kini kita kata transform.
Soalnya, apakah bila kita balik ke kawasan kita, cawangan kita, bahagian kita — kita akan berubah? Misalnya yang ingin merebut sesuatu jawatan tak kiralah jawatan apa, sanggup beralah beri pada orang lain yang kita fikir lebih layak untuk memimpin? Apakah amalan politik wang yang semua orang tahu entah dari mana datangnya akan dibelanjakan untuk memenangi sesuatu jawatan akan berhenti?
Katakanlah seseorang yang tidak terpilih jadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini akan terus menyokong parti seperti yang dikehendaki pucuk pimpinan? Dan tidak terus mencah keting atau sabotaj sesiapa yang terpilih?

Fatwa Penggunaan Dakwat Kekal Telah Wujud Sejak 2007 Lagi .....Siapa bakal jadi kambing hitam SPR...!!!

Tulang Besi

3 DIS — Tidak faham mengapa SPR menggunakan alasan menunggu Fatwa Majlis Fatwa dalam penggunaan dakwat kekal. Ini kerana fatwa mengizinkan penggunaan dakwat kekal telah wujud semenjak tahun 2007 lagi.
Apa lagi alasan SPR aka Biro Umno untuk menguntungkan Umno. Kita tunggu sahaja. Cuma yang Tulang Besi tahu, semua kerajaan diktator di Timur Tengah jatuh setelah rakyat hilang kepercayaan dengan sistem pilihanraya masing-masing.
Di bawah Tulang Besi bawa salinan fatwa dari laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk tatapan kita bersama.
Wallahualambissawab
Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia
Keputusan:

MB : Pertahan Usaha Bantu Rakyat...Tak Ada Masa Main Golf


HULU KLANG, 3 DIS: Tugas dan tanggungjawab yang dipikul dalam mentadbir negeri Selangor yang memiliki hasil negeri yang besar dengan jumlah penduduk seramai 5 juta orang bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan.Demikian coretan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap dihadapan hampir 400 penduduk setempat di Dewan Serbaguna Taman AU2 bersempena dengan lawatan kerja sehari ke Daerah Gombak semalam.

Fidlot: Kenyataan dan kerjasama polis tak mampu selamatkan Umno

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.

"Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu.

Muka Tembok : Rahim dakwa kes beliau tak sama dengan Shahrizat

"Saya dipecat kerana pembohongan Anwar," kata bekas ketua menteri Melaka dan ketua Pemuda Umno itu.
KUALA LUMPUR:  Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, kes beliau yang terpaksa meletakkan jawatan kerajaan dan parti tidak sama dengan yang sedang dihadapi ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Abdul Rahim berkata beliau terpaksa meletakkan jawatan  ketua Pemuda Umno dan ketua menteri Melaka pada tahun 1994 kerana kehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri waktu itu.
Beliau menegaskan pemecatannya bukan kerana kehendak kabinet atau pun skandal seks dengan remaja buah umur.
Skandal seks itu dicetuskan oleh pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng yang kini ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP.
Mahkamah bagaimanapun membebaskan Abdul Rahim dan memenjarakan Lim.
Manakala Shahrizat pula kini berdepan dengan dakwaan penyalahgunaan dana pusat ternakan negara (NFC) membabitkan wang RM250 juta.