Jumaat, 2 Disember 2011

NFC: Siasatan masih jalan, kata Hishammuddin..pulak..polis lain..sprm lain..menteri lagi lain..!!!!

KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Putrajaya belum menutup siasatan berkenaan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meskipun polis mengatakan tiada elemen pecah amanah (CBT) setakat ini.
“Ya, hanya disebabkan tiada elemen CBT, ia tidak bermakna kes sudah berakhir,” kata beliau (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri enggan mengulas lanjut tetapi mengesahkan siasatan masih dijalankan.“Saya fikir tidak tanggungjawab bagi saya untuk membuat komen berdasarkan itu,” kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab Umno Luar Negara di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno di sini hari ini.
Dalam kenyataan pagi tadi, Jingga 13 amat kesal dengan kenyataan polis semalam bahawa siasatan awal mendapati tiada unsur pecah amanah jenayah dalam kes melibatkan skandal NFC.

Dekonstruksi 4

Oleh: MSK
Sejak Sabtu lepas, aku tak duduk dirumah pasai terlibat dalam usaha-usaha mendekonstruksi sistem. Ada yang kata aku buat kerja sia-sia…ada juga yang kata aku buat kerja gila. Tapi tak pa..Galileo juga pernah dikatakan gila, malah pernah dipenjara kerana membawa idea gila bahawa bumi ini bulat…sedangkan semua orang pada masa itu mengatakan bumi ini leper.
Malah, orang yang mengatakan bumi itu leper adalah orang-orang ugama yang mengatakan bahawa sesiapa yang percaya bahawa bumi ini bulat adalah penentang wahyu Tuhan dan dianggap murtad.

UMNO Jaga Kepentingan Melayu Hanyalah METOS

Oleh  Ibn_bacoks

imagePONTIAN – ”Hari ini, (sebuah) metos, hanya UMNO yang boleh jaga (nasib) orang Melayu,” kata YB Dr Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hal ini kerana katanya perbandingan dalam soal pencaiapan orang Melayu di negeri yang diperintah PR jauh lebih baik dengan di bawah BN.

”Johor (didakwa) selamanya di bawah UMNO. Cuba bandingkan aset di Kelantan dengan Johor. (cuba) cari kedai emas di Johor, (milik) orang Melayu. Mana banyak, bagaimana milik Melayu di JB (Johor Bahru) dengan KB (Kota Bharu),” soalnya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau lagi UMNO perlu mengakui bahawa rakyat merupakan ‘Tuan’ bagi negeri manakala para exco dan Menteri Besar merupakan ‘Pengurus’ yang menjalankan amanah bagi kepunyaan rakyat.

Negara Zina : Pelajar Sekolah Harapan Semakin Bertambah

Oleh Yusuf Wahab

Sekolah Harapan Negeri Melaka adalah idea daripada Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah dibuka pada tanggal 17 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Kini sudah genap setahun sekolah itu telah beroperasi di Jasin. Sekolah itu yang dikenali sebagai ''Sekolah Harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Peruntukan untuk Sekolah Harapan ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan pelajar ketika dibuka adalah seramai 5 orang dan boleh memuatkan maksimum 40 pelajar.

Najib's fairy tale of reforms and transformation: Do the Malays really buy it?

Najib's fairy tale of reforms and transformation: Do the Malays really buy it?It is becoming very frequent now as Malaysia heads into the last lap before the people are called upon to make a crucial landmark vote. Over and over again, we hear Prime Minister Najib Razak literally 'begging' the people to give him and his UMNO party another chance to rule the country.
Yes, it is crucial indeed for Najib and UMNO to stay in power or the boil that they have been growing and allowing to fester through the decades will finally explode and all their shameful wrongdoings against the people will be exposed. They will be forced to take responsibility for their misdeeds - at last.
Since assuming office in 2009, Najib Razak has not garnered the mandate of the people. He is merely the president of the biggest party in Barisan Nasional, and by virtue of that, assumed the role of prime minister until a clear mandate is delivered at a general election. And this is why, to Najib the coming GE-13 is crucial and all important. It grants him the right to say that the people of Malaysia want him to lead the country as prime minister.

TPM Cetek Pemikiran

Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang 2 negara yang mempunyai daya fikir Intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik. Semasa merasmikan serentak Persidangan Tahunan Putri, Pemuda dan Wanita UMNO, beliau meneruskan perseteruan terhadap Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya dengan alasan yang berbentuk fitnah dan dangkal.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan UMNO bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul. PAS akan menggantikan UMNO untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa ‘belasahan’ UMNO. Jadi UMNO sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.

Ketua Penerangan Umno Berfikiran Sempit

Oleh USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar kenyataan rasis dan dangkal Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan terhadap Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan kerusi yang lebih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Datuk Ahmad Maslan mengancam orang Melayu dengan mengatakan Parlimen Malaysia akan “tergantung” seperti Parlimen Australia kerana Barisan Nasional tidak dapat melaksanakan polisi negara kerana hanya mendapat majoriti mudah sahaja.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam kenyataan dan sangkaan buruk Datuk Ahmad Maslan terhadap kerjasama yang terjalin utuh oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan sokongan bukan Islam kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

YB M.Kula:"Menteri Buta Gajikah?" Parliament Oct/Nov 2011

Asabiyyah Bangsa Arab - Ustaz Azhar Idrus

Terlibat Parti Lawan Islam - Ustaz Azhar Idrus

Pegang Handset Baca Quran Ketika Solat - Ustaz Azhar Idrus

Berniaga Air Liur Burung Walit - Ustaz Azhar Idrus

Tak Pergi Masjid Kerana AJK Masjid Sokong Kezaliman - Ustaz Azhar Idrus

Pakai Suasa / Mufti Johor - Ustaz Azhar Idrus

Ibu Kata Malas Pada Anak - Ustaz Azhar Idrus

Solat Jamak Qasar Untuk Majlis Maksiat - Ustaz Azhar Idrus

Doa Tak Buruk Sangka / Air Mani - Ustaz Azhar Idrus

Solat Ikut Imam Sokong Sekular - Ustaz Azhar Idrus

Plaza metro kajang banjir!

Banjir Besar di Kajang

Banjir Teruk di Bandar Kajang Selangor Part 2 , 02Dec,2011

Banjir Teruk Di Bandar Kajang , Heavy Flood in kajang Town 02Dec,2011

Siapa Berkuasa : AirAsia terus kempen bantah MAHB naik cukai......

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berikrar untuk meneruskan kempen menentang kenaikan cukai lapangan terbang oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

NONESeseorang pegawai AirAsia yang enggan namanya disiarkan, berkata
kempen tersebut akan diteruskan tanpa memperdulikan gangguan MAHB ke atas kakitangan AirAsia.

Dia bagaimanapun enggan menyatakan butiran apa yang mencetuskan kempen tersebut tetapi menegaskan ia adalah keputusan bersama AirAsia.

Bagaimanapun, katanya, MAHB tidak lagi bertindak sekeras semalam terhadap kempen tersebut.

"Sehingga hari ini, mereka tidak se-agresif semalam, mereka hanya menurunkan poster dan pelekat kami."

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandez mengumumkan melalui Twitter pada 30 November lalu mengenai kempen membantah langkan MAHB menaikkan cukai di 27 lapangan terbang di bawah pengurusannya.

PAU 2011: Transformasi atau medan bagi memuaskan hati golongan ‘hardliner’?

2 DIS — Perhimpunan Agung Umno bagi tahun 2011 berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember.
Seperti biasa, media-media memberikan liputan meluas apatah lagi Umno merupakan tunjang kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara.
Perhimpunan kali ini amat penting oleh kerana ianya berlangsung sebelum pilihanraya umum (PRU) ke 13 yang dikatakan bakal berlaku tidak lama lagi.
Presiden Umno merangkap perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 3 April 2009 dari Tun Abdullah Ahmad Badawi memerlukan segera mandat dari rakyat.
Ini penting bagi Najib untuk terus memerintah negara sekaligus memperkemaskan kedudukannya dalam parti Melayu terbesar itu. Mandat yang beliau pegang pada ketika ini adalah kepunyaan Abdullah selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008.

UMNO saran k'jaan wujud zon larang demo di KL

Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mencadangkan kepada kerajaan supaya menimbangkan mewujudkan kawasan khas atau 'zon bebas' daripada demonstrasi atau perhimpunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini kerana, dakwanya, ramai peniaga kecil khusus di Jalan Tunku Abdul Rahman mengalami kerugian jika berlakunya sesuatu perhimpunan atau demonstrasi.

"Kita tidak mahu lagi apa yang berlaku pada 9 Julai lalu apabila pembangkang melancarkan perhimpunan  BERSIH," katanya.

"Kawasan bebas ini perlu supaya peniaga tidak berasa tempias dan mengalami kerugian akibat daripada kumpulan yang tidak bertamadun yang kononnya mahu menegakkan demokrasi dan kebebasan bersuara," tegasnya.

Dakwanya, kira-kira RM1.5 juta peniaga kecil di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalami kerugian semasa perhimpunan itu, antaranya di Jalan Tunku Abdul Rahman.

'Beri jawatan penting GLC pada orang Umno'

Perwakilan dalam mesyuarat agung Umno hari ini menuntut kerajaan memperuntukkan kerusi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada anggota Umno.

Mengulangi seruan yang sama pada persidangan tahun lalu, mereka berpendapat tindakan itu akan memberikan manfaat kepada ekonomi orang Melayu.

"Apa gunanya GLC kalau tidak membantu parti dan orang Melayu dalam pentadbiran negara.

"Dalam perhimpunan ini pun saya nampak hanya Proton yang ambil bahagian. Mana yang lain?" soal wakil Puteri, Wan Salwati Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

MPN GAMIS : Mahasiswa, Anak Muda Perlu Bersedia Hadapi PRU-13

Kuala Lumpur, 2 Dis : Mahasiswa mesti bersedia untuk bertindak sebagai third-force dalam meneraju arus gelombang perubahan dan memobilasi gelombang kebangkitan rakyat.
“Ini amat penting bagi memastikan kepimpinan negara kita sentiasa dinilai oleh mahasiswa yang juga merupakan kumpulan check and balance kepada negara,” kata Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.

Mendemokrasikan Syura



 Zainulfaqar Yaacob,
Bekas aktivis GAMIS dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 2004-2006
Menjelang pemahsyuran presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) baru yang dijadualkan pada Jumaat, kedengaran perbezaan pendapat mengenai sistem syura yang dilaksanakan oleh pertubuhan gabungan berkenaan.
Ada yang bersetuju dengan sistem syura yang sedia ada, iaitu memberi autoriti kepada bekas pemimpin GAMIS sendiri menentukan ‘waris’ kepemimpinan mereka dengan mendapat ‘lampu hijau’ dari pemimpin pemuda parti tertentu.
Ada yang bersetuju dengan sistem syura yang lebih demokratik, iaitu setiap ahli GAMIS diberi hak untuk menentukan setiap kepemimpinan mereka melalui proses pilihan raya.

Bersih: Just meeting one demand not enough

The electoral watchdog wants all its demands to be taken heed of and a monthly progress report on the Parliamentary Select Committee recommendations.
PETALING JAYA: Electoral watchdog Bersih 2.0 is unhappy that only one of its eight demands were fully adopted by the Parliamentary Select Committee (PSC).
Bersih said only the use of indelible ink was fully adopted while two other suggestions – reform of absentee voters and cleaning-up the electoral roll – were only partially implemented.
Bersih repeated that the implementation of the eight demands is the “bare minimum” for a reasonably clean and fair elections and must be implemented before the upcoming polls.
It also wants the Election Commission (EC) to publish monthly progress reports on the implementation of proposals made by the PSC.

Kata dua gabungan MTUC, batal pindaan Akta Kerja atau sedia hilang undi PRU

Mohd Roszeli Majid
SHAH ALAM, 2 Dis ― Kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang ini memberi kata dua kepada Putrajaya agar menarik balik Rang Undang-undang Kerja 2011, yang dijadual dibahas di Dewan Negara minggu depan, jika tidak bersedia menghadapi kesan ketika pilihan raya umum ke-13.

Kantoi : Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur'

Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau “winnable candidate” berundur pada pilihan raya umum akan datang.

1Lembu : Perjuangan Shahrizat kerana agama?


DI DALAM UCAPAN SEMPENA PERSIDANGAN AGONG WANITA UMNO SEMALAM MENTERI WANITA INI BERUCAP DENGAN LANTANG, BERNADA MARAH DAN PENUH EMOSI.  BELIAU KELIHATAN MACAM LEMBU NAIK MINYAK,  BEGITU JUGA WANITA-WANITA PERWAKILAN DI SEKELILINGNYA !

ANTARA LAIN  KATANYA,..   ISU LEMBU YANG MELIBATKAN WANG RAKYAT RM250 JUTA TIADA KENA MENGENA DENGANNYA !  PERJUANGAN BELIAU ADALAH UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

INI BEBERAPA SOALAN,  PENULIS TUJUKAN KEPADA BELIAU,…

1.    Apakah suami dan anak-anak dato’ yang mengusahakan projek lembu “fidlot” itu langsung tak ada kena mengena dengan dato’ ?
2.    Bolehkah suami dan anak-anak dato’  memperolehi projek itu,  jika dato’  sendiri bukan seorang menteri?
3.    Dato’  seorang menteri Islam,  perjuangan dato’ semata-mata kerana agama konon !  bermakna dato’ nak memperjuangkan Islam !,  bagus lah tu!,  tetapi soal menutup aurat yang kecil pun dato’  tak boleh selesai,  apa nak diharap kepada perkara yang lebih besar?
4.    Apa kaitan selewengkan RM250 juta dengan perjuangan Islam dato?
5.    Apa kaitan selewengkan RM250 juta dengan perjuangan untuk bangsa dan Negara dato’ ?
6.    Apa kaitannya isu lembu ini dengan wanita Umno?  sehingga dato’ seolah-olah meminta sokongan dan simpati dari  ibu-ibu dan seluruh isteri perwakilan Umno?

Oleh : rahimothman

Harapan baru dalam struktur politik lama

"Hari ini, melalui kertas undi, anda telah mendengar suara hati anda dengan sepenuh tekad bahawa masa untuk perubahan sudah tiba.

Rakyat Malaysia telah bersuara.  Ini adalah detik bersejarah, yang luar biasa dalam sejarah negara kita.

Hari ini lebaran baru telah dibuka.  Rakyat telah mengundi dengan berani dan terbuka untuk melangkah ke satu era di mana kerajaan yang dibentuk mestilah bersifat terbuka dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya adalah satu rakyat yang bersatu....

Inilah harapan baru untuk Malaysia
!"

Demikianlah perutusan Anwar Ibrahim, (gambar kanan) pemimpin Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat, pada 9 Mac 2008, sehari selepas rakyat menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan menghilangkan kuasa memerintah di empat lagi negeri di Semenanjung Malaysia.

Negara Zina : Impak maksiat yang maksimum

“Dia baru balik dari kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), kami dah lama tak jumpa, mungkin kami berpeluk sebab rindu, ustaz...”

Demikianlah pengakuan sepasang remaja yang dicekup Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), seperti yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan beberapa bulan lalu. Mereka ditahan pada jam 3.20 pagi, di tepi pantai yang agak gelap dan jauh dari pandangan orang awam. Lagi pula ketika itu umat Islam sedang menuju penghujung bulan Ramadan.
“Kamu berkawan dengan dia terlalu lama sampai tujuh tahun, kenapa kamu tidak berkahwin dengan dia sahaja kalau kamu beri dia pegang badan kamu?” tanya seorang penguatkuasa.
“Saya tidak bagi dia pegang semua,” jawab si remaja perempuan.
Astaghfirullah... jahilnya remaja kita ini. Apa lagi yang nak diperkatakan? Sampai bila kita harus dicemeti dengan berita sebegini di dada-dada akhbar? Persoalan yang lebih pokok lagi, apalah nak jadi dengan generasi muda kita sekarang?

Acah Mak Enon...gempaq.....gimik.....alah lawak 10 sen je tu...

Tiga pelakon di atas bersedia menarik diri dari bertanding dalam PRU13 akan datang. Ini diumumkan dalam satu sidang akhbar selepas perasmian Per­him­pun­an Agung Umno 2011 oleh Presidennya semalam. [sumber .]

Boleh percaya ke?

Hang jangan tertipu......ada syarat dari mereka.....apa syaratnya?

GELOMBANG LEMBU SHAHRIZAT!!! Tenggelamkan harapan Persidangan UMNO


Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

RUU Perhimpunan Aman: PAS saman PM, kerajaan pusat

KUALA LUMPUR, 2 Dis ― PAS hari ini memfailkan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pusat ekoran tindakan menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, Selasa lalu.
Saman difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hatta dan Dzulkefly merupakan Ahli Parlimen.
Menurut Mohamad (gambar), tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan menamakan Najib sebagai responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua.
Mohamad menambah saman difailkan bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut.

Sabaq Kak Jat...takkan marah sampai nak selak kain.....

Oleh : PUTERI BULAN
Riuh rendah bagai dilanggar geruda atau dilanyak gajah Tok Mia...bila Kak Jat kita mengamuk...
Amboi...kak Jat marah sungguh...muka merah sama warna tudung dan mulut...
Kak Jat kata dia dah tak larat nak senyum....tapi Puteri nak suruh kak Jat senyumlah juga...pasai senyum tu sedekah...hehehehhe...

Kak Jat merah sungguh bula Ketua Wanita Keadilan, Puan Zuraida menyuruh dia meletakkan jawatan...marah sungguh pada Rafizi kerana mendedahkan penyelewengan suaminya dalam NFC.

Rakyat perlu pilih di antara rasuah dan reformasi kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 DIS – Rakyat perlu memilih sama ada mahu menyokong Barisan Nasional yang telah mencuri masa depan kita sejak 54 tahun atau untuk menolak BN untuk menyelamatkan anak-anak kita pula daripada menjadi mangsa.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat perlu membuat keputusan itu kerana pestasi terburuk Malaysia selama 10 tahun membuktikan Datuk Seri Najib Razak gagal mencapai matlamat anti-rasuahnya.
Katanya, laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh Transparency International (TI) telah membuktikan kegagalan Perdana Menteri mencegah rasuah walau pun telah mencanangkan ke seluruh pelusuk negara melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Hebatnya calon-calon boleh menang UMNO…

Oleh Adil Mat Selamat
2 DISEMBER – Dalam gegak-gempita persidangan agung parti United Malays National Organisation atau UMNO, kita dapat melihat dengan jelas corak pemikiran dan gagasan perjuangan sebenar parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu ini.
Paling menarik ialah isu calon Yang Berhormat mereka bagi menghadapi pilihan raya yang mereka anggap sebagai ‘ibu segala pilihan raya’. Mesej ini jelas menunjukkan bahawa, hidup mati UMNO akan ditentukan pada PRU ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Semua bakal-bakal calon yang merasa dirinya layak atau wajar dipertimbangkan, pastinya sedang giat melobi dan menggunakan segala kesempatan di saat-saat akhirnya ini untuk menunjukkan ketaatan, kebolehan dan kemampuan mereka sebagai calon ‘boleh menang’ bagi UMNO.

Permintaan 1Lembu : Pilih pemimpin GLC, GLIC berjiwa Umno

Cadangan ini dibuat supaya mereka dapat membantu orang Melayu meningkatkan pemilikan ekuiti dalam ekonomi.
Perhimpunan Agung Umno 2011
KUALA LUMPUR: Wakil Perak hari ini mencadangkan peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipilih daripada kalangan mereka yang berjiwa Umno supaya dapat membantu orang Melayu meningkatkan pemilikan ekuiti dalam ekonomi.
Datuk Idris Hashim berkata walaupun kerajaan semakin giat melancarkan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kesannya terhadap ekonomi orang Melayu masih belum dilihat dengan jelas.
“Apa salahnya orang yang berjiwa Umno mengepalai GLC dan GLIC ini supaya agenda Bumiputera dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ini sekaligus membantu program transformasi ekonomi supaya dapat mengalir ke bawah,” katanya ketika membentangkan usul Ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2011, di PWTC di sini hari ini.

UMNO.... “Lu Langsi...Lu Mati! “

Oleh reformisanakmuda

"umno tipu

Banyak yang tidak masuk akal dan "kurang ajar" oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Najib dan Umno pada masa lalu.

Menurut mereka, orang Melayu jauh di belakang kaum-kaum lain dari segi kekayaan dan pembangunan dan juga membentuk majoriti golongan miskin.
 
Mengapa orang Melayu tidak makmur walaupun DEB untuk lebih daripada 40 tahun dan sebagai kerajaan selama lebih daripada 60 tahun?

Umno jahanamkan agenda Melayu

Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus, kata anggota AMK PKR.
SEREMBAN: Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun.
Sambil mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berdebat tentang isu ini, naib exco AMK PKR Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain.
“Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan ketika Kongres Nasional PKR di Pulai, Johor tempoh hari. Hak dan keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota PKR.

Persidangan Lembu : Berhimpun untuk kecam pemimpin Pakatan

Kecaman demi kecaman ini sengaja dibuat untuk menyemarakkan lagi kebencian orang Umno dan rakyat terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat.
Perhimpunan Agung Umno 2011
KUALA LUMPUR: Saban tahun kecaman terhadap pemimpin dari parti gabungan Pakatan Rakyat merupakan agenda tetap bagi Perhimpunan Agung Umno dan sengaja ditimbulkan untuk menyemarakkan kebencian orang Umno dan rakyat terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.
Pada perhimpunan tahun ini juga, yang diadakan di tempat yang sama, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sejak 29 November lalu sehingga esok, tidak terkecuali dan terlepas dari kecaman-kecaman yang dilontarkan oleh para pemimpin Umno.

Tunggu fatwa dakwat kekal hanya dalih SPR

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa.
"Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang.
"Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal.
"Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya.

Anak gesa semua MB halang proses pajakan tanah, tahan senaraikan Felda

KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menggesa kesemua menteri besar yang negeri masing-masing ada kawasan Felda menghalang perjanjian pajakan - salah satu langkah yang membolehkan penyenaraian Felda Global Ventures, dengan tidak menandatangani dokumen status hak milik tanah.
Perjanjian pajakan tanah Felda dijangka berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, oleh kerana wujud banyak kecelaruan dan kekeliruan berhubung perjanjian pajakan tanah dan maklumat mengenai proses penyenaraian, maka pihaknya mahu kerajaan-kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian berkaitan status hak milik tanah di bawah Felda Plantations.
“Ini kerana ada kawasan Felda masih belum memperoleh status hak milik, jadi menteri besar kena menandatangani dokumen berkaitan bagi membolehkan tanah terbabit dipajakkan.

Why should BN be allowed to treat our EPF money as their personal kitty?

Why should BN be allowed to treat our EPF money as their personal kitty?
Since former prime minister Mahathir Mohamad took over in 1981, Malaysia's policy-makers have always adopted an over-simplistic financial and economic strategy, which is to simply spend from what was inherited from the past.
The UMNO-BN government just siphoned money from the funds, borrowing huge amounts for economic sustenance rather than for growth. This created a false sense of economic activity and 'busyness' resulting in a transient peak in the real economic growth (adjusted for inflation) with a jump to 6.3 percent in 2007.
In 2008, growth fell to 4.6 percent in 2008, then dived to -1.7 percent in 2009 before rebounding to a fresh peak of 7.2 percent in 2010, only to fall again before hovering around 5 percent now. Sad to say, most of the money was 'invested' in bailing out failed business, and creating businesses without any revenue.

Ranks of Free Syrian Army gain strength

Umno parti perkauman

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Air Hitam (Part 3/3)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Air Hitam (Part 2/3)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Air Hitam (Part 1/3)

Program Anak Emas RM 200

NFC akan terus junamkan indeks rasuah, kata PAS

PAS: Perhimpunan bukti agenda 'perkauman' Umno

PAS takes gov't to court over Assembly Law

Today in History for December 2nd

EC ready to use indelible ink

Guan Eng-"Pilihanraya Yang Adil,Bebas Dan Bersih" 2 Dec 2011.mp4

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Aspan Alias

2 DIS — Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dan Perhimpunan Umno sekarang ini.
Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden Umno itu.
Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Ayat-ayat Quran digunakan untuk memecahkan kesatuan di antara kaum yang wujud di antara kami di bawah ini. Selepas ini apabila keadaan tidak berubah dan sokongan masih tidak didapati, tidak tahulah ayat apa pula yang akan di gunakan. Saya rasa carut-mencarut pula akan menjadi senjata untuk memecah belahkan rakyat untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kuasa lanjutan dari rakyat.

Shahrizat dicabar tanding lagi di Lembah Pantai – Izzah

Umno dicabar meletakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding lagi di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar.
Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan.
“Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua Wanitanya, maka dengan ini saya mencabar mereka meletakan Datuk Shahrizat sekali lagi untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU akan datang,” katanya dalam perbahasan di Parlimen semalam.

Khairy dedah Zahid Hamidi salah guna kuasa


SHAH ALAM, 2 DIS : Ternyata anggapan sesetengah pihak bahawa badan berkuasa seperti Polis dan Tentera dipergunakan oleh UMNO ada asasnya.
Ini berikutan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungannya sewaktu perhimpunan agung UMNO di ibu negara semalam yang mendedahkan terdapat unsur-unsur penglibatan kedua badan keselamatan negara itu dalam menentukan calon yang bakal bertanding.
"Kali ini kita pastikan bukan semata-mata bergantung kepada laporan agensi kerajaan, tetapi betul-betul calon yang dikehendaki rakyat," tegas beliau bangga.

PRU13: Gamis seru siswa, anak muda bersedia

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Mahasiswa mesti bersedia untuk bertindak sebagai third-force dalam meneraju arus gelombang perubahan dan memobilasi gelombang kebangkitan rakyat.
“Ini amat penting bagi memastikan kepimpinan negara kita sentiasa dinilai oleh mahasiswa yang juga merupakan kumpulan check and balance kepada negara," kata Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Menurutnya, mengambil intipati sejarah agung Islam, penghijrahan Nabi s.a.w., mahasiswa seharusnya bersedia untuk meletakkan diri sebagai benteng mempertahankan keadilan sejagat.

Persidangan Lembu : Umno label DAP ancaman sebenar gugat Melayu

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Kebimbangan bahawa orang Melayu akan hilang kuasa dan hak-hak istimewa terus menjadi fokus Perhimpunan Agung Tahunan Umno yang masuk hari kedua hari ini dengan ada perwakilan mendakwa DAP sebagai “dalang” yang sebenar.
Serangan ke atas parti pembangkang menjadi perhimpunan kali dan diluahkan oleh perwakilan ditemui.
Perwakilan-perwakilan mendakwa DAP meminggirkan kaum Melayu di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat selain mencabar kesucian Islam.
“Parti (Umno) adalah platform (kita). Kebimbangan utama kita ialah masa depan Melayu dan Islam.
“Ia menjangkaui perbezaan politik antara PAS, PKR. Orang Melayu ada sebab untuk resah mengenai kedudukan orang Melayu dan agama dicabar, dan sebelum kita sedar, ia sudah terlewat,” kata perwakilan Abdul Rahim Kamarudin.
Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Gombak memberitahu The Malaysian Insider, orang Melayu akan hilang jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, manakala PKR dan PAS akan menjadi hamba kepada DAP.

Akta Himpunan menyalahi Deklarasi Hak Asasi Manusia – Law Asia

KUALA LUMPUR 2 Dis: Persatuan Undang-Undang Asia dan Pasifik (Law Asia) menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai bercanggah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.
“Akta itu melanggar norma hak asasi manusia secara langsung dan tidak langsung, yang dinyatakan melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat – Setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan,” kata Presidennya, Malathi Das.
Menurut Malathi, Law Asia membantah undang-undang tersebut kerana ia mengekang himpunan aman yang menjadi amalan biasa di negara-negara bertamadun yang lain.

SPR tak boleh tambah peraturan sesuka hati – Maximus Ongkili

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menambah sebarang peraturan baru disaat-saat akhir semasa berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi PSC, Datuk Maximus Jonithy Ongkili.
Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, yang meminta PSC menjelaskan tindakan SPR sebelum ini yang kerap membuat peraturan baru di saat akhir pengundian termasuklah memanjangkan tempoh mengundi.
“SPR tidak boleh tambah peraturan baru dan sekadar laksana peraturan sedia ada selepas ia digazetkan kelak seperti dicadangkan PSC,” katanya ditemui selepas sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook.

Persidangan Lembu : “Kami dah lali dengan tuduhan dan tohmahan Umno,” kata Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata Umno boleh terus melemparkan pelbagai tuduhan kepada parti Islam itu dan rakan komponen dalam Pakatan Rakyat sambil menyifatkan ia tidak memberi sebarang kesan terhadap parti perikatan itu.
Menurut Salahuddin (gambar), PAS-PKR-DAP akan terus bergerak ke hadapan tanpa mempedulikan segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan Umno.
“Apa yang membanggakan saya adalah perkara-perkara yang memberangsangkan untuk parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP...ini membuktikan Pakatan Rakyat benar-benar menjadi alternatif kepada rakyat dan saingan yang begitu hebat sekali bagi Umno.
“Jadi kita gembira dengan perkembangan ini dan kita akan terus bergerak ke hadapan, merangka strategi untuk kita lebih menawan hati rakyat...saya tidak peduli apa tuduhan mereka tapi apa yang penting kita kini berada di persada tanah air yang mana Umno begitu gerun untuk menjawab setiap isu yang kita bongkarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

NFC: Pertahan Shahrizat tapi mahu penjelasan

Walaupun Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dikaitkan dengan isu Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) beberapa perwakilan Umno yang ditemui hari ini mempertahankan beliau tetapi menggesa beliau memberi penjelasan berhubung kontroversi itu.

NONEPerwakilan Pahang, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mengadu
kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akar umbi menghadapi masalah untuk menerangkan isu yang melibatkan pemimpin parti.

"Tolong pemimpin teratas jangan buat kontroversi, kami di bawah susah nak jawab, yang terakhirnya NFC.

"Tolonglah presiden pastikan kemenangan untuk kita," kata Wan Amizan ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Beberapa perwakilan yang ditemui Malaysiakini turut bimbang dengan timbul isu ini.

Majlis Rapat Rakyat Di seluruh Negara

SHAH ALAM 2 DIS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengarahkan negeri-negeri mengadakan Rapat Rakyat sebagai langkah mengembeling seluruh jentera komponen pakatan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.Menurut surat arahan yang dikeluarkan Sekretariat Pakatan Rakyat semalam, setakat ini tiga lokasi telah dikenal pasti untuk diadakan majlis tersebut.
Sementara beberapa lagi lokasi di seluruh negara akan diputuskan kemudian.
Lokasi tersebut adalah Rapat Rakyat Selangor pada Ahad, 4 Disember 2011 bertempat di Perkarangan Stadium Melawati Shah Alam dari jam 7.00 - 12.00 malam.
Rapat Rakyat Perak pada Sabtu, 10 Disember 2011 di perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill Beruas, Perak pada jam 7.00 - 12.00 malam.
Rapat Rakyat Pulau Pinang pada 18 Disember 2011 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang jam 7.00 - 12.00 malam

Skandal NFC masih hantui Wanita, dakwa Shahrizat liabiliti Umno

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.
Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”
Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

PAS heret bil Perhimpunan Awam ke mahkamah

PAS hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua anggota parlimennya di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur pagi tadi, parti itu menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

PAS juga memohon perintah larangan supaya responden daripada terus melakukan tindakan itu.

Manakala perintah mandamus dipohon supaya responden menarik balik rang undang-undang atau memindanya turut dipohon sebagai alternatif.

Mencari Kambing Hitam : SPR sedia guna dakwa kekal jika dilulus Majlis Fatwa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Who knows him from Adam?" : Knives start to come out for Shahrizat and hubby

"Who knows him from Adam?" : Knives start to come out for Shahrizat and hubbyThe truth is finally out. Despite a performance worthy of an Oscar, Umno delegates, especially from the Wanita, want their chief Shahrizat Jalil out - if not from the poarty, then at very least to quit all party and government posts.
“Who knows him from Adam?” a delegate was reported as having told the Malaysian Insider in reference to Shahrizat's husband, Salleh Ismail, who was granted the RM250 million NFC cattle-breeding project.
“Come on, they understand. It is your husband, so what do you mean it has nothing to do with you? If you were not a minister do you think your husband would have gotten the project?"
Even Rafidah, who was much more powerful, had to give in
Shahrizat had at the Wanita congress received what appeared to rapturous support from the women delegates. Certainly, she took care to surround herself with die-hard loyalists who were clearly robotic in their defence of the chief.
But the fact remains, Shahrizat is just a step from being forced to step down. The corruption allegations over how Salleh and her childer had mismanaged the NFC project, squandering public funds on 2 super-luxury condos in Bangsar, a high-end Mercedes Benz CLS350, residential land in the poshest part of Putrajaya have shocked the nation.
The money was meant to incubate and grow the project, which aims to ensure Malaysians get access to cheap beef. NFC was granted to her family in 2006 by the then-premier Abdullah Badawi, who had a soft spot for her and supported her challenge of past Wanita chief Rafidah Aziz.

Mana-mana makcik pakcik abang kakak kat PWTC lanie.. mai saya nak habaq LEMBU FIDLOT tu menatang apa..???

http://3.bp.blogspot.com/_gkleJ62O-iM/S77ddGtyXTI/AAAAAAAAAGo/6C_hVMwc570/s1600/DSCN1880.JPG
Tadi terbaca dalam Malaysiakini pendedahan oleh Pengarah Strategi PKR, kisah kompeni Lembu Fidlot RM250 JUTA guna duit dana tu beli Mercedes RM500,000 lebih, beli tanah di Putrajaya RM3,000,000 lebih. Hari tu heboh kata beli kondo juta-juta, kemudian pi makan angin guna duit dana itu merata dunia.

Habis la duit subsidi beras, gula dan minyak kita yang kena tarik hari itu yang kononya nak digunakan bagi meningkatkan prasarana dan kesejahteraan rakyat jelata, habis RM250 JUTA melayang masuk kocek kroni depa macam tu saja.

Upin dan Ipin lebih relevan dari Umno

PARIT BUNTAR, 2 Dis: Semangat rasis yang disemarakkan oleh Umno pada perhimpunan agungnya perlulah dibuang jauh-jauh kerana unsur itu tidak lebih dari mengundang kemusnahan terhadap negara.
“Saya melihat kegelabahan pemimpin Umno yang dipamirkan serta mendapat liputan meluas dari media pengampu adalah tidak lebih dari retorik dan lakonan pemimpin Umno di pentas politik negara yang diulang bekali-kali untuk selamatkan kuasa menjelang pilihanraya.
“Malah saya sangat terkejut dengan pemimpin wanitanya yang menyingsingkan lengannya semasa berucap,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Dalam Perhimpunan Agung Umno, kata beliau hakikatnya mereka sedang menanam kebencian terhadap orang Cina dan DAP selepas sokongan kaum itu jelas tidak memihak kepada BN dan MCA.
Tambahnya, dalam masa yang sama sokongan orang India juga diharapkan kembali kepada BN dengan pelbagai cerita dan mengapi-apikan kononnya berlaku penghinaan kepada bangsa tersebut.

Rakyat perak bakal dapat MB baru?

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir didakwa tidak lagi akan dipilih sebagai menteri besar Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13.
Sebaliknya beberapa nama dikatakan bakal menggantikan Zambry termasuklah Bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli, Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Bruas Datuk Manaf Hashim yang didakwa kini sangat rapat dengan perdana menteri.

Wujudkan undang-undang tangani YB lompat

KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan satu undang-undang baru bagi menangani permasalahan wakil rakyat lompat parti.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya sangat perlu bagi menghalang ataupun menghukum wakil rakyat yang bertindak mengkhianati undi rakyat di kawasannya.
"Kita tidak mahu wakil rakyat mencabul hak rakyat sebagai pemilih.
"Jika seseorang wakil rakyat lompat, maka dia perlu dikenakan tindakan gugur jawatan sebagai wakil rakyat, sama ada ahli parlimen atau Adun," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagai mengulangi pendiriannya di Dewan Rakyat semalam, yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya turut mengesyorkan perkara tersebut kepada kerajaan.