KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.“Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?” kata Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan.



KUALA LUMPUR, 1 Dis: Tiga ahli Parlimen PAS yang menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) minggu lalu mendesak kerajaan Malaysia meningkatkan kesedaran rakyat berhubung kezaliman Israel terhadap Palestin.
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah kerajaan dan Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang.

KUALA LUMPUR, 1 Dis: DAP hari ini secara tegas menolak tuduhan jahat pihak-pihak tertentu terhadap parti itu yang mengatakan DAP anti Melayu dan anti Islam.


KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang sinis ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap Umno parti yang ‘mendakap demokrasi’.
KOTA BHARU - Mufti Kelantan meminta umat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan ceramah kumpulan Kelab Taat Suami (KTS) yang sering mengeluarkan nasihat berbaur seks kononnya sebagai pedoman yang perlu diikuti pasangan suami isteri.

























PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.


KEDUDUKANNYA sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri; dan paling penting sebagai ‘Sepupu Perdana Menteri’ mungkin menyebabkan Datuk Seri Hishamuddin tidak berani disentuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masih belum disiasat oleh Ketua Audit Negara (KAN) Hishamuddin adalah Menteri Kabinet Pertama yang bertanggung jawab meletakkan Sabah dalam dilema keracunan plumbum dengan memasang Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai talian grid; sebelum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengikut rentak yang sama