Rabu, 30 November 2011

Keluarga Shahrizat 'JOLI SAKAN' Guna Duit Dana NFC



PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

1Lembu : BAPAK I SURUH U ALL BERJIHAD,AMACAM U ALL NAK?



N'N:Jihad???

200 Arrested at Occupy Los Angeles, Park Cleared

MP PKR Balik Pulau Bahas RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan

29 Nov 2011 - Soalan Tambahan - Persekolahan & UEC - PKR Machang

29 Nov 2011 - Soalan Tambahan - Pelaburan ASEAN - PAS Bachok

29 Nov 2011 - Soalan Tambahan - KLIA2 & Kesatuan Sekerja - PKR Kuala Langat

29 Nov 2011 - Soalan Tambahan - Akta Kawalan Harga Rumah - PKR PJS

29 Nov 2011 - Sesi Soalan - Pinjaman KWSP - PKR Indera Mahkota

29 Nov 2011 - Sesi Soalan - LPT2 - PAS Kuala Terengganu

29 Nov 2011 - Sesi Soalan - IPT & UPU - PAS Hulu Langat

29 Nov 2011 - Sesi Soalan - Industri Pertanian Organik - PKR Ketereh

29 Nov 2011 - Perbahasan RUU LHDN 2011 - PKR Indera Mahkota

29 Nov 2011 - Perbahasan Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011 - PAS Marang

29 Nov 2011 - Perbahasan Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011 - Ketua Pemb...

29 Nov 2011 - Perbahasan Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011 - DAP Bagan

14 Nov 2011 - Usul 66(9) - Kem. ST&I

14 Nov 2011 - Tenaga Nuklear - Mosti - PKR Kuantan

14 Nov 2011 - Syarat2 Pengiktirafan Airport - Kem.Pengangkutan (4)

14 Nov 2011 - Soalan Tambahan - Pencapaian IPTA - PKR Indera Mahkota

14 Nov 2011 - Soalan Tambahan - Komoditi Negara - PKR Balik Pulau

14 Nov 2011 - Soalan Tambahan - Gula-Gula - PAS Kubang Kerian

14 Nov 2011 - Soalan Tambahan - Gula-Gula - DAP Kepong

14 Nov 2011 - Set Train 6 Gerabak - Kem Pengangkutan (2) - PAS Kuala Sel...

14 Nov 2011 - Sesi Soalan - Pelancong Timur Tengah - PAS Kota Bharu

14 Nov 2011 - Sesi Soalan - Mengatasi Kenaikan Harga Barang - PAS Rantau...

14 Nov 2011 - Sesi Soalan - Latihan Keselamatan Wartawan - DAP Klang

14 Nov 2011 - Sesi Soalan - Kekosongan Kuarters Guru - PAS Padang Terap

14 Nov 2011 - Radiasi - Mosti - DAP Ipoh Barat

14 Nov 2011 - Projek2 Terbengkalai - Kem.Kerjaraya (3)

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem.ST&I - PKR Kuantan

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem.ST&I - DAP Ipoh Barat

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem.SA&AS - PKR Kuantan

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem.SA&AS - PAS Pendang

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem.SA&AS - DAP Kota M...

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem.SA&AS - DAP Batu G...

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Perlancongan - PA...

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Perlancongan - DA...

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Pengangkutan - PK...

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Pengangkutan - PA...

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Pengangkutan - PA...

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Pengangkutan - DA...

MP PKR Batu - Menteri Di JPM: RUU Polis (Pindaan) 2011

MP PAS Tumpat Bahas RUU Polis (Pindaan) 2011

Bahas RUU Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan)(Pinda

Persidangan Lembu : Cadangan tubuh agensi khas perjelas institusi raja

Perwakilan Negeri Sembilan Hasnah Mohamad mencadangkan Majlis Raja-Raja menubuhkan agensi khusus bagi menerangkan tentang kefahaman dan menyebarkan mengenai kuasa-kuasa raja-raja.

NONEKatanya, agensi tersebut juga boleh dijadikan sebagai pusat penyelidikan mengenai institusi raja di negara itu.

"Kami (juga) mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkukuhkan tiang seri iaitu institusi raja-raja," katanya.

Sebelum itu, Ketua Wanita Kangar, Datuk Mastika Junaidah turut mencadangkan perkara yang hampir sama.

Mastika yang mengemukakan usul yang sama berkata beliau mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan "jentera khas" untuk menerangkan tentang peranan dan fungsi raja-raja.

Perhimpunan Lembu : Perwakilan dakwa penyokong DAP 'bangsat'

Perbahasan dua perwakilan Pemuda Umno hari ini mensasarkan serangan mereka terhadap DAP dan PAS - parti gabungan dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Kedah.

Kedua-dua negeri itu kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

PKR: NFC bought Putrajaya land, Merc

Hantu PRU : PAS persoal pengundi pos Titiwangsa ditambah

KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS kawasan Titiwangsa mempersoal tindakan kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa telah membuat penambahan pengundi pos di Parlimen Titiwangsa yang kini berjumlah 1,100 orang.

Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya kawasan itu, Khairul Anuar Abdul Manap, penambahan itu didakwa berlaku bagi tahun 2011 untuk suku tahun kedua dan ketiga.

Dalam data bagi daftar pemilih suku ketiga tahun 2011, jelasnya seramai 51 pengundi baru didaftarkan sementara pengundi yang berpindah masuk ke Parlimen Titiwangsa sebanyak 471 orang.

Saifuddin: Shahrizat tak payah kait Wanita Umno

1Lembu : NFC sering bayar syarikat pelancongan

Selain dakwaan pembelian kereta mewah dan lot tanah, PKR hari ini turut mendakwa bahawa syarikat National Feedlot Corporation (NFC) sering membuat bayaran kepada sebuah syarikat pelancongan sehingga "dua tiga kali sebulan."

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bayaran berjumlah RM455,423 itu dibuat sebanyak 15 kali semenjak Januari hingga Julai 2010 melalui akaun syarikat NFC.

Beliau mendedahkan perkara itu sebagai salah satu daripada senarai dakwaan "perbelanjaan boros dan bersifat peribadi" yang dibuat keluarga Shahrizat.

1Lembu : Penganugerahan kontrak NFC tidak telus, menyeleweng

KUALA LUMPUR 30 Nov: Penganugerahan kontrak Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan syarikat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, tidak dibuat dengan telus dan berlaku penyelewengan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.
Menurut Saifuddin, idea asal untuk menguruskan industri daging dan penternakan komersil itu dimulakan sejak 2003 oleh sebuah syarikat bumiputera yang menghabiskan kira-kira RM300,000 sebagai persediaan.
Bagaimanapun, penganugerahan projek itu tidak mengikut prosedur yang betul apabila usahawan tersebut tidak dipanggil semasa proses bidaan.
“Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender,”

Perumahan: PAS bidas tuduhan jahat BN

KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS membidas sikap tidak bertanggungjawab ahli-ahli Parlimen Umno BN yang membuat tuduhan-tuduhan jahat terhadap parti itu dan Pakatan Rakyat, khususnya berhubung penyediaan perumahan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebaliknya, PAS tidak sekali-kali akan menghalang sebarang projek perumahan untuk rakyat sekiranya ia benar-benar untuk rakyat dan dibuat kena dengan caranya.

Katanya, tentangan dan halangan yang diberikan oleh PAS berhubung sesuatu perkara mempunyai asas yang kukuh dan tidak sekali-kali untuk menyusahkan rakyat.

Teresa : Pelabur Jepun Tunjuk Minat Tingkat Pelaburan Di Selangor


SHAH ALAM 30 NOV : Pelabur Jepun menunjukkan minat yang mendalam untuk terus memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Jepun dan negeri Selangor hasil lawatan delegasi kerajaan negeri pada Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyo baharu-baharu ini.Menurut Exco Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok yang dihubungi Selangor Kini menjelaskan lawatan tersebut adalah usaha berterusan kerajaan negeri untuk menarik minat pelabur asing bagi menanam modal dan memperkembangkan industri ke negeri ini.
"Pelabur Jepun berminat dengan suasana di Selangor dan delegasi memberi penjelasan kepada pelabur Jepun apa keistimewaan yang ada di sini," katanya.
Dalam lawatan selama dua hari ke Jepun itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut melawat Ibu Pejabat Sony Corporation dan mengadakan perjumpaan singkat dengan Naib Presiden Kanannya, Tsugie Miyashita.

Shahrizat is 'cow minister of the year', declares PKR's Zuraida

Shahrizat is 'cow minister of the year', declares PKR's ZuraidaPKR Women's chief Zuraida Kamaruddin, never known to pull her punches, ticked off her Umno counterpart for not being intelligent enough to comprehend the difference between sodomy and financial corruption.
“It is shameful and reflects the typical Wanita Umno mentality. This is the wrong analogy, sodomy and the abuse of public funds. She really deserves the title of cow minister of the year,” Zuraida, the Ampang MP, told a press conference on Wednesday.
Shallow thinking
At the Umno Women's meet, Shahrizat had smiling and 'delicately' tried to gloss over her corruption allegations in the RM250 million NFC financial debacle by demanding that if she were to resign, so too should PKR president Wan Azizah.

PROF. AZIZ BARI: CINA PEMBAYAR CUKAI TERTINGGI

X-PENGARAH PELAJARAN PRK: KENAPA SAYA MASUK PAS

"Walk For Freedom to Walk" by Bar Council

Parliament Oct/Nov 2011 - YB Wong Ho Leng questions Ministry of Housing ...

Parliament Oct/Nov 2011 - YB Tony Pua questions Ministry of Finance

Parliament Oct/Nov 2011 - YB John Fernandez on Banishment Act (Repeal) Bill

Parliament Oct/Nov 2011 - YB Gobind Singh on Restricted Residence (Repea...

Parliament Oct/Nov 2011 - YB Tan Seng Giaw on Restricted Residence (Repe...

Inside Story: Are Egypt's lines of control being re-drawn?

Malaysia mosque offers drug therapy

NFC 'stole' livestock project, claims PKR

14 Nov 2011 - Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Kem. Pengangkutan - DA...

14 Nov 2011 - MRT - Kota Raja - Kem. Pengangkutan (6)

14 Nov 2011 - Menteri Fidlot Letak Jawatan - BN BCC

14 Nov 2011 - Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu - Kem.Kerjaraya (2)

14 Nov 2011 - Lebuhraya 1 Lorong - Kem. Kerjaraya (5)

14 Nov 2011 - KTMB Seremban - KL - Kem. Pengangkutan (1) - DAP Rasah

14 Nov 2011 - Jambatan & Jalan Raya - Kem.Kerjaraya (1)

14 Nov 2011 - Isu Air Asia - MAS - Kem. Pengangkutan (5)

14 Nov 2011 - Caj Tambahan TnGo - Kem.Kerjaraya (4)

14 Nov 2011 - Banjir (2) - Kem. SA&AS

14 Nov 2011 - Banjir (1) - Kem. SA&AS

14 Nov 2011 - (3) - Kem. SA&AS

Kak Ijat : Mesej buat Rafizi dan Zuraidah

Ladang Rakyat

Electoral reforms: Just do it, EC told

Six figures to run tourism FB page, DAP cries foul

Pua: Which part of 'low-cost' doesn't MAHB get?

Himpunan Aman: Jangan salah guna kuasa majoriti

Kenapa tak dinamakan RUU Rosma?

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dipenuhi gelak ketawa sinis ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, apabila dibangkitkan persoalan misteri kenapa tidak dibentangkan saja undang-undang yang dinamakan "Rang Undang-undang Rosma".

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, rang undang-undang yang dibentangkan hari ini agak ganjil apabila rang undang-undang itu dinamakan Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2012.

"Kenapa tak dinamakan rang undang-undang lain yang lebih sesuai? Contohnya "Rang Undang-undang Perumahan Rakyat" ke kerana itu lebih sesuai.

"Atau kenapa juga tak dinamakan rang undang-undang lain, contohnya ringkasnya "Rosma" ke?" katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pua: 'Tambang murah' mana MAHB tak faham?

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempertikaikan sama ada Malaysia Airports Bhd (MAHB) memahami konsep ‘tambang murah’.

Ini kerana kos pembinaan KLIA2 bagi menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) meningkat daripada RM2 bilion kepada RM3.9 bilion.

1Lembu : RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti

KUALA LUMPUR, 30 Nov — PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

1Lembu : Keluarga Shahrizat beli kereta mewah, guna dana NFC

KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
Wang berkenaan diperoleh daripada RM5 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC),  milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.
“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

1Lembu : PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Umno Youth calls PAS, PKR ‘bapok’, ‘pondan’ and DAP ‘enemy of Islam’

KUALA LUMPUR, Nov 30 — Pakatan Rakyat (PR) bashing served as a focal point in today’s Umno Youth assembly, with delegates resorting to the use of foul language and insults to get their points across.
Umno state youth chiefs took turns attacking PR parties with a specific focus on DAP, accusing the party of systematically eroding the rights of Malays in states like Penang and Kedah.
Umno youth leader Shaik Hussein Mydin alleged that under Lim Guan Eng’s administration, Malay food stalls in Penang had been demolished and Malay businesses affected. — file pic
One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had “no power” to stop the repression of Malay community there. “PKR and PAS are ‘bapok’ (transvestites) and ‘pondan’ (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP.
“A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam,” said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of “PKR, PAS tak ada telur!”
Zooming in on the island’s PAS state chief Datuk Salleh Man and state executive councillor in charge of religious affairs Abdul Malik Kassim (PKR), Shaik Hussin repeatedly called them “pondan” and “bapok.”

Pilihan raya demokratik tuntut media bebas


Oleh Abu Firdaus
PENULIS berpendapat bahawa andai kata sejak Merdeka dahulu media negara ini bebas, maka Uhttp://3.bp.blogspot.com/_ZTpUfDW6-x4/TJn8SZf-eAI/AAAAAAAAAJg/oS86ioqAdsQ/s1600/fd334daae6d1cb043dbcdcec31ada551.jpgmno sudah lama kalah dalam pilihan raya umum.Langkah Umno melalui kerajaan pimpinannya mengawal dan memanipulasi media adalah untuk menjamin kemenangannya dalam pilihan raya secara terus-menerus. Tidak salah bagi Umno untuk sentiasa menang pilihan raya umum kerana sememangnya itulah matlamat semua parti politik.

Bersediakah Kita Untuk Memerintah


Oleh Abdul Halim bin A. Karim
Apakah semua pihak bersedia untuk perubahan apabila Pakatan Rakyat(PR) memenangi tampuk pemerintahan negara nanti? Apakah pemimpin parti komponen PR telah bersedia untuk memerintah dan menangani isu-isu semasa dengan kaedah dan cara yang berbeda dari budaya yang diamalkan oleh UMNO-BN? Dan apakah penyokong yang memilih PR dan sekali gus menolak UMNO-BN sudah bersedia untuk menghadapi kaedah dan cara pemerintahan baru yang dibawa oleh PR.?

Salahuddin: Muhyiddin buktikan Umno memang tak jujur, PAS di landasan betul

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Serangan terbuka tidak berasas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap PAS malam tadi membuktikan parti Islam itu berada di landasan betul apabila selama ini menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik, kata Salahuddin Ayub.
Naib Presiden PAS ini menegaskan, kenyataan orang nombor dua Umno dan Barisan Nasional (BN) itu dengan sendirinya menggambarkan mereka tidak jujur dalam pelawaan dan ajakan berkali-kali selama ini, kecuali mahu menghancurkan Pakatan Rakyat.
“Ya, ya. Kita berada dalam landasan yang betul untuk tidak bersama dengan mereka (Umno), menolak ajakan mereka. Pendirian kami memang betul, apa yang kami sangkakan selama ini betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Lulus Akta Perhimpunan: Rakyat perlu tolak Umno-BN – Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 Nov: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, tidak ada jalan lain untuk menyekat Umno-BN daripada terus menggubal undang-undang yang bertentangan prinsip perlembagaan, selain rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang kini dikenali Akta Perhimpunan Aman 2011 di dewan rakyat, semalam.
“Nak buat apa lagi? Sekadar memprotes dan yakinkan rakyat bahawa dalam PRU ini mereka perlu tolak Umno-BN yang jelas tidak komited dengan janji mereka sendiri (untuk melakukan perubahan),” kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Same tired ‘wayang plot’ in Sabah polls spin

Known as the wild east because of its freewheeling business, land grabs, vote buying and illegal immigrants, Sabahans are expecting little else in the next general election.
KOTA KINABALU: While there is a cinematic ‘coming to a polling booth near you’ air over the soon-to-be-held 13th general election, the people here appear somewhat unmoved and cynical.
In rapidly changing Sabah, the impending 13th GE is seen as nothing more than eyewash.
“It may be a new election but like some movies the plot never changes … in Sabah it will be the same old story,” volunteered a middle aged man, on his way to drop his family of four off at a cineplex here to watch the latest offering.
Like him, the nagging question on most locals’ minds as they prepare to countdown to elect a new government and Parliament anytime between now and 2013 is : “Will the vote be entirely free and fair across the whole country and especially in their own state?”

Just go away, Shahrizat: It's an embarrassment each time you open your mouth

Just go away, Shahrizat: It's an embarrassment each time you open your mouthWanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Jalil says that if she resigns over the National Feedlot Centre (NFC) scandal, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail must also quit as PKR president over her husband’s criminal charge.
Rubbish. The two are not the same. The NFC, now being investigated for criminal breach of trust by the police, involves RM250 million in taxpayers’ monies and is, therefore, a matter of public interest.
On the other hand, the sodomy charge against Datuk Seri Anwar Ibrahim, even if not politically motivated as claimed by critics, is essentially a personal matter.
Whether or not Shahrizat really helped her husband secure the NFC contract as alleged by the opposition is of no matter, at least politically.
There is enough going against the NFC, with all the unrefuted claims that public funds meant for the cattle scheme were used for personal ends, that she should step down as soon as possible to avoid any hint of impropriety.

Plot to isolate Ku Li in Umno?

Rahim Thamby Chik's warning to Umno that the opposition is eying Tengku Razaleigh Hamzah as premier should they come into power is mischievous.

Why should the opposition parties invite Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah to become the prime minister if they could win the elections on their own merit? Doesn’t PAS has Hadi Awang, DAP has Lim Guan Eng and PKR has Anwar Ibrahim?
This assessment by former Umno vice-president Abdul Rahim Thamby Chik pre-supposes that between the three, neither one accepts the leader of each party as a future PM.
It also assumes further, that Razaleigh, known as Ku Li, commands a number of elected MPs to give him a standing in future negotiations.

RUU baru tak upaya sekat kebangkitan rakyat

KOTA BHARU, 30 Nov: Tindakan tergesa-gesa kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman dan diluluskan semalam disifatkan sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi kebangkitan rakyat.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentang RUU tersebut pada 24 November lalu merupakan langkah mundur ke bekalang.
”Hakikatnya RUU yang baru dilulus itu lebih teruk berbanding Seksyen 27 Akta Polis. Di bawah akta lama denda dikenakan sebanyak RM2,000 jika sabit kesalahan.

Persidangan Lembu : Pemuda Umno wajar pertahan Shahrizat dari terselak terus..!!!

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahamkan “keluarga” mereka.
“Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan.
“Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka,” kata Reezal pada persidangan pergerakan itu di sini hari ini.

Muhyiddin buktikan Umno sudah kering idea

KUALA LUMPUR, 30 Nov: AJK PAS Pusat, Khalid Samad (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan DAP ganti PAS membuktikan Umno sekarang sudah kekeringan idea.

Beliau yang ditemui di Parlimen hari ini memberitahu apa yang Muhyidin katakan itu jelas menggambarkan pemikiran Umno selama ini yang mana pendapat mereka Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

"Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan mereka hanya mengganggap Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu dan apabila siapa yang menentang Umno bagi mereka akan menentang Islam.

1Lembu : Shahrizat perlu jawab dana NFC untuk keluarga tunai umrah

KUALA LUMPUR 30 Nov: Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu  menjawab salahguna wang Perbadanan Fidlot kebangsaan (NFC) untuk tujuan ibadat Umrah dan melancong yang digunakan keluarga beliau, kata Ketua Biro Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.
Beliau berkata demikian susulan  reaksi Shahrizat di Perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya pimpinan KEADILAN tidak memainkan isu tersebut.
“Kita sangat dukacita kerana wang rakyat yang diberi untuk NFC diseleweng pula untuk menunaikan Umrah dan melancong.
“Ibadat Umrah tidak salah tetapi mengapa perlu menyalah guna wang NFC yang tujuan asal untuk penternakan lembu,” soalnya ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Krisis Felda: Singkirkan saja Isa

Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau, maka bermulalah satu episod hitam dalam sejarah Felda.

Belum pernah berlaku cabar mencabar dan suasana ‘panas’ di antara komuniti peneroka dengan pengurusan tertinggi Felda, sehinggalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang pernah digantung keahlian kerana kesalahan rasuah politik Umno itu dilantik menjadi Pengerusi  Felda pada 1 Januari 2011 menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Hanya 46 peratus wanita Malaysia yang bekerja

NONEPenyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini adalah hanya 46 peratus, satu kadar paling rendah di rantau ini berbanding negara jiran pada 70 peratus, kata Timbalan
Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan golongan wanita tempatan terutamanya suri rumah untuk memasuki pasaran pekerjaan sebagai usaha agar bilangan tenaga kerja asing di negara ini dapat dikawal.

"Kementerian sedang memikirkan strategi meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja tempatan kerana negara memang ada tenaga tempatan yang masih boleh digunakan tetapi memerlukan pelbagai sokongan dan insentif.

"Kita turut menggalakkan rakyat yang boleh bekerja tetapi tidak bekerja contohnya suri rumah, pesara, OKU dan pelajar ke pasaran pekerjaan dengan mewujudkan peraturan kerja separa waktu iaitu kerja kurang dari lapan jam tetapi masih mendapat hak sebagai pekerja antaranya kelebihan KWSP, SOCSO dan cuti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

RUU himpunan: Wujud agenda ‘membebal’ masyarakat

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sekali lagi mengulangi bantahannya terhadap penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman 2011 di parlimen, semalam.
Presidennya, Amidi Abd Rahman berkata, Abim menilai penggubalan undang-undang itu seakan tidak menghiraukan sensitiviti serta pandangan yang diketengahkan oleh pelbagai pihak  berhubung implikasi negatif yang bakal dicorakkan menerusi kelulusan undang-undang itu.
“Dalam hal ini, Abim amat menyesali sikap tertutup kerajaan yang enggan membicarakan penggubalan rang undang-undang ini secara terbuka dan meluas sambil membabitkan konsultasi awam dan suara masyarakat sivil di negara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

FEMINA UM 2.0 Disabotaj Pentadbiran Universiti

Kuala Lumpur, 30 Nov : Festival Mahasiswa Nasional 2.0 (FEMINA) yang dianjur Exco Hal Ehwal Wanita MPMUM disabotaj pentadbiran universiti.
Exco Hal Ehwal Wanita dengan kerjasama NAM,Institute For The Empowerment Of Women Malaysia (NIEW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, diberitakan akan mengadakan program mega berkenaan mulai 2 Disember hingga 4 Disember ini di Universiti Malaya Kuala Lumpur.
FEMINA 2.0 merupakan kesinambungan FEMINA 1.0 yang diperkenalkan barisan kepimpinan MPMUM Sesi 2008/2009 di bawah kendalian MPM Shahrizul Ayuni.

Himpunan Bantah RUU : Mahasiswa Bersama Peguam Bantah Keputusan Kerajaan

Kuala Lumpur, 30 Nov : Himpunan hampir 1,000 peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia semalam bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 turut mendapat perhatian mahasiswa.
Sekumpulan mahasiswa yang menggunakan nama sebuh NGO iaitu BEBAS, sebuah gerakan mahasiswa menuntu kebebasan akademik diberitakan turut sama hadir bagi bersama-sama menyokong usaha yang dilakukan di peringkat peguam.

UM : Nostalgia Speaker’s Corner 1966 Kembali

 
Universiti Malaya, 30 Nov : Hari ini 30 November 2011 telah tercatat satu lembaran sejarah baru buat aktivis mahasiswa dan alumni Universiti Malaya setelah hampir 45 tahun berlalu.
Pentas ‘Speaker Corner’ mahasiswa yang ditubuhkan sekumpulan anak muda ketika itu telah kembali ke tapak asalnya pada hari ini selama hampir 1 jam (bermula jam 10 pagi) untuk mengembalikan nostalgia dunia mahasiswa UM.

MP pertikai penjelasan RM1.8j kempen media sosial

NONEAhli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mempertikaikan lagi penjelasan kementerian pelancongan berhubung perbelanjaan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen media sosial.

Antara yang dipertikai Loke ialah bayaran untuk hadiah dan pertandingan untuk enam kempen dijalankan kementerian di laman tersebut.

Kos sebanyak RM558,432 itu termasuk bayaran untuk penghantaran hadiah.

Loke tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan kerana hadiah yang ditawarkan untuk kempen pertandingan itu didakwa tidak bernilai begitu tinggi.

"Hadiah tempat pertama hanya (komputer tablet) Ipad2. Berapa harga Ipad2? RM2,500? Berapa banyak Ipad2 yang diberikan?"

Anak muda diajak tolak Akta Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar mengingatkan golongan muda agar tidak terpengaruh dengan 'jaminan keselamatan' kerajaan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam.
Beliau sebaliknya menyeru golongan muda menolak akta tersebut kerana ianya jelas menghalang kebebasan bersuara anak muda yang menyokong sistem demokrasi.
Katanya, akta itu digubal hanya untuk menjaga kepentingan politik Umno BN untuk terus memerintah negara.
"Kita minta anak muda tolak undang-undang ini dengan slogan undang-undang ini dipinda untuk kesinambungan politik Barisan Nasional, bukan untuk keamanan rakyat.
" Akta ini akan menghalang perhimpunan yang dilakukan oleh belia apatah lagi apabila disebutkan remaja 15 tahun ke bawah tidak boleh menyertai himpunan. Jadi ini akan menjejaskan aktiviti anak muda," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Najib: RUU PR1MA bantu atasi masalah kewangan miliki rumah...sebenarnya hanya nak tubuh PERBADANAN sehaja untuk bina 9,000 unit rumah..!!!

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) penting bagi menangani dengan segera masalah tekanan kewangan yang dihadapi oleh golongan rakyat berpendapatan sederhana yang tinggal di bandar dan pinggir bandar.
Perdana Menteri berkata rang undang-undang itu diperkenalkan untuk mengawal selia perkara-perkara yang berhubung dengan pembangunan dan pembinaan perumahan, infrastruktur dan kemudahan di bawah program Perumahan PR1MA dan membolehkan penubuhan satu badan berkanun yang diasingkan iaitu PR1MA Corporation Malaysia.

Umno Youth told to ‘defend’ Shahrizat in NFC scandal

Shahrizat insists she has no links to the publicly-funded project run by her husband and children. — File pic
KUALA LUMPUR, Nov 30 — Umno Youth members must defend Datuk Seri Shahrizat Jalil at all costs from Pakatan Rakyat’s attacks over the National Feedlot Centre (NFC) scandal, one of its leaders said today. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, who is the party’s youth wing information chief, said Umno has reached a “critical” level in light of upcoming polls, and that its members had a duty to defend “family.”
“Shahrizat has got nothing to do with whatever is going on with NFC. Let investigations and the law take its due course.

Akta Perhimpunan Aman 'cemarkan lagi' imej PM

NONEAmanah - sebuah badan pendesak yang turut dianggota personaliti BN - menyifatkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah mencemarkan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Adalah menyedihkan apabila kita melihat satu lagi kesilapan yang merosakkan imej Datuk Seri Najib sebagai seorang perdana menteri yang mahukan transformasi," kata naib presiden Amanah, Wan Saiful Wan Jan.

Katanya, Najib sepatutnya berbincang secara konstruktif dengan Majlis Peguam dan meneliti alternatif yang mereka cadangkan.

Pada masa yang sama, katanya, ahli parlimen Pakatan Rakyat juga tidak sepatutnya bertindak keluar dewan ketika berlangsung perbahasan mengenai rang undang-undang tersebut.

Perhimpunan Lembu : Pemimpin Pemuda pertahan Muhyiddin, dakwa Umno bukan rasis


KUALA LUMPUR, 30 Nov — Pemimpin-pemimpin Pemuda Umno hari ini ‘sebulat suara’ mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil berkata ucapan timbalan presiden mereka itu malam tadi bukan bersifat rasis, sebaliknya pendekatan lumrah melawan pembangkang. Menurut mereka, sudah menjadi budaya Umno menghentam parti lain terutamanya pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.
Menurut perwakilan Pemuda Umno Tenggara, Mohd Zaki Abdul Mutalib, “ucapan Muhyiddin bukan ucapan rasis.”
“Sebaliknya beliau mengingatkan ahli-ahli Umno apa akan jadi kepada nasib orang Melayu jika BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan Muhyiddin masih mengamalkan sifat perkauman.

'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin'

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.

KSN: Kakitangan awam dibelenggu ‘naga-naga ciptaan sendiri’...aka 'naga umno'

PUTRAJAYA, 30 Nov — Penjawat awam di negara ini masih dibelenggu budaya silo, keterpisahan dan ketaksuban menjaga sempadan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.
Menyifatkan budaya itu sebagai ‘naga-naga ciptaan sendiri’, Sidek membidas keengganan penjawat awam untuk mencabar status quo, membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak serta berkongsi sumber dan kepakaran.
Justeru, beliau mahukan penjawat awam memahami trend dan perkembangan pengurusan sumber manusia yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kepimpinan masa akan datang.

Gesaan jihad Muhyiddin satu ‘lelucon’, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan gesaan Tan Sri Muhyddin Yassin agar ahli-ahli Umno berjihad mempertahankan kedudukan parti teras Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai “satu lelucon.”
Semalam, dalam ucapan merasmikan tiga sayap Umno Muhyiddin mahu ahli parti itu berjihad mempertahankan kedudukannya dalam pilihan raya umum ke-13 yang disifatkan sebagai “ibu kepada segala pilihan raya”.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hazan berkata, cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu dalam pilihan raya umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati.

Bukan DAP yang Lesapkan Hampir RM3billion Wang FELDA

oleh Tulang Besi

Sempena Perhimpunan Agung UMNO, sekali lagi pemuka2 UMNO memukul gendang kononnya hak Melayu akan terhapus. Bahasa Melayu bakal hilang (padahal Dr Mahathir yang suruh ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, bukan DAP), Raja-Raja Melayu akan hilang kuasa (padahal UMNO dan Dr Mahathir yang hapuskan kekebalan Raja Raja Melayu), DAP akan berkuasa (sedangkan DAP cuma berkuasa di Pulau Pinang yg sebelum ini dikuasai oleh GERAKAN) dan banyak lagi.

Soalnya sekarang, adakah DAP yang telah melesapkan wang FELDA hampir RM3billion? Persoalan ini sehingga hari ini Ahmad Maslan tidak mampu menjawab. Apabila dicabar oleh Mazlan Aliman untuk berdebat, Ahmad Maslan begitu menikus menolak cabaran berdebat.

Anak Muda jenis nie ka yg di ajak TPM untuk berjihad tuu..??

http://4.bp.blogspot.com/-b1NUGryf5Ww/TtV64-1EH2I/AAAAAAAAFcQ/pu0ViAPn5mI/s320/bn_TENANG.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_d4Ybqr7_vf4/SKl_RfFsUlI/AAAAAAAAAdg/f9JWzo-5DPs/s400/puteriumno.jpg

ABIM kesal RUU Perhimpunan Aman dilulus, dakwa wujud agenda ‘bebal’

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan keras sekali lagi mengulangi bantahan terhadap penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang diluluskan di sebalik bantahan dan protes banyak pihak, semalam.
Malah, ABIM mahu pentadbiran Najib menarik balik rang undang-undang itu dan menggesa pihak kerajaan agar bersikap terbuka terhadap sebarang teguran serta mengadakan konsultasi awam sebelum menggubal sebarang undang-undang pada masa akan datang.
Presidennya Amidi Abd Manan berkata, ABIM menilai penggubalan undang-undang ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti dan pandangan yang diketengahkan oleh pelbagai pihak berhubung implikasi negatif yang bakal dicorakkan menerusi kelulusan undang-undang ini.
“Dalam hal ini, ABIM amat menyesali  sikap tertutup kerajaan yang enggan membicarakan penggubalan rang undang-undang ini secara terbuka dan meluas sambil membabitkan konsultasi awam dan suara masyarakat sivil di negara ini,” kata beliau.

Remaja diperalat, TV3 fitnah perarakan majlis peguam

KUALA LUMPUR 29 Nov: Sekumpulan remaja  diperalat untuk mensabotaj perarakan ke parlimen bagi membantah Akta Perhimpunan Aman 2011, anjuranMajlis Peguam semalam.
Keadilan Daily berkesempatan mendekati kumpulan pelajar berkenaan yang memakai T Shirt berwarna kuning, ketika perhimpunan itu bermula di Kelab Taman Perdana.
Ia hampir menyamai T Shirt yang dipakai oleh peserta semasa Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0) pada 9 Julai lalu yang menggunakan kuning sebagai tema.
Ketika dihampiri, remaja berkenaan mendakwa mereka datang ke situ bagi menyertai konvoi ‘suka-suka’ ke Melaka dan singgah ke situ juga kerana ‘saja-saja’.

Persidangan Lembu : Perwakilan bangkitkan isu baju dalam RM26,000

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa menuduh seorang pemimpin Wanita Umno hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai baju dalam berharga RM26,000.

NONEPerwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof bekata, dakwaan itu dibuat dalam sebuah ceramah di Perak sebelum ini.

"Jadi jaga diri masing-masing dari mata orang PAS. Orang PAS ini tak ada modal," katanya disambut gelak ketawa lebih 900 perwakilan.

Habibah berkata demikian ketika membentang usul menerima ucapan dasar Ketua Wanita Shahrizat Jalil di ibu negara hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut dakwaannya itu.
'Pendedahan' itu dipercayai ekoran serangan berterusan pembangkang terhadap apa yang didakwa mereka sebagai gaya hidup mewah pemimpin Umno.

Antara yang dikaitkan dengan dakwaan hampir sama isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang didakwa memiliki cincin berlian RM24 juta.

Rosmah bagaimanapun menafikannya.

Persidangan Lembu : DAP gesa Umno henti guna isu Cina, Kristian ‘kambing hitam’

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan harus berhenti daripada menggunakan kaum Cina dan penganut Kristian sebagai modal untuk mencetuskan permusuhan rakyat dan menyelamatkan hayat politik parti itu, kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha Agung DAP ini menegaskan kedua-dua pemimpin kanan parti teras Barisan Nasional (BN) itu sedang bermain dengan api, dengan memangsakan kaum-kaum minoriti Malaysia sebagai ancaman untuk menakutkan orang Melayu supaya kembali ke pangkuan Umno.