Selasa, 29 November 2011

UKM Perketat Sudut Pidato, Idealisme Mahasiswa ‘Dibunuh’


Bangi, 28 Nov : Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ( PMUKM ) terperanjat dengan satu surat bertarikh 4 November 2011 dengan rujukan UKM 3.3.8/240/2 yang bertajuk ‘Pemakluman Penggunaan Sudut Pidato’ di UKM.
Surat tersebut yang diberitakan ditujukan kepada semua Persatuan/Kelab/Urestia/ Jaksa kolej di UKM boleh disifatkan ‘surat hitam’ kepada mahasiswa UKM.
Menurut sumber, kandungan surat berkenaan adalah mengenai syarat penggunaan sudut pidato, iaitu tertakluk kepada kelulusan mengorganisasi/perhimpunan.

Minta SYABAS dibubarkan

Oleh Rakyat prihatin Selangor
Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut http://komunitikini.com/wp-content/uploads/2011/06/SYABAS-11.jpgkeuntungan atas angin semata-mata.
Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar?

Mohon SPR, JPN bertindak secara profesional

Oleh Dr Ghazali Hasbullah
Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS melalui Lajnah Mobilsasi Rakyat mengenai pembehttp://3.bp.blogspot.com/-kfPmdLJdBO0/TZC738Z5ooI/AAAAAAAAFXE/xUjex7YxNzM/s1600/my-kad%2Bcopy.jpgrian kad pengenalan kepada warga asing. Namun Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka.

Jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno/BN. Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. Bukti yang bagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?

CBM atau CPM?

Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,

Calon Boleh Menang (CBM) yang baru diperkenalkan Najib seharusnya di baca "CALON PANDAI MENIPU (CPM)". Membaca sedemikian tidaklah susah kerana Najib sendiripun sudah mula agressif merancakkan lagi agenda penipuan menjelang pilihanraya. 100% yang dikatakan Najib dan kuncu kuncu upahannya tidak benar dan tidak betul termasuk juga CBM yang baru diperkenalkan. Lagipun namakan seorang ahli UMNO yang benar benar diterima baik dari segi apapun oleh rakyat kecuali dari segi taburan wang ringgit?

Tangan Melekat Jika Khianati Harta Awam

Oleh: ustaznik

"auditBerlaku benar dalam semua perkara adalah tuntutan Islam. Di antaranya benar dalam menguruskan harta awam. Lawannya ialah khianat atau menipu. Di zaman kita ada audit. Di zaman dahulu ada cara audit tersendiri.

Tangan akan melekat kepada tangan Nabi jika ada harta yang dikhianati. Kalau ia berlaku di zaman kita, adakah tangan PM dan para menteri kabinet semuanya akan melekat? WallahuA’lam.   Ia disebut dalam hadis berikut.

Wasatiyyah UMNO rupa rupanya tanpa HUDUD

Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum, Spin sana, spin sini dah jadi kerja UMNO penyangak, malah sekarang makin melalut spinningnya yang menandakan pilihanraya sudah makin hampir.

Dalam banyak banyak spin itu, UMNO turut memainkan lagu wasatiyyah seiring dengan sambutan Maal Hijrah yang baru lalu.Beberapa "ekor" burung kakak tua yang tahu tentang agama diberi butir jagung untuk menyanyikan lagu wasatiyyah yang kononnya menjadi amalan di Malaysia selama hari ini dan akan diperkukukkan oleh UMNO menerusi ajaran Islam yang 'SERDEHANA'. Tetapi apa sebenarnya maksud sederhana yang cuba disampaikan UMNO itu?

Wasatiyyah kempen imej antarabangsa Najib

Wasatiyyah, kempen baharu pentadbiran Najib ialah usaha terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dalam membina imej antarabangsa sebagai pemimpin Muslim moderat, imej yang diharapkan untuk mengukuhkan kedudukan dan mendapat kepercayaan Barat.

Walaupun ada yang melihat konsep itu sebagai satu ide baharu yang merupakan reaksi kepada kempen 1 Malaysia sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, wasatiyyah mengukuhkan lagi gagasan moderat yang diusahakan Najib sejak mula menjadi perdana menteri pada 2009.

STRATEGI JAHAT NAJIB BN !

Rahsia Umno & Najib terbongkar?!!  Kalau perkara ini benar ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan ! Najib pernah berkata Putrajaya akan dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun !

Tak tahulah sama ada Najib dan Umno menganggap perkara ini rahsia atau tidak, tetapi yang jelas strategi busuk mereka baru saja terbongkar !  Strategi mereka sangat tidak bermoral dan berniat jahat.

Umno kini gabra dan gementar ! Mereka kian lemas, dan terpaksa berpaut walaupun pada seekor bangkai !. Semuanya semata-mata untuk menang dalam pilihanraya dan mahu  mengekalkan kuasa yang hampir terlucut!!

Kongres Nasional PKR 2011, Satu Analisa

KONGRES Nasional PKR 2011 kelmarin melabuhkan tirainya setelah 3 hari berkampung  di Johor Baharu.   Tidak banyak kejutan yang dapat dilihat melainkan persoalan-persoalan biasa yang tidak banyak jauh berbeza dengan mana-mana persidangan dimana PKR terlibat.
Ada tidak ada yang menjadi buah mulut pun ialah ‘keterlangsungan’  Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin membangkitkan soal meminda perlembagaan Malaysia untuk menetapkan hanya orang melayu yang boleh menjadi Perdana Menteri.
Walaupun bertujuan untuk menyindir UMNO tetapi dikalangan rakan komponen Pakatan Rakyat terutama DAP menafsir kenyataan itu sebagai ‘kesinambungan’ dari ikrar Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri – seolah wujud kebimbangan bahawa DAP dan PAS tidak akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya nanti.

DAP Agen Kristian: Ahmad Maslan Menempah Keranda Untuk UMNO

KENYATAAN menggemparkan Dato Ahmad Maslan yang dengan semborono menuduh DAP sebagai agen Kristianiti (menyebarkan agama kristian) disifatkan banyak pihak sebagai berunsurkan perkauman yang salah untuk diucapkan oleh orang biasa sekalipun, apatah lagi bagi seorang Timbalan Menteri sepertinya.
Tidak cukup dengan itu, Ahmad Maslan turut menuduh DAP sebagai anti raja dan anti Islam.
Penulis berpendapat, kenyataan Ahmad Maslan itu adalah hasil ‘asuhan’ UMNO dimana dia sendiri dilantik sebagai Ketua Penerangannya.  Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, apa yang disebut Ahmad Maslan ini ialah bukti sebenar prejudis UMNO terhadap kepelbagaian agama di Malaysia ini – hakikat yang sering dinafikan pucuk kepimpinan parti tersebut.
Tuduhan DAP sebagai agen kristian ini adalah satu lagi salah tanggap yang sedang bermain dikalangan masyarakat melayu di negara ini terhadap parti tersebut.  Salah tanggap yang pertama ialah DAP hanya mengutamakan kaum cina sedangkan perlembagaan DAP jelas menyatakan bahawa ia adalah parti untuk semua kaum.

PAU 2011: Perhimpunan Terakhir UMNO Sebagai Parti Pemerintah?

HARI ini lebih 4,000 delegasi UMNO dari seluruh negara akan berhimpun di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai menandakan bermulanya perhimpunan Agung UMNO 2011 (PAU 2011) yang dijangka akan berakhir pada 3hb Disember nanti.
Dengan proses pemilihan yang ditangguhkan sehingga 2013, penulis tidak menjangkakan banyak perkara yang akan berlaku dalam perhimpunan kali ini  melainkan perbincangan tentang isu-isu berkaitan dengan pilihanraya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Pastinya, tumpuan akan lebih terarah kepada  Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan.
Tapi persoalan yang lebih penting ialah kemampuan UMNO terus menerajui Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang menguasai kerajaan persekutuan dalam pilihanraya yang akan datang.  Mampukah persidangan kali ini memberi impak kepada perubahan sokongan orang melayu yang sekarang semakin condong ke arah Pakatan Rakyat?

Debat NFC - KJ Terima Pelawaan Rafizi? Ada Berani.....!!!!

alt
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan tetap meneruskan Program Debat NFC bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin seperti yang dirancang.
Beliau juga beranggapan menantu bekas Perdana Menteri itu menerima pelawaan beliau untuk berdebat berkenaan isu NFC kerana tidak menerima sebarang maklum balas menolak pelawaan beliau.

Shahrizat bakal Beri Kejutan?

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.
"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

Assembly law passed with only BN votes

KUALA LUMPUR, Nov 29 — The Dewan Rakyat today passed the controversial Peaceful Assembly Bill, which bars street protests, with only six adjustments to the original proposal, and after a walkout by the opposition as well as a protest march led by lawyers.
Despite this morning’s big show from more than 1,000 Bar Council members and strident objections from the opposition Pakatan Rakyat (PR) bloc who staged a walkout from the Dewan Rakyat, the Barisan Nasional (BN) government got its way.
The Bill was swiftly passed with the six amendments revolving around the advance notice required for an assembly.

SAKSIKAN PENGERUSI FELDA MEMAKI KETUA PENEROKA DAN PERLEKEHKAN ...

Melaka Maju, Rakyat Miskin dan Paling Ramai Main Nombor Ekor

judi7 Keputusan Nombor Ekor Tapi Komen Judi Dalam Islam!!  ALOR GAJAH: Umat Islam yang terbabit dalam amalan pemujaan nombor ekor bukan saja jahil dan tamak untuk mengejar kekayaan, malah jauh terpesong daripada agama Islam dan perlu segera bertaubat.

Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Abu Khir Jamaluddin berkata, kebanyakan pengikut yang melakukan pemujaan berkenaan juga terlalu taksub kononnya seseorang pengamal nombor ramalan mampu memberi nombor ekor dikehendaki tanpa mengetahui sebenarnya mereka ditipu.

Sambutan 60 Tahun PAS Negeri Johor: PR Gempur Kubu UMNO

Oleh  Ibn_bacoks

imageAYER HITAM – Kemuncak Majlis Karnival Sambutan PAS Ke-60 peringkat negeri Johor telah menyaksikan pelbagai pelancaran sebelum penyempuraan perasmian penutupnya itu dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), dekat sini, ahad lepas.

Antara pelancaran yang menghiasi Dewan Marwan Al-Hakam, Dataran Hj. Mardi itu seperti perasmian Jentera Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13, Penyampaian Tokoh PAS negeri Johor dan Pelancaran Skuad Prihatin peringkat negeri Johor.

Reformasikan sistem pendidikan - Azmin

azmin aliRakyat diajak melakukan reformasi terhadap sistem pendidikan di negara ini memandangkan pendidikan berkeupayaan menjadi teras kepada pembangunan demokrasi dan masa depan negara bangsa yang lebih baik.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Mohamed Azmin Ali berkata, melalui sistem pendidikan yang bebas dan tidak dikongkong oleh kekuasaan politik, perkembangan ilmu akan berlangsung dengan baik sekali gus menjadi agen pencerahan kepada rakyat.
“Pencerahan secara mudah membawa maksud menggalakkan perkembangan pemikiran untuk berlangsung. Kita tidak mahu sistem pendidikan yang hanya melatih generasi muda untuk menghafaz dan mengingat secara teknikal. Kita mahu pendidikan yang melatih perkembangan ilmu dan daya fikir melalui tesis, anti tesis dan sentesis yang dilontarkan,” ujar Mohamed Azmin.

Rakyat, peguam bantah APA

KUALA LUMPUR, 29 NOV -  Lebih 1,000 rakyat Malaysia prihatin termasuk Majlis Peguam, aktivis dan golongan muda hari ini telah menyertai perhimpunan menuntut pembatalan rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 (APA) yang kini meletakkan Malaysia sebagai negara yang tidak lagi demokratik di dunia.
Perhimpunan aman anjuran Majlis Peguam atas nama “Walk for freedom of walk” itu bermula jam 11 pagi di Taman Tasik Perdana dan mula berarak ke Parlimen sekitar jam 12 tengah hari.

Tarik balik rang undang-undang zalim APA!

KUALA LUMPUR, 29 NOV – DAP dan Pakatan Rakyat hari ini menggesa kerajaan Barisan Nasional menarik kembali serta-merta Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 (APA) yang patut digelar “rang undang-undang perhimpunan haram”.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ini adalah kerana APA lebih kepada mengharamkan hak berhimpun secara aman dan memberi kuasa mutlak kepada polis yang memihak kepada BN yang akan menghakiskan lagi hak asasi manusia di Malaysia.
“Jangan cemarkan imej Malaysia dengan meluluskan rang undang-undang ini.
“APA harus ditarik balik dengan serta-merta dan digubal semula…ini tidak boleh diselamatkan dengan apa-apa pembetulan atau pindaan,” katanya ketika membahas pembentangan APA di Dewan Rakyat Parlimen hari ini.

PAS cabar RUU di mahkamah minggu ini

KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS memaklumkan tindakan untuk menghalang perlaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman 2011 di mahkamah akan dibuat selewat-lewatnya Jumaat ini.

Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan pihaknya kini sedang giat menyiapkan dokumen berkaitan dan yakin ia boleh diselesaikan dalam minggu ini.

"Bagi membantah perlaksanaan RUU tersebut PAS akan mengemukakan bantahan perlaksanaan tersebut di mahkamah selewat-lewatnya Jumaat ini.

"Kita akan lawan habis-habisan agar perkara tersebut tidak menjadi undang-undang dan ditarik balik," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semasa menyertai perarakan Majlis Peguam Malaysia bagi membantah RUU tersebut di parlimen hari ini.

Kongres PKR - Penggulungan oleh Saifuddin

Kongres PKR - Amanat Anwar Ibrahim

Azmin Ali: Winding Up Speech At PKR's 8th National Congress (Part 2)

Azmin Ali: Winding Up Speech At PKR's 8th National Congress (Part 1)

Khalid Ibrahim: Winding Up Speech At PKR's 8th National Congress (Part 2)

Khalid Ibrahim: Winding Up Speech At PKR's 8th National Congress (Part 1)

Dr Wan Azizah: Winding Up Speech At PKR's 8th National Congress

Hijrah Kota Raya

Pemuda PAS Perak ikrar tumbangkan BN

Peguam berarak ke Parlimen, bantah RUU Perhimpunan Aman

Assembly Bill: Vote on conscience, MPs urged

More than 1,000 march against Assembly Bill

Berjalan Untuk Kebebasan

BERSIH 3.0 Atau Protes Tukar Pemerintah

1Lembu : Najib mahu Umno sedia hadapi PRU ‘luar biasa’.,.aka " Paling Kotor "

KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Datuk Seri Najib Razak mahu Umno mengutamakan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang presiden parti itu melihat sebagai “sesuatu yang luar biasa” bagi perikatan yang mengepalai kerajaan pusat.
Najib (gambar) yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini.

Dekonstruksi 3

Oleh: MSK
Demokrasi Tempatan
Keputusan pilihanraya 2008 yang mengejutkan, yang rakyat telah memberikan kuasa pemerintahan kepada parti pembangkang dibeberapa negeri, merupakan salah satu sebab semakin ramai orang membincangkan isu demokrasi tempatan.
Apakah sebenarnya maksud demokrasi tempatan? Bagaimanakah kita perlu pastikan demokrasi tempatan berlaku? Jika demokrasi tempatan perlu dilindungi dan diperbaiki, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri?

Dekonstruksi 2

Baru semalam aku cakap pasai nak meruntuhkan BN, hari ini Azmin dah bagi tau…
“Rakyat tidak perlu takut sekiranya Umno-BN tumbang ketika pilihan raya ini, PKR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan berdasarkan prestasi di negeri-negeri di bawah kuasa kami,”
Aku tak takut. Dan aku percaya ramai lagi orang tak takut kalau Umno tumbang, malah cukup suka kalau Umno tumbang. Cuma aku tak harap dengan Anwar dan Azmin. Apakah jaminan bahawa PKR tidak akan buat apa yang Umno buat sekarang? Kalau dalam pemilihan parti pun banyak penyelewengan, apa jaminan bila memerintah nanti Anwar tak akan buat macam apa yang dia buat masa pemilihan parti? Anwar pun dulu dalam Umno…dan masa dalam Umno, Anwar juga banyak buat hal.
Kebanyakan penipuan dalam SPR berlaku zaman Mahathir.Kebanyakan undang-undang yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri berlaku dizaman Mahahthir. Dan Anwar adalah sebahagian daripada Umno yang menggunakan kekuatan 2/3 di Parlimen untuk meluluskan pelbagai undang-undang yang mencengkam. Apakah jaminan kalau Anwar jadi PM nanti, Anwar tidak akan melakukan apa yang dia buat masa dalam Umno dulu?

Dekonstruksi 1:

Oleh: MSK
Ramai yang tak setuju bila aku cakap pasai "dekonstruksi" sebab maksudnya ialah "meruntuhkan". Benda dah elok pasai apa nak diruntuhkan? bila dah runtuh..bukan senang nak construct balik. Aku setuju memang susah untuk membangunkan sesuatu tapi aku dah tak ada pilihan lain. Walaubagaimanapun…jangan fokus sangat dengan perkataan "dekonstruksi" itu. Ia hanya lah label yang aku bagi…sama juga macam demokrasi, negara Islam, sosialis dan entah apa nama lagi. Yang penting ialah penghayatan.
So, sebelum hangpa kutuk aku, hayati dulu apa yang aku nak cakap. Selepas dua tiga siri, mungkin baru boleh kita berdebat sama ada kita nak "construct" negara ini..atau pun "deconstruct".
 Apa yang nak aku runtuhkan ialah sistem..bukan kerajaan. Dan bila aku kata "kerajaan", ia bukan bermaksud BN. BN boleh diruntuhkan..sama juga macam Pakatan boleh di runtuhkan, tapi kerajaan tak boleh diruntuhkan. BN atau Pakatan hanyalah parti politik yang diberi amanah untuk mentadbir kerajaan.
Bila aku kata BN perlu diruntuhkan, selalunya aku dapat tiga jawapan dari tiga kelompok manusia. Pro-Pakatan akan terus bersetuju tanpa soalan ataupun mahu penjelasan. Pro-BN terus tidak bersetuju tanpa soalan atau penjelasan. Yang susah nak jawab ialah yang duduk ditengah sebab terlalu banyak soalan…"pasai apa?".

Wang Rakyat : Azan persoal 12 pinjaman KWSP tiada jaminan Kerajaan

KUALA LUMPUR 29 Nov : Ahli Parlimen Indera Mahkota , Azan Ismail mempersoalkan 12 pinjaman sektor kerajaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mendapat jaminan Kerajaan.
Azan berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak menjawab apa yang dibangkitkan beliau di sidang dewan rakyat hari ini.
“Hanya satu pinjaman saja yang ada jaminan kerajaan. Kita mempersoalkan 12 (pinjaman) kenapa tidak ada jaminan kerajaan. Tapi Menteri Awang Adek menjawab ‘pinjaman yang selamat’,”

Umno umpan wang jatuhkan PAS sejak 1960-an

RANTAU PANJANG, 29 Nov: Umno mempertahankan tradisi lama, menggunakan umpan wang dan hiburan bagi menarik sokongan rakyat.
Wang menjadi pengantaraan bagi memaksa ibu bapa hadir pada majlis penyampaian apa-apa sahaja bantuan di bawah kerajaan pusat.
Dan sekarang kesempatan digunakan sepenuhnya dengan memaksa ibu bapa datang ke sekolah bagi menerima wang sebanyak RM100 bagi pihak anak mereka. Sebelum wang disampaikan mereka dipaksa mendengar ceramah politik Umno.
Begitu juga hiburan dan artis menjadi ‘sajian’ tetap Umno apabila mahu menghimpunkan orang ramai. Program Bekwoh anak Kelantan anjuran Umno di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini juga mengundangkan artis.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wang digunakan Umno sejak tahun 1960-an lagi bagi membeli wakil rakyat PAS.
“Orang lama tentunya masih ingat lagi peristiwa turn about - about turn, di mana lima Adun PAS diculik dan dikurung di Kuala Lumpur,” katanya pada ceramah di Markas PAS Rantau Panjang malam semalam.

Malaysia makin mundur amal demokrasi

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno BN menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam.
Abdul Hadi sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sebelum ia diluluskan petang tadi berkata, kerajaan di negara Barat sendiri melakukan pembaharuan dalam demokrasi selepas merujuk kitab feqah dalam Islam.
Sebaliknya beliau berkata, Malaysia yang mendakwa sebuah negara Islam semakin mundur dalam amalan demokrasi.
"Di negara barat perubahan demokrasi purba ke demokrasi moden dilakukan daripada kajian orientalis daripada kitab-kitab feqah Islam.
"Mengapa kita yang menganut Islam yang memimpin kerajaan, dan Umno sebagai tulang belakang (kerajaan) tak boleh tunjukkan contoh yang baik dalam masyarakat majmuk," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Pilihan raya: Laporan awal PSC diumum Khamis

PUTRAJAYA, 29 Nov ― Laporan awal jawatankuasa pilihan khas berhubung proses memperbaiki sistem pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen, Khamis ini.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya.
“Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting,” katanya dipetik Bernama Online.
“Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan,” katanya kepada pemberita selepas menyaskikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam ‘Failure Analysis and Wafer Testing’, di sini hari ini.

Kill The Bill

Good Morning, Malaysia.
Allow me first to apologize for interrupting your regularly scheduled program. I do, like many of you, appreciate the comforts of the everyday routine. The security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of commemoration whereby important events of the past usually associated with someone’s death, or the end of some awful, bloody struggle are celebrated with a nice holiday.
I thought we could mark the beginning of Muharram, a day that is, sadly, no longer remembered by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat. There are, of course, those who do not want us to speak. In fact, even now, orders are being shouted into telephones and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning and, for those who will listen, the enunciation of truth.

Merakyatkan ruang awam!

Pada Mei 1998, pemberontakan anti-Suharto mengambil tempat di Jakarta, ibu kota Indonesia.  Saya masih ingat saya mengikuti perkembangan melalui siaran BBC dan CNN.  Puluhan ribu anak muda membanjiri satu kolam air di pusat bandar, melaungkan "Reformasi".  Dalam satu minggu, diktator Suharto terpaksa berundur.

Lokasi demonstrasi yang penting ini adalah Bundaran Hotel Indonesia (BHI).  Saya sempat kunjung ke situ beberapa tahun kemudian.  Ekonomi Jakarta berkembang pesat.  Macet total (kesesakan jalan raya) hampir pasti berlaku setiap Jumaat, yang memeningkan kepala penduduk tempatan.

Bantuan One-Off : Sebelum Terima Ibubapa Dipaksa Dengan Tazkirah Umno


Oleh Mohd Sayuti Omar
SEBELUM saya menyambung catatan dan cerita politik negeri penyu saya ingin sentuhttp://4.bp.blogspot.com/-zi6fZ_aTVww/TbLk551eclI/AAAAAAAAAE4/uz5hizZ2KcI/s1600/RM100.jpgh dulu fasal pemberian bantuan one-off sebanyak RM100 kepada murid-muird sekolah di Kelantan khususnya dalam kawasan Bachok di mana kawasan ini ketuanya ialah bakal MB Kelantan yang tidak menjadi Awang Adek Hussein.

Awang Adek kalah "dua gol" dalam pilihan raya 2008, kalah di kerusi Perupok dan kalah di Parlimen Bachok.

MCA attacks Nga and DAP, but not a squeak against Ahmad Maslan's overt racism

MCA attacks Nga and DAP, but not a squeak against Ahmad Maslan's overt racismPoor MCA. The second-largest party in the BN coalition seized what it thought was a golden opportunity to discredit its arch rival DAP for racial hypocrisy after the DAP's MP for Taiping Nga Kor Ming called Perak Mentri Besar Zambry Kadir a "hitam metallik" or metallic black chief minister, in a reference to the latter's dark-skin colour.
But as usual, the MCA effort was blown apart by its own BN boss, Umno, whose information chief Ahmad Maslan hurled an even worse racial and religious attack against the Chinese community and the Christians in the country this afternoon itself.
"Before MCA dares to criticise DAP, it must firts of all show its courage by criticizing Umno. If you don't look in the mirror and see for yourself how ugly you are but go around telling other people they are ugly, then something is really wrong with you. And this is problem with the MCA. It is as Ibrahim Ali has said, a "basket"case," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

'Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.

"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.

"Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.

1Lembu : Kerajaan, korporat pinjam wang KWSP RM84 bilion

KUALA LUMPUR 29 Nov: Kerajaan dan institusi korporat meminjam wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM83.7 bilion setakat Jun tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, jumlah berkenaan adalah bagi pelaburan dalam bentuk pinjaman dan sebahagian besarnya adalah jaminan kerajaan.
Menurutnya, nilai tersebut sebanyak RM79.41 bilion atau 95 peratus adalah pinjaman kepada kerajaan manakala baki RM4.31 bilion atau lima peratus adalah pinjaman kepada institusi korporat.
“Pinjaman yang diberikan KWSP adalah dijamin dengan sekuriti atau jaminan yang bersesuaian bagi memastikan pinjaman tersebut berkualiti.

Barisan Nasional Hukum Rakyat Dengan Undang-Undang Perhimpunan Awam

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Pakatan Rakyat menyifatkan usaha kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (PA2011) sebagai hukuman kepada rakyat yang menentang kepimpinannya seperti perarakan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukannya mentadbir negara secara semberono.

1Lembu Bongkak : ‘Saya tidak akan minta maaf, tak gentar disaman’ - Isa Samad

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Tan Sri Isa Samad menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau selaku ketua peneroka pada satu majlis di Negeri Sembilan pertengahan bulan ini.
Isa (gambar) yang mengetuai Felda sejak setahun lalu berkata, beliau tidak peduli dengan ugutan Shamsuddin yang mahu beliau meminta maaf dalam masa 14 hari atau menghadapi tindakan saman.
“Saman-menyaman ini adalah perkara biasa. Ada anak saman ayah, dan macam macam saman di mahkamah. Saya tidak gentar jika beliau mahu saman saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas majlis taklimat Presiden Umno di sini petang ini.

1Lembu : Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Buku Sulit Umno Dedah Arahan Rasmi Sebar Fitnah

Oleh reformisanakmuda

"fitnah umnoUmno akan ambil semula pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat " DENGAN APA CARA SEKALIPUN ! " .

“Tetapi kita berdepan cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang.”

Begitulah kata Najib Razak baru-baru ini yang menegaskan adalah “amat penting” bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.


PAS T’ganu sudah hantar senarai calon

Termasuk dalam senarai itu ialah calon muda dan baru tetapi berpotensi menang dalam pilihan raya umum ke 13.
PETALING JAYA: PAS Terengganu sudah menghantar senarai calon kepada ibu pejabat parti untuk pilihan raya umum ke 13, kata Pesuruhjaya Negeri, Abdul Wahid Endut.
Ketika dihubungi FMT hari ini beliau berkata, termasuk dalam senarai itu ialah calon-calon muda dan baru tetapi berpotensi untuk menang.
“Senarai calon itu dicadangkan oleh negeri, cawangan dan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing dihantar kepada Majlis Syura untuk kelulusan,” katanya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata ia adalah senarai awal dan nama itu mungkin berubah mengikut keperluan dan kesesuaian.

UMNO gagal ditubuhkan jika RUUPA dikuatkuasa tahun 1946

Tuan yang dipertua,

Di ambang Hari Malaysia yang ke-48 pada 15 September 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk menyelaraskannya dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan rakyat untuk "berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata", dan supaya mematuhi norma-norma antarabangsa.

Malangnya, tidak disangka bahawa negara-negara "antarabangsa" yang dirujuk beliau merupakan negara-negara Zimbabwe dan Myanmar.

Umno AGM: Ahmad's Ku Klux Klan type of comments a harbinger of what's to come?

In the last lap to the 13th general election, where the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim is expected to put up a tough challenge to the 5-decades-old political hegemony held by Prime Minister Najib Razak's Umno party, Umno leaders are starting to let their panic show.
They have begun launching unrestrained all-out attacks - unwittingly betraying that they were indeed behind many of conspiracies launched to rock the Pakatan the past year, such as the Christian state accusations against several pastors and the DAP.
"In the next few weeks, Malaysians can expect a very rough ride. Umno will be going all out with the racial and political cards. They know they have already lost the vote of Chinese and many of the other non-Malay electorate, so these they will 'hantam' (whack). I expect Umno to focus only on courting the Malay votes," PKR vice presdient Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

'Hello MP, kami sedang perhatikan cara awak undi'

Ketika masyarakat sivil termasuk Majlis Peguam mengadakan perarakan untuk memaksa kerajaan menarik balik rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan diundi hari ini, warga maya menjalankan kempen sendiri di alam siber.

NONEMeminjam konsep bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mahu setiap ahli parlimen "bertanggungjawab kepada pengundi mereka", warga maya melancarkan kempen mengingatkan wakil rakyat mereka bahawa corak pengundian mereka berhubung rang undang-undang kontroversi itu akan juga ditentukan pada pilihan raya akan datang.

Melalui kempen yang dikenali sebagai '# HelloMP' warga maya memuat-naikkan gambar mereka memegang sehelai kertas dengan nama kawasan pilihan raya dan wakil rakyat, menggesa mereka menolak rang undang-undang itu di Facebook.

RUU Perhimpunan Aman ada 'agenda tersembunyi'?

KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS tidak menolak kemungkinan 'ada agenda tertentu' disebalik tindakan kerajaan yang terburu-buru mahu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Awam yang sedang dibahas untuk diluluskan hari ini.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, agak pelik apabila RUU tersebut mahu diluluskan tanpa mahu mendengar pandangan dari semua pihak.

"Saya tidak nampak sebab utama kenapa ia perlu di segerakan pada hari ini dan saya rasa seperti ada sesuatu yang diselindungkan.

'Aliran keras Umno berubah perlahan-lahan'

NONESekalipun Umno mentadbir negara ini sejak merdeka, ahli Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah mengakui parti itu masih  dikuasai ahli yang dianggap sebagai hardliner atau beraliran keras.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu perlahan-lahan semakin mengecil dengan kehadiran golongan yang percaya pada tranformasi dan mahu membuat perubahan berdasarkan kehendak pucuk pimpinan parti.

Jumlah kedua-dua kumpulan itu kini masih lagi kecil, dan beliau berharap untuk melihat bilangannya bertambah.

"Sokongan terhadap reform (pembaharuan) - atau istilah yang Datuk Seri Najib (Razak) transformasi - saya lihat ia berlaku dalam tiga keadaan.

"Pertama, memang ada kumpulan dalam Umno yang percaya kepada tranformasi, dan mereka akan bercakap tentang tranformasi itu, sama ada Datuk Seri Najib bercakap ataupun tidak. Yang ini angkanya sangat kecil.

Peguam beri Najib amaran jika Parlimen lulus RUU Perhimpunan Aman

Ahli-ahli Majlis Peguam berarak ke bangunan Parlimen berhubung isu Rang Undang-undang Perhimpunan Aman pagi tadi. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 29 Nov — Majlis Peguam memberi pentadbiran Najib amaran bahawa ia akan terus “mengetuk pintu Parlimen” jika Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan tanpa perbincangan membabitkan rakyat. Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menggesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukan oleh pihaknya atas alasan akta yang digubal kerajaan tidak adil dan mengenakan syarat keterlaluan.
“Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Lim bercakap kepada pemberita selepas mengetuai perarakan beratus peguam yang menyertai kempen Walk for Freedom anjuran Majlis Peguam sebagai petanda memproses Rang Undang-undang Perhimpunan Aman digubal pentadbiran Najib.

KeADILan dan isu Melayu

Ahmad Lutfi Othman   
Apabila KeADILan memilih Johor sebagai lokasi Kongres Nasional Tahunan Ke-8, ia dilihat bukan sahaja sebagai isyarat jelas parti itu untuk "mara ke selatan" tetapi juga keseriusan "untuk menembusi negeri yang suatu ketika dahulu merupakan fixed deposit Umno", seperti diluahkan Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

Di majlis sama, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, menekankan: "Kongres ini menjadi alamat, petanda bahawa kubu (Umno) itu sudah pecah dan tidak lama lagi negeri Johor ini akan kita bebaskan daripada cengkaman Umno."

Felda bergelora: Najib nak terus bela ‘biawak hidup’?

Kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FELDA Global Venture Holdings (FGVH),  yang dimiliki 100% oleh FELDA.

Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak sewaktu membentang belanjawan negara bergegar-gegar memaklumkan bahawa peneroka bakal mendapat durian runtuh bilamana Felda akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pertengahan bulan 2012 nanti.

RUU Himpunan: Najib rujuk Zimbabwe, Myanmar

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada Zimbabwe dan Myanmar berhubung himpunan aman tanpa senjata.
Menurutnya, di ambang Hari Malaysia yang ke-48 pada 15 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk menyelaraskannya dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan rakyat untuk ‘berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata’, dan supaya mematuhi norma-norma antarabangsa.
“Malangnya, tidak disangka bahawa negara-negara ‘antarabangsa’ yang dirujuk beliau merupakan negara-negara Zimbabwe dan Myanmar,” katanya.
Namun sekarang, kata beliau nampaknya negara Myanmar pun sudah menjadi sebuah negara demokratik yang lebih bebas jika dibandingkan dengan Malaysia.

Majlis Peguam minta MP jangan undi ikut 'whip'

Majlis Peguam berharap ahli parlimen yang akan mengundi untuk meluluskan rang undang-undang perhimpunan aman hari ini tidak akan mengundi mengikut ketua whip semata-mata.

Presidennya Lim Chee Wee berkata, ahli parlimen BN mahupun pembangkang sepatutnya mengundi mengikut hati nurani mereka dalam meluluskan undang-undang berkenaan.