Ahad, 27 November 2011

Lensa 8 : Kongres KeADILan Ke 8




Kongres PKR - Farah Afzan

Lensa 7 : Kongres KeADILan Ke 8




KEADILAN serius perjuang hak penjawat awam

JOHOR BAHRU 27 Nov: Langkah KEADILAN meletakan usul mengenai penjawat awam untuk dibahaskan dalam kongres KEADILAN ke 8 membuktikan parti itu serius  memperjuangkan hak golongan itu, kata wakil dari Sabah, Saidil Simoi.
Ini kerana katanya, bebanan penjawat awam sentiasa dekat di hati Pakatan Rakyat sebagaimana dibuktikan dalam Buku Jingga, yang mengandungi sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, Pas dan DAP.
“KEADILAN satu-satunya parti yang meletakan usul khas mengenai nasib penjawat awam untuk dibahas dalam kongres. Malah dinyatakan dalam manifesto seperti yang disebut dalam Buku Jingga.

MTUC isytihar ‘perang’ jika BN enggan batal pindaan Akta Kerja

Sebahagian daripada perwakilan yang mengikuti sidang Kongres Nasional PKR. – Foto oleh Choo Choy May
JOHOR BARU, 27 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara 12 Disember ini.

Wakil Pekerja ‘Isytihar perang’ bantah Akta Sekerja 2011

JOHOR BAHRU 26 Nov: KEADILAN akan mengadakan himpunan bagi membantah Rang Undang-Undang Akta Pekerja di Dewan Negara pada 12 Disember ini, kata perwakilan pekerja dalam usul ucapan Presiden, Alias @ Awang Ibrahim.
Malah, beliau yang mewakili pekerja di Selangor akan turut mengadakan bantahan lebih awal iaitu pada 2 Disember di Shah Alam bagi meneruskan tekanan terhadap kerajaan berhubung pindaan Akta Sekerja 2011.
“Kita isytihar perang terhadap mereka. Tunggulah pilihan raya umum ke-13 nanti,” kata Alias merujuk bantahannya terhadap Rang Undang-undang yang dikemukakan Kementerian Sumber Manusia.
Tambahnya, pindaan akta yang turut dikenali sebagai ‘contract for labour’ mengikis hak asas pekerja termasuk cuti tahunan, cuti sakit dan cuti bersalin.

'Wasatiyyah' gagasan baru Umno lawan 1Malaysia?

KUALA LUMPUR, 27 Nov: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemunculan idea ini menandakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Umno masa kini.

“Adakah kemunculan gagasan wasatiyyah petanda Umno kini kian bergelora? Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat.

"Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia? “katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Anwar: RUU Perhimpunan Aman sangat lemah, Najib patut batal saja

JOHOR BARU, 27 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Barisan Nasional (BN)  tidak meneruskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang digubal dengan begitu lemah sehingga memburukkan lagi kebebasan rakyat negara ini.
Ketua Pembangkang itu mendakwa pentadbiran Najib kini mahu rang undang-undang itu dibahaskan dengan hanya melakukan pindaan ke atas tujuh peruntukan, dalam beberapa hari selepas dibentangkan di Parlimen.
Ketika ditemui The Malaysian Insider di sini, Anwar (gambar) berkata, rang undang-undang itu sewajarnya ditarik balik manakala Seksyen 27 Akta Polis, yang memerlukan permit polis untuk mengadakan perhimpunan awam, dimansuh tanpa membawa sebarang akta baru.

Lensa 6 : Kongres KeADILan Ke 8


Lensa 5 : Kongres KeADILan Ke 8

 


Lensa 4 : Kongres KeADILan Ke 8




Pakatan won't back 'Malay PM only' amendment

PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak

Wan Azizah - PKR Perketat Pemilihan Calon Elak lompat parti


Peminggiran Dalam Politik Punca Wanita Sukar Komited Pada Pakatan

YB Ng Suee Lim - Membongkar Fitnah UMNO/BN di Selangor

20111125 Kongres PKR - Wakil AMK Sg Petani

20111126 Kongres PKR - Joe Baharom basking

20111125 Kongres PKR Ucapan Dasar Ketua Wanita

20111125 Kongres PKR Ucapan Dasar Ketua AMK

Suara Rakyat - Fadiah Nadwa Fikri

Hijratur Rasul bukan perayaan suka-suka

KUALA LUMPUR, 27 Nov: “Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.
Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.
“Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’?” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Hijrah: Anak muda berperanan untuk agama, negara

Kedatangan tahun Hijrah 1433 pastinya disambut meriah di Malaysia. Pelbagai program telah diatur oleh pihak masjid, badan-badan kerajaan, swasta dan juga pihak kerajaan bagi meraikan hari kebesaran Islam ini. Hakikatnya, di dalam Islam, Tahun Baru Hijrah bukan sekadar perayaan atau simbolik semata-mata bahkan mempunyai signifikan yang besar kepada ummatnya khususnya belia (anak muda).  Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia  berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang. Ia mewakili  43 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.

PRU13: Berubah sempena 1433 Hijrah

BANDAR JENGKA, 27 Nov: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengajak semua rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1433.
Tuan Ibrahim menjelaskan, ini sesuai dengan semangat hijrah itu sendiri iaitu keluar daripada kegelapan yang penuh mungkar menuju sebuah negara berkebajikan dan adil sebagaimana diidam-idamkan oleh seluruh rakyat.
“Marilah kita sama-sama berusaha ke arah melakukan perubahan sehingga terbentuk negara yang di berkati oleh Allah SWT. Gagasan kita negara berkebajikan iaitu kerajaan beramanah, jujur dengan rakyat  dan negara serta bertanggungjawab dengan Allah.

Undi Melayu: PKR tumpu sokongan peneroka Felda

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, parti itu kini memfokuskan usaha untuk memecahkan kubu kuat Umno di Johor dengan menumpukan isu orang Melayu di kawasan Felda.

Katanya, PKR akan memfokuskan kepada isu orang Melayu yang dianiaya Umno dalam mendapatkan sokongan golongan masyarakat berkenaan.

"Selama 40 tahun warga Felda telah menyumbang kepada ekonomi tetapi diketepikan. Inilah fokus PKR untuk dua tiga bulan akan datang," katanya dalam satu sidang media bersama kira-kira 50 orang golongan peneroka berkenaan hari ini.

Hijrah membentuk negara Islam

Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
– Surah al-Nisa’ ayat 100
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Aziz Bari: Saya tiada hasrat tanding PRU, Umno pun boleh jemput jika sudi

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Prof Dr Abdul Aziz Bari yang diselubungi siri kritikan termasuk teguran Sultan Selangor baru-baru ini menegaskan, beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.
Pakar perlembagaan itu menjelaskan, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.
Sebaliknya, menurut Aziz (gambar), beliau terpaksa menggunakan peluang-peluang diberikan apabila ruang-ruang lain ditutup dan disekat, antara lain ditarik balik jemputan menyampaikan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) minggu lalu pada saat-saat akhir.

Pakatan dicadang patenkan Buku Jingga

JOHOR BAHRU 26 Nov: Buku Jingga dicadang dipatenkan sebagai harta intelek milik Pakatan Rakyat, kata perwakilan dari Kelantan, Muhamad Hisomuddin pada Kongres Nasional KEADILAN ke lapan.
Ini kerana beberapa dasar dalam Buku itu sedikit demi sedikit mula ditiru pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, walaupun Presiden Umno itu enggan mengakuinya.
“Paten ini penting kerana jika idea dan dasar dalam Buku Jingga dicuri lagi oleh pentadbiran Datuk Najib, kita boleh saman mereka di mahkamah,” katanya pada perbahasan menyokong dasar ucapan Presiden dalam kongres hari ini.
Beliau yang merupakan pembahas terakhir turut menyelar tindakan Umno mempolitikan isu penjawat awam.
“Umno mempolitikan kononnya penjawat awam akan dikurang jika kita perintah.
“Suka saya ingatkan bahawa sejak Pakatan Rakyat perintah di empat negeri tiada seorang pun penjawat awam dikurangkan,” katanya yang disambut tepukan gemuruh perwakilan.