Sabtu, 26 November 2011

KEADILAN ibarat ‘kepala seorang peninju’ dalam Pakatan

JOHOR BAHRU 26 Nov: Wakil dari Perak, Tan Kar Hing berkata, KEADILAN merupakan sebuah parti yang kuat dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Disebabkan itu katanya, parti itu sering menjadi sasaran Umno BN kerana ia ibarat ‘kepala seorang peninju’ yang akan diserang terlebih dahulu.
“Kalau nak serang musuh dalam tinju orang serang kepala dahulu,” kata Tan Kar Hing sewaktu perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden KEADILAN di Kongres KEADILAN Nasional di Pulai Resort petang tadi.
Menurutnya lagi, parti itu digeruni kerana berjaya menyatukan Pas dan Dap, sekaligus menafikan dakwaan bahawa KEADILAN adalah sebuah parti yang lemah.

Wakil Srikandi: Wanita wajar diberi peranan lebih besar

JOHOR BAHRU 26 Nov: Wakil Srikandi KEADILAN, Murni Hidayah Anuar menggesa wanita diberikan peranan yang lebih besar jika parti itu serius mahu berubah dan maju ke depan.
“Saya percaya perubahan KEADILAN perlu bermula dengan perubahan minda ahli parti, terutamanya berkaitan isu wanita,”
“Kita perlu mereformasi pemikiran dan hapus stigma wakil rakyat lelaki bawa isu lelaki, wakil rakyat wanita bawa isu wanita,” kata Murni Hidayah.
Beliau yang merupakan seorang pengamal undang-undang sepenuh masa berucap buat pertama kali dalam Kongres Nasional Tahunan KEADILAN..

Wakil OKU gesa tambang Percuma

JOHOR BAHRU 26 Nov:   Wakil Orang kelainan Upaya (OKU), Isaiah Jacob mencadangkan agar golongan itu memperoleh faedah tambang percuma jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk  kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau yang juga seorang OKU berkata, pertimbangan itu penting kerana ia membantu OKU yang sebahagian besarnya tiada pendapatan tetap di negara ini.

Perwakilan: Renung kembali Deklarasi Permatang Pauh

JOHOR BAHRU 26 Nov: Perwakilan Melaka, Abdul Wahab Ibrahim meminta ahli dan pimpinan KEADILAN supaya merenung kembali Deklarasi Permatang Pauh yang dibacakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Katanya, semangat terkandung dalam deklarasi  berkenaan perlu dilaksana dalam gerak kerja parti itu.
“Sebab itu keseluruhan pimpinan di atas perlu luangkan masa untuk buat jadual ke negeri yang belum menang. Di Johor, Umno dah kalah di dua kerusi.

AMK Johor kecam politik murahan gagalkan kongres

JOHOR BAHRU, 26 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengecam tindakan pihak tertentu yang cuba menganggu Kongres Nasional KEADILAN dengan menggantung kain rentang berbentuk provokasi.
Gambar Dari kiri Jimmy Puah, Rozan dan Nazri Ismail ketika mengadakan sidang media
Ketuanya, Nazri Ismail berkata, ia termasuk cubaan mengedar risalah fitnah di Masjid untuk mencipta persepsi negatif kepada orang ramai terhadap perjalanan kongres kali ini.

Keahlian KEADILAN melonjak, jana kemenangan PRU

OHOR BAHRU 26 Nov: Peningkatan keahlian secara aktif akan menjadi pemangkin yang bakal menjana kemenangan besar dalam pilihanraya umum akan akan datang, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin berkata keahlian KEADILAN setakat ini adalah 547,326 ahli diseluruh negara.
Katanya berdasarkan komposisi kaum pula 50% Melayu, 23% India, 17 % Cina dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau setakat ini terdapat 218 cabang diseluruh negara dan empat cabang penaja.

'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan

lawyers at brickfields police station 220509 lim chee weeMajlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.
"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.
"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."

KEADILAN miliki sejarah unik, pecah tembok perkauman

JOHOR BAHRU 26 Nov: KEADILAN adalah sebuah parti yang memiliki sejarah unik dan telah berjaya memecahkan tembok perkauman di negara ini, kata jurucakap kumpulan hak asasi, Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri.
Katanya, parti itu memberi perspektif baru dari segenap aspek untuk mencapai kebebasan, keadilan ekonomi dan sosial yang menjadi asas kepada perjuangannya.
“KEADILAN punyai sejarah unik. KEADILAN berjaya memecah tembok perkauman, suatu yang sangat digeruni Umno dan Barisan Nasional. Perjuangan yang menyatukan kita ialah tekanan dan penindasan.

Anwar: PKR-PR tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyatakan bahawa "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri disandang hanya orang Melayu" sekadar cabaran Ketua Angkatan Muda Keadilan terhadap UMNO, dan ia bukan pendirian AMK, PKR malah Pakatan Rakyat.

"Sila baca ucapan Ketua AMK.  Bukan pendirian Angkatan Muda, bukan pendirian Keadialan, bukan pendirian Pakatan Rakyat.  Oleh kerana UMNO hanya bicarakan soal Melayu, dia cabar UMNO untuk meminda..." kata Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas Kongres Nasional Keadilan dirasmikan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini.

Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’

Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Perdana di Gelang Patah malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan  cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor. Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.
“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.

PKR janji ekonomi baru jana pendapatan rakyat ‘tanpa pilih bulu’

JOHOR BARU, 26 Nov — PKR berjanji akan menyediakan masa depan lebih baik, yang bakal menjanjikan kesejahteraan berasaskan rencana ekonomi baru - mengayakan setiap rakyat “tanpa memilih bulu” jika diberi peluang menerajui Putrajaya. Rencana ekonomi baru itu merangkumi tiga strategi yang bakal digunakan oleh pihaknya termasuk pendekatan melindungi kepentingan para peneroka Felda.
Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, “cara kita ialah dengan merumus dasar ekonomi yang memberi perhatian kepad usaha-usaha meningkatkan pendapatan seisi rumah rakyat dan mengurangkan bebanan kos sara hidup supaya setiap bulan lebihan pendapatan boleh guna rakyat membolehkan rakyat hidup selesa dan menabung demi masa depan.”

Isu Royalty minyak : Muhyiddin cuba memulas tangan rakyat Kelantan

TS Muhyiddin Yassin berkata isu royalty minyak akan mudah di selesaikan jika PAS dan UMNO berada dalam satu pasukan. Moral politiknya ialah Muhyiddin sedang cuba mengumpan PAS untuk bersama UMNO dan bersatu bagi penyelesaian isu royalty minyak yang sedang di tuntut oleh kerajaan negeri Kelantan. Dengan ungkapan Muhyiddin ini ianya menjelaskan satu dua perkara kepada kita.

Pertamanya UMNO dan kerajaan persekutuan mengakui yang kerajaan negeri Kelantan ada hak ke atas royalty minyak seperti yang termaktub di dalam perjanjian yang ditanda tangani di antara pertronas dan rakyat negeri Kelantan pada bulan mei 1975 dahulu.

Keduanya sekarang kerajaan persekutuan mengakui yang hak itu boleh di perolehi jika PAS bersatu dengan UMNO dan isu itu diselesaikan setelah PAS bersama UMNO. Masalahnya perjanjian dalam perjanjian pada 27 hb Mei 1975 itu adalah di antara kerajaan dan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar PAS semasa itu iaitu Dato Mohamad Nasir.

Untuk mengelak Bill Perhimpunan Aman terus dilaksanakan - jangan beri lagi mandat kepada UMNO

Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.

Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan ‘simple majority’ di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan ‘simple majority’ di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.

Melaksanakan dakwah berhikmah


Oleh Abdul Shukur Harun
Ketiga-tiga tokoh pembicara dalam program ‘Multaqa Dakwah’ di Taman Melewar baru baru inhttp://2.bp.blogspot.com/-a68BziWl62k/TkZrh2F2ZCI/AAAAAAAAG7w/R7yY8WZiM9E/s400/mat-sabu.jpgi merumuskan bahawa dakwah dan penerangan PAS mestilah dilaksanakan dalam suasana penuh hikmah seperti yang dilakukan di masa lalu.
Pendekatan ini disarankan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad di program tersebut anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah itu.

Kerajaan: Bos atau pekerja untuk rakyat?

Oleh Fairuz Azhan
Sememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubalhttp://www.motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2010/08/boss_cartoon.jpg undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary).
Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka.

Antara Islam dan ‘negara Islam’


Oleh Mohd Asri Zainul Abidin
Awal bulan November ini saya hadiri seminar di The Middle East Centre, Oxford berthttp://1.bp.blogspot.com/-hghe_udm1Tw/TkqrXjGuDrI/AAAAAAAAFRk/2ShA95-dR1Q/s1600/dr-mohd-asri.jpgajuk “The Sacking of Syria: Assad as Hulego”. Pembentangnya Rana Kabbani, seorang penulis dan penyiar Syria. Saya kagum dengan keberanian wanita ini. Mungkin jika di Malaysia ada pihak yang tidak mahu hadiri ucapannya sebab beliau “free hair” dan agak bergaya. Letak itu di sebelah dahulu, saya kagum dengan semangatnya mengkritik regim-regim Arab. “A very inspiring speech.”

Sivarasa Rasiah: Majority Of The People In This Country Want To See A Ch...

Tian Chua: Kita Harus Bertindak Sekarang Selamatkan Malaysia

Jom Berdakwah Dengan Facebook - SHAM KAMIKAZE

Saya Takkan Diberi Tauliah Oleh MAIK - Ust Azhar Idrus

Akta baru akan halang ceramah parti politik

Pua sticks to his guns on 'unsafe' KR1M milk

PAS akan sertai Bersih 3.0

RUU Perhimpunan Aman: PAS akan ambil tindakan mahkamah

Ambiga: Even Burmese law allows street demos

PAS says MyKad scam syndicate at it again

PAS to take Peaceful Assembly Bill to court

PKR expects trouble as permits revoked

Mahkamah bebas 11 reformis Himpunan 100,000 Jalan Kebun

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan 11 individu atas pertuduhan berhimpun secara haram dan ingkar perintah bersurai.
Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk  Abdul Rahim Uda selepas menolak rayuan Peguam Negara sekali gus mengekal keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 individu dari dua pertuduhan mengikut Seksyen 27 Akta Polis.
Mengikut kenyataan media seorang tertuduh, Abdul Razak Ismail, hakim memutuskan pendakwa raya gagal menimbulkan keraguan munasabah kerana lokasi himpunan itu ialah di Jalan Kebun, Klang.
Sedangkan, kata Razak, hakim menyatakan semua 11 individu dan beribu-ribu pengguna Lebuh raya Kesas berkumpul secara tidak dirancang sehingga mengakibatkan kesesakan.

Bersihkan Pilihanraya Atau Bertempur Di Jalanraya

GELAGAT PERWAKILAN PULAU PINANG CUIT SESI PERBAHASAN

Sajak A Samad Said @ Kongres Nasional Ke8 - 2011

A Samad Said Kongres Di Johor Simbolik Perubahan Pilihanraya

Cubaan Gagalkan Ceramah PKR Di Johor Tanda BN Johor Semakin Gagal

Lensa 3 : Kongres KeADILan Ke 8



Lensa 2 : Kongres KeADILan Ke 8


Lensa 1 : Kongres KeADILan Ke 8



Azmin: No point jailing Anwar, it won't deter M'sians from wanting a 2-party system

Azmin: No point jailing Anwar, it won't deter M'sians from wanting a 2-party systemAt the much-watched PKR national congress, PKR deputy president Azmin Ali fired the first salvo at arch rival Umno, warning them not to resort to "filthy sabotage" to jail Opposition Leader Anwar Ibrahim and derail the Pakatan Rakyat's goal of wresting the federal government at the coming general election, widely expected to be held in January.
“This is a strong warning to Umno. Whatever conspiracies they may cook up to imprison Anwar Ibrahim, the PKR Youth and Women divisions will rise to break through the cruel walls of prison to free him," Azmin said when opening the Youth and Women's meetings on Friday.
Azmin also reiterated what Pakatan leaders including DAP secretary--general Lim Guan Eng has recently said. Anwar would be Prime Minister if the Pakatan wins, whether or not BN throws him in jail.

Najib disalahkan: Sengketa dalaman Umno mengeruhkan PRU-13

Najib disalahkan: Sengketa dalaman Umno mengeruhkan PRU-13Vladimir Putin telah digambarkan sebagai lelaki yang membawa kebanggaan kembali ke Rusia selepas kejatuhan Kesatuan Soviet di bawah Gorbachev. Beliau yang dikeluarkan dalam gambar rasmi kerajaan, menunjukkan fizikal, imej macho, menunggang kuda dan berenang di Sungai Moscow yang sejuk. Tetapi baru-baru ini, beliau dicemuh oleh sebahagian besar penonton 20,000 lebih apabila beliau masuk ke dalam gelanggang untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang siaran perjuangan seni mempertahankan diri yang ganas secara langsung di TV di seluruh negara.Tidak menghairankan, berlakunya penutupan berita untuk mengawal kerosakan dan melindungi beliau dari publisiti negatif.

Kisah di sebalik NFC: Khairy yang merupakan PM “de-facto” yang menentukan segalanya

Kisah di sebalik NFC: Khairy yang merupakan PM “de-facto” yang menentukan segalanyaKetua Audit Negara Ambrin Buang berkata pengendali utama kementerian pada awalnya, Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd (LAT) telah menarik diri dari projek ini, satu langkah yang menyumbang kepada prestasi hambar NFC yang gagal untuk melatih 130 petani bagi projek tersebut.
Carian ke dalam Direktori Perniagaan Australia di Malaysia menunjukkan bahawa LAT mempunyai pejabatnya di Wisma Zelan di Bandar Tun Razak, syarikat kerjasama di Malaysia sejak tahun 2006 dengan aktiviti perniagaan yang melibatkan perkhidmatan ternakan dan ternakan, dan merupakan salah pembekal utama bagi ‘National Feedlot Centre’.
Peranan Perunding Australia

Cabinet orders review of Assembly Bill to pre-empt another Najib fiasco?

Cabinet orders review of Assembly Bill to pre-empt another Najib fiasco?In a bid to damage control, it appears that Prime Minister Najib Razak has back-tracked on the Peaceful Assembly Bill, heavily condemned by civil society groups as making Malaysia worse than Myanmar in terms of civil liberties and democratic space.
Minister in the PM's Department Nazri Aziz was picked to be the scape-goat, while the already-weakened Najib was shielded, as the political price for the latest fiasco may turn out to be too much for him to survive.
Pinch of salt
According to unconfirmed reports from the evening Chinese dailies, the Cabinet ordered Nazri to review and amend the Bill, which consists of a list of prohibitive provisions, making it even more difficult for Malaysians to gather and speak their minds on issues that perturbed them.

Calon Wanita KEADILAN setia dan berwibawa

Ketua Wanita KEADILAN melafazkan ikrar bersama perwakilan.
JOHOR BAHRU 25 Nov: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sayap Wanita KEADILAN akan memperkenalkan calon-calon wanita yang berwibawa untuk diketengahkan pada pilihan raya umum akan datang.

1Lembu : Projek IC 'cemari daftar pemilih' di Sabah

suhakam roundtable kk sabah 020806 dr chong eng leongWalaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat  dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih.

Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Ambil iktibar rampasan kuasa di Perak apabila menang PRU 13

JOHOR: Wakil Wanita KEADILAN Perak, Lee Yin Yin menggesa perwakilan supaya mempersiapkan diri untuk mentadbir negeri baru dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, beliau juga mengingatkan mereka supaya turut bersiap sedia menghadapi kemungkinan kejadian rampasan kuasa seperti di Perak.
“Wanita mesti sedia hadapi detik itu,” katanya yang kini berkhidmat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Teja, Chang Lih Kang.
Beliau membuat gesaan itu berdasarkan pengalamannya menyaksikan sendiri rampasan kuasa yang didalangi Umno.

Protes jalanan jika PRU tak adil, sayap muda PKR beri amaran

JOHOR BARU, 25 Nov ― Angkatan Muda PKR memberi Barisan Nasional (BN) amaran bahawa pihaknya akan turun ke jalan jika pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, tidak dikendalikan dengan adil.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Amin memberitahu perwakilannya bahawa sebarang tindakan mengekang Pakatan Rakyat (PR) akan berhadapan dengan demonstrasi jalanan meskipun perhimpunan sedemikian tidak dibenarkan oleh undang-undang baru perhimpunan aman.

Siswa demo bantah UIA batal program Saifuddin

uia, demo supporting saifuddin 04Sekumpulan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengadakan demonstrasi susulan pentadbiran universiti itu membatalkan program bicara buku elektronik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada saat-saat akhir, Isnin lalu.

Kira-kira 200 mahasiswa pro-Mahasiswa (Pro-M) UIA berhimpun mengadakan bantahan tersebut kerana kecewa dengan pembatalan program itu.

Bantahan diadakan di perkarangan masjid universiti, selepas solat Jumaat tadi.

Jurucakap pro-M UIA, Mohd Eikhwan M Ali berkata pihaknya juga mengadakan bantahan itu kerana percaya terdapat campurtangan "luar" ke atas pentadbiran universiti berhubung pembatalan program itu

1Lembu : Rosmah jaja Permata ke dunia tapi abai derita gadis Penan

JOHOR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikecam kerana sibuk mencanang program pendidikan awal kanak-kanak Permata ke seluruh dunia tetapi mengabai masalah kekurangan kemudahan pendidikan kanak-kanak di Sarawak.
“Kita ada isteri Perdana Menteri yang mencanangkan ke seluruh dunia isu pendidikan awal kanak-kanak Permata tetapi tidak beri perhatian kepada kanak-kanak pra-sekolah Penan,” katanya.
Perkara itu dibangkitkan wakil Wanita Sarawak, Puan Woon dalam ucapan penggulungan ucapan dasar Ketua Wanita KEADILAN di Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN kelapan di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.
Kecaman itu dibuatnya ketika berucap mengenai masalah eksploitasi gadis Penan yang dirogol pembalak di pedalaman Sarawak.
Woon berkata, pimpinan Wanita KEADILAN  termasuk Ketuanyaa, Zuraida Kamaruddin sudah membuat laporan polis tetapi pihak berkuasa itu, hingga kini  tidak mengambil tindakan terhadap perogol berkenaan yang seolah-olah mendapat perlindungan kerajaan.

AMK Kepada Najib : Buktikan Iltizam Kerajaan Mansuh AUKU


JOHOR BAHRU, 25 NOV : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak harus membuktikan keikhlasan ikrarnya meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 dengan membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan kepada mahasiswa di Universiti Malaya.
Pindaan Seksyen 15 AUKU merupakan antara rangkaian janji yang diutarakan Najib dikala Malaysia bakal menghadapi pilihanraya umum ke-13.

PAS akan sertai Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 25 Nov: PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan  dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.

"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

1LEMBU : Kabinet arah semak semula Bil Perhimpunan Aman

azlanKabinet hari ini mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya mengkaji semula dan meminda Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Lewat petang ini, beberapa akhbar Cina memetik sumber-sumber yang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan arahan semakan tersebut.

Najib dikatakan berada di luar negara ketika rang undang-undang itu dibawa ke Kabinet dan tidak dapat memberikan sebarang input mengenai perkara itu.

DEMA desak PM mansuhkan AUKU serta merta

Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia (DEMA) membantah pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang akan dilakukan dalam persidangan Parlimen dan juga meminta pemansuhanAUKU harus dilaksanakan dengan serta-merta.

DEMA mengingatkan Perdana Menteri bahawa AUKU bukan sahaja menafikan hak asasi manusia dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak bersuara, berpersatuan, berakademik, berpolitk, tetapi juga mengongkong fikiran mahasiswa-mahasiswi dan staf akademik Institusi Pengajian Tinggi.  Akta ini telah menghalalkan campurtangan kerajaan dalam pentadbiran IPTA iaitu Seksyen 4 yang memfokuskan kuasa mutlak kampus dan menghancurkan demorakrasi kampus serta autonomi mahasiswa/i.

Anak muda diiktiraf peneraju demokrasi tulen

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menghargai sumbangan anak muda dan golongan wanita dalam membina negara dengan mengiktiraf mereka sebagai peneraju demokrasi tulen.
Pengiktirafan ini disampaikan beliau dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Johor Bahru, pagi ini, lapor KeadilanDaily.
“Generasi muda mempunyai tanggungjawab besar melakar negara demokratik.

'Transformasi' Najib menuju diktator

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.

Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.