Jumaat, 25 November 2011

PM hanya untuk Melayu: Hanya cabaran untuk UMNO?

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencungkil pertikaian, apabila melontarkan cabaran terhadap UMNO untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar jawatan Perdana Menteri dihadkan hanya untuk disandang orang Melayu.  Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa AMK selesa dengan situasi sedia ada, dan cabaran itu hanya ditujukan kepada UMNO-BN.

Dalam ucapan dasarnya yang bertemakan "Di Bawah Riayah Keadilan", Shamsul menyenaraikan siri pengkhianatan UMNO terhadap orang Malayu, termasuk saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada Melayu di bawah Dasar Ekonomi Baru, lesap dikebas pemimpin UMNO; kroni yang berkembang biak di bawah UMNO, pengkhianatan bahasa, tanah dan sebagainya.

Beliau kemudian menyimpulkan kepada kuasa politik, mempersoalkan apa jaminan UMNO tidak mencabul atau mengkhianati kuasa politik yang sedia ada ini?

Azmin Ali: KEADILAN sedia terajui Malaysia tanpa UMNO

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berikrar, KEADILAN bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya UMNO yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

"Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada UMNO.  Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan UMNO kepada rakyat.  UMNO bukan sahaja sudah hilang idealisme perjuangan, tetapi juga sudah muflis nilai serta bankrup moral untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat," kata Azmin Ali (gambar kiri).

Memilih Johor, negeri di mana lahirnya UMNO, PKR menganjurkan Kongres Nasional Tahunannya di Pulai Springs Resort, Johor Bahru mulai hari ini hingga 27 November.  Azmin Ali menegaskan, "UMNO lahir di Johor, maka di negeri inilah saya ingin berikrar di depan pimpinan Angkatan Muda, Wanita dan Srikandi, bahawa KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa UMNO."

PAS mahu sekat Parlimen bahas RUU Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR, 25 Nov — PAS akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.
Peguam parti itu Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau akan mewakili PAS minggu depan untuk memohon perintah mahkamah berhubung perkara tersebut.
Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam dan Dewan Rakyat akan membahaskannya minggu depan.
“Kita tidak akan tunggu rang undang-undang ini diluluskan menjadi undang-undang baru kita cabar. Kita akan mengambil tindakan mahkamah untuk proses rang undang-undang ini menjadi undang-undang,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Dipetik Harakahdaily, Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, tindakan mahkamah itu adalah berasas kerana kerajaan tidak mempunayi kuasa untuk menggubal RUU mengikut pandangan mereka sahaja.
“Kuasa kerajaan di bawah Perlembagaan Negara. Jadi kalau mereka melangkaui perlembagaan, kita berhak mengambil tindakan mahkamah,” katanya.
Menurut beliau, ada perkara dalam rang undang-undang itu yang akan dibahaskan minggu hadapan itu melanggar Perkara 10 (1) (b) iaitu hak untuk berhimpun.
“Ada beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini tidak boleh dilaksanakan langsung. Sebagai contoh kerajaan kata 30 hari untuk beri notis berhimpun. Maksudnya kalau kena beri notis begitu, rakyat telah dihalang (untuk berhimpun).
“Begitu juga kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai himpunan, sedangkan kanak-kanak juga ialah rakyat. Contoh kalau ada sekolah dirobohkan dan kanak-kanak ini berhimpun, dalam rang undang-undang ini kata tak boleh tapi dalam perlembagaan boleh. Jadi rang undang-undang ini bercanggah dengan perlembagaan,” jelas beliau.
Turut hadir sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua orang ahli jawatankuasa PAS Pusat iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad dan Dr. Hatta Ramli.

Notis 30 hari tak praktikal, Suhakam syor 11 gesa pinda RUU Perhimpunan Aman


KUALA LUMPUR, 25 Nov — Suhakam mengemukakan 11 syor kepada pentadbiran Najib agar meminda peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 termasuk mengkaji semula tempoh notis wajib 30 hari atas alasan ia tidak praktikal dengan tujuan perundangan baru itu.
Selain itu kata beliau, kajian semula diperlukan berhubung peruntukan mengenai larangan terhadap mana-mana perhimpunan dalam jarak 50 meter dari had mana-mana tempat yang dilarang kerana ia tidak tidak realistik di kebanyakan bandar dan pekan.
Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam dan akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat minggu depan.

Azmin dakwa PKR dihalang berceramah di Johor

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa permit untuk siri ceramah yang dirancang untuk diadakan sepanjang tiga hari di Johor telah dibatalkan.

Malah, pihak berkuasa tempatan di negeri itu juga didakwa telah diarahkan untuk bertindak keras ke atas penganjuran ceramah berkenaan, kata Azmin lagi.

Azmin mendakwa, arahan berkenaan telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Wanita PKR cabar Shahrizat letak jawatan

Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang diusahakan keluarga menteri itu.

Dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional PKR kelapan di Johor Bahru hari ini, Zuraidi berkata, Shahrizat perlu berbuat demikian untuk menjaga maruah beliau sebagai seorang wanita.

Pemuda PKR cabar Umno pinda Perlembagaan jamin Melayu PM

PULAI, 25 Nov — Sayap muda PKR hari ini mencabar Umno meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan syarat dan jaminan jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh seorang Melayu jika benar parti teras BN itu mendakwa hanya ia yang boleh melindungi kaum Melayu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata alasan jawatan tersebut dipegang oleh seorang Melayu hanya semata-mata kerana Umno berkuasa tidak boleh diterima.
Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan ucapan dasar pada Kongres AMK. — Foto oleh Choo Choy May
Tegas beliau, sejarah membuktikan Umno sanggup menggadai dan memperdagangan apa sahaja. “Memberikan jaminan Perlembagaan bahawa hanya seorang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah tindakan adil, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau dalam ucapan dasarnya pada Kongres AMK di sini hari ini.
Shamsul Iskandar berkata perkara itu tidak asing di Malaysia kerana hampir semua negeri di Malaysia mensyaratkan ketua kerajaan negeri mesti seorang Melayu.

Pemuda PKR: Pakatan perlu disiplin, elak beri BN ‘peluru’

PULAI, 25 Nov — Angkatan Muda PKR berkata Pakatan Rakyat perlu menunjukkan disiplin dengan tidak memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyerang perikatan berusia tiga tahun itu khususnya ketika hendak menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, para kuasawan dan anggota parti dalam Pakatan Rakyat harus ada komitmen kepada perikatan tersebut.
“Pandangan-pandangan yang disuarakan harus ditimbang dengan sebaiknya dan jangan sampai menjejaskan mana-mana segmen dalam Pakatan Rakyat,” kata beliau dengan merujuk kepada isu jumlah kakitangan awam baru-baru ini.

PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

PKR akan ‘roboh tembok penjara’ jadikan Anwar PM, kata Azmin

Sasterawan Negara Datuk Samad Said (tiga dari kiri) menghadiri majlis perasmian Kongres AMK dan Wanita PKR hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
PULAI, 25 Nov — Menggambarkan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini berkata, partinya akan memastikan Ketua Pembangkang itu bebas penjara bagi mengetuai kerajaan pusat Pakatan Rakyat (PR). Berucap merasmikan secara serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan Rakyat dan Wanita PKR 2011, Azmin berkata, perikatan pembangkang itu telah mencapai konsensus bahawa Anwar, yang kini berhadapan dengan tuduhan meliwat yang kedua, akan menjadi Perdana Menteri ketujuh negara.
“Sesiapa yang berkonspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, kami (sayap) Pemuda dan Wanita akan bangun dan merobohkan tembok penjara untuk membebaskan beliau,” kata beliau dalam ucapan dasar yang disambut dengan sorakan 1,600 perwakilan.

Peaceful Assembly Bill ignites protest at Parliament - Part 1

Peaceful Assembly Bill ignites protest at Parliament - Part 2

Batal Darurat: Kelantan berhak dapat Royalti

NGO lancar kempen Bebas Berhimpun

Keluarga mahu PM bebaskan tahanan ISA

Arab League imposes deadline on Syria

No delay to elections, say Egypt's military rulers

Tense truce holds in Cairo's Tahrir Square but clashes elsewhere

Protests roil Bahrain after report's release

Egypt's Military Says No Vote Postponement

Demo Tolak 1.0 desak pihak luar tak campuri urusan UIA


KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan menganjurkan demonstrasi Tolak 1.0 esok sebagai desakan menolak sebarang campur tangan luar terhadap hal ehwal pentadbiran pusat pengajian itu ekoran beberapa insiden sejak tiga bulan lalu termasuk membabitkan program Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isnin lalu.
Selain itu, pergerakan pelajar tersebut juga menolak sikap tidak berprinsip pihak pentadbiran UIA dalam mempertahankan hak mahasiswa dan pusat pengajian tinggi itu sebagai sebuah institusi keilmuan.
“Pro-Mahasiswa UIA ingin mengajak dan menyeru seluruh mahasiswa dan warga Malaysia, untuk turut hadir ke demontrasi Tolak 1.0 yang akan diadakan esok,” kata pengerusinya Muhammad Hafizuddin M. Noor dalam satu kenyataan.
Demonstrasi itu akan diadakan di pekarangan Masjid UIA di kampus induk di Gombak.

Lamanweb 1M'sia Najib digodam


Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.
Menurut pos sebuah blog terkemuka pro-Pakatan Rakyat - Milo Suam - ia berlaku awal pagi ini.

Suhakam: Hentikan Bil Perhimpunan Aman

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

"Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

Bil Perhimpunan Aman cetuskan demo di Parlimen

Ketika Dewan Rakyat bersiap sedia untuk perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, hari ini, beberapa kumpulan pejuang hak asasi mengadakan demonstrasi bagi membantah penggubalan akta baru itu.

NONESambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen.

Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.

"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.

"Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini  menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini.

Bil Perhimpunan dibentang, perbahasan Selasa ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, di sebalik bantahan dan demonstrasi yang menuntut ia ditarik balik.

Bil Perhimpunan dibentang, perbahasan Selasa ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, di sebalik bantahan dan demonstrasi yang menuntut ia ditarik balik.

Hisham: Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ditarik balik.

NONEDitanya oleh wartawan sama ada beliau sedia mempertimbangkan desakan dan rayuan daripada pelbagai pihak yang mahu rang undang-undang itu dikaji semula dan dipinda, Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju.

"Tidak ," katanya sambil berkata adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.

Selasa lalu, rang undang-undang itu buat pertama kalinya dibacakan di Dewan Rakyat.

Hishamuddin yang juga naib presiden Umno, mendakawa pembangkang menggunakan isu itu demi kepentingan politik mereka.

Beliau juga menafikan rang undang-undang yang akan dibahas petang ini bertujuan menyekat orang ramai daripada berhimpun dan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis.

Mahkamah: Kesatuan sekerja ada imuniti, tidak boleh disaman


KUALA LUMPUR, 24 Nov ― Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi(majikan).

PAS dakwa Muhyiddin angkuh beri syarat selesai air Kelantan

KUALA LUMPUR, 24 Nov ― Pemuda PAS pusat mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai angkuh apabila memberi jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata pandangan Muhyiddin itu satu kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan.
Riduan menambah Pemuda PAS  berpandangan bahawa kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Akta baru perhimpunan aman sekat pembangkang temu rakyat, kata Anwar


KUALA LUMPUR, 24 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan Putrajaya untuk mengehadkan pergerakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salah guna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) menegaskan peruntukan dalam undang-undang perhimpuan aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk perikatan itu terus memberi penjelasan kepada rakyat.