Rabu, 23 November 2011

Rosmah “low profile” sebelum Perhimpunan Agong Umno

Rosmah “low profile” sebelum Perhimpunan Agong Umno Wanita-wanita ternama seperti Ratu Elizabeth Margaret Thatcher, Aung San Suu Kyi dan Hillary Clinton sering mendapat tempat di dada-dada akhbar. Kisah wanita-wanita yang bereputasi tidak baik seperti Marie Antoinette, Marilyn Monroe, Lizzie Borden, Elena Ceausescu, Imelda Marcos dan Winnie Mandela juga sering dipaparkan.
Selalunya, yang tidak begitu baik itulah yang mendapat liputan media dan mempunyai impak lebih dalam media antarabangsa juga di negara-negara mereka sendiri seraya mencipta sejarah.
Malaysia mempunyai versi yang sama untuk wanita yang penuh skandal yang diciptanya sendiri kerana ingin menjadi lebih penting daripada apa yang beliau layak. Bukan itu sahaja, beliau ingin pengaruh yang lebih besar dan sering menunjuk-nunjuk.
Ada yang mengatakan bahawa wanita ini ada persamaan dengan Imelda Marcos yang mempunyai 3000 pasang kasut.

Janji ditransformasi menjadi penipuan yang keji


Oleh Ng Eng Kiat
Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.  Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan.  Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

SMM tuntut penjelasan Mais sekat Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi penjelasan segera berhubung tindakan mengarahkan kertas kerja Prof. Dr. Abdul Aziz Bari ditarik balik daripada dibentangkan.
Pengerusinya, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, tindakan itu merupakan satu lagi tindakan yang bercanggah dengan prinsip kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
"Mahasiswa menuntut Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa memberi penjelasan segera dan memohon maaf segera sebagai tanda menghormati konsep kebebasan akademik yang dituntut oleh ramai pihak," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Abdul Aziz sebelum ini menerima jemputan daripada Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) untuk membentangkan satu kertas kerja dalam seminar esok.
Bagaimanapun, Aziz pagi tadi menerima notis daripada Kuis yang memaklumkan Mais mengarahkan pihak penganjur membatalkan pembentangan kertas kerja tersebut.

1Lembu : DUN Perak kecoh, ADUN DAP diarah keluar

NONEPersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang memasuki hari ketiga hari ini panas dan kecoh apabila pihak kerajaan dan pembangkang bertegang leher gara-gara wakil rakyat pembangkang menggunakan kata-kata "pelacur politik" dan "katak" semasa perbahasan.
  
Timbalan Yang Dipertua DUN Datuk Hee Yit Foong yang mempengerusikan persidangan meminta Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) yang membahaskan Belanjawan 2012 negeri supaya menarik balik kata-kata berkenaan kerana ia menghina golongan wanita termasuk ibu dan nenek kepada wakil pembangkang berkenaan.

Altantuya : K'jaan bertegas tak bayar komisen pada Perimekar

NONEKerajaan hari ini bertegas bahawa ia tidak membayar apa-apa komisen kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang bertindak sebagai orang tengah bagi pembelian kapal selam Scorpene.

Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Latiff Ahmad (kanan) menegaskan demikian semasa 'perbahasan hangat' dengan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) sewaktu penggulungan perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Ditanya sama ada kerajaan kini mengesahkan bahawa ia tidak pernah membayar satu sen pun komisyen kepada Perimekar, Abdul Latiff (BN-Mersing) berkata: "Benar, benar, benar dan benar!".

Pencen, caruman LTAT: Jangan aniaya bekas tentera

 KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kementerian Pertahanan diminta bertindak adil kepada bekas-bekas anggota tentera dan mereka yang masih berada dalam perkhidmatan, terutama melibatkan pencen dan caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sehingga kini skim pencen yang diberikan kepada bekas-bekas anggota tentera hanyalah dikhususkan kepada mereka yang berkhidmat sehingga tidak kurang 21 tahun, manakala mereka yang berhenti ketika perkhidmatan kurang tempoh itu tidak diberikan pencen.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, langkah tersebut ternyata tidak adil, malah jelas menganiaya bekas anggota tentera terbabit, pada hal mereka juga telah melakukan pengorbanan besar kepada negara walaupun tempoh perkhidmatannya kuurang 21 tahun.

NGO Kecam Penipuan licik Najib

SHAH ALAM 23 NOV: Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.

1Lembu : PAC persoal Kementerian Pertanian beri NFC wang sebelum perjanjian

KUALA LUMPUR, 23 Nov ― Pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Januari depan berhubung kontroversi yang menyelubungi badan itu.
Jawatankuasa itu juga mempersoalkan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh keluar wang tanpa perjanjian dengan NFC ditandatangani tahun lalu.
Mengumumkan demikian, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (gambar) berkata keputusan itu dibuat susulan pertemuan PAC dengan wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada pendengaran dalaman pertama mengenai NFC di Bangunan Parlimen hari ini.

1Lembu : 'Lebih indah' jika Umno, PAS jadi satu pasukan - TPM

Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
  
"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama timbalan perdana menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Akta Perhimpunan teruskan tahan tanpa bicara

KUALA LUMPUR, 23 Nov: PAS menyimpulkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam semakin mengecilkan lagi sistem demokrasi di tanah air.
Beberapa peruntukan yang terdapat di dalam akta tersebut jelas menjurus ke arah itu, sehingga menjadikan akta itu jelas lebih menekan rakyat berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan akan memansuhkan ISA dan akta-akta zalim, tetapi akta tersebut jelas bercanggah dengan janji tersebut.

Kongres Nasional : Cabaran PKR menjelang PRU-13


'Demi Rakyat' adalah tema utama Kongres Keadilan ke-8 yang akan berlangsung pada 25-27 November depan di Johor Bharu.
Tema ini juga akan menjadi manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.Menurut Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Johor dipilih bukan sekadar untuk melengkapkan giliran negeri-negeri tetapi disebabkan negeri tersebut merupakan kubu kuat Umno.

Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

PENANTI 23 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga  Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan.
“Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan,” kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini.

Anggota Wanita KEADILAN Pulau Pinang turut berdemo di hadapan Balai Polis Kubang Semang,Penanti

Yemen leader in Saudi Arabia for power-transfer deal

Inside Story - Egypt: Honeymoon over?

Inside Story - Egyptian military's quandary

Al Jazeera speaks to Al Wefaq's Matar Matar

UNHRC denounces Syria authorities for violent crackdown

ICC: Saif al-Islam to be tried in Libya

Cairo clashes follow military climb down

Live interview with Annie Ooi a.k.a. Aunty Bersih

Sivarasa Rasiah: Kita Ada Masalah Dengan Pemimpin UMNO Yang Merosakan Ba...

Sivarasa Rasiah: Kerajaan Baru Di Putrajaya & Perdana Menteri Baru Denga...

Anwar Ibrahim: We Can't Allow This Country To Be Controlled By The Corru...

Anwar Ibrahim: Imprison Me, The Climate For Change Will Be Faster

MP PAS Shah Alam Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pengangkutawmv

MP PAS Tumpat Bahas Peruntukan 2012 Kem. Dalam Negeri

AJE exclusive footage of Bahraini security forces

5th Day of Clashes in Cairo

Pilihanraya Serentak, SPR Perlu Tunaikan Dahulu Tuntutan BERSIH

Sekat Suara Rakyat , PR Bantah RUU Perhimpunan Aman

Anwar Ibrahim: The New Economic Policy (NEP) Benefits Only The Cronies

Libya can try Gaddafi son if conditions right - ICC

Pakatan mahu RUU Perhimpunan Aman ditarik balik

NFC: Duit habis 2009, perjanjian 2010

Sg Besi airbase deal: DAP queries discount for 1MDB

Pakatan wants Peaceful Assembly Bill withdrawn

'Pakatan reps can witness RM100 student aid payout'

Malaysian woman activist wins international human rights award

Malaysian woman activist wins international human rights award

MP PAS Pendang Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pengangkutan

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2012 Kem. Pertahanan

MP PAS Padang Terap Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pertahanan

MP PAS Baling Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Kerja Raya

MP PKR Teluk Kemang Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Kerja Raya

Teras: Akta Perhimpunan Aman regresif, bukannya progresif

KUALA LUMPUR, 23 Nov ― Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendakwa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan bacaan kali pertama semalam menafikan hak rakyat dan memutlakkan kuasa menteri dan polis.
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Teras membantah undang-undang itu kerana ada unsur yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Rang Undang-undang Perhimpunan Aman itu pada hakikatnya tidak membenarkan perhimpunan. Dengan hanya mengguna nama perhimpunan aman, akta itu tidak dapat berselindung dari isinya yang sebenar iaitu tidak membenarkan perhimpunan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

1Lembu : Mengapa SPR baling bola ke gelanggang Pakatan?

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengingatkan Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) bersikap adil dengan tidak memberi tekanan kepada negeri-negeri Pakatan rakyat sahaja untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, SPR harus mengadakan pertemuan dengan semua kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut.
"Saya kecewa bila pengerusi SPR kata mereka mahu berjumpa dengan negeri Pakatan Rakyat.
"Mengapa baling bola ke gelanggang Pakatan Rakyat...kenapa tidak balik ke gelanggang Barisan Nasional juga.

Pakatan mahu Putrajaya tarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR, 23 Nov ― Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa agar kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 sambil menyifatkan ia sebagai respons yang tidak demokratik kepada tuntutan-tuntutan kepada hak asasi sivil di Malaysia.
Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata ahli-ahli Parlimen perikatan itu akan membantah rang undang-undang itu apabila ia dibahaskan mulai esok.

1Lembu : Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

1Lembu : Operasi sindiket kad pengenalan?

Pemimpin Pemuda PAS, Adram Musa percaya operasi di Salak Tinggi mirip operasi yang pihaknya bongkar tidak lama dahulu berhampiran Putrajaya
PETALING JAYA: Satu operasi sindiket yang dipercayai mengedarkan kad pengenalan kepada warga asing sedang berlaku berhampiran pusat latihan Kompleks Integrasi Warisan Arca, (KIWA) di Salak Tinggi.
KIWA merupakan kem kursus kenegaraan kendalian Biro Tata Negara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Laporan polis sedang dibuat dan orang ramai turut berkumpul di situ.
Timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi rakyat Dewan Pemuda PAS, Adram Musa memberitahu FMT bahawa pihaknya masih menunggu pegawai penyiasat polis datang ke tempat kejadian.

Crisis in the Chambers

More and more senior DPPs are throwing in the towel and the list includes Solicior-General II Mohd Yusof. Sources claim that the AG is to be blamed for this.
PUTRAJAYA: Allegations of internal politicking, nepotism and cronyism are swirling in the Attorney-General’s Chambers and fed-up deputy public prosecutors (DPPs) are tendering their letters for optional retirement.
Those interviewed by FMT agreed to voice their grievances on condition of anonymity.
These legal eagles believe that the rot is beyond repair and pin the blame on Attorney-General Abdul Gani Patail himself.
According to them, it is an open secret that those loyal to Gani rise up the ranks and are given key tasks irrespective of whether they are qualified for the job or otherwise.

NFC: Azmi Khalid "fed up" with govt corruption or play-acting

NFC: Azmi Khalid "fed up" with govt corruption or play-actingChairman of the parliamentary Public Accounts Committee Azmi Khalid said he was “fed up” with having to deal with the non-stop cases involving mismanagement of public finances after interviewing officers from the National Feedlot Centre.
But was Azmi, the Umno MP for Padang Besar, really serious or was he play-acting. As DAP adviser and Ipoh Timur MP Lim Kit Siang has pointed out, Azmi was part of the federal Cabinet which must have approved awarding the beef production project to the family of Women's minister Shahrizat Jalil before it could begin; and as such Azmi should 'recuse' him from hearing the case.
"Azmi was a Cabinet minister in the operative time of the approval of the NFC project – making him to a party to any Cabinet decision on the NFC project.  Can Azmi categorically declare that he was not involved in any way in any Cabinet approval or discussion of the NFC project before he was dropped from the Cabinet after the March 2008 general election," Kit Siang had said in a statement out on Tuesday.

Tarik balik Akta Perhimpunan Aman-

KUALA LUMPUR 23 Nov: Pakatan Rakyat mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang baru-baru ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rang undang-undang baru itu jelas menyekat kebebasan rakyat menyuarakan pendapat yang merupakan asas demokrasi.
“Rang undang-undang ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan asal Datuk Najib yang kononnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia.
“Ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia amat lunak, namun tindakannya cukup menekan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipejabatnya di Parlimen hari ini.
Turut serta dalam sidang media itu pimpinan tertinggi Pas, KEADILAN dan DAP yang lain.

Ikut telunjuk BN tidak munabasah

GEORGETOWN, 23 NOV – Cabaran supaya negeri-negeri Pakatan Rakyat mengikut telunjuk Barisan Nasional untuk mengadakan pilihan raya secara bersama dalam masa terdekat ini, kononnya untuk menjimatkan wang rakyat, adalah satu pendirian yang tidak munasabah, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, kerajaan pusat BN yang sepatutnya menunaikan janji-janji ‘trasformasi’ terlebih dahulu, terutamanya melaksanakan cadangan-cadangan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) bagi menambah baik sistem pilihan raya.
Katanya, buat masa ini PSC masih lagi bermesyuarat dan sedang mendapatkan maklum balas daripada semua pihak, dan kerana itu, tidak munasabah jika PRU diadakan sebelum jawatankuasa tersebut mengemukakan cadangan-cadangannya.

Politik UMNO membawa padah

Oleh T.K. Tan

23 NOVEMBER – Setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, kesan dan hasil pemerintahan UMNO-BN sudah nyata kelihatan. Kesan yang mendalam dirasakan dalam bidang ekonomi dan pendidikan akibat campur tangan politik yang berleluasa dan untuk sesetengah pihak, berlebihan. Bagaimana pencapaian UMNO-BN?
Persaingan perniagaan terpilih
Antara campur tangan politik yang dapat dilihat ialah sektor ekonomi. Untuk menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Melayu dalam kebanyakan sektor ekonomi yang penting, badan-badan dan syarikat milikan kerajaan (GLC) ditubuhkan dan seringkali diberikan insentif cukai atau bantuan kewangan yang mudah.

APA yang zalim, kejam dan bersifat komunis

Oleh Daing Yahya

23 NOVEMBER – Demokrasi bukan sekadar menggalakkan, malah memastikan setiap individu dan masyarakat terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses membuat dasar.
Secara objektifnya, demokrasi mengizinkan sesiapa jua yang mewakili mana-mana pihak termasuk institusi untuk memberi pandangan dan menuntut sesuatu hal dilaksanakan.
Namun, pentadbiran Malaysia yang mengakui mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan hanya mampu menjual cerita tentang demokrasi kepada pemimpin-pemimpin negara asing.
Dari segi amalannya, rakyat Malaysia semakin hari semakin kehilangan hak. Bukan sahaja hak ekonomi dan peluang saksama semakin terhapus, hak kebebasan yang selama ini dicengkam, terus dikekang.

Hanya BN benarkan kos lapangan terbang naik, tanah kerajaan dijual murah

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Mengapa kos pembinaan lapangan terbang harga murah KLIA2 melonjak lebih sekali ganda daripada harga asal dan kenapa sebidang tanah kerajaan yang dijual kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Sungai Besi jauh lebih murah dari harga pasaran?
Setiausaha Publisti DAP Tony Pua mahu kerajaan persekutuan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menjelaskan secara terperinci mengenai skandal-skandal yang membabitkan wang rakyat itu.
Dalam isu KLIA2, beliau berkata, peningkatan kos pembinaan lapangan terbang itu  akan menjejaskan sektor pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Menteri : 'Fahaman Wahabi tak sesuai diamal di Malaysia'

Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONEBeliau berkata kerajaan memandang berat terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini tetapi setakat ini ia masih terkawal.

"Kumpulan yang menyokong pegangan Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan masalah furu'iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat.

Daftar pemilih: Satu nama meragukan sudah cukup besar

KUALA LUMPUR 23 Nov: Jangankan 42,000 nama meragukan dalam daftar pemilih, satu nama sahaja dianggap cukup besar, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, bahawa 42,000 nama yang meragukan dalam daftar pemilih adalah kecil sebagaimana dilaporkan Sinar Harian hari ini.
“Sebab itu pendirian kita jelas dan konsisten bahawa sebelum parlimen dibubarkan, tunaikan dulu kesemua lapan tuntutan Bersih,” katanya selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Usul tergempar bahas penahanan ISA ditolak

Satu usul tergempar untuk membahaskan penahanan 13 orang lelaki di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA,) tidak dibenarkan atas sebab 'keselamatan'.

pandikar amin mulia ukec student summitMenurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, isu itu

tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan  unsur-unsur kerahsiaan.

Katanya, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mengulas usul yang dibentangkan oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), beliau berkata, keputusan itu juga berdasarkan hakikat bahawa ISA masih berkuatkuasa.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa penahanan itu dibuat di bawah ISA yang masih berkuat kuasa dan belum dimansuhkan, ataupun ada akta baru menggantikannya.

Sekatan-sekatan terbaru bukti Najib berbohong

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Beberapa tindakan terbaru kerajaan BN menyekat hak rakyat untuk bersuara membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong untuk melakukan reformasi politik dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Merujuk kepada tangkapan 13 orang di bawah ISA di Sabah, pembatalan program di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan larangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terhadap pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari untuk membentangkan kertas kerja, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ianya bertentangan dengan pengumuman Najib 15 September lalu.

“Kejadian-kejadian yang berlaku mutakhir ini jelas menunjukkan segala komitmen yang disuarakan Najib hanya omongan dan retorik kosong.

Fitnah II dapat perhatian Parlimen Jerman, tamparan buat Kerajaan

KUALA LUMPUR 23 Nov : Kenyataan Parlimen Jerman terhadap kes Fitnah II yang membabitkan Ketua Pembangkang merupakan tamparan hebat terhadap kerajaan dan sistem perundangan di negara ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff berkata, ia menunjukkan dunia kini sedang memerhatikan perkembangan kes berkenaan yang akan dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap keyakinan antarabangsa.
“Ia merupakan satu ‘signal’ bahawa mereka (Parlimen Jerman) turut memantau kes berkenaan dan kezaliman terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ini tidak boleh dipandang remeh Kerajaan,”

Ketua NGO Songlap Duit Pembeli Rumah PKNS

KETUA sebuah NGO yang kuat mengkritik kerajaan Selangor dikatakan telah melakukan pecah amanah membabitkan wang sebanyak lebih RM200,000 milik Perbadanan Iktisad Negeri Selangor (PKNS) dua tahun lepas.

Wang itu dikatakan untuk pembayaran pembelian rumah PKNS yang diruskan oleh ketua NGO berkenaan yang juga merupakan seorang peguam.

PKNS telah beberapa kali meminta dengan baik (berlandaskan undang-undang) supaya ketua NGO yang sering berdemo di hadapan pejabat MB Selangor dan wajahnya selalu keluar di kaca tv itu menjelaskan wang berkenaan sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan.

Kebebasan Akademik: SMM serah memo kepada SUHAKAM



KUALA LUMPUR – Gerakan Mununtut Kebebasan Berakademik (BEBAS) yang diterajui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini telah menyerahkan memorandum tuntutan kebebasan akademik kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Memorandum yang mengandungi enam tuntutan telah diserahkan oleh Setiausaha BEBAS, Muhamad Safwan Anang di ibu pejabat SUHAKAM kepada Pesuruhjayanya, Muhammad Sha'ani Abdullah.
Enam tuntutan tersebut ialah mansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan Akta 174, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti, serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.

Rakyat patut hukum siapa ahli parlimen yang menyokong rang undang - undang yang menindas dan menutup ruang demokrasi.



Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
23 November 2011


Menyebut pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat kononnya bagi menjamin kebebasan berhimpun adalah retorik terbesar Kerajaan Najib Razak dalam merealisasikan apa yang dikata 'Transformasi Politik'. Memang ianya suatu transformasi, tetapi malangnya ia menuju ke arah yang lebih negetif apabila satu demi satu hak rakyat dinafikan terutamanya dalam tajuk berhimpun.

NFC: PAC dapati banyak kelemahan

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan.
PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.

Politik haji dan hijrah

Para jamaah haji yang baru pulang, masih tersemat dalam ingatan mereka laungan talbiyah yang berkumandang di tanah suci, bermaksud: ”Ya Tuhanku!, ya Tuhanku!, tiada sekutu bagimu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan menjadi milikmu“.
Diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada sesiapa yang memakai pakaian ihram untuk haji dan umrah, menggantikan ucapan syirik oleh kaum jahiliyyah yang menunaikan haji sebelum menganut Islam.
Lafaz bagi menyahut seruan nabi Ibrahim A.S, sebutan bahasa al-Quran Ibrahim atau Abraham mengikut sebutan penganut agama lain. Ibrahim diberi penghormatan kerana perjuangannya mengajak maharaja Namrud dan rakyat kepada ajaran yang benar daripada Allah iaitu Islam sehinggalah beliau dihalau. Perjuangan ini di sambung oleh para Rasul di kalangan Bani Israil dan Rasul akhir zaman Muhammad S.A.W. Menunjukkan bahawa perjuangan Islam yang sempurna tidak memisahkan politik daripada agama. Sabda Rasulullah S.A.W: “Pemimpin politik Bani Israil ialah para Anbiya.” (Riwayat al-Bukhari). Menunjukkan juga bahawa amalan syirik bukan sahaja berlaku dalam perkara ibadat,  bahkan berlaku dalam cara hidup yang melibatkan amalan politik.

DUN Kelantan dibubar serentak dengan pusat

Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat membubarkan Dewan Rakyat, kata Menteri Besar,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONENik Aziz yang juga Mursyidul Am, PAS dipetik oleh Harakahdaily berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan DUN.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan DUN diadakan sekali.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 17 November lalu, berkata kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun tahun depan kerana mahu melaksanakan belanjawan negeri 2012 yang baru diluluskan.

Umno terpaksa U-turn untuk bernafas

Sejak muktahir ini, Umno sudah dilihat dengan jelas sebagai parti yang tidak ada pendirian, parti yang suka buat U-Turn. Apa yang ditentangnya dahulu, kini dijilatnya semula dan cuba menuduh pihak lain tidak bersamanya pulak.
Contohnya cukup banyak. Terbaharu ialah cadangan pengubalan Akta Murtad yang disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Dalam isu ini, Mukhriz Tun Mahathir menggesa pemimpin PAS tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Sedangkan ketika PAS membentangkan Rang Undang-undang sebegini pada awal 1990-an dahulu di Parlimen, ahli-ahli Parlimen Umno-BN lah yang paling lantang menentang dan enggan menyokongnya.

Bersih 2.0 : Saksi nampak gas pemedih ditembak ke hospital

Seorang saksi yang memberi keterangan pada siasatan awam Sruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, berkata, polis melepaskan gas pemedih mata berhampiran Hospital Bersalin Cina di Kula Lumpur dan turut  menggunakan meriam air ke atas orang ramai yang berada di pintu masuk Hospital Tung Shin.

NONEYap Jee Kit (kiri), yang berkhidmat sebagai pembantu kepada exco Selangor, Elizabeth Wong juga mendakwa dirinya didera secara fizikal dan dicerca oleh pihak polis semasa ditangkap.

Katanya, pada hari kejadian, petang 9 Julai itu, beliau berjalan dari Brickfields untuk menuju ke Menara Maybank dengan memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0.

Menurutnya, dalam perjalanan itu, beliau juga melihat ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ditangkap ketika cuba berunding bagi pihak lebih 5,000 orang supaya pihak berkuasa membenarkan mereka melepasi sekatan polis.

"Terdapat ramai anggota polis pada hari itu dengan juga anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kami hanya berkumpul di sana sambil melaungkan beberapa slogan apabila polis memberi amaran dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di Jalan Pudu.

Pulau Pinang mahu SPR temu negeri, pusat tetapkan tarikh PRU

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mengadakan satu pertemuan dengan kerajaan persekutuan dan kesemua kerajaan negeri untuk membincangkan tarikh dipersetujui bersama bagi mengadakan pilihan raya umum, kata kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata adalah tidak adil jika SPR hanya menyasar dan mengenakan tekanan ke atas negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat agar menerima tarikh yang sama dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan pusat.
“Mengapa hanya negeri-negeri dan bukannya BN? Jika SPR benar-benar jujur, ia harus dibincangkan dengan semua kerajaan negeri dan persekutuan,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Akta Perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera.

Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi.

1Lembu : Ketua PAC 'bosan' selepas siasatan awal ke atas NFC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) "bosan" dengan kes-kes salah guna dana awam yang berterusan di negara ini, kata pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAzmi berkata demikian selepas PAC hari ini menyoal siasat pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu, Perbadanan  Fidlot Kebangsaan.

"Sistem pengurusan perlu disemak semula, walaupun kementerian itu bercakap benar, rakyat juga sudah bosan, mereka tidak mahu lagi dengar (penjelasan itu)," katanya.

Ahli parlimen, Padang Besar yang kecewa itu juga, berkata perkara seumpama itu menjadikan pentadbiran kerajaan BN kelihatan buruk.

Katanya, PAC akan memanggil pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan ketua setiausaha negara bagi mencari jalan untuk merombak sistem itu bagi memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemah.

Pajak 350,000 hektar tanah bercanggah Akta Felda

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Felda ingin memajak tanah miliknya seluar 350 ribu hektar kepada Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (Felda Global Ventures) adalah bercanggah dengan Akta Felda.
Pajakan tanah seluas 350 ribu hektar ini dilakukan bertujuan bagi menjadikan Felda Global Ventures sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di Malaysia selepas Sime Darby yang memiliki tanah seluas 392 ribu hektar.
Bercakap pada satu sidang media di Parlimen, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas menjelaskan Felda Global Ventures tidak mempunyai hak milik ke atas tanah tersebut.
"Tanah seluas 350 ribu hektar itu adalah milik Felda ataupun 500 ribu hektar adalah kepunyaan para peneroka. Felda Global Ventures hanya sekadar mengurus tanah-tanah tersebut.

1Lembu : Mengapa 1MDB diberi subsidi RM3b?

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menuntut penjelasan kerajaan terhadap apa yang didakwanya satu diskaun yang besar dalam penjualan sebidang tanah kepada 1Malaysia Development Berhad.
Bercakap di lobi Parlimen petang ini, Pua berkata, pada harga tanah seluas 495 ekar di Sungai Besi itu dijual, kerajaan secara efektifnya telah memberi RM3 bilion dalam subsidi kepada syarikat tersebut.

Menurutnya, pada harga RM240 sekaki persegi, tanah di Sungai Besi itu sudah seharusnya bernilai RM5.2 bilion.
Pua mendakwa, walaupun mempunyai potensi penilaian yang tinggi, tetapi kerajaan memilih untuk memindahkan tanah itu kepada 1MDB hanya pada harga RM1.6 bilion atau kurang RM3.6 bilion," katanya.

Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.
"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

Infighting in Umno-BN at its worst: Inept Najib relies on image to cover the cracks

Infighting in Umno-BN at its worst: Inept Najib relies on image to cover the cracksVladimir Putin has been portrayed as the one who has brought greatness back to Russia after the fall of USSR under Gorbachev. He posed in many officially-issued photos, showing to full advantage his physical and macho image, riding a horse and even swimming in the cold Moscow River. But quite recently he was booed by a large section of a 20,000-plus crowd when he went onto the fighting ring to congratulate the winner of a bloody martial arts fight telecast live on nationwide TV. Not surprisingly, there was a news blackout to control damage from the negative publicity.
Putin’s ruling United Russia party is heading into parliamentary elections in just two weeks, and though he is certain to win, the fact remains that his popularity has been sagging. That's why whatever means and methods his public relations advisers have used to improve his image has not really worked as desired.

Syrian protesters: "Death and not humiliation"

Rawya Rageh reports on police violence in Alexandria

Egyptian protesters reject military concessions

UN rights panel condemns Syria for crackdown

Lebanese support grows for Syria's Assad

Protests continue in Cairo's Tahrir Square

MP PAS Pokok Sena Kemuka Usul 18 (1) mengenai PENANGKAPAN TI

MP PAS Sik minta Soalan peperiksaan dalam Dwibahasa

MP PAS Padang Terap: Projek Fish Protech, Projek apa ni?

MP Machang/ Kuala selangor: Isu Kualiti Pelaburan - Pendapat

Isu Wahabi dan Syiah: MP PAS Bachok - Menteri Di JPM

MP Pokok Sena Bahas Peruntukan 2012 Kem. Kerjaraya

MP PAS Kuala Selangor - Tim. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi ...

MP PAS Baling - Tim. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepeng...

MP PAS Pendang Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Kerja Raya

MP PAS Pokok Sena - Tim Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kep...

Jangan Buang Kondom Merata-rata

Oleh: sangkancil

"LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.

Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.

Demi Maruah Najib :Mak Tiri Nazifuddin Perlu Letak Jawatan


Oleh Mohd Sayuti Omar
TUP tup cucu Tun Razak Husseian yang baru hendak berniaga telah meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat Harvest Court Industeries. Sebabnya ialah kerana saham syarikat dimana beliau menjadi pengarah naik berdecung. Saham HC yang hanya 8 sen naik menjadi RM2.14 selepas Nazifuddin anak lelaki kedua Najib dengan Tengku Puteri Zahariah menjadi pengarah.