Isnin, 21 November 2011

Pertahankan Selangor, melangkah ke Putrajaya

Oleh Teresa Kok

20 NOVEMBER – Masa berlalu dengan pantas, DAP Selangor telah berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri yang paling maju di Malaysia selama 3 tahun 8 bulan.  Sebelum Mac 2008, tiada orang di dalam dan di luar parti percaya parti kita mampu menjadi kerajaan di negeri Selangor, tetapi tsunami politik dalam pilihan raya umum 2008 telah membuka peluang bagi kita untuk memegang teraju kepemimpinan politik kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri Selangor.
Wang rakyat Selangor dijaga baik oleh kerajaan PR Selangor
Selepas Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor selama 3 tahun dan 8 bulan, kita telah membuktikan kemampuan kita kepada Barisan Nasional (BN) dan semua warga di negeri Selangor dan Malaysia bahawa kita mampu menjaga sumber ekonomi negeri ini dan mampu mentadbir negeri yang maju ini dengan lebih telus dan berkesan berbanding dengan zaman BN.

Reformasi polis baik untuk rakyat, negara

Oleh Adil Mat Selamat

21 NOVEMBER – Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta masyarakat mengemukakan idea atau cadangan kepada pihak Polis Diraja Malaysia bagi mencegah dan mengawal kadar jenayah yang sedang berleluasa.
Memang kita menyambut baik kenyataan KPN ini. Malah sememangnya rakyat dan pihak berkuasa harus bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam membendung dan mengawal kegiatan jenayah. Tidak hanya satu pihak saja terbeban.
Beban tugas polis
Kita juga simpati dengan tanggungjawab polis yang semakin besar dan berat. Kalau dahulu, tugas utama polis ialah mencegah jenayah sahaja, sekarang merangkumi layanan karenah dan kehendak pemimpin negara dan para pemimpin politik parti pemerintah.

Propaganda BN: Salah siapa jika kita percaya

Oleh Pena Binari

21 NOVEMBER – Sebenarnya sangat-sangat membosankan apabila melihat segala keseragaman politik di Malaysia, terutamanya yang melibatkan perkataan ‘usaha,’ ‘subsidi,’ ‘bantu rakyat,’ dan sebagainya yang secara automatik menimbulkan rasa kurang ajar sesebuah badan politik itu terhadap maruah diri kita sebagai manusia yang dilahirkan bebas.
Dalam masa sama perasaan bosan itu membesar menjadi rasa benci, keji dan jijik serta hina terhadap badan-badan politik yang bertungkus lumus berlawan menunjukkan hasrat dan perihatin terhadap rakyat Malaysia dengan cara terlampau plastik yang melampau-lampau.

Ramai gajikan ‘bodyguard’ jaga anak

Taraf kemewahan yang semakin meningkat telah mendorong lebih ramai warga Malaysia mendapatkan khidmat pengawal peribadi bagi anak mereka.Langkah ini dialu-alukan oleh pihak polis kerana ia melengkapi langkah mereka bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di negara itu.Menurut syarikat-syarikat keselamatan profesional, mereka yang mendapatkan khidmat pengawal peribadi itu terdiri daripada para keluarga golongan pendapatan pertengahan hingga mereka yang mewah – biasanya kalangan peniaga bersedia membayar purata RM3,500 ($1,434) sebulan bagi perkhidmatan itu, lapor akhbar New Sunday Times (NST), semalam.
Tidak lagi menjadi sesuatu yang ganjil melihat kanak-kanak di pusat-pusat beli-belah dan taman permainan ditemani lelaki tegap yang diupah bagi memastikan keselamatan mereka daripada diculik, ancaman daripada bekas suami atau isteri dalam kes pertikaian mendapatkan hak menjaga anak dan para pesaing perniagaan.

Sekolah Cina India & Mubaligh dapat duit Beratus Juta..Mai SAR dapat belas juta saja..??

Maafkanlah Mereka

altSetiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Betapa Allah amat memberatkan hamba-Nya menjaga silaturrahim dan ukhwah sesama manusia. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :
"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).
Hal ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambung (tali) silaturahim."
Jadi jelas di sini betapa penting untuk kita menjaga ukhwah yang telah terjalin sesama manusia. Kerana menjaga ukhwah itu hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.

Kau yang jauh...


al-aqsa
Kau yang jauh, nun di sana...
Lahirmu genap Al-Haram dewasa
Jasadmu dijejak sebaik manusia
Selawat ke atasnya, di dalammu solatnya
Mendepani anbiya’, lalu ke sidratul muntaha...
Kulihat peta, berkudis mata
Ingin dipadam memori jelata
Agar tidak kau muncul dinyata
Walau apa cara dicipta

Selangor lancar Majlis Permuafakatan Wanita


MPWSShah Alam – Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Majlis Permuafakatan Wanita Selangor (MPWS) yang terdiri daripada para pemimpin dan aktivis wanita, organisasi bukan kerajaan (NGO), individu bukan kerajaan, para ahli akademik, dan profesional dalam kalangan wanita dari seluruh Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor, Rodziah Ismail berkata, penubuhan MPWS akan memperkukuh aktivisme dan organisasi wanita agar berlaku penggemblengan kepakaran, pengalaman dan pemikiran ke arah kesejahteraan wanita, khususnya di negeri Selangor.
“MPWS ditubuhkan untuk melihat keseluruhan pembangunan wanita Selangor. Ia berfungsi sebagai badan penasihat kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor. Secara tidak langsung cara ini akan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dengan para aktivis, pemimpin-pemimpin wanita, NGO, individu-individu bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan profesional dalam membincangkan isu-isu yang menjadi kepentingan bersama,” ujar Rodziah dalam satu sidang media yang diadakan di Dewan Annex Selangor bersempena Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang berlangsung baru-baru ini.

Hadi dan Kit Siang jadi TPM jika Pakatan menang. OK?

Hadi dan Kit Siang jadi TPM jika Pakatan menang. OK? Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa Kit Siang dan Abdul Hadi Awang akan menjadi TPM jika Pakatan memenangi Pilihanraya umum yang akan datang.
“Kedua-duanya mampu membawa pembangunan progresif kepada negara.” Karpal memberitahu wartawan.
Komen beliau bukanlah sesuatu yang baru tapi, media BN sentiasa cuba untuk melaga-lagakan ketiga-tiga parti politik ini- PAS, DAP dan PKR.
BAru-baru ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menegaskan lagi bahawa Ketua PKR, Anwar Ibrahim akan tetap menjadi PM walaupun sekiranya beliau dipenjarakan atas tuduhan fitnah liwat dan video seks yang direka cipta oleh kerajaan BN.
Media BN kemudiannya cuba menimbulkan isu untuk jawatan nombor 2 negara dengan mengapi-apikan masyarakat Melayu dengan perkhabaran bahawa Lim Kit Siang akan menjadi TPM memandangkan beliau adalah berketurunan Cina.

Inside Story - Spain's boom to bust

Eygpt's police clash with protesters

Eygpt's police clash with protesters

Egyptian capital rocked by fresh clashes

Cairo clashes derail election buildup

'Swapping' Tidak Lagi Dibeku

Ke mana disalurkan baki wang peruntukan jalan

PKR: Shahrizat's husband 'used' NFC money for umrah

Pua: Why is ministry mum on KR1M products?

Harimau Akan GANAS Apabila Tercedera – Hassan Karim

imageBATU PAHAT – ”Harimau kalau dah cedera ia akan ganas” begitulah analogi yang diterjemahkan oleh Encik Hassan Abdul Karim, bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) kepada siri-siri provokasi pihak tertentu terhadap majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat Di Johor.

Katanya lagi, kuasa yang dimiliki itu bukan mutlak dan kekal selama-selamanya, akan tetapi ia bersifat sementara. Manakala pihak yang berasa akan hilang kuasa akan bertindak sesuka hati tanpa mengira pertimbangan akal dan hati budi.

Wawancara Utusan dengan Dr Mahathir : siapa yang hendak mengaku berak di tepi jalan.

Semalam hari minggu. Pagi-pagi lagi saya mendapat panggilan talipon dan beberapa sms dari rakan-rakan dari jauh dan dekat bertanyakan saya samada saya membaca wawancara Utusan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. “Bro dah baca ke interview Dr Mahathir dalam Utusan?” Saya jawab “Saya tak langgan Utusan sudah 10 tahun, nanti saya baca Utusan on line lah!”

Saya terus sahaja membaca setiap ulasan Dr M dalam Utusan itu dan saya tidak berapa hairan kerana saya sendiri telah menyebut segala-gala yang di sebut oleh Dr Mahathir dalam wawancara beliau itu. Bezanya Dr Mahathir seorang tokoh besar sedangkan saya hanya seorang biasa yang melata di tepian politik negara.

Pada keseluruhannya Dr Mahathir bersetuju dengan pandangan ramai yang UMNO dan pemerhatian yang UMNO sekarang adalah parti yang lemah dan tidak pandai untuk menjadi parti pemerintah. Pendeknya UMNO sudah tidak serupa UMNO lagi.

Aggressive new Umno-Datuk T spinoff to attack Anwar on the way, warns Surendran

Aggressive new Umno-Datuk T spinoff to attack Anwar on the way, warns SurendranFor the third time since 1998, the Barisan Nasional government is complicit in fabricating criminal charges in an attempt to end the political career of National Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and halt political and economic reform in this country.
UMNO-BN are using the police force to move aggressively against Anwar Ibrahim just as the general election is about to be called. On 16 November 2011, the opposition leader was ordered to report for police questioning, and was forced to attend Kepong police station instead of performing his duties as parliamentary opposition leader.
Datuk T again
A new criminal investigation had been launched against him based on a report made by one DSP Shanmugamoorthy who had investigated Anwar's complaint of intimidation, blackmail and criminal defamation by the 'Datuk T' trio. Thus, from being an aggrieved complainant, the authorities have made Anwar the accused person.

‘Sue me’, Pua tells KR1M boss

Ameer (left) stands beside Najib during the launch of the KR1M store in Kelana Jaya, August 21, 2011. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Nov 21 — Tony Pua says Datuk Ameer Ali Mydin can sue if he is unhappy over remarks by the DAP publicity chief concerning allegedly substandard Kedai Rakyat 1 Malaysia goods, The Malay Mail reported today. “Sue me if you are not happy with my statements or claims. Take me to court if you have to,” the Petaling Jaya Utara MP told the daily.
Kedai Rakyat is a chain of government-backed thrift shops run by local hypermarket operator Mydin Mohamad Holdings Bhd, which is headed by Ameer.

TWU: Tubuh suruhanjaya siasat konsortium bas Transnasional rugi RM300j

KUALA LUMPUR, 21 Nov ― Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan (TWU) menggesa Putrajaya menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat punca kerugian RM300 juta dialami Konsortium Transnasional Bhd (KTB) sehingga menyebabkan ia memberi kata dua mahu menghentikan khidmat di enam negeri bulan depan.
Setiausaha Agungnya Datuk Zainal Rampak berkata, siasatan perlu bagi menentukan kebenaran dakwaan bahawa syarikat berkenaan dikatakan tidak telus dalam perkara berkaitan pendapatan dan juga penjualan harta, kononnya dibuat untuk menambah modal.

1Lembu : MCA cabar negeri Pakatan adakan pilihan raya serentak

malaysia general election vote ballot partiesMCA mencabar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemudanya, Datuk Wee Ka Siong.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.

"Adakah anda semua bersedia menghadapi BN pada pilihan raya negeri? Keengganan anda berbuat demikian menunjukkan anda sama ada tidak bersedia untuk menghadapi BN dan anda telah gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.

NFC: Beku perbelanjaan dan panggil audit bebas, kata pemimpin Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Nov ― Kerajaan perlu membekukakan kesemua perbelanjaan dan aset selain mengadakan audit forensik oleh pihak ketiga ekoran siri pendedahan kelemahan dan dakwaan salah guna dana Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.
Pagi tadi tiga pemimpin PKR, komponen Pakatan Rakyat, mendedahkan kelemahan terbaru berkaitan pengunaan dana projek tersebut.
Masalah menyelubungi projek itu kali pertama didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 akhir bulan lalu.
Selain tindakan membekukan perbelanjaan, kerajaan perlu menjelaskan sama ada pengurusan projek itu, yang diluluskan kira-kira lima tahun lalu, diperuntukkan dana dalam bentuk bentuk geran ataupun pinjaman mudah.
Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan perlu menjelaskan kepada umum terma dan syarat bagi pinjaman mudah bagi menentukan elemen ketidakpatuhan pengagihan yang membawa kepada pembelian hartanah dalam bentuk dua unit kondominium di Bangsar.
"Najib harus ambil tanggungjawab dan tidak boleh mengetepikan tanggungjawab," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Rabu ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dijadual memulakan inkuiri dalaman berkaitan isu NFC.

Lynas: Kenyataan MB sekadar tutup kelemahan

KUANTAN, 21 Nov: PAS Pahang menganggap kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa kerajaan meluluskan projek pembinaan loji nadir bumi Lynas kerana tidak membahayakan nyawa orang ramai, hanyalah untuk menutup kelemahan setelah mendapat bantahan penduduk.

Kata Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad, bahkan Adnan cuba menutup isu sebenarnya iaitu tempat buangan sisa pemprosesan berkenaan yang menjadi keresahan penduduk kerana kesannya amat berbahaya.

“Apa yang menjadi kebimbangan penduduk ialah kesan sisa buangan daripada kilang berkenaan kerana setakat ini pihak Lynas masih gagal mengemukakan pelan pengurusan sisa buangan dan yang penduduk tahu sisa tersebut akan ditanam di Gebeng.

1Lembu : M'kini dapat kad akreditasi AGM Umno tetapi...

NONEBuat pertama kalinya, Malaysiakini berjaya dalam permohonan mendapatkan kad akreditasi daripada Umno untuk membuat liputan pada perhimpunan agung tahunan parti itu.

Namun, daripada 17 permohonan yang dikemukakan hanya dua kad akreditasi - satu untuk wartawan dan satu lagi untuk juruvideo - dikeluarkan.

Sebaliknya, Utusan Malaysia yang dimiliki Umno diberi 103 kad manakala pertubuhan-pertubuhan berita asing seperti Xinhua China, masing-masing  menerima tiga kad.

Difahamkan sebuah lagi portal berita internet juga menerima dua kad sahaja, manakala portal kurang terkenal dalam bahasa Mandarin - Laksou menerima empat.

Inkuiri PAC: MAS, Khazanah pertahan tukar saham dengan AirAsia

KUALA LUMPUR, 21 Nov ― Malaysian Airlines (MAS), Khazanah Nasional dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkaitan hari ini mempertahankan urusan pertukaran saham dengan AirAsia dengan mendakwa langkah itu akan mendatangkan banyak kelebihan kepada syarikat penerbangan nasional itu.
“Umumnya, itu yang (diperjelaskan). Dan, mengapa mereka mahukan CCF (Rangka Kerjasama Komprehensif), adalah kerana keseluruhan penerbangan sivil antarabangsa sedang mengalami perubahan.
“MAS mengalami kerugian. Jadi, mereka berkata... (ini) percubaan dan mahu mengatasai masalah,” kata anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tan Seng Giaw kepada pemberita selepas panel itu mengadakan pertemuan hari ini.
“Khazanah mempertahankan perjanjian atas dasar komersial. MAS berada dalam keadaan buruk dan memerlukan kerjasama untuk mengatasi masalah dihadapi MAS,” kata seorang lagi anggota PAC Tony Pua (gambar) menerusi SMS.
PAC mendapatkan keterangan daripada pengarah urusan MAS Ahmad Jauhari Yahya, ketua eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar dan ketua setiausaha Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan - sebahagian daripada proses inkuiri berkaitan aduan mengenai urusan pertukaran saham antara MAS dan AirAsia.

Clashes in Egypt

Al Jazeera's Mike Hanna on on-going Tahrir Square clashes

Eygpt's police clash with protesters

Anwar Ibrahim: Anak Muda Ada Jiwa Merdeka, Inilah Anak Muda Boleh Membaw...

Anwar Ibrahim: Malaysia Bukan Negara Miskin

Dep sports minister slammed for his 'unprofessional' 'ampu-bodek' comments

PKR leaders slammed Deputy Sports Minister Razali Ibrahim for "shooting his mouth off" and blaming without proof that the opposition was to blame for the bad reception given by Indonesian fans to the Malaysian team at the ongoing SEA Games in Jakarta.
"Razali is a good example why it is easy for any world citizen to dislike the current Malaysian government. He is boorish, amateurish and talks without class. He is a sad example of the standard of the Malaysian Cabinet," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle, without micning any words.
Indeed, Pakatan Rakyat leaders may be right in taking umbrage for the brash remarks made by Razali, a junior minister, even though he may be trying to "ampu-bodek" his bosses at the ruling Umno party. With general elections expected to be held soon, Razali might be trying to gain attention as the competition to be selected to contest seats intensifies.

LAGI LEMBU SHAHRIZAT - SHAHRIZAT LEMBU

SHARIZAT IALAH LEMBU










SKANDAL NFC:

TIADA PERTANGGUNGJAWABAN DALAM MENGURUSKAN DANA AWAM


KEADILAN mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa
Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap
pelbagai urusniaga melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd
(NFC) dan Projek Fidlot Kebangsaan, seperti yang diumumkan mutakhir
ini.

1Lembu : Dahsyat...!! More hanky-panky dibongkar


Dahsyatnyer cara puak-puak lanun rembat duit rakyat untuk kayakan diri dan keluarga. Dan.... dahsyat PKR, yang mampu korek skandal ini hingga sampai macam tu sekali.

Yes!!. Gali... gali dalam-dalam. Dah korek semua taik mereka, tanamkan pulak mereka dalam lubang tersebut. Biar mereka 'innalillah'...

Hisham: Penahanan tanpa bicara tetap dikekalkan

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinUndang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.

"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.

1Lembu : NFC tidak jawab dakwaan, hanya dolak dalik

KUALA LUMPUR 21 Nov : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata pihak National Feedlot Corporation (NFC) tidak menjawab satu pun dakwaan yang telah dikemukakan KEADILAN sebaliknya mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi terhadapnya.
Sebelum ini pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menafikan semua dakwaan KEADILAN dan mengeluarkan kenyataan bahawa Rafizi tidak mengetahui selok-belok perniagaan walaupun merupakan graduan luar Negara.
Menurut Rafizi, meskipun sesuatu perniagaan ada turun naik, namun beliau mengganggap pengurusan NFC sendiri tidak sedar bahawa syarikat itu bukan syarikat milik peribadi.
“NFC adalah syarikat rakyat iaitu milik kerajaan. Ia diberikan segala-gala kemudahan, tanah diberikan, wang diberikan dan peruntukan geran itu diberikan malah projek tersebut berasaskan kertas cadangan yang menunjukkan bahawa projek ini berimpak tinggi dan tidak boleh gagal,” kata beliau.

Spike in Sabah food prices

Sabahans are hit hardest by rising food prices, higher than even Sarawakians and West Malaysians.
PETALING JAYA: Rising food prices, though a bane to Malaysians all over, has hit Sabahans the hardest, noted the World Bank in its most recent report.
According to its Malaysia Economic Monitor (MEM): Smart Cities November 2011 report, high inflation meant that Sabahans would spend more of their income on food than even Sarawakians and West Malaysians.
According to the report, “Sabah residents are more heavily hit than those in Peninsular Malaysia and Sarawak because Sabah residents not only faced relatively high food inflation, but they also generally spend a higher share of their income on food items.”
The report added that Sabahans spent 27.5% of their income on food items, compared to 23.2% for Sarawakians and 19.2% for West Malaysians.

Susu 1Malaysia: Kenapa kementerian tidak bertindak?

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) mempersoal Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pembekal produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Mengambil contoh susu formula bayi 1Malaysia yang dikatakan tidak  mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, beliau berkata, kementerian tersebut seolah-olah berkomplot dengan pembekal apabila tidak mengambil sebarang tindakan walaupun membekalkan produk berkualiti rendah.

Ini kerana katanya, kementerian tersebut tidak menmbuat sebarang pendirian berhubung dakwaan itu.
"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

MAS, Khazanah defend AirAsia share swap in Parllament

KUALA LUMPUR, Nov 21 – Malaysian Airlines (MAS), Khazanah Nasional and government officials defended the controversial share swap deal with AirAsia before Parliament’s Public Accounts Committee (PAC) today, claiming the deal was “more to the advantage of MAS”.
“That is basically (what they explained). And why do they want to do the CCF (Comprehensive Collaboration Framework)... because, the whole international civil aviation is changing.
“MAS is losing a lot of money. So they are saying... (this is) to try and overcome these problems,” PAC member Tan Seng Giaw told reporters when approached after the committee met today.
“Khazanah defended the deal on a commercial basis. MAS is in a bad shape and some form of collab required to alleviate the problems MAS is facing,” another PAC member Tony Pua (picture) explained later, in an SMS.
The select committee interviewed MAS managing director Ahmad Jauhari Yahya, Khazanah chief executive Tan Sri Azman Mokhtar, and the secretaries-general of the Treasury and the Transport and Finance ministries today, kicking off its probe into the controversial share swap deal between MAS and the budget carrier.

Wakil Lembu : KITA tak akan bertanding di Pekan, Pagoh - Zaid

NONEParti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sementara ahli parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zaid berkata walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.

"Ini bererti KITA tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kapada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan.

"Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia  akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut," tambahnya.

Beliau berkata KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan wakil rakyat sedia ada.

- Bernama

Nazri: MP kena lihat RUU Perhimpunan Aman sebelum dedah kepada umum

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Putrajaya hanya akan membentangkan isi kandungan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kepada ahli-ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada orang ramai.
Justeru kata beliau, pembentangan isi kandungan RUU Perhimpunan Aman 2011 kepada ahli-ahli Parlimen sebagai kumpulan pertama adalah untuk menghormati hak mereka sebagai wakil rakyat.
“... tunggulah, ahli-ahli Parlimen saya belum lihat lagi isi kandungan rang undang-undang itu,” katanya (gambar) ketika ditanya pemberita berkenaan  RUU Perhimpunan Aman yang dijangka dibentangkan minggu ini.

1Lembu : Timbalan Menteri dakwa Pakatan racun peminat Indonesia benci M'sia

Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.

NONE"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.

"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.

"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012,  kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi  perlawanan akhir malam ini.
Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.

Projek Sakit Astana Square Akhirnya Ada Penyelesaian Setelah 10 Tahun


SELAYANG, 21 NOV : Pembeli-pembeli rumah pangsapuri Astana Square di Taman Daya Selayang hari ini menyambut baik cadangan pemaju untuk menambah nilai rumah dibeli sebanyak 15 peratus untuk menyelesaikan kemelut yang mereka alami selama 10 tahun. Ini berdasarkan kepada respon secara rawak ke atas pembeli dalam satu majlis dialog antara pembeli dan pemaju yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.
Projek yang bermula pada 2001 ini pada asalnya dimajukan oleh syarikat Sedaya Sdn. Bhd yang gagal menyiapkan projek dan kemudian dibekukan akibat syarikat itu telah diisytiharkan muflis.
Pemaju yang dilantik untuk menggantikan pemaju terdahulu, GTC Corporate Sdn. Bhd semalam mencadangkan kepada pembeli agar mereka menambah nilai tambahan itu untuk menampung kos bagi menyiapkan projek itu.

Lembah Pantai: Raja Nong Chik lawan Nurul Izzah?

Nurul Izzah dakwa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengabaikan kawasan lain kerana mahu rampas kerusi Lembah Pantai.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sangat yakin bahawa Umno akan menurunkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk  Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi itu  dalam pilihanraya ke-13.
Keyakinan ini disandarkan kepada beberapa faktor, antaranya penumpuan Raja Nong Chik terhadap Lembah Pantai.
“Daripada penyalahgunaan kuasa dan jawatan selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk meluaskan pengaruh beliau di Lembah Pantai, sementara meminggirkan kawasan lain di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan khususnya Labuan, jelas bahawa Raja Nong Chik berkemungkinan besar bertanding di Lembah Pantai,” kata Nurul yang juga ialah naib presiden PKR.

Nik Aziz: ‘Akhbar Umno guna isu Kelantan bersihkan najis lembu’

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia membuat satu lagi pembohongan - mengenai isu air semalam - untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.
“Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia (Mingguan Malaysia) ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.
“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta,” kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.
Sehubungan itu Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, “nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak.”

Peminjam belum bekerja tidak dipaksa bayar PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan memaksa peminjam yang belum mendapat pekerjaan membuat pembayaran balik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

ISA: Keluarga serah memo kepada Suhakam

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Anggota keluarga mangsa yang ditahan pihak polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah baru-baru ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Penyerahan itu dibuat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang kira-kira jam 9 pagi tadi.

Turut mengiringi penyerahan itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah Mohamad Aminuddin Aling, Ketua Penerangan, Hisamudin Sulaiman serta Ketua Pemuda Lahirul Latigu.

Mazlan yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, dalam pertemuan sejam dengan Suhakam itu, anggota keluarga menuntut pihak Suhakam campur tangan dengan mendesak tahanan dibebaskan segera.

Parliament Oct/Nov session - YB Chong Chien Jen (Fisheries Bill)

Parliament Oct/Nov Session - YB Ngeh Koo Ham (Fisheries Bill)

Pengurusan Berhemah Jana Kemakmuran Rakyat

Kutipan Cukai Hiburan Meningkat Kerana Penguatkuasaan

Kebajikan Golongan IT

Penyertaan Skim Kafalah Mestilah Berdaftar Dengan e-Sinar

Pagi-pagi laungan azan yang bangkitkan saya, YB Manikumar

Transformasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Menjana Kecemerlangan

Tambang Feri Langkawi; Pusat Hentikan Subsidi Diesel

FCRDC IDC I Am The Muslim

Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat Laksanakan Kuasa Dengan Adil

Anwar Ibrahim: Saya Gaduh Dengan Pemimpin Yang Ambil Harta Rakyat

MPs distributed pamphlets on Violence on Women and Children

Nazri: Homosexuality IS unconstitutional

Police fire teargas at protesters

More than 1,000 injured in protests

Saif al-Islam gives interview

Fighters say Gaddafi son treated well

Aung San Suu Kyi to stand in by-election

Syria: Arab League plan violates its sovereignty

Gaddafi's spy chief is seized by Libyan fighters

NYC Mayor: al-Qaida Sympathizer Arrested

Today in History for November 21st

Syria: Arab League used as tool by West

Tense standoff in Cairo's Tahrir Square

Mujahid persoal penubuhan NHFA

"Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan lembu tunai kepada kerajaan Barisan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PETALING JAYA: Ahi parlimen PAS,Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mempersoalkan penubuhan lembaga kewangan kesihatan kebangsaan (NHFA) secara tergesa-gesa.
“Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan  lembu tunai kepada kerajaan Barisan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
NHFA  ini akan mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.
Beliau berkata ini satu perkara baru kerana kepada rakyat Malaysia kerana ia akan menjadi wajib  membayar premium kepada NHFA jika mahu rawatan perubatan di hospital kerajaan dan swasta seta klinik swasta.

Ijtimak Tarbawi vs konsert Elton John


Oleh: Wali Loro
Saya adalah salah seorang peserta Ijtimak Tarbawi Pemuda Pas Pusat yang berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober yang lalu. Saya mewakili kawasan Parit Sulong. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah mengizinkan saya menyertai program tersebut yang dibuat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM) Taman Melewar Selangor.


Banyak ilmu, nasihat dan pandangan yang telah diberikan oleh ahli panel. Dimulai dengan kuliah Maghrib oleh Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan diakhiri dengan Taakul Surah As Saf oleh Tuan Presiden YB Tuan Guru Haji Hadi Awang.

1Lembu : Tarikh PRU-13 bukan persoalan utama

Manja Ismail

21 NOV — Topik perbualan hangat atau soalan paling popular sebahagian besar rakyat sekarang ialah bila Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan? Walaupun mandat kerajaan sekarang hanya akan berakhir pada April 2013 iaitu kira-kira setahun setengah lagi, ramai percaya pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat. Soalnya sedekat mana tempoh terdekat itu?
Sebelum ini tarikh paling popular diramalkan oleh media dan pemerhati politik termasuk daripada parti pembangkang ialah 11.11.11, yang sudah pun berlalu. Ramalan itu semata-mata berdasarkan kononnya 11 ialah angka kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malah, Najib sendiri, dalam temu bual di studio radio Hot FM pada Mei lalu mengaku kesukaannya pada nombor 11.

Laporan pendidikan ketiga bakal dikeluarkan

Semakan sistem pendidikan di negara yang sekian lama tertangguh, kini dalamn perancangan, kata Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Selepas Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib, tidak ada satu kajian menyeluruh berhubung apa yang harus kita lakukan (dalam sistem pendidikan).

SANGAT PELIK..Rumah Ini dirompak 8 kali,dibakar lagi...


Rumah dirompak lapan kali
Oleh : HASNIZA HUSSAIN
Tarikh : November 20, 2011
rompakKAJANG - Rumah teres dua tingkat milik seorang kakita­ngan syarikat swasta yang pernah dirompak tujuh kali sebelum ini, semalam dirompak lagi dan turut dibakar penjenayah, dipercayai untuk menghilangkan bukti.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.28 pagi di Jalan 4/4c, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih itu, pemilik rumah, Esah Ahmad, 57, dan suaminya tiada di kediaman mereka kerana ke rumah saudara di Kampung Pandan, Cheras.

Esah ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas penggera kamera litar tertutup (CCTV), premis yang dihubungkan dengan telefon bimbitnya berbunyi.

“Saya dan suami sudah syak, mungkin ada perkara tidak baik berlaku dan cuba buat panggilan ke rumah, tapi talian tidak berfungsi kerana perompak memotong wayar telefon serta CCTV.
“Saya dan suami bergegas pulang dan tiba di rumah kira-kira 30 minit kemudian. Apabila tiba, bahagian atas rumah sudah terbakar.

“Kami hubungi bomba dan pada masa yang sama cuba masuk ke dalam rumah untuk mengambil barangan penting untuk diselamatkan. Pita rakaman CCTV juga gagal diselamatkan kerana perompak membakar bilik tidur kami dan api turut merebak ke bilik serta bahagian lain dalam rumah,” katanya semalam.

Menurutnya, terdapat sembilan CCTV diletakkan di bahagian depan, belakang serta sisi rumah.

Esah berkata, perompak dipercayai menggunakan tangga belakang rumah untuk memanjat ke baha­gian bumbung dan memecah masuk ke dalam premis.

“Sebelum ini rumah kami pernah dirompak tujuh kali dan yang terkahir pada 2009. Bagaimanapun saya tak sangka, perompak sanggup membakar rumah selepas merompak untuk kali ke lapan semalam.

“Saya dan suami lega kerana tiada kemalangan jiwa berlaku, namun sedih kerana rumah kami musnah. Laporan polis dibuat kira-kira 11 pagi semalam,” katanya yang tinggal di rumah itu bersama suami sejak 12 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubu­ngi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian."

Pengurusan Berhemah Jana Kemakmuran Rakyat

HULU LANGAT, 20 NOV - Kemakmuran sesebuah negara hanya akan dapat dinikmati apabila kekayaan negara tersebut diagih kepada rakyat secara adil dan berhemah tanpa melibatkan penyelewengan, kronisme dan amalan rasuah.Berpegang kepada asas tersebut,Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,kepimpinan negeri pakatan Rakyat menjadikan landasan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berhemah bagi memastikan agihan kekayaan negeri dinikmati seluruh rakyat
"Apa nak saya tunjukkan di sini bahawa dalam pembangunan ini kita mesti ambil kira tentang bagaimana pengagihan (hasi negeri) itu dibuat. Satu negeri yang kaya tetapi ramai rakyat yang miskin tidak akan menjadi negeri yang stabil.

Guan Eng: Najib’s nod to cyber army points to dirty polls

KUALA LUMPUR, Nov 21 — The prime minister’s endorsement of pro-Barisan Nasional (BN) online users is proof the ruling coalition will not hesitate to use underhanded means to win the next election, Lim Guan Eng says.
The DAP secretary-general said Datuk Seri Najib Razak’s unconditional support for such users showed that BN not only condoned but encouraged the “malicious falsehoods” made online against Pakatan Rakyat (PR) leaders and their families.
Last month, Lim’s (picture) teenage son became the target of attacks by pro-Umno bloggers who accused the 15-year-old of molesting a schoolmate before trying to escape punishment by using his father’s name.

Ancaman terhadap umat Islam


Oleh Abu Firdaus
Ancaman terhadap umat Islam di Malaysia bukannya murtad, gay atau kehilangan kuasa. Sehttp://3.bp.blogspot.com/_i5-K4MLrko0/SxN91J6Jy4I/AAAAAAAATME/7Ko7517SRAQ/s1600/picha3.jpgbenarnya ancaman terhadap umat Islam ialah rasuah, dadah dan kemalasan.
Tetapi umat Islam lebih sensitif dan takut pada murtad, gay dan kehilangan kuasa. Sementara kita merasakan rasuah, dadah dan kemalasan adalah perkara yang boleh diterima.

Sebaliknya rasuah juga adalah pengkhianatan yang apabila berlaku secara meluas dan menjadi budaya, tidak ada apa yang dapat mempertahankan umat Islam.

Usaha perkukuh Dewan Himpunan Penyokong PAS


Sejak muktahir ini, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DPPP) bagai dilanda badai. Namun, http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/mujahid-yusof-rawa2-dec30.jpgia tidaklah seteruk yang disangka, malah ia sedang diperkasa sebagai dewan yang boleh berdiri dengan sendirinya bersama menjulang misi parti. Usaha ini sedang dilakukan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.


Ikuti interbiu Pengarang Berita Harakah, TARMIZI MOHD JAM bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf bagi merungkai pelbagai persepsi terhadap DHPP ini. Beliau adalah Ahli Parlimen PAS Parit Buntar.
Harakah: Setelah setahun lebih DHPP menjadi sayap parti bagaimana penilaian Dr. sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional yang telah membentuk dan melahirkan dewan bukan Islam ini?

Jawapan : Kenapa Air Kelantan Kotor ?

Air Kelantan: Tuduhan rambang, berniat jahat

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.
“Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’,” ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.
beliau pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan.
“Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata,” kata beliau.

Air Kelantan basuh najis lembu RM250 juta


1.     Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

Kalaulah BN Terengganu tak utamakan bola...


Oleh: Mat Zain Mat Isa

Ada satu kawasan perumahan di pinggir bandaraya Kuala Terengganu yang dihuni lebih 30http://3.bp.blogspot.com/_guXkB66dJB4/TSlf2PIXtuI/AAAAAAAAAVE/oGe_Ct0ORVk/s400/soccerball.jpg0 keluarga. Kebanyakan penghuni itu adalah golongan pertengahan, yakni tidak termasuk golongan kaya-raya dan tidak juga dikategorikan miskin.

Masalahnya, kawasan kejiranan mereka kerap diancam banjir, terutama setiap kali berlakunya hujan berterusan. Ia bukan akibat curahan air semulajadi sepertimana dialami kawasan tanah panah, tetapi lebih didorong faktor kegagalan sistem saliran dan perparitan.

Dato Satim Diman ADUN BN Akan Diheret Kemuka Pengadilan..????

Dewan Pemuda Pas Puchong hari ini telah membuat laporan polis, di Balai Polis Bukit Puchong keatas Dato Satim Diman, Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Seri Serdang.

Laporan polis dibuat atas isu penyelewengan penjualan tanah anugerah kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada tahun 2006. Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan melalui Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Rosharizan B Mohd Roslan yang juga merangkap Penyelaras Dun N29 Seri Serdang.

Umno Kedah cuba juarai isu roboh


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Sebenarnya, itulah situasi yang berlaku di surau Islahiah. Ia hanya menjadi tempat bhttps://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/380053_2614071472601_1279494341_3018587_749967608_n.jpgerjemaah untuk jumlah yang kecil iaitu para pekerja di sekitar itu sahaja dan tidaklah dimakmurkan sepanjang masa. Surau tersebut tidak terletak di kawasan perkampungan atau taman perumahan.
DI TENGAH-TENGAH ketandusan isu, Umno Kedah bagai orang kudung mendapat tongkat apabila terlintas di hadapan mereka isu ‘sebuah surau akan dirobohkan oleh kerajaan negeri’.

Apabila rakyat terpaksa menadah parang dengan tangan...

Oleh Lim Hong Siang
Mereka yang pernah diragut atau dicuri mungkin tidak asing dengan pengalaman dipuhttp://www.gerbergear.com/var/gerber/storage/images/frontpage/survival/gear/survival-series-parang_31-000698/321112-22-eng-US/Bear-Grylls-Survival-Series-Parang-Nylon-Sheath.jpgjuk untuk menggunakan perkataan "HILANG" (bukan DIROMPAK atau DIRAGUT), ketika membuat laporan di balai polis. DIRAGUT ertinya polis perlu mencari "si-PERAGUT"-nya, dan ia perlu disusuli perbicaraan di mahkamah.