Sabtu, 19 November 2011

Kesian OKU nie - Zaman Nizar JKM bagi RM300 mai zaman Zambry JKM potong tak bagi dah..

OKU DINAFIKAN HAK OLEH UMNO BN.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/383122_2438404171862_1604510903_2307058_255125090_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/387999_2438410612023_1604510903_2307068_1187448397_n.jpg
Sewaktu saya singgah di gerainya untuk beli gorenag Pisang, tuan punya gerai rupanya mengenali saya, dia sempat mengadu anaknya OKU (Ahmah Hadif bin Jalaluddin) waktu PR memerintah dulu, anaknya dapat bantuan kebajikan RM 300 sebulan, sebaik PR tumbang bantuan tersebut tidak lagi diberi. Apabila Pak Jalaluddin bertanyakan di Jabatan Kebajikan, mereka menjawab itu zaman dulu, sekarang kena mohon lain. Permohonan telah dibuat, sehingga sekarang tidak dapat jawapan.

Parabola dilarang kerana kesan negatif

Orang awam tidak dibenarkan menggunakan cakera parabola untuk menerima siaran televisyen luar negara kerana bahan siaran berkenaan memberi kesan negatif kepada rakyat, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata cakera parabola hanya dibenarkan diguna di kawasan pedalaman dan di tempat yang tidak dapat dihubungi oleh perkhidmatan talian tetap.
“Di kawasan pedalaman, cakera parabola dipakai secara meluas untuk mendapatkan data dan perkhidmatan jalur lebar melalui alat dikenali ‘Very Small Aparture Terminal’ atau VSAT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan).

Tiada cadangan selaraskan yuran PIBG

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar)berkata sehingga kini masih belum ada sebarang cadangan untuk menyelaraskan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara.Bagi menyelaraskan yuran berkenaan, kajian terperinci perlu dilaksanakan untuk memastikan mekanisme yang diwujudkan nanti benar-benar berkesan dan boleh dilaksanakan.Beliau berkata yuran PIBG yang dikenakan di setiap sekolah kini dibuat berdasarkan keadaan semasa sekolah dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun selain mengambil kira kemampuan setiap ibu bapa di sekolah tersebut.
“Yuran PIBG di setiap sekolah itu dibuat menerusi mesyuarat dan keputusan itu perlu diperakui atau disahkan oleh pengetua sekolah atau guru besar selepas menerima maklum balas daripada ibu bapa.
“Sekiranya tidak setuju, mereka boleh menyuarakannya dalam mesyuarat PIBG,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Sekolah Cemerlang Parlimen Pontian di Dewan Sultan Ibrahim, di sini, Sabtu.
Oleh yang demikian beliau menasihati ibu bapa agar menghadiri setiap mesyuarat PIBG yang diadakan.
Mohd Puad turut mengingatkan pihak sekolah supaya tidak mengambil kesempatan memotong wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 yang diberikan kepada para pelajar.
Katanya pihak sekolah atau PIBG tidak dibenarkan berbuat demikian kerana wang itu milik para pelajar bagi membuat persediaan sesi persekolahan tahun hadapan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga anggota Parlimen Pontian.

Tsu Koon Terlalu Lama dan Tak Efektif, Harus Letak Jawatan - Tun M.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.

Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

Sendiket Gores : Mangsa Tipu Mengamuk

KUALA LUMPUR – Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF)kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.

Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.

FREEDOM FILM FEST 2011 @ USM PENANG

MB Melawat Jepun Bagi Menarik Pelabur Teknologi Hijau ,Industri Automotiv

Guan Eng - ''Saya Lebih Penting Kerja Untuk Rakyat Daripada Cari PopularitI ''

Peruntukan Maktab Mahmud Bertambah Dari Tahun Ke Tahun

RM3,281 sebulan; purata pendapatan pengusaha 'homestay'

RM43 juta telah dibelanjakan untuk penyelenggaraan jalan bagi 2011

Wakaf Surau As-Salihiah

The nature of arms procurement - Part 1

Tol Tidak Adil Kepada Rakyat Pulau Pinang

Egyptians call for end to military rule

Inside Story - Syria's civil war?

Thousands protest in Cairo's Tahrir Square

Tahrir Square November 18 Beginning of the sermon

Tahrir Square : November 18 2011 after the prayer

Berlagak macam bela polis dan tentera, kutuk Mat Indera tapi ancam nyawa depa

Bekas-bekas pegawai tentera mendedahkan bahawa amalan rasuah di Kementerian Pertahanan mengakibatkan anggota-anggota tentera kudung kaki mereka dam ramai yang menderita dalam diam.

Cadangan pegawai tentera dalam pembelian peralatan pertahanan diketepikan dan depa beli yang cikai-cikai yang mengancam nyawa anggota-anggota tentera.

Beli mesingan AK 33, tiga kali pakai dan hancai. Askar-askar yang berlawan tu terpaksa buang senjata cikai tu dan berlawan dengan parang ja dalam salah satu operasi.

ISA: Pakatan kata BN bodohkan rakyat, Hisham dakwa 13 ‘amat bahaya’

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pakatan Rakyat terus mengecam penahanan 13 individu di bawah ISA di Sabah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sebagaimana disangka PAS dan kebanyakan rakyat, janji pentadbiran Najib sebenarnya hanya satu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat.
Bagaimanapun dalam kenyataan berasingan di Kluang hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Terbukti Guru Benar : Putrajaya batal projek rintis guru kerja sembilan jam sehari

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.
Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.
Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.
Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Revamping the Malay Mail and MSM: A waste of time unless the press is freed

Revamping the Malay Mail and MSM: A waste of time unless the press is freed Many critics attribute the grave misfortune that has befallen the New Straits Times Group of Publications in the marketplace, in the last two decades, to its pro-government, pro-Umno, editorial stance since independence for Malaya in 1957.
Underlining such uncharitable takes would be the announcement on Tues 15, Nov 2011 that the century-old Malay Mail, ex-Nst stable, finally breathed its last on that day. It appears to have been all of a sudden although many will pooh pooh all this. They will remind us gleefully that the writing has been on the wall for quite some time now. Anyway, the universal reaction to MM’s shutdown has been “good riddance to bad rubbish!”
Not so soon.

Saya pemimpin besar !

Daing Yahya

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Ayahanda saya seorang pemimpin besar negara. Beliau adalah idola saya sejak kecil hinggalah saya menjadi pemimpin parti. Saya juga adalah berketurunan raja-raja zaman kegemilangan bangsa dahulu.
Isteri saya juga dari kalangan orang-orang baik. Sekarang isteri saya adalah srikandi utama negara rupawan lagi jelita dan sangat berjiwa rakyat.
Hidup kami cukup bahagia. Dari perkahwinan ini kami dianugerahi dengan anak-anak yang comel, bijak, berseri. Cahaya mata kami sudah pun bertemu jodoh dengan seorang jejaka kacak keturunan orang mulia.

Media dilarang siar gambar bekas Sultan Kelantan

KOTA BARU, 19 Nov – Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melarang semua media massa menyiarkan sebarang bentuk gambar baginda berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata jawatankuasa berpendapat pada masa ini adalah tidak sesuai bagi media massa iaitu televisyen, akhbar-akhbar dan mana-mana penerbitan termasuk secara maya menyiarkan sebarang bentuk gambar-gambar baginda.
“Oleh itu, semua penyiaran sebarang bentuk gambar-gambar baginda adalah dilarang sama sekali dan arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya pada sidang media di sini.
Dipetik Bernama Online, beliau bagaimanapun berkata larangan itu tidak melibatkan berita-berita mengenai baginda yang dianggap boleh memberi kesan positif serta tidak bercanggah dengan etika kewartawanan.

Hukum Islam Untuk Kawal Kadar Anak Luar Nikah

Oleh MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia. DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.

Jangan pandang remeh rakyat alami masalah mental

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangka mengalami masalah mental atau gila dalam jangka 5 tahun lagi disebabkan pelbagai faktor.

Kajian tersebut dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang turut disiarkan di dalam blog kementerian terbabit dan beberapa blog media tempatan.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kajian bahagian itu menunjukkan mereka yang berpotensi menjadi gila dalam jangka masa itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang dianggarkan 20 peratus termasuk lelaki dan perempuan.

Menurut beliau, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa yang dianggarkan sebanyak 11.2 peratus iaitu 3.3 juta orang termasuk lelaki dan wanita. 

Kongres KEADILAN : Satu penghormatan buat Johor – Jui Meng

Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng menyifatkan pemilihan Johor sebagai tuan rumah sebagai penghormatan buat anak Johor.
“Ini satu penghormatan kepada Johor dan jentera KEADILAN Johor sudah membuat persediaan untuk kongres ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Kata Jui Meng, segala usaha dipertingkat bagi memastikan segalanya berjalan lancar sepanjang kongres itu berlangsung.
“Ini petanda bagus bagi Johor untuk menerima KEADILAN,” katanya.

PMIUM sokong Projek Laporan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyambut baik Projek Laporan Rakyat yang dilancarkan oleh Pusat Kajian Polisi Awam, baru-baru ini.
“Saya memuji inisiatif CPPS dan NGO anak muda UndiMsia yang memulakan langkah pembaharuan dalam proses demokrasi dengan memperkenalkan suatu sistem penilaian bagi menilai keberkesanan perkhidmatan wakil rakyat di Malaysia,” kata Presiden PMIUM, Muhammad Safwan Anang Talib.
Di Malaysia, ujarnya ketidakadilan berlaku apabila tidak wujud suatu sistem di mana wakil rakyat yang dipilih sendiri oleh rakyat boleh dinilai secara khusus dari sudut pencapaian dan prestasi mereka.

Muhyiddin: BN fokus semua negeri untuk menang PRU-13

LABUAN, 19 Nov – Barisan Nasional (BN) tidak hanya bergantung pada dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi juga pada negeri-negeri lain di Semenanjung.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kedua-dua negeri dan juga Labuan telah disifatkan sebagai deposit tetap bagi BN, gabungan itu sepatutnya berupaya memenangi semula negeri-negeri lain yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
“Kita sepatutnya berupaya menawan semula negeri-negeri lain yang kini diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dipetik Bernama Online.

Pemimpin PR Sambut Baik Hasrat Selangor Ada Pilihanraya Selepas Jun 2012


SHAH ALAM, 19 Nov : Keputusan Kerajaan Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan akan memberi peluang untuk rakyat menikmati faedah dari Belanjawan 2012. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi TVSelangor berkata , keputusan itu dilihat suatu yang berhemah bagi melaksanakan Bajet 2012 demi kepentingan rakyat keseluruhan.

Dr M tightens the Umno screw on Tsu Koon: Resign as Gerakan chief

Dr M tightens the Umno screw on Tsu Koon: Resign as Gerakan chiefFormer prime minister Mahathir Mohamad appears to have been tasked by his Umno party to play the villain, calling Gerakan president Koh Tsu Koon to resign Gerakan president for failing to lead his party effectively.
According to Mahathir, Koh should make way for other more capable leaders in the party.
"If he is to lead Gerakan in the election then it may not bring the desired impact for BN. He has been there too long and is not effective and hence, he should resign," Mahathir told reporters on Friday.
"I am sorry to say this about Koh. Personally he is a very nice man but he has failed in his duty. Gerakan has failed as a result of this.
Overstaying and the pot calling the kettle black
The 62-year-old Koh had announced on Thursday he would not be contesting in the coming 13th general election, widely expected to be held within the next 3 months.

PAC to probe NFC next week, but don't hold your breath

PAC to probe NFC next week, but don't hold your breathKUALA LUMPUR — Parliament’s Public Accounts Committee (PAC) will conduct an internal hearing on the controversial National Feedlot Project (NFC) next week after weeks of graft allegations against the public-funded RM250 million cattle-farming project.
Opposition lawmakers have demanded explanations from the government and a disclosure of all Cabinet meeting minutes from 2006 onwards to determine if minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil was directly involved in the decision to award the NFC project to her family.
PAC committee member Datuk Abdul Rahman Dahlan (picture) told The Malaysian Insider today the hearing will begin on November 23 at 11.30am in Parliament.
The Umno MP said that PAC will likely decide next week on who to call to testify during the hearing.
“We might call the Finance Ministry, Khazanah, it depends. Personally, I also have no problems with the NFC management being called as well to testify,” Abdul Rahman said.

Skandal NFC: Mampukah BN menanganinya?

Langkah sebaik-baiknya ialah mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan berwibawa untuk mengendalikan projek ini.
Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.
Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.
Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan.  Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.
Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu.  Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.

Please Mr Shahrizat, enough of the cock and bull stories

Please Mr Shahrizat, enough of the cock and bull stories Enough of bullshitting! Stop assuming Malaysians and the world are plain stupid. The latest cock and bull story has come from the National Feedlot Corporation (NFC) and its cow condo scandal.
Please look up in the dictionary, be it printed or electronic, for the meaning of the words ethics, accountability and trustworthy.
Are these words foreign or not in the dictionary of the NFC and its backers?
These three words command the greatest respect of genuine and authentic investors – not dubious dealers.
When public funds are allocated for a project for specific purposes, the custodians are expected to do just that. Not what they think is right.
The NFC has no bloody business to use the money and risk it in other investments. That is against the rule of the law. That’s unethical.

Ibrahim Ali selar Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang Shahrizat

Ibrahim Ali selar Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang ShahrizatTuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno.
Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
"Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Suami Shahrizat akhirnya bersuara tetapi cerita lembu tetap pelik

Suami Shahrizat akhirnya bersuara tetapi cerita lembu tetap pelikSuami Menteri Wanita Shahrizat Jalil akhirnya telah membeli 2 buah unit kondo mewah di Bangsar setelah menerima RM 250 juta untuk projek ternakan lembu Malaysia.
Setelah berita tersebut tersebar, beliau telah menyepi selama beberapa hari dan akhirnya memecah kesunyian untuk mempertahan bahawa beliau tidak menyalahgunakan dana yang datang daripada rakyat itu. Bersama beliau adalah peguam Umno popular Shafee Abdullah, yang kehadirannya sahaja sudahpun kelihatan seperti memancarkan aura bersalah.
Logik cerita suami Shahrizat
Mengikut logik suami Shahrizat, anda boleh sahaja mendapatkan pinjaman berjuta-juta daripada kerajaan untuk tujuan projek yang akan memberi faedah kepada rakyat, kemudian anda bolehlah membelanjakannya sesuka hati. Anda boleh beli tanah di Yukon, yang semestinya akan naik harga 2-3 ratus tahun akan datang, melakukan ekspedisi cari gali berlian di Antartika ataupun membina terusan-terusan di Sahara untuk anak-anak Tuareg mandi manda.
Ataupun laksanakan sahaja apa jua idea yang mungkin sambil duduk di kafe-kafe di Bangsar memikirkan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada kerjaya politik pasangan anda..

NFC: PAC Parlimen mula inkuiri 23 Nov

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan pendengaran dalaman berhubung projek ternakan lembu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, minggu depan ekoran kerugian dan dakwaan salah guna dana awam RM250 juta.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan daripada kerajaan dan agar kesemua minit mesyuarat Kabinet diumumkan kepada publik.
Anggota PAC Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa inkuiri akan diadakan Rabu ini, bermula pukul 11.30 pagi.
Ahli Parlimen Umno itu berkata PAC akan menentukan pihak yang perlu dipanggil untuk memberi keterangan ketika pendengaran dalaman itu minggu depan.

Noh Omar: Kabinet tak pernah bincang keputusan kurnia projek NFC....projek membelasah wang rakyat..!!!

KLANG, 19 Nov ― Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan keputusan mahu menganugerahkan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet.
“Saya boleh sahkan bahawa NFC (sebenarnya) terletak di bawah Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dan ketika pinjaman diluluskan kepada NFC, ia bukan di bawah Kabinet, tidak (disebutkan) dalam mesyuarat (Kabinet),” kata beliau kepada pemberita di sini.
Noh, bagaaimanapun enggan menyebut nama pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menghalusi perkara berkenaan.

NFC: Biar polis siasat kredibiliti dakwaan, kata Khairy

KUALA LUMPUR, 19 Nov ― Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial polis memulakan siasatan berhubung dakwaan PKR bahawa dana NFC digunakan untuk membeli kondominimum di Bangsar.
Kelmarin, pengurusan NFC juga mengaku berbuat demikian iaitu membeli dua unit kondominium.

ISA: Hishammuddin bidas Suhakam tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Suhakam yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya Putrajaya membebaskan kesemua 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah awal minggu ini.
Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau.
“Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat, Kluang hari ini.

Tiada alasan untuk Khairy tolak debat skandal NFC

KUALA LUMPUR 19 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Ketua Pemuda Umno menyahut cabaran debat oleh Rafizi Ramli berkenaan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan tidak berdolak-dalik.
“Tidak ada alasan untuk Khairy Jamaluddin menolak jemputan ini memandangkan beliau sendiri telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan sesiapa saja,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Najwan Halimi.
Rafizi semalam mencadangkan debat tersebut dibuat pada 12 Disember ini dan telah menghantar surat jemputan kepada Khairy dengan menyatakan cadangan tarikh berkenaan.

Majlis Peguam lancar tabung untuk kes Orang Asli

Majlis Peguam hari ini melancarkan tabung khas untuk menanggung kos mahkamah bagi kes melibatkan Orang Asli.
Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tabung berkenaan bertujuan menanggung kos untuk memfailkan kes dan juga kos perundangan lain.
Ambiga berkata, peguam yang menangani kes berkenaan bagaimanapun tidak akan mengenakan yuran guaman, katanya lagi yang turut merasmikan Jawatankuasa Hak Orang Asli Majlis Peguam hari ini.
Halangan besar untuk Orang Asli mengemukakan kes mereka ke mahkamah, terutama berhubung hak ke atas tanah mereka adalah kos mahkamah.

ISA: PAS harap polis hormati PM

KUALA LUMPUR, 19 Nov: PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan.
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu.
"Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA.
"Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya.

Money, money, money: It's an Umno crony's world

Money, money, money: It's an Umno crony's worldThe Auditor-General has done a very good job in producing the audit report showing clear and indisputable findings on how our money has been spent and wasted by the UMNO-BN government and its machineries in 2010.
Recently the UMNO-BN federal government informed us that it has to borrow more money for expenses in 2012 of RM45.9 billion, about 4.7% of GDP as tabled in Parliament.
While economists have been trying to find ways to boost the economy, reduce spending and reduce borrowing; more or less to achieve a balanced budget, those who have connection to those in power have other plans. They are in fact cohorts in trying to divert the proposed expenditure and siphon the money out for themselves.

Aku Rasa Aku Tak Salah.. Tapi..


altAku rasa aku tak salah jika ada bencana alam yang melanda dunia, iyalah, bukan aku yang jadikan banjir, gempa bumi dan semua bencana.
Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah. Aku tidak ingin merubah diri sendiri dan orang lain sampai Allah murka dan menurunkan bala kepada umat manusia.
Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja.
Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat dan aku sendiri meremehkan hubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah sampai tanpa tak sedar dengan bertambahnya orang macam aku, membuat orang yang lain berasa tidak malu untuk ke arah zina dan berzina.

Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

altSetiap tindakan dan keputusan kita sebagai manusia tidak selalunya rasional. Biasanya ia akan dipengaruhi oleh emosi. Emosi tidak bermaksud emosi negatif sahaja. Emosi positif dan pelbagai emosi lain yang kita alami.
Bayangkan anda baru mendapat berita bahawa anak anda ditangkap merokok di sekolah. Dalam keadaan marah ini, ada seorang pelanggan yang datang ke pejabat untuk mengkritik mengenai perniagaan anda. Itu tidak betul, ini tidak betul.
Anda mungkin akan bertindak dengan memarahi pelanggan itu. Dengan tindakan anda ini, anda akan kehilangan pelanggan ini buat selama-lamanya.
Dalam keadaan normal, mungkin tindakan anda jauh berbeza. Anda mungkin akan mendengar kritikan ini dan memohon maaf serta berjanji akan membetulkan keadaan.

Memali: Sejarah berdarah melawan ISA

Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.
Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.
Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.
Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.
As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.
Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Buang kakitangan awam jadi agenda sempit Umno BN

KETIKA desas-desus Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertiup kencang, Umno dan Utusan tidak heti-henti cuba menarah pengaruh DAP dalam Pakatan Rakyat. Usaha yang sama terus dilakukan mereka terhadap PAS dan KeADILan.
Peluang dan ruang diguna sepenuhnya bagi meragukan sokongan rakyat terhadap Pakatan. Apa jua isu yang dirasakan boleh "membeli" hati orang-orang Melayu, akan terus diputar semahunya tanpa rasa bersalah sekalipun ianya fitnah.
Minggu lalu, organ Utusan melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif.

ISA: Ulamak PAS tuntut penjelasan Najib

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak memberi penjelasan berkenaan penahanan 13 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini.
Penahanan tersebut disifatkan sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu berkenaan dengan ISA.
Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan berita pada 14 November lalu yang menyebut bahawa seramai 13 orang ditahan, 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia.

ROSMAH'S US$55,000 BRACELET....????

http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/2011-11-15195811_resized.jpgI was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah.
By Ah Cheong

Amalan KORUP, PENYELEWENGAN dan SALAH GUNA KUASA kerajaan BN/UMNO CEMARKAN AGAMA

Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.



Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.

'NFC's statement show it's more a grant than a loan'

Once, twice, thrice bitten but never shy

The ruling coalition has failed to learn from the humbling 2008 General Election experience. And leading the pack of the unreformed is the deputy prime minister

Once bitten twice shy is a phrase alien to Barisan Nasional. The three-party coalition’s shocking defeat in the 2008 General Election has failed to teach it any lesson in humility.
Take the high-handed show of power by Deputy Prime Minister and Education Minister Muhyiddin Yassin who stubbornly declared that the teaching of Maths and Science in English be reverted to Bahasa Malaysia – this despite pleas by parents for their children to have the option of choosing between either.
Muhyiddin, however, remained adamant of completing his mission of making the Malay agenda his top most priority. It was a pleasant end to this controversy when Muhyiddin failed to fulfill his wish, one which served more of a personal agenda instead of the nation’s.

MELAYU DI BODOHKAN LAGI

LAPORAN AKHBAR KAMPONGAN





2 SEKOLAH HARUMKAN NAMA NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, Sarawak dan SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis memenangi Anugerah Emas sempena Pameran Rekacipta Antarabangsa Inova 2011 kali ke-36 di Zagreb, Croatia dari 8 hingga 13 November lalu.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan memberitahu, pada pameran itu, SM Sains Kuching mempersembahkan ciptaan bertajuk Potential Antifungal, Antibacteria, Antiplasmodial and Termiticidal Activity of the SELUKAI (Goniothalamuslongistipites).

Sedarlah Wahai Bangsa Melayu...!!!!

Entry ini adalah hasil daripada Kepala Otak Tuan Sadiq (gua rembat dari FB), untuk membuka minda melayu2 keparat berjiwa umPORno dan malas berfikir untuk perubahan ekonomi dan generasi mereka sendiri.

Banding je kesan 13 Mei terhadap nasib anak bangsa Melayu dengan perkara ni ye..... Jangan tak faham2 jer.... akal anak bangsa melayu yang memuja2 UMNO tu....

Fakta.... 13 Mei tu.... hehehehe.... satu hari jekan. Berapa ramai anak bangsa melayu yang mati dan merempat gara2 13 Mei tu..????

Isu Wang Dalam Simpanan Polis Hilang: KPN Kata Beliau Malu...Pagar Makan Lembu..!!!


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berasa kesal dan malu berhubung kehilangan wang tunai sebanyak RM11,700 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Selasa lalu.

Wang yang hilang itu adalah milik dua daripada tiga suspek kes samun membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Jenayah (SPRM) terhadap seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 15 September lalu.

Ismail berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian itu mengikut prosedur sepatutnya dan pihaknya akan menyiasat secara adil.

1Lembu : Najib nampaknya gemar ke luar negara

Ismail Dahlan
Di manakah agaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada sekarang? Pada bulan lalu, Najib telah pergi China, Indonesia, Australia, Arab Saudi, dan kemudian kembali ke Arab Saudi lagi; dan kini beliau pergi ke Hawai!Adakah beliau sebenarnya hos kepada rancangan yang merantau dunia? Sama ada beliau adalah versi cantik atau hodoh hos Asha Gill bergantung kepada sama ada anda adalah sebahagian daripada 59% daripada rakyat Malaysia yang menyukai beliau (tetapi peratusan merosot dengan cepat) , atau sebahagian daripada 41% yang tidak!
Dan dalam semua perjalanan ini Najib tidak mencapai sebarang matlamat selain daripada membazir wang awam. Bersama beliau dan yang terus mejadi bebanan pembayar cukai, adalah isteri beliau yang juga tidak popular, Rosmah Mansor.
Lawatan Najib ke Arab adalah yang paling tidak berbaloi dan membazir dalam keadaan ekonomi kita yang makin teruk ini. Lawatan Najib ke Arab Saudi yang pertama adalah untuk upacara pengebumian Putera Mahkota Arab. Beliau sebenarnya boleh menghantar orang lain supaya kos perjalanan lebih murah untuk menghadiri pengebumian tokoh Timur Tengah itu.

1Lembu : SPRM Rompak, Polis Curi


Kegelojohan polis menangkap 13 orang aktivis Islam di Tawau Sabah ternyata melalaikan mereka sehingga sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu, kini dilaporkan hilang dalam simpanan polis. Timbalan Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi.

Beliau melahirkan rasa kesal di atas insiden yang memalukan ini kerana sebelum ini terlalu banyak desas desus bahawa barang bukti penting telah hilang daripada simpanan polis termasuk wang tunai, dadah dan senjata api.

Jangan Ulangi Kesilapan NFC!

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai tidak sah dan ikut pintu belakang.
 Bagi DPP Malaysia, isu ini sangat berat dan perlu disiasat segera kerana dianggap sebagai mengkhianati amanah rakyat khususnya peneroka Felda.

Fakely popular Najib isn’t man enough for the PM’s job

Fakely popular Najib isn’t man enough for the PM’s jobIsn't it odd that survey after survey released in the past week ostensibly indicates that Malaysian Prime Minister Najib Razak - he with the effeminate pink lips and holding on thanks only to a few hundred semi-literate voters in Pekan - continues to remain popular.
It’s more than a little difficult to swallow the results from such surveys, commissioned as they are by some moneybags, since Najib hesitates to secure his own mandate from the nation. Instead, he piggy-backs on the one obtained by Abdullah Badawi, his predecessor. This is indeed a contradiction in terms.
For another, the surveys - some purportedly from opposition parties and some from the government-controlled universities - seem oblivious to the fact that he has so many skeletons in the cupboard that his conscience must surely be killing him, even if slowly, by now.

BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah

Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Calon boleh menang: OK, tapi jangan jadi macam sarkas


19 Nov — Soal calon boleh menang sudah menjadi sebahagian daripada pertimbangan pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian menjelang perhimpunan agung Umno hujung bulan ini.
Bagaimanapun mereka masih berbelah bahagi dengan cadangan pucuk kepimpinan mahu meletakkan orang luar sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13. Ada yang bersetuju dan ada pula yang membantah kerana ia melanggar tradisi parti meletakkan bukan ahli sebagai calon.
Mereka mengulas kemungkinan BN meletakkan calon luar seperti Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, Datuk Zulkifli Nordin di Kulim Bandar Bharu dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang rajin turun padang di kawasan parlimen mereka.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar berpendapat kalau mereka ini calon-calon yang boleh menang, kenapa tidak letakkan mereka.