Jumaat, 18 November 2011

Syuhada' memali

Syuhada Memali

As-Syahid Ibrahim Libya

Kisah Memali2

Kisah Memali

darah memali

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_22

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_21

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_20

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_19

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_18

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_17

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_16

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_15

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_14.5

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_14.0

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_13

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_12

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_11

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_10

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_9

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_8

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_7.5

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_7.0

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_6

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_5

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_4

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_3

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_2

Parlimen Malaysia- Isu Memali dan Pengganas_1

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! - 9

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! - 8

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! - 7

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! - 6

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! - 5

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! - 4

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! 3

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! 2

MEMALI - Tragedi Berdarah Kezaliman UMNO-BN!!! 1

Al-Fatehah Memali -Part 3/3-

Al-Fatehah Memali -Part 2/3-

Al-Fatehah Memali -Part 1/3-

Dalam Kenangan : Kezaliman Terhadap Mangsa Memali

Kajian UIA Tidak Menggambarkan Populariti UBN

Oleh Mohd Sayuti Omar
SATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatahttp://1.bp.blogspot.com/-Yfj5s4lQlt8/TYCMBlakNCI/AAAAAAAAAGY/RkCvfEWOXXM/s400/Najib-Tun-Razak_3.jpgsi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.

Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.

Kebangkitan Anak Muda Demi Masa Depan


Sudah tiba masanya seluruh Anak Muda di negara ini bangkit untuk menuntut hak mereka mengenai gaji minima sebanyak RM1,500 yg sudah dibuktikan Kerajaan Pakatananak muda Rakyat.
Sudahlah kelmarin Pembangkang dari puak Umno BN di DUN Selangor buka mulut busuk diorang melaung-laung suara marahkan kerajaan negeri pimpinan Khalid ibrahim… sekarang ni MCA pulak mahukan RM1, 500 gaji minimum diperluaskan kepada semua kakitangan awam S'gor.

Khairy: Najib tidak ‘flip-flop’ dalam soal ISA

KUALA LUMPUR, 18 Nov ― Pemuda Umno menolak dakwaan Pemuda PAS yang mengatakan pentadbiran Najib hanya berjanji kosong dalam soal memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran penahanan 13 militan di Sabah awal minggu ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata soal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji kosong tidak timbul kerana dua akta baru yang menggantikan ISA akan diluluskan Mac depan.
“Justeru itu kerajaan tidak ada pilihan lain terpaksa menggunakan ISA untuk menangani isu keselamatan negara,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada majlis Job Fair anjuran Pergerakan Pemuda BN di sini petang ini.

Businessman compares ECM Libra controversy with deals involving sons of Dr M, Najib

KUALA LUMPUR, Nov 18 — Controversial deals involving the sons of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Tun Dr Mahathir Mohamad were given a public airing today in businessman Datuk Seri Kalimullah Hassan’s defamation suit against the former prime minister’s former political secretary, Matthias Chang (picture).
The former New Straits Times Press deputy chairman was asked by Chang’s lawyer Datuk R. Kamalanathan if “any other company has attracted such widespread controversy” as ECM Libra in its January 2006 merger with government-owned Avenue Capital Resources.
“Just three or four days ago, the prime minister’s son bought shares at 84 sen before it started shooting up,” Kalimullah replied, referring to Mohd Nazifuddin Najib’s purchase of two million shares of timber company Harvest Court Industries Berhad which soared to RM2.14 earlier this week.
The share price of the former PN17 company has jumped as much as 535 per cent in the past two weeks since Mohd Nazifuddin joined the board on October 28.

IGP, Hishammuddin pertahan guna ISA tahan 13 militan

KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Penahanan 13 anggota kumpulan militan di Sabah baru-baru ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
“Saya bertindak atas maklumat risikan bukan dalam negara sahaja, (malah) dari serata dunia. Ini (isu keselamatan) berhubung kait dengan rantau lain.
“Ini bukan isu main-main.
“Saya terpaksa bertindak ikut kekuatan undang-undang yang masih relevan di negara kita and saya telah memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Polis Diraja Malaysia untuk perwakilan asing di Maktab PDRM Cheras di sini.

1Lembu: Operasi fidlot

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan 2012 KPDNKK

Dr Abdullah Yasin - Khawarij - Aqidah ASWJ Jilid 3

Seleweng Tanah ADUN BN Minta Satim Bertanggungjawab

MB kepada BN Jangan Korbankan Rakyat untuk SYABAS

Suu Kyi's party to contest Myanmar by-elections

Greece presents new budget plan

Italy prepares for second vote of confidence

Today in History for November 18th

Thousands of Occupy Protesters Demonstrate in NY

Inside Story - Is Egypt's constitution being hijacked?

Report card on MPs and assemblymen

Hukuman Ringan untuk Penyerang Ahmadiyah

Era Baru, Era Media Bawah Tanah

NFC chairman explains income from condominiums


KUALA LUMPUR-Amid questions and confusion over the rental of the two One Menerung condominiums it owns, National Feedlot Corp (NFC) has come out to explain how it gets a monthly income of about RM70,000 per unit.
NFC executive chairman Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail said each unit was rented out for RM18k.
On top of that, NFC gets a monthly 10% cash rebate from the developer on the price it paid for each of the RM6.9mil condominiums.
The NFC paid cash for the condo, he added, and the cash rebate, came up to RM57,000 each month.
"The total of both (RM18k and RM57k) makes it RM75k each month," he said Friday.
This would give it an income of RM900,000 per unit for a year.
He said the two units were being rented out to two different oil and gas companies to provide housing for their expatriate staff.
The NFC came under scrutiny recently following the 2011 Auditor-General's report which described it as a mess and that it was poorly managed and had only met 41.1% of its target for 2010.
Salleh is the husband of Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
NFC is run by Salleh and their three children.

Apabila Semua Dah Terlondeh, Apa Lagi Wak Nak Temberang?


Seleweng Tanah : ADUN BN Minta Satim Bertanggungjawab
Isu penyelewengan berhubung penjualan tanah kerajaan di Science Park 2 membabit Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satin Diman turut mendapat kecaman dari pemimpin Barisan nasional.

Adun Sungai Burung dari Barisan Nasional(BN), Shamsudin Lias mengesa Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman tampil kehadapan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atas dakwaan penyelewengan tanah ketika era pemerintahan BN dahulu.

Some questions for Shahrizat’s family

Gomen Man
Finally, the chairman of the National Feedlot Corporation (NFC) has found his voice but unfortunately his explanation was flat. I would like him to answer a few questions and if he can’t answer, maybe Muhyiddin Yassin aka the former agriculture minister or Noh Omar aka who told Parliament that funds cannot just be used indiscriminately but are in an escrow account and must be cleared by a committee can.
Question for Mohamed Salleh: Why did you only choose to brief selected mainstream media? If you had nothing to hide, you should have rolled out a Powerpoint presentation for everyone, especially the online media. The mainstream media have been in serious dereliction of duty to the public by not reporting this case of criminal breach of trust. Mohamed spoke to an audience of converted and spineless journalists because he knew they would swallow all the dung he fed them. People will surely draw an adverse inference on his unwillingness to face all the media.

RM100mil meant for Miri port repairs missing

Barisan Nasional's 'crony-orientated policies' has also been blamed for the 30-year-old squatter problem in Miri.
KUCHING: Where has the RM100 million federal allocation to resolve the silting problem in Miri port gone?
This question was posed by Piasau assemblyman Ling Sie Kiong during the debate on the state’s 2012 budget.
“And what had happened to the RM5 million fund allocated for study and RM100 million allocated by the federal government to solve the Miri port problem?” he asked.
Ling said Miri port is facing problems of shallow waters due to silting and big ships can no longer dock there.
Hence many ships now bypass Miri for Bintulu port instead.

1Lembu : 80,000 pekerja Indonesia bakal memasuki Malaysia......dengan gaji minima RM700....

Pekerja Indonesia akan kembali ke Malaysia berikutan tamatnya pembekuan tenaga kerja oleh kerajaan Indonesia.
PETALING JAYA: Seramai 80,000 pekerja Indonesia bakal memasuki Malaysia sebagai pembantu pada bulan depan.
“Jumlah ini terdiri dari jumlah tenaga kerja Indonesia yang gagal ke Malaysia berikutan pembekuan pengambilan tenaga kerja,” kata ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat kepada media Indonesia pada hari ini.
Kerajaan Indonesia telah menetapkan pembekuan terhadap rakyatnya untuk memasuki sektor kerja di Malaysia sejak Jun 2009 hingga kini.

Rafizi: NFC akhirnya mengaku…

Wanita PKR pula akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan.
PETALING JAYA: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bersedia menghadapi tindakan saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berhubung skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.
Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC,  Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
“Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Laporan Rakyat: Inisiatif demokrasi galak fikiran kritis rakyat, kata MP Umno

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Projek Laporan Rakyat yang dilancarkan Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan UndiMsia! hari ini, satu inisiatif inovasi demokrasi yang dapat meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat dalam proses politik negara, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.
Laporan Rakyat akan menilai prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen dan bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kritis di kalangan rakyat dan pada masa yang sama melibatkan mereka dalam proses demokrasi.
Projek perintis akan bermula di Parlimen Hulu Langat, yang menyaksikan perubahan pada pilihan raya umum 2008, yang “mencerminkan komposisi geografi, kaum dan agama.”
Kaji selidik itu akan menilai prestasi wakil rakyat selain masyarakat juga digalakkan untuk mengulas tentang isu utama yang berlaku di kalangan mereka.
Saifuddin (gambar) berkata, beliau percaya langkah itu akan membuka lembaran baru komunikasi dua hala antara wakil rakyat dan rakyat.

Dr M: Koh patut lepas jawatan presiden Gerakan

NONEMantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.

Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun  Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang  yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.

Arrogant DPM tells public: Up to you what you wish to think of NFC

Arrogant DPM tells public: Up to you what you wish to think of NFCAs Umno leaders, one after another, trooped out to defend Wanita chief Shahrizat Jalil, with many shortsightedly going to extent of tarnishing their own credibility and reputation, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin - also the Umno deputy president - outdid them all.
He was not at all bothered what everyday Malaysians think about the RM250 million NFC financial debacle involving a national beef production project and accusations that it had been corruptly granted to Shahrizat's family.
“We will leave it to the people to decide whether to accept the NFC’s explanation or not because the NFC has explained each issue that has surfaced,” Muhyiddin told reporters at a press conference.

Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.
"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.
Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.

KEADILAN kesal ibu bapa dipaksa ke pejabat Umno kutip RM100

PETALING JAYA: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan sekumpulan murid dari kawasan Parlimen Ampang dipaksa ke pejabat Umno untuk menerima bantuan persekolahan RM100
“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” katanya.
Kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku walaupun KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan surat pekeliling Kementerian Pendidikan mensyaratkan pentadbir sekolah menjemput pemimpin BN setempat untuk penyampaian bantuan RM100 itu.

Pengawal penjara temui cahaya Islam di Guantanamo


Siapa yang tidak tahu dengan Teluk Guantanamo? Penjara yang sangat mengerikan dengan penjagaan sangat ketat dan terkawal di Cuba itu biasa didedikasikan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk memenjarakan para tokoh yang dianggap sebagai teroris.
Sebahagian besar tahanan berasal dari Iraq dan Afghanistan. Kisah penyeksaan dan penghinaan terhadap Al-Quran pernah ‘menghiasi’ penjara ini.

Dunia turut memandang dengan reaksi negatif keberadaan penjara Guantanamo. Tuntutan untuk menutup penjara tersebut mengalir deras terhadap kerajaan AS. Presiden AS, Barrack Obama pun menyambut baik tuntutan tersebut dengan merancang menutup penjara tersebut.

Anak “mukjizat”



anak mukjizatALGIERS - Di negaranya, Algeria, Abdurrahman Farih dikenali sebagai anak mukjizat.
“Abdurrahman telah mampu bercakap ketika berumur dua tahun, dan kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya adalah bacaan surah al-Kahfi,” ujar ayahnya.
Demikian diceritakan ayahnya kepada surat kabar harian al Syuruq ketika sesi wawancara.
“Ibu Abdurrahman rajin membaca surat al Kahfi ketika Abdurrahman masih dalam kandungan.”
Dalam pada itu, beliau memberitahu sering membuka siaran al Affasy Channel iaitu saluran televisyen yang menyiarkan bacaan al-Quran.
“Ketika kami ingin menukar siaran yang ditonton si kecil Abdurrahman sering melarangnya.”

NGO lancar projek kad laporan wakil rakyat

Pengundi dalam kawasan parlimen Hulu Langat menjadi kumpulan pertama untuk satu projek penilaian keberkesanan khidmat wakil rakyat – Laporan Rakyat.
Projek kajian statistikal itu digerakkan oleh NGO anak muda, UndiMsia dan juga institut kajian Centre for Public Policy Studies (CPPS).
Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, selain menjalankan kajian tersebut, projek itu juga bertujuan untuk mendidik pengundi supaya lebih mengambil berat tentang isu dan wakil rakyat yang dipilih.

"Pada masa ini, (pengundi) tidak mengambil bahagian secara serius dan proses demokrasi," katanya dalam sidang media selepas pelancaran Laporan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia itu juga berkata, pengundi sering menyalahkan kerajaan dan wakil rakyat apabila prestasi wakil rakyat yang dipilih itu tidak seperti yang diharapkan.

Itu HARTA Semua Bukan Aku Yang Punya. Ini AMANAH Allah – Anwar

BATU PAHAT – ”ITU harta bukan aku yang punya. Ini amanah Allah” begitulah ingatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang kepada pemimpin UMNO BN negara ini supaya kembali sedar bahawa kuasa yang dianugerahkan itu adalah milik Allah swt.

Beliau memetik ucapan itu berpandukan sejarah Khalifah Omar Abdul Aziz yang hanya memerintah sekitar dua tahun empat bulan sahaja namun memiliki pencapaian yang memberangsangkan.

Katanya lagi, antara rahsia yang dilakukan oleh  pemerintahan yang telah memberi inspirasi kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng itu menurutnya adalah dengan memperingatkan kepada para Menterinya bahawa kuasa itu amanah Allah swt.

AUKU : Khaled Masih ‘Degil’, Tetap Rayu Hujung Bulan Ini

Sepang, 18 Nov : Masih ada tempoh sebulan untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mengemukakan rayuan berhubung kes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ataupun tidak, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata masih ada masa lagi untuk kementerian menentukan tindakan selanjutnya dan pihak berkepentingan tidak perlu bimbang kerana keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan.
“Jangan risau keputusan mengenai perkara itu akan tetap dibuat, kemungkinan hujung bulan ini kita akan maklumkan,” katanya selepas menutup seminar Sains Kesihatan dan melancarkan buku Kajian Hala Tuju Bidang Pengajian.

Selangor perkenalkan gaji minimum, kerajaan pusat BN masih berdolak-dalik


SHAH ALAM, 18 NOV – Dolak-dalik Barisan Nasional dalam pelaksanaan gaji minimum telah dipintas dengan mudah oleh Pakatan Rakyat apabila memperkenalkan usaha itu di peringkat negeri Selangor.
Dengan hanya menyediakan geran RM10 juta untuk memperkenalkan skim gaji minimum bagi syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor, ia telah mematahkan pelbagai alasan BN yang enggan melaksanakannya.
Timbalan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Jenice Lee berkata, isu kewangan bukan perkara sebenar kenapa kerajaan persekutuan BN gagal melaksanakan gaji minimum kerana Selangor yang tiada peruntukan besar pun mampu memperkenalkannya.

Politik 3D UMNO-BN

Oleh Adil Mat Selamat
18 NOVEMBER – Semakin jelas segala macam skandal penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO- Barisan Nasional sehingga nampak terang-benderang seperti dalam bentuk tiga dimensi atau 3D yang amat jelas bentuk, gaya dan rupanya.
Jika dahulu kita hanya mendengar khabar angin, gosip atau cakap-cakap kedai kopi, ia hanyalah ilusi 2D sebagai sekadar bahan jenaka, usik-megusik dan umpat-mengumpat.
Bentuk 3D adalah merujuk kepada ruang tiga dimensi. Dalam teori seni ia dimaksudkan sebagai bentuk yang punya sudut sisi, atas bawah dan belakang, iaitu gambaran 360o. Tidak sepertimana bentuk 2D yang hanya sekadar garis luar, sudut sisi dan atas bawah pada tahap 180o.

When both BN & Pakatan will fail us

Zaid Ibrahim
In the coming general election the people have an excellent opportunity to elect good and responsible governments at both the state and federal levels. But regrettably, the people will probably continue to be disappointed after the election euphoria dies down.If the Barisan Nasional wins, there will be more of the same: there will be no institutional independence and integrity; corruption will still be rife; wastage and senseless over-spending will continue; the national debt will keep on rising; and EPF will still lend money to the government regardless of the risks involved. Malaysia will be bankrupt in 2020.
If the Pakatan Rakyat wins and Anwar Ibrahim is the PM there will not be any meaningful reform either. We can expect them to espouse generalities like “Justice” and “Fairness for All”.

Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia

Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia samada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU.  Semua pihak samada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu ini hanya semata-mata soal hukum tanpa membabitkan soal politik.

Hukum hudud dalam kontek Malaysia kini ini biasanya dimulakan oleh orang orang politik, kemudian ia merebak ke setiap lapisan masyarakat.  Dari seorang pemandu teksi hingga kepada seorang professor semuanya ghairah membincangkan isu ini dari perspektif dan kemampuan masing-masing.  Yang menariknya walaupun hudud ini adalah hukum Islam dan kadang-kadang digambarkan sebagai kasar dan tidak bertamaddun oleh orang orang yang tidak menyokong undang-undang ini, terdapat juga orang bukan Islam yang bersetuju dengan hudud ini.  Alasannya mudah, kalau hukuman berat pasti penjenayah akan takut.

Hasan Ali akan cuba cadangkan pelan pelaksanaan Hukum Hudud

Pagi tadi saya ada menjawab soalan daripada wakil rakyat Sungai Burung mengenai murtad.  Beliau menanyakan samada benar-benar wujud orang Islam yang dimurtadkan, teknik yang digunakan oleh pendakyah-pendakyah Kristian dan langkah-langkah yang diambil oleh JAIS untuk menangani masalah ini.

Saya menyatakan memang benar terdapat orang-orang Islam yang telah dimurtadkan.  Daripada kajian yang dibuat oleh JAIS dan badan-badan yang lain memang terdapat gerakan terancang dan berstrategik oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk memurtadkan masyarakat Islam terutama di kalangan orang Melayu dan mualaf-mualaf.

Skandal NFC: Soal pertanggungjawaban dan amanah adalah isu pokok

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan.  Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Dr.Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Shahrizat Jalil (gambar kiri) di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

Proton Perdana kerap rosak punca tukar Toyota Camry

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 17 November 2011 – Sebelum ini kerajaan negeri tidak membeli sebarang kereta walau pun kereta yang sedia ada mengalami banyak kerosakan.  Kerajaan negeri mengambil pendekatan membaiki kerosakan walau pun ada ketikanya mengganggu tugas-tugas seharian.

“Exco-exco pun menghadapi masalah yang sama. Kereta mereka kerap rosak di jalan dan ini mengganggu tugas-tugas mereka,” jelas Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak - BN), yang  inginkan penjelasan berkaitan pembelian kereta mewah Mercedes Benz model S dan lima buah Toyota Camry untuk kegunaan Exco.

Najib tak konsisten tentang had Skim Rumah Pertamaku

KUALA LUMPUR 17 Nov : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata had pengecualian Duti Setem Perjanjian Pinjaman di bawah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang diumumkan pada Belanjawan 2012 mengelirukan dan bercanggah dengan pengumuman sebelumnya.
“PM menaikkan harga kadar syiling yang dahulunya RM220 ribu, PM umum naik sehingga RM400 ribu tapi pengecualian (duti setem) kenapa terhad pada RM300 ribu saja?” soalnya.
‘Skim Rumah Pertamaku’ diwujudkan bagi membantu golongan muda dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah.

Peras ugut: Tiga anggota polis mengaku tak salah

Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Baharu hari ini atas tuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki ketika melakukan sekatan jalan raya, bulan lalu.

Koperal Rahimi Mohd Raflis, 45, Konstabel Mohd Nizam Umar, 20, dan Lans Koperal Ab Rahman Semian, 44, minta dibicarakan atas tuduhan bersama-sama melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan dan meminta RM2,400 daripada seorang lelaki di sekatan jalan raya polis, Jalan Masai Lama, di Johor Baharu, antara pukul 2 petang hingga 3.15 petang, 18 Okt lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Fidlot: Rafizi hantar surat ajak Khairy debat

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengutus surat jemputan kepada Ktua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Dalam surat yang salinannya dihantar kepada Harakahdaily hari ini, beliau menyatakan tarikh cadangan debat tersebut dibuat pada 12 Disember ini.

"Mengambil kira kekangan jadual kerja seperti yang saudara suarakan di dalam media, saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan pada hari Isnin 12 Disember 2011," kandungan surat itu dipetik.

Isu Asrama Yayasan Selangor, Tiada Tujuan Komersil- Dr Halimah Ali



SHAH ALAM, 17 NOV : Keputusan merobohkan asrama Tun Dr Ismail dan Toh Puan Norashikin milik Yayasan Selangor yang terletak di Kampung Pandan adalah keputusan yang sudah mengambil kira pelbagai aspek, menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.Beliau berkata demikian bagi mengulas penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Selangor bagi membantah cadangan merobohkan asrama terbabit oleh Gerakan Selamatkan Asrama Yayasan Selangor (SAYS) yang diterajui oleh Badrulzaman Baharudin.
"Dakwaan bahawa keputusan merobohkan adalah untuk tujuan komersil dan keuntungan semata-mata adalah tidak tepat kerana kita masih mengambil kira faktor pencapaian akademik, kebajikan serta keselamatan pelajar. Mereka adalah kepentingan utama," katanya lagi.
Dr Halimah turut memberitahu, terdapat perancangan bagi memindahkan pelajar-pelajar ini ke sekolah sekitar kawasan Kuala Lumpur yang mempunyai asrama harian. Pihak yayasan juga akan memberikan derma siswa kepada pelajar-pelajar terbabit.

Parlimen Jerman: Fitnah II cubaan Najib singkir lawan politik

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkannya sebagai “proses menyingkirkan seteru politik”, kumpulan  itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.
“Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.

Kuda kepang simbolik Johor sebagai tuan rumah Kongres ke 8

KUALA LUMPUR 18 Nov: Kongres Nasional KEADILAN kelapan bakal berlangsung di Pulai, Johor selama tiga hari daripada 25 hingga 27 November ini menampilkan logo kuda kepang – logo yang berlainan daripada sebelum-sebelumnya.
Logo tersebut menggunakan kuda kepang berlatar-belakangkan bendera Johor sebagai simbolik ia dilangsungkan di negeri itu.
Kuda Kepang merupakan tarian tradisional yang sinonim negeri itu turut digunakan bagi menarik minat penduduk di Johor.

Masalah besar peserta RTP Risda di N.Sembilan


" Apakah masalah peserta-peserta  Rancangan Tanah Pinggir Air Gelugor 2 ,Gemencheh, Negeri Sembilan telah menemui jalan penyelesaiannya? Cuba bayangkan para peserta menerima pendapatan hasil sawit sebanyak RM 444 dalam masa 4 bulan . Pendapatan sebanyak RM 110 sebulan umur sawit 9 tahun yang sepatutnya hasilnya maksimum sedangkan peserta yang tidak bernaung bawah RISDA memperolehi pendapatan lebih kurang RM 600.

 
“Kami sudah hilang kepercayaan”  

Gelombang kemarahan rakyat terhadap KTMB, SPAD

Gelombang kemarahan rakyat (bukan gelombang lautan biru) terdapat kedaifan sistem pengangkutan awam di Malaysia ini sudah sampai ke kemuncaknya apabila Utusan Malaysia 17 November 2011 menyiarkan surat keluhan rakyat yang berjela-jela panjangnya.



Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah seperti apa yang berlaku kepada Menteri Besar Negeri Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/11/sudah-terhantuk-baru-nak-terngadah.html  
Juga masalah Pengangkutan Awam makin teruk zaman Kerajaan BN di http://amkns.blogspot.com/2011/11/pengangkutan-awam-makin-teruk-zaman.html

Nik Aziz: Wakil rakyat PAS tak beri khidmat digugur

NONEMenteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dan berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding.

Nik Abdul Aziz (kanan) yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.

"PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya dipetik Bernama  selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu di Kota Baharu hari ini.

Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lalu, tidak akan dipilih lagi kali ini.

Amanah saran sistem k'jaan sementara ditubuhkan

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebuah NGO baru, mencadangkan sebuah “kerajaan sementara” ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

NONEDalam satu kenyataan medianya, timbalan pengerusi kumpulan itu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (dua, dari kiri) berkata tindakan itu bagi memastikan semua jabatan kerajaan dan badan-badan lain benar-benar berkecuali dari segi politik.

“Tindakan kerajaan sekarang ini yang secara terang dan meluas menggunakan jabatan dan separa jabatan kerajaan dan peruntukkan kewangan mereka untuk membantunya adalah bertentangan sangat dengan keperluan diadakan pilihanraya yang bersih dan adil,” kata Abdul Kadir yang juga adalah bekas menteri pelancongan.

1Lembu : PKR gesa Putrajaya dedah minit mesyuarat Kabinet

PETALING JAYA, 18 Nov ― PKR kini menuntut agar pentadbiran Najib mendedahkan minit mesyuarat Kabinet sejak 2006 kepada umum bagi menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat secara langsung dalam penganugerahan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada syarikat suaminya.
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata kenyataan NFC semalam hanya mengesahkan kesemua pendedahan dibuat oleh parti komponen Pakatan Rakyat itu ke atasnya.
Oleh itu kata Rafizi, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami Shahrizat, tidak menafikan sebarang dakwaan sebaliknya menawarkan penjelasan kepada pelbagai percanggahan terbabit dalam projek ternakan lembu RM250 juta dibiayai kerajaan persekutuan itu.
“Beliau (Mohamad Salleh) menjawab sembilan pendedahan. Tetapi tidak satu pun adalah penafian ataupun menolak dakwaan kami.
“Setiap apa yang dikatakan olehnya hanylah untuk menjelaskan, memberi alasan kepada apa yang kami dedahkan,” kata Rafizi pada sidang akhbar di sini petang ini.
Tambah beliau PKR akan mendedahkan lagi isu berkenaan projek itu.

RM100 belum boleh bersihkan dosa Umno BN

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Adik ipar Tajudin Ramli tuntut Naluri Berhad bayar lebih RM1.4 j

Rizana Mohamad Daud (kiri) keluar dari Mahkamah Tinggi hari ini. ― Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 18 Nov ― Adik ipar bekas pengerusi eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) dan Celcom Tan Sri Tajudin Ramli menyaman syarikat miliknya Naluri Corporation Berhad menuntut pampasan lebih RM1.4 juta. Rizana Mohamad Daud, 45, yang merupakan setiausaha syarikat separa masa bagi Naluri sejak 22 Januari hingga 1996, dilantik sebagai setiausaha sepenuh masa dan juga ketua perundangan dan sekretariat korporat pada 1 Ogos 2002, beserta manfaat penggajian yang baru. Gaji bulan beliau adalah RM20,000.

ISA: Tindakan terdesak Umno BN menjelang PRU13

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis Pimpinan PKR Sabah menyifatkan tangkapan terbaru aktivis Islam di negeri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lagi tindakan terdesak Umno BN untuk pilihan raya.
Setiausahanya, Dr Roland Chia Ming shen berkata, tindakan itu bertujuan membangkit isu agama dalam kalangan masyarakat di daerah itu yang terkenal dengan perkembangan ilmu yang amat baik, lapor KeadilanDaily.
“Media di Sabah hari ini melapor salah seorang tangkapan itu ialah Ustaz Nazri Dollah, tokoh agama berkelulusan dari Jordan dan kerap diundang oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu di sekolah dan surau di daerah itu.

Kerajaan Negeri Diminta Siasat 'Lapangan Terbang Haram' di Hulu Bernam

SHAH ALAM, 18 Nov : Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (ABAS) menggesa agar Kerajaan Selangor menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung kewujudan sebuah lapangan terbang ditanah milik Yayasan Selangor yang sebelumnya berstatus tanah dusun seluas 217 ekar di Hulu Bernam.

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Memoir Syed Husin: Ezam keluar parti kerana wang

Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Nik Aziz: PAS tubuh panel khas pilih calon PRU-13

Nik Aziz berkata wakil rakyat dengan prestasi kurang cemerlang tidak akan dipilih semula. — Foto fail
KOTA BARU, 18 Nov — PAS telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa tetapi mahu berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.

PRU: SPR patut ingatkan Najib

REAKSI Timbalan Pengerusi SPR terhadap kemungkinan Pulau Pinang dan lain-lain negeri Pakatan Rakyat tidak mengadakan PRU serentak dengan PRU 13 ialah ia akan melibatkan perbelanjaan yang lebih besar. Ia akan tambah membebankan kewangan negara.
Lalu dia memuji kerajaan PAS  Kelantan kerana tidak pernah mengadakan pilihan raya negeri yang berlainan dengan PRU.
Kesedaran SPR tentang beban kewangan dan beban kerja yang bertambah bagi SPR kerana mengendalikan satu lagi pilihan negeri pula adalah sikap prihatin yang munasabah.  Adalah wajar jika pilihan raya iu diadakan serentak.

1Lembu : Muhyiddin tolak krtikan ke atas projek lembu

Kerajaan tidak akan terperangkap dengan dakwaan pembangkang bahawa projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan  (NFC) telah menyalahgunakan dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegasnya, kerajaan memang "menyedari status sebenar" isu berkenaan.

"Kita tidak akan telan bulat-bulat setiap cerita yang direka-reka oleh pembangkang," kata Muhyiddin.

NFC, yang telah dilantik untuk menguruskan projek perladangan ternakan lembu secara besar-besaran dan kemudahan pengeluaran daging lembu, terbabit dalam kontroversi selepas PKR mendakwa syarikat itu telah membelanjakan wang pinjaman mudah RM181 juta yang dibekalkan oleh kerajaan bagi memulakan projek itu.

Tidak tepat: Tarik balik Laporan Ketua Audit

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.
"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.