Selasa, 15 November 2011

MASAKAN CINTA (LOVE DISH)

Australian PM backs uranium sales to India

Pembentangan Bajet Kedah 2012

Kami Dituduh Kerana PKNS Mengambil Padang Dijadikan Kondo - Nik Nazmi

Main parties in Italy jostle for cabinet places

Greece: how much difference will Papademos make?

Bloomberg: Park Occupiers Must Follow Rules

Police Clear Out "Occupy Wall Street" Park

Al-Shabab recruits Kenyan children

Questions swirl as Thai floodwaters recede

Local journalist speaks about Occupy Oakland police raid

Police break up New York 'Occupy' camp

PERSATUAN MAT NGANTOK ZZZZZZZZZZZ

INI MAT NGANTOK I

















INI MAT NGANTOK II



NFC: PAK LAH MINTA PAKATAN JANGAN HERET SHAHRIZAT, TAPI TANYA SUAMI DIA - minsider

Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tidak wajar meminta Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dilaporkan gagal, memandangkan anggota Kabinet itu tidak terlibat dalam projek tersebut.

Kerajaan 1Malaysia Nak Membunuh Rakyat Ke...???

Betul ke... barangan yang di jual di Kedai Rakyat 1Malaysia low quality dan tidak mengikuti piawaian Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Perghhhh... demi populariti nak nama punya pasal... takan sampai sanggup membunuh rakyat Tuan Haji Najib Razak ooiiii... lu biar benar beb bagi rakyat makan barangan low quality dan tak berkhasiat... hahaha... cer... jawap.. cer.. jawap...

Atau si Tony Buah nih saja jer... nak buat fitnah bhai.... lu orang baca jelah kat bawah nih... hahahah... eerrr... bukan ke berita tu daripada Sinar Harian... muakakakaaaa.... 

Tahun depan Felda akan angkut lembu ke Mekah?

Felda ialah aset Umno. Pertama, kerana nilai komersil dan kewangannya. Apabila disenaraikan kelak, siapa boleh menafikan gerombolan Umno tidak akan menerkam merenggut untung? Kedua, kerana Felda sentiasa dianggap deposit tetap Umno. Tabung undi Umno.

Kawasan-kawasan Felda di seluruh negara adalah antara talian hayat utama Umno. Begitu hebatnya Felda, sehingga Joceline Tan membahagikan pengundi seperti berikut:

Hanya 2 Orang Keluar PKR, Tapi Dihebohkan 180 Orang


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari.

Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

Bajet Belum Lulus, Pemberian "One-Off" Sudah Diagihkan

Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

 Gambar: Pemberian RM100 telah mula diberikan kepada para pelajar Tahun Satu SJKC Chung Hwa Wei Sin, Terengganu, hari ini. "Rang undang-undang masih dibahaskan di Dewan. Bagaimana wang boleh dibelanjakan sebelum peruntukan itu diluluskan?” soal M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kepada timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee.[ lagi]

Tidak Layakkah Tengku Razaleigh Jadi PM?

TOKOH Umno yang menjadi dalang dan bertindak sebagai producer bersama di sebalik penayangan video lucah di Cercosa Seri Negara membabitkan Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan beliau ada maklumat pihak tertentu merancang untuk memprojekkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri.

Menurutnya beliau ada maklumat yang pihak tertentu berusaha mempelawa ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk jadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang.
Katanya bagi menjayakan usaha itu pihak terbabit sedang mengenal pasti sekurang-kurangnya 20 ahli politik Melayu berpengaruh bagi bertanding di beberapa kawasan tertentu. Kawasan yang menjadi pilihan ialah kawasan majoriti kaum yang ditandingi UBN.
Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu jika usaha ini berjaya ia akan mewujudkan keadaan 50:50 diantara BN dengan Pakatan Rakyat. Di mana suasana ini membolehkan Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon PM bagi menyelamatkan kaedaan.
Menerima apa yang Rahim kata itu, ia boleh dianggap sebagai satu teori atau formula untuk mengatasi kemelut politik negara ketika ini jika keadaan dikatakan itu berlaku. Tidak mustahil dengan suasana dan perkembangan hari ini, kedudukan – pencapaian pilihan raya umum ke 12 tahun 2008 masih kekal. Dalam kata lain status quo yang ada akan kekal.

‘Tiba Masa Beralih Kepada Pakatan Rakyat’

prBUKIT SENTOSA :    “Selama 54 tahun rakyat beri kepercayaan kepada BN, baru sekarang dia (Datuk Seri Najib Razak) cakap mengenai ‘kepercayaan’,” kata Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyentuh mengenai ucapan Perdana Menteri pada majlis sambutan Deepavali di Kampung Jawa, Klang baru-baru ini.

Dr Xavier yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, ucapan Perdana Menteri itu tidak lain hanya untuk meraih simpati rakyat yang selama ini didakwa tertindas di bawah pemerintahan BN.

“Selama ini, kaum India tidak dihormati, ditipu dan ditindas.

Pakatan Rakyat Wajib Pertahan Peniaga Cina.....

krmKEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M) seharusnya dinilai dengan lebih mendalam dari sekadar sebuah kedai runcit yang menjual barangan yang murah sedikit dari pasaraya-pasaraya besar.  Pun begitu, sudah terbukti kini tidak semua barangan di kedai tersebut lebih murah seperti yang digembar-gemburkan.
Namun, soal harga adalah perkara kecil sebenarnya.   Yang lebih utama di sini ialah kewujudan KR1M mampu menjejaskan bukan sahaja peniaga-peniaga runcit lain tetapi juga pembekal atau pemborong lain.
Difahamkan bahawa KR1M diterajui oleh Datuk Ameer Ali Mydin dan KR1M juga memberi keutamaan kepada produk usahawan bumiputera yang sukar mendapat tempat di pasaraya besar yang lain.
Oleh itu, jelas sekali objektif kerajaan di sini sebenarnya bersifat rasis iaitu untuk membantu Melayu dan bumiputera dengan menjejaskan monopoli peniaga dan pemborong Cina.

Tak perlu berhenti, Umno elit beritahu Shahrizat, tetapi rasuah melalui proksi OK?

Tak perlu berhenti, Umno elit beritahu Shahrizat, tetapi rasuah melalui proksi OK? Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bergegas untuk mempertahankan yg tak dpt dipertahankan pada hari Selasa. Objek yang cuba mereka pertahankan ialah Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan juga menteri Wanita mengenai penglibatan beliau dalam skandal RM250 juta NFC.
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Shahrizat tidak harus dipersalahkan, dengan alasan bahawa suami dan keluarganya yang menguruskan projek NFC.
"Layaknya seperti yang mereka ingin menegaskan bahawa dia tidak tahu apa yang suami dan anak-anaknya sendiri lakukan. Beliau adalah ibu dalam keluarga itu, dan adakah mereka tidak berbincang atau bercakap tentang kondo RM10 juta tersebut dihadapan beliau. Bukankah itu pelik? "Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Jangan pinggir mahasiswa OKU

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini. 80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun.Jika 10 peratus seperti yang di laporkan oleh PBB,Malaysia mempunyai penduduk sekitar 28juta, maka jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU  yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Yakni 10% daripada anggaran penduduk OKU ( 2.8 juta ) di negara kita.

Hishamudin kena bayar RM25k pada Anwar

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengetepikan beberapa bahagian dalam kenyataan pembelaan difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah dibawa oleh Menteri Dalam Negeri itu.Sehubungan itu juga, Hakim Mahkamah Tinggi V.T. Singham mengarahkan Hishammuddin agar membayar kos RM25,000 kepada Anwar.
Hishammuddin memohon bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar dalam saman fitnah berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Penyelewengan Satim dan Barisan Nasional Dibongkar MB


SHAH ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit.
Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Pakatan tunggu jawapan hitam putih ROS

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pemimpin Pakatan Rakyat mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memberi jawapan bertulis berhubung status permohonan mendaftarkan 'Pakatan Rakyat' sebagai parti.

Sehingga kini menurut Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ROS tidak memberi jawapan hitam putih berhubung perkara itu kepada pihaknya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini, beliau berkata, jawapan dari ROS itu penting sebelum pihaknya mengemukakan permohonan baru.

"ROS mestilah keluarkan keputusan hitam putih terhadap status permohonan terdahulu yang melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.

Dakwat kekal: PSC minta penjelasan AG esok

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) akan bertemu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok berhubung cadangan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum ke-13.
Penggunaan dakwat kekal dibatalkan saat-saat akhir pilihan raya umum 2008.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Maxmus Ongkili (gambar) berkata Gani telah diminta menghadiri mesyuarat PSC kelima esok kerana anggota jawatankuasa tersebut mahu mendengar penjelasannya mengenai cadangan penggunaan dakwat kekal.
“PSC telah menjemput Peguam Negara untuk memberi pandangan mengenai soal undang-undang berhubung Perlembagaan yang dibangkitkan pada sesi pendengaran awam,” katanya dipetik Bernama Online.
Katanya majoriti anggota PSC percaya cadangan penggunaan dakwat kekal boleh dilaksanakan tetapi mahu penjelasan Peguam Negara berhubung Artikel 119 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selepas menantu, Pak Lah pula pertahan Shahrizat

Selepas Ketua Pemuda Umno mempertahankan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil secara bermati-matian di dalam skandal Fidlot, kini tiba giliran bapa mertuanya pula, Abdullah Badawi atau manja dengan panggilan Pak Lah mempertahankan bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu.


Klik disini untuk membaca berita penuh.

Mengikuti perkembangan ini, hati kecil tertanya-tanya, apakah "Udang disebalik mee" yang masih lagi tersembunyi dari pengetahuan umum? Apakah hanya Shahrizat Jalil dan keluarganya sahaja yang terlibat?

Mungkinkah terdapat keluarga-keluarga lain yang turut terlibat? Hanya masa yang akan menentukan.

Press Conference to announce the launch of Petisyen Rakyat Tuntut Pilihanraya Bersih

Puan Rosni Malan, the widow of  the late Baharuddin Ahmad who died during the Bersih 2.0 rally on 9th July 2011, and Madam Anne Ooi, now known to all as Auntie Bersih, have come together to launch a petition to enable the largest number of Malaysians to lend their voices to a growing call for the fullest possible reforms to our electoral process so as to endure the 13th General Election, when held, will be truly free and fair.
They will jointly hold a press conference to announce the launch of this petition.
Details of the press conference are as follows :-
Date : Wednesday, 16th November, 2011
Time : 2.00pm
Venue : Ground Floor, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall
We would appreciate if you could send your journalist to cover the event.
For clarification, please contact the following numbers : 019-3201151

Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan

Tribal tensions high in Libya

Police, Demonstrators Clash in NY

Dawn raid on Occupy Wall Street

Electoral reforms and the quest for democracy in Malaysia: Dato' Ambiga

MB Kedah Bentang Bajet 2012 Jumlah RM1.08 Bilion

ALOR SETAR - 15 Nov - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentangkan Bajet 2012 berjumlah RM1.008 bilion di Dun Kedah di sini petang ini.

Ia membabitkan RM570 juta untuk perbelanjaan mengurus, RM259 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM179 juta untuk perbelanjaan bekalan air.

Antara yang mendapat peruntukan tinggi dalam perbelanjaan mengurus ialah Jabatan Kerja Raya kira-kira 46.5 juta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (RM43.6 juta),


Hong Leong: Surat VSS keluar sebelum NUBE runding, pekerja tak dipaksa

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Hong Leong Bank Berhad mengakui surat pelaksanaan pemisahan secara sukarela (VSS) ekoran penggabungan dengan EON Bank Berhad, dilaksanakan sejak 2 November lalu sebelum perundingan formal dengan NUBE , tetapi menegaskan ia tidak memaksa mana-mana pekerja menerima skim itu.
Pengurusan Hong Leong Bank berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa terbabit berkenaan pelaksanaan skim berkenaan.
“Kami telah melibatkan dan telah memaklumkan kesemua pihak berkuasa yang relevan termasuk Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja berhubung pelaksanaan skim VSS kami,” kata Ketua Pegawai Sumber Manusianya Ramon Chelva dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

GST tidak dilaksana tahun depan jika Pakatan menang PRU

KUALA LUMPUR 15 Nov: Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan melaksanakan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke 13.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, dasar itu jelas tidak sesuai dilaksana dalam masa terdekat dan ketika keadaan pendapatan rakyat masih rendah.
“Sebab itu juga, dalam masa terdekat kita akan mempertingkat lagi kempen anti GST di seluruh negara,” katanya selepas sidang media Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST selepas PRU13 yang akan menyaksikan rakyat perlu membayar cukai sebanyak dua kali.

PRU: PAS sasar kerusi campuran letak bukan Islam tanding

KUALA LUMPUR, 15 Nov – PAS melobi untuk mendapatkan kerusi-kerusi bersifat campuran bagi membolehkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diletakkan dalam pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan PAS tidak mahu meletakkan calon DHPP di kawasan-kawasan yang ia pernah bertanding memandangkan kebanyakan bahagian terbabit adalah majoriti pengundi Melayu.
“Mereka boleh bertanding di bawah bendera parti. Itu tiada masalah. Masalah sekarang ialah kesemua kerusi kami majoriti Melayu. Bagaimana mereka boleh bertanding di sana?” kata seorang anggota biro politik.
Beliau juga berkata daripada 66 kerusi Parlimen PAS bertanding pada Mac 2008, hanya Kota Raja di mana Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan penyandang dari MIC merupakan kawasan majoriti bukan Melayu.
Pada Julai lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa PAS menyasarkan kerusi dimenangi enam calon PKR tetapi meninggalkan parti itu kemudian dan juga kerusi-kerusi lain seperti Kuala Kedah dan Machang.
Machang disandang oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Jurugambar: "Tak pernah saya lihat orang kaya dihukum mati"

Bagi sesetengah orang, hukuman mati wujud untuk tujuan mencegah penjenayahan.  Namun, andaian ini tidak tepat untuk Toshi Kazama, jurukamera yang menangkap gambar untuk banduan yang dihukum mati.  Misalnya, hukuman mati gagal menyelesaikan jenayah penyeludupan dadah, kerana dalang di sebalik tabir memperalatkan orang bawahan untuk mengedar dadah.  Malah, kebanyakan pembunuh tidak mempertimbangkan kewujudan hukuman mati, sebelum melakukan jenayah.

"Apabila mereka melakukan jenayah, mereka tidak terfikir, 'oh, adakah saya akan dihukum mati atau sebagainya.  Oleh itu, ia (hukuman mati) pada hakikatnya tidak memainkan peranannya sebagai pencegah...',"kata Toshi Kazama, juga seorang aktivis membantah hukuman mati.

Govt defends RM40bil MRT project

Govt defends RM40bil MRT projectKUALA LUMPUR : The government has defended its RM40bil Klang Valley My Rapid Transit (MRT) construction project, claiming that it was aimed at alleviating future road and traffic congestion in Klang Valley.
Deputy Minister to the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan said Monday that the Klang Valley has less than 2km of rail per million residents, which was less than five percent of other big cities.
“Major cities such as London, New York, Seoul, Hong Kong and Singapore have an urban rail system more than 40km per million residents.
“We are trying to solve traffic problems as the numbers of vehicles is increasing by 500,000 yearly,” he told Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) during Question Time.

Selangor : Sistem Kupon Air Percuma Untuk Pangsapuri

 SHAH ALAM, 15 NOV : Semua penduduk pangsapuri kos rendah diserata Selangor bakal menikmati air percuma oleh Kerajaan Negeri menerusi sistem kupon air percuma sebelum 31 januari tahun hadapan.
Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat melancarkan bantuan pemberian 20 meter air percuma atau rebet RM11.40 sebulan kepada pengguna domestik bermeter. Ini memberi faedah kepada lebih 4 juta pengguna di Selangor.

Lucu tapi ‘pedas’: Fuziah hidang ‘lauk Lynas’ pada Sivarasa

KUALA LUMPUR: Satu video komedi ringkas yang menyindir loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan, dimuatnaik ke laman YouTube dan ia dibintangi tidak lain dan tidak bukan oleh Ahli Parlimen Kuantan sendiri, Fuziah Salleh.
Dengan judul “Masakan Cinta”, video komedi berjangka masa 4:44 itu menampilkan Fuziah sebagai “Chef Wani”, seorang chef selebriti yang bertungkus lumus membuang sisa radiasi daripada bahan-bahan masakannya.
“Pagi tadi saya ke pasar dan beli semua bahan-bahan segar untuk makan malam istimewa nanti,” kata “Chef Wani” sambil menunjukkan seekor ayam berkepala dua dan berkaki tiga dipercayai terkena sinaran radiasi.

Selangor : Pelan Baru Atasi Masalah Pembeli Rumah


SHAH ALAM, 15 NOV: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan pelan baru bagi mengatasai pelbagai masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah ekoran terdapat banyak aduan yang diterima oleh kerajaan negeri.Jelas Abdul Khalid, pembentangan pelan baru akan dilakukan kemudian setelah beliau berbincang dengan pihak pemaju minggu depan.
Beliau menambah, penduduk akan dipanggil untuk berbincang selepas semua dipersetujui melalui hasil perbincangan bersama pihak pemaju kelak.

Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan komitmen akan memberi sokongan penuh kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya umum nanti.

"Bagi memastikan pindaan tersebut dapat dilakukan, kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju memberi sokongan jika ia memerlukan undi 2/3 di dalam Dewan Rakyat," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

Menurut beliau, dengan komitmen yang dizahirkan Pakatan Rakyat itu, beliau mahu kerajaan terus berdolak dalih lagi dalam menyegerakan hal tersebut untuk dibawa ke parlimen.

Fitnah Video seks: Polis mahu saya sibuk, kata Anwar

NONEKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas dirinya atas dakwaan membuat laporan palsu berhubung tayangan video seks oleh 'Datuk T', semata-mata untuk memastikan dirinya sibuk.

Anwar, yang sedang menghadapi perbicaraan pertuduhan liwat, berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan baru oleh polis itu bagi menghadapi kemungkinan beliau dibebaskan oleh mahkamah.

"Bebas atau tidak, mereka akan terus siasat saya, hanya untuk pastikan saya sentiasa sibuk.

Tian Chua: Cerita Lembu & Kondo

9 November 2011 - Sesi Soalan - Rumah2 Anak Yatim & OKU - DAP Puchong

Ustaz Hafiz Musa: Program Anak Muda Jeli (part 3)

Ustaz Hafiz Musa: Program Anak Muda Jeli (part 2)

Ustaz Hafiz Musa: Program Anak Muda Jeli (part 1)

Che' Gu Bard: Program Anak Muda Jeli (part 6)

Kedah : Perasmian Bajet 2012

Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban

Facebook: Kementerian Pelancongan bazir RM1.8 juta

UKM4 gambarkan ditangkap macam drama Tamil

Syria faces growing international pressure

New Italian PM Mario Monti to decide on cabinet

New York police evicting 'Occupy' protesters

Gakum sokong AUKU dikaji semula

ALOR GAJAH, 15 Nov – Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (GAKUM) hari ini menyokong usaha kerajaan untuk mengkaji dan menimbang semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata Presidennya Datuk Omar Osman.
Omar, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata kajian semula AUKU ini turut meliputi pertimbangan semula peranan pekerja di setiap universiti.
“Saya juga berharap agar Majlis Bersama Jabatan (MBJ) diteruskan kerana pada masa kini Jawatankuasa Kebajikan Pekerja Universiti (JKP) dilihat tidak meliputi skop yang dikehendaki,” katanya pada sidang media di sini.
Omar berharap proses kajian semula AUKU ini perlu dipercepatkan supaya peranan serta hak pekerja dan majikan dapat diselesaikan dalam satu tempoh yang cepat.
“Kalau kita hanya berharap pada JKP yang hanya bermesyuarat setahun dua kali, setiap isu-isu pekerja tidak akan dapat diselesaikan dengan segera, berbanding jika kita menggunakan MBJ yang mewajibkan empat kali setahun untuk bermesyuarat,” katanya.
Dipetik Bernama Online jelas beliau, Gakum yang di bawah Cuepacs turut memfokuskan kepada hak-hak pekerja antaranya skim pendapatan, kenaikan pangkat dan tatatertib pekerja.

Pembangunan Kompleks Sukan Kelana Jaya Akan Memberi Dana Bagi Rumah Mampu Milik


SHAH ALAM, 15 NOV: Cadangan pembinaan pangsapuri dan kompleks perniagaan di atas tanah Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu memberi keuntungan terhadap anak syarikat milik kerajaan negeri itu.Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia merupakan langkah awal untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini.
"Salah satu perkara mengapa permohonan dibuat ialah dalam perancangan pelan struktur Kelana Jaya, kawasan Kompleks Sukan PKNS dimasukkan projek dalam kawasan komersial dan nilai tanah itu, kalau tidak dibuat pembangunan komersial, sudah tentu kita tidak dapat nilai terbaik.
"Jika dibuat mengikut perancangan, PKNS dapat untung dan ia boleh disalurkan untuk pembangunan rumah mampu milik dan kos rendah yang diperlukan oleh masyarakat di seluruh negeri Selangor," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Dorongan Guru dan Ibupada Serta Belajar Konsisten Kunci Kejayaan Pelajar Cemerlang Sekolah Rendah Agama

SHAH ALAM, 15 NOV : Belajar secara konsisten tanpa jemu selain dorongan ibu bapa dan guru adalah faktor utama ke arah kejayaan bagi Pelajar Cemerlang Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2011 di Selangor. Ummi Syahidah Mohamad Jamahari, 12, pelajar dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Sijangkang, Kuala Langat, dianugerahkan Pelajar Cemerlang Perempuan PSRA 2011.
Ummi Syahidah berkata ibadah seperti doa dan solat yang dikerjakan saban hari memberikan ketenangan pada dirinya selain menguatkan lagi azamnya ntuk mencatat keputusan cemerlang dalam PSRA.
"Dorongan dan galakan ibu bapa serta guru sentiasa menjadikan diri saya penuh bersemangat untuk belajar dan terus belajar serta mncipta keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Ibu Bapa Terlalu Sibuk, Anak Terabai

altMenurut Abdullah Nasih Ulwan, antara faktor terbesar yang menyebabkan anak-anak terpesong haluannya ialah kerana ibu bapa tidak melakukan kerja pendidikan. Mereka fikir bahawa tugas mereka selesai dengan memberikan makanan dan pakaian yang cukup. Selebihnya mereka serahkan kepada sekolah, atau Pasti.
Malang sungguh tanggapan begini. Binatang seperti harimau pun tahu tanggungjawabnya mendidik. Harimau tidak membiarkan anak-anaknya membesar tanpa dia mendidik dan melatih mereka terlebih dahulu. Harimau mendidik anak tentang bagaimana memburu binatang. Apabila si ibu memburu, dia sengaja tidak terus membunuh buruannya untuk dijadikan santapan.
Sebaliknya, dia hanya mencederakan buruan itu. Maka binatang buruan itu terus cuba melepaskan diri sambil lari terhencot-hencot kerana kakinya sudah cedera. Pada waktu inilah, si anak-anak harimau tadi berlatih mengejar dan menangkap buruan. Binatang buruan yang cedera itu menjadi alat pendidikan secara praktikal.

Susu Ibu Sebatian Ajaib

alt"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Segala Puji Hanya Untuk Allah

altApabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan :
"Wah! Baguslah awak."
" Awak memang baik."
"Jarang jumpa orang macam awak."
" Hebatnya!"
Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kira menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan.
Kita merasakan ada nilainya kebaikaan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan :
"Eleh, tu nak tunjuk baik la tu."

Apabila Beruk mahu jaga Lembu

Oleh: tokpepijat

"Di Malaysia yang permai ini ada dua orang insan yang begitu "selok"(teruja) untuk melompat-lompat bagi menonjolkan dirinya agar diberi perhatian maupun untuk menunjukkan bahawa diri mereka berdua masih ada nyawa lagi.

Mereka adalah Dr Mahathir dan Khairy Jamaluddin(KJ). Walaupun mempunyai watak dan perangai yang sama seperti diatas, tetapi mereka berdua tidak boleh berjumpa. Si Tua amat memurkai Si Muda sejak mentua Si Muda jadi PM lagi. Keduanya "cerdik". Tapi guna kecerdikan untuk fahaman sekular.

Pakatan Rakyat lancar jentera pilihan raya 14 Disember

KUALA LUMPUR 15 Nov: Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya di Stadium Melawati Shah Alam pada 14 Disember depan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelancaran jentera pilihan raya itu katanya, sebagai antara persediaan Pakatan berdepan pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menjelaskan, ia akan turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kongsi Gelap : Kerajaan Dinasihati Rujuk Para Ulamak

"Kuala Lumpur, 14hb Nov 2011. Isu sosial yang melibatkan rakyat negara ini terutamanya golongan remaja negara ini adalah merupakan satu perkara yang mendukacitakan ramai pihak . Ianya adalah bukti kegagalan sistem pendidikan negara untuk mendidik rakyat negara ini khususnya generasi remaja yang bakal menjadi pelapis harapan  agama dan negara pada masa yang akan datang.

Demikian ujar Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan ketika mengulas berita salah sebuah media arus perdana pada hari ini yang melaporkan  bahawa seramai 39 pelajar yang berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah antara 180 individu yang ditahan kerana cuba menyertai satu kumpulan kongsi gelap

PMIUM Semakin Hebat Dikritik


Kuala Lumpur, 15 Nov : Setelah semalam Gazebo Daily menerima satu kiriman e-mail berkenaan situasi terkini yang melanda (baca), terbaru satu lagi kritikan telah didapati berlaku terhadap kewibawaan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Sesi 2011/2012.
Kritikan terbaru itu telah diluahkan oleh seorang siswi yang dikesan adalah graduan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) melalui akaun laman sosial facebook miliknya.

No need to quit, Umno elite tell Shahrizat but is corruption through proxies OK?

No need to quit, Umno elite tell Shahrizat but is corruption through proxies OK?UMNO top leaders rushed to defend the indefensible on Tuesday. The object of their protection was Shahrizat Jalil, the Women's chief and also Women's minister, and her involvement in the RM250 million National Feedlot Centre debacle.
Both Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin and former premier Abdullah Badawi insisted Shahrizat was not to be blamed, arguing it was her husband and family who ran the NFC project.
"That sounds like they are saying she doesn't know what her husband and her own children are doing. She is the mother in their family unit, and they don't discuss or talk about the RM10 million condo at all in her presence. Isn't that strange?" PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"Are they saying her husband and children stop talking about NFC the moment she enters the room? Are they also saying she didn't know that they got the NFC project and as such there is no conflict of interest. Umno's excuses are becoming more and more absurd. The explanations given by Badawi and Muhyddin are very disappointing, worse than Khairy's given their higher status."

UMNO terus meremehkan orang Melayu

15 NOVEMBER – Kerajaan yang baik bukanlah kerajaan yang membuatkan rakyat terus menerus bergantung kepadanya.
Minggu lepas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mendapat liputan yang luas dalam media arus perdana hasil daripada cadangannya untuk mengecilkan saiz kerajaan.
Namun, liputan yang diberikan, sebagaimana maklum, langsung tidak merujuk dengan jelas kenyataan Pua. UMNO-BN melalui media kawalannya terus-menerus menghentam  Pua dan DAP sebagai cuba menghakis, mencabar dan menghina kedudukan istimewa orang Melayu sebagai kakitangan kerajaan.

Benarkah Najib pemimpin sederhana?

KUALA LUMPUR, 15 NOV – Mampukah UMNO membuang sifat ekstremis untuk menjadi sederhana menjelang Perhimpunan Agung UMNO agar selari dengan laungan Datuk Seri Najib Razak di luar negara yang mahu semua agama menentang puak pelampau?
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ini merupakan persoalan yang membingungkan rakyat Malaysia kerana tuntutan kaum dan agama melampau yang wujud hari ini datangnya dari didikan UMNO, termasuk melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.
“Bolehkah Najib menjadi Perdana Menteri yang sederhana sedangkan beliau membenarkan Utusan Malaysia memfitnah, menimbulkan kebencian kaum dan agama serta membuat tuduhan tidak berasas bahawa DAP mempunyai konspirasi menubuhkan negara Kristian?

Kedai Rakyat 1Malaysia nak kemana?

Oleh Muhammad Zir

15 NOVEMBER – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan bahawa susu segar 1Malaysia telah dicemari dengan virus E.Coli dan Coliform. Ia adalah hasil usaha Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua yang telah mendapat laporan ujian makmal ke atas produk tersebut.
Kini, bukan sahaja kualiti produk jenama 1Malaysia ini semakin dipersoalkan tetapi juga kemungkin produk-produk lain membahayakan kesihatan rakyat. Apakah kesan dan tindakan pihak berkuasa? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

TVS, Selangorkini, RWS hebah maklumat kerajaan negeri


SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri berharap portal berita TV Selangor (TVS) dan akhbar rasmi Selangorkini mampu memenuhi sebanyak mungkin sasaran khususnya kepada warga Selangor di setiap daerah.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, TV Selangor dan Selangorkini memainkan peranan yang amat penting kerana Pakatan Rakyat tidak diberi ruang di media arus perdana.
"Media arus perdana tidak memberikan ruang untuk menjelaskan aktiviti yang kita lakukan," kata Abdul Khalid menjawab pertanyaan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.
Dalam soal jawab di sidang Dun Selangor hari ini, Saari bertanyakan objektif dan peranan TV Selangor dan Selangorkini yang diuruskan oleh Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) dibawah naungan Menteri Besar Di-Perbadankan (MBI).

Mesyuarat BN: P'raya atau rombakan kabinet?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.

Isu jet: Zahid akan jawab penuh selepas lawat Rusia

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan membuat penjelasan penuh mengenai pemilik jet peribadi yang beliau tumpang ke Mekah baru-baru ini sekembalinya dari lawatan rasmi ke Rusia.
“Saya kini di Moscow, ada tugas rasmi. Balik nanti saya akan beri jawapan,” kata beliau (gambar) dalam respons SMS kepada The Malaysian Insider, yang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jet peribadi tersebut dan pemiliknya.
Isu ini timbul apabila beliau dikatakan pergi menunaikan haji menggunakan jet peribadi.

‘Asal bukan Umno’ untuk tuntut Umno berubah

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Rakyat Melayu Islam digesa jangan terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda ‘tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung’.
Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, banyak penulisan kebelakangan ini daripada pemikir Melayu Islam yang meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.
“Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umnolah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

Pakatan says will back constitutional changes to allow indelible ink

A file photo shows the use of indelible ink during regional parliament elections of the Kurdistan region in Baghdad in 2009. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Nov 15 — The federal Opposition said today it will support amendments to the Constitution to allow the use of indelible ink in future elections. Datuk Seri Anwar Ibrahim told reporters today that Pakatan Rakyat (PR) will back such a proposal if it is tabled in Parliament during the current session.
“The Attorney-General (AG) has said it cannot be done without amendments. This is just a trick to delay.
“But PR agrees to support the amendments if they are done immediately and tabled within this sitting,” the opposition leader said.
The Malaysian Insider reported last week that the parliamentary select committee on electoral reform summoned Tan Sri Abdul Gani Patail to explain why the government cannot use indelible ink — a key demand by polls reform movement Bersih — in a general election expected soon.

MPWS Perkasa Kebajikan Wanita


SHAH ALAM, 15 NOV : Sikap lepas tangan dan tidak peka kerajaan pusat terhadap nasib golongan wanita serta keengganan bekerjasama dengan kerajaan Selangor telah membuka pembentukan Majlis Permuafakatan Wanita Selangor (MPWS) yang dilancarkan hari ini.
Usaha memperkasa kedudukan dan kebajikan golongan wanita di negeri Pakatan Rakyat ini merupakan suatu pengiktirafan kerajaan Selangor berhubung peranan dan sumbangan kaum wanita dalam segala sektor.

Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuktikan dakwaannya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah akan dicagar kepada FGVH bermula Januari tahun hadapan.
Ahad lalu, Ahmad turut mengakui kemungkinan tindakan itu akan dilakukan.