Sabtu, 12 November 2011

Di Penang, Melayu tekan Melayu !

Kasihan PakCik ni !!  Pemaju Umno roboh rumah orang Melayu !










Amizudin Ahmat (Din Binjai)

TERDESAK : BN SUDAH KEKERINGAN CALUN

Calun BN - Tidak ada had umur,  asal boleh menang !! 

Bahang panas PRU ke-13 sudah  terlalu hampir. Komponan BN terutama Umno, kini sedang menghadapi berbagai kerenah terutama masaalah dalaman parti. Banyak isu-isu panas yang membabitkan pemimpin Umno dan juga kepincangan kerajaan UmnoBn telah menjejaskan sokongan terhadap parti Umno dan BN amnya.

Terbaru isu penyelewengan wang rakyat sejumlah RM250 juta yang melibatkan seorang menteri telah memanaskan lagi keadaan.  Semuanya ini menjejaskan imej UmnoBn.

Kerajinan Sang Semut


altSegala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan.
Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas baginda S.A.W.
Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Kerajinan, daya usaha yang tinggi serta kegigihan adalah suatu frasa yang hampir sama ertinya. Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti sebenarnya sebagai suatu aspek utama untuk mengorak kejayaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan?

UMNO Pasca PRU13....

 Di antara ramai2 blogger, blogger Penarik Beca adalah blogger paling aku respekhttp://lucialai.org/wp-content/uploads/2010/01/umno_logo_anti.jpg. Bukan aku suka dia, aku respek dia. Dia bukan ahli PAS tapi dia menyampah dengan UMNO. Matlamat dia nak bunuh Umno...sama dengan matlamat aku.


Di bawah ini aku petik dari blog dia...dia petik dari pengkomen blog dia...selebihnya baca di sini...
8. Kita masih sibuk dgn isu murtad, isu gay/lesbian, isu konsert pasal orang masih dapat makan. Tunggu bila kelaparan melanda, satu sen pun isu2 ini tak bernilai. Dgn senang nya Indonesia menjadi negara liberal apabila terlalu ramai yg miskin. Parti Islam ada, jemaah Islam ada, sama dgn Malaysia tapi siapa peduli dah kalau perut dah kosong.

Ambiga seeks RCI into citizenship-for-votes claims

The prominent lawyer and civil rights activist called the allegations “the highest treason to this country” if true. — file pic
KUALA LUMPUR, Nov 12 — Datuk Ambiga Sreenevasan today pushed for the establishment of a royal panel to investigate claims the ruling Barisan Nasional (BN) has been fast-tracking citizenship applications for foreigners in return for their votes. The prominent lawyer and civil rights activist noted the federal government has been plagued by such claims recently and that the allegations persist despite repeated denials by its officials.
“I’m sorry but to me that’s the highest treason to this country, that we are registering foreigners as citizens for the purposes of voting,” the prominent civil rights activist told a bipartisan parliamentary select committee (PSC) on electoral reform.

Saksi PSC: Tak perlu pinda perlembagaan guna dakwat kekal

Isu berhubung pindaan perlembagaan menjadi tumpuan pada hari kedua pendengaran awam yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk pembaharuan pilihan raya hari ini.

Persoalan sama ada akta berkaitan perlu dipinda menjadi masalah utama  yang sering ditanya oleh anggota jawatankuasa berkenaan kepada NGO dan juga individu yang hadir sebagai saksi hari ini.

Pindaan undang-undang berkenaan adalah berhubung isu penggunaan dakwat kekal.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johinty Ongkili sendiri ketika mengemukakan soalan berkenaan beberapa kali melandaskan isu itu dengan kekhuatiran bahawa langkah untuk menggunakan dakwat kekal akan dicabar di mahkamah.

Katanya, beliau tidak mahu isu itu menjadi seperti peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang didapati bercanggah dengan perlembagaan oleh mahkamah baru-baru ini.

SPR: Pelajar tak jadi pengundi pos sebab kedutaan keliru

Kekeliruan di kalangan petugas misi Malaysia sebelum ini menyebabkan ramai pelajar tidak dapat mendaftar sebagai pengundi pos, Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) diberitahu hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha penyelidikan SPR, Harun Che Su ketika disoal oleh anggota PSC dalam pendengaran awam kedua yang berlangsung di bangunan parlimen hari ini.

Isu berkenaan timbul apabila SPR diminta menjelaskan mengenai pendedahan seorang saksi hari ini yang gagal untuk mendaftar sebagai pengundi pos ketika menuntut di United Kingdom pada 2007.

IKRAM boleh berperanan didik belia, remaja - Nik Aziz

IKRAM-TG Nik AzizKOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan kemunculan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dalam masyarakat dan mengharapkan IKRAM saling bekerjasama dengan jentera kerajaan negeri dalam misi dakwah.
“Kita harap IKRAM dapat membantu dan memainkan peranan dalam menghadapi golongan belia dan remaja di Kelantan dengan mendidik mereka agar memahami Islam sebaiknya.”
YAB Tuan Guru juga mencadangkan IKRAM memainkan peranan melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.
Beliau membuat saranan-saranan tersebut ketika menerima kunjungan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad bersama sembilan ahli rombongan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) dan Ahli Jawatankuasa Negeri (JKN) IKRAM di pejabat Menteri Besar di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, pada petang 10 November lalu.

Kit Siang: Shouldn’t someone go to jail in cattle farm scandal?

KUALA LUMPUR, Nov 12 — DAP’s Lim Kit Siang asked today if anyone will be jailed over the alleged financial abuse in a publicly-funded cattle farm owned and run by a federal minister’s family.
The opposition leader’s comments come in the wake of last week’s public debate on the National Feedlot Centre (NFC), operated by Women, Family and Community Minister Datuk Seri Shahrizat Jalil’s husband and children.
Allegations of financial impropriety have dogged the project after the Auditor-General revealed last month that the NFC had failed to meet production targets for 2010, despite benefiting from a RM134.72 million soft loan from the government.

Najib has ‘forfeited his right to govern’

Former de facto Law Minister Zaid Ibrahim is of the opinion that Prime Minister Najib Tun Razak has made a mistake in dismissing the National Feedlot issue.
PETALING JAYA:  Kita chief, Zaid Ibrahim believes that Prime Minister, Najib Tun Razak’s, defence of the National Feedlot Corporation (NFC) fiasco is an indication that his time is up.
“Najib should have done the sensible thing and admitted that the whole NFC issue was a mistake.
“That’s how a reformist government would react.”
“You don’t give a project worth a few hundred million ringgit to a minister and say its because no one wants it. If no one wants it then don’t start the project,” Zaid said during an interview with FMT yesterday.
The NFC project is being run by the husband and children of  Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil.
The recent  Auditor-General’s Report described the NFC project as a “mess” and since then PKR has exposed details of alleged business and financial mismanagement within NFC.

Skandal NFC: Gambar-gambar Kondominium Mewah ‘One Menerung” untuk kediaman 1Lembu........


Untuk memahami dan menghayati bagaimanakah sebuah kondominium berharga RM9.8 juta yang dibayar dengan wang rakyat, saya sertakan gambar-gambar kondominium One Menerung di Bangsar. Bertuahlah kalau ada lembu yang sempat merasa tinggal di sini.



Dato Onn terlebih derhaka berbanding Nizar, Aziz Bari

Oleh: tun_telanai

" Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.

Melayu Merempat Di Tempat UMNO Kuat

Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat

Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno.

Dendam Lembu Terbalas

Oleh MSO

PKR mengambil masa lebih setahun untuk membalas 'dendam' apa yang dilakukan oleh pemuda liar yang didokong Umno Selangor ke atas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Khalid pada tahun pertama beliau jadi MB telah memberi lembu korban kepada kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak. Pemberian lembu korban itu dianggap sebagai perbuatan salah dan ada unsur-unsur rasuah.

Alasannya naif kerana lembu itu diberi kepada parlimen di luar Selangor sedangkan duit digunakan membeli lembu adalah duit kerajaan Selangor?

Artis turut bincang Negara Berkebajikan

GOMBAK, 12 Nov: Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan sekarang dan akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, dikesan turut dibincang oleh pelbagai pihak termasuk di kalangan artis di negara ini.
Minat golongan artis untuk membincangkan perkara itu terbukti apabila beberapa orang artis datang menemui beberapa orang pemimpin PAS untuk bertanyakan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh parti itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengalaman tersebut turut dikumpulkan oleh beliau apabila beliau juga turut didatangi dua orang artis di negeri Pahang baru-baru ini.
Menurutnya, kedatangan kedua-dua orang artis itu adalah untuk bertanyakan kepadanya tentang nasib golongan artis sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat akan diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini pada PRU Ke-13 akan datang.

PPSMI: MIPAS dakwa kerajaan tak ikhlas

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) mencadangkan keputusan kerajaan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihalusi supaya ia dapat dikekalkan bagi pelajar yang telah menjalani dasar pembelajarannya sewaktu ia perkenalkan pada asasnya.

Sebelum ini Tan Sri  Muhyiddin Yassin pernah berkata sistem pendidikan negara akan kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak mereka dalam dua mata pelajaran itu.

Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021. Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal.

Kerajaan akan bertegas dengan keputusan memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan tidak tunduk kepada tekanan dan tuntutan oleh sesetengah pihak.

PAS mahu gerak Bersih 3.0 jika Najib gagal tunai pembaharuan pilihan raya

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut.
“Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Ka Siong: Guru tak perlu risau dasar kerja sembilan jam

ALOR SETAR, 12 Nov — Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.
Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.

Cukai baru selepas PRU 13

GOMBAK, 12 Nov: Seluruh rakyat negara ini diyakini akan terus dibebani dengan pelbagai cukai baru jika Umno BN terus diberikan mandat memegang tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Keyakinan itu boleh disandarkan kepada pelbagai tindakan semasa yang dilakukan oleh Kerajaan BN, di samping amalan tradisi parti itu setelah berjaya mencapai kemenangan pada PRU-PRU lalu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu boleh direnungi dan dihayati sendiri oleh setiap rakyat negara ini berdasarkan pengalaman masing-masing setelah lebih 50 tahun berada di bawah pemerintahan BN.
Menurutnya, sejajar dengan itu, cukai baru yang dioleh dalam bentuk cukai perkhidmatan atau GST itu bolehlah disifatkan sebagai "Gasak Sampai Teruk" yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN terhadap rakyat selepas PRU Ke-13 nanti.

Silap fakta: MB Pahang digesa minta maaf

Gabungan Hentikan Lynas (GHL) amat terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang Adnan bin Haji Yaakob sempena temuramah yang dijalankan oleh aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011.

Dalam temuramah tersebut, Adnan Yaakob (gambar kiri) menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan nadir bumi.  Beliau juga menyatakan bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak membuat/memproses nadir bumi. 

Ini merupakan satu tuduhan yang palsu dan tidak berasas.  ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite.  Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV.  Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium.  Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan.  Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama.  GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah.  Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merahatas kesilapan fakta tersebut.

Graduan Miskin : 69,000 pelajar diperintah bayar balik pinjaman PTPTN

Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.
  
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.
  
"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau hari ini.
  
Ismail, yang juga anggota parlimen Kuala Krau, berkata sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Bukan Islam terima PAS berbeza 5 tahun lalu

GOMBAK, 12 Nov: Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka.
Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini.
Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam.
Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam.

Clear signs Najib to yield power, to focus on overseas 'trips' till tenure ends

Clear signs Najib to yield power, to focus on overseas 'trips' till tenure endsSo, where in the world is Prime Minister Najib Razak? In the past month, Najib has been in China, in Indonesia, in Australia, in Saudi Arabia, and then back to Saudi Arabia again; and now he’s off to Hawaii!
Is he the host of a travel channel? A pretty or pretty-ugly version of Asha Gill depending on whether you are part of fast-falling 59% of Malaysians who like him, or part of the fast-growing 41% who don't!
And in all these trips Najib has achieved absolutely nothing other than a criminal waste of public money. Along with him for the ride, and further burdening the taxpayer, is the ample, bejeweled and expensively hand-bagged figure of his less-than-popular wife, Rosmah Mansor.
Najib’s trips to Saudi Arabia are particularly contemptuous of the need to conserve public funds in such financially challenging times. Najib first went to Saudi Arabia for the funeral of the Saudi Crown Prince. He could have sent someone else, and someone less costly, to attend this funeral of a repressive Middle Eastern figure.

Tak Malu: Demo Guna Budak budak~~ Pakai Baju kuning pulak


Nak Kata Baral Marah, Bagi BAS Percuma pun Demo
GEORGE TOWN - Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu
Jumaat tadi melancarkan perhimpunan haram membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang
memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar.

Menurut Guan Eng, dua sistem bas percuma ini diperkenalkan demi mengurangkan kos hidup pekerja
sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja

Syria Uprising: Latest on the fighting

Shamsul Iskandar: Kita Mesti Kempen Bertenaga & Kuat, Untuk Lumatkan UMN...

Shamsul Iskandar: Kenapa Kita Nak Buat Perubahan?

Selangor Dapat Tanah, Wang Daripada Hutang Talam Corporation

Prestasi Kewangan Selangor Lebih Baik Dari Negeri BN

Selangor Berjaya Kurangkan Hutang Kepada Pusat

Erdogan calls Turkey quake protesters 'provocateurs'

Papademos sworn-in as new Greek prime minister

Silvio's last stand

Oakland Mayor Tells Occupiers 'Time to Leave'

Syria Uprising: Opposition appeals to Arab League

Syria Uprising: Protesters call for Arab League help

Khaled cabar OUM sedia lelaki banyak peluang belajar

JOHOR BARU, 12 Nov — Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melontarkan satu cabaran kepada Open University Malaysia (OUM) untuk menyediakan lebih banyak peluang belajar khasnya kepada pelajar lelaki.
Ini kerana, katanya, institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekarang didominasi oleh pelajar perempuan.
“Kita beri cabaran kepada OUM untuk menyediakan kursus-kursus yang bukan akademik yang boleh menarik minat pelajar lelaki agar mereka tidak keciciran di dalam usaha pembangunan insan di negara ini,” katanya dipetik Bernama Online.

Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

PSC: Pangkalan data automatik mulai 1 Dis, daftar pemilih ‘bebas pengundi hantu’

KUALA LUMPUR, 12 Nov ― Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghubungkan rekod kematian dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara automatik mulai 1 Disember ini - sebahagian daripada proses membersihkan daftar pemilih daripada kewujudan pengundi hantu.
Perkara itu dimaklumkan kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) hari ini, yang sedang mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.
Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said berkata, agensinya tidak akan ada maklumat kematian jika waris si mati tidak memaklumkan mereka.
“Kementerian Dalam Negeri ada memaklumkan bahawa mulai 1 Disember ini, apabila seseorang memohon mendapatkan permit pengebumian, permit itu akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan polis akan menghubungkan dengan JPN dan JPN pula akan menghubungkan dengan SPR,” katanya.
Hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu jawatankuasa itu bahawa daftar pemilih masih mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengundi yang sudah mati.

BN akan buat macam ni ke...?


SHAH ALAM: Hasil penyusunan semula aset hutang Talam Corporation bernilai RM391 juta yang diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini Isnin ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerangkan kepada dewan hari ini bahawa MBI – sebagai entiti yang mengawal dan membantu tadbir anak syarikat kerajaan negeri kini memasuki fasa akhir dalam pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam.

Menurut Khalid, MBI bukan sahaja mampu mengutip hutang berkenaan malah meningkatkan nilai hartanah yang diperoleh daripada Talam.

Ahli Parlimen Bebas – ‘One-Off Sahaja!’

Sudah menjadi khabar angin yang sangat kuat di lobi-lobi hotel sekitar ibu Negara – akan KEHENDAK dan KEMAHUAN kalangan Wakil Rakyat Bebas untuk dikekalkan sebagai calon wakil rakyat ‘bebas’ dalam PRU akan datang. Macam-macam cerita yang dijual. Kononnya mereka masih banyak menyimpan rahsia Anwar. Mereka boleh menang. Mereka adalah winnable candidate yang dicari-cari oleh BN di kawasan masing-masing. Mereka sudah buat kerja lama di kawasan. Mereka punya connection yang baik dengan NGOs dan sebagainya.

Sabah BN needs ‘phantom voters’ to win

Gerakan in Sabah has joined the growing chorus for a royal commission of inquiry (RCI) on illegal immigrants.
KOTA KINABALU: After years of timid pleas for an investigation into the overwhelming presence of illegal immigrants in Sabah by state government leaders, the calls are becoming shriller as the countdown to the 13th general election takes shape.
Sounding panicky and even hysterical over the last couple of weeks almost all the state Barisan Nasional (BN) coalition partners have trotted out one after the other to ‘demand’ the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI).
Joining the list of parties demanding an RCI on the issue which would invariably expose a host of illegal activities by past and present high-level government figures, is newly-empowered Gerakan. Gerakan in Sabah is a controversy in itself because it gained power in the state through the back door.

PRU-13: BN Lembah Pantai bergelora

Orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan bila timbul skandal projek lembu feedlot.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil.
Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Monsoon Cup : Belanja RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia
PETALING JAYA:  PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM10 bilion royalti minyak tetapi tidak emmberi manfaat kepada rakyat.
“Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelwengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno,” dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani.
Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap  tahun.
Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia.

GLC contractors can’t be sacked

The National Feedlot Centre may have squandered taxpayers money but the truth is 'we don't have the power' to carry out punitive and remedial measures against the contractor.

At the rate the National Feedlot Centre (NFC) is doing things, there shouldn’t be plans to give them any more money.
In fact the immediate step should be to sack the project partner – Agroscience Industries Sdn Bhd – for weaknesses in management and failing to carry out what it promises to do.
But the sad truth is that sacking the contractor isn’t an option.
The NFC is owned by Agroscience Industries with participation from the Government of Malaysia.
Its business is the development of a planned, integrated and sustainable Malaysian beef industry by setting up a fully integrated livestock farming and beef production facility.

Wajarkah menteri wanita ini kekal?

Isu : seleweng wang rakyat RM250 juta.
Setelah didedah oleh pembangkang, lengkap dengan bukti dan fakta, wajarkah menteri wanita kesayangan Najib ini terus kekal dengan jawatannya ?. Sanggupkah beliau menafikannya?.

Apa rumusan yang kita dapat hasil dari pendedahan ini?,…1. Bagaimana acuan begitulah hasilnya / Bapa borek anak rintek     2. Jawatan menteri mesti menjanjikan sesuatu.    3.Tiada ketelusan dan keadilan dalam UmnoBn     4.  Slogan Umno pembela bangsa Melayu,  hanya hiasan dibibir.

Pesanan buat menteri yang suka tunjuk jambul ini !,… Kalau anda mendakwa PKR telah membuat fitnah terhadap diri dan keluarga anda,  … kenapa tidak terus bingkas membuat laporan polis dan seterusnya membuat saman malu?  Rakyat sedang menunggu nunggu penjelasan terperinci dari anda! .

PANTUN BUAT HAJI NAJIB

Meminang bertunang akhirnya nikah
Harap isteri seorang yang subur
Najib dan Rosmah pergi ke Mekah
Moga Mendapat Haji Mabrur

Sakit demam makan ubat
Ubat dibeli cap sauh
Balik haji harap bertaubat
Sifat Mazmumah Dibuang jauh

Sifat Mahmudah dalam diri
Sifat mazmumah mesti dijauhi
Rakyat kelantan mahukan royalti
Rakyat Malaysia tagih hak asasi

FIRST LADY DAN FAT LADY

KOLEKSI SUAMI NAJIB



ISTERI BEKAS PRESIDEN TUNISIA ADA 1,000 PASANG KASUT
– berita hairan

TUNIS: Kediaman rasmi bekas Presiden Tunisia, Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi mencemarkan nama baik negara itu apabila terdapat 1,000 pasang kasut pereka terkenal, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan semalam.

"Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu," kata pakar perundangan, Neji Baccouche ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini.

Baccouche mencadangkan bekas istana presiden di Sid Bou Said, dekat Tunis, dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan Zine Al Abidine dan isterinya, Leila. - AFP

Anak lancar ‘Gerakan Selamatkan Felda’ 8 Dis

TEMERLOH, 12 Nov: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan melancarkan program ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan pada 8 Disember ini di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka.

Menurut presidennya, Mazlan Aliman, program yang bakal disertai oleh warga Felda seluruh negara itu akan diisi dengan Solat Hajat serta majlis taklimat perdana berkaitan isu penyenaraian Felda ke dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

“Dua orang pakar ekonomi iaitu Dr Rosli Yaakob dan Razman Zakaria dijangka akan membentangkan pengalaman masing-masing termasuk tentang risiko penyenaraian Felda supaya warga Felda mendapat gambaran jelas.

170 sertai Dewan Penyokong PAS Sabah

dewan penyokong pasMelihat keserlahan dan keupayaan PAS memimpin negeri, telah menjadi tarikan dan dorongan kepada 170 bukan Islam di Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas parti itu memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang.

“Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini.

Proham cadang parlimen lantik pengerusi SPR

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mencadangkan supaya pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - termasuk pengerusi dan timbalan pengerusinya - dilantik oleh jawatankuasa parlimen.

Ahli jawatankuasa Proham, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata langkah itu perlu bagi membolehkan SPR dilihat lebih bebas dan berintegriti.

Malang sekali SPR kini dilihat "terlalu pro-kerajaan dan tidak cukup independen," katanya ketika bercakap sebagai saksi dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya hari ini.