Jumaat, 11 November 2011

Turkey struggles to find quake survivors

Libya Hoping for a Post-war Tourism Boost

Yemen troops kill 11 anti-government protesters in Taiz

Rafizi persoal empat isu NFC

Najib: ‘11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen bubar’

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Di sebalik desas-desus banyak pihak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini sempena tanggal 11.11.11 tidak akan menjadi kenyataan.
Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang tadi berkata: “Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan.”
Spekulasi menyebut Najib (gambar) akan membubarkan Parlimen hari ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 bulan depan.

Bebaskan universiti dari politik sempit Umno BN

KUALA LUMPUR, 11 Nov: PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu.

Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan.

Prestasi Kewangan Selangor Lebih Baik Dari Negeri BN


SHAH ALAM, 11 NOV : Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka, kata Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.
Di dalam perbahasan beliau di sidang DUN, Azmin berkata keupayaan Pakatan menguruskan sumber kewangan dan berbelanjaan dengan baik serta perbezaan gagasan itu dengan pendekatan BN perlu dilihat oleh rakyat.

Moral di sebalik usul potong gaji PM

Oleh: Mat Zain Mat Isa 
 
Tidak munasabah jika dikatakan bahawa Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chan a.k.a. Tian Chua tidak tahu betapa amat mustahil usulnyahttp://2.bp.blogspot.com/-W98GHXELAO8/TrX7jFye3EI/AAAAAAAABaw/Eq4OLiVF8wk/s400/tian%2Busul%2Bgaji%2Bpm%2Bpotong.gif memohon pemotongan gaji Perdana Menteri akan diterima atau diluluskan Dewan Rakyat. Tentu sekali sedari awal lagi dia sudah menjangka keputusan tidak akan memihak kepadanya.


Akan malu besar dan merudum teruk lah imej dan kredibiliti Dato’ Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri sekiranya usul berkenaan diluluskan Parlimen. Ia malah akan tercatat sebagai sejarah paling buruk dan paling memalukan buat sebuah parti pemerintah.

‘Aunty Bersih’ promises to show polls reform panel how to fix system

KUALA LUMPUR, Nov 11 — Annie Ooi Siew Lan, the retired teacher dubbed “Aunty Bersih”, challenged today the polls review panel’s sincerity to electoral reform and vowed to show it her list of how to fix the system in the next seven days.
The slight, skinny 65-year-old became an accidental icon when she was pictured battling chemical-laced water cannons and tear gas shot by the police into the locked-down capital city to join in the Bersih 2.0 march on July 9 for cleaner elections.
File photo of Ooi during the Bersih rally in Kuala Lumpur on July 9, 2011.
She stunned the parliamentary select committee (PSC) today with her forthright manner from the start when she demanded the “vote to be given to everyone 21 years old and above.” To this, she cited as examples nurses, doctors, soldiers and policemen on duty on polling day.
“We don’t want any more corruption,” said the short-haired woman dressed in a pale yellow top reminiscent of the Bersih T-shirt she wore on July 9. The coalition of 62 civil societies has adopted yellow as its colour.
The nine-man PSC appeared perplexed by Ooi’s statement.
Its chair, Kota Marudu MP Datuk Seri Maximus Ongkili, explained that it was the panel’s aim and asked her for suggestions, which appeared to vex Ooi.

PSC: Syor mungkin dilaksana sebelum PRU-13

KUALA LUMPUR, 11 Nov ― Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan tidak menolak kemungkinan bahawa syor-syor atau cadangan yang dikemukakan pihak tertentu kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13.
Kamalanathan yang juga salah seorang anggota PSC berkata, oleh itu sebarang tuduhan pihak tertentu kononnya proses penambahbaikan proses pilihan raya tidak akan dijalankan sebelum PRU-13 adalah dangkal dan tidak berasas sama sekali.
Katanya masa untuk melaksanakannya masih panjang kerana penggal pemerintahan kerajaan sedia ada masih berbaki dua tahun lagi iaitu sehingga 2013.
“Sehubungan itu, apa yang perlu dipercepatkan? Biarlah ahli-ahli PSC ini menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Salah guna RM250 juta : SPRM !! Siasat segera !!

Apa kaitan projek NFC ini dengan banglo mewah RM9.8 juta?

SPRM disaran menyiasat dengan segera isu panas yang dibangkitkan pihak pembangkang berhubung penyelewengan Projek Pusat Fidlot Kebangsaan(NFC)
yang melibatkan wang rakyat bernilai RM250 juta!

Perdana Menteri  -  didakwa telah membuat kenyataan bohong di  Dewan Rakyat.  Kalau benar, tidakkah  itu satu perbuatan menghina dewan.Apa bezanya menipu dewan dengan menipu rakyat?

Timbalan Perdana Menteri (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  -  
meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta kepada dato’ Seri Shahrizat Jalil.Kenapa begitu mudah memberi projek besar kepada kroni?

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  -
berbohong dengan  memberi kenyataan yang salah  di Dewan Rakyat.  Beriya-iya memberi penjelasan,.. nak pertahan kroni kut !!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat -    mendapat keuntungan dari projek mewah dan bantuan pinjaman mudah dari kerajaan. Menurutnya beliau berhak mendapat projek itu,(itulah istimewanya pegang jawatan dalam Umno) Menurutnya lagi beliau kesal kerana tuduhan itu bertujuan merosak dan melemahkan  wanita Umno. Kah! kah kah!... Sejak bila wanita Umno kuat? Diri sendiri punya hal kenapa nak kaitkan wanita Umno?

Ketua Pemuda Umno/YB Rembau –                                       cuba memutar belitkan fakta demi melindungi perbuatan pecah amanah rakan sebumbung !


oleh : rahimothman

Syrian activists: Army planting mines on Lebanese border

11.11.2011 Tiada Pembubaran Parlimen

Dr Jeyakumar: Pindaan Akta Kerja menyusahkan rakyat!

Nik Nazmi: UMNO/BN takut rakyat bersatu-padu!

iHarakah For Android

No Polls For Penang

Lab test shows bacteria in 1M'sia milk, say Pakatan MPs

Exclusive with Zaid Ibrahim

Iran warns Israel on military action

Today in History for November 11th

Syria violence continues amid armed clashes

Video lucah: Anwar diambil keterangan Rabu depan

Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim diarahkan untuk merakamkan keterangan di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan pada jam 3 petang, Rabu akan datang (23 November) di Balai Polis Kepong, berikutan maklumat yang diberikannya berhubung satu video lucah yang dikaitkan terhadap dirinya.

Menurut peguam Anwar, juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, tuduhan di bawah seksyen 128 berbunyi, "Dengan secara sengaja memberi maklumat yang palsu kepada seorang kakitangan kerajaan, dengan niat untuk mengakibatkan kesusahan, kecederaan ataupun gangguan kepada pihak lain."  Hukuman penjara enam bulan atau denda RM2000 akan dikenakan jikalau tertuduh disabit bersalah.
Sivarasa Rasiah menjelaskan bahawa "memberi maklumat palsu dengan pengetahuan bahawa maklumat itu palsu" adalah elemen yang penting dalam seksyen tersebut, dan perlu dibuktikan seandainya pertuduhan dibuat.  Wartawan membangkitkan apakah andaian di sebalik penyiasatan polis ini adalah "Anwar ialah pelaku video seks tersebut", Sivarasa berkata, sememangnya ia memberi gambaran sebegitu, tetapi beliau enggan membuat pengesahan kerana perlu menunggu hingga Rabu untuk maklumat yang lebih terperinci dari pihak polis.

111111 dan "Negara Peragut"

Andaikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) merupakan PRU terakhir yang penuh bermakna kepada golongan warga emas daripada kalangan elit politik seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, maka isu pokok yang wajar ditelusuri bersama oleh rakyat Malaysia ialah, apakah ciri-ciri negara yang telah dicorakkan oleh elit politik selama ini yang telah membawa kepada kemudaratan dari segi kekayaan negara?

Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) yang berdepan dengan desakan dalaman UMNO supaya mengundurkan diri sebelum PRU Ke-13, nampaknya mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelemahan diri yang menyebabkannya kehilangan sokongan sebahagian besar rakyat, justeru wujudnya keperluan untuk program transformasi ekonomi dan seumpamanya.

Mansuh AUKU : PKPIM Sedia Sahut Cabaran Muhyiddin Yassin

Kuala Lumpur, 11 Nov : Setelah semalam Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) menyatakan kesediaan untuk hidup tanpa AUKU, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyambut baik saranan dan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

Siasat segera barang makanan Kedai 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 NOV – Bakteria merbahaya E.Coli dan Coliform yang melebihi had yang sepatutnya, makanan yang dicemari, label palsu dan tidak mematuhi standard serta kualiti yang rendah, adalah antara perkara yang didakwa ada dalam barangan di beberapa Kedai Rakyat 1Malaysia.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ia adalah isu kesihatan yang perlu segera diambil tindakan oleh Menteri Kesihatan untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa keracunan makanan.
“Ini bukan isu politik. Ini isu kepentingan kita semua sebagai pengguna.
“Apa yang Menteri Kesihatan telah buat sejak lima bulan kedai 1Malaysia beroperasi dengan produk-produk yang tidak mengikuti undang-undang yang berada di bawah Kementerian Kesihatan?” katanya.

Manusia Makin Gila : Anak kecil dibuang di Mahkota Parade

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Cara Najib jadi PM didakwa tidak sah

Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan  Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan namanya yang sebenar ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.Menurut Mat Zain, Najib meletakkan Muhammad atau Mohd di pangkal namanya ketika berbuat demikian dan semasa mengumumkan barisan kabinetnya pada 9 April 2009.Namun kata Mat Zain, pada 21 dan 23 September 2011, ketika mengenepikan sepina dalam perbicaraan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib hanya mengikrarkan namanya sebagai “Najib bin Tun Abdul Razak” sahaja.
Nama itu katanya, ditulis sebanyak lapan kali dalam kedua-dua afidavitnya.
“Mustahil berlaku kesilapan kerana Afidavit itu pasti sudah disemak seramai empat peguamcara berpengalaman yang mewakilinya dalam permohonan mengenepi sepina itu,” jelas beliau.

Penakut : Siswa dikasari semasa sambut Najib

Sekumpulan mahasiswa mendakwa telah dikasari pemuda BN sewaktu menyambut ketibaan Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysia 2011, di Kampung Jawa Klang malam tadi.Mereka terdiri dari empat orang, dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendakwa dikepung oleh 30 pemuda BN ketika cuba mempamerkan sepanduk yang bertulis “Mahasiswa gesa kerajaan pinda AUKU dan Akta 174″ kira-kira jam 8.30 malam sebelum ketibaan Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Kami, Khairul Rafidi yang mengesahkan perkara itu kepada Harakahdaily berkata, ketika kejadian pemuda BN tersebut telah datang berjumpa kumpulan mereka dan mengugut agar tidak menaikkan sebarang banner.
Menurutnya, keadaan kemudian menjadi tegang apabila mahasiswa tersebut tidak mahu berganjak.

MB bentang hutang Talam Isnin

MBI mampu menukar semula hutang kerajaan negeri menjadi aset demi kebaikan rakyat Selangor.
DUN SELANGOR
SHAH ALAM: Hasil penyusunan semula aset hutang Talam Corporation bernilai RM391 juta yang diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini Isnin ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerangkan kepada dewan hari ini bahawa MBI – sebagai entiti yang mengawal dan membantu tadbir anak syarikat kerajaan negeri kini memasuki fasa akhir dalam pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam.
Menurut Khalid, MBI bukan sahaja mampu mengutip hutang berkenaan malah meningkatkan nilai hartanah yang diperoleh daripada Talam.

Kiamat Buatan Umno

Malapetaka Jika Hasrat DAP Dilaksana - Mohamad Aziz 


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika diberi mandat untuk memerintah disifatkan seorang ahli Parlimen sebagai satu malapetaka yang bakal menimpa negara jika ia menjadi kenyataan.

Kah kah kah.. DAP dah jadi raksaksa.. membawa kehancuran kepada negara..kah kah kah.. Malapetaka pada negara atau kepada gerombolan? takut hilang kuasa memerintah maka dituduh DAP pula. Sebenarnya umNO lah yg jadi malapetaka dan menghancurkan bangsa melayu sendiri... 

Demi ranking, universiti abai pensyarah tempatan?

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa pentadbiran Universiti Malaya (UM) lebih mengutamakan pensyarah luar negara berbanding pensyarah tempatan semata-mata untuk menaikkan ranking universiti tertua di Malaysia itu.

Beliau juga meminta Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan tindakan UM yang semakin mendahulukan pelajar luar negara berbanding pelajar tempatan kerana ingin memenuhi kriteria untuk mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan dan pengajaran di kalangan graduan ijazah pula katanya lebih memberi tumpuan kepada usaha-usaha pengajian di peringkat sarjana, penyelidikan dan pengeluaran jurnal daripada tumpuan kepada pelajar peringkat ijazah.

PM says unaware of graft in Petronas

KUALA LUMPUR, Nov 11 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today that he had not been told of anti-graft officials investigating national oil giant Petronas on corruption allegations.
The Malaysian Insider reported earlier today that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) raided Petronas in the past weeks after receiving tip-offs of alleged corruption by project consultants working on exploration and production efforts in Malaysian waters.
Najib speaks to the press after the BN supreme council meeting on November 11, 2011. — Picture by Jack Ooi
According to sources, MACC officials briefed Najib before he left for the haj last week. The prime minister returned home yesterday. “No, I’m not aware,” Najib told reporters after the Barisan Nasional (BN) supreme council meeting at the Putra World Trade Centre here.
A source had told The Malaysian Insider that the MACC investigators had gone in as there had been “many complaints” of some seeking gifts in return for making recommendations for contracts.
Another source confirmed the investigation into the national oil company, saying the MACC has informed Najib and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin. The MACC does not confirm investigations for fear of jeopardising its work.

Pakatan’s alternative budget ‘empowers’ Dayaks

Dayaks who have been 'deprived of convenience' by the ruling Barisan Nasional regime can expect to be prioritized under a Pakatan Rakyat rule.

KUCHING: Should the opposition, Pakatan Rakyat, be elected to power, the Dayak community in Sarawak can expect to see RM1 billion set aside to specifically look into their needs.
From this amount, some RM100 million will be channelled towards the Dayak Welfare Fund.
The RM100 million fund will look to providing medical aid and care for the poor and infirm Dayaks, help facilitate the supply of water tanks, pumps and pipes to longhouses and to repair and rebuild dilapidated houses or those destroyed by fire and other natural disasters.
Announcing this today, Pakatan’s shadow finance minister Chong Chien Jen said the Dayak Welfare Fund will be parked at the Ministry of Social Development and Urbanisation.

Kuasa MAS: Nong Chik dicadang debat terbuka

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa mencadangkan satu debat terbuka diadakan antara Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan Pengerusi Sekretariat Kampung Baru, Saudara Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, debat tersebut perlu bagi merungkai status Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan (MAS) Kampung Baru sama ada ia dibawah kuasa kerajaan Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan.

Enggan sahut debat Anwar, Najib kecewakan rakyat

KUALA LUMPUR 11 Nov : Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan ketua pembangkang mengewakan rakyat terutamanya  anak muda, kata Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman.
Ini kerana katanya, debat Belanjawan itu sangat penting supaya rakyat boleh menilai prestasi antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.
“Jika dia (Najib) seorang PM yang mempunyai integriti dia sepatutnya respon dan tidak perlu takut. Rakyat (terutamanya) anak muda berhak untuk tahu tentang  isu belanjawan ini. Ini adalah isu rakyat,” kata Syed Badli.

Al Fatihah : Allahyarham Kamarulzaman 'wira royalti' Kelantan

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.

Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.

"Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini.

Poll outcome rests on bread and butter, survey finds

A woman takes part in a protest against high fuel prices in Kuala Lumpur June 13, 2008. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Nov 11 — The rising cost of living remains the battleground issue in the next general election for undecided voters who make up a fifth of the electorate, a new internal PKR poll shows. This was in contrast to Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) supporters who saw Bumiputera rights and greater government transparency as key issues respectively.

Terengganu seleweng RM30 juta bantuan persekolahan?

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Pemimpin-pemimpin Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, didakwa telah melakukan penyelewengan terhadap bantuan persekolahan untuk golongan miskin bernilai hampir RM30 juta.

Penyelewengan tersebut terbongkar menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkaitan 'Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah' negeri Terengganu yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) yang ternyata amat mengejutkan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, laporan yang telah dibentangkan di Parlimen itu telah mendedahkan bahawa semakan audit mendapati proses rundingan harga kontrak terbabit tidak memenuhi garis panduan.

Kondo untuk pelaburan: Alasan Khairy tak masuk akal

KUALA LUMPUR 11 Nov : Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.
“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”

‘Kondo lembu’ untuk pelaburan: Khairy kurang bijak

KUALA LUMPUR 11 Nov: Ketua Pemuda Umno membuat kenyataan kurang bijak apabila berkata kondominium yang dibeli oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil- yang terlibat dalam projek penternakan lembu- adalah untuk tujuan pelaburan.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata demikian mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin hari ini.
Menganggap ia sebagai mengarut, Zuraida mempersoalkan apakah kaitan pembelian kondominum berkenaan dengan industri penternakan lembu yang dijalankan Pusat Fidlot Kebangsaan.
“Jelas dia (Khairy) seorang yang kurang bijak kerana (kenyataan) langsung tidak menggambarkan dia adalah seorang (graduan) Oxford,”

RM10mil 'cow' condo an investment? That's a lot of 'bull', PKR tells Khairy

RM10mil 'cow' condo an investment? That's a lot of 'bull', PKR tells Khairy Umno Youth chief Khairy Jamaluddin was accused of disgracing his expensive Oxford education by insisting that a RM10 million luxury condo bought by NFC for Umno Women's chief Shahrizat Jalil was for investment.
"It is the worst and most glib lie I have ever heard from someone who is supposed to have some amount of brains. Obviously he is being partisan but to this extent is a disgrace," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"Everyone who has been taught some basic business fundamentals know that projects succeed when they don't take on non-core assets which can turn problematic. Properties have peaked and when prices correct, what sort of return do the rakyat get? NFC is a national beef production project aimed to ensure everyone gets to buy beef at a cheap price. It has no business punting on property gains."

Halang rakyat Malaysia luar negara mengundi tindakan dangkal

Halang rakyat Malaysia luar negara mengundi tindakan dangkalPAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal dan cetek pemikiran.

“Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat maklumat sebenar, maka apa beza dengan masyarakat pedalaman yang hanya mendapat maklumat sehala dari media perdana sahaja.

Ia juga tidak seimbang dan meragukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Najib’s magic trick for 13th GE

The rakyat should support calls for the 13th general election to be postponed until after ALL the recommendations (on electoral reforms) have been implemented.

Prime Minister Najib Tun Razak’s flurry of reforms in the last couple of months, raises disturbing questions about his desire to make Malaysia the “best democracy in the world”.
Who stands to benefit most from his idea of the “best democracy” in the world? The rakyat or the Barisan Nasional (BN) political elite?
The naïve rakyat, who are lulled into a sense of security by Najib’s rash of reforms, may think it will be the main beneficiaries. On the other hand, BN’s political elite and their cronies hope to woo the electorate by appearing to accede to calls for political reforms and then undo the reforms, after they have secured a win.

Selangor Berjaya Kurangkan Hutang Kepada Pusat



SHAH ALAM , 11 NOV : Keupayaan kerajaan negeri membayar hutang tertunggak yang ditinggalkan oleh pimpinan kerajaan lepas membuktikan Pakatan Rakyat  mampu mentadbir dan mengurus ekonomi dengan lebih baik dan efektif serta perlu diberi peluang bagi mentadbir Putrajaya dalam PRU-13 kelak.

Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali semasa sidang DUN Selangor berkata pimpinan kerajaan BN terdahulu melonggokkan sejumlah hutang kepada kerajaan yang besar kepada kerajaan pusat yang membebankan rakyat untuk membuat pembayaran balik di masa hadapan.

“Umno dan Barisan Nasional meninggalkan lebih 40 jenis hutang yang diambil daripada kerajaan pusat, jumlah tunggakan pembayaran balik adalah sebanyak RM829.9 juta pada 31 Disember 2010,jumlah hutang yang sebegini besar menyebabkan pada tahun 2010 ini sahaja, Selangor terpaksa membayar jumlah annuiti sebanyak RM79.9 juta,” katanya

Kembalinya ‘Whiskey’ Maniam

Kembalinya ‘Whiskey’ ManiamJika politik menghasilkan persahabatan pelik, maka politik India di Malaysia lagi pelik. S Subramaniam, yang sebelum ini bertanding terhadap SPalanivel untuk jawatan timbalan presiden MIC, kini penuh dengan pujian bagi 'kepimpinan' Palanivel.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa bekas wartawan, Palanivel telah tidak serasi dengan mentornya S Samy Vellu dan mengumpulkan kekuatan politik. Samy Vellu, Presiden MIC yang telah lama berakar, akhirnya terpaksa keluar dari parti kerana Umno takut kehilangan undi warga India dengan adanya beliau.
Itulah bukti Samy tidak disukai. Walaupun begitu, ia tidak mudah untuk mengusir lelaki ini yang telah dilaknat berulang kali oleh masyarakat sendiri kerana mengambil kesempatan terhadap mereka dan sapu bersih semua harta yang bermakna bagi mereka.

Prof: Istana mungkin langkaui batas kuasa

NONESultan Selangor mungkin telah melangkaui batas kuasa baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan Rang Undang-Undang pada bulan Julai, kata Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah yang
ditandatangani Sultan Sharafudin Idris Shah, menitahkan mereka untuk meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.

Titah bertarikh 11 Julai itu - salinan telah diberikan kepada Malaysiakini (kanan) - disertakan bersama dengan surat yang ditandatangani setiausaha sulit sultan, Datuk Mohamed Munir Bani.

"Selaku Ketua Agama Islam Negeri ini, Beta bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Agama Islam dalam Negeri ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

"Oleh yang demikian, Beta menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan Rang Undang-undang tersebut supaya semua cadangan dapat dilaksanakan dengan segera," titah tersebut dipetik.

Lima sebab Guan Eng tak bubar DUN jika BN panggil PRU 2011


KUALA LUMPUR, 11 Nov — Kerajaan negeri Pulau Pinang menyenaraikan lima sebab ia tidak akan mengikut langkah Barisan Nasional (BN) jika Parlimen dibubarkan sekarang untuk membuka laluan bagi pilihan raya umum tergempar.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih bertegas mahu memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini, maka Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan memanggil sidang khas untuk membawa usul bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan bersama pilihan raya umum Parlimen.

'Pegang peruntukan hingga menangi p'raya adalah rasuah'

NONEMemberi hanya sebahagian daripada peruntukan kerajaan dan menjanjikan bakinya selepas calon tertentu menang pilihan raya, adalah dianggap seperti membeli undi, kata badan pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan
raya hari ini, Presiden TI-M. Datuk Paul Low (kanan) berkata amalan seumpama itu boleh dianggap sebagai rasuah.

"Jika anda beri RM3,000 sekarang dan kemudian berkata, 'jika saya menang, saya akan beri bakinya RM3,000,' ini bukan satu dana pembangunan. Ini adalah rasuah," katanya.

Terdahulu, Low telah mencadangkan kepada panel sembilan orang anggota PSC bahawa organisasi yang meminta "derma" semasa kempen politik juga harus didakwa kerana menjual undi mereka.

Police spin new web of lies against Anwar related to Datuk T sex tape, says PKR

Police spin new web of lies against Anwar related to Datuk T sex tape, says PKROn instruction from Umno, top police leaders have begun spinning a new web of lies against Opposition Leader Anwar Ibrahim in a bid to discredit him ahead of snap general elections widely expected to be called within the next 2 months, PKR leaders said on Friday.
"This is a new and desperate attempt to prosecute and imprison, to halt the movement for national political and economic reforms and to prevent Pakatan Rakyat from winning federal power in the coming general election," PKR vice president N Surendran told a press conference on Friday.
"We will not hesitate to say that Umno and BN are behind this latest political persecution. They have done so against Anwar in 1998, again in 2008 and now."

Khairy: NFC tak seleweng, cuma labur beli apartmen mewah RM10j...ha.ha..ha.. Lembu beli kondo...!!!!

KUALA LUMPUR, 11 Nov ― Khairy Jamaluddin mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada projek National Feedlot Corporation (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sambil berkata, tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu sebaliknya ia merupakan satu bentuk “pelaburan yang paling selamat.”
Sehubungan itu Ketua Pemuda Umno ini menegaskan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi telah membuat tuduhan tidak berasas untuk memesong rakyat berhubung isu NFC.
“Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartmen One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

‘Rosmah, a thorn in Najib’s side’

Umno grassroots members wish BN would lose at the polls just so her antics and extravagant lifestyle can be toned down, says the author of 'Kesilapan-kesilapan Najib'.
KUALA LUMPUR: The author of “Kesilapan-kesilapan Najib” (Najib’s Mistakes), Shahbudin Husin, said Prime Minister Najib Tun Razak should step down if he does not rectify his errors soon.
Shahbudin, a member of Umno’s Wangsa Maju branch, said: “It serves as a warning… he should correct his mistakes before the next general election.”
“If he fails to do so, then he should step down. We support our party but we cannot support a weak leader,” added the former deputy Youth chief of Wangsa Maju.
Shahbudin’s 267-page book touched on various issues, including Najib’s 1Malaysia concept, his use of international public relations firm Apco and the alleged influence of his wife Rosmah.

Skrip 98 : Polis siasat Anwar kerana buat laporan 'video seks'

PKR hari ini mendakwa BN dan Umno menggunakan jentera kerajaan untuk membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dalam satu lagi cubaan untuk menganiaya bekas timbalan perdana menteri itu.

Dakwaan itu timbul ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Ahli parlimen Subang PKR, R Sivarasa berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.

Populist policies will undermine reform

We can say goodbye to Reformasi if the national agenda for change is usurped by populist desperadoes.
By Kua Kia Soong
Watching recent events and statements by Malaysian politicians, the urgent need for reform in our country risks being undermined by populism on both sides of the political divide as they jostle for votes in the coming general election.
From the Barisan Nasional, we have seen the free hand-outs of RM100 ringgit to every student in the school system without any form of means testing.
We have also recently witnessed the extreme form of populism, namely, “mobocracy”, whereby mob rule can dictate that a perfectly legal and peaceful gathering, Seksualiti Merdeka be banned by the police.
Pakatan Rakyat has also indulged in populism since they came into power, which makes us wonder about the substance of ‘reformasi’.

Moving towards a dual party system

The outcome of the 2008 polls has proven that the Malays are ready for a two-party system going into the 13th general election.

Since the 2008 general election, the voting trend in Malaysia is moving towards a two-party system. Judging from the results of the 12th general election, we can deduce that the popularity of the Barisan Nasional (BN) as a political entity is waning.
People are fed up with the gross and massive abuses of power by Umno leaders and government.
In the 2008 parliamentary election, BN won only 140 seats compared with 198 in the 2004 polls.
The Pakatan Rakyat coalition of DAP, PAS and PKR wrested 82 seats from BN in 2008. Pakatan saw a marked increase from 20 in the 204 polls.
But if you look at the 2008 results in the Malay-majority constituencies, it is obvious that there is a shift towards the community wanting a two-Malay party system.

Tolak politik api-apikan perkauman

PUCHONG, 10 Nov – Malaysia akan lebih aman dan adil jika orang Melayu menolak  fahaman politik UMNO masa kini yang lebih gemar mengapi-apikan sentimen perkauman daripada berusaha membanteras rasuah dan penyelewengan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ajaran Islam sebenarnya menggalakkan umatnya untuk lebih memahami dan menghormati hak-hak orang bukan Islam, dan bukan bermusuhan atau benci-membenci.
“Banyak orang UMNO kata rasuah itu tidak mengapa, asalkan yang untung dan kaya raya ialah Melayu. Dulu kita bangkitkan tentang soal rasuah, mereka kata ‘kenapa nak bising, yang dapat ialah orang Melayu, yang kaya ialah Melayu… apa salahnya’?

Bayangkanlah jika anda memilih BN…

Oleh Wan Pok Wan Malini

11 NOVEMBER – Cubalah bayangkan jika dalam pilihan raya ke-13 akan datang, anda memilih untuk mengundi Barisan Nasional. Mungkin kerana anda lebih mudah terpengaruh dengan isu-isu remeh daripada perkara-perkara utama dan lebih besar dalam menentukan nasib serta masa depan kita semua.
Walau apa pun alasan yang anda diberikan untuk memilih BN, beberapa perkara utama sudah hampir pasti akan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang didalangi UMNO yang telah terbukti sanggup berbuat apa sahaja semata-mata mahu terus bergayut di tampuk kuasa.
Tiga kemungkinan besar yang akan berlaku adalah:

Penjaja luar: Salah penjaja kita juga

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin menyalahkan penjaja tempatan kerana membenarkan peningkatan peniaga luar beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.“Orang di situ berniaga di atas tapak berlesen kerana orang kita sendiri yang menjualkan tempat tersebut,” kata Tengku Azman yang juga mengetuai Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Umno.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kebanjiran penjaja Pakistan di kawasan tersebut seperti yang dilaporkan media pada hari kelmarin.

11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.
Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:
1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bayi 11111111...Bayi istimewa bagi Terengganu



Dalam satu kebetulan yang menarik, bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama MyKad dan sijil kelahiran mereka.

Selain nombor 111111 bagi hari, bulan dan tahun kelahiran mereka, bayi di Terengganu juga akan mempunyai satu lagi set nombor 11 iaitu bagi menandakan kod negeri Terengganu.

The cow that bought a condo

The cow that bought a condoAs it is unusual under any circumstances for cows, or for that matter pigs, goats or rabbits to buy luxury condominiums, we feel compelled to report on it. We are quite certain that this is a first in the world achieved by a Malaysian cow.
It may very well have done it in tribute to former premier Mahathir Mohammed, a man who was always on the search for the next grandiose achievement, in a perpetual attempt, as any amateur psychologist could tell you, to compensate for his own inadequacies.
But this article is not about an obstinate donkey, it is about a greedy  cow.

Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung

KOTA BHARU, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini sebentar tadi.
Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Melayu berpecah: Mahathir nyanyi lagu lama

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyanyi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu.
“Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang dilaporkan Bernama semalam bahawa orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah.
Sambil menyatakan orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan, katanya hanya dengan bersatu, orang Melayu boleh menjadi kumpulan majoriti yang berkesan untuk bertindak memelihara kepentingan mereka.
"Dulunya orang Melayu bersatu dalam satu parti hingga berjaya menentang (rancangan penubuhan) Malayan Union,” katanya semasa menjawab soalan peserta yang hadir pada syarahan perdana oleh beliau bertajuk “Pembinaan Tamadun dan Budaya Masyarakat Malaysia Ke Arah Pembentukan Sebuah Negara Maju”, di sini.

Parlimen tak mungkin dibubarkan hari ini

Walaupun spekulasi telah bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini bagi membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-13, tetapi pelbagai faktor, termasuk jadual rasmi Najib dan Yang di-Pertuan Agong, menunjukkan sebaliknya.

Mengikut kalendar rasmi persidangan kerjasama ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2011 di Hawaii, dari 7-13 November, Najib dijadual memberi ucapan esok, bersama dengan Presiden Mexico, Felipe Calderon.

Lembu Shahrizat dan Kerbau Tok Mamak

Oleh Mummy Rokiah
Sekitar umur 13 tahun sehingga 21 tahun setiap musim cuti sekolah MR kerap pulahttp://1.bp.blogspot.com/_3dF9UMxN-mI/Re72_hpuTHI/AAAAAAAAAGU/_BfLhCQfcs0/s400/lembu.jpgng kekampung di Kedah turun ke bendang bersama Tok Wan dan Tok Mamak (nenek saudara) mengacau mereka di sawah.

Kami cucu-cucu seringkali berkejar di belakang Tok Mamak ketika beliau sedang membajak tanah menggunakan kerbau sebelum menanam padi.