Rabu, 9 November 2011

Hajah ROSMAH Tiba Malaysia 3.25 Petang...................

SEPANG, 9 Nov -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Is the EPF being looted?

Is the EPF being looted?On the 23rd of June 2011, the EPF (KWSP) tabled its annual report to the parliament, declaring a 5.8% dividend and explained that 27% of its investments were in Malaysian Government Securities (MGS) and 32% were in loans and bonds to Govt agencies. A simple chart below summarises the report. At RM 440.52 billion, the EPF is one of the largest funds in the world and represents the life time savings of 12 million private sector employees.
The question is why is it that over 60% of EPF funds are in loans to the Govt and Govt bodies? Is the Malaysian Government a good borrower?
Let’s look at the BN Govt’s financial record….
Below is a summary of the Govt’s annual deficits. The 2012 budget will mark the 15th year of budget deficit with no signal of financial prudence. And as you can see below, there have been supplementary budgets on top of the annual budgets every single year.

Impact of the 2008 general election: Some things never change!

Impact of the 2008 general election: Some things never change!MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said that race relations in Malaysia are “not as good as it should be” after the 2008 general election. Is the 2008 general election really a dividing line for race relations?
Perhaps we should put it this way, the race relations now after the election is just as same as before the election. However, it was previously suppressed but released after the election.
The Operation Lalang carried out on 27 October 1987, the 17-point memorandum submitted to the government by 11 Chinese group which was misconceived as election demand and caused the groups being accused of extremists in 1999 and the demonstration in front of the KL & Selangor Chinese Assembly Hall staged by Umno Youth on 15 August 2000 were all took place before the 2008 general election.

TEKA-TEKI SAMADA ROSMAH AKAN MENUTUP AURAT SELEPAS BERGELAR HAJJAH TERJAWAB DENGAN GAMBAR INI:

http://1.bp.blogspot.com/-3IlItX0PaLw/TrpnaT47HII/AAAAAAAABQA/QcdJGpYQw9E/s400/Rosmah.JPG


SEPANG, 9 Nov -PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor melambai kearah orang ramai yang menyambut kepulangannya sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut sama TPM, Muhyiddin Yassin (kanan) dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.Najib dan rombongan selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat khas pada 3.25 petang. -BERNAMA

Ahli parlimen Padang Serai diberi amaran

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tidak memberi sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang sedang berjalan.
  
Gobalakrishnan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
  
Kenyataan ahli parlimen itu diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' pada 16 Ogos lepas dan kenyataannya itu turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada hari yang sama.

MB T'ganu mahu saman blogger fitnah dia ditangkap khalwat

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.
  
Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
  
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
  

Budaya Rebel

 Oleh: MSK
Bila aku tanya kat kebanyakan orang “apa itu politik”…ramai yang jawab..” Politik itu kuasa. Politic is about power.” Kita perlukan kuasa untuk melakukan apa yang kita percaya sebagai betul berdasarkan falsafah dan ideologi politik kita.
Dari mana kita dapat kuasa itu? Ia bergantung kepada sistem apa yang kita percaya. Kalau kita percaya kepada demokrasi, kuasa itu boleh diperolehi sekiranya kita berjaya mempengaruhi majority untuk sependapat dengan kita. Masalahnya, demokrasi mengamalkan kebebasan berfikir. Kalau majority menolak, kita tewas.
Kalau kita tak mau orang berfikir, kita buat revolusi dan kemudian buat pemerintahan teokrasi. Kita bagi kuasa kat alim ulama untuk berfikir bagi pihak kita untuk menentukan apa yang baik atau buruk.

Marina Mahathir gambaran realiti elit Melayu

Sikap Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap golongan gay yang dizahirkan ekoran tentangan terhadap Seksualiti Merdeka baru-baru ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Malah, pernyataan sikap itu menjelaskan satu realiti elit Melayu yang terbina hasil dominasi politik parti etnonasionalis Umno.

Aktivis liberal yang juga pengulas sosio-politik ini dalam penulisannya telah memperlihatkan pandangan yang jauh lebih liberal sejak awal lagi, ketika aktivis liberal lain masih berhati-hati.

A wretched lot in Najib’s Pekan

Prime Minister Najib Tun Razak is Pekan MP yet little has come by way of help for impoverished families and malnourished children in its Orang Asli settlements.

Muffled strains of a pop song from a beat-up transistor radio with a missing aerial sets the Orang Asli children bobbing their head to the rhythm. Someone sings a native tune and switches stations to accommodate a more traditional repertoire.
And just as quickly the children switch to playing catch with each other, fighting good-naturedly over balloons, their cheerful laughter carried along by the cool breeze. A bucolic setting indeed for any poet or artist.
But this is not the truth of what life really is like in this Orang Asli settlement. The reality pales in comparison to the poetic setting.
To say that the Orang Asli community in Prime Minister Najib Tun Razak’s Pekan constituency is impoverished, would be putting it mildly.

KeTTHA terima secara positif segala teguran Laporan Ketua Audit Negara 2010

Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menerima secara positif segala teguran di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkaitan pelaksanaan program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dibiayai oleh Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dan akan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan yang disyorkan.

2. Kementerian ini telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997 atas Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan mengikut Seksyen 9(3) Akta Acara Kewangan 1957.  Penubuhannya adalah bagi membolehkan penjana-penjana elektrik turut sama terlibat dalam melaksanakan obligasi nasional atau aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) ke arah pembangunan industri bekalan elektrik negara.  Dana AAIBE menerima sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad dan penjana-penjana bebas atau Independent Power Producers (IPP) yang berjumlah lebih kurang RM70 juta setahun.

NFC: Shahrizat dakwa PKR mahu hancur Wanita Umno, Khairy kata liar

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa serangan ke atas beliau berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah satu agenda politik pembangkang yang mahu memusnahkan Pergerakan Wanita Umno.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, keluarga beliau, yang mengendalikan projek ternakan lembu tidak wajar menerima kritikan dan kecaman buruk yang dilemparkan oleh pembangkang sebab “mereka memang bekerja keras.”
“Ini adalah agenda politik oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita Umno. Tetapi kami bukan begitu mudah untuk dimusnahkan,” kata Ketua Wanita Umno ini.

Shahrizat blames Zuraida for NFC: I'm ashamed there is such a M'sian woman

Shahrizat blames Zuraida for NFC: I'm ashamed there is such a M'sian womanUmno Women's chief Shahrizat Jalil defended her family over the RM250 million National Feedlot Centre debacle, reserving her venom for her counterpart in Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin who is also the Ampang MP.
“I am ashamed that there is a Malaysian woman like the Wanita PKR chief. This is a political agenda by the Opposition to weaken Wanita Umno. But we are not that easily destroyed," Shahrizat told reporters on Wednesday.
Her sarcasm did not go down well with PKR leaders, who shot right back.
"Why must she be so sexist and go for Zuraida's throat? Is Zuraida the only PKR leader who spoke up about NFC? What about Rafizi (Ramli, the startegy direcor). "Don't tell she is afraid to criticize men," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Bob beri keterangan, akan didakwa 14 Feb

NONEPelakon terkenal Bob Lokman hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat Selangor pada 10 Oktober lalu.

Beliau memberi keterangan selepas seorang pegawai JAIS datang menemuinya di suatu tempat yang tidak mahu didedahkannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bob yang juga seorang pengacara dan penulis lirik terkenal, berkata beliau memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10 pagi tadi tanpa ditemani peguam.

"Saya memberitahu mengenai peristiwa sebenar yang berlaku pada hari tersebut dan menyatakan sebab saya tidak datang ke JAIS (sebelum ini untuk memberi keterangan)," katanya .

Pakatan gesa JPN beri data warganegara esok

KUALA LUMPUR 9 Nov : Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC), menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi data penuh jumlah warga asing yang mendapat kewarganegaraan.
Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, maklumat itu penting untuk dibawa dalam mesyuarat keempat mereka esok.
“Kita nak tahu berapa ramai warga asing yang diberikan kerakyatan dalam tempoh 3 tahun iaitu dari 2008. Kita mahu tahu berapa ramai telah menjadi pungundi sama ada ramai atau tidak yang telah menjadi pemilih dan ini sangat penting,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Menurutnya, beliau berharap JPN akan memberi kerjasama penuh bagi memberikan maklumat kepada jawatankuasa penambaikan proses pilihan raya itu.

Kita Tak Pernah Fikir Nak Kurang Kakitangan Awam di Kedah

Banjir : Kerajaan Negeri Sediakan 16 Buah Bot

Pengukuhan Demokrasi Supaya Rakyat Pandai Mimilih

Utusan rasis, Pakatan iktiraf kakitangan awam

Groups: Extend PPSMI to next year's Year One

YB Batang Kali Tiada Adab - Khalid Ibrahim

Soroptimist International Club Of Penang 4 Nov 2011

Berlusconi runs out of options

Inside Story - Israel's warning from Russia

Arab League to meet Syrian opposition

Mufti Pahang: Sokong, terbabit hubungan sejenis boleh bawa murtad

PEKAN, 9 Nov – Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berkata sebarang kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang muslim itu kepada murtad.
Beliau berkata hubungan sejenis atau songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat.
“Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad,” katanya kepada pemberita di sini mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara.
Dipetik Bernama Online, beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku songsang.
Malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali.

Anak Najib beli saham syarikat balak RM1.69 juta

KUALA LUMPUR 9 Nov: Anak lelaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli saham berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd.
Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit, sekaligus menyaksikan harga saham dalam syarikat berkenaan turut melonjak paling tinggi dalam masa sembilan tahun.
Nazifuddin adalah seorang daripada tiga anak Najib hasil perkahwinan pertama beliau dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
Ini merupakan kali pertama beliau membeli saham Harvest Court dan beliau kini memiliki 1.19 peratus saham dalam syarikat itu, lapor Malaysian Chronicle.

Pengukuhan Demokrasi Supaya Rakyat Pandai Memilih Pemimpin


SHAH ALAM, 9 NOV : Kerajaan Selangor komited menjadi negeri perintis dalam melaksanakan program pengukuhan demokrasi seperti amalan negara-negara maju.
Bagi usaha ini, geran terhad RM5 juta diperuntukan untuk program yang menyumbang kepada pilihan raya adil dan bebas.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata program ini melibatkan aktiviti kesedaran proses pilihanraya dan latihan sukarelawan agen serta pemantau pilihan raya

Selangor : Lapor Rasuah, Dapat Duit

SHAH ALAM 09 NOV : Orang ramai yang melaporkan rasuah bakal menerima hadiah di bawah satu geran RM15 juta yang akan dilaksanakan di bawah bajet Kerajaan Selangor 2012.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu merupakan duit yang dahulunya hilang akibat rasuah dan ianya kini digunakan bagi melaksanakan program pembasmian rasuah yang lebih berkesan dan sistematik.

Najib dakwa Raja Abdullah sokong kepimpinannya

NONEDatuk Seri Najib Razak berkata Malaysia diberi penghormatan luar biasa oleh kerajaan Arab Saudi ketika beliau berada di negara berkenaan bagi menunaikan ibadah haji.

Perdana Menteri berkata, tidak pernah dalam sejarah, Malaysia diberi penghargaan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dalam bahasa Arab di Istana Mina dan mendapat pujian yang tinggi oleh semua yang hadir.

"Saya juga telah berkesempatan bercakap menerusi telefon dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi) yang berada di Riyadh selama 25 minit, dan baginda telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan kita di Malaysia.

MAS: Raja Nong Chik cabar Sekretariat Kg Baru kemuka bukti

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Sekretariat Pembangunan Kampung Baru dicabar mengemukakan bukti bahawa Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan (MAS) Kampung Baru di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.
“Dia akan keluarkan bukti? Keluarkanlah...,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kepada pemberita hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi sekretariat itu Ahmad Zambri As’ad Khuzami bahawa mereka mempunyai bukti Mas masih berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Shahrizat: Keluarga saya berhak dapat projek lembu...audit tu milik Pakatan rakyat eh..!!!!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

Pilihan raya: PSC setakat ini setuju terima 40 peratus syor

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya mengesahkan kira-kira 40 peratus daripada cadangan dikemukakan setakat ini telah dipersetujui oleh panel khas itu.
Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata, cadangan-cadangan tersebut akan dibentangkan awal bulan depan sebelum sidang Parlimen semasa ditangguhkan.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya berkenaan kandungan cadangan yang telah dipersetujui setakat ini.
“Laporan sementara daripada PSC akan dibentangkan sebelum sidang Parlimen ditangguhkan pada 4 atau 5 Disember ini, buat masa sekarang kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan cadangan sudah dipersetujui oleh jawatankuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 45 Tahun Fuji Xerox Malaysia di sini.

Air: Jangan hanya tahu takutkan rakyat

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Kerajaan BN diingatkan agar jangan hanya tahu menakutkan rakyat dengan dakwaan kekurangan bekalan air khususnya di Selangor, tetapi gagal menggunakan wang rakyat dengan betul berhubung perkara itu.

Kerajaan BN kini mendakwa kapasiti bekalan air di Selangor kekurangan sehingga 5 peratus sehingga menyebabkan jika sesuatu pihak menggunakan air sebanyak 4,722 liter sudah sampai ke paras kapasiti.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengambil pelbagai langkah wajar bagi menyediakan bekalan air dengan sempurna kepada rakyat, tetapi dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak BN.

Wang haram: Polis India siasat Dato Shahrukh Khan labur dalam kriket


NEW  DELHI, 9 Nov[Sumber] – Pelakon tersohor Bollywood Shahrukh Khan disiasat oleh agensi pengubahan wang haram India berhubung penglibatannya dalam liga kriket tempatan dan pemilikan sebuah pasukan kriket yang membabitkan aliran tunai yang banyak.
Khan, pemilik bersama Kolkata Knight Riders, disoal siasat hampir enam jam oleh agensi penguatkuasa Enforcement Directorate (ED), berhubung dakwaan “penipuan” kewangan dalam Liga Perdana India (IPL) profesional, menurut laporan Hindustan Times.
Menurut laporan media, aktor itu disoal siasat “berhubung corak pegangan saham, pembelian pemain, perbelanjaan iklan, keuntungan dan kerugian.”
Khan disoal siasat pada 5 November di pejabat ED di Mumbai tetapi setakat ini tiada pihak mengulas isu itu, lapor Bernama Online.
Pelakon itu  dilaporkan membeli francais IPL pada 2008 hampir AS$75 juta (RM240 juta) bagi tempoh 10 tahun.
IPL bertukar menjadi acara kriket penuh glamor selepas beberapa bintang terkenal Bollywood – Khan, Shilpa Shetty dan Preity Zinta serta tokoh korporat terkemuka India seperti Mukesh Ambani, menjadi pemilik pasukan-pasukan yang membariskan pemain tempatan dan asing.
Tetapi liga itu kemudiannya diselubungi kontroversi selepas muncul dakwaan mengenai kewujudan pelaburan “black money”, memaksa pihak berkuasa melakukan siasatan mengenai promoter IPL, Lalit Modi dan beberapa pemilik pasukan.
Tiga tahun selepas pelancaran IPL, jenama itu kini bernilai lebih AS$3 bilion (RM9.6 bilion)

Fidlot: Sasaran lembu kurang tapi kenapa dana RM250 juta kekal?

KUALA LUMPUR 9 Nov: KEADILAN mempersoalkan kenapa sasaran lembu dalam Projek Fidlot Kebangsaan dikurangkan, tetapi dana yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFC)  kekal.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution hairan mengapa pinjaman mudah itu tidak disemak semula oleh kerajaan.
“Kenapa ‘soft loan’ tidak disemak semula? Kenapa masih kekal RM250 juta? Kenapa tidak dikurangkan?,” kata Saifuddin pada sidang media di parlimen hari ini.
Menurutnya, jika sasaran itu dikurangkan dari 60,000 ekor lembu kepada 8,000 ekor, maka pinjaman mudah itu sepatutnya hanya RM75,000.

Isu fidlot : Serah saja pada SPRM

Berhubung isu projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan oleh famili Dato’ Shahrizat Jalil,  kerajaan dikatakan telah memberi pinjaman mudah sejumlah RM250 juta.  

Pembangkang telah membangkitkan isu ini kerana mendakwa berlaku penyelewengan,  PM Najib dan Noh Omar dalam penjelasannya dilihat cuba mempertahan pengusaha, tetapi masing-masing membuat kenyataan yang tidak selari seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.  Mustahil bangkai gajah boleh ditutup degan nyiru !!

Apa pula kata Dato’ Saharizat sendiri?  Beranikah beliau menjelaskan sesuatu/? Anak jantan atau anak betinakah beliau ? Berilah jawapan di parlimen secara berfakta, bukan membuat penafian yang kosong.

Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 9 Nov: Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).
Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)".
“Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi.

Nilai aset air Selangor RM12 bilion

Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Begitulah juga dengan isu air yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Apatah lagi kebanyakan dari yang cuba memberi komen, saranan dan ugutan tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan pengetahuan dalam isu air ini. Dalam pada kita kesal kerana kepincangan yang telah didedahkan dalam pengurusan air di negeri Selangor ini dipandang ringan oleh Kerajaan Persekutuan, namun kita bersyukur akhirnya seluruh rakyat memahami isu sebenar, punca dan akibat daripadanya.
Izinkan saya mengambil sedikit masa menerangkan isu ini dengan lebih mendalam. Penswastaan industri air di Selangor bermula pada tahun 1994 dengan operasi rawatan oleh Puncak Niaga, diikuti oleh SPLASH, ABASS dan akhirnya SYABAS pada Disember 2004, hanya memberi lebih manfaat kepada syarikat konsesi berbanding rakyat negeri Selangor. Selepas kelemahan operasi SYABAS didedahkan dalam Laporan Audit Negara pada tahun 2008, satu notis telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberitahu penamatan konsesi SYABAS. Namun ia tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.

Khaled Nordin, kenapa kau degil?

Oleh Izmil Amri

9 NOVEMBER – Tidak, kes UKM4 belum basi. Terima kasih kepada kedegilan Khaled Nordin, kes UKM4 masih lagi seronok diwacanakan. Kenapa seronok? Kerana tidak ada yang lebih seronok daripada melihat pemerintah yang degil berdepan dengan mahasiswa yang cekal dengan prinsip perjuangan.
Tambah seronok apabila sudah ada suara dari dalam struktur pemerintah itu sendiri yang beriya-iya memujuk kerajaan supaya tidak dirayu keputusan kes UKM4 itu, supaya tidak malu dua kali.

Several firms, including Najib's son's Harvest, told to explain price hikes

Several firms, including Najib's son's Harvest, told to explain price hikesPETALING JAYA - A handful of penny stocks on the ACE Market stole the limelight, with their shares seeing active trading and steep price hikes and regulators issuing a series of queries to these companies.
Harvest Court Industries Bhd, for one, hit limit-up yesterday, rising 34.9% or 30.5 sen in just one day to a record high of RM1.18 on volume of 23.6 million shares.
The stock has been shooting up since Oct 13 from 8.5 sen. It started the year at 13 sen.
Meanwhile, trading in the shares of Karambunai Corp Bhd, Envair Holdings Bhd and Focus Dynamics Technologies Bhd was halted between 9am and 10am yesterday, but the counters continued to have significant movements after they resumed trading.
Another ACE Market company, Sanichi Technologies Bhd, a plastic injection mould fabricator, saw trading in its shares suspended from 3.12pm, after gaining 0.5 sen to nine sen on volume of 81.3 million shares. It will resume trading today.

PPSMI: M’sia kehilangan arah?

Memandangkan pilihan raya umum sudah berada di ambang pintu, isu PPSMI ini sudah menjadi seperti umpan politik.

Berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membasmikan pengajaran pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Ingggeris (PPSMI) mulai 2012, Malaysia sekali lagi dilanda kontroversi yang menjangkaui batas bangsa dan fahaman politik.
Kontroversi timbul akibat terlalu banyak idea dan isu ini terapung tanpa fokus yang betul. Bagi saya, kedua-dua pendokong dan penentang PPSMI bersalah dari sudut lantangnya mereka bersuara.
Pendokong PPSMI melakukan kesilapan dengan berhujah bahawa pelaksanaan PPSMI boleh membuat pelajar mahir dalam bahasa Inggeris.  Mereka berhujah bahawa kunci untuk mencapai kemahiran dalam bahasa Inggeris memerlukan pengajaran bahasa itu dengan betul dan bukannya melalui mempelajari subjek-subjek lain dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Golongan yang menentang juga silap dengan mendakwa PPSMI akan melemahkan penguasaan bahasa kebangsaan atau melukakan maruah negara.

Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas ) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan menolak permohonan pihak Syabas untuk memenjarakan Ahmad Lutfi Othman dan peguam Kerajaan Selangor, Fahdah Nur Ahmad Kamal di atas dakwaan menghina mahkamah.
Pada 5 Julai lalu, Hakim Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas  yang mendakwa artikel Harakah yang bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah.
Mohamad Arif di dalam keputusannya memutuskan artikel tersebut bukan satu penghinaan kepada mahkamah meskipun ianya diterbitkan dalam keadaan kes Syabas menyaman Kerajaan Selangor masih dalam proses mahkamah.

OIC perlu bertindak henti pembunuhan di Syria

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Dewan Ulamak PAS Pusat amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Syria yang melibatkan lebih 3,500 rakyat negara itu dibunuh.
“Kita amat berdukacita terhadap apa yang berlaku, khususnya apabila melibatkan negara umat Islam,” ujar penolong setiausaha dewan itu, Ustaz Nazmi Nik Din.
Beliau mengulas al-Jazeera yang memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa sejak bulan Mac yang lalu, jumlah rakyat Syria yang telah dibunuh sepanjang konflik yang berlaku di negara itu telah melebihi 3,500 orang.
Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak Pertubuhan Negara Persidangan Islam (OIC ) yang mana Malaysia adalah salah satu anggotanya agar memainkan peranan yang sewajibnya agar pembunuhan tersebut dapat dihentikan sesegera mungkin.

A tale of 3 prime ministers: If it goes on, Umno may have to beg to make ends meet

A tale of 3 prime ministers: If it goes on, Umno may have to beg to make ends meetFormer prime minister Mahathir Mohamad was a visionary leader who forcefully and forcibly guided Malaysia's development by using a form of 'corporate nationalism' to achieve the status of an industrialized nation, within reach of the cosy club of OECD developed nations by 2020.
Now 85, Mahathir made great achievements, setting many benchmarks and milestones. But there also just as many spectacular boo-boos. Overall, by the time he retired the situation was still bearable although the social engineering he implemented through his version of the New Economic Policy was about to implode with the Malays almost fully segregated from the other races.
Mahathir's success story, if it can be called that, stops in 2003 when he abruptly handed the reins to his deputy Abdullah Badawi. It was then that the derailment began.

Kristian Koptik sertai perarakan umat Islam

Kristian KoptikQINA (Mesir) – Warga Kristian Koptik di perkampungan Deshna di sini membuktikan bahawa umat Islam dan penganut Kristian di Mesir bukanlah bermusuhan bahkan boleh hidup bersama secara aman dan harmoni.
Bersempena sambutan Aidiladha baru-baru ini, penganut Kristian Koptik menyertai 200 pemuda Ikhwanul Muslimin, ahli-ahli Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan orang ramai yang berarak di sekitar bandar pada Sabtu lalu sambil memberikan ucapan selamat kepada mereka.
Pemuda Ikhwan yang berpakaian sut dan membawa sepanduk 'Untuk Kebaikan Mesir' disambut mesra oleh penduduk tempatan termasuk mereka yang beragama Kristian.
Tarek Ali Al-Sheeshy dari FJP berkata, “Penyertaan Kristian Koptik dengan FJP dan Ikhwan merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa parti itu adalah untuk semua rakyat Mesir tanpa mengira agama.”
"Amat menarik untuk melihat warga Koptik dan Ikhwan berpakat secara baik dan berarak sebelah-menyebelah di sekitar bandar."

Adakah haji dan hajjah carpab bunuh unta di Mekah?

Dalam negara ini tiap-tiap hari kita melihat dengan penuh jijik muka perompak harta negara dan rakyat, si perasuah, kaki joli yang berboros sakan dengan duit rakyat dan duit rasuah pencari-pencari peluang, pembunuh yang membunuh dengan senjata negara yang dicurinya serta kaki-kaki jilat syaitan-syaitan itu. Tak larat nak tengok sehingga kita terpaksa tutup TV bila siaran berita, memalingkan muka ke lain bila gambar mereka keluar dalam laman-laman web, macam-macam kita usahakan untuk mengurangkan pencerobohan ke atas mata kita oleh muka-muka syaitan itu. Sungguh-sungguh, kita merayu sangat-sangat perlindungan Allah s.w.t. dari mereka!

Menilik Ngo Bernama Amanah

AMANAH Merdeka (Amanah) yang dilancarkan tiga bulan lalu sudah pun didaftarkan sebagai sebuah NGO yang sah. Perkara ini diumumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden bersama barisan kepimpinannya semalam di Kuala Lumpur.

Mulai saat ini Amanah sudah menjadi sebuah NGO rasmi yang boleh bergerak mengikut lunas undang-undang. Kita yakin selepas ini Tengku Razaleigh akan mengumumkan apakah plan bergerak Amanah dan juga aktiviti yang akan dilaksanakan. Ia akan disusun bagaimana untuk meletakkan Amanah ditengah-tengah massa dan dapat dimanfaatkan oleh semua.

Kewujudan Amanah itu sendiri nampaknya terbuka dan bersifat nasional - Malaysia. Ia bukan jumud dan rigid seperti pertubuhan Ngo Melayu lain yang agak ekstrmis dan juga lebih tegar kepada keMelayuan. Dengan penyertaan beberapa bekas pemimpin parti politik berbagai kaum, aktivis sosial menjelaskan Amanah adalah bersifat kebangsaan dan bersendikan kepada perjuangan bersama.

Antara tokoh politik yang bersama Amanah ialah bekas timbalan presiden MIC S Subramanian, bekas presiden MCA Ong Tee Keat, timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun selain beberapa bekas pemimpin veteran Umno yang lain seperti Kadir Sheikh Fadzil dan lain-lain.

Gerakan Islam perlu wartawan komited

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
KITA rasa bersyukur yang teramat sangat dengan berita kemenangan besar Parti an-Nahdah Tunisia pimpinan Dr Rasyed Ganouchi yang pulang ke tanah air setelah berlaku phttp://4.bp.blogspot.com/-p2_DEU2WEQo/TqaJqD1ZnoI/AAAAAAAAAZI/uZpwtlyDrLo/s320/tunisia_islamicists.jpgenggulingan kuasa ke atas pemimpin diktator, Zein al-Abidin ben Ali yang dijatuhi hukuman penjara 35 tahun di negaranya sendiri.
Mungkin itu lebih baik daripada menerima nasib diktator Libya, Kolonel Muammar Gaddafi yang dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang sudah lama memendam perasaan marah terhadapnya kerana kelantangannya yang jelas menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam.
Malah kepulangan Dr Rasyed pula tepat pada waktu ketika mana rakyat sudah bosan dengan sistem pemerintahan secara sekular yang berlangsung puluhan tahun di bumi Tunisia.

Jangan kotorkan Parlimen Malaysia

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN
Parlimen adalah badan legislatif yang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi yang tinggi martabatnya kerana ia menjadi penggubal undang-undang, peranghttp://ahmadumair.files.wordpress.com/2010/02/parlimen1.jpgka dasar, meluluskan peruntukan perbelanjaan negara.

Kewujudan Parlimen dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, berasaskan kepada keadilan dan kesaksamaan. Ia diamalkan oleh majoriti negara sama ada yang mempunyai sistem pemerintahan beraja, mahu pun sistem republik.

Jurang dalam 1-Malaysia dan 2 dunia berlainan

Oleh LIM HONG SIANG
SERINGKALI kita diberi amaran agar tidak menuding jari kepada Barisan Nasional apabilahttp://2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2011/07/perhimpunan-bersih-2-0.jpg?cda6c1 berlakunya ugutan berbaur keganasan terhadap pembangkang, ataupun individu yang bertentangan haluan dengan Umno-BN.
Antara ugutan yang diterima termasuklah SMS maut kepada pimpinan Bersih 2.0, lontaran bom petrol ke rumah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan yang terbaru, peluru yang dihantar melalui pos kepada pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari.

Kerana fahaman beragama kita berbeza?

Oleh DINSMAN
BARU-BARU ini saya bertemu seorang kawan lama, seorang budayawan, penulis, juga http://3.bp.blogspot.com/_ghNs9FhNcY4/R8BkKSZLN4I/AAAAAAAABeM/22abbSz9nxw/s320/IMG_0814.JPGtokoh korporat, bergelar Dato’. Lama tak berjumpa. Dia baru terbitkan buku kumpulan eseinya, yang saya pun turut membantu penerbitan itu.
 
Maka lamalah kami berbualbual. Dari petang hingga ke malam. Kami bertiga. Kawan yang seorang lagi pun penulis juga. Novelnya yang kedua baru dipasarkan di Sabah dan Sarawak.

Kami mempunyai beberapa pemikiran yang sama, kecuali dalam hal politik dan fahaman beragama barangkali saya berbeza sedikit dengan mereka.

KR1M : Sekadar ditulis 'dibungkus Kedai Rakyat 1Malaysia'

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pakatan Rakyat menggesa pemimpin BN berhenti membuat promosi kononnya harga produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih murah dan menjimatkan kerana perbandingan harga yang dibuat menunjukkan sebaliknya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasaraya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.
"Dalam pada sesetengah produk lebih murah di KR1M, ada produk yang jauh lebih murah di Carrefour iaitu 30 hingga 50 peratus," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut membawa pencuci lantai serbaguna dan cecair peluntur KR1M yang harganya lebih mahal berbanding di Carrefour serta mengedarkan salinan senarai harga produk KR1M yang lebih mahal berbanding pasaraya lain.

Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?
Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".
"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?
"Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.

Graduan ISMP tuntut jaminan menteri

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak mengahantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ekoran isu lambakan graduan ijazah pendidikan yang 'dianak tiri' dan tidak diserap sebagai guru.

Kumpulan sembilan orang yang mewakili Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri, Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong di parlimen hari ini.

Penyerahan itu diketuai jurucakap LMP Mohd Fauzie Mando, koordinator Amirul Afzan dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Afiq Fikri Mislan.

Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan

Today in History for November 9th

Rumah mampu milik: Kerajaan Selangor tawarkan harga lebih rendah

Di dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar hari ini, Kerajaan Negeri telah menegaskan komitmen untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), lebih 10,000 rumah mampu milik akan dibina.  Rumah mampu milik yang telah mula dibina di Bandar Baru Bangi pada Jun tahun ini adalah jauh lebih rendah harganya dari rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan atau PRIMA.

Rumah mampu milik Kerajaan Negeri bermula dari sekitar RM100,000 sehingga RM150,000.  Harga jualan rumah PRIMA pula sehingga melebihi paras RM200,000 sebuah.

Kedai Rakyat not cheaper, Pua says

KUALA LUMPUR, Nov 9 — Putrajaya must stop claiming Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) products can help cut living expenses when hypermarkets sell the same items for less, Tony Pua says.
The DAP publicity chief said while some goods were indeed cheaper, the price difference was far less than the 30 to 50 per cent discount claimed on the Kedai Rakyat website.
“For example, KR1M claims to sell a 425g can of sardines for RM2.99, ‘saving’ the customer a whopping 51 per cent,” he told reporters in the Parliament lobby today.
“However, a check at Carrefour showed that a 425g can of sardines... sells for RM2.49, or 20 per cent cheaper than KR1M.”
Similarly, a 1-litre bottle of bleach sold for only RM1.29 at Tesco compared to RM1.90, or 47 per cent more, at Kedai Rakyat, he said.

Give us electricity or else…

For the past 11 years, 100 families in Kampung Opar have been living in ‘darkness’ while living next door to them are 183 other families who have been enjoying the comforts that come with having electricity connected and supplied to their houses.It’s a strange but common feature in Sarawak.
According to Ginia Anak Ginyot of Kampung Opar in Bau, Sarawak, they’ve been asking their elected representatives to help them get electricity for the past 11 years.
But both of them – MP for Mas Gading Tiki Lafe and the Opar assemblyman Ranum Mina – have continuosly ignored their request.“The last time an electricity connection exercise took place in our village was 11 years ago … the exercise ended abruptly and today there are still about 100 houses in Kampung Opar without electricity, ‘ he said adding that the 183 families neighbouring Kampung Opar were lucky.

Ahli Parlimen UMNO Guna Ijazah Palsu ?


SELEPAS isu ijazah kedoktoran (PhD) palsu di Sabah melibatkan ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan Datu Ali Muhammad dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu reda; kini timbul kembali ekoran tindakan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Doktor Falsafah’ dan menggunakan gelaran tersebut dalam akaun Facebook, Blog Peribadi dan Kain Pemidang yang dipasang di merata tempat Lahad Datu.

Najib tinggalkan perkara wajib haji- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR 9 Nov: Perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya menamatkan ibadat haji tiga hari lebih awal, dianggap sengaja meninggalkan perkara wajib haji.
Ibadah seperti itu bukan sahaja pincang, tetapi sukar untuk mendapatkan haji mabrur, kata bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Shamsul Firdaus Al Hafiz.
Ini kerana katanya, ibadat haji paling awal hanya boleh dihabiskan pada 12 Zulhijjah 1432H bersamaan hari Selasa pada 8 November 2011.
“Datuk Najib dilapor menamatkan ibadat haji pada hari Ahad, 6 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.
“Ini bermakna, beliau menamatkan ibadat haji tiga hari lebih awal dari yang jadualkan sekaligus meninggalkan perkara yang diwajibkan dalam ibadat haji,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

AirAsia mulakan firma penerbangan premium baru

Ketua AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan menubuhkan sebuah syarikat penerbangan premium serantau yang baru bagi bersaing dengan penerbangan perkhidmatan penuh RedQ, yang dimiliki oleh Qantas, lapor akhbar The Sun hari ini yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

tony fernandez interview 220109 06Laporan itu memetik Fernandes berkata perkhidmatan penuh berkenaan akan dinamakan Caterham Jet tetapi masih belum diberi lesen operasi oleh kerajaan Malaysia walaupun syarikat itu telah memiliki pesawat Bombardier CRJ bagi tujuan tersebut.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata bahawa Air Asia akan memohon kepada kerajaan supaya ia beroperasi dari lapangan terbang Subang berhampiran Kuala Lumpur dan dijadualkan  memulakan operasi mulai Mei 2012.

"Antara laluan yang dicadangkan termasuk Bangkok, Jakarta dan Singapura," kata sumber yang tidak dinamakan.

Fernandes, yang merupakan prinsipal pasukan Formula Satu pasukan Team Lotus, pada bulan April lalu membeli firma pembuat kereta sukan British, Caterham Cars.

Air Asia dan Fernandes tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.

- Reuters