Selasa, 8 November 2011

3 November 2011 - Singgungan - Penggulungan Kem. Kewangan - MP PKR Perma...

3 November 2011 - Pinjaman Bank - Penggulungan Kem. Kewangan - MP DAP Te...

3 November 2011 - Pelaksanaan GST Selepas PRU ke-13 - Penggulungan Kem. ...

3 November 2011 - KLFID - Penggulungan Kem. Kewangan - MP PR

3 November 2011 - Kekeliruan dari Org Yg Mengelirukan - MP PR

3 November 2011 - Kadar Tol Jam. Ke-2 PP - Penggulungan Kem. Kewangan - ...

3 November 2011 - IWK - Penggulungan Kem. Kewangan - MP PR

3 November 2011 - Hubungan Malaysia-Indonesia - Penggulungan Kem. Luar N...

3 November 2011 - 1MDB - Penggulungan Kem. Kewangan - MP PKR Permatang P...

3 November 2011 - 1MDB - Penggulungan Kem. Kewangan - MP PKR Machang

3 November 2011 - 1MDB - Penggulungan Kem. Kewangan - MP PKR Indera Mahkota

3 November 2011 - Sesi Soalan - Penulisan Semula Sejarah - MP PAS Kubang...

3 November 2011 - Sesi Soalan - Pembuangan Bayi - MP PAS Jerai

3 November 2011 - Soalan Tambahan - Pengeluaran Getah - MP PAS Bachok

3 November 2011 - Sesi Soalan - Pampasan Bangunan Kastam Rantau Panjang ...

3 November 2011 - Soalan Tambahan - Iron Ore di Teluk Rubah - MP DAP Beruas

3 November 2011 - Sesi Soalan - Subsidi Air Asia - MP PAS Pendang

3 November 2011 - Soalan Tambahan - Keselamatan Bandar Sempadan - MP PAS...

02 November 2011 - Perbahasan Peringkat JawatanKuasa - Kewangan - MP PKR...

02 November 2011 - Perbahasan Peringkat JawatanKuasa - Kewangan - MP PKR...

02 November 2011 - Perbahasan Peringkat JawatanKuasa - Kewangan - MP PAS...

02 November 2011 - Perbahasan Peringkat JawatanKuasa - Kewangan - MP PAS...

02 November 2011 - Perbahasan Peringkat JawatanKuasa - Kewangan - MP DAP...

02 November 2011 - Perbahasan Peringkat JawatanKuasa - Kewangan - MP DAP...

02 November 2011 - Perbahasan Peringkat JawatanKuasa - Kewangan - MP DAP...

Anwar bombshell: RM1.4bil 'missing', are we closer to bankruptcy than expected

Anwar bombshell: RM1.4bil 'missing', are we closer to bankruptcy than expected Opposition Leader Anwar Ibrahim dropped a bombshell on Tuesday, revealing that RM1.4 billion has gone missing from the Treasury’s contingency fund. He tied it to the 17-day delay taken by Prime Minister Najib Razak before the government finally tabled the Auditor-General's report late last month.
The contingency fund is for unforeseen federal expenses, while the AG's report is usually tabled before the Budget is presented so that lawmakers and the public know how the past year's allocations were spent before voting on the new spending plan.
This year, in a glaring departure, the AG's report was finally tabled only a fortnight after Najib unveiled another record-sized RM232 billion Budget 2012 stacked with one-off cash giveaways in a bid to 'butter up' voters for the 13th general election widely expected to be held within months.

02 November 2011 Isu BPA & Laporan Audit Penggulungan JPM MP PR

02 November 2011 Mahasiswa & AUKU Penggulungan JPM MP PR

02 November 2011 Lemb Penasihat SPRM & Laporan Audit Penggulungan J...

02 November 2011 Jumlah Agihan NKRA & Tender Terbuka Penggulungan JP...

02 November 2011 Isu SPR Penggulungan JPM MP PR

02 November 2011 Isu Peguam Negara Penggulungan JPM MP PAS Pokok S...

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP PSM Sung...

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP PKR PJS

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP PKR Perm...

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP PKR Kuantan

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP PAS Poko...

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP DAP Ipoh...

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP DAP Buki...

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP DAP Beruas

02 November 2011 Perbahasan Peringkat JawatanKuasa JPM MP DAP Batu...

01 November 2011 - Harga Tiket MAS & Air Asia - Kem. Pengangkutan - MP D...

01 November 2011 - Landasan Berkembar Utara Selatan - Kem.Pengangkutan -...

01 November 2011 - Sesi Soalan - Pemberian AP - MP DAP Jelutong

01 November 2011 - Sesi Soalan - SJKC - MP DAP Serdang

01 November 2011 - Soalan Tambahan - Projek Bekalan Air - MP DAP Serdang

01 November 2011 - Sesi Soalan - PEMANDU Objektif & Pencapaian - MP PKR ...

01 November 2011 - Sesi Soalan - Lapangan Terbang Batu Berendam - MP DAP...

01 November 2011 - Soalan Tambahan - Subsidi Rakyat - MP PKR Machang

31 Oktober 2011 - Ketetapan Harga Barang & ayam - KPDNK&K - MP PR

Seksualiti Merdeka: Anwar slams double-standards

Anwar: RM1.4bil in contingencies fund missing

PKR: PM and Agro minister lied on NFC

Khalid Ibrahim: Selangor State Deepavali Celebration At Rawang

Tak Mampu : Noh Omar tawar projek NFC kontroversi kepada Pakatan


KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi. ― pendirian dibuat ketika bertikam lidah di Parlimen berhubung projek tersebut.
NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.
“OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (gambar) ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.
“Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC,” katanya.

Lensa : Umat Islam Mengerjakan Haji

Woah..... ramai betul umat Islam mengerjakan haji. Berapa jumlahnya? 3 juta umat Islam dilaporkan mengerjakan haji musim ini. Manusia macam semut!

Lensa : Bahagian Dalam Istana Negara Yang Baru

Wowo..... mewah!

Ini ialah gambar bahagian dalam Istana Negara baru yang kini sudah hampir siap. Istana Negara baru ini dikatakan menelan belanja lebih 900 juta ringgit. As you can see now you know why it is that expensive. The interiors are just opulent! Shame that dari luar Istana Negara baru ini nampak macam pejabat kerjaan biasa. No soul! Istana Negara lama lebih cantik tapi tahukah anda Istana Negara lama sebenarnya dulu rumah agam seorang taukeh cina yang dibina pada tahun 1928? Taukeh cina bernama Chan Wing membina rumah agam ini bagi menempatkan isteri-isterinya.Apabila perang dunia kedua meletus, beliau melarikan diri dari Malaya dan tak pulang-pulang. Rumah agamnya kemudian disewakan kepada kerajaan British sebelum dijadikan rumah rasmi Yang Dipertuan Agong Melayu. Kerajaan pusat membayar 1.5 juta Dollar Selat pada waktu itu bagi membeli rumah agam dan kawasan sekitarnya sebesar 13 ekar. What do you think? Harap istana negara dibuka kepada rakyat jelata untuk lawatan rasmi. Nak juga tengok how awesome life is as an Agong. Oh dan jangan pula letak duit bayaran masuk ye coz we all know the money used to built this beautiful palace was from the people.

Lemak Babi; Mengapa E-Codes diguna

Hampir semua negara-negara barat termasuk Eropah memilih daging babi sebagai daging utama. Oleh itu terdapat banyak ladang babi dibina di negara-negara ini untuk berkembang biak haiwan ini. Contohnya di Perancis sahaja, ladang ternakan babi melebihi 42,000 buah ladang.

 Babi adalah haiwan yang memiliki jumlah tertinggi kandungan lemak (FAT) dalam tubuh mereka berbanding dengan haiwan lain. Oleh itu, negara Eropah dan Amerika telah berusaha untuk menyekat dan menghindari lemak ini dari digunakan oleh penduduknya.

Susulan daripada tindakan tersebut, timbul persoalan sekarang di kotak fikiran kita, ke MANA lemak ini pergi? Ini kerana semua babi yang disembelih di rumah penyembelihan haiwan adalah di bawah kawalan Jabatan Makanan di negara masing-masing. Oleh itu timbul permasalahan kepada Jabatan ini untuk membuang lemak babi tersebut di lokasi mana?

Kronologi Perkembangan Lemak Babi

Sekitar tahun 60’an, lemak ini tiada nilai dan sisa bahan ini telah dibakar. Tetapi hasil kajian saintifik yang dijalankan didapati, bahan ini telah dimanfaatkan dalam pembuatan sabun dan ternyata ianya berhasil. Berikutan kejayaan mereka mewujudkan hasil baru bagi kegunaan “household” maka satu rangkaian industri penuh terbentuk dan lemak (FAT) ini telah diolah kandungan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Manakala syarikat perkilangan lain membelinya. Sementara itu, pada masa yang sama semua Negara Eropah telah membuat peraturan bahawa setiap barangan makanan, perubatan dan produk personal higiene mesti mempunyai kandungan bahan ramuan yang disenaraikan di plastiknya. Jadi, bahan ini dikategorikan sebagai PIG FAT.

Haji Mohd Najib dan Hajjah Rosmah dengan 400 ekor lembunya

Oleh: mohdnoorawang

"Datuk Sri Haji Mohd Najib Razak perdana menteri Malaysia dan isterinya Datin Sri Hajjah Rosmah Mansor dikatakan oleh media arus perdana dan media tv bodek bodoh kerajaan BN/UMNOapco telah selesai menamatkan kerja ibadat haji pada 6.November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432.

RAKYAT RAMAI TERKEJUT DAN ADA KESANGSIAN KAEDAH IBADAT HAJI YANG DILAKUKAN OLEH NAJIB BERSAMA DENGAN ROMBONGANNYA.

Media perdana - jika mereka ke- kiri kita ke kanan, jika mereka ke kanan, kita ke kiri. Insyaallah akan jumpa kebenaran.

Berita terkini tentang kemarahan Marina Mahathir terhadap media perdana kepunyaan kerajaan semalam mendapat perhatian ramai. Sekarang ini bertambah lagilah rasa tidak berkeyakinan terhadap media perdana, seperti Utusan, TV3 serta saluran TV peradana yang lain yang telah memutar belitkan isu seksualiti merdeka itu.

Semua media perdana menari seirama dan sehayun untuk membuat fitnah besar-besaran terhadap pihak lain semata-mata kerana kepentingan politik desperado pihak yang sedang berkuasa. Yang paling menyedihkan komen yang tidak senonoh itu juga datangnya dari Timbalan Perdana Menteri yang suaranya sealiran dengan pihak penyokong kerajaan

Semuanya itu adalah usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai semasa pilihanraya yang hampir tiba ini. Seksualiti merdeka dituduh akan mengadakan festival besar-besaran kononnya untuk memperjuangkan seks bebas yang tidak masuk akal itu. Tetapi orang berkuasa di negara ini memang begitulah. Mereka akan mencari apa sahaja jalan untuk menginaya pemikiran dan memesongkan pandang orang ramai terhadap pihak yang mereka takuti akan mendapat sokongan.

Negara perlukan pemimpin berakhlak

1. Pengurusan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara tersebut.  Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya.  Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain kemahiran, kreativiti, inovasi dan pengalaman.

2. Seringkali masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah swt dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya.  Masalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan.  Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan.

Projek Fidlot Kebangsaan: Kepincangan kewangan dan "Conflict of Interest"

KERAJAAN BERBOHONG MENGENAI JUMLAH PERUNTUKAN YANG TELAH DISALURKAN KEPADA NATIONAL FEEDLOT CORPORATION SDN BHD

Saya merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa "pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya".

PPSMI: Pendekatan fleksibel diperlukan

KUALA LUMPUR, 8 NOV – Formula yang lebih fleksibel sangat diperlukan bagi menyelesaikan kemelut dan ‘usaha’ Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar kerajaan dengan memberi peluang kepada ibu bapa untuk memilih cara pengajaran dan pembelajaran bagi anak mereka.
“Ini termasuklah mewujudkan kelas atau sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium utama untuk mata pelajaran sains dan matematik,” katanya dalam satu kenyatataan.
Menurut Kit Siang, jika dilaksanakan dengan formula yang lebih rasional dan liberal, ia bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah kuasa global bagi menghadapi cabaran di peringkat antarangsa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, selama 31 bulan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran telah gagal mengetengahkan formula baru meyakinkan rakyat Malaysia berhubung kegagalan PPSMI.

Jumlah pengundi naik mendadak, timbul tanda tanya


KUALA LUMPUR, 8 NOV – Jumlah pertambahn mendadak pengundi baru seramai 1.35 juta orang yang telah berdaftar sejak pilihan raya umum ke-12 menimbulkan tanda Tanya.
Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, sehingga 31 Ogos 2011, jumlah pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan layak untuk mengundi pada PRU13 adalah seramai 12.27 juta.
Peningkatan ini dilihat terlalu mendadak berbanding jumlah pengundi baru pada PRU11 dan PRU12 iaitu di antara 600,000 dan 700,000 sahaja, katanya.
Justeru itu, Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras mengaitkan pertambahan ini dengan kes-kes pengundi hantu yang telah dibongkar oleh Pakatan Rakyat.

Apa agenda Utusan?

Oleh Daing Yahya

8 NOVEMBER – Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia dan juak-juaknya seperti biasa terus-menerus mengamalkan fitnah dan dasar propaganda songsang serta tidak beretika dalam mempersenda dan mengelirukan agenda politik Pakatan Rakyat, khususnya DAP.
Kerja silap mata Utusan kali ini ialah dengan menggunakan kakitangan awam sebagai perisai manusia dalam meneruskan agenda politik kotornya, tidak kira sama ada direstui oleh UMNO dan Barisan Nasional, atau tidak.
Propaganda murahan Utusan UMNO
Sejak beberapa hari lalu, organ parti UMNO itu melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif.
Tidak ada sebarang keganjilan dalam kenyataan yang dikatakan dibuat oleh DAP itu, kecuali jika dibaca bahawa majoriti besar kakitangan awam adalah orang Melayu. Maksud Utusan jelas – jika Pakatan Rakyat berkuasa, maka kuasa politik orang Melayu akan terhakis.

Fitnah Liwat II: Editor TV mohon maaf pada Anwar

Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.“Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Liwat 2. “Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian,” kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.
Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Malacca monorail suspended 30 days


The Malacca monorail service connecting Taman Rempah to the Hang Tuah Station has been suspended for 30 days starting Tuesday, as it was found lacking in safety compliance, which could pose a danger to its passengers.Land Public Transport Commission (SPAD) chief operating officer Azhar Ahmad said engineers from KL Monorail and SPAD discovered that the monorail operator failed to fulfill several key passenger safety aspects.
“After our two-day inspection, completed yesterday (Monday), the monorail service has been temporarily suspended for 30 days, until its operator Taming Sari Sdn Bhd is able to provide the facilities recommended by SPAD,” he said Tuesday.

Mati kerana komputer terbakar


KOLKATA – Mayat rentung seorang pekerja Pricewaterhouse Cooper yang berusia 32 tahun dijumpai hari ini di rumahnya di Kendua berhampiran Patuli di South 24-Parganas.Berdasarkan siasatan awal, polis mempercayai yang mangsa, Sayan Chowdhury, tertidur semasa menggunakan komputer ribanya semalam. Dia juga mendengar muzik melalui fon telinga yang disambungkan kepada komputer. Gambar sekadar hiasan.
Polis menjangka yang ketika komputer riba sedang dicas, terdapat masalah pada papan suis dalam alat pengecas, yang menyebabkan kebakaran. Papan suis tersebut berada terlalu hampir dengan katil, kata mereka, jadi satu percikan api dari papan suis tersebut menyebabkan katil terbakar.

Ke mana hilang RM 1.4 bilion Bajet 2011?

Fidlot: PKR dakwa Najib, Noh bohong

31 Oktober 2011 - Ketetapan Harga Barang & ayam - KPDNK&K - MP PR

31 Oktober 2011 - Harga Petrol - KPDNK&K - MP PKR Indera Mahkota

31 Oktober 2011 - Food Stamp - KPDNK&K - MP PKR Indera Mahkota

31 Oktober 2011 - GLC & Akta Persaingan - KDNK&K - MP PKR Balik Pulau

31 Oktober 2011 - Aviation Industry - KPDNK&K - MP PKR Balik Pulau

BN dissidents struggle to be heard, join pressure group

Pertukaran saham Mas, AirAsia beri keburukan- Refsa

KUALA LUMPUR 8 Nov: Badan pemikir Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Refsa) menggesa agar pertukaran saham AirAsia-Mas dikaji semula kerana ia kini mula mendatangkan keburukan kepada orang awam.
Suruhanjaya Sekuriti kini sedang menyiasat pertukaran saham MAS dan AirAsia jika kemungkinan terdapat unsur-unsur urusniaga dalaman (insiders’ trading) sewaktu pertukaran itu berlaku.
Menurut Refsa, terdapat petanda-petanda semasa yang membuktikan pengguna sudah mula merasa kesan buruk daripada pertukaran saham itu.
“Kurang tiga bulan daripada pengumuman kerjasama itu dilakukan, beribu-ribu pembeli tiket dari Johor ke Kuching, Kota Kinabalu, Surabaya, Bandung dan Bangkok mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh Firefly.

Anwar: Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion lesap

Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.

Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Anwar seeks ‘missing’ RM1.4b in federal funds

KUALA LUMPUR, Nov 8 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim alleges that RM1.4 billion has gone missing from the Treasury’s contingency fund, which is for unforeseen federal expenses.
He said the Auditor-General had found just RM79.15 million in the fund even though the Government Expenditure Estimates reported that RM1.5 billion had been allocated for that purpose.
“Where has the money gone? More seriously, when did it go missing, the RM1.4 billion?” he told reporters in the lobby of Parliament today.
“I don’t think the Audit Department (made a mistake). They are more meticulous than that when it comes to accounting.”
Anwar (picture) questioned if the “inordinate” 17-day delay between the tabling of Budget 2012 and the Auditor-General’s Report was meant to hide this discrepancy.
The annual audit report is usually tabled before the Budget.
“Now we are forced to suspect there is some other compelling reason why they chose not to table the audit report at the right time,” Anwar said.

Amanah ditubuh kerana tiada ruang bersuara dalam BN

Beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

DUN Selangor: BN mahu serang janji Pakatan tak tunai

SHAH ALAM, 8 Nov — Barisan Nasional (BN) Selangor akan menumpukan perbahasan mereka ke atas isu-isu pemungkiran janji oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sejak Mac 2008 ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok.
Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata, BN selaku pembangkang di Selangor akan mendedahkan dan membongkar pelbagai isu dan penyelewengan pentadbiran pakatan yang dibentuk oleh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selama tiga tahun tujuh bulan sejak 8 Mac 2008.
Pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji dalam manifestonya pada pilihan raya umum ke-12 lepas, yang menekankan antaranya janji-janji untuk mewujudkan pentadbiran berwibawa, bertanggungjawab, telus, cekap, jujur, amanah dan berintegriti tinggi, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhyiddin: Jangan jadikan korban Aidiladha tempat terbuka isu

KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menasihatkan masyarakat berbilang kaum tidak menjadikan penyembelihan ternakan korban sempena sambutan Aidiladha di tempat terbuka termasuk sekolah sebagai satu isu.
“Saya merasakan tiada sebab perkara ini seharusnya dibangkitkan, ini akan membawa kepada salah faham tentang sensitiviti Islam,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita selepas dialog sempena Teach for Malaysia 2012 di sini.
“Di Malaysia, ini sebahagian daripada budaya sejak beberapa generasi. Kita melakukannya untuk orang miskin,” kata beliau yang juga Menteri Pelajaran.

Isu sektor awam: Jangan sengaja jadikan isu kaum, DAP nasihati Umno

KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Tony Pua menyelar pihak-pihak yang mengecam cadangan parti itu mahu memperkemaskan perkhidmatan awam menerusi pendekatan mengurangkan saiz tenaga kerja dengan sengaja menjadikannya isu perkauman kerana ia bukan satu idea janggal, malah pernah disentuh oleh pentadbrian Dr Mahathir dan terbaru bulan lalu oleh Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Publisiti DAP itu menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno, akhbarnya Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai hipokrit kerana menyifatkan rancangan itu - mengurangkan tenaga kerja secara berperingkat-peringkat sebagai dasar menghakis penguasaan orang Melayu, memandangkan perdana menteri sendiri telah menggerakkan pelan itu bulan lalu.
“Ya, ia selari dengan apa yang pernah disentuh oleh Najib dan Tun Dr Mahathir Mahomad,” kata Pua (gambar).

Bajet Selangor 2012 Kejutan Untuk Golongan Ibu Dan Belia

BN minority group: Let PSC finish work before polls

AMANAH Bukan Parti Politik - Ku Li

31 Oktober 2011 Seksyen 31 & 2A Kem SM MP PR

31 Oktober 2011 Keterlibatan Orang Politik Dalam Majlis Perundingan Ga...

31 Oktober 2011 Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Kem SM MP PKR K...

31 Oktober 2011 Cuti Bersalin & Pampasan Kem Sumber Manusia MP PR

31 Oktober 2011 Gangguan Seksualiti Kem SM MP PAS Kota Raja & PKR ...

31 Oktober 2011 PATI ganti Penduduk Tempatan Kem SM MP PKR Kuala L...

Bajet Selangor 2012 Kejutan Untuk Golongan Ibu dan Belia


SHAH ALAM, 8 NOV : Belanjawan Selangor 2012 yang dijadualkan akan dibentang esok dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan ibu dan belia di Selangor.Difahamkan sejumlah yang besar akan diperuntukan bagi membantu menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja. Dasar ini dilihat selari dengan bajet alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.
Didalam bajet alternatif tersebut setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.
Kerajaan negeri juga dijangka memperuntukkan sejumlah yang besar bagi penambahbaikan proses demokrasi melalui pilihan raya di Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan bajet esok.

Modal kerja: TNB mungkin perlu tambah hutang.....tambah bil sekali le..!!!

KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Tenaga Nasional Bhd mungkin perlu menambah hutangnya untuk membiayai modal kerjanya jika kerajaan gagal menawarkan penyelesaian sementara untuk berkongsi beban kos bahan api yang meningkat.
Dalam ulasan khasnya hari ini, Moody’s Investors Service berkata syarikat utiliti nasional itu menganggarkan ia akan menanggung perbelanjaan tambahan sebanyak RM300 juta sebulan untuk menampung kos tambahan bahan api sebanyak RM1.2 bilion dalam suku keempat tahun ini.
“Sebarang pertambahan hutang Tenaga akan memberi kesan kepada profil kreditnya bagi tahun kewangan 2012.

UDA mahu maju tanah stesen LRT Dang Wangi bersama Prasarana

KUALA LUMPUR, 8 Nov — UDA Holdings Berhad telah mengemukakan dokumen permintaan cadangan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) untuk membangunkan tanah sekitar stesen tren aliran ringan Dang Wangi secara usaha sama.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, tanah seluas 11,008 meter persegi tersebut yang terletak di Jalan Ampang di sini merupakan kawasan utama yang strategik dan dijangka berpotensi untuk dibangunkan sebagai kediaman, komersial atau gabungan kediaman-komersial.
“UDA yang berpengalaman selama 40 tahun dalam pembangunan semula kawasan bandar mempunyai keupayaan dan kapasiti teknikal untuk menjalankan usaha sama dengan SPNB bagi membangunkan tapak tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dokumen permintaan itu dikemukakan pada 27 Oktober lalu, kata beliau.

Akta Kerja: Peruntukan kontraktor tenaga kerja kekal, tegas menteri..sombong dan bongkak..pengikut kapitalis..!!!

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Kementerian Sumber Manusia menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan peruntukan kontraktor bagi tenaga yang dimasukkan menerusi pindaan Akta Kerja 1955 walaupun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) terus mendesak termasuk mengadakan piket nasional, Khamis lalu.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramniam (gambar) berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menggugurkan pindaan tersebut walaupun MTUC telah mengadakan piket secara besar-besaran sebagai tanda protes.

GST: Rakyat dipaksa bayar cukai dua kali

KUALA LUMPUR 8 Nov:  Perlaksanaan GST sekiranya diluluskan dalam perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan pada sesi parlimen November ini akan memberi impak besar kepada pendapatan rakyat Malaysia.
Cukai baru ini akan dilaksanakan bersama cukai pendapatan sedia ada dan menyebabkan lebih banyak wang diambil daripada rakyat.
Bendahari agung KEADILAN Wiiliam Leong Jee Keen berkata, GST akan mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat pada ketika kerajaan tidak membenarkan kenaikan gaji dan upah di kalangan pekerja.

Ladang Kedah Agro Bukit Tangga

Muslims Angry Over New York Police Surveillance

Tension mounts ahead of Liberian runoff

Today in History for November 8th

Ku Li: Reforms first, polls later

31 Oktober 2011 - Isu Peninju Israel - Kenyataan Yang Diputar Oleh Kem. ...

31 Oktober 2011 - Parlimen Belia - Kem. Belia & Sukan - MP PKR Indera Ma...

31 oktober 2011 - Parlimen Belia - Kem. Belia & Sukan - MP PKR Balik Pulau

Ku Li akui tiada ruang dalam Umno

MP PKR Machang: Bahas Isu Peruntukan Kontraktot Bumiputra Kelas F

31 Oktober 2011 - Parlimen Balia - Kem. Belia & Sukan - MP DAP Rasah

31 Oktober 2011 - Konsep Parlimen Belia - Kem. Belia & Sukan - MP DAP Rasah

31 Oktober 2011 - Dinding Padang Futsal - MP PAS Pendang

31 Oktober 2011 - Kolam Renang Muar - Kem. Belia & Sukan - MP DAP Bakri

31 Oktober 2011 - Surat Jaminan Hospital Swasta - Kem. Kesihatan - MP DA...

31 Oktober 2011 - Status Hospital Shah Alam - Kem. KerjaRaya

31 Oktober 2011 - Konsesi Tol Puchong - Kem.KerjaRaya - MP DAP Puchong

31 Oktober 2011 - Projek Terbengkalan - Kem. Kerja Raya - MP PKR Teluk K...

Let's Dance, Starling

A collection of starlings is called a murmuration

UMNO Main Drama Setan.

.
Henti Pinjaman Perbelanjaan Aniaya Pelajar Melayu - Puteri UMNO

SUNGAI PETANI 7 Nov. - Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman perbelanjaan mulai 2013 merupakan satu bentuk penganiayaan kepada penuntut Melayu dan bumiputera.

Malah, tindakan tersebut bakal menambahkan lagi masalah bukan sahaja kepada penuntut dan keluarga mereka tetapi kerajaan, kerana usaha melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai di kalangan penduduk mungkin tidak tercapai.

Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan langkah PTPTN itu meskipun bermatlamat mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan.


Ini kerana, katanya, masih ramai penduduk terutamanya di luar bandar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tinggi, melainkan melalui pembiayaan pendidikan."Ramai di antara penuntut luar bandar kini bergantung hidup sepenuhnya terhadap pembiayaan PTPTN.

Kemana peruntukan RM426.5 juta untuk parlimen pembangkang?

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke mana perginya peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang di negara ini, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.
Menurutnya, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.
“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu.

Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar negara

KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur  menerusi National Feedlot Corporation (NFC).
Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.
Namun, keuntungan RM666 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.
“Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
“Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Projek Fidlot: Najib, Noh Omar bohong pinjaman RM250 juta

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa tindakan tata tertib dikenakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kerana berbohong di Parlimen.
Menurut Rafizi, pembohongan itu berhubung peruntukan RM250 juta wang rakyat menerusi projek National Feedlot Corporation (NFC) yang diberikan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

PKR dakwa Najib, menteri bohong berkenaan isu Pusat Fidlot Nasional

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pentadbiran Najib telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), kata Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli hari ini.
Menurut beliau, kenyataan pertama dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober lalu bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.
“Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Perkara 48(6) Perlembagaan tak akan dimansuh

Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kehilangan kelayakan seseorang anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan.

NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata peruntukan tersebut masih relevan terutama bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga kerana perlu melakukan semula proses pilihan raya kecil di kawasan terlibat.

"Peruntukan ini diwujudkan untuk menghalang anggota Dewan Rakyat atau DUN untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun. Jika dimansuhkan, maka sistem demokrasi yang kita amalkan akan terjejas semata-mata menjayakan agenda politik seseorang dan membuktikan populariti mereka. Ia tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia memansuhkan peruntukan tersebut dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memberi semangat kepada proses demokrasi.

PM lied about NFC loan, says PKR

File photo of the National Feedlot Centre.
KUALA LUMPUR, Nov 8 — PKR claims the prime minister lied when he said not all of the RM250 million government loan to the controversial National Feedlot Centre (NFC) had been disbursed. Datuk Seri Najib Razak said in a written reply to Parliament last Tuesday that only RM181.9 million from the total had been channelled to NFC as at July 31 this year.
But PKR alleged today that the cattle feedlot’s financial records showed that NFC had drawn down RM250 million by March 31, 2009 in two instalments.

Amanah: Panggil PRU-13 hanya lepas pembaharuan pilihan raya

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah mahu pilihan raya umum ke-13 hanya diadakan selepas pembaharuan pilihan raya yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.
Bercakap pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh (gambar) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata pentadbiran Najib perlu melaksanakan cadangan pembaharuan pilihan raya selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selesai menjalankan kajian.
“Kita alu-alukan langkah kerajaan bawa perkara ini ke Parlimen, kita harap kerajaan dalam laksanakan cadangan pilihan raya selepas jawatankuasa ini selesai jalankan kajian. Kemudian baru panggil pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Ku Li: Saya tubuh Amanah sebab tiada ruang suara di Umno

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.
Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.
“Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.
“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.
Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS

PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

Amanah sokong p'raya selepas tugas PSC selesai

NGO yang baru didaftarkan, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, hari ini menyokong tuntutan bagi mendesak kerajaan supaya tidak membubarkan Dewan Rakyat selagi cadangan oleh Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen PSC) belum dilaksanakan.

NONEAmanah diterajui oleh pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan dianggota boleh beberapa beks pemimpin utama BN yang lain.

Pada sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh, yang mengakui bahawa beliau dan pemimpin Amanah memang dipinggirkan oleh parti-parti masing-masing dan oleh itu perlu terus untuk menyuarakan pendapat mereka di atas platform NGO baru itu.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk membentuk PSC yang bertujuan membuat cadangan berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dan berharap pindaan undang-undang yang disyorkan jawatankuasa itu akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Projek lembu: PM, menteri berbohong, dakwa PKR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

Ketua Pembangkang: Bahas peruntukan JPM 2012 (2)

31 Oktober 2011 - Usia Perkhidmatan Tentera & Pencen - Kem. Pertahanan -...

31 Okt 2011 - Projek Lembu Fidlot Kedah - Kem. P&AT - MP PR

31 Oktober 2011 - Insantif Pertanian - Kem. P&AT - MP PKR Kuala Kedah

31 Oktober 2011 - Bekalan Benih Padi Sah - Kem. P&AT - MP PKR Kuala Kedah

31 Oktober 2011 - Penggulungan Dasar - Kem. Miti - Part 2 - MP PR

31 Oktober 2011 - Isu Lynas - Kem. Miti - MP PKR Kuantan

31 Oktober 2011 - Sumber Kewangan - Kem.Pelancongan - MP PKR Indera Mahkota

31 Oktober 2011 - Jambatan Kerata Api Tanah Merah - Kem.Pelancongan - MP...

31 Oktober 2011 - Kebersihan - Kem. Pelancongan - MP PKR Sungai Petani

31 Oktober 2011 - Binatang Liar - KSA&AS - MP PKR SP & Batu

31 Oktober 2011 - Usul 18(1) - Isu YB Rembau - MP DAP Bukit Gelugor

31 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Hubungan Kerajaan - Komunis - MP PAS Pok...

31 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Prestasi GLC - MP PAS Kuala Selangor

31 Oktober 2011 - Soalan Tambahan - Rapid KL - MP PKR Indera Mahkota

31 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Kenaikkan Pangkat Pegawai JPJ - MP PKR K...

PPSMI: Krisis legitimasi dan normatif

Aqil Fithri

8 NOV — PPSMI adalah bahagian dari konflik sosial. Justeru, dalam berbicara tentang konflik sosial, itu akan melibatkan dua aspek penting: teori sosial, dan teori normatif; antara realiti dan telos, antara fenomena dan noumena, antara praktis dan teori.
Justeru, di sini saya ingin menunjukkan bahawa dalam isu PPSMI ini, kedua ranah ini tidaklah memihak kepada kalangan yang mendukung PPSMI. Maknanya, untuk “apa yang ada” (das sein) itu ada masalah legitimasi, sementara untuk “apa yang seharusnya” (das sollen) itu ada masalah normativiti.
Begini. Kita mulakan dengan persoalan legitimasi dulu.
PPSMI, dilaksanakan pada tahun 2003, dengan tergesa-gesa, tanpa kajian, tanpa percubaan, dan melibatkan jumlah bukan-main, ura-ura lebih RM12 billion. Dengan semua ketergesaan ini, PPSMI dilaksanakan, dan akhirnya menimbulkan pelbagai bantahan keras, dan berpanjangan. Permulaannya, berlaku perdebatan yang melibatkan kalangan intelektual, ahli pendidikan, ahli sains dll. Namun, di kalangan PPSMI, intelektual yang paling kental tidak lain adalah Dr Mahathir Mohamad. Ini tokohnya. Mahathirisme adalah sumber pemikiran bagi kalangan PPSMI.

Election hopefuls to be screened by MACC?

Election hopefuls to be screened by MACC?Potential candidates for the 13th general election are expected to come under the microscope of several enforcement agencies including the Malaysian Anti-Corruption Commission.
Names of those being investigated by MACC or who could be the subject of an investigation would be classified under a list that would be sent to the leaders of their respective political parties, a source said yesterday.
"It will then be up to the leaders to decide whether the person should be fielded as a candidate," the source added.
It is understood that a different vetting process would also be carried out by the police and the Insolvency Department that could lead to a potential candidate having to sit out the elections.

Kes pemerasan: Tujuh anggota polis Johor ditahan..samseng berlesen nie..!!!

Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di Johor Baharu dua hari lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata semua mereka ditahan pada jam 3 pagi di kawasan Plentong di Johor Baharu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.

"Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Mokhtar berkata semua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman semalam empat hari.

- Bernama

DAP: Kos hidup boleh dikurang tanpa sesen pun

Di sebalik peningkatan program subsidi negara bagi membantu rakyat membendung kenaikan kos sara hidup yang terus meningkat, masalah itu sebenarnya boleh ditangani tanpa perlu membelanjakan sesen pun, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

111 ahli Umno sertai PAS sempena Idul Adha

KEPALA BATAS, 8 Nov: Seramai 111 orang penyokong setia dan ahli Umno di sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga menyertai PAS sempena Idul Adha tahun ini.
Kemasukan mereka ke dalam PAS juga sekaligus memberikan tamparan hangat kepada Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang sering mencetuskan kontroversi berhubung kemasukan ahli PAS ke dalam Umno di pejabatnya beberapa bulan lalu.
Sedangkan yang menyertai Umno bukannya ahli PAS tetapi mereka ditipu apabila diajak ke satu majlis dan bergambar dengan pemimpin Umno kononnya kecewa dengan PAS kerana tidak membantu ahli.

Bisu mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel : SAMM akan bentang bukti depan pengundi Jeli


Siaran Umum
Seketeriat SAMM Kebangsaan
8 Nov 2011
Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten sejak dua tahun kebelakangan membangkitkan isu hubungan dagang Malaysia – Israel. Isu ini telah diangkat oleh YB Er Teck Hwa (ahli Parlimen Bakri) sebagai soalan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam ucapan perbahasannya pada 17 Oktober 2011 yang lalu.
Namun pada 31 Oktober 2011, Menteri Dato’ Mustafa Mohamad telah bangun ke di Parlimen untuk menjawab soalan mengenai kementerian yang diwakilinya telah tidak menjawab soalan hubungan dagang dengan Israel. Ahli Parlimen Bakri walaubagaimanapun telah bangun beberapa kali mencelah meminta penjelasan mengenai hubungan Malaysia dan Israel. Mustafa terus membisu dan tidak tahan dengan asakan Mustafa diselamatkan oleh Yang Di Pertua Dewan dengan mengarahkan ahli Parlimen Bakri keluar. Di rekodkan ahli parlimen bakri telah diusir keluar secara fizikal oleh Bentara dewan kerana memohon penjelasan mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel.

Hubungan Perniagaan Malaysia dan Israel....siapa kini jadi pengkianat Islam dan negara...!!!!

Fakta Hubungan Perniagaan Malaysia dan Israel

Aziz Bari: Kebimbangan sektor awam terhakis jika Pakatan perintah tak masuk akal

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan. Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.
“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Aziz (gambar) berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

MP PAS Pokok Sena: Siasat Peguam Negara .. Pelapor tidak dipanggil

MP PAS Pendang: Bahas isu pendaftaran Pemilih

MP PKR Kuantan: Bahas Peruntukan JPM 2012

MP PAS Pokok Sena: Kenapa Tugas Pegawai Tadbir dibekukan?

Hundreds protest in Syrian central city of Homs

Frost Over the World - Guma al-Gamaty: 'An era has come to an end'

Papademos: Greece's new leader?

Deadly clashes ahead of Liberian vote

Budaya Anak Muda (2)

Oleh: MSK
sambungan….
Gen Boomers +ve yang lahir diantara 1946-1952 menjadi remaja pada tahun 60an. Bagi aku, inilah generasi yang paling teruk. Bukan saja depa ni kaki ganja, hippies, rockers..malah depa juga kaki seks. Mungkin kerana terpengaruh dengan revolusi seks di Barat pada tahun 50an. Cuba tengok sapa yang order kopi Tongkat Ali dan kopi Kapal Api kat warung-warung sekarang. Dah tua pun biang lagi.
Orang tua masa tu menepuk kepala bila melihat Gen Boomers +ve ini. "apa la nak jadi dengan negara masa depan?". Tapi aku respek kat Gen Silent yang jadi mufti masa tu. Depa memahami naluri anak muda. Depa tahu, anak muda yang berumur belasan tahun ini tengah biang. Yang lelaki mencakar dinding, yang perempuan melibas ekor. Kalau ditahan..depa buat diam-diam. Lantas, anak-anak muda ini dibenarkan kahwin pada umur muda. Yang perempuan berumur 13 tahun dah boleh kahwin. Jadi..tak timbul masalah anak luar nikah. Kalau dah fed up kahwin..boleh cerai. Cerai tak haram.
Jadi, soal anak luar nikah dan buang bayi tak timbul masa itu sebab seks sudah dihalalkan oleh perkahwinan.
Gen Boomers -ve yang lahir diantara 1953-1959 menjadi remaja dalam tahun 70an. Ini lagi satu masalah. Ini Gen demo. Tanya Isham Rais, Anwar Ibrahim. Tanya kat Berahim Ali pun tak apa. Dan sampai sekarang pun..kalau pasai demo..depa tiga orang ni mesti terlibat.

JPPM ikut telunjuk UmnoBn !

Bila JPPM nak luluskan Pakatan Rakyat ?
Pendukung dan  penyokong PR ternanti-nanti, bagai menunggu buah tak gugur

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, (JPPM atau ROS) adalah sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pendaftaran pertubuhan. di Malaysia.termasuk parti-parti politik.  Ia terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri dimana menterinya ialah Dato’ Hishamudin Tun Husien sendiri.


Apa yang dapat dilihat,  JPPM semacam  sudah hilang intergriti.  Di mana-mana Jabatan pun, dalam melaksanakan tugas  sepatutnya semua kakitangan termasuk pengarah atau timbalannya mestilah bersikap profersional dan berkecuali, tetapi apa yang berlaku di JPPM ini adalah sebaliknya !