Isnin, 7 November 2011

How do our life looks like by 2100?

With global population now at seven billion, it may be time to start planning for what the world will look like in the coming years.Though most of us won’t be around to see it, the United Nations has projected that our incredible population growth will level off at around 10 billion people by the year 2100.Already, at seven billion, we are experiencing severe poverty, hunger, a shortage of resources, increased urbanization and climate change issues.
Will we be doomed by 2100, or can we make it work? Since we’ve only got one planet (so far), let’s hope for the latter.
By 2100, 80 percent of the world’s populations will live in cities.

Siapa sebenarnya politikkan Seksualiti Merdeka?

Acara kempen kesedaran hak gay, Seksualiti Merdeka menjadi satu lagi isu yang memperlihatkan perbezaan politik yang menjurus kepada perpecahan Melayu Muslim di Malaysia, ketika umat sedang melalui musim haji.

Kedua-dua parti politik Melayu Muslim, PAS, Umno dan penyokong mereka, memperlihatkan kecenderungan menggunakan isu itu sebagai kempen politik.

Umno jelas sekali lebih didorong untuk mengecam program dan gaya hidup itu disebabkan penglibatan Datuk Ambiga Sreneevasan yang mengetuai Bersih 2.0 yang digerakkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Budaya Anak Muda (1)

Oleh: MSK
Dalam kehidupan ini, ada banyak penyakit dan masalah sosial. Dadah, seks bebas, rempit, stress, mental, gay, lesbian…kalau dikaji semunya boleh buat PhD.
Yang menarik dalam penyakit sosial ini ialah ia tak sama macam penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Perbezaannya ialah penyakit sosial selalunya dikaitkan dengan anak muda dan golongan bawahan, manakala penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung selalunya dihidapi oleh kelas atasan.
Lebih menarik lagi, penyakit kelas bawahan selalunya tidak dirasai oleh penghidap penyakit..tapi dirasai oleh kelas atasan. Dan penyakit kelas atasan ditanggung sendiri oleh mereka tanpa dirasai oleh kelas bawahan. So…siapa yang sentiasa sakit?
Cuba tanya pada penagih dadah apakah mereka sedar apa yang mereka buat itu boleh mendatangkan kemudaratan? aku gerenti, brader ni akan kata, "Relax la brader!..kita cuma mau enjoy saja." Ketagihan dadah bukan satu masalah kepada dia.

Hajj Pilgrimage in Mecca

Ceramah GEGAR : Ust Nasrudin Hassan Tantawi

Ceramah GEGAR : Ust Abd Khalil Abd Hadi

Ceramah GEGAR: Sdr Rafizi Ramli

Khutbah Aidil Adha 1432H: Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Foreign varsities swoop amid Malaysia’s brain drain

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, Nov 7 — Malaysia will face another brain-drain threat when some of the world’s best-ranked universities descend here this Wednesday to lure more local talent abroad, London-based Quacquarelli Symonds (QS) cautioned today.

The data-gathering firm predicted Malaysian students “will be taking the opportunity to study abroad” during the QS World University Tour, which will see universities offer them attractive education packages aimed at addressing their financial concerns.

Korban niat kongsi rezeki bukti sifat ketakwaan insan

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
AIDILADHA atau hari raya korban mempunyai banyak manfaat dengan pahala berlipathttp://2.bp.blogspot.com/_h_Ng3xJsrdc/TNYF8M6RvvI/AAAAAAAADXc/-pW4BPOSQfM/s400/raya+korban.jpg kali ganda kepada seluruh umat Islam. Bukan sekadar merayakannya dengan keinsafan dan kebahagiaan, Aidiladha turut menyediakan peluang umat Muhammad menunaikan ibadat korban.
Anas melalui riwayat oleh Bukhari dan Muslim katanya: “Rasulullah telah mengorbankan dua ekor kambing berbulu hitam dan putih. Aku melihat Baginda meletakkan kedua-dua kakinya di atas leher kedua kambing itu lalu membaca Basmalah dan bertakbir. Kemudian Baginda menyembelih keduanya dengan tangan Baginda sendiri.”

Penuhi Jiwa Menggapai Kemenangan

Oleh Muhammad Hafizuddi
Perjuangan meletakkan kalimah Allah sebagai kalimah agung adalah satu perjuangan yang menuntut redha Allah. Perjuangan ini tidak pernah senang dan mudah. Tiahttp://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/allah.jpgda masa untuk berehat kecuali di alam kubur, tiada masa untuk bersenang kecuali di akhirat sana. 
Darah muda kadang kala membuak. Setiap semangat anak muda berjuang tidak kira apa landasan dan aliran sekali pun, pasti berapi dan bertenaga. Lihat sajalah demonstrasi jalanan, yang hadir paling ramai sudah pasti anak muda yang dahagakan pembaik pulih dengan jiwa berkobar-kobar. Jangan dipandang remeh anak muda.

SIS umpama jentera Barat


SHAH ALAM – Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), menyelar kenyataan Sisters In Islam (SIS) yang tetap mempertahankan program Seksualiti Merdeka 2011, walaupun telah diharamkan polis dan mendapat kecaman pelbagai pihak.


Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, pen dirian SIS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong program tersebut, dilihat umpama jentera-jentera Barat untuk merosakkan Islam dan perpaduan di negara ini.

Belanda Haramkan Cara Penyembelihan Halal dan Kosher

SHAH ALAM 06 NOV : Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha, lebih sejuta penganut agama itu di Belanda sudah mula risau tentang bekalan daging halal mereka di negara Eropah tersebut.
Ini kerana, mulai bulan depan, kemungkinan besar pemerintah Belanda akan mengharamkan menyembelihan haiwan mengikut hukum syarak di negara tersebut.
Menurut sebuah laporan laman web British BBC, keputusan itu akan memaksa pembekal daging halal di Belanda untuk tutup kedai sekaligus menjejaskan bekalan kepada komuniti Islam di negara itu.

Guan Eng: Anwar tetap PM jika Pakatan tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya meskipun Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan dalam kes liwat semasa.
Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak.
“Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Idea Kapitalis : Banjir di Thailand didakwa punca .....

LEE    membetulkan   cili merah dijual RM16 sekilogram    di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
LEE membetulkan cili merah dijual RM16 sekilogram di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Harga beberapa barangan keperluan harian seperti sayur dan ikan tertentu terus meningkat dengan peniaga memberikan alasan terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang mendakwa ia berpunca daripada cuaca tidak menentu di negara ini dan banjir besar di Thailand sejak lebih empat bulan lalu.
Tinjauan di Pasar Chow Kit di sini semalam mendapati cili merah dijual pada harga setinggi RM16 sekilogram berbanding hanya RM9 sebelum ini.
Seorang peniaga, Lee Yu Hin, 24, berkata walaupun beliau menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga berkenaan, tidak banyak yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah itu.

Papandreou steps aside for unity government

Ortega set for re-election in Nicaragua

One Year From Election Day, GOP Race Unsettled

Today in History for November 7th

Sumbangan atas sumbangan


Maka, terdengarlah al kisah Haji Najib sumbangkan 402 lembu untuk dikorbankan di Pekan Pahang sempena Eidul Adha.

Maka terdengarlah jugalah suara-suara jahil yang memuji-muji Haji Najib. 402 3kor lembu. Wooo.... Banyak duit tu. Murahnya hati Haji Najib. Kah kah kah kah.... Hidup Haji Najib!!

Bagi mereka yang cerdik, yang tak mahu tertipu.... mereka skeptikal akan sumbangan Haji Najib. Lantas, mereka gali dan gali. Akhirnya timbulkan cerita sebenar. Ooooo... rupanya sumbangan atas sumbangan.... Dia kaut 'untung' atas angin.

Portal sahkan derma 402 ekor lembu bukan guna duit Najib

ARTIKEL di MiLo SuaM sebelum ini mempersoalkan satu laporan dari Utusan Malaysia yang melaporkan Najib dan Rosmah mendermakan 402 ekor lembu (RM1.2 juta) sempena Aidil Adha di Parlimen Pekan rujuk [derma Najib].

Bukan niat MiLo SuaM untuk menyebok dalam hal ini. Sebagai blogger, tugas utama kami ialah menjadi "watch dog" untuk memastikan masyarakat internet alert terhadap isu-isu semasa, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

Dengan itu, pemimpin atasan tidak boleh berbuat sesuka hati mereka. Derma 402 ekor lembu bukan jumlah yang sedikit, ia melibatkan belanja RM1.2 juta, sementara Utusan melakukan propaganda seolah-olah Najib mengeluarkan duit poketnya sendiri.

Lantaran itu MiLo SuaM mempersoalkan benarkah Najib sanggup menghabiskan 4 tahun gajinya untuk menderma? Persoalan itu mendapat respon sebuah portal, mynewshub.my dan portal tersebut mengesahkan bahawa ia bukan dari poket Najib.


Mynewshub.my memaklumkan, kesemua lembu tersebut bukanlah dibeli oleh Perdana Menteri, sebaliknya ia adalah hasil sumbangan pihak swasta.

Terdapat kira-kira sembilan buah syarikat dan individu terlibat dalam pembelian lembu-lembu tersebut untuk diberikan ke kawasan parlimen berkenaan.

Jadi ini sekaligus menafikan yang Najib mengeluarkan duit poketnya sebanyak RM1.2 juta untuk membeli lembu-lembu tersebut.

ReJaM© "Maka propaganda Utusan menaikan Najib terkantoi di situ..."

Aidiladha: NGO Islam nasihat bukan Muslim jangan timbul isu remeh

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah menasihatkan badan mewakli bukan Muslim tidak menimbulkan isu-isu remeh-temeh yang “memalukan masyarakat negara ini” ekoran rasa tidak puas hati mereka berkaitan soal menyembelih ternakan korban di tempat awam sempena Aidiladha.
Kelmarin, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa pihak berkuasa supaya tidak meneruskan amalan menyembelih lembu-lembu di pekarangan sekolah dan tempat-tempat awam.
“Kami menyarankan agar mereka dapat mencontohi rakan mereka di Singapura, Thailand dan Indonesia yang tidak menimbulkan isu remeh yang memalukan masyarakat di negara ini,” kata kenyataan Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah yang dianggotai Angkatan Belia Islam Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia dan Persatuan Ulama Malaysia, hari ini.

How many big shots has the MACC actually interrogated?

How many big shots has the MACC actually interrogated?The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has opened 36 investigation files on issues raised in the Auditor-General's Report 2010. Unexpectedly, the first report has consternated the public.
The MACC found that the Marine Park Department's official involved in the purchase of two pairs of night vision binoculars which cost 10 times more than the market price was free from corruption and power abuse charges, but only violated the Treasury instructions for the procurement of government tenders, which states that market price research must be conducted before any approval is granted.
Such a conclusion has lead to a number of doubts.
Firstly, how could the commission complete the investigation within a short period of nine days, including the Deepavali holiday, Saturday and Sunday, but failed even to find out the number of officials involved in the purchase?

Ikhtilat : Dalil dan Hukumnya


~DenganNamaAllahyangMahaPengasihLagiMahaPenyayang~
Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.

Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.

Apakah sebenarnya ikhtilat itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka.

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah:

Ikhtilat :Salah Faham Terhadapnya


~BismillahirRahmanirRahim~


Salahfaham bagi yang tak faham :

i) Menyekat ikhtilat bermaksud akan menyekat pergaulan dan komunikasi antara lelaki dan perempuan
ii)Kita perlukan komunikasi antara lelaki dan perempuan dalam dunia ni (tapi perlu ke setiap masa atau selalu ke keperluannya??)



Ikhtilat yang tidak terbatas akan menyebabkan pergaulan bebas yang seringkali terbabas~

Ikhtilat : Benteng Hati dan Pancaindera

~BismillahirRahmanirRahim~

Berkurun sudah tak menyentuh keypad untuk menaip di blog...Namun kali ni tergerak hati dan jari untuk menaip kali ini,sebagai suatu renungan dan perkongsian pandangan yang sekian lama
terpendam...

Pernah suatu masa di kelas tuisyen,seorang guru sains ala ustazah berseloroh,
"Cikgu letak kamu lelaki satu kelompok,perempuan satu kelompok,sebab bila sama jantina ni dia akan menolak,tapi bila berlainan dia akan menarik,haaa macam magnet...Betul tak??"
Benar saja telahan guru tersebut...Pasti ada tarikan pabila caj yang berlainan didekatkan...

Konsep Ikhtilat(percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi) ditekankan sejak kita kecil ,semasa sekolah rendah,tergelak juga pabila teringat saat TERSENTUH tangan muslimat,muslimat tersebut spontan berkata,

"Ishh...najis najis..."

lalu menyapu tangannya...Kita diajar HARAM menyentuh individu berlainan jantina,lalu kita cuba mengamalkannya,cuba mengelak daripada melanggar peraturan tersebut..

Namun peraturan yang dahulu itu sudah hilang musnah pabila melangkah ke alam sekolah menengah...Biasalah,"couple is necessary when you enter the teenage world"...Jelas peraturan itu dahulu hanya ikut-ikutan,tapi pabila semakin dewasa ia perlukan pemahaman dan pengamalan..

Pelindung Vs Perosak

Oleh: Farhana


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.




Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Taib’s son awarded millions in govt contracts

Most of the contracts were awarded without an open tender being called, claims the DAP.
KUCHING: For the past five years, Chief Minister Taib Mahmud’s son Abu Bekir has been the main beneficiary of millions of ringgit worth of government contracts awarded by the state government.
Confirming widely speculated rumours here, the state government recently disclosed in its written answer to a DAP assemblyman that most contracts were awarded without an open tender being called.
The contracts were awarded to two companies – Titanium Project Management Sdn Bhd and Woodville Construction Sdn Bhd.
Titanium is linked to Abu Bekir.

Boycotting polls not the answer, says Fuziah Salleh

Sabahans were told that the ruling government cannot dismiss 'people power'.
PENAMPANG: Boycotting the general election as a means of expressing their dissatisfaction against the Barisan Nasional government is not the answer, said Kuantan parliamentarian Fuziah Salleh.
“A boycott is out of the question…We believe in the power of the people, the voice of the rakyat.
“So we would like to say to the government of day to think about the rakyat and do not underestimate or belittle the rakyat as they know better.
“They want to see a fair election,” said Fuziah, who was here recently.
She did not rule out the possibility of Bersih 3.0 (rally) taking place, if  the government and the Election Commission (EC) failed to meet the peoples’ demand for genuine electoral reform, before the 13th General Election.

Would you trust this man to save the world?

Would you trust this man to save the world?HE hosts "Bunga-bunga" sex parties, makes inappropriate jokes and is generally considered Europe's flakiest leader.
He also holds the future of the euro - and the world economy - in his hands.
But Italian Prime Minister Silvio Berlusconi insists that despite defections from his shaky coalition he still commands enough support to save Italy - and the world - from financial disaster.
It's a scary thought when you consider that he doesn't believe anything is wrong. "Life in Italy is good. The restaurants are full. It's difficult to get a seat on a plane they're so busy; holidays are all booked up," he told Italian TV after he was put on probation by the IMF.
Yesterday he defied calls from his own coalition and from the country to step down or bring in members of the Italy's opposition parties into his government.

Lensa : Taman Tema Di Korea Utara


Ini ialah sebuah taman tema keluarga untuk rakyat Korea Utara. Ianya diberi nama Taman Mangyongdae yang terletak 10 kilometer diluar Pyongyang dan ianya sebuah taman tema yang dalam keadaan sangat sadis. Macam funfair pun ada. Banyak rides yang dah berkarat dan nampak tak selamat. To think that taman ini hanya dibuka kepada golongan tertentu sahaja di Kore Utara, I cant imagine camne rupa taman tema untuk kelas kebanyakkan pula. Mesti lebih teruk dari Mangyongdae.

Umat Islam sejak dulu lagi tidak pernah ada masalah dengan homosexual...

Saya merujuk artikel "Dari isu Hudud ke Homoseksual: Pakatan Rakyat mula terperangkap" oleh Lim Hong Siang.

Saya tidak ada masalah untuk bersetuju dengan beberapa hujah penulis dalam artikel ini.  Cuma beliau membuat satu kesilapan dengan merumuskan bahawa masyarakat bukan Islam "lebih toleransi" terhadap golongan homosexual, dalam erti kata lain, masyarakat Islam lebih "tidak toleran".  Ini mungkin disebabkan penulis tidak memanjangkan kajian tentang pergerakan menuntut hak homosexual ini dan sejarah makro di sebaliknya.

Sebenarnya, umat Islam sejak dulu lagi tidak pernah ada masalah dengan homosexual, iaitu kini dinamakan oleh media yang kononnya politically correct dengan pelbagai nama, contohnya "LGBT".  Perkataan "gay" dan "queer" pula adalah ciptaan baru, sedangkan mereka ini dahulu dikenali sebagai "sodomites" dan "homosexuals".

Pakatan tidak bincang kurangkan kakitangan awam

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Kalau ada-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili PR," tegas beliau lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini.
"Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak.
"Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Mahfuz berkata, banyak yang boleh dipelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada.

Tengku Adnan: AGM 2011 sangat penting bagi Umno-BN rampas majoriti dua pertiga

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Perhimpunan Agung Umno 2011 akhir bulan ini sangat penting dalam perjuangan parti itu untuk merebut kembali majoriti dua pertiga bagi Barisan Nasional (BN) di Parlimen, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata perhimpunan kali ini, yang akan berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember, akan menumpukan pada isu-isu membabitkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bersama Rakyat : Sembelih Sendiri Lembu Korban

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan di Kompleks Agama Panji hari ini.

Majlis itu Sultan Muhammad V turut menyembelih sendiri seekor daripada 4o lembu yang dikorbankan. -SinarHarian

PTPTN: Syor hapus pinjaman perbelanjaan bukan muktamad

TEMERLOH, 7 Nov — Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata, ia adalah satu cadangan yang akan dikemukakan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.
“Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan peminjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan,” katanya dipetik Bernama Online.

Teka-teki PRU bulan depan makin rancak, tapi 2012 pilihan ramai

7 Nov — Datuk Seri Najib Razak selesai menunaikan haji. Parlimen dijangka akan selesai meluluskan Bajet 2012 minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat menyambung persidangannya esok. Ia antara pertimbangan terbaru spekulator bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bulan ini. Tinggal enam bulan mandat kerajaan pusat semasa genap empat tahun. Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Dalam hal ini, PAS Selangor meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bulan depan selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti meluas oleh media untuk memberi kesan positif ke atas kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang keenam. Pilihan raya umum ke-13 adalah yang pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri.

Ust Azhar Idrus- Tidak Mahu Ikut ; Diam

Ust Azhar Idrus- Isteri Bomoh ' Pawang '

Ust Azhar Idrus- Isteri & Ilmu Hitam

Ust Azhar Idrus- Apa Makna Dajjal

Ust Azhar Idrus- Dedah Aurat & Lucah

Ust Azhar Idrus- Nafkah Isteri Berkerja

Ust Azhar Idrus- Suami Berat Nanang

Ust Azhar Idrus- Anak Degil & Nakal

Ust Azhar Idrus- Isteri Sepi

Ust Azhar Idrus- Bercinta Selepas Kahwin

Ust Azhar Idrus- Pesanan Buat Isteri (B)

Ust Azhar Idrus- Pesanan Buat Isteri (A)

Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Dalam Hujan (Part 4/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Dalam Hujan (Part 3/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Dalam Hujan (Part 2/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Dalam Hujan (Part 1/4)

Sejarah Jabatan Amal Malaysia

White House Protest Over Pipeline

Arrests at Occupy Atlanta protest

Greek PM, Opposition Reach Power-sharing Deal

Zul Noordin tak dak standard

Kisah Anak Durhaka - Najib lebih dahsyat dari Malin Kundang

Oleh Al Husseyn

Salam 'Aidul Adha kepada semua.

'Aidul Adha mengingatkan kita kepada kisah silam tentang Nabi Allah Ibrahim yang di uji cuba oleh Allah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail .

Ianya juga memaparkan tentang kesabaran dan ketaatan seorang anak, Nabi Ismail yang taat dan rela dikorbankan demi menunaikan amanah yang diperintahkan oleh Allah SW.

Hak-hak mengikut peruntukan perlembagaan

Oleh Wan Larut Wan Muda
 
Mulanya empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Hilman Idham (Presiden), Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
 
Atas kejadian ini, keempat-empat mahasiswa ini di dakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi :

GE13: Bersih backs MCLM’s stand

Malaysia cannot go to the polls with the electoral roll in its current state, says Bersih 2.0 chairperson S Ambiga
PETALING JAYA: Bersih 2.0 chairperson, S Ambiga, has thrown her support behind the Malaysia Civil Liberties Movement’s (MCLM) stand to prevent the next general elections from proceeding before the necessary reforms are put in place.
On Saturday MCLM president, Haris Ibrahim, said that MCLM had received “credible information” that Parliament will be dissolved on November 11 and that polling day would be fixed for December 10.
He pointed out that any elections called before the Parliamentary Select Committee (PSC) had completed its work will not be free and fair.

Pemikiran bangang oleh AP Kulim Bandar Baru !

Zul mengajak rakyat jadi bangang macam beliau!

Dalam isu penganjuran “Seksualiti Merdeka” yang panas diperkatakan sekarang ini, jelas sekali banyak pihak tidak bersetuju dan membantah. Manakala dalam isu himpunan “BERSIH 2”  pada Julai 2011 pula terlalu ramai pihak atau NGO yang menyokong.  

Pengerusi Majlis Peguam S.Ambiga yang mengetuai BERSIH 2 disanjung dan disokong kerana perjuangannya banyak membawa kebaikan,  iaitu membersihkan SPR yang terlalu kotor !.  Ok,  semua orang faham,  tetapi  Zul al kataki AP Kulim Bandar Baru masih juga terlopong dan ternganga, tak faham-faham !! .

Hari ini entah dimana silapnya  S.Ambiga (wakil Majlis Peguam) tiba-tiba telah membuat pertimbangan yang kurang wajar atau tidak kena. Beliau menjadi salah seorang dari penyokong “Seksualiti Merdeka” yang akan dilancarkan pada 9 Nov.2011 ini.  Maka berkokoklah si Zul bengap ini – dengan melontarkan persoalan,.. Kenapa PAS dan PKR tidak menyokong S.Ambiga dalam isu terbaru ini? Satu soalan yang betul-betul bangang!.  Budak tahun enam pun boleh menjawabnya.

Korban : Najib belanja lebih 4 tahun duit gajinya untuk menderma

Sumber MiloSuam

SEMPENA Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Utusan melaporkan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor mendermakan 402 ekor lembu untuk tujuan korban di kawasan parlimen Pekan [Utusan]. Ini bermakna, Najib dan isteri yang pemurah lagi dermawan telah membelanjakan duit sebanyak RM1.2 juta untuk mendermakan 402 ekor lembu dengan mengambil kira harga purata terkini harga lembu-lembu korban RM3,000 seekor.

Apabila Adanya Manusia Tidak Yakin Dengan Kekuasaan Allah Ketika Di Tanah Suci..

Oleh: Tok Janggut
Mekah adalah Tanah Suci yang dijamin keselamatan oleh Allah ke atas semua manusia yang berada di sana walaupun berlaku kecurian samada wang ringgit dan lain-lainya tetapi itu adalah merupakan perkara terpencil dan berlaku secara sembunyi-sembunyi oleh pihak yang melakukanya kerana mereka tahun akan hukuman yang bakal diterima jika dapat ditangkap oleh pihak berkuasa di sana.

Selami pengorbanan Siti Hajar

Oleh Mohd Zawawi Yusof
SELAMAT hari raya Aidiladha. Semoga segala amalan korban yang kita sertai diterima Allah s.w.t. Setiap kali datang Aidiladha kita akan mengulangi cerita mhttp://isman9.files.wordpress.com/2009/12/menyembelih-lembu-korban.jpgengena pengorbanan.
Memang kena ulang, sebab kita masih kedekut berkorban. Kita lebih banyak menerima dari memberi, kita lebih senang diperhati daripada memerhati, kita lebih seronok dihormati dan amat lokek menghormati.

Haji lambang kekuatan ummah

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin

PADA hari ini, jutaan umat Islam yang menjadi tetamu Allah di Mekah sedang berhimpun melakukan ibadat untuk taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah SWhttp://2.bp.blogspot.com/-w0mrES0AK2I/TZH99tScUFI/AAAAAAAABZ8/JurYMkVwHCI/s1600/Biaya-Haji-2010.jpgT, pencipta sekelian makhluk yang ada di muka bumi ini.
Semestinya, berbahagialah mereka yang dijemput oleh Allah SWT mengerjakan haji kerana ganjaran bagi haji yang mabrur (diterima) itu adalah syurga.

Harapan pengguna terhadap kelahiran sebuah rangkaian TV baru

Oleh Markus Lim
Mutakhir ini, begitu banyak stesen televisyen yang tumbuh bagaikan cendawan di neghttp://malaysiads.com/wp-content/uploads/classipress/led-tv-for-sale-108651166.jpgara kita.
Daripada stesen televisyen satelit, dalam talian, televisyen mudah alih dan kini kabel, semuanya bersaing untuk merebut pasaran penonton. Dalam merebut pasaran penonton, pelbagai pakej saluran TV ditonjolkan dan datang dalam harga yang murah pada permulaannya. Segalanya cukup cantik, berpatutan dan menjanjikan kepuasan terbaik.

Demokrasi AS ‘dua kali lima’ Umno

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Tanggal 31 Oktober 2011 bakal diingat sebagai titik mula amat bermakna bagi para pencinhttp://2.bp.blogspot.com/_g4NaS7c2SP0/S6htUCA7ScI/AAAAAAAAATA/tthmtxZaEHw/s320/arti_demokrasi1.jpgta keamanan dan kedamaian dunia, khususnya dalam usaha merealisasikan wujudnya sebuah negara berdaulat dinamakan Palestin.

Negara itu akhirnya diperakui sebagai anggota penuh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia merupakan perkembangan paling membanggakan yang sekaligus menandakan masyarakat antarabangsa semakin mengiktiraf perjuangan Palestin.

Syarikat DI Terengganu Berhentikan Pekerja & Beri Pampasan Serendah RM22.20


Kuala Terengganu - Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban, 22 daripada 70 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) tidak menyangka mereka turut menjadi 'korban' apabila diberhentikan kerja berkuat kuasa esok.

SEBAHAGIAN daripada 22 pekerja Terengganu Agrotech mengadakan demonstrasi aman di Gong Badak, Terengganu semalam.

Alasan yang diberi pihak syarikat untuk membuang seorang pengurus, enam eksekutif dan selebihnya kakitangan kontrak itu ialah kerana syarikat mengalami kerugian dan melakukan penstrukturan semula.

The battle for Malaysia starts with Selangor

KUALA LUMPUR, Nov 7 — An inscription on a monument in Malacca describes how important the port city was to Europe in the 16th century: “Whoever holds Malacca, holds the throat of Venice”. Four hundred years later, the same could be said of Selangor and its relation to Putrajaya.
In May, Barisan Nasional supremo Datuk Seri Najib Razak told a gathering in the Selangor capital, Shah Alam, that the coalition must win the state back “with any weapon”.
Azmin said working-class Malays and Indians who come to the city are affected most directly by inflation. — File pic
Besides being the country’s richest state, a quarter of Selangor’s population are migrants as far as Perlis, Sabah and Kelantan. The money and the ideas that gestate in the Klang Valley are taken back to the most remote corners of Malaysia where they can be translated into votes. It is why Pakatan Rakyat (PR) activists are passing out packets of propaganda to youths and families travelling back to their kampungs so that the pact’s message gets spread far and wide.
“One of the ways we get old folks in the kampung to support us is to get our supporters, who work in the Klang Valley, to persuade their parents and relatives when they balik kampung,” said Rosli Md Nor, a PAS activist in northern Johor when talking about strategy in rural areas.

In Selangor, urban voters remain fickle

KUALA LUMPUR, Nov 7 — The popular political view assumes that because people get greater exposure to ideas and information in cities, these areas are likelier to be pro-Pakatan Rakyat (PR).
After all, the Bersih 2.0 rally turned out to be a mostly urban event where the only positive publicity was on the Internet — which is widely available in cities compared to kampungs.
Khalid said Malay voters know that their problems are due to BN mismanagement. — File pic
Cities are predominantly young, almost by 65 per cent by some estimates, where adults migrate from the countryside to work and eventually settle down in. The youth vote also propelled the PR to take over four states in 2008.    But like the Malay rural profile, these landscape features — available technology, a more vibrant marketplace of ideas, youthful openness to change — underestimate the human capacity to mould and be moulded by prejudice and ignorance.
Mohamad Abdul Rahman, for instance, has a hard time breaking through the racialist mindset of the young, working-class Malays in Taman Templer, a diverse constituency in Selayang, north of the famous Batu Caves in Selangor.

Selangor’s rural voters turning inscrutable, weighing all options

KUALA LUMPUR, Nov 7 — The fashionable view among the punditry declares that the battle for Putrajaya will be split between the countryside and the cities.
The subtext which is unfashionable to mention but necessarily implied is that it’s the Malays who are the keeping the Barisan Nasional (BN) in power, because they make up the majority of “kampung folk”. The non-Malays, on the other hand, will supposedly support Pakatan Rakyat (PR). 
But the reality is much more complex, according to BN and PR grassroots workers, leaders and ordinary Selangor folk who The Malaysian Insider spoke to.
File photo of people at a Ramadan bazaar. Selangor’s high level of development, its dense multi-ethnic population and the rivalry between state and federal administrations create trends and problems that shape political attitudes in startlingly complex ways.
For instance, “Khairulzaman” is a 48-year-old accountant at a government-linked-company in Kuala Lumpur. He has a smart phone and is reasonably informed of the latest political scandals. He is frankly scornful of Parti Keadilan Rakyat (PKR) and its de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.    Then there is Adam Mohamad a 38-year-old padi farmer who lives in a part of Selangor where cellphone coverage is spotty. Adam and farmers like him depend on fertiliser and herbicide subsidies from the federal government. The feds also helped stabilise padi prices, thus increasing incomes. When asked if all this aid would guarantee support in an election, Adam said: “Not necessarily.”

4 Mat Rempits, Hilmi Yahya and more Penang Umno skullduggery

4 Mat Rempits, Hilmi Yahya and more Penang Umno skullduggeryThe recent tale of four "Mat Rempits" or as their critics call them , the four stooges, who joined a mob of 300 other "Mat Rempits" in demonstrating against the Pakatan Rakyat Penang state government, demanding for a race track to be built for their motorcycle racing, is astounding.
Yet, the four have been welcomed by Teluk Bahang Umno state assemblyman Dr Hilmi Yahaya, who was quick to announced that three of them were PAS members and the fourth a DAP member.
Firstly, would they ever dare to protest and make such a demand in the BN-ruled states? Surely, it won't be difficult to guess where will they end up if they did so!
The three PAS members may be disgruntled with their party leadership, while the lone DAP member only joined the party after the 2008 general election. Were these guys all opportunists, merely trying to vent their frustration on their party leaders because they could not get what they wanted? Or was there a more sinister motive?

Had laju bagi Muhyiddin: pembahagian kuasa di dalam Umno berbalik kpd Najib

Had laju bagi Muhyiddin: pembahagian kuasa di dalam Umno berbalik kpd NajibPersamaan kuasa dalam Umno seolah-olah telah bertukar lagi, kali ini kembali kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijangka menghadapi cabaran kuat untuk jawatan presiden Umno dari timbalannya, Muhyiddin Yassin, tahun depan.
Tanda-tanda yang jelas terdapat selepas bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang berpengaruh secara terbuka menegur Muhyiddin atas dasar pendidikan, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh menganggap Najib untuk membatalkan keputusan TPM jika mereka mendapati ia tidak boleh diterima.
Muhyiddin telah memberi amaran keras bahawa beliau mahu memansuhkan PPSMI atau pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dan kembali menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia.
Ramai yang menuduhnya dengan sikap menghasut dan cuba untuk mendapat mata lebih dengan pengundi Melayu dan ahli-ahli Umno yang akan datang berhimpun pada perhimpunan parti Disember nanti. Sesungguhnya retorik beliau untuk menekankan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai perkara yang patriotik untuk menunjukkan imej perkauman.

Enggan lulus pendaftaran Pakatan bukti BN takut `dua parti'

Enggan daftar Pakatan bukti BN takut `dua parti'KOTA BHARU : Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan keengganan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sedangkan permohonan telah pun dikemukakan selaras dengan kehendak perundangan adalah menghalang proses perjalanan demokrasi di Malaysia.
“Selain itu, Umno Barisan Nasional takut kepada ‘sistem dua parti’ sekiranya pendaftaran Pakatan Rakyat diluluskan. Bahkan gabungan Pakatan Rakyat itu dilihat BN mengancamnya," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Elaun Guru-Guru Pasti Negeri Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha 1432 Hijriah di Dewan Astaka, JKR 10 dekat sini, kelmarin.

AUKU: ‘Tua tak semestinya benar, muda tak semestinya salah’

7 Nov — Dunia pengajian pendidikan tinggi baru-baru ini digemparkan dengan berita kemenangan empat (bekas) mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas dakwaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikenakan ke atas mereka oleh pihak pentadbiran universiti. Penggunaan AUKU adalah satu hal lazim yang sering dimomokkan ke atas pelajar universiti oleh pihak pentadbiran bagi menyekat keterlibatan pelajar dalam beberapa isu nasional terutamanya politik sekali gus menyekat kebebasan bersuara pelajar. Sebaliknya hal ini menyebabkan naluri pelajar semakin memberontak untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara dari terus-terusan ditindas serta terus menjadi ‘pak turut’ yang harus dan mesti mengiyakan sahaja apa saja yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran universiti walau pada dasarnya bertentangan dengan kepentingan yang diperjuangkan oleh pelajar.

Audit: Pegawai KKM berdepan tindakan tata tertib

azlanTindakan tata tertib mungkin dikenakan terhadap beberapa pegawai kementerian kesihatan (KKM) yang mendorong pembayaran awal dibuat bagi bekalan peralatan kesihatan yang belum diterima bernilai RM708,220.

Ketua setiausaha kementerian kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa berkata tindakan itu disyorkan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada 19 Mei lalu.

Beliau merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini yang mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007 dibuat sebelum peralatan diterima.

Anak Luar Nikah : Majlis Fatwa wajar tangani ‘diskriminasi’ isu nama bapa bayi - Sarjana


KUALA LUMPUR, 7 Nov — Pihak berkuasa agama negeri khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan wajar mengadakan muktamar bagi membincangkan isu memasukkan nama bapa kepada bayi-bayi luar nikah atau yang lahir dalam tempoh enam bulan daripada tarikh perkahwinan ibu bapa mereka, demikian menurut sarjana-sarjana Islam.
Prof Dr Mohamad Ajmal Abdul Razak Al-Idrus dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) berkata, satu pertemuan perlu dipanggil untuk membincangkan isu berkenaan di kalangan sarjana yang berlainan aliran sunah untuk “mencari satu penyelesaian secara progresif.”
Kata beliau, sudah ada kes-kes masa lalu di mana menerima idea daripada aliran lain, antaranya berkaitan tunai haji, apabila lelaki dan wanita boleh bersolat bersebelahan, di depan atau belakang satu sama lain dan menyentuh satu sama lain secara tidak sengaja tidak membatalkan sembahyang.