Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha

Rakyat Marhaen Group mengucapakan selamat Aidiladha kepada semua pembaca, khususnya yang beragama Islam.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.


Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.
"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.


Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.
Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Lensa : Dari Padang Arafah…

 Muslim pilgrims arrive to pray at Mount Arafat near the holy city of Mecca, early on November 5, 2011. More than two million Muslims began massing on Saudi Arabia's Mount Arafat and its surrounding plain, marking the peak day of the largest annual pilgrimage.
Muslim pilgrims arrive to pray at Mount Arafat near the holy city of Mecca, early on November 5, 2011. More than two million Muslims began massing on Saudi Arabia’s Mount Arafat and its surrounding plain, marking the peak day of the largest annual pilgrimage.
Muslim pilgrims gather at Mount Arafat near the holy city of Mecca, early on November 5, 2011. More than two million Muslims began massing on Saudi Arabia's Mount Arafat and its surrounding plain, marking the peak day of the largest annual pilgrimage.
Muslim pilgrims pray on Mount Mercy on the plains of Arafat during the annual haj pilgrimage, outside the holy city of Mecca November 5, 2011.
A Muslim pilgrim prays on Mount Mercy on the plains of Arafat during the annual haj pilgrimage, outside the holy city of Mecca November 5, 2011.
A Muslim pilgrim prays on Mount Mercy on the plains of Arafat during the annual haj pilgrimage, outside the holy city of Mecca November 5, 2011.

Tahukah Anda 32 Perkara Rahsia Israel Disembunyikan..




1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir k eluar Palestin?

SPEAKER’S CORNER - UNIVERSITY OF MALAYA



After an absence of 37 years Malaysia’s original Speakers Corner will once again be the site of a historic and emotional gathering of many pioneer activists who kept it alive between 1966 and 1974.
Encouraged by the recent govt. initiative to revive this tradition of student activism and public oratorical skills, a small group of veteran activists got together, obtained the authorization of the VC, Tan Sri Dr Gouth Jasnon, and plan to hold a grand Reunion to celebrate the 45th anniversary of Speaker’s Corner that will be open to all past and present students of University of Malaya.
The event will be held at the original site (across from the Arts Faculty and near the Library) on 30th November 2011 at 10.00am.
This will be a social gathering of veteran and current activists from near and far away places including Puerto Rico, USA.
We are hoping the media will give this historic event the publicity that it deserves. It is with this in mind that I contact you. We will appreciate it very much if the Star will cover this event before, during and after this gathering.

Orang melayu menyampah dan meluat kepimpinan umno?

Oleh Abdullah Ngah
Kalau orang Melayu mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu yang di istilahkan benci, menyampah dan meluat sudah tentu calon yang tak bersih pasti tak menang.

Dalangnya yang jelas sebagai pengkhianat Negara pun boleh menang mudah dan 67 peratus rakyat Malaysia beri amanah memerintah.

Jadi, menyampah dan meluat orang melayu kepada kepimpinan umno hanya kata kata yang dimanipulasikan oleh sesetengah kalangan penyokongkuat umno. Tak lebih daripada itu.

Hukum agih daging korban kepada bukan Muslim

Oleh Alias Othman

ISU yang sering ditimbulkan dalam ibadat korban ialah amalan korban dalam masyarakat berbilang atau silang agama. Dalam konteks masyarakat silang agama, yang penting ialah usaha meletakkan Islam di tempat dapat dilihat oleh semua pihak sebagai satu sistem yang mampu memesrakan hubungan dalam kehidupan seharian.

Melihat amalan ibadat korban di Malaysia, pendapat yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di negara ini ialah daging korban tidak boleh diberi makan kepada orang bukan Islam.

Pada peringkat sebelum berlaku interaksi sangat rapat antara orang Islam dan bukan Islam di Malaysia, pegangan seperti itu memang tidak menimbulkan apa-apa isu.

Bahasa Inggeris wajib dipertingkatkan - tetapi PPSMI bukan penyelesaiannya

Dr Mahathir berkata DS Najib boleh menyelesaikan isu PPSMI yang sedang dibahaskan oleh rakyat. Dr Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab melaksanakan PPSMI semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

Muhyidin telah mengambil keputusan dan meminta sokongan dari kabinet dan Parlimen untuk kembali kepada mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia. Apabila isu ini masih menjadi perbahasan kita tidak terlepas dari bertanya, kenapa sudah 54 tahun merdeka isu medium pengajaran dalam bahasa apa ini masih tidak terlerai.

Mahathir berkata Najib boleh menyekat implimentasi pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana beliau (Najib) adalah Perdana Menteri. Najib sendiri adalah seorang pemimpin yang sebenarnya masih mahukan pembelajaran sains dan matametik ini dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi Najib tidak berapa berani untuk meminta Muhyiddin untuk membatalkan hasrat beliau (Muhyidin) untuk tidak meneruskan pembelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Malaysia.

Pro-M Nasional : TPM Disyor Letak Jawatan Menteri Pelajaran


Kuala Lumpur, 5 Nov : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran dengan kadar segera sekiranya sudah tidak mampu untuk lebih bertanggungjawab terhadap masalah siswazah yang tidak dibuka peluang pekerjaan untuk mereka.
“Semua pihak tahu masalah kekurangan guru masih tidak diatasi dan tindakan Muhyiddin menyuruh siswazah-siswazah yang dilatih dalam bidang perguruan mencari kerja lain adalah sangat tidak bertanggungjawab,” demikian gesaan dibuat Mohd Taufiq Abdul, yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional.

Amaran UKM4 : UMNO Penyebab BN ‘Hilang Undi’

Hilman Idham (dua dari kiri) bersama Ismail Aminuddhin (dua dari kanan), Azlin Shafina Adzha (paling kanan), Wong King Chaì (kiri)

Kuala Lumpur, 5 Nov : Empat aktivis mahasiswa UKM yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semalam ‘mengugut’ akan memastikan BN hilang undi generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Zaid: Kita tak rebut kerusi PM tapi mahu jadi parti pemerintah

KOTA BARU, 5 Nov – Parti Kesejahteraan Insan  Tanah Air (Kita) akan meletakkan banyak calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13  kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.
Sambil berkata Kita merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi.
“Kita bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti,” katanya dipetik Bernama Online.

MBMMBI: Sesi penerangan minggu depan, kata timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Sesi penerangan kepada pihak sekolah  mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dijangkakan akan bermula minggu depan secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata penerangan kepada pihak sekolah dibuat ekoran sesi penerangan peringkat kementerian yang diadakan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri turut memberi penerangan kepada  Kabinet semalam.
Wee memberitahu pemberta di sini hari ini Kementerian Pelajaran sedang menyiapkan surat pekeliling mengenai MBMMBI yang akan diedarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri, lapor Bernama Online.

Perlunya parti mewakili kaum pekerja di Malaysia

Sebenarnya isu mengenai penindasan majikan terhadap pekerja serta kenaikkan gaji yang terlalu rendah membuatkan kami seperti dianak tiri kan oleh kerajaan. Kami merasakan seolah-olah kerajaan hanya mementingkan sektor awam dari kami sektor swasta.

Kerajaan hanya mementingkan Cuepacs yang mewakili sektor awam dari MTUC yang mewakili sektor swasta. Kemuncaknya dari ketidakadillan itu satu rapat umum yang diadakan oleh MTUC yang mewakili sektor swasta kerana menentang akta pekerja 1955 yang diluluskan oleh parlimen.

Arak, bikini, hudud, Feqh Awlawiyyat & Parti Islam


Shamsul Muda
Sikap dan pendirian politik parti Harakah An-Nahdhah (Pergerakan Kebangkitan) Tunisia, sangat menarik dan penting untuk diteliti, memandangkan kedudukannya sebagai sebuah parti politik beraliran Islam, yang berpeluang mempraktikkan hak berpolitik dalam sebuah negara demokrasi.

Dengan ‘penerjunan’ Nahdhah ke arena politik Tunisia dan seterusnya menjadi ‘pemain’ dalam arena itu, ‘perpustakaan’ politik Islam akan dibekalkan dengan satu lagi model baru ‘perjuangan politik’ berteraskan Islam, yang boleh dijadikan rujukan dan teladan dalam mengemudi politik Islam, khususnya bagi umat Islam di negara ini.

Perbezaan Ketara Antara Pemimpin PR Dan Pemimpin BN

Biar gambar berbicara,saksikan :






RM217juta duit rakyat dihanguskan oleh Najib-Rosmah 2008-2011?

PEMBAZIRAN ROSMAH-NAJIB

  •   Lawatan rasmi  Perdana Menteri dan Rosmah ke luar Negara 2008-2011 menghanguskan RM17juta.
  • Kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menghanguskan RM49juta
  •  Bil elektrik dan air rumah Najib dan Muhyiddin menelan duit rakyat sebanyak RM10juta setahun.
  • Peruntukan program PERMATA Rosmah menghabiskan RM111juta wang rakyat
  • Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai menelan belanja RM140,000 satu malam

  • Beg tangan Rosmah berjenama Hermezz Matte berharga RM361,259.99 dari mana Rosmah dapat duit
  • Cincin berlian berharga RM24juta dikatakan kepunyaan Rosmah?
  • Penganjuran Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 Wanita Pertama majoritinya dari Afrika menghabiskan RM4.5juta wang rakyat
  •  Gelang tangan Rosmah berharga RM1.65juta. Dari mana Rosmah mendapat wang ini?

"Anak Pemimpin UMNO" Sendiri Menjadi Dalang "Di Sebalik Penganjuran" Festival Seksualiti Merdeka Di Malaysia Sejak Tahun 2008..

Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksualiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?. 
 
Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan. Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut. 

Laksanakan 8 tuntutan atau hadapi protes rakyat

Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Dalam Hujan (Part 2/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah "Demi Rakyat" Dalam Hujan (Part 1/4)

Flood-hit Thais warned of reptiles in waters

Orang Shah Alam Berpeluang Jimat Sehingga RM100,000, Lanjutkan Pajakan 99 Tahun


SHAH ALAM 5 NOV : Pemilik rumah Shah Alam adalah golongan terkini yang berpeluang menikmati penjimtan bayaran premium sehingga RM100,000 di bawah dasar pemilikan tanah Kerajaan Selangor.
Bermula di kawasan DUN Kota Anggerik, pemilik banglo, semi-D dan teres berpeluang menikmati penjimatan dari lebih RM 100,000 untuk kediaman banglo dan RM 40,000 hingga RM60,000 untuk rumah teres.
Mereka juga dapat melanjutkan tempoh pajakan tanah kediaman mereka kepada 99 tahun dengan bayaran RM1,000 melalui ‘Kempen Lanjutan Tempoh Pajakan Tanah Ke 99 Tahun Dun Kota Anggerik'.
Bagi meraih peluang ini, penduduk mesti mengemukakan permohonan lanjutan tempoh pajakan ke Pusat Khidmat Dun Kota Anggerik.

Gabungan NGO : Laksana Penambahbaikan Piliharaya Atau Terima Protes Rakyat


KUALA LUMPUR 5 NOV : Gerakan yang mahu dikenali sebagai ‘Massa' hari ini memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan agar melaksanakan proses penambahbaikan pilihanraya sebelum memanggil Pilihanraya Umum.
Jika penambahbaikan tersebut tidak berlaku, kata salah seorang pemimpin pergerakan itu, Badrul Hisham Shaharin, Massa akan mengerakkan protes rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional secara besar-besaran.
"Yakin lah rakyat sudah mula hilang kesabaran, negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses pilihanraya paling teruk," kata Badrul, yang mesra dengan panggilan Chegu Bard pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor disini.

Badrul berkata jika piliharaya umum diadakan tanpa penambaikan seperti daftar pengundi yang bersih dan dakwat kekal, ia akan mencipta sejarah pilihanraya paling kotor dan pincang.
"Mungkin tidak menolak kemungkinan kali ini, rakyat turun bukan sahaja untuk protes tetapi benar-benar untuk menukar rejim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk proses demokrasi yang bersih dan adil."

Ada tunai haji di Mekah tapi amal rasuah di Malaysia

TANGKAK: Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.
“Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.
“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Dana projek negeri didakwa disalur ke firma keluarga Taib

Laman web Sarawak Report mendedahkan bagaimana dana bagi projek pembangunan di Kuching disalurkan kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menetap di luar negara.

Memetik sebahagian besar maklumat boleh didapati secara umum, dakwa laman web itu, antara projek berkenaan adalah Isthmus Kuching, projek yang dibangunkan bersama oleh kerajaan negeri Sarawak dengan Cahya Mata Sarawak (CMS) yang dikaitkan dengan keluarga Taib.

Nafi peranan Selangor, menteri berlagak hero

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).


Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS.
"DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru.

Seksualiti Merdeka hentikan semua acara awam

azlanPenganjur Seksualiti Merdeka hari ini memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan bulan ini tidak akan diteruskan.

Dalam satu kenyataan media, Seksualiti Merdeka berkata keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir, meskipun program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.

“Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka,” petik kenyataan itu.

PPSMI: Muhyiddin nafi keputusan Putrajaya lewa

MUAR, 5 Nov – Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kerajaan membuat keputusan sambil lewa berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan dasar itu dilaksanakan oleh kerajaan selepas melakukan kajian terperinci mengenai keberkesanan dasar itu.
“Semua anggota Parlimen termasuk daripada pembangkang menyokong apabila kita laksanakan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk mengganti PPSMI,” katanya selepas menghadiri majlis korban perdana di Dewan Sri Pekembar di sini, hari ini.
Beliau berkata, hasil daripada kajian kementerian menunjukkan hanya di antara lima hingga tujuh peratus keseluruhan sekolah di bawah kementerian yang menggunakan Bahasa Inggeris ketika melaksanakan PPSMI.
Majoriti daripada sekolah-sekolah yang lain, katanya, menggunakan dwibahasa atau Bahasa Malaysia sepenuhnya di dalam PPSMI sejak dasar itu dilaksanakan pada 2003.

Nallakaruppan akan serang Anwar jika diserang

Bicara Asia Barat : Jawapan terhadap soalan wakil Hizbur Tahrir

TANGISAN KEINSAFAN 2011 - SHAM KAMIKAZE

KALAU SUDAH SYAHADAH UNDUR BALIK BERDOSA - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Pemansuhan PPSMI sekolah rendah 2016, sekolah menengah 2021

Occupy Protests Come With Costs

Top FARC leader killed

Bahrain security forces clash with protesters

Greek PM survives crucial confidence vote

PPSMI: Mahathir tak wajar masuk campur

TEMERLOH, 5 Nov: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan.
“Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut.
“Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Umno deputy minister says Putrajaya will lose moral ground with UUCA appeal

KUALA LUMPUR, Nov 5 — Datuk Saifuddin Abdullah has said the government would lose “in moral terms” if it appeals a court ruling that declared a law barring students from politics is in breach of the Federal Constitution.
The deputy higher education minister likened the matter to Putrajaya’s clampdown on the July 9 Bersih rally for free and fair elections, saying it would become a “lost opportunity to prove our commitment to political transformation.”
Saifuddin wants the government to prove its commitment to political transformation by not appealing the court decision. — File pic
“Whatever the decision of the appeal, we have lost in moral terms. “I hope the public does not see this as another wrong move in addressing a current issue such as the Bersih rally,” the Umno supreme council member told The Malaysian Insider in an SMS yesterday.
Despite pleas from lawmakers across the political divide, the Cabinet has refused to offer an assurance that it would not appeal Monday’s Court of Appeal decision declaring the Universities and University Colleges Act (UUCA) 1971 unconstitutional.
Instead, Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said yesterday that the matter would be left in the hands of the Attorney-General’s Chambers.
The Malaysian Insider understands that until then BN ministers have been asked to refrain from commenting on the matter.
In a majority 2-1 judgment, a three-man panel of judges ruled on Monday that Universiti Kebangsaan Malaysia breached Article 10 of the country’s highest law when it disciplined four students involved in a political campaign last year under section 15(5)(a) of the UUCA.

Dasar ‘Pandang ke Timur’ Dr M dibimbing sikap perkauman dan berat sebelah

Dasar ‘Pandang ke Timur’ Dr M dibimbing sikap perkauman dan berat sebelahBekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah menyatakan tanggapan mudah bahawa Dasar "Pandang ke Timur" beliau dalam bentuk asalnya yang telah lama tidak dihiraukan, merupakan cara terbaik untuk negara ini menghadapi "masa ekonomi tidak menentu pada masa hadapan".
Warga Cina dan India kelahiran Malaysia adalah naif jika mereka fikir bahawa Dasar "Pandang ke Timur" Mahathir tidak akan menyoal ekonomi China dan India yang berkembang pesat - jika rancangan asal beliau adalah apa-apa sahaja bagi mencapai matlamat. Mahathir telah memilih Jepun pada tahun 80-an dalam 'wawasan' sesat beliau bagi membatalkan peranan orang Cina dalam ekonomi Malaysia dengan menggantikan mereka dengan orang Jepun.
Mahathir menyamakan Jepun dengan kejayaan dan Barat dengan model yang gagal, ini jelas merujuk kepada krisis hutang yang melanda ekonomi Eropah dan beban hutang yang meningkat di Amerika Syarikat.

If Human Rights are akin to Communism, is not Perkasa akin to Nazism?

If Human Rights are akin to Communism, is not Perkasa akin to Nazism?
While the world moves forward, establishing better living standards and fortifying the rights of individuals across the globe, in Malaysia the defence of Human Rights is scorned as a religion that will endanger Malaysia’s social contract. Atrocious as it seems, but this appears to be the line of thought subscribed to by Perkasa and its supporters.
In his opening speech at Perkasa’s general assembly, former police chief Abdul Rahim Noor warned that civil liberty activists here considered the US and UK as their spiritual home, and drew parallels as to how the Comintern had engineered the global spread of communism from its Moscow base.
Obviously, the former IGP was trying his very best to engineer a state of panic and fear among the Perkasa members. Fear that their standings as Malays in Malaysia would be threatened by Human Rights practitioners.

Melayu yang bagaimana dapat puaskan Ibrahim Ali dan Dr M?

Melayu yang bagaimana dapat puaskan Ibrahim Ali dan Dr M? Angan-angan Ibrahim Ali berjuang untuk orang Melayu adalah sehebat keinginan kita menghidupkan semula Dodo dengan pembiakan silang antara burung merpati dengan burung unta.
Dakwaan bahawa hanya Melayu yang unggul, sudah ketinggalan kerana pada masa yang sama Ibrahim tidak mahu kehilangan hak keistimewaan yang telah dilanjutkan, ia sebenarnya adalah penghinaan kepada idea apa ertinya menjadi Melayu.
"'Melayu Moden' adalah campuran berbilang kaum," kata Profesor Zilfalil Alwi, dalam kajian beliau "AsalUsul Melayu berdasarkan fakta genetik" . Ia membincangkan satu kajian yang dilaksanakan selama tiga tahun yang melibatkan kira-kira 50,000 sukarelawan. "Kini anda tidak dapat membezakan sama ada seseorang itu Cina atau Melayu hanya dengan melihat ciri-ciri fizikalnya semata-mata," kata beliau.

DAP raps Soi Lek for "wild allegations" against PAS over red-paint vandalism

DAP raps Soi Lek for "wild allegations" against PAS over red-paint vandalismDAP took MCA president Chua Soi Lek to task for making "wild allegations" that Pakatan Rakyat partner PAS was responsible for the recent vandalism of its Jalan Ampang headquarters. It also challenged Soi Lek to surrender CCTV recordings to the police to help catch the culprits.
Faced with declining popularity, Soi Lek has been accused of playing up the incident in a bid to gain public sympathy ahead of the general elections widely expected to be held within months. Soi Lek himself compounded the perception when he took care to highlight the hudud law issue he has been using to attack the Pakatan, especially PAS and DAP, with.
"The DAP unreservedly condemns the despicable and cowardly act of splashing red paint on the front doors of the MCA headquarters in Jalan Ampang on Thursday, 3 Nov 2011," Tony Pua, the DAP national publicity secretary, said in a statement.

Umat Islam Diseru Berkorban Demi Kedaulatan Islam


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendokong PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat Haji.

Pahala Berjihad Mengatasi Makmurkan Masjid al-Haram

Oleh: ustaznik

"Taubah ayat 19
Jemaah haji bergerak ke Arafah hari ini (Sabtu 5 Nov 201). Mereka akan berwukuf dan menyelesaikan amalan haji mereka. Ibadat haji difardhukan sekali seumur hidup. Haji tetap mempunyai kelebihan. Menguruskan jemaah haji juga mempunyai kelebihan. Namun sekiranya dibandingkan di antara memakmurkan Masjid al-Haram dan memberi minum haji sahaja dengan mereka yang beriman dan berjihad, maka kelebihan tetap berada kepada golongan kedua. Di zaman Nabi SAW, perselisihan tentang isu ini berlaku seperti di dalam hadis di bawah.
>>Klik

Imam Muslim, Ibn Hibban dan Abu Daud mengeluarkan daripada anNukman bin Basyir, katanya: ‘Aku duduk di sisi mimbar Rasulullah SAW dalam kumpulan beberapa orang para sahabat. Seorang darinya berkata: ‘Aku tak kisah. Selepas Islam aku mahu beri minum jemaah haji sahaja.’  Kata yang lain: ‘Bahkan aku mahu mengimarahkan Masjid al-Haram.’ Kata yang lain: ‘Bahkan berjihad fi Sabilillah itulah yang lebih baik dari apa yang kamu sebutkan.’
Umar melarang mereka. Katanya: ‘Kamu jangan angkat tinggi suara  kamu di sisi mimbar Rasulullah SAW -Hari itu hari Jumaat-tetapi aku akan solat Jumaat, masuk kepada Nabi dan aku bertanya kepadanya tentang apa yang kamu perselisihkan.
Lalu turun ayat 19 surah atTaubah.
Huraian perkara ini dalam khutbah berikut:
khutbah Jumaat 4 Nov 2011 pahala berjihad atasi memakmurkan masjid al-haram (6)

Manipulasi UMNO Isu Seksualiti Merdeka

Oleh Rafizi Ramli

Saya ditanya bertubi-tubi di alam maya oleh pengikut-pengikut Umno kononnya mengenai pendirian KEADILAN dalam isu Seksualiti Merdeka yang dijadikan modal mereka.
Pendirian saya telah saya nyatakan: bahawa saya tidak bersetuju dan tidak bersama dalam hal penganjuran pesta tersebut, kerana ia bertentangan dengan perkara-perkara syarak yang telah jelas. Persoalan politik (termasuklah political correctness dalam mana-mana perspektif pun) tidak boleh mengatasi soal aqidah dan syarak yang menjejaskan hubungan saya sebagai hamba kepada Allah SWT.

Kuda MSN dan Kuda Pemimpin Umno Terengganu beli… mana lebih Cerdik?

Oleh Saiful Bahri
Heboh bising seluruh Negara apabila lapuran audit menyebut tentang pembelian 23 ekor kuda dengan harga RM5.66juta. Ini bererti seekor ia dibeli dengan harga hampir 250K. Sebanyak itu hanya 5 ekor sahaja yang boleh dipakai untuk ekuestrian dan sukan lasak manakala bakinya tidak layak. Maka harganya kalau dikira adalah RM1juta lebih seekor manakala bakinya tu baham lebonglah jawapnya.


Itupun kira pecah berita jugak apabila laporan audit mendedahkannya. Bagaimana pula apabila duit rakyat Terengganu yang dikeluarkan untuk membeli 5 ekor kuda di Argentina. Peruntukan yang dikeluarkan adalah RM5juta. Tetapi dek pemimpin Umno dok makan angin kononnya dok nak cari kuda… melilau seluruh Argentina. Maka duit tak cukup. Kuda yang dibeli dengan kos kurantin dan sebagainya menyebabkan tiada peruntukan untuk pengangkutan balik dari Argentina ke Terengganu.

Seksualiti Merdeka dan PPSMI

Oleh: MSK
Aku malas nak komen pasal Seksualiti Merdeka ni tapi pasal ada member yang minta tolong komen, aku tulis juga. Tapi bukan pasai- kumpulan yang menganjurkan Festival tersebut! Seksualiti Merdeka sudah dibuat sejak 2008, 2009, 2010 dan tahun ini. Sejak tiga tahun lalu…sapa pun tak kisah..pasai apa tiba-tiba tahun ini semua orang bising? Mengapa  tiga tahun lepas tak salah…Tahun ini tiba-tiba menjadi kesalahan?
Sebabnya, tahun 2008 baru menang PRU…masing-masing sibuk dengan jawatan harta ghanimah.Lepas tu sibuk dengan projek. Persepsi aku..tahun ini Seksualiti Merdeka salah sebab dah nak pilihanraya..dan masing-masing sibuk nak cari undi.

IKRAM : Golongan LGBTIQ Perlu Dibantu.


SHAH ALAM, 5 NOV : Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), berpendapat golongan Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersexual and Queer (LGBTIQ) sebagai satu kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan.
Ikram juga tidak menolak penganjuran Program Seksualiti Merdeka adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dalam Islam dan fitrah kemanusiaan sejagat.

PTPTN : Cadangan henti pinjaman perbelanjaan tak tepat

NONEMenteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman perbelanjaan boleh menimbulkan masalah kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berkemampuan.

Sambil menyifatkan cadangan yang akan dilaksanakan mulai 2013 sebagai tidak tepat, Mohamed Khaled berkata ini kerana kos sara hidup yang dihadapi pelajar IPT khasnya di kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan miskin, adalah tinggi.

Katanya, PTPTN belum mengemukakan cadangan itu, tetapi jika ia dikemukakan kementerian akan memperhalusi perkara itu dengan mengambil kira kriteria penuntut yang layak mendapat pinjaman perbelanjaan PTPTN.

Kewangan tiris kerana pemimpin tidak amanah

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengambil perhatian terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini terutamanya yang menyentuh soal amanah.
Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani Ikram, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, pemimpin seharusnya memelihara amanah atau kepercayaan yang diberikan kepada mereka.
Katanya, Laporan Ketua Audit Negara merupakan semakan kepada amanah yang diserahkan kepada pemerintah, penjawat awam dan mereka yang berurusan dengan mereka.
Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda supaya laporan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen.

Kes UKM4: Siapa kerajaan, BN atau Peguam Negara?

ULASAN Jikalau kerajaan BN membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan terhadap keputusannya bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman.