Jumaat, 4 November 2011

Lensa : Mekah - 4-11-2011

Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Tens of thousands of Muslim pilgrims pray inside the Grand Mosque, in Mecca, Saudi Arabia, Friday, Nov. 4, 2011. The annual Islamic pilgrimage draws three million visitors each year, making it the largest yearly gathering of people in the world. The Hajj will begin on November 5.
Tens of thousands of Muslim pilgrims pray inside the Grand Mosque, in Mecca, Saudi Arabia, Friday, Nov. 4, 2011. The annual Islamic pilgrimage draws three million visitors each year, making it the largest yearly gathering of people in the world. The Hajj will begin on November 5.

Merantai siswa dalam kebebasan

Loyar Muda
Perkembangan isu Akta Universiti dan Kolej sudah memasuki fasa yang menuntut lebih daripada sekadar demonstrasi dan kata-kata. Ia sudah melalui zaman kegelapan; tempoh kesengsaraan minda siswa-siswi yang digertak dengan ketakutan apakah setiap perbuatan dan tutur kata mereka akan dijadikan alasan mereka disingkirkan daripada meneruskan pengajian di menara gading.Pindaan yang dilaksanakan masih belum mencukupi. Alhasil, isu ini telah memasuki fasa seterusnya yakni melalui lunas perundangan. Dalam fasa ini hanya hakim dan golongan profesion perundangan sahaja yang mengerti sementara rakyat biasa akan membentuk pandangan mereka hanya melalui media massa dan elektronik.
Maka adalah menjadi satu tanggungjawab kepada saya untuk mengulas kes yang lebih dikenali dengan UKM4 ini dalam bahasa yang lebih mudah dan boleh difahami tanpa perlu menggunakan ayat-ayat yang memeningkan dan menyumbat fikiran untuk mengerti maksud ayat tersebut.
Maka adalah lebih baik kita mulakan perjalanan dengan meneliti keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 29 Oktober 2010 yang telah diputuskan oleh Yang Arif Aziah Ali.

Ultimatum from the Rakyat to Barisan Nasional: Call Snap Polls before Electoral Reforms and be prepared to face the consequences


The latest information, from reliable insider sources, is that, upon his return to Malaysia on 6th November, 2011, Najib will, on 11th November, 2011, seek and obtain His Majesty's consent to the dissolution of Parliament whereafter, the Election Commission will fix 1st December, 2011 as the date for nomination of candidates and 10th December, 2011 as polling day.
The world has, in recent times, witnessed People Power triumph over dictatorships in several nations.

Ke Mana Perginya Peruntukkan Berbillion Ringgit Untuk Penduduk Luar Bandar?

Oleh PAS Miri

Tiang Letrik Ada Tapi Jalan Entah Ke mana?


MIRI - Kampong Usaha Jaya Tukau Tengah, Sungai Beluboh berada di pinggir bandar Miri masih lagi memerlu kemudahan asas seperti bekalan air bersih, letrik dan juga jalan raya yang berturap. Kita sudah nampak tiang tiang letrik terpacak seperti galah di sepanjang jalan masuk ke kampung tersebut tapi sehingga kini belum ada sebuah rumah orang kampong pun yang menetap disitu diterangi oleh lampu neon.

Kita ada mendengar keluhan dari segelintir penduduk kampong tersebut yang mereka sudah pun menandatangani perjanjian dengan pembekal eletrik (SESCO) Miri untuk menyambung eletrik ke rumah mereka beberapa bulan yang lalu namun sehingga kini belum pun ada pihak SESCO yang datang untuk memasang meter ke rumah mereka.

AUKU dan kebebasan siswa: Kita perlu maju ke depan

Abdul Muiz Azmi

4 NOV — Semenjak kewujudan YouTube, saya banyak melihat video-video menarik sama ada dalam negara atau luar negara yang mana kadang-kala video tersebut tidak disiarkan di dalam televsyen tempatan. Suatu ketika, ketika saya mendengar berita bahawa United Kingdom telah menubuhkan parlimen belia (UK Youth Parliament) maka saya cuba mencari rakaman sidang perbahasan dalam YouTube. Ternyata memang sudah wujud parlimen belia UK. Mungkin disebabkan itu jugalah pimpinan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula berhasrat menubuhkan Parlimen belia.
Di dalam perbahasan parlimen belia United Kingdom yang saya tonton, mereka berani membahaskan isu-isu negara seperti yuran pengajian, pendidikan seks di sekolah, cukai dan sebagainya. Mereka berani mengkritik dasar-dasar kerajaan. Di sini menunjukkan negara-negara Barat sudah memberikan ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk terlibat dalam proses membuat dasar serta demokrasi yang progresif. Universiti-universiti di sana juga bebas untuk menjemput mana-mana ahli politik dari parti mana sekalipun untuk berkempen dan berucap dalam kampus. Hal ini sesuatu yang berbeda dengan suasana di universiti di Malaysia.

Today in History for November 4th

MAHASISWA dan AUKU.. Apa kesudahannya?

Pemuda Mati Ditembak Polis PR Perak Mahu Siasatan Lanjut.

Speaker Selangor Prestasi Adun Pakatan Makin Baik

DAP: More time needed to verify 'dubious' voters

Seksualiti merdeka,bantahan di masjid negeri shah alam

Mat Sabu: Wang negara kita bocor RM28,000juta setiap tahun!

Mat Sabu: Beza pandang sejarah patut dibincang, didebat, bukan dibawa ke...

JAWI sedia siasat program Seksualiti Merdeka

Japanese govt approves Tepco bailout plan

Pilgrims flock to Mecca for Haj

Thailand's flooding to continue for two more weeks

Syrians flee for medical asylum in Jordan

Greece in turmoil: Papandreou struggles to hold on to power

Footage from aid boat en route for Gaza

Saudi Arabia marks first day of Hajj

Recognising Malaysia's stateless Indians

Seksualiti merdeka sejak 2008 lagi,bukan 2011 !

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempersoalkan kenapa pihak kerajaan telah membenarkan program Seksualiti Merdeka sejak 2008 lagi.
Justeru, Mapim mendesak Perdana Menteri tidak perlu menyenangkan hati golongan sekular dan liberal Barat hanya  kerana mahu mendapat sokongan mereka.
“Ketegasan terhadap nilai dan dasar negara mesti dipertahankan tanpa rasa terikat dan tertekan,” kata setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, Mapim tidak menolak pihak berkuasa menggunakan pendekatan yang bijak untuk mencegah kemungkaran seks bebas, tetapi ia tidak boleh sama sekali bermaksud menerima perlanggaran undang-undang Islam  sebagai hak .

Azmi menegaskan pihaknya  membantah keras penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011.

AUKU : Kabinet jangan buang masa bersidang lagi !

Pemuda Mati Ditembak Polis : PR Perak Mahu Siasatan Lanjut


IPOH 4 NOV - Keluarga mangsa tembakan, Khatir Oli Fakir Mohamad, 21, menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bagi menuntut siasatan lanjut selepas mangsa meninggal dunia 15 September lalu.Dalam kejadian itu, Khatir Oli ditembak mati seorang anggota polis apabila didakwa cuba menyerang anggota terbabit dengan sebilah parang.
Dalam insiden yang sama, tiga lelaki lain juga ditahan ketika cuba menyamun sebuah kelab malam di Jalan Mustapha Al Bakri.
Anggota polis berusia 30-an yang terbabit mengalami kecederaan di muka dan badan kemuadiannya dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Agrofest 2011: Selangor Perkasakan Pertanian


SHAH ALAM, 4 Nov : Pertanian di Selangor akan terus dimajukan menjadi salah satu bidang penting yang mampu menjana ekonomi negeri dan menjadikannya sebagai kerjaya yang menarik untuk diceburi.Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, kerajaan negeri akan berusaha memajukan pertanian kerana bidang itu adalah antara yang terpenting sebagai bidang penghasilan makanan kepada masyarakat.
Katannya, demi memastikan matlamat itu tercapai, kerajaan negeri akan menganjurkan Selangor Agrofest 2011 (SAF 2011) yang akan menghimpunkan golongan usahawan pertanian di Selangor bagi mempromosikan dan memasarkan produk pengeluaran mereka kepada orang ramai.
"Kita nak promosikan kita nak jadikan pertanian ini satu kerjaya yang baik. Saya dapati ramai anak muda graduan universiti memilih untuk menjadi petani dan mereka gembira dan pendapatan mereka juga baik," katanya dalam sidang media selepas Pra-Pelancaran Selangor Agrofest 2011 (SAF 2011) di sini hari ini.

AUKU: UKM4 salahkan Umno

NONEEmpat aktivis mahasiswa - yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - 'mengugut' memastikan BN hilang undi generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham (kanan) juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.

"Kita lihat sudah ada langkah positif yang diambil oleh parti-parti dalam BN seperti MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk tidak merayu keputusan itu).

"Masalahnya sekarang ini adalah, setiap keputusan terpaksa bergantung kepada keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan yang dibuat oleh kabinet (mahu merayu) itu betul," katanya.

Projek PINTAR barisan nasional RM 256 Juta telah siap dengan gemilang,terbilang dan temberang!

Kem Skudai : Wikipedia [ sila baca ] Projek yang bernilai Rm256 juta inilah hasilnya, hanya TIANG-TIANG EMAS dipacak, penuh dengan tentera lalang. 


Barisan Nasional telah membelanja RM 256 Juta untuk pembikinan Kem Tentera di skudai, Johor. 

Namun, projek itu telah siap dengan temberang, perkara ini didedahkan oleh beberapa rakyat berbangsa Cina di Johor yang begitu peka dengan ekonomi malaysia, demi menyelamatkan Malaysia. Tetapimelayu umno masih memperbodohkan rakyat Malaysia terutama melayu sendiri.

Overrule Muhyiddin, Dr M tells Najib

Peeved with Muhyiddin's decision to abort his brainchild, the former premier tells Najib to hit the brakes on his deputy's plan.
KUALA LUMPUR: In a fresh twist to the PPSMI saga, Prime Minister Najib Tun Razak’s mentor Dr Mahathir Mohamad has asked the former to overturn his deputy Muhyiddin Yassin’s plan to scrap the policy.
He said maintaining PPSMI, which was Mahathir’s brainchild, is good for the country’s future and urged Najib to stop Muhyiddin, who is also education minister, from substituting the policy with the national language instead of English.
“The idea of going back to Bahasa (Malaysia) in (to teach) Mathematics and Science will make us all very backward.
“If it is something for the good of the country, not only the education minister, but everybody can be overridden,” he was quoted as saying in Langkawi by news reports.

Where the poor gets poorer

The Auditor-General's Report states that instead of wiping out poverty in Negeri Sembilan, the state is experiencing an increase in poverty.
SEREMBAN: There is something amiss in Negeri Sembilan’s poverty eradication programme. Instead of getting better, it is only getting worse and the poverty rate has increased by 178 percent in the last three years.
The Auditor-General’s Report stated that out of 10 poverty eradication programmes implemented in the state, seven were rated as not impressive. That means 70 percent of the programme had failed.
Negeri Sembilan PKR chief Mohd Nazree Mohd Yunus said: “I worry that there is possibility of bribery and political interference in these programmes.”
He said that this was only one aspect of mismanagement by the state government and PKR has lodged a police report asking the Malaysian Anti Corruption Commission to investigate.

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Hanya Sedikit Yang Bekerja Untuk AGAMA

PONTIAN – Golongan yang dianggap ‘pilihan’ Allah yang bekerja menegakkan agamaNya begitu sedikit jumlahnya berbanding yang gemar beribadat semata-mata, kata Ustaz Adam Said, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Terengganu.

Menurut beliau lagi adalah menjadi satu kefardhuan bagi mereka yang terpilih mempersiapkan diri dalam segenap perkara kerana di hadapan mereka banyak ujian dan cabarannya.
Sehubungan itu beliau mengingatkan, untuk menjadikan persiapan itu dilakukan dengan penuh kesungguhan maka sabar menunaikan perintah Tuhan, sabar bila berdepan dengan musuh dan mencari muslihat untuk menggagalkan strategi musuh, haruslah dipasakkan di dalam hati.

Tanda-tanda Sebelum Malaikat Izrail Mencabut Nyawa.

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Mat Rempit 53 tahun mengaku ahli PAS terlibat?

Mat Rempit 53 tahun mengaku ahli PAS terlibat? Mat Rempit berusia 53 tahun tengah hari tadi tampil mengaku bahawa beliau antara "Ahli PAS Seumur Hidup " yang menyertai demontrasi liar mat rempit baru-baru ini bagi menuntut litar lumba dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Razali bin Ismail atau lebih dikenali sebagai "Ayahanda Zali" (paling kiri, pegang sijil PAS), penternak ikan keli dari Telok Kumbar - Pusat AZ Keli King - bersama-sama dua lelaki misteri lain membuat pengakuan itu di perkarangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetwon.

Mereka seakan membela dakwaan Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Haji Yahya (Umno) di Dun semalam, iaitu "ahli PAS seumur hidup" terlibat dalam demontrasi liar dari Komtar ke Dun baru-baru ini.

Seksualiti Merdeka & Konsert Elton John : Umno Cuai Bela Islam

"Kuala Lumpur,4hb Nov 2011. Hadis : “Apabila AMANAH telah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya.” Sahabat bertanya, ‘Bagaimana menyia-nyiakan amanah itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah s.aww bersabda, “Apabila suatu urusan diserahkan pada orang yang BUKAN AHLINYA, maka tunggulah kehancurannya.”

Kerajaan Umno hendaklah kembali kepada penyelesaian Islam dengan menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dalam menguruskan kesejahteraan kehidupan rakyat  Malaysia khususnya berkenaan dengan krisis moral yang dihadapi oleh negara ini.

Adab sembelih haiwan korban

Oleh Mohd Amri Abdullah
Elak perbuatan makruh, tiada ihsan terhadap binatang

NIKMAT kemeriahan Aidiladha atau Hari Raya Haji dirasai pelbagai lapisan masyarakhttp://1.bp.blogspot.com/_QWK5fkj2p3Y/TOTtrmkIPlI/AAAAAAAAA_g/5vqSaQGHIzg/s1600/Korban7.jpgat khususnya mereka yang tidak berkemampuan dan golongan dikurniakan Allah rezeki yang lebih. Inilah masanya yang berkemampuan menunaikan ibadat korban untuk disedekahkan kepada golongan miskin.

Amalan ibadah menyembelih binatang korban ini sama ada lembu, kerbau, kambing atau unta amat dituntut Islam sejajar roh pengorbanan Nabi Ibrahim yang akhirnya menyembelih seekor kibas.
Manfaat sembelihan korban bukan hanya kepada fakir miskin saja bahkan kepada penternak, penjual atau peraih. Justeru, dinasihatkan golongan ini juga melakukan pengorbanan tanpa memikirkan keuntungan saja.

Masalah projek MRT boleh selesai jika kerajaan, MRT Co jujur

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Yang dijanjikan oleh kerajaan kepada pemilik tanah dan peniaga di kawasan Bukit Bintang ialah pembinaan dua stesen MRT di kawasan itu, dan ianya telah pun dipersetujui semua pihak terbabit.
Cadangan asal ialah mewujudkan stesen Bukit Bintang Timur dan Bukit Bintang Barat dalam kawasan bersejarah di pusat bandaraya itu.
Yang menimbulkan masalah sekarang ialah apabila syarikat Finance Minister Inc, iaitu MRT Co mengubah-ubah pendirian, termasuk mengemukakan cadangan terbaru yang hanya mahu membina sebuah stesen sahaja, iaitu Bukit Bintang Central.

Seksualiti Merdeka: LGBT bukan hak asasi manusia – Dr Rani



SHAH ALAM – Seksualiti Merdeka, program yang memperjuangkan 'hak LGBT' (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) dari sudut Islam, bukanlah bertujuan memperjuangkan  hak asasi manusia, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Abd Rani Osman.
“Sebaliknya ia memperjuangkan cara hidup songsang yang menjatuhkan martabat manusia sehingga terpesong jauh dari fitrah manusia itu sendiri,” tambahnya.
Menurut beliau, amat jelas bahawa dari pandangan Islam, manusia diletakkan di atas bumi ini mengikut perancangan Maha Pencipta di mana, antaranya, lelaki hendaklah berkahwin dengan wanita demi memakmurkan bumi Allah.
“Perhubungan lelaki dan wanita dalam institusi kekeluargaan merupakan sesuatu yang saling membantu dan sesuai dengan fitrah manusia.

JAIS perlu dekati artis yang ‘berhijrah’, bukan hukum


SHAH ALAM – Pemuda PAS Selangor menyarankan pihak JAIS supaya mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap para artis yang telah ‘berhijrah’ ini dan menjadikan mereka sebagai ‘ikon’ dakwah JAIS kepada masyarakat.
Menurut ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, pihaknya melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan ‘menghukum’ yang akan diambil oleh pihak JAIS ke atas Bob Lokman dan rakan-rakan artis seangkatannya.
Katanya, tindakan ini akan ‘menghanyutkan’ semula anak muda yang kini dilihat semakin jinak dengan agama selain akan meninggalkan persepsi negatif masyarakat yang melihat JAIS sebagai agensi yang tidak mesra dakwah dan anti artis hijrah.

Kempen BERSIH 2.0: Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13

Tujuan utama "Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709" tahun ini yang dilancar dan dipimpin oleh BERSIH 2.0 adalah untuk menyampaikan hasrat umum rakyat Malaysia secara tegas dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, melalui penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

Namun, kerajaan BN telah mengabaikan hasrat dan tuntutan rakyat yang munasabah dan sah dari segi undang-undang.  Kerajaan BN menggerakkan sejumlah besar pasukan polis untuk melakukan penahanan dan mengepung pusat bandaraya Kuala Lumpur.  Tindakan represi yang ganas tersebut akhirnya mencetuskan satu perarakan tunjuk perasaan yang memberangsangkan di mana seramai 50 ribu rakyat semua bangsa semua lapisan turun ke jalanraya dengan satu tujuan yang sama.

Dari isu Hudud ke Homoseksual: Pakatan Rakyat mula terperangkap....

Sesungguhnya, "bulan madu" Pakatan Rakyat sudah tamat tempohnya.  Malah, "keghairahan untuk menukar kerajaan persekutuan" di kalangan rakyat sedikit sebanyak menyurut selepas lebih tiga tahun lanskap politik Malaysia dilanda "tsunami".  Namun, masih ramai yang yakin bahawa PR mampu menggegarkan Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang.  Sekurang-kurangnya BN terpaksa berhempas-pulas dalam PRN Sarawak pada April 2011, mempertahankan kubunya di bumi kenyalang itu.

Saya tidak percaya DS Rosmah membeli belah di David Jones. It's a low class shopping mall for her

“Anak saya tidak berada di Perth semasa persidangan CHOGM baru-baru ini dan anak saya tidak pernah membeli belah di sana” kata Najib lebih kurang seperti mana yang saya terbaca.

‘Apparently’ cerita ini di buat oleh sebuah akhbar berpengaruh di Western Australia dan Najib menafikannya melalui twitter beliau dan beliau berkata ini adalah fitnah yang sengaja di ada-adakan oleh akhbar tersebut.

Najib juga menafikan berita yang isteri kesayangan beliau Datin Seri Rosmah Mansor membeli intan berlian di Australia dan isteri beliau tidak pun pergi ke pusat membeli belah itu. Saya pun hendak juga tahu bagaimana akhbar tersebut tahu jumlah AUD60000 itu telah dibelanjakan oleh anak perempuan Najib.

Saya tidak tahu samada perkara ini benar atau pun tidak kerana saya tidak mengikuti perkembangan isu ini. Tetapi saya di minta untuk mengulas tentang isu yang di bawa oleh akhbar Western Australia ini.

Kemiskinan – dahulu, kini dan selamanya

Oleh Wan Larut Wan Muda
 
Mendalami artikel-artikel MSK kebelakangan ini berkaitan isu kemiskinan membuktikan bahawa sifat kekurangan pada seseorang itu adalah sebenarnya adalah sifat kelebihan atau boleh dijadikan senjata kepada orang lain.
 
Sejarah dunia telah membuktikan bagaimana kemiskinan telah dijadikan warisan oleh beberapa bangsa yang berterusan menindas mereka yang tergolong dalam kemiskinan ini. Bagaimanapun sejarah juga membuktikan ramai yang bangkit dari kemiskinan untuk berjaya. Malah di antara mereka yang berjaya ini (terutama pemerintah) turut menjadikan kemiskinan orang lain untuk dirinya berterusan di takhta kejayaan.

RAKYAT SABAH PERLUKAN WADAH POLITIK

Oleh : ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH
 
SEMPENA Hari Raya Korban ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua umat Islam; khasnya warga USNO di seluruh Sabah supaya terus berkorban dan meneruskan perjuangan untuk kewujudan USNO semula di Negeri ini.
 
Marilah kita sama sama berjihad ke arah memperjuangkan keadilan sosial bagi umat Islam di Negeri ini supaya benar-benar bebas dan merdeka secara mutlak.

Lengah pendaftaran PR, ROS jangan main politik

KUALA LUMPUR 4 NOV: Pendaftar Pertubuhan (ROS) diingatkan supaya tidak bermain politik apabila melengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Ini kerana katanya, permohonan itu sudah dibuat sejak dua tahun lalu namun sehingga kini tiada keputusan daripada ROS.
“Kami mengingatkan ROS agar tidak bermain politik kotor dengan Pakatan Rakyat.
“Sebagai sebuah agensi yang mengurus pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan telus, jujur dan adil  tidak kira ianya parti dari kerajaan mahupun pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menafikan kenyataan Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman yang mendakwa tiada permohonan baru daripada Pakatan untuk mendaftarkan gabungan itu.

PPSMI: Putrajaya patut adakan referendum, kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 4 Nov ― Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar diadakan satu referendum sama ada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemarik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seharusnya diteruskan ketika tekanan meningkat agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya.
Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan dasar PPSMI dua tahun lalu.
“Kemungkinan kita harus mengadakan satu referendum,” kata bekas perdana menteri (gambar) itu kepada pemberita pada Forum Ekonomi Cina Sedunia Ketiga di sini hari ini.
Malah kata beliau, satu kajian juga harus dijalankan untuk menentukan sama ada wujud jurang antara yang kaya dan miskin ekoran akses kepada Bahasa Inggeris.
“Jika anda membuat satu kajian, sebagai contoh, sama ada benar yang kaya menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah aliran Inggeris tetapi yang miskin menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah yang mengajar dalam Bahasa Malaysia,” katanya lagi.
PPSMI diperkenalkan ketika era pentadbiran Dr Mahathir.

Hold on to your horses! Najib to appoint Ummi Hafilda as the next Senator?

Hold on to your horses! Najib to appoint Ummi Hafilda as the next Senator?Hot on the heels of the highly unpopular move to appoint MUIP president KS Nallakaruppan a Senator, there is talk among select groups in Parliament that the next political 'villain' to be rewarded is Ummi Hafilda.
While the news cannot be confirmed at this stage, it seems her 'supporters' are furious that she has been left out of the anti-Anwar Ibrahim menage a trois that is being cultivated, groomed and fed by Prime Minister Najib Razak's Umno party. With a bit of luck, it seems that Ummi may well succeed in becoming the next BN-appointed Senator.
If that materializes, Malaysians are bound to curse but lazy people that many are, they would probably let it go after a good laugh and strenuous bout of head-shaking, plus dark warnings about the country going to the dogs.

Buku Sesat : Kelab isteri taat sedia bakar buku panduan seks

Kelab isteri taat sedia bakar buku panduan seksPETALING JAYA - Kelab Isteri Taat mungkin akan membakar atau menghapuskan buku kontroversi panduan seks, kata Pengerusi kelab berkenaan di Malaysia, Fauziah Ariffin.
Keputusan berkenaan dibuat ekoran tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia berkuat kuasa serta merta Rabu lalu.
"Buku ini bersaiz kecil. Jika pihak berkuasa kata kita tidak boleh menyimpannya kita akan mematuhi arahan tersebut….kita tidak akan menyimpannya atau kita akan membakarny, " katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Star pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau berkata ahli kelab berkenaan mempunyai hak untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dengan buku tersebut.

Suaram: Tunaikan 8 tuntutan Bersih sebelum PRU 13

JOHOR 4 Nov: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sekali lagi menuntut kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya melaksanakan semua tuntutan Bersih 2.0, sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.
Suaram merupakan salah satu daripada 88 pertubuhan yang membentuk gabungan Bersih 2.0.
Sehubungan itu Penyelaras Suaram Johor, Fang Pei Fen berkata, satu jawatankuasa peringkat negeri oleh NGO yang mewakili Bersih perlu dibentuk dengan segera.
“Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan “8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya” di bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya.
“Apa yang paling penting ialah mesti menggemblengkan rakyat jelata secara meluas untuk mengingatkan Najib dan kerajaan BN bahawa Pilihanraya umum ke-13 tidak harus diadakan sebelum “8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya” tercapai,” tegas Fang Fei.

Bongkar : Pemaju Umno Pulau Pinang Robohkan Rumah Kampung Melayu

GEORGETOWN, 4 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.
Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.
"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

Gile Demo : Kemarahan pada KM beralih pada 'Seksualiti Merdeka'

Pelbagai kumpulan yang tidak puas hati dengan ketua menteri Pulau Pinang hari ini merancang perhimpunan besar di Komtar, Pulau Pinang, tetapi akhirnya tiada apa yang berlaku.

NONEPresiden Suara Anak-anak Malaysia Mohamad Ghani Abdul Jiman - pengkritik paling lantang Lim Guan Eng - yang sepatutnya mengetuai perhimpunan itu sebaliknya terlibat dalam perhimpunan menentang "Seksualiti Merdeka" di Kampung Rawa.

Kira-kira 70 orang menyertainya dalam perhimpunan 30 minit selepas solat Jumaat dengan diperhatikan pihak polis.

Turut terlibat anggota PERKASA, kumpulan anti-liberalismne agama dikenali BADAI, membawa plakad dan kain rentang menyatakan perasaan tidak senang dengan festival itu.

Mereka malah mengetuk wajah bekas pengerusi Majlis Peguam S Ambiga dan logo badan itu dengan penukul di atas jalan raya.

Ambiga dilaporkan dijadual merasmikan program itu manakala beberapa anggota Majlis Peguam didakwa terlibat sama dalam penganjurannya.

PPSMI sekolah rendah mansuh 2017, sekolah menengah 2021..ha,...ha.. flip-flop gak...mahsuh tahun 3000 lagi baik...!!!

PUTRAJAYA, 4 Nov — Pelajar yang sudah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan meneruskan persekolahan mereka sehingga tahap Tingkatan Lima.
Oleh itu, PPSMI di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2017 manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada 2021.
Selain itu, Kabinet juga memutuskan pemansuhan PPSMI kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula dasar seperti dituntut sesetengah pihak.

Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI

Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

Aziz Bari: DAP salah sokong pilihan PPSMI

Pensyarah kontroversi Prof Dr Abdul Aziz Bari berpandangan bahawa sokongan DAP supaya pilihan diberi untuk belajar Sains dan Metematik dalam bahasa Inggeris salah daripada aspek perlembagaan.
Pakar perlembagaan itu berkata, perkara 152 perlembagaan persekutuan menyatakan urusan rasmi mesti dijalan dalam bahawa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini.

"Tambahan pula ia berjalan sehingga (mantan perdana menteri) Mahathir (Mohamad) secara bersendirian menukarnya (kabinet tidak terliabt membuat keputusan itu)," katanya pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Saifuddin nafi persepsi porak-peranda jika pelajar berpolitik

KUALA LUMPUR, 4 Nov ― Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menolak persepsi yang mendakwa seluruh kampus universiti akan porak-peranda jika golongan mahasiswa dibenarkan berpolitik.
Beliau menyifatkan persepsi itu sebagai satu mitos semata-mata dan tidak berasas sama sekali.
“Ramai benar mahasiswa yang saya lihat aktif berpolitik dalam kampus, mereka lulus dengan cemerlang dalam akademik mereka. Malah ada yang mendapat pekerjaan yang baik selepas keluar universiti.
“Tidak semestinya mereka yang tidak berpolitik itu, mereka lulus. Malah ada yang gagal juga,” katanya dalam program bual bicara ‘Kerusi Panas’ terbitan Bernama Radio24.
Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin (gambar) menggesa pihak berkuasa mengkaji punca di sebalik trend sesetengah mahasiswa cenderung bersikap antikerajaan.
“Pernahkah kita bertanya mengapa mahasiswa universiti tidak menyokong pemerintah? Mengapa ada segelintir mahasiswa yang suka melawan?
“Oleh itu, saya sebagai salah seorang anggota kerajaan lebih suka menilai diri saya sendiri apakah wujud kekurangan yang perlu diperbaiki dan bukannya memarahi golongan mahasiswa berkenaan,” katanya

AUKU: Kabinet serah Peguam Negara putus tindakan susulan

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Peguam Negara dalam menentukan sama ada mahu meneruskan rayuan berhubung keputusan mahkamah awal minggu ini yang memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah memberi taklimat kepada Kabinet mengenai perkara itu hari ini dan diputuskan bahawa agar menunggu tindakan susulan Peguam Negara.
Semalam, Khaled berkata penelitian terhadap keputusan penghakiman sudah dibuat, kini bergantung kepada cadangan serta pendapat Kabinet sama ada wajar atau tidak untuk merayu.

Auku: Najib bimbang kebangkitan mahasiswa

KUALA LUMPUR 4 Nov: Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merayu keputusan mahkamah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, membuktikan pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut kebangkitan anak muda dan mahasiswa.
Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, tindakan kabinet Najib itu tidak mengentarkan perjuangan mahasiswa menuntut kebebasan dan keadilan.
“Tindakan pimpinan Umno BN ini bukan sahaja zalim tetapi seolah-olah menjadikan undang-undang negara umpama milik Umno BN.
“Biro Mahasiswa AMK Malaysia berpandangan Mahasiswa seharusnya diberi ruang beraktiviti dan mencurah pandangan selaku kelompok terdidik dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.
Mahasiswa katanya, bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal.

Kes PKFZ: Pak Lah dipanggil jadi saksi..Tok Ki Det amacan....!!!

Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dipanggil sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang yang akan bermula 2 April tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.
  
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan setelah Chan mengaku tidak bersalah kepada tiga pertuduhan pindaan yang dibacakan kepada beliau hari ini.
  
Timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan memaklumkan bahawa terdapat pindaan dalam ketiga-tiga pertuduhan iaitu dengan meminda perkataan "kerajaan Malaysia" kepada "sokongan kamu (Chan) sebagai menteri pengangkutan".
  
Oleh itu mengikut pertuduhan pindaan itu Chan didakwa menipu bekas perdana menteri itu dengan memperdayakan beliau (Abdullah) bagi meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk menjalankan pembangunan projek hab penghantaran di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja-kerja pengubahsuaian di tapak
PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Kes saman bapa Altantuya: Tak mustahil dibawa ke ICC

KUALA LUMPUR 4 Nov: Pengurusan kes saman bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu terhadap kerajaan Malaysia perlu dipercepatkan kerana ia akan menjadi lebih buruk jika kes itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, tidak mustahil keluarga mendiang berbuat demikian,  sekiranya kes saman yang mereka failkan di negara ini masih tertangguh.
“Kita tidak akan dapat menghalang (bapa Altantuya) untuk mendapatkan keadilan kerana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja.
“Bukan sahaja ke Paris, malah mereka juga boleh pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mencapai keadilan,” katanya yang merujuk kes Scorpene yang difailkan di mahkamah tinggi Perancis.
Menurut Yusmadi, kes pembunuhan ALtantuya bukan kes biasa kerana ia melibatkan dua aspek penting iaitu sistem keadilan jenayah dan dasar luar negara.

Belanja anak PM: Akhbar Australia buat pembetulan

Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.

NONE"The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik.

Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.

Akhbar itu melaporkan, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)  Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah itu diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat yang ketat.

Dr M berkata Najib masih boleh selamatkan PPSMI....Tok Ki dah tegur..Najib kena ingat budi...!!!!

LANGKAWI, 4 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih boleh menghalang timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dasar yang diperkenalkan oleh pentadbirannya.
Dr Mahathir (gambar), yang masih dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh dalam Umno selepas berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun berkata, Najib boleh berbuat demikian demi negara.
Beliau berkata demikian di sini hari ini.

PAS: Isu murtad Himpun, Seksualiti Merdeka tak jejas undi Pakatan

SHAH ALAM, 4 Nov — PAS, komponen Pakatan Rakyat, yakin bahawa arah aliran sokongan kepada perikatan itu tidak akan terjejas meskipun diserang dan dilabel secara negatif ekoran dua peristiwa dalam tempoh sebulan ini — pemurtadan dan program Seksualiti Merdeka ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum semakin dekat.
Malah kata PAS, pihaknya sedar Barisan Nasional (BN) dan Umno cuba mengaitkan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, yang sepatutnya merasmikan program Seksualiti Merdeka 9 November ini, dengan Pakatan Rakyat.
Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Julai lalu dengan kehadiran sekitar 50,000 orang menuntut pembaharuan pilihan raya, mendapat sokongan Pakatan Rakyat tetapi dikecam keras oleh BN.
“Rasanya tidak sangat, kecuali mereka (BN dan Umno) dapat mempengaruhi rakyat... setakat ini tidak,” kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad (gambar) pada sidang media di Pejabat PAS Selangor di sini hari ini.

Pengamal media mesti bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan pengamal media perlu melaksanakan tanggungjawab yang betul dalam setiap apa yang dilaporkan.
Ini, katanya kerana kesilapan mereka menyiarkan sebarang berita akan menjatuhkan maruah sesebuah negara mahupun individu tertentu.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan akhbar Australia, The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.
"Saya rasa apa yang penting adalah sikap tanggungjawab pengamal media apatah lagi ia menjadi rujukan sehingga peringkat antarabangsa.
"Sebarang laporan yang tidak tepat sudah pasti akan memjatuhkan imej sesebuah negara serta individu tersebut, dan apa yang saya katakan ini bukan hanya merujuk kepada apa yang disiarkan di dalam akhbar milik Australia itu sahaja tetapi ia meliputi pengamal media di dalam negara kita.

Lesbian, gay nak duduk khemah mana di Arafah?

Dr Juanda Jaya
Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi.

Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama.

NGO Islam, Perkasa protes Seksualiti Merdeka

November 04, 2011
Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi membantah program Seksualiti Merdeka di pekarangan Masjid Negeri Shah Alam. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam dan yang membela hak orang Melayu, Perkasa mengadakan demonstrasi di sini dan Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini mengecam penganjuran program Seksualiti Merdeka.

Seksualiti Merdeka: Hanya 30 PERKASA berdemo di masjid

NONESekumpulan umat Islam mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur bagi menyatakan perasaan tidak senang terhadap usaha penganjuran program kontroversi "Seksualiti Merdeka".

Bagaimanapun, jumlah kehadirannya tidak memberangkangkan apabila hanya kira-kira 30 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 10 minit di perkarangan Masjid Negara.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam mengisytiharkan pengharaman terhadap semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan antara 9 hingga 13 November ini.

Mereka mengangkat poster bantahan bertulis "Semua Agama Tolak Seks Sejenis", "Haramkan Sahaja Majlis Peguam" dan "Jabatan Agama Islam Perlu Bertindak Tegas".