Selasa, 1 November 2011

Dataran Kaabah, Tiada Lagi Ruang Yang Kosong!...

padat jemaah skg ni...alhamdulilah
masyallah....
subhanallah....

Jawapan Bodoh Noh Omar Mengenai Lembu-Lembu Anak-Anak Syahrizatt

Oleh: siasahkini

"Seorang lagi Menteri standard macam ini....

Aku sempat tenguk Noh Omar jawap soalan berkenaan isu Raja Lembu dan Lembu Lembunya dalam siaran Buletin Utama malam tadi..Inilah jawapan bodoh dari seorang Menteri/Ahli Parlimen yang menjawap dalam Parlimen bagi membela seorang Menteri  dan anak beranak nya yang terang terang menaghabiskan duitdan  menyalah guna kan kuasa

Bn Berdepan Kebangkitan Pelajar...

Oleh Ahmad Zawawi
Keputusan  Mahkamah  Rayuan   yang  memihak  kepada   4  Pelajar  Fakulti  Sains  UKM  adalah  satu  Petunjuk  baru  kepada  masyarakat  pelajar  yang  hak  Kebebasahttp://demamalaysia.files.wordpress.com/2010/04/auku-akta-zalim-3.jpgn  Bersuara   adalah  hak  mutlak  mereka   sebagai  rakyat  Negara  ini  dan  tidak  boleh  dinafikan  dengan  Akta-Akta  sampingan  seperti  AUKU  1971.  Ini  merupakan  satu  Landmark  Decision.


Sebagai  seorang  pelajar  Jarak  Jauh  yang  juga  terikat  dengan  AUKU  tersebut  saya  mengucapkan  syabas  kepada  keempat-empat  Wira  Pelajar  Muhammad  Hilman  Idham, Wong  King  Chai, Muhammad  Ismail  Aminuddin  dan  Azlin  Shafina  Mohamad  Adza.  Anda  mengubah  landskap  politik  Malaysia. 

Kita bangunkan jiwa merdeka

Oleh Subky Latif
DALAM Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya tahun 1946 di Melaka, Al-Marhum Dr. Burhttp://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/203598_204789929540479_7482173_n.jpghanuddin Al-Hilmy dalam ucapannya menyampaikan syairnya yang masyhur:
Di atas robohnya Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Jika tidak silap itulah Kongres parti itu yang pertama setelah ia dibentuk di Ipoh


Syair Dr. Burhanuddin ini secara rasmi menyeru penduduk Tanah Melayu dari berbagai baka membangunkan jiwa merdeka bagi menuntut hak keadilan pusaka.

APA JASA DATUK NALLA DAPAT SENATOR? PEMIMPIN UMNO BAWAHAN PATUT MUHASABAH DIRI


DI DALAM negara di bawah pemerintahan Umno/Bn ini nampaknya tidak sukar untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat bahkan untuk menjadi Menteri. Tanpa bertanding di dalam Pilihanraya dan tanpa berbuat jasa kepada rakyat dan negara, sesiapa pun boleh mendapat kedudukan seperti itu dengan hanya menjadi `pengampu' dan `pencacai' kerajaan.

Jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya seperti Wakil Rakyat. Lojiknya sesiapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Tetapi di bawah Kerajaan Umno/Bn, sesiapa pun boleh berada di kedudukan itu asalkan sanggup menjadi `pencacai dan pengampu' nombor Wahid. Contohnya, apa jasa Ezam sesumpah? Apa jasa Jamil Khir Baharom? Dan, terbaru Datuk Nalla.

Penjenamaan semula IWK merugikan

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berpendapat penjenamaan semula Indah Water Konsortium (IWK) adalah suatu yang merugikan serta akan menelan belanja yang besar tanpa membawa apa-apa kesan kepada operasi lain.

"Jelas penjenamaan tersebut tidak membawa kesan kepada operasi dan aliran tunainya kerana model perniagaannya tidak berubah, malah IWK telah pun bertukar tangan dan dijenamakan semula sebanyak lima kali sehinggalah diambil oleh kerajaan pada tahun 2000.

"Usaha untuk menjenamakan semula IWK adalah berbahaya kerana keseluruhan model dan operasi IWK telah dibuktikan tidak berdaya saing sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung kos RM1.2 bilion sejak tahun 2000 melalui pelbagai bantuan kewangan," jelasnya yang juga Setiausaha Agung PKR pada satu sidang media di lobi parlimen petang tadi.

DEMO 'MAT REMPIT' ANCAM KETENTERAMAN AWAM

Demo "Mat Rempit" Ancam Ketenteraman Awam

RTM - Rehat Tunggu Mati

Thai flood frustration grows

M'sia benar warga Israel masuk bagi mesyuarat, sukan

Malaysia membenarkan kemasukan warga Israel ke Malaysia untuk menyertai mesyuarat atau kejohanan sukan antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

richard riotTimbalan menteri luar negeri, Datuk Richard Riot berkata kerajaan boleh membuat ketetapan berkenaan walau Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Dasar Malaysia memang kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu hubungan bilateral. Walau bagaimanapun, kerajaan dari masa ke semasa boleh melonggarkan untuk warga Israel untuk hadiri mesyuarat dan penyertaan dalam aktiviti sukan tapi dengan syarat tertentu,

Tambahnya lagi, kebenaran itu juga disyaratkan supaya penyertaan warga berkenaan hendaklah berbentuk "low profile seperti tidak boleh beri publisiti oleh media tempatan," katanya lagi.

Anwar -Keadilan Dalam Islam

Greek vote plan sends stocks sliding

Greek bailout referendum stirs strong feelings

MP PKR Kuala Kedah: Isu Benih Padi tidak ..

Shahrizat under more pressure over feedlot project

EC to be PSC's first witness

Opposition MP moves to dock PM's salary by a month

PKR gesa Noh semak seluruh dasar kementerian

SPR saksi pertama mesyuarat JK Khas esok

Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.
“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Dua NGO Islam gesa rakyat tak kira kaum tolak budaya songsang

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Dua pertubuhan bukan kerajaan Islam hari ini menyeru masyarakat berbilang kaum bergandingan untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang cuba dibawa oleh golongan yang memperjuangkan kebebasan dan hak kesamaan jantina.
Pendirian ini dikeluarkan di sebalik polemik mengenai diskusi yang diadakan mengenai soal undang-undang keluarga dan hak kesamaan jantina.
Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Norsaleha Mohd. Salleh berkata, budaya songsang seumpama itu tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu dan Buddha.

AUKU: Pihak Berkuasa Perlu Terima Keputusan Mahkamah Rayuan


KUALA LUMPUR, 1 Nov : Majlis Peguam menyeru pihak berkuasa untuk menerima prinsip-prinsip asas keputusan Mahkamah Rayuan, dan hendaklah memansuhkan seksyen 15 (1), 15 (5) (b) dan 15 (5) (c) Akta Universiti dan Kolej Universiti( AUKU), kata Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong dalam kenyataan medianya.
Menurutnya, beliau mengalu-alukan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Waran tangkap dikeluarkan ke atas Bob Lokman

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu.

Malaysia could still face bankruptcy, Idris Jala warns

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Nov 1 — Datuk Seri Idris Jala said today that Malaysia could still become bankrupt within a decade if it spends borrowed money on operational expenditure such as subsidies instead of investing the cash.
“If our economy grows less than four per cent... and we don’t cut our operating expenditure, if we borrow at 12.5 per cent, if our annual debt rises to 12.5 per cent and our revenue does not grow, then it will happen,” Idris (picture) said today after announcing the latest investment updates for the government’s economic transformation programme (ETP).
The performance management minister triggered alarm bells with his controversial bankruptcy forecast last year.

Mutiara $150,000, keratan asal akhbar The West Australian

RAMAI mempertikai kesahihan pendedahan laporan akhbar The West Australian tentang tabiat boros "first lady" membeli mutiara bernilai $150,000, serta anak perempuan Najib Razak yang berbelanja sakan sehingga $60,000 di Perth Autralia.

Pertikaian itu turut disiarkan di portal Malaysiakini. Ini kerana laman-laman blog termasuk portal Keadilandaily hanya menyiarkan keratan kecil laporan akhbar tersebut.

Kaki Fitnah Umno Ini Merajuk Sebab Gaji Sudah Ditarik Balik kot?

Selama ini pemimpin umno terlalu bodoh dan menelan bulat-bulat fitnah yang direka dan ditabur oleh kaki fitnah no. 1 negara ini yang hanya lulus SPM dan pernah dibuang dari perkhidmatan polis kerana masalah disiplin.

Baru sekarang agaknya pemimpin umno mulai sedar bahawa selama ini penjilat mereka ini rupa-rupanya telah menjadi duri dalam daging dan memberi makan kepada binatang haram ini umpama menanggung biawak hidup yang akan mencakar belakang tuannya apabila tembolok mula kontang..

Akibatnya banyak fitnah yang direkayasa oleh binatang ini kini mulai terdedah kebenarannya kerana pembohongan demi pembohongan dan fitnah-fitnah penjilat ini sudah terlalu sukar bagi rakyat yang berkelulusan atas daripada SPM untuk menerima logiknya. Hanya mereka yang masih belajar di tadika KEMAS dan berkelulusan bawah dari SPM sahaja yang boleh termakan dengan fitnah dan pembohongan binatang bernama Papababigomo ini.. Kahkahkah...


GE-13 on December 9, 2011?

GE-13 on December 9, 2011?
Speculation is rife that Malaysia will hold snap general elections on December 9. Prime Minister Najib Razak, now in Mecca performing his pilgrimage prayers, is expected to dissolve Parliament once he returns on November 9.
"One month is sufficient for the EC to get everything ready. They are supposed to be prepared anyway. But this is only if Najib feels inspired after his Haj. If not, then it is next year," an Umno watcher told Malaysia Chronicle.
To those who have been following the GE-13 guessing game, this is a surprise. Most had expected November, with December being too afflicted by rainy weather. When it became clear November was no longer possible, the expectation was for March or April 2012.

Umno kearah kepupusan

Umno kearah kepupusan Dalam tahun 1961, kerajaan komunis Jerman Timur telah membina tembok yang membahagikan Berlin kepada Barat dan Timur bagi menghentikan penghijrahan rakyat dari Kawasan Komunis ke Barat. Tembok sepanjang 103 batu dilengkapi peralatan senjata bahaya adalah satu pembinaan besar lambang kemampuan kejuruteraan Kesatuan Soviet. Tetapi ia juga adalah lambang kegagalan Komunisme.
Sebenarnya, “syurga pekerja” hanya boleh dibina di dalam penjara pekerja. Jika adapun, tembok Berlin adalah petanda jelas runtuhnya Komunisme. Tumbangnya Kesatuan soviet pada tahun 1990, adalah seperti satu ketentuan yang akhirnya berlaku. Ideologi Komunisme mulai diketepikan di serata dunia kecuali di beberapa negara dengan China sebagai Komunis hanya dalam perihal mengadakan pilihanraya.

Pembaziran tanpa had: Pasangan Pertama percepat waktu muflis

Pembaziran tanpa had: Pasangan Pertama percepat waktu muflis
Seperti rata-rata penduduk Malaysia, penduduk negeri Sarawak turut terkejut dengan gaya hidup serba mewah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kedua-dua mereka terpalit pelbagai skandal salahlaku antaranya skandal melibatkan perbelanjaan dana secara besar-besaran.
Ini termasuk cincin bertatah berlian bernilai RM24 juta, penyalahgunaan kuasa membabitkan jadual lawatan kerja rasmi yang disesuaikan dengan majlis pertunangan ahli keluarga, ditambah pula dengan kos penambahbaikkan dan ubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri - Seri Perdana.
Segala perbelanjaan ini bercanggah pula dengan amaran dan teguran dari dua menteri dari jabatannya sendiri iaitu Idris Jala dan Koh Tsu Koon – yang menyatakan bahawa Malaysia akan muflis jika pemimpinnya tidak menghadkan perbelanjaan, memotong subsidi dan mengurangkan pinjaman.

Pelik bila pemimpin umno dakwa kekayaan negara milik umno

 
MARANG - Pembahagian apa-apa bantuan termasuk pengagihan komputer E-Book oleh kerajaan Terengganu, bukanlah milik parti Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata adalah pelik apabila pemimpin umno mendakwa ia milik mereka.

"segala nikmat dan milik kerajaan pada hari ini adalah milik Allah, tiba-tiba pelik, kerana pemimpin umno mengajar (rakyat), dan menganggap segala kekayaan,

Kita makan kuah...depa makan isi......

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Terasa benar kenaikan harga barang menghimpit ekonomi harian kita. Terutama orang yang macam SM..gaji tak seberapa..tanggungan ramai. Rasanya bukan SM saja malah ribuan di luar sana yang senasib dengan SM, yelah di Malaysia ni berapa kerat saja yang kaya...lainlah kalau macam Tok Najib dan Cik Mah..Cik Mah kaya sejak kecil...menabung sejak kecil hingga boleh beli cincin 24 juta...kita ni bukan kata nak beli cincin 2 ribu...tabung ayam yang dok ada tu pun tak pernah penuh-penuh..apa taknya...nak masuk tahun baru je...kena korek..habuan nak beli kasut sekolah dan buku-buku...

Sekarang ni kalau tukar duit RM50 dah tak jadi makna..sikit sana...sikit sini..alih-alih tinggal RM2. Belek beg ditangan..hasil belian 2-3 barang saja. Apa tidaknya kalau dah ayam dah mencecah RM10 sekilo..ikan termenung pun RM8 sekilo...tak termasuk sayur..beras..minyak..cabai..gula..garam..wah!! pening kepala SM dok fikiaq..!

Jengah pula perbelanjaan lain..petrol..persekolahan anak..tambang menambang anak ke sekolah..makan di pejabat...susu anak, pampers, bil air..letrik..telefon..internet...tak termasuk..kasut koyak..sakit demam..kereta buat hal.dan lain-lain perbelanjaan semasa..hai..bukan saja pening malah..boleh pengsan dibuatnya...cukup bulan gaji masuk...seminggu habis licin...

PKR gesa Noh semak seluruh dasar kementerian

KUALA LUMPUR, 1 Nov: PKR meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar menyemak keseluruhan dasar dan sasaran kementeriannya sebelum mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperbodoh rakyat.
Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, jawapan Noh mempertahankan prestasi National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diterajui keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil menimbulkan banyak persoalan.
Ini kerana katanya, beberapa jawapan yang diberikan Noh ternyata berbeza dengan sasaran rasmi yang ditetapkan kementerian dari segi jumlah ternakan lembu, jumlah daging yang perlu dibekalkan dan sembelihan, konsep pelaksanaan projek fidlot kebangsaan, serta dana kewangan projek tersebut.

Projek Pusat Fidlot oleh keluarga Shahrizat 22 kali ganda mahal

KUALA LUMPUR 1 Nov: Kos Projek Fidlot Kebangsaan yang bernilai RM141 juta  adalah 22 kali ganda mahal dari kos sebenar, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
Projek yang dijalankan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu  diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Rafizi  berkata, setakat ini RM6 Juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada pusat itu.
Menurut Rafizi, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan bagi 9,000 ekor lembu dengan pulangan 27.59 peratus setahun.
“Ini bermakna RM141 juta dibahagi RM6.37 juta setahun, menunjukkan kos yang 22 kali ganda lebih tinggi,” kata Rafizi dalam sidang media di parlimen hari ini.

Pengorbanan Dalam Mentaati Allah

altSELEPAS dua bulan kita meraikan Aidilfitri, hari kemenangan ke atas tuntutan nafsu, tidak lama lagi kita menyambut hari kegembiraan dan pengorbanan mengingati Allah, iaitu Aidiladha. Pengajaran terpenting Aidiladha ialah memperingatkan diri kita mengenai pengorbanan, seorang ayah dan anaknya dalam melaksanakan perintah Allah.
Lihatlah nilai yang tersemai dalam jiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Pertama, kedua-duanya dengan keteguhan iman dan takwa berkeyakinan penuh akan ketetapan Allah dan tidak berganjak sedikitpun dalam menjalankan perintah-Nya.
Kedua, nilai kesabaran. Nabi Ibrahim dan Ismail amat sabar dalam mengharungi cabaran dihadapi serta tabah dalam menunaikan tanggungjawab. Sanggup berkorban inilah nilai dikehendaki setiap Muslim dalam membangunkan diri untuk menuju ke arah masyarakat cemerlang. Nilai ini amat penting dan perlu disemai dalam diri kita, keluarga serta masyarakat.

Korban Dunia Untuk Akhirat

altMelalui ibadah korban terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati".
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Dengarlah Cerita Isterimu

altKita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.
Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.
Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Penting : Cetak Dan Edar Sebelum BN Bubar Parlimen.

Risalah penting untuk di edarkan kepada sekelian hamba rakyat.  Sila cetek dan sebarkan.
 
 

Melayu K Terengganu terpinggir

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
Majoriti pimpinan politik Melayu Umno ghairah bercakap atas nama pembangunan bangsa tehttp://gazebodaily.net/wp-content/uploads/said.giftapi dalam masa yang sama sanggup menggadaikan masa depan orang Melayu Terengganu bagi kepentingan dan kekayaan diri semata-mata.
BARU-BARU ini, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said hadir merasmikan majlis pecah tanah dan pelancaran projek projek ‘Kuala Terengganu City Centre’ (KTCC). Menurut kenyataan, projek pelaburan di Muara Selatan, Jalan Sultan Zainal Abidin ini bernilai RM5 bilion dan akan dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Bentuk skuad siber hadapi PRU13

Oleh DR MOHD FADZLI HASSAN
KEPERLUAN PAS masa kini adalah satu pasukan pendukung parti yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru sebagai satu ‘alat’ memperkasakan kerja-kerja peneranghttp://4.bp.blogspot.com/_mFe4nvV0PXc/TMlHRejRabI/AAAAAAAAAGc/5ixROMuECWY/s400/internet.jpgan dan dakwah dalam dunia moden sekarang ini.
Kehadiran teknologi internet yang ditunjangi ICT seperti web, blog, Facebook, Twitter, YouTube, webtv dan berbagai lagi media sosial yang lain telah memberikan kesan yang besar terhadap penyebaran maklumat yang selama ini sentiasa berat sebelah kepada parti pemerintah.

Meramaikan jaringan penyokong dan simpatisan PAS

Oleh USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN

BEBERAPA fakta terkini menekankan betapa revolusi teknologi maklumat melalui sepuluhhttp://makemoney24hour.com/wp-content/uploads/2009/01/internet.jpg teknologi-teknologi strategik sedang merubah landskap perniagaan, kerajaan, kehidupan dan seterusnya gerakerja dakwah dan politik.
Organisasi dakwah dan politik seperti PAS sudah pasti terkesan, perlu bersiap siaga, mengambil peluang dan memanfaatkannya.

Penulis perlu bawa suara rakyat

Oleh Abd Shukur Harun
DALAM suasana kritikal sekarang, di mana jurang miskin kaya demikian meluas, keadilanhttp://2.bp.blogspot.com/-kQYvPePGmtk/TgiRbpRfAUI/AAAAAAAAAvQ/D40mo19zfQE/s1600/pak-samad005.jpg menjauh dan wujudnya suasana politik yang tidak bersifat manusiawi; kehadiran para penulis yang memperjuangkan aspirasi rakyat semakin diperlukan.
 
Inilah masanya sangat perlu wujud penulis/sasterawan seperti A Samad Said (Pak Samad), Almarhum Azizi Abdullah dan Almarhum Usman Awang yang menyambung perjuangan Sasterawan Angkatan Sasterawan ’50 dulu yang dipelopori oleh Pak Samad, Kris Mas, Usman dan sebagainya

Pemuda KLSCAH minta kerajaan terima keputusan Mahkamah Rayuan dan mansuhkan AUKU

Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) meminta Kementerian Pengajian Tinggi menerima keputusan Mahkamah Rayuan, bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.  Pemuda KLSCAH juga meminta agar Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin, dan Timbalannya Hou Kok Chung untuk memansuhkan AUKU dengan serta-merta.

Wahai Ketua Audit Negara, betulkah nasi RM3 sepinggan?

Semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada 7 Oktober 2011, Perdana Menteri - yang anak perempuannya membelanjakan kira-kira RM180 ribu untuk barangan jenama di David Jones, sebuah gedung terkemuka di Australia - memberitahu Majlis Dewan Rakyat yang sedang bersidang bahawa, untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur asas desa secara lebih komprehensif, peruntukan RM5 bilion akan disediakan pada tahun 2012 untuk projek-projek bekalan air, elektrik dan jalan raya khususnya di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

Berlandaskan konsep-konsep seperti Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA), Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dan seumpamanya, Perdana Menteri yang isterinya ghairah dengan cincin berlian, cuba melakarkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang prihatin terhadap pembangunan desa, Sabah dan Sarawak melalui pengumuman Belanjawan Negara 2012 yang disifatkan sebagai "Belanjawan Pilihan Raya" meskipun para pemimpin BN menafikannya.

Nizar kata Najib tak mampu urus bini.

Usul potong gaji PM esok

MP PKR Kuantan: Tunjukkan Proposal Lynas kepada penduduk

US cuts UNESCO funding after Palestinian vote

Libya elects new interim prime minister

Demo Mat Rempit didalangi BN, kata pemimpin PR


KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus mendakwa demonstrasi kira-kira 200 penunggang motosikal di negeri itu semalam didalangi parti pembangkang negeri itu namun tidak dinyatakan secara khusus pihak yang terlibat.
Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN) terlibat dengan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu namun dinafikan wakil rakyatnya.
Pada sidang media pagi tadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata demonstrasi itu seolah-olah “dirancang” parti pembangkang dengan menggunakan penunggang motosikal atau “mat rempit” sehingga menyebabkan kesesakan di negeri itu.

Suaram: Cubaan bawa negara ke rejim kuku besi

NGO pertubuhan hak asasai manusia, Suaram membidas Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan bahawa tanpa penegasan dalam melaksanakan Islam, orang Melayu dan Islam yang dilindungi perlembagaan akan diratah dan dimamah oleh "gerakan hak asasi manusia" yang diibaratkannya sebagai "wabak komunis".

Pusat beku projek RAKR di Kelantan sejak 1990

KOTA BHARU, 1 Nov: Anehnya laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut kerajaan Kelantan diberi RM19 juta bagi melaksanakan projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR), namun peruntukan itu tidak ada di Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Malah sejak Rancangan Malaysia Ke-Enam (RMK-6) sehingga sekarang Kelantan tidak diberi peruntukan bagi membina projek RAKR.
Ini dibuktikan sejak RMK-6 sehingga RMK-9 sebanyak RM91.6 juta yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek tersebut langsung tidak diterima.
Peruntukan terbabit iaitu bagi RMK-6 sebanyak RM25 juta, RMK-7 (RM24 juta), RMK-8 (RM34.6 juta) dan RMK-9 (RM8 juta).

Banjir: Pemuda PAS, Amal diarah bersiap sedia

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengerahkan seluruh anggota pemuda dari seluruh negara bagi membantu kerja-kerja pemindahan, keselamatan, kecemasan, bantuan serta sumbangan kepada mangsa banjir yang diramal akan melanda tanah air.
“Bagi menghadapi musibah ini, seluruh anggota Amal dan pemuda PAS diarahkan bersiap sedia dengan segala peralatan serta kelengkapan semaksima mungkin,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).
Mereka juga, katanya akan membantu pasukan keselamatan dalam kerja-kerja menyelamat dan bantuan lain jika tenaga mereka diperlukan.

The Real Argument in the English vs BM debate

The Real Argument in the English vs BM debateThe truth is we are a very small country with a tiny population struggling to compete in an increasingly competitive global environment. Low-end manufacturing is no longer an option for us because we cannot provide the kind of cheap labor that makes it competitive. And we will soon run out of minerals and resources that we can dig out of the ground and sell.
That leaves Malaysia with only one option to be successful in the future and that is in services, particularly higher-end services and higher-end manufacturing as in software. These industries require constant cooperation and engagement with the outside world.  An outside world that overwhelmingly communicates in English.
In the midst of all this we are faced with a national argument over the language in which children should be educated in Science and Math.

Tidak ada pilihan raya sehingga tuntutan Bersih dipenuhi- Azmin

KUALA LUMPUR 1 Nov :  Pakatan Rakyat menggesa Jawatan Khas Parlimen (PSC)  mengemukakan saranan kepada kerajaan supaya pilihan raya tidak diadakan sebelum proses penambahbaikan dijalankan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, PSC juga perlu meneliti lapan tuntutan oleh  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi tujuan itu.
“Kita mahu jawatankuasa (PSC) kemuka saranan kepada kerajaan supaya tak ada pilihan raya sehingga Jawatankuasa memberikan maklum balas dan cadangan bertujuan menambah baik proses pilihan raya.

Peneroka Gugusan Chini pula saman Felda RM200 juta

PEKAN 1 Nov: Felda terus berdepan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu.
Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).
Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran KEADILAN Cabang Pekan 31 Oktober lalu di Markas Pas di Felda Chini 3, Pahang.
Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama.

Guru dakwa polis abai 15 laporan 'serangan'

Sejak bulan Februari lalu, seorang guru di Sungai Nibong, Pulau Pinang, telah membuat tidak kurang daripada 15 laporan polis yang mendakwa bahawa bekas teman lelaki beliau menyerangnya secara fizikal, tetapi dakwanya, pihak berkuasa gagal bertindak.

Dakwanya, serangan bermula selepas dia berpisah dengan lelaki itu. Ini termasuk dipukul, cuba dicekik dan juga cubaan untuk membakar rambutnya.

Guru, berusia 29 tahun itu juga mendakwa dia ditipu sebanyak RM15,000 sebelum menamatkan  hubungan selama enam tahun mereka.

GPMS: Keluarkan klausa tak sah dalam AUKU

sedaq protest against penang government 050210 gpms president jais abd karimGabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpendapat klausa 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diputuskan Mahkamah Rayuan sebagai menyalahi perlembagaan perlu dibuang terus.

"Kalau tidak sah, ia perlu dikeluarkan, (termasuk) klausa-klausa yang lain. Banyak yang perlu dipinda," kata presidennya Jais Abdul Karim.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, GPMS berpendirian AUKU bukan bertujuan menghalang mahasiswa berpolitik tetapi sebagai "alat kawalan" memandangkan tujuan utama mereka ke universiti untuk belajar.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Jais berkata pindaan terhadap akta itu perlu dibuat dengan lebih relevan mengikut kehendak semasa dan sesuai dengan kematangan mahasiswa.

"Rombakan kepada AUKU untuk mengawal, bukan menghalang mahasiswa. Kalau halang mahasiswa, (masih ada) pelbagai cara untuk (mereka) berpolitik," katanya.

Hadiah Katak : Nallakaruppan dilantik senator esok

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan Parlimen Malaysia selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar.

MTUC gesa MEF jangan ‘ugut’ pekerja, halang sertai piket

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) supaya tidak mengambil tindakan berunsur menakut-nakutkan pekerja dalam usaha menghalang mereka daripada menyertai piket memprotes pindaan Akta Kerja 1955, Khamis ini.
Badan induk kesatuan sekerja itu juga melahirkan rasa kesal kerana MEF telah mengeluarkan arahan agar tidak menyertai piket atas alasan piket bukan satu bentuk pertikaian perhubungan perusahaan selain melanggar undang-undang lain yang melarang orang ramai berkumpul.
“Saya kesal dengan tindakan MEF yang mengeluarkan surat kepada anggota mereka, di mana anggota mereka (majikan) menggunakan ke atas pekerja-pekerja mereka.

Dua hari lagi untuk Piket Kebangsaan MTUC

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan Piket Kebangsaan yang dijadualkan pada 3 November ini akan berjalan seperti ditetapkan dan meminta semua kesatuan sekerja mengenepikan ugutan yang dilakukan oleh Pertubuhan Majikan Malaysia (MEF).
Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor menegaskan, piket merupakan satu-satu hak pekerja Malaysia.
“Piket Kebangsaan ini merupakan tindakan solidariti untuk memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap pindaan Akta Kerja 1955.

PAS Perlu Jadi GERAKAN MASSA

KUALA LUMPUR - Para pendokong gerakan Islam harus memahami bahawa pendekatan 'damai' atau sinonimnya 'Muwajahah Silmiah' yang diamalkan selama ini telah memberi ruang bergerak secara bebas bagi menarik sokongan rakyat.

Sebaliknya pendekatan 'ekstrim' bukan sahaja tidak berjaya menjadi peneraju kepada kebangkitan gerakan massa malah akan menyebabkan parti itu tidak diterima ramai.

Menurut Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan katanya PAS dilihat berjaya kerana mempunyai rahsia dan identiti yang tersendiri.

MIC now backs PPSMI

MIC president Datuk G. Palanivel today urged the Education Ministry to reconsider its controversial decision to scrap the teaching of maths and science in English.Last week, Tan Sri Muhyiddin Yassin said the government had made up its mind to do away with the pro-English policy, better known by its Malay abbreviation of PPSMI, and would not provide any alternatives as it would bring chaos to the education system.
“It is still not too late. We can still reconsider the decision,” Palanivel said.
“We have considered the ongoing public reaction to this issue. We do not want a backlash from angry parents,” he added.

Kerajaan tidak akan beralah pada siswa

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai bercanggah Perlembagaan Persekutuan.Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan tersebut adalah tidak selari dengan matlamat institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang menuntut pelajar berpandangan luas dan menunjukkan kematangan intelektual.
“Ini bukan semata-mata soal kebebasan tetapi juga bermaksud pendidikan disekat.

Perebutan jadi calon BN makin tegang

Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti.
“Mungkin pada permukaan cuma nampak kocakan-kocakan kecil, tetapi di dasarnya sedang bergelora dengan dashyat.”
Demikian perumpamaan yang diberikan oleh anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi, 41, ketika cuba memberikan gambaran suasana tegang dalam perebutan kerusi sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dalam Umno.
Menurut Adi yang juga menjawat jawatan yang tidak kurang penting dalam sayap parti itu di sebuah bahagian di negeri itu, perebutan untuk dipilih sebagai calon itu telah lama berlaku dan semakin tegang semenjak akhir-akhir ini.

BN bersekongkol dengan Israel

MP Bakri desak menteri BN beri penjelasan kaitan hubungan dagang Malaysia-Israel.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai ‘udang disebalik batu’.
Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia.
Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut.

'Kejayaan' P.Pinang langsai RM600 juta hutang bukan ehsan pusat

'Kejayaan' P.Pinang langsai RM600 juta hutang bukan ehsan pusat Kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang melangsaikan hutang RM600 juta baru-baru ini bukanlah atas ehsan kerajaan pusat mengambil alih pengurusan perkhidmatan air di negeri berkenaan melalui penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sebaliknya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, ia hasil rundingan bersyarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, lalu dipersetujui oleh kerajaan persekutuan.

"Tidak ada orang yang begitu baik sehingga mahu ambil alih hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang dulu, mereka (kerajaan pusat) nak ambil alih konsesi air kita, maka kita tetapkan dua syarat (yang mereka sendiri bersetuju)," ujarnya pada satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Georgetown.