Ahad, 30 Oktober 2011

Pakatan Rakyat Jangan Pandang Rendah Usaha UMNO BN Rampas Selangor


Muhyiddin terus `gempur’ Selangor

PETALING JAYA: BN terus menggempur Selangor bagi merampas semula kerajaan negeri yang terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN Selangor sudah beberapa kali menggempur Selangor dan kali terakhir sehari selepas beliau membentangkan bajet 2011 pada 7 Oktober lalu.

Begitu juga dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat beberapa daerah di negeri itu hujung minggu lalu.

Khamis ini, sekali lagi timbalan perdana menteri akan menggempur Selangor. Beliau akan hadir dalam program yang dinamakan `Nurani rakyat sayangi Selangor’ di Kelang dan Shah Alam.

Aziz Bari: Peluru tak patahkan semangat saya

Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak di Kuala Lumpur bagi memberi keterangan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping Perak.

"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut...pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan itu hari ini

PRU13: Seriuskah PAS, Pakatan pindah maklumat?

Saya sentiasa mengikuti persediaan yang dilakukan oleh parti-parti politik dalam menghadapi PRU13 akan datang.  Saya melihat dari ruang lingkup sebagai orang awam yang tidak terlibat dengan politik secara langsung. Apa yang saya perhatikan PAS dan PAKATAN banyak belajar daripada pengalaman-pengalaman lepas tentang persediaan menarik pengundi dan penyokong. Pendekatan yang dijalankan kini nampaknya bersifat lebih global.
Jika dahulu PAS banyak menggunakan pentas-pentas ceramah dalam menarik pengundi di samping memberi penerangan. Ketika ini, nampaknya PAS dan pemikirnya dilihat lebih agresif dengan memperkasakan medium altenatif seperti akhbar sedia ada dan teknologi internet. Langkah memperkasakan unit IT dengan kerjasama blogger dan web master lain bagi membantu PAS menghadapi PRU akan datang merupakan satu  langkah yang bijak. Program-program menyantuni pakar-pakar IT ini, akan memberi kelebihan kepada pihak PAS dan PAKATAN.

Bekerja seperti pilihan raya minggu ini

GOMBAK, 30 Okt: Ijtimak Tarbawi 2011, Deawan Pemuda PAS Pusat yang berakhir petang tadi melabuhkan tirainya dengan satu komitmen untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya.

Bercakap selepas menyampaikan ucapan penutup petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, anggota dewan itu hari ini pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk berkerja seperti 'pilihan raya minggu ini'.

"Apa yang kita dapat dari ijtimak ini akan diteruskan bila balik ke kawasan masing-masing.

PC Aziz Bari:Tidak mematahkan semangat saya

Today in History for October 30th

Elton John: Dr Asri dicabar tunjuk mana salah

GOMBAK, 30 Okt: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John.

Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu.

"Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

Khaled: Pelajar IPT perlu diberi ruang tapi demo bukan jawapan

SHAH ALAM, 30 Okt – Penuntut-penuntut universiti perlu diberi sedikit ruang untuk melahirkan suara mereka berkaitan isu-isu semasa, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin hari ini.
“Kita perlu beri sedikit ruang bagi pelajar untuk melahirkan pandangan, keprihatinan mereka... ia selari dengan janji demokrasi kerajaan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Khaled, beliau bimbang aktivisme pelajar di universiti akan digunakan oleh sesetengah pihak bagi kepentingan politik mereka.
Sehubungan itu katanya, ada cara lain untuk menyatakan rintihan dan rungutan mereka tetapi mengadakan demonstrasi di kampus bukan satu-satunya jawapan.

Najib Tekan Ketua Audit Negara..!!


Tindakan kabinet cuba campurtangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan seolah wujud tekanan terhadap Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian mengulas kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari semalam, yang mengatakan Ketua Audit Negara sepatutnya tidak menyerahkan laporan itu kepada kabinet kerana ia pihak yang mempunyai kepentingan.

“Kalau ada campurtangan kabinet, ia merupakan perkara yang sudah kita jangka. Ia tidak baik dari segi tadbir urus dan tatakelola kerajaan yang baik, yang menunjukan amalan kerajaan yang mempunyai kematangan demokrasi dan sebagainya.

Koh Tsu Koon Nafi Cabar Guan Eng Pada PRU13, Akui Blogger Upahan UMNO Penipu Besar

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

Lapuran Ketua Odit Negara- kenapa kita bising2

Saya mendapat komen yang panjang lebar dari sahabat blog saya, Encik Walla. Oleh kerana saya inginkan memanafaat fikiran bernas yang ada dalam komen tersebut untuk di kongsi oleh seramai mungkin pembaca, maka saya menterjemahkan komen tersebut kedalam bahasa Melayu. Mudah mudahan, selaras dengan saranan dan pegangan MP Pagoh, ianya memperkasakan bahasa Melayu.

Begini bunyi nya komen Walla.

Pendedahan yang memualkan oleh lapuran ketua odit negara( LKON) membatalkan semua rasa gembira dari bajet 2012. Malahan, pendedahan tersebut telah mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan yang di pimpin oleh UMNO secara sistematik membohong dan menipu rakyat setiap tahun hanya untuk memperkayakan imam2 perang UMNO dan Napoleon2 kecil.

Hudud PAS Adalah Hudud Allah SWT

Sebagai cara melepaskan diri kerrana menolak hudud, UMNO sedang cuba untuk mewarnakan Enakmen Syariah yang diluluskan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebagai "Hudud PAS".

Mereka juga berkata "Hudud PAS" bukan "Hudud Allah". Malangnya, dakwaan ini hanya penipuan semata-mata. Antara2 hujjah mereka adalah:

1.0 UMNO KATA: Bilangan fasal di dalam Enakmen Terengganu dan Kelantan adalah berlainan. Bagaimana hukum hudud boleh berbeza-beza bilangan
JAWAPAN:Kalau kita ikut kata2 UMNO ini, maka secara otomatik kesemua madzhab2 dalam Islam juga tidak mengikut Islam.
Ini kerana berlaku perbezaan jumlah kesalahan hudud di antara mazhab2. Misalnya, Madzhab Hanafi tidak mengiktiraf liwat sebagai kesalahan hudud tapi Madzhab Syafiee pula meletakkan liwat di bawah Hudud.

Betulkah Annuar Jadi Pengarah Pilihanraya UBN Kelantan?

TERDENGAR di dua tiga lokasi kononnya Annuar Musa akan dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya UBN Kelantan. Semalam di sebuah majlis kenduri di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ada orang memberi tahu yang MT telah bersetuju melantik Annuar sebagai pengarah. Kata si pemberi tahu itu hanya tunggu diumumkan sahaja.

Dari sumber ibu pejabat Umno Kelantan juga ada menyebut kemungkinan itu. Sumber rapat dengan Mustapa Mohamed juga ada terdengar desas desus demikian. Benarkah?

Annuar yang kini sudah terpelanting dalam arus politik Kelantan dan cuba bangun menerusi bola sepak tentu gembira dengan desas desus itu. Tidak mustahil juga beliau sedang berusaha mencetak namanya untuk memasuki semula inner cicrle politik Kelantan. Atau beliau sendiri telah menghantar pelobi menemui Najib untuk jawatan itu.

Blogger Umno Kantoi Lagi..

KUALA LUMPUR: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

Colombia politicians fear for their lives

Search for survivors of Turkey earthquake ends

Raids in Bosnia and Serbia after US embassy shooting

Truce fails as Gaza border violence continues

Bajet PR Pulau Pinang Part III

Syria's Assad warns West against intervention

Assad warns against foreign intervention in Syria

Tunisia protest confines Italy oil workers

Commonwealth: Reform or lose relevance?

Jom Heboh Kota Bharu 2011 (Hormat Azan)

USTAZ AZHAR IDRUS VS MASITAH.

Ust Azhar Idrus- 1Malaysia Rakyat DiDahulukan

Ust Azhar Idrus- Sunnah Bercakap Ketika Makan

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Berkaraoke

Ustaz Azhar Idrus - Sejarah kehidupanku

Ustaz Azhar Idrus - Soalan Ustazah Cukur Bulu Kening

Ustaz Azhar Idrus-Cium Isteri Depan Orang Ramai

Ustaz Azhar Idrus-Adakah Kata-kata Ibu satu doa yg makbul?

Ustaz Azhar Idrus-Boleh ke kata bodoh?

Amaran Wabak Penyakit UMNO.


Penyakit "Gila Talak" adalah satu penyakit yg memberi bermaksud "tidak sihat fikirannya kerana bercerai".

Akibat kerana gila talak ini, org yg terkena penyakit ini sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira siang atau malam....

Penyakit ini sedang menyerang secara mengila babi setiap ahli2 United Malays National Organisation di negeri2 yg di pimpin oleh Pakatan Rakyat..

Orang ramai di nasihatkan agar berhati-hati dan mengambil tindakkan pencegahan yg sepatutnya apabila berdepan dengan ahli2 United Malays National Organisation, kerana mereka sedang cuba utk menyebarkan penyakit berbahaya yg boleh membawa maut ini.

Umno 'beri lesen' MCA hina Islam?

KUALA LUMPUR, 30 Okt: PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.

"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus?

"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara.

Bangsa dan agama: Perbezaan antara Malaysia dan ‘Darul Injil’

Juana Jaafar

30 OKT — Pelbagai pergerakan yang muncul dari kalangan masyarakat Melayu-Islam Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini membuat penulis teringat kepada pengalaman dan pemerhatian yang dibuat semasa menuntut di Amerika Syarikat tak lama dahulu.
Khususnya, di negeri-negeri selatan Darul Injil atau “Bible Belt”.  Masyarakat di sana secara umumnya konservatif dan pengaruh gereja di peringkat komuniti juga amat kuat.

BN Sabah gagal selesakan hidup rakyat

KOTA KINABALU, 30 Okt: Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Hishammudin Sulaiman berkata, kerajaan BN negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan kepada rakyat sejak BN menguasai negeri ini.
“Sudah sampai masanya Umno BN mengangkat bendera putih,” kata Hishammudin dalam Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Kota Kinabalu di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini pagi tadi.
“Kerajaan Sabah dilihat begitu banyak kepincangan dan ketirisan sama ada sektor pentadbiran atau pengurusan. Tidak banyak pembangunan yang dibuat berlandaskan kepada keselesaan rakyat,” tambah Hishammudin lagi.

Wang simpanan tetap Terengganu habis..bijak belanja kerajaan BN nie..!!!

Pada tahun 2008 wang tersebut terus dikeluarkan sehingga tinggal baki hanya berjumlah RM6 juta.
PETALING JAYA: PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan semua wang pelaburan simpanan tetap.
“Kerajaan negeri telah menyimpan wang berjumlah RM205.5 juta dalam bank dalam bentuk pelaburan sejak 15 tahun lalu, tetapi telah habis licin pada tahun 2009 dan 2010,” dakwa Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lapuran ketua audit negara mengenai prestasi kewangan negeri Terengganu.
“Pada tahun 2006, ada sebanyak RM205.5 juta dalam bank dalam bentuk pelaburan, setahun kemudian, pada tahun 2007, dia bawa keluar (wang tersebut) buat belanja sebab tak ada duit, jadi tinggal baki RM89.5 juta,”kata ahli parlimen Kuala Terengganu itu.
Menurutnya pada tahun 2008 wang tersebut terus dikeluarkan sehingga tinggal baki hanya berjumlah RM6 juta.
Kemudian, pada tahun 2009, katanya, wang tersebut dikeluarkan habis dan tidak berbaki lagi dan tidak ada simpanan dibuat oleh kerajaan pada 2010 walaupun bajet negeri melebihi RM 2 bilion.

Umno-APCO Ketuanan Peluru


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Hantar peluru tanda orang pengecut kah kah kah...

Rasa kalah bila debat dengan fakta terus pakai undang-undang sendiri kah kah kah...

Rasa terdesak pun ada jugak kah kah kah...

Tak payah la tuduh orang lain, ini mesti keroje Umno-APCO baling batu sorok tangan kah kah kah...

Kah kah kah...

Aziz Bari buat laporan di Taiping, polis sah peluru jenis caliber 9mm

BN paling baik, kata Muhyiddin..ha.ha..ha.. nak jual rakyat lagi..!!!

Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.
KOTA KINABALU: Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada BN, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.
“Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan negara dan kemerdekaan di Sabah kurang sedikit daripada (usia) itu, kita telah menganjak pembangunan masyarakat kita ke satu kedudukan yang lebih baik.
“Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di sini.

Banner "TERIMA KASIH FAM NATANG!" dipasang di Stadium Shah Alam...l

DILIHAT sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, para penyokong yang tidak berpuas hati memasang banner "Terima kasih FAM Natang!" di Stadium Shah Alam malam tadi.

Ramai penyokong yang membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM menaikkan lebih 70% harga tiket perlawanan akhir Terengganu menentang Negeri Sembilan yang dilihat begitu membebankan rakyat.

Menteri larang pegawai kanan main golf...ada berani..!!!!

Oleh: rozmal

"Menteri Pengangkutan telah melarang pegawai tinggi kerajaan bermain dan menganjurkan permainan golf walaupun di luar waktu tugas kerana dibimbangi menjejaskan mutu perkhidmatan awam. Saya bekerja di syarikat multinasional Eropah.

CEO dari HQ di Eropah, MD dan Pengarah lain ditempat kerja saya tidak pernah bermain golf dikalangan mereka apatah lagi dikalangan pelanggan dan pembekal. Memang dalam ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini, mereka hanya memikirkan bagaimana untuk terus maju ke hadapan.


Tapi di Malaysia amat berbeza, ramai pegawai kerajaan terlibat dengan golf. Malahan Majlis Agama Islam Negeri pun menganjurkan pertandingan golf amal. 

SU Agung: Ahli PAS kena terima sistem dua parti jika mahu tumbang BN

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, PAS menegaskan sistem dua parti pasti akan menjadi kenyataan di negara ini dalam waktu terdekat dan ia sangat penting untuk mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN).
PAS kini menganggotai Pakatan Rakyat yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008. Dua rakannya ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat - dalam tempoh enam bulan akan datang.

Bohong: Pelabur takut undang-undang Islam

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dilaporkan mendakwa perlaksanaan undang-undang hudud akan menyebabkan negara ini mundur serta menakutkan pelabur asing dan pelancong.

"Sekarang zaman maklumat di hujung jari, Dr Chua jangan menghina dirinya sendiri dan menyerlahkan kepada umum bahawa beliau tidak tahu apa-apa.

"Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, berjuta-juta pelancong membanjiri Iran dan dalam tahun 2010 sahaja, 400 hotel dan 200 hotel apartment dibina untuk menampung keperluan pelancong ke negara itu," katanya.

Audit : Hutang P Pinang RM630 juta pada 2007, kini tinggal RM30 juta...

TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara.  Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Audit: Kalau negara lain, sudah lama BN dihukum

TEMERLOH, 30 Okt: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika di negara lain, kerajaan BN yang ada sudah lama dihukum oleh rakyat berikutan perbelanjaan boros dan tidak berhemat menguruskan wang negara.
Tambah Ahli Parlimen Machang itu, malangnya di negara ini rakyat seolah-olah tidak prihatin menyebabkan penyelewengan dan ketirisan makin menjadi-jadi walaupun setiap tahun ditegur oleh Ketua Audit Negara.
“Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 yang baru kami ahli-ahli parlimen terima minggu lalu mendedahkan pelbagai kepincangan pengurusan dalam agensi kerajaan.
“Sebagai contoh Giat Mara membeli gula 150 kilogram dengan wang sebanyak RM25,000, ini bermakna gula yang berharga RM2.30 menjadi RM170 sekilo. Teropong untuk tentera laut yang berharga sekitar RM3,000, mereka beli RM56,000.

Mana peruntukan tebatan banjir Sungai Golok

RANTAU PANJANG, 30 Okt: Peruntukan sebanyak RM20 juta diumum diluluskan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah limpahan Sungai Golok, namun sehingga hari ini projek itu belum kelihatan.
Lebih mendebarkan lagi musim banjir makin menjelma. Hujan yang turun sekali sekala lebat sehari dua ini membuatkan paras air di sungai utama di Kelantan mulai meningkat.
Angota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, lebih mendukacitakan lagi projek tebatan banjir di Sungai Golok difahamkan sudah disenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-7.

Sekatan Terhadap Hudud Bukti Islam Tidak Bebas Di Amalkan Dalam Negara Kita

Oleh: Tok Janggut
Banyak pemimpin dalam negara kita memperkatakan tentang Perlembagaan Negara yang membenarkan semua agama mengamalkan amalan agama masing-masing tanpa sebarang halangan dengan syarat tidak mengganggu atau menghina agama lain. Agama Islam diletakan sebagai agama rasmi negara tanpa diketahui apakah keistimewaan dan kelebihanya yang dikatakan sebagai agama rasmi itu.

Agama-agama lain pula bebas mengamalkan apa yang diperintahkan oleh agama mereka. Ada yang memukul gendang ketika ada kematian dikalangan mereka samada di rumah si mati dan ada yang bermain muzik di tempat ibadah mereka dengan kuat tanpa dibantah oleh penganut Islam kerana itu adalah cara agama mereka. Umat Islam tidak boleh menghalang kerana Nabi telah memberi amaran supaya kita sebagai umat Islam tidak mengganggu orang bukan Islam untuk mengamalkan apa yang diajar oleh agama mereka.

Muslim raih faedah dari tiga perkara selepas kematian

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud : “Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaathttp://3.bp.blogspot.com/_N7eQjRnl1cI/TN4Q8ykqxxI/AAAAAAAABLw/mZ1EvdYLzYo/s1600/20101102-kematian-batu-nisan.jpgkan dan anak yang salih yang mendoakan baginya.
Hadis yang amat masyhur itu seringkali diucapkan oleh para pendakwah, sebagai petunjuk dan penggalak dalam kehidupan setiap Muslim. Kesannya akan mendorong rajin beramal dan beribadat.
 Jika perkara memberi manfaat kepada orang ramai, seolaholah mereka tidak mati lantaran pahala daripada amal yang dibuat semasa hidup itu terus kekal bagaikan air mengalir, meskipun amalannya telah terputus kerana kematiannya.

Kegagalan kerajaan Umno-BN kekang masalah hutang

Oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA
SAYA mengharapkan bahawa kerajaan memberi jaminan cara untuk mengekang defisit inihttp://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TQoJC5tdSbI/AAAAAAAAGNc/lnOenNUYtzE/s1600/hutang.giftetapi nampaknya dalam suasana global yang ada hutang dan suasana keberhutangan ini akan terus menghimpit negara kita.Apatah lagi kita mendapat maklumat betapa hari ini ramai yang menjadi muflis.
Muflis salah satu sebabnya adalah kerana berhutang. Jadi, kita harap apa yang disebutsebut dahulu bahawa negara kita akan muflis sebelum 2020 itu adalah suatu yang tidak benar.

Akan tetapi, sebagai melihat trend yang ada hari ini, kita mengharapkan supaya isu hutang ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijak.
saya juga ingin memberikan pandangan tentang tumpuan kepada sektor awam. Saya tidak ada masalah apabila sebahagian besar daripada bajet ini meletakkan pendekatan baru tangga gaji, sistem saraan baru perkhidmatan awam.

Budayakan hargai buku, ilmu

Oleh Dinsman
HIDUPKAN budaya menghargai buku dan ilmu - itulah sebenarnya tujuan dan maksud saya apabila menyatakan kekecewaan terhadap beberapa pimpinan PAS yanghttp://2.bp.blogspot.com/-BRbmWPWzytc/Tgu9GJS4kqI/AAAAAAAABVE/XCvm7HkbDP8/s1600/HHalem-Dinsman.jpg dijemput menghadiri majlis Bicara Buku di Shah Alam bulan lalu, tetapi tidak seorang pun yang hadir; iaitu kekecewaan dalam konteks usaha untuk menghidupkan budaya menghargai buku dan ilmu.

Maka sengaja saya paparkan respons seorang Ketua Pemuda PAS Kawasan di Lembah Klang itu dengan tujuan untuk melihat maklum balas daripada pembaca kolum ini – apakah memahami maksud dan tujuan saya itu atau tidak. Alhamdulillah, ramai yang memberi respons dan berkongsi pandangan, kebanyakannya memahami maksud itu.
Di sini saya pun tidak bertujuan untuk memperpanjangkan perkara ini lagi. Sekadar menunaikan harapan pihak pembaca yang inginkan penjelasan sahaja.

Keberanian Bob Lokman luar biasa

Oleh SAFAR JUMAAT
SATU perkembangan yang baik dalam hidup ini ialah perubahan. Perubahan mestilah khttp://rotikaya.com/wp-content/uploads/2011/10/rotikaya-bob-lokman.jpge arah kebaikan dan sebab itulah dalam Islam, peristiwa hijrah sering dijadikan ‘perayaan’ bagi mengingatkan umat manusia betapa pentingnya ‘hijrah’ atau perubahan.
Oleh sebab itu, apabila ada beberapa artis, sama ada penyanyi, pelakun, pelukis dan sebagainya, memilih untuk berhijrah dari kehidupan biasa mereka kepada keadaan yang lebih baik, sepatutnya semua pihak wajar memberi sokongan kepada golongan terpilih ini.

Tanpa perlu membariskan nama-mana mereka di sini, bagi mengelakkan ada yang tercicir, Bob Lokman adalah satu nama yang wajar dijadikan topik perbincangan.

Bertuah rakyat jika RM3 dapat makan ayam, daging...

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kita masih dipanhttp://media1.malaysiakini.com/405/e6735915255a5d2fb98b31c00ceb41e0.jpgjangkan usia; dapatlah kita memuzakarahkan isu semasa, kali ini kita menyentuh hal yang paling asas dan dekat dengan manusia itu makanan. Makanan adalah antara tiga keperluan asas manusia selain rumah (kediaman) dan pakaian.

Bagi keluarga miskin, sebahagian besar daripada pendapatan mereka (mungkin 60 peratus) digunakan untuk menampung keperluan makanan ini. Misalnya jika pendapatan isi rumah sebuah keluarga dengan empat anggota keluarga adalah RM500 sebulan, RM300 daripadanya digunakan untuk membeli makanan.

Krisis di Malaysia

Oleh: MSK
Salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia, terutama orang Melayu,  mengambil sikap acuh tak acuh tentang apa yang berlaku dalam negara adalah kerana ketiadaan maklumat. Surat khabar setiap hari bercerita tentang jenayah, skandal seks, kehidupan artis. Blog pro-Umno setiap hari bercerita tentang skandal Pakatan. Blog pro-Pakatan setiap hari bercakap tentang keburukan Umno. Itulah politik Melayu. Semuanya perlu sensasi.
Dalam siri Revolusi Ekoposial 1,2 dan 3…aku cakap pasai perubahan pemikiran dan perubahan generasi. Kebanyakan komen mengaiitkan revolusi dengan kemiskinan, dan aku keluarkan statistik kemiskinan. Secara umumnya, ramai yang bersetuju bahawa rakyat yang miskin tidak akan menggerakkan revolusi. Realitinya, lebih miskin seseorang itu, lebih kuat kebergantungannya kepada pemerintah.

Mahathir gesa Malaysia, negara Islam ‘pandang ke timur’..pandang timur lagi....tok ki det....he.he..he..!!!

LANGKAWI, 30 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan negara-negara Islam yang lain seharusnya memandang ke arah negara-negara Timur yang lain dan bukannya Barat sebagai model untuk pembangunan mereka.
Beliau berkata yang beliau percaya telah membuat keputusan yang betul dalam memperkenalkan dasar Pandang Ke Timur iaitu mencontohi etika kerja dan teknik-teknik perniagaan dari Jepun dan Korea Selatan dalam tempoh beliau sebagai perdana menteri.
Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata kini terdapat banyak sangat masalah dengan negara-negara Barat. “Masalah di barat ialah mereka telah meminjam terlalu banyak dan tidak boleh membayar semula. Kita tidak boleh ada negara macam itu untuk dijadikan model.

Empower: Bengkel esok tiada agenda tersirat, malah tidak cabar undang-undang Islam

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) kecewa dengan kenyataan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  (Mapim) semalam sambil menegaskan bengkel anjuran pihaknya esok tiada sebarang agenda tersirat ataupun mahu mencabar undang-undang keluarga Islam.
Justeru pertubuhan bukan kerajaan itu berkata kesimpulan tidak berasas dibuat oleh Setiausaha Agung Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid dengan hanya berdasarkan satu iklan pada laman web Suhakam tidak mencerminkan kewarasan dalam melahirkan pendirian.
“Beliau (Azmi) tidak ambil usaha untuk menghubungi penganjur mengenai kandungan pertemuan, sebaliknya melahirkan spekulasi dan dakwaan-dakwaan tidak berasas dalam akhbar mengenai perkara yang belum pun disampaikan oleh penulis (penceramah),” kata Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataannya semalam, Azmi menggesa diskusi meja bulat tidak membincangkan undang-undang keluarga dan kesamaan jantina termasuk hak bagi lesbian dan dwiseks atas alasan ia tidak sesuai dengan nilai agama negara ini.

Aziz Bari buat laporan di Taiping, polis sah peluru jenis caliber 9mm...hanya puak tu yang berani ugut lagu nie..!!!g

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis “jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti” itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak.
Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini.
“Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan,” katanya.
Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

PPSMI: Hadapi risiko PRU jika terus nafi kami, PAGE beri Najib amaran..ha.ha..kena ugut pulak..!!!

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.
PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.
“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

Bajet PR Pulau Pinang Part II

Bajet PR Pulau Pinang Part I

Menteri sedih piket pekerja 3 Nov....menteri penyokong kapitalis..!!!

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam melahirkan rasa sedih terhadap tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu meneruskan piket pada 3 November ini bagi membantah cadangan pindaan Akta Kerja 1955.

"Saya telah beberapa kali memberi penjelasan tentang cadangan ini termasuk semasa menggulung perbahasan di Parlimen baru-baru ini dan saya juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin MTUC peringkat tinggi minggu lalu.

"Mereka telah bersetuju dengan cadangan saya supaya diwujudkan sebuah jawatankuasa membabitkan kerajaan, majikan dan pekerja untuk menentukan hak pekerja terbela," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan Subramaniam sebagai berkata, perkara itu telah dipraktikkan di kebanyakan negara dan berjaya menyelesaikan masalah antara pekerja dan majikan.

Katanya tujuan kerajaan meminda akta itu adalah murni iaitu untuk memastikan hak pekerja terjamin dan terkawal dan mereka tidak lagi berada dalam kesulitan.

MAS Kg Baru ‘dibeli’ oleh UMNO?

Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) menentang usaha Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru Ahmad Zambri As’ad Khuzami yang mendakwa mahu membawa rombakan keanggotaan dalam badan tersebut menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor dan menegaskan, pihak berkenaan tiada hak veto berbuat demikian.
Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan, majlis itu sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ketika mesyuarat Ahli Jemaah Kerja pihaknya baru-baru ini sejajar dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru yang diumumkan kerajaan.“MAS sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ke atas perundangan dalam MAS supaya seiring dengan peredaran dan penggubalan rang undang-undang berkaitan Kampung Baru.
“Keputusan ini dibuat ketika mesyuarat lepas, bukan atas saranan Zambri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Jatuhkan hukuman mangsa liwat?

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian?Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman.
Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho. Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Pro-English group PAGE to hand over appeal to Najib on Monday

Pro-English group PAGE to hand over appeal to Najib on MondayThe Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) is ever more determined to urge the Government to retain the teaching and learning of Science and Mathematics in English (PPSMI) as an option in primary and secondary national schools as the year draws to an end. We stand firm that PPSMI is for a better future for our children and for the country.
Parents are devastated and so are their children.
Unacceptable reasons
The reason given by the Deputy Prime Minister that if schools were left to choose the medium of instruction for these two core subjects, teachers would be in a mess, is unacceptable. After running this policy for nine years, all science and mathematics teachers, should be able to teach in either language so there is no shortage. If the number of schools that choose English are small, then it would be even easier to provide the teachers. The reasons should be addressed head-on and not swept under the carpet after spending RM3 billion of the rakyat’s hard earned income. We want an explanation.

Pakatan Rakyat Perlu Tangani Isu PATI

Oleh : Faris Zaini


Ancaman kepada rakyat dan negara

Sudah lama mahu saya perkatakan tentang isu ini. Sekarang ini, jika kita keluar ke mana-mana bandar atau pekan, pasti akan terserempak dengan warga asing yang bebas seperti mana warganegara kita juga. Malah di sesetengah tempat, di kampung-kampung juga wujud kelompok warga asing ataupun juga dikenali sebagai pendatang tanpa izin (PATI) ini.

Dengan masalah sosial yang semakin meningkat, jenayah membunuh, merompak, rogol dan ragut yang semakin berleluasa, tidak dinafikan lagi warga asing antara penyumbang utama segala masalah sosial dan gejala tidak sihat yang berlaku di negara kita.

Namun, kerakusan pihak kerajaan terbukti melalui projek 6P yang kononnya untuk memudahkan pengurusan berkaitan permit kerja, pengesanan dan proses pemutihan warga asing dan pendatang tanpa izin di dalam negara kita. Hasilnya, berjuta warga asing telah didaftarkan. Malah tempoh projek tersebut dilanjutkan bila jumlah sasaran kononnya tidak tercapai. Adakah kerajaan sengaja menjual nilai warganegara secara mudah kepada mereka? Ingin menjual negarakah jika begitu sekali tindakan kerajaan?

In Kelantan, coming polls a referendum on Nik Aziz, says Mustapa

Umno is banking on Mustapa’s untainted image to win over Kelantan voters. — File pic
KOTA BARU, Oct 30 — The fight for Kelantan in the upcoming national polls will see PAS and Umno pit Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and federal minister Datuk Seri Mustapa Mohamed against each other to see who is the more popular choice for the state’s mentri besar post.

Mantapkan tarbiah, menangi pilihan raya

17 killed in attack on NATO convoy in Kabul

Wounded Libyan Rebels Arrive in US

NY 'Occupy' demonstrators battle cold as storm moves in

Female suicide bomber strikes in Turkey

Islamic Jihad commander killed in Israeli strike

20 Oktober 2011 - Perbahasan Bajet 2012 - MP DAP Bukit Bintang

20 Oktober 2011 - Perbahasan Bajet 2012 - MP DAP Beruas

20 Oktober 2011 - Perbahasan Bajet 2012 - MP DAP Seputeh

20 Oktober 2011 - Perbahasan Bajet 2012 - MP PKR Ampang

20 Oktober 2011 - Perbahasan Bajet 2012 - MP PKR Ketereh

20 Oktober 2011 - Perbahasan Bajet 2012 - MP PKR Petaling Jaya Selatan

20 Oktober 2011 - Perbahasan Bajet 2012 - MP PKR Tanah Merah

20 Oktober 2011 - Sesi Soalan - ECER & Petronas - MP PAS Tumpat

20 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Pepereksaan Dwi Bahasa - MP PAS Sik

20 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Suhu Penghawa Dingin - MP PAS Parit Buntar

20 Oktober 2011 - Soalan Tambahan - Kesan Ekonomi Dunia - MP PKR Indera ...

20 Oktober 2011 - Soalan Tambahan - Program Kitar Semula - MP PKR Petali...

24 Oktober 2011 - Pencelahan Jawapan Peringkat Dasar Kem. Pendidikan - M...

24 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Bantuan Pengusaha IKS - MP PAS Baling

24 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Kesan Siling Hutang Negara - MP PKR Inde...

24 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Kontraktor F Bumiputra - MP PKR Machang

24 Oktober 2011 - Sesi Soalan - Siri Ketiga Duit Syiling - MP DAP Segambut

24 Oktober 2011 - Soalan Tambahan - Ciptaan Pertanian - MP PKR Machang

24 Oktober 2011 - Soalan Tambahan - Pelihara Kampung Melayu - MP PAS Tumpat

Mexican drug gangs take war to the streets

Strategi Umno jahilkan Melayu

GOMBAK, 30 Okt: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.

21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.

Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.

Kg Baru: MB Selangor tiada kuasa veto buat rombakan, kata MAS

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) menentang usaha Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru Ahmad Zambri As'ad Khuzami yang mendakwa mahu membawa rombakan keanggotaan dalam badan tersebut menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor dan menegaskan, pihak berkenaan tiada hak veto berbuat demikian. Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan, majlis itu sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ketika mesyuarat Ahli Jemaah Kerja pihaknya baru-baru ini sejajar dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru yang diumumkan kerajaan.

PENTING - PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KETIGA 2011

1. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga 2011 (Julai hingga September), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menerima sebanyak 264,404 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 52,215 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.

2. Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2011 akan dipamerkan mulai 27 Oktober hingga 2 November 2011 di 987 tempat pameran di seluruh Negara seperti berikut:

Jenayah jalan makin menjadi, wanita, lelaki manjadi mangsa

"
Jenayah di mana-mana sekarang. Wanita memandu kereta sering menjadi mangsa. Lelaki pun begitu juga. Entahlah apa nak jadi dengan negara ku Malaysia.


Pecah dan samun di lampu isyarat menjadi-jadi

Senarai Ahli-Ahli Parlimen Umno Yang Buta IT!!!

Tengah malam ini saja Sk search google untuk melihat sejauh mana Ahli Ahli Parlimen Umno yang berkomunikasi menggunakan blog,facebook atau pun tweeter dengan pengundi mereka atau rakyat Malaysia.Saja nak tenguk sejauh mana pemimpin Umno penggubal undang undang ini faham akan peri pentingnya menggunakan teknologi yang ada.

PRU08 mereka langsung tidak peka akan pentingnya berkomunikasi dengan teknologi ini terutama untuk berinteraksi dengan generasi muda.Sedangkan dipihak Pakatan Rakyat mereka menggunakan teknologi ini semaksimum mungkin.Akibatnya..tak perlu nak diulang berkali kali,semuanya dah terlebih faham.

Hari ini selepas 3 tahun mari kita tengok pemimpin Umno yang mana masih bingal IT,kelabu IT,buta IT dan pekak IT.Kah.kah.,kah.banyak betoi pemimpin umno yang bangang IT nih..

SENARAI OKU IT AHLI PARLIMEN UMNO

Nama ja menteri tapi otak macam lembu.....

oleh AnakKedah007

aduhai anak mahadet..ingatkan hang terra..last taik ayam panu jugak hang nie..sembang macam budak-budak kanyiaq ja hang nie... kalau macam nie punya menteri sembang baik azizan declare Kedah nie keluaq Malaysia sahaja....duit hasil cukai rakyat Kedah hangpa rembat mai nak bagi balik hangpa berkira... memang laa K'jaan negeri dok cerita hasil balak meningkat... kutipan cukai tanah meningkat... tapi kena tau semua nie la digunakan untuk urus tadbir hasil kerajaan negeri....dulu masa cukai BN penaik sampai 360%....dan mai Azizan peturun semula jadi kira tangtu dah hilang dah duit negeri...kira duit hasil tadi laa digunakan menampung semua tuuu...benda mcm nie pon hg nak buat org kampung pening kaa...tuuu hutang yang hangpa tinggai 2billion lebih tuuu...takan nak biaq mcm tuu saja..hutang wajib bayaq jadi azizan bayaq tak tinggai sebulan pun.... zaman hangpa dulu bukan kata hutang tak bayaq tapi tiap-tiap tahun buat hutang...

Wanita di Malaysia terdedah pelbagai mangsa jenayah, BIARKAN

"Para wanita di Malaysia ini saban hari terdedah untuk menjadi mangsa pelbagai jenayah dari dalam rumah, tempat kerja, sekolah, internet dan sebagainya. Namun usaha menyeluruh dan bersepadu untuk mencegah amat kurang hanya mengharapkan kepada pihak polis semata-mata. Filem sibuk dengan cerita hantu, Khutbah Jumaat sibuk dengan isu yang amat sukar di faham oleh para jemaah hingga terlentok, meleleh air liur.


 
Sila baca artikel saya sebelum ini, Khutbah Jumaat yang menyebabkan para jemaah terlentok, meleleh air liur 1Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html
 
KERANI HILANG SELEPAS KE BANK