
Blogger ahli Umno, Aspan Alias mendakwa, orang tak nak datang ke Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini kerana "pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu".
"Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam," katanya - baca seterusnya dalam posting beliau bertajuk "
Slogan baru rakyat - ABU! (anything but Umno) atau (asalkan bukan Umno)".
Saya pulak sudah mula membayangkan ada orang tertentu yang sambil bercakap meneran-neran menangis dalam seluruh rangkaian TV Media Prima dan RTM sebaik sahaja dewan dibubarkan dan sumpah laknat dianggap tidak berkuatkuasa lagi ketika itu. Menjelang pilihan raya, dia mungkin menangis sebab kononnya sedih sangat setelah hilang kepercayaan kepada parti tertentu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam.
Tentulah dia menganggap parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam kerana parti itu tidak mahu terlibat dengan Himpun. Sedangkan, dialah penulis skrip dan pengarah belakang tabir perhimpunan yang Aspan dakwa "bukannya kerana Islam" itu.
AlhamduliLlah! Saya bersyukur sangat kepada Allah kerana sejak dari awal dia masuk parti yang dianggotainya sekarang, saya tidak percaya tulaqa' itu. Saya kata tulaqa' sebab ramai tulaqa' yang masuk parti tersebut menjelang pilihan raya 1999 di mana ramai orang pada masa itu boleh rasa Umno akan bungkus dalam pilihan raya itu.
Bagaimana pun, ramai tulaqa' yang berjenis. Tapi tulaqa' yang sorang ni, sejak dari awal lagi tak habis-habis buruk kelaku.
Hari ini, orang yang diletakkan sebagai front man Himpun, Azmi Abdul Hamid membuat kenyataan yang saya sokong - lihat Harakah Daily hari ini "
3% dapat manfaat, penentangan PPSMI berasas". Kalau tak ada bayang-bayang hitam jahat di sebalik sesuatu perkara, saya bukan berkira sangat nak sokong.
Memang saya akui, secara peribadi saya menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tetapi, bila Azmi kata kajian Kementerian Pendidikan Malaysia mendedahkan hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat daripada PPSMI, saya terpaksa sokong kenyataan dan perjuangan Azmi dan mereka yang berjuang menentang PPSMI. Saya tak sanggup melihat anak bangsa melingkup.
Alasan Azmi sangat kukuh dan di sebalik sikapnya mengenai PPSMI itu, saya tak nampak pula menggelenyar-gelenyar bayang-bayang hitam jahat yang "mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam".
Dalam pada itu, bagi yang kaki tengok TV tak habis-habis atau tak reti nak tutup TV bila wajib ditutup, mungkin hampa akan tengok puas-puas imej atau klip video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor memasuki Kaabah akan dimainkan tiap hari - lihat berita FMT 25/10/11 "
Najib bubar parlimen 11.11.11, PRU 10 Dis".
Saya bersyukur kerana keluarga saya berjaya menjimatkan bil elektrik kerana kami menutup TV bila TV siarkan berita atau apa jua program carpab (cari publisiti) Najib, Rosmah dan Umno. Atau, bila duduk tak duduk terkeluar gambar Najib, Rosmah atau mana-mana pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) nak mengempen dalam slot-slot antara sesuatu siaran, cepat-cepat kami ubah channel.
Saya harap anda juga berbuat demikian jika mahu menyelamat dan menyihatkan emosi anda. Jangan biarkan emosi tak sihat kerana melihat muka-muka itu.
Penarek Beca