Khamis, 27 Oktober 2011

Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

‘Harapan’ dan kebangkitan Arab

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

27 OKT — Muammar Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.
Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya.
Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan. Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan “tidak setia”.

Orang Melayu perlu beli Utusan Malaysia - Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu.

Katanya, akhbar berkenaan telah melalui pelbagai tempoh sukar apabila sering kali dibidas kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi tidak pernah berputus asa dan teguh dengan pendirian mereka. "Perkasa tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana Utusan.

Hasil Laporan Audit Memalukan Negara

" Jabatan Audit NegaraKuala Lumpur,27hb Okt 2011. Laporan Audit yang telah didedahkan baru-baru ini sungguh memalukan negara dan secara tidak lansung kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang didendangkan oleh kerajaan selama ini hanya indah khabar dari rupa.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan audit 2010 yang telah didedahkan baru-baru ini.

Macamana miskin tegar tapi ada kereta dan Astro

"Antara pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 ialah kepincangan yang ketara dalam program membantu rakyat yang miskin tegar yang tidak sampai ke golongan sasaran. Ada yang menerima bantuan kerajaan khusus untuk golongan miskin tegar ini memiliki kereta dan Astro. Ada juga yang mendapat rumah, tidak menduduki rumah tersebut. Lebih memeranjatkan 96 % yang menerima bantuan ini bukan dari golongan miskin tegar.

Amboi Kakros..Kan Ayu Kalau Begini..

Oleh: siasahkini

"Lawa gila rosmah  zaujah@isteri@wife perdana menteri malaysia neh.Lawaaaa betul Kak rosmah kita. Betul tak? Tengok bawah ;
Tengah2 Sk dok puji2 isteri PM kita ni yang cati lagi ayu ni..Sk dimaki oleh sesorang yang mengatakan sk meyebar fitnah.. Cait!bila masa aku sebark fitnah ni doh?Apa salahnya seorang isteri Perdana Mentari berpakaian begini.Lembut dan ayu jaa? Sk bukan macam Umno@Apco yang hidup dengan menyebar fitnah dan gambar lucah weii!!

Aku bukan umno. Hanya umno ja yang suka fitnah. Sesekali tengok blog-blog Umno@Apco naik meyampah dan temuntah akibat daripada kebodohan dan kelucahan melampau.Ini sk tgk gambar datin kita yang comel dan bertudung litup ni pon tak boleh???Kita semua tak mahu la kakros begini

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

Oleh Mummy Rokiah
Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menhttp://2.bp.blogspot.com/-3oHeits5kfk/TWXNd7RjajI/AAAAAAAAAeE/RNs-BEEjkM4/s400/logo-kemas.gifjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

60 tahun PAS pertahan akidah

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
PAS memperkenalkan politik Islam, membersihkan fahaman karut marut sekular-asabiyahttp://2.bp.blogspot.com/_Hh4A9Mk5ADI/ShEPYExOMPI/AAAAAAAABOY/O9xVUsxWBig/s400/Bendera_PAS.jpgh bahawa ‘politik suku agama suku’, tidak ada politik dalam agama. Inilah fahaman yang melumpuhkan akidah umat.
KETIKA masyarakat heboh mengenai persoalan mempertahankan akidah umat dan ancaman mengenainya, tentu saja bagi mereka yang rasional mengakui bahawa selama 60 tahun lamanya PAS telah berjuang mempertahankan akidah umat.

Mukjizat FB, kuda dan Shahrizat ...

Ahmad Lutfi Othman
Hujung minggu lalu, saya menghadiri dua program khusus mengenai media, di hadapan aktivis PAS yang kelihatan ghttp://2.bp.blogspot.com/_Qmx0NmuOJLk/TTz39KCX9zI/AAAAAAAAAIk/p5ct6jw85gc/s1600/kuda_jantan.jpghairah menanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Pada 22 Oktober, Persidangan ICT dan  Media Baru 20011, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, dan esoknya kursus kewartawanan, di Ipoh, Perak.
Membedah fenomena dunia siber -- dan kompleksiti media baru dengan segala perubahan yang begitu pantas -- tentunya bukan tugas mudah, apatah lagi dilakukan di hadapan mereka yang mahir ICT. Sebenarnya saya tertinggal jauh di belakang berbanding penguasaan dan kepakaran peserta persidangan terhadap teknologi media baru.

Apabila kantung rakyat jagaan ‘Abang Umno’ kian pokai

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
Suatu ketika dulu, ada ungkapan popular berbunyi, “Ada duit abang sayang, tak ada duihttp://2.bp.blogspot.com/-dUBswsPbcts/TpUDajuY4lI/AAAAAAAAVZc/E3Vjqom2vUQ/s1600/najib-pening1.jpgt abang melayang.”
Maka besar kebarangkalian berdasarkan ungkapan klasik ini, Abang Umno-BN mengumumkan dua tiga jenis ‘pemberian-sekalisahaja’ atau dalam bahasa Perdana Menteri/Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak, oneoff payment kepada adik-adik sekalian agar Abang Umno-BN tak melayang dalam pilihan raya umum akan datang.

LYNAS: Kenyataan Media Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

"Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR)

Kenyataan media oleh MMA pada 21hb Julai 2011 yang lalu yang dipetik dari halaman rasmi MMA berkenaan isu Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) milik LYNAS jelas membuktikan bahawa MMA bersama-sama dengan seluruh komuniti serta badan-badan NGO menuntut pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menghentikan projek ini demi kesihatan Rakyat dan keselamatan Alam Sekitar.

Antara sebahagian kenyataan MMA adalah:

Konspirasi Gulingkan Najib : Bukan Mahathir dalangnya...

Aku byk dengar khabar konspirasi utk menggulingkan najib & rosmah akhir2 nih..
Cuma aku agak pelik gak, atas alasan apa najib nak di guling oleh puak2 umngok sendiri?

Ada yg kata najib & rosmah dah mula besar kepala..
Alasan nih aku reject awal awal lagi....
Utk layak digelar besar kepala ikut mazhab umngok...
Wajib Najib mganggu bisnes & jenayah madey & kroni...
Setahu aku, najib tuh tak kaco pun madey kutty ...

Najib jugak aku nampak,
Bukak jalan anak madey kutty jadik timb. menteri...
Walaupn anak madey, nampak sgt lemah tenaga batin ...

KAH KAH KAH...



Ada pendapat lain pulak...
Sebab pentadbiran najib nampak lemah...
Idea nih buleh di pertimbangkan sikit...

Memang zaman najib memerintah semua Barang Naik(BN)
Byk penyelewengan harta negara yg besar2 terbongkar...
Byk kes2 jenayah yg libatkan org2 politik jadik isu...
termasuk le skandal najib & altantuya...

Tapi utk cover semua isu nih...
najib dah pun jln kan taktik "decoy issue"...
yg biasa di guna madey masa zamannya...

Pelaburan lebihi had: FELDA terdedah kepada risiko

Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya - kepada sebuah agensi pelaburan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun.

Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA.  Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan."

Terlampaukah untuk mengetahui bagaimana Beng Hock temui ajal?

Kami sekeluarga, berasa amat pilu dengan kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih dalam siasatan dalaman.  27 bulan telah berlalu, iaitu sebanyak 833 hari - saban hari kami menunggu kebenaran sejak kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM.

Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) jelas menyebut tiga nama, iaitu "the bully" Mohd Anuar Isamil (pegawai penyiasat), "the abuser" Mohd Ashraf Mohd Yunus (penolong pegawai penyiasat) dan "the arrogant leader" Hishammuddin Hashim (bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor), terbabit dengan penggunaan keganasan yang tidak wajar.  Namun, selepas tiga bulan laporan diumumkan, SPRM pula menubuhkan panel siasatan khas untuk menyiasat tiga orang yang disebut nama dalam Laporan RCI.  Dengan kata lain, kerajaan juga mengambil sikap ragu-ragu, dan bukannya menaruh kepercayaan 100% terhadap laporan RCI.

Forum Kebebasan Akademik : Panelis Sokong Prof. Dr. Aziz Bari

Petaling Jaya, 27 Okt : Kenyataan Profesor Abdul Aziz Bari yang mengheret beliau sehingga digantung tugas seketika mungkin “tidak cukup radikal” dari kaca mata sesetengah pihak.
Malah, ramai lagi ahli akademik pernah melontarkan pandangan-pandangan yang jauh lebih kritikal, berbanding dengan apa yang dikemukakan Abdul Aziz Bari, tetapi tidak dikenakan tindakan sehingga kini.
Persoalannya, mengapa pula pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menjadi sasaran?

Penduduk Kesal Pelajar Berpeleseran Awal Pagi

Segelintir pelajar jadikan Taman Cahaya Masai sebagai tempat kegiatan maksiat pada awal pagi.

Johor Bahru, 27 Okt : Penduduk Taman Cahaya Masai di Johor Bahru, kesal dengan gelagat pelajar institusi pengajian tinggi kerana suka berpeleseran hingga awal pagi, termasuk membawa teman berlainan jantina ke rumah masing-masing.

Demo UIAM : Siswa UiTM Shah Alam Diberi Amaran Gantung Pengajian

Shah Alam, 27 Okt : Dua demonstrasi yang diatur mahasiswa dalam isu pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari Jumaat dan Selasa lalu nampaknya tidak akan berkesudahan.
Prof. Dr. Aziz Bari sudah ‘bebas’ namun episod perjuangan gerakan mahasiswa nampaknya bakal diteruskan ke sebuah lagi kampus selepas ini.

Video : Kaum Cina Suka Pemimpin Amanah, Bersih, Walaupun Dari Parti Islam

Video : UM law lecturer defends Aziz Bari

Video : 'Gua Ikut Enta' Part 3

Video-Audit 2010: Bukan tiris, dah bocor -Azizan

Video : SIS on Muslim sex guide book

Video : Gaddafi son offers to surrender to ICC claims NTC

Video : Iraq War Veteran Injured During Oakland Protests

Video : Turkey Quake Death Toll Rises to 523

Video : Inside Story - People power versus global economy

Video : Turkey doubles down on Gaza development

Bekas Pengerusi SPR sokong dakwat kekal


Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (gambar) yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.Malah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.
“Saya juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.

Dr M should be put on trial for abusing state powers, says Surendran

Dr M should be put on trial for abusing state powers, says SurendranI refer to the statement by former Prime Minister Dr Mahathir Mohamed that Malaysians should be granted human rights " only as far as we are able to" and that the opposition's struggle for human rights is for their own benefit and "excessive".
It is no surprise that Dr Mahathir has taken this irresponsible, mischievous and dishonest position. During his harsh and intolerant 22 year long reign as the country's Prime Minister, Mahathir subverted and undermined most of the rakyat's basic rights.
Key fundamental rights guaranteed to the rakyat under Part 2 of the Federal Constitution were rendered ineffective and meaningless under Mahathir's rule, and remain so under current Prime Minister Najib.
Detention without trial laws were used against the opposition, activists, social workers and even against opponents within the ruling UMNO itself. A prominent victim was former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, who was sacked, beaten and detained under the ISA in September 1998, for having opposed Mahathir's policies.

Minum soda penyebab keganasan remaja?

Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini mendedahkan wujudnya kaitan antara perlakuan ganas golongan remaja dengan jumlah air soda yang mereka minum. Dalam kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan pelajar sekolah menengah di Boston, mereka yang minum lima tin minuman ringan setiap minggu didapati mudah terlibat dengan perlakuan agresif berbanding pelajar yang kurang mengambil minuman tersebut.
”Apa yang kami temui ialah wujud kaitan yang kuat antara jumlah minuman ringan yang diambil oleh remaja dengan perlakuan ganas mereka.
”Bukan hanya keganasan terhadap rakan sebaya malah perlakuan ganas terhadap teman masing-masing serta adik-beradik.

Felda Terus Cuba Menipu Peneroka.....

Lantik Peguam Dan Tubuhkan Mahkamah Timbang Tara Bagi Menutup Kelemahan Agensi Itu Sebenarnya !


Rata-rata peneroka di seluruh negara sebenarnya menyatakan kekecewaan terhadap FELDA yang terus cuba untuk menipu peneroka bagi menutup kelemahan mereka sejak sekian lama. Terbaru, mereka mempergunakan Gabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF) yang dipimpin oleh Tan Sri Rozali Ismail (foto), untuk cuba meredakan kemarahan peneroka terhadap agensi itu selama ini. Lantaran itu GWGF diarahkan menubuhkan "Skuad Peguamku" bagi membela dan mempertahankan isu-isu yang dibawa oleh peneroka terhadap Felda. Apa yang jelas tindakan tersebut hanya bertujuan untuk mengaburi mata peneroka yang selama ini terpedaya dengan peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda sejak sekian lama. Baru-baru ini, Rozali dengan bangganya memaklumkan kepada media yang Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) telah melantik 23 peguam dari kalangan anak-anak peneroka Felda untuk selesaikan aduan berkaitan perkara itu secara percuma.

PPSMI: Henti layan permintaan PAGE

Pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan pada Khamis meminta kerajaan supaya bertegas dan tidak melayan sebarang desakan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah.Katanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri mengakui berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat dari PPSMI.
“Jadi adakah kita ingin mengabaikan hak asasi 97 peratus pelajar lain sedangkan pendemokrasian pendidikan menuntut pendidikan mesti diperoleh sejumlah besar rakyat, kita tak boleh korbankan 97 peratus hanya untuk melayan tiga peratus yang masih berminat dengan PPSMI,” katanya kepada media selepas sidang media oleh 48 Badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyokong pemansuhan PPSMI , di sini, Khamis.

Anti-Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.

Ambiga: Rahim Noor umpama diktator, tak faham perlembagaan

KUALA LUMPUR, 27 Okt ― Datuk Ambiga Sreenevasan mengecam Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor sebagai “diktator” yang tidak faham semangat Perlembagaan kerana bekas ketua polis negara itu sanggup menyamakan gerakan hak asasi manusia negara ini dengan komunis.
Pengerusi gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya ini berkata, ucapan Rahim pada perhimpunan agung tahunan Perkasa semalam menunjukkan beliau kurang faham tentang hak asasi manusia dan status fahaman komunis pada hari ini.
“Ia satu pandangan yang hanya dipegang oleh diktator-diktator dan rejim-rejim yang menindas mahu membisukan suara berlawanan,” kata beliau (gambar) The Malaysian Insider.

Audit: SPRM mahu siasat salah laku hanya retorik?

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka akan membuka fail bagi menyiasat 36 kes salah laku yang melibatkan perolehan dibuat oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan merupakan retorik yang tidak bermakna.
Setiausaha Organisasi DAP Negeri Selangor, Lau Weng San  berkata, ini adalah kerana SPRM sehingga sekarang masih belum menyelesaikan kes-kes salah laku yang berpunca daripada perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi (inflated price) pada tahun 2006.
Katanya, antara kepincangan yang dilaporkan pada masa itu termasuk pembelian satu set pen yang berharga RM160 dengan harga RM1,146, iaitu RM986 lebih mahal daripada harga pasaran.
Selain itu, ujarnya Kementerian Belia dan Sukan dikatakan membuat salah laku apabila membeli sebuah jek kereta yang berharga RM50 dengan harga yang melampung tinggi, iaitu RM1,664.
“Fenomena-fenomena ini seolah-olah berulang setiap tahun walaupun Jabatan Audit Negara bertahun-tahun memberi teguran.

Enggan Sahut debat Anwar, mengapa Najib takut?

KUALA LUMPUR 27 Okt: Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.
“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.

PAS sokong protes senyap harga barang naik

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang.

Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, pihaknya menyokong sebarang tindakan pekerja sama ada di sektor awam atau swasta bagi menyedarkan pihak yang terlibat mengenai bebanan akibat kenaikan harga barang.

"Lajnah Pekerja PAS menyokong sebarang tindakan pekerja menunjukkan bantahan mereka terhadap kenaikan harga barang khususnya keperluan asas," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, pembekal selalunya akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang yang menyebabkan para penjual turut terpaksa menaikkan harga bagi mendapatkan sedikit keuntungan.

"Biasanya pembekal yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang lebih-lebih lagi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet 2012 baru-baru ini," katanya.

Mahkamah ketepi rayuan timbalan speaker Perak

NONETimbalan Speaker Perak Datuk Hee Yit Foong hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan saman berhubung kes botol penyembur serbuk lada semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, pada 7 Mei 2009.
  
Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie menolak rayuan Hee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman yang difailkan oleh ADUN kawasan Aulong Yew Tian Hoe terhadap Hee.
  
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Sulong berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk meminda keputusan Mahkamah Tinggi memandangkan Pesuruhjaya Kehakiman telah membuat keputusan berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan beliau.

Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal?

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak.

Kaum Cina Suka Pemimpin Amanah, Bersih Walaupun Dari Parti Islam.

SHAH ALAM 27 OKT : Dakwaan seorang ahli akademik kononnya kaum Cina cenderung memilih pemimpin yang korup berbanding pemimpin yang menegakkan negara Islam ditolak pemimpin Pakatan Rakyat berbangsa Cina.Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata kenyataan Dr Ridhuan Tee Abdullah dari Universiti Pertahanan Malaysia adalah satu provokasi yang ekstrem sedangkan pada hakikatnya kehadiran beliau tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat cina.
Tze Tzin berkata majorit kaum cina hari ini membuat pengiraan kepentingan kebajikan dan persekitaran ekonomi yang sihat dalam memilih pemimpin.

Audit: CPC dikeluar tapi pembinaan belum siap

Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan bagi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) wilayah Timur di Besut, Terengganu  walaupun masih terdapat kerja yang belum disiapkan/tidak disempurnakan.

NONEAntaranya, menurut laporan Ketua Audit Negara, ialah kerja kemasan dalam rumah sampah dan kerja lanskap serta pembinaan longkang di bahagian belakang rumah sampah.

Menurutnya lagi, CPC itu dikeluarkan untuk ILIm Besut pada 31 Disember 2009.

"Bilangan sebenar kerja yang belum disiapkan/tidak disempurnakan tidak dapat dikenalpasti kerana Senarai Kecacatan tidak disediakan semasa CPC dikeluarkan," laporan audit dipetik.

Bagaimanapun, institut tersebut kini telah disiapkan dan diserahkan pada 11 Februari tahun lalu.

Audit: Tahniah Kerajaan Kedah

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.
Ketua Penerangannya, Mohd Nasir Zakaria berkata, walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.
Katanya, berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) terus melangkah gagah.
“DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap menggariskan tujuh sebab dan berbangga dengan kejayaan itu.

Audit : 'Sering dipolitikan punca perkhidmatan awam pincang'

Badan pemantau anti-rasuah, Transparency International Malaysia hari ini berkata, perkhidmatan awam di negara ini yang ‘sering-kali dipolitikkan’ adalah punca berulang-kali kes-kes kepincangan pengurusan yang ditonjolkan dalam setiap Laporan Ketua Audit Negara.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, presidennya, Paul Low berkata dalam suasana pentadbiran awam yang sering-kali dipolitikkan itu, pendapat penjawat awam lazimnya diabaikan dan digantikan dengan  kepentingan politik yang tidak wajar.

Kata beliau, dalam situasi di Malaysia, rasuah dilakukan dalam bentuk menetapkan harga sesuatu barangan pada tahap yang sebegitu tinggi seperti yang dinyatakan laporan audit itu. Ini berlaku kerana sistem pemantauan dan pemeriksaan yang tidak cekap.

"Mereka yang melakukan tindakan berkenaan yakin bahawa mereka mempunyai kekebalan daripada siasatan dan pendakwaan.

“Ditambah lagi dengan kekurangan reformasi pentadbiran untuk memperkukuhkan akauntabiliti dan kejelasan undang-undang dan peraturan-peraturan, mereka dengan mudah mampu mengekstrak wang negara tanpa rasa takut daripada dihukum," katanya.

Kabinet tidak boleh campurtangan Laporan Audit

KUALA LUMPUR 27 Okt: Tindakan Ketua Audit Negara menyerahkan laporan Audit 2010 kepada kabinet, menyalahi peraturan dan bertentangan dengan perlembagaan, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Ini kerana, katanya, Tan Sri Ambrin Buang sepatutnya hanya perlu mengemukakan laporan berkenaan kepada Yang di Pertuan Agong, sebelum diserahkan kepada Dewan Rakyat.
“AG tidak mengikut apa yang ditetapkan, amalan ini mengatasi perlembagaan,” kata Pakar Perlembagaan itu.
Menurut Aziz, kabinet adalah pihak berkepentingan dengan laporan Audit yang turut memperincikan salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan.
Tindakan Ambrin menyerahkan laporan itu kepada jemaah menteri, menyebabkan berlaku kelewatan sehingga 17 hari selepas Belanjawan 2012 dibentangkan di parlimen.

'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'

Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi  perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

Audit: Kelantan terima banyak pujian dari teguran

KOTA BHARU, 27 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal menunjukkan kejayaan reformasi dan transformasi sebagaimana yang dialung-laungkan.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tidak nampak perkara itu boleh berjaya dan telah berjaya.
“Tidak ada. Ini kerana ianya mungkin penonjolan Najib ini seperti pemimpin yang ‘bersih’ yang mengamalkan transformasi dalam pentadbiran, pengurusan ke arah yang lebih baik itu, saya fikir tak ubah seperti slogan ‘Islam Hadhari’ yang dibawa Pak Lah.

Selamat datang ke Malaysia yang keji, Selamat tinggal, para pelabur!

Selamat datang ke Malaysia yang keji, Selamat tinggal, para pelabur!Dengan otak sebesar kacang, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah meletakkan sandarannya dibelakang politik kotor, saya alu-alukan kedatangan ke Malaysia yang tiada undang-undang. Sangat jelas hari ini bahawa ‘undang-undang’ tidak wujud kecuali ‘undang-undang’ UMNO.
Ia sesuatu yang menyedihkan bagi Malaysia apabila pemimpin politik kita, lebih-lebih lagi dari pemerintah, menggunakan tipu-helah, mereka-reka cerita menggunakan anak musuh politiknya apabila gagal menjejaskan kemaraan politik seterunya.
Dan apakah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, pihak polis dan semua badan-badan penguatkuasaan? Habuk pun tak ada!
Warga Malaysia yang terbuka mindanya, menghormati undang-undang dan prinsip negara mula berfikir bilakah kegilaan ini akan berakhir?

Milik-negarakan keuntungan yang dibuat secara haram oleh BN dan kroni

Milik-negarakan keuntungan yang dibuat secara haram oleh BN dan kroniApabila Pakatan Rakyat akan mengambil tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan nanti, persoalan apakah tindakan yang akan diambil ke atas semua kroni Barisan Nasional (BN) serta semua harta dan kekayaan yang dijarah mereka akan timbul. Ketika ini di Malaysia, kita tiada undang-undang untuk perkara seperti ini dan ia penting untuk direncanakan mulai sekarang. Kita bercakap tentang harta dan kekayaan yang berbilion-bilion baik di dalam mahupun di luar negara.
Sudah pasti ahli perniagaan dan ahli politik yang berkaitan harus di soalsiasat, dan diberikan hak untuk didakwa secara adil. Namun, sekiranya kekayaan yang dimiliki atau dikumpul mereka tidak dapat dibuktikan secara sah mengikut lunas-lunas undang-undang, yakni terduga salahlaku rasuah,  negara mempunyai hak untuk memilik-negarakan harta kekayaan itu.

Ibrahim Ali memalukan diri sendiri: Jalan buntu buat Perkasa

Ibrahim Ali memalukan diri sendiri: Jalan buntu buat PerkasaKetentuan untuk Perkasa telah terpahat. Ianya ditubuhkan dua tahun lalu oleh sesumpah politik, Ibrahim Ali. Harapan untuk terus bernafas mungkin kurang dari dua tahun.
Sebagai satu kemasyghulan kepada orang bukan-Melayu dan ketidakmampuannya mempengaruhi kaum sendiri, Si Batu Api terkenal Malaysia ini akan melihat sendiri kemandulan penyertaan ahli ke dalam pertubuhan pro-Melayu yang dibentuk selepas kejadian pembakaran beberapa gereja tahun 2010 yang lalu.
Dan samada dia akan menutup warungnya atau tidak, Perkasa terlihat berkecai, akibat pemimpin mereka sendiri yang kekurangan buah fikiran, dinamik dan wawasan untuk perjuangan.
Namun begitu, dalam pengertian sebenarnya, Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas menyalahkan semua orang termasuk orang Melayu di dalam kenyataan terbarunya. Sewaktu memberikan ucapanya di acara Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 pertubuhan itu, Ibrahim mengherdik orang Melayu kerana tidak menyertai secara beramai-ramai pada acara menentang ‘Kristianisasi’ di negara ini.

Rundingan RM10 bilion: Satu lagi kerja menipu Samy Vellu

Rundingan RM10 bilion: Satu lagi kerja menipu Samy VelluDengan pencapaian yang tidak boleh dibuktikan di dalam kapasitinya sebagai ‘Wakil Khas ke Asia Selatan’, Samy Vellu sedang memikirkan tipu muslihat yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia. Selepas mengumumkan sebuah ‘perjanjian’ bernilai RM10 billion dengan syarikat dari Bangladesh, kini dia mengumumkan pula yang Malaysia akan memberikan pinjaman RM9 billion kepada Bangladesh untuk projek Padma Bridge, yang mana Bank Dunia telah menolak untuk memberi bantuan kerana dugaan rasuah.
Projek yang sepatutnya diterima oleh syarikat Malaysia perlu ada Memorandum Persefahaman. Memorandum Persefahaman tidak bernilai di atas kertas kerana ianya bukan satu dokumen sah. Ahli politik Malaysia sering berbangga dengan majlis menandatangani sesuatu, kononnya Memorandum Persefahaman bermakna satu persetujuan kerja yang sah.

Diktator yang berjasa - ANAK TERBAIK BUMI AFRIKA

JAWAPAN SAYA KEPADA TUAN

Tuan yang saya muliakan:

Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.

Awas PERKASA Kerana Zul Kambing Akan Sedut Habis Duit Tabung PERKASA

Sebelum ini ramai yang melihat jangka hayat YB Zulkifli Noordin, Si Kambing Kulim didalam bidang politik tanahair seperti nyawa-nyawa ikan menanti detik 'kematiannya'. Namun masih ada NGO penjilat pungkok Pak janggoat bebas ini mengambilnya sebagai naib presiden. Seperti yang dilaporkan MKini...

...Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru. Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip. Usul berkenaan diluluskan sebulat suara. Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Mokhtar Samad.

Dr M reveals his dark side: Only limited human rights needed in M'sia

Dr M reveals his dark side: Only limited human rights needed in M'siaAs expected, former premier Mahathir Mohamad has backed recent comments criticizing humans rights from a former top cop who had helped him successfully prosecute and incarcerate Opposition Leader Anwar Ibrahim on manifestly fabricated sodomy charges,
Abdul Rahim Mohd Noor, the former Inspector General of Police who admitted beating up Anwar in the police lockup and giving him a black eye during his detention in 1998, had a day ago criticized the growing call for human rights in Malaysia as akin to communism. His remarks were seen as being disparaging of the reform and new politics movement preached by Anwar's Pakatan Rakyat opposition coalition.
On Monday, Mahathir defended the stand taken by Rahim, saying Malaysia should support human rights only as much as it can and not pay heed to critics who asked for excessive rights.

MB Selangor Ketuai Delegasi Pelaburan Ke Iran


SHAH ALAM 27 OKT : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berlepas ke Iran pada Rabu lalu bagi menyertai misi pelaburan selama tiga hari ke Wilayah Gazvin.

"Kunjungan ini bagi memenuhi undangan pemerintah wilayah berkenaan yang antara lain bertujuan mengukuhkan hubungan perdagangan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Gazvin," kata kenyataan media Pejabat Menteri Besar.

Menurut kenyataan itu,sepanjang lawatan tiga hari ini, Menteri Besar yang mengetuai 16 delegasi akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor dan Pegawai Kanan Wilayah Gazvin (Bahagian Sektor Awam dan Swasta) selain perbincangan perniagaan bersama Dewan Perdagangan dan Perindustrian Wilayah Gazvin.

Beliau juga dijadual mengadakan lawatan ke MAPNA's Gas & Electric Turbine and Locomotive Plant, Universiti Antarabangsa Imam Khomeini dan Taman Sains dan Teknologi Qazvin.

Umno terdesak, guna 3R tarik sokongan Melayu

TEMERLOH, 27 Oktober: Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.
(Gambar: Mohamad Sabu menyampaikan Anugerah Tokoh PAS Pahang, Ustaz Idris Omar diwakili Pak Sheikh Hussin)
Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

Menteri: Semua kursus wajib universiti dalam BM

khaled nordinPenerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu akan dijadikan satu daripada kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat ahli-ahli akademik, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  
Beliau berkata perkara itu adalah antara inisiatif dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dilancarkan hari ini.
  
Melalui pelan itu juga, anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa Melayu akan diwujudkan, manakala kategori baru iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam Bahasa Melayu akan dimasukkan dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) akan datang.
  
Bercakap pada majlis pelancaran pelan tindakan itu di kementerian berkenaan hari ini, beliau berkata semua kursus wajib universiti seperti Kursus Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara serta Hubungan Etnik akan diwajibkan dikendali dalam Bahasa Melayu, manakala penuntut antarabangsa pula diwajibkan mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi.

Guan Eng beri tempoh 48 jam kepada Umno Online

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap web Umno Online jika gagal memohon maaf dalam masa 48 jam.

Guan Eng berkata, ianya ekoran laporan web itu yang berterusan memanjangkan fitnah kononnya anaknya mencabul seorang remaja perempuan yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mahu web itu membuat permohonan maaf dan menarik balik artikel fitnah berkaitan anaknya itu dalam masa dua hari bermula hari ini atau berdepan laporan polis dan tindakan undang-undang lain.