Rabu, 26 Oktober 2011

Video : Turkey keeps up hunt for quake survivors

Video : NTC leader Mustafa Abdel Jalil talks to AJE about the future of Libya

Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan'

RANTAU PANJANG, 26 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengirim surat ‘tahniah’ dan rasa syukur di atas penarikan semula penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu.
Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan.
Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan ‘guru perlembagaan’.
“Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak sekat.

Mengundang bala Allah...Sufi Somalia menyokong Tentera Salib Kenya Memerangi Mujahidin As-Shabaab


Pemimpin organisasi Sunni dan kelompok sufi bersenjata Somalia menyatakan kesediaan mereka untuk mendukung pasukan Kenya dalam perang melawan pejuang Al-Shabaab.
Seorang juru bicara untuk organisasi tersebut di provinsi Gedo Syaikh Muhammad Hussain, kepada media lokal menyatakan bahwa organisasinya menyambut operasi militer yang diluncurkan Kenya melawan gerakan Al-Shabaab yang mengancam keamanan Somalia.
Dia menambahkan bahwa Somalia telah sangat menderita kerusakan akibat perang serta kelaparan, dan ia bersiap untuk bekerja sama dengan pasukan militer Kenya melawan pejuang dari Al-Shabaab untuk menstabilkan kawasan tersebut.
Tentara Kenya telah memasuki wilayah Somalia untuk memburu anggota gerakan Al-Shabaab yang dituduh menculik pekerja bantuan di Kenya, sedangkan Al-Shabaab sendiri menolak bertanggung jawab atas penculikan tersebut .
Organisasi Sunni dan kelompok bersenjata Sufi telah berjuang melakukan pertempuran sengit dengan gerakan Al-Shabaab di daerah Gedo.(fq/imo)[eramuslim.com]

CHOGM 2011: Malaysia Hantar Wakil Walau Tak Pernah Dijajah..?

Datuk Seri Najib Razak hari ini berlepas ke Perth, Australia untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 5 petang ini.

Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas.

Syabas Gagal Selenggara Air Dengan Baik



SHAH ALAM 27 OKT : Kerajaan Negeri Selangor melahirkan kebimbangan dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) walaupun mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.
Menurut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik.

9 Julai: Bukan sebab takut, Himpun malunya kita...ha..ha..ha.,.sampai pengsan..!!!

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.
Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.
"Ada yang boleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan.

Video : Oakland police attacked for camp clearance

Video : Dreamliner begins commercial flights

Video : Sharia law and the Arab Spring

Video : Hudud - Hukum Mencuri Mee Segera dan Cincin RM24 Juta

Video : Air Percuma Cara Selangor Pulangkan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat

Video : Muslimat PAS beli bangunan UMNO

Video-Sivarasa Rasiah: Apakah Perbezaan Antara Buku Jingga Dan Apa Yang BN Buat Sekarang

Video-Nurul Izzah: Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia (Pt 2/2)

Video-Nurul Izzah: Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia (Pt 1/2)

Video-Tian Chua: Kuala Lumpur Di Bawah Mikroskop

Video-Khalid Ibrahim: Merakyatkan Ekonomi

Video- Mohd Amar Abdullah: We can compromise in the implementation of Hudud

Video-Ridhuan Tee: Hudud has to be implemented 'by force'

Video : Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani

Video : Nyalaan lilin, protes senyap tuntut kebebasan akademik

Video : PERKASA Tak Undi Calon Guris Perasaan Melayu

Video : PERKASA Bukan Rasis - Ibrahim Ali

Video : " UMNO Parti Lucah "

Video: Protesters Clash With Oakland Police

Video: First Boeing 787 Flight a Success

Video: Student Found Alive in Turkey Rubble

Video : Inside Story - End of Gaddafi, start of investigation

Video-Libya: many dead in Sirte fuel depot blast

Masyuk : FAM berdegil kekal harga tiket RM50


Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak dari keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.
“Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya dipetik Bernama Online.
Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal.

Rahim Noor bidas Mat Sabu

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menyifatkan komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 merupakan hero sebenar.”Ini bukan serangan secara peribadi tetapi saya membidas pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong. Beliau tidak ubah seperti penglipur lara kerana tidak suka membaca,” katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini, Rabu.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana menganggap pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.
Sehubungan itu, Abdul Rahim menafikan dakwaan Mat Sabu bahawa polis yang bekerja dengan British sebagai pengkhianat.

Rahim Noor samakan gerakan hak asasi dengan komunis, umpama ‘agama baru’


KUALA LUMPUR, 26 Okt — Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.
“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.
“Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme,” kata Rahim (gambar) ketika berucap selepas perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.

Jadikan laporan audit KPI tolak BN

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS menggesa rakyat di negara ini menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk menilai kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, didapati terdapat banyak kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek pelbagai kementerian serta agensi kerajaan.

"Di sebalik pembentangan Bajet ‘gula-gula’ pilihan raya 2012, yang dianggap ramai sebagai bajet rakyat kerana banyak peruntukan 'one off' untuk rakyat, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya.

Mahasiswa sedia himpun macam Bersih 2.0

GOMBAK, 26 Okt: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika tuntutan mereka diabaikan kerajaan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada mahasiswa.

"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan tersebut.

Mahasiswa cabar Najib beri kebebasan akademik terlebih dahulu

KUALA LUMPUR 26 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar supaya memberi kebebasan terhadap ahli akademik dan Universiti di negara ini terlebih dahulu, sebelum cuba menasihati golongan  mahasiswa.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab mengulas kenyataan Najib semalam, yang antara lain mengingatkan mahasiswa perlu menjadi pemimpin masa depan dan ‘bukannya kuda tunggangan’.
Sebaliknya, Syukri berkata Najib sepatutnya memberi kebebasan terhadap golongan akademik untuk memberi pandangan mereka, ekoran penggantungan  Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
“Pertama, kita menuntut Najib memberi kebebasan terhadap golongan akademik di negara ini untuk memberi pandangan mereka dan bukannya menggantung tokoh akademik hanya kerana pandangan yang diberikannya tidak memihak kepada pemerintah.

Pamer 40 ribu pemilih diragui, SPR tidak yakin sistem JPN

 KUALA LUMPUR 26 Okt : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sendiri meragui sistem Jabatan Pendaftaran Negara ekoran tindakannya mempamerkan 40,000 nama pemilih yang diragui dalam daftar pemilih.
Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, ini kerana SPR sendiri sepatutnya boleh menyemak rekod berkenaan daripada JPN, tanpa perlu mempamerkannya kepada umum.
“Kalau maklumat di JPN sudah sahih, kenapa masih diragui?” Soal beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Mobilisasi dan Demokrasi Pas Pusat.
Beliau mengulas kenyataan SPR akan mempamerkan senarai 40 000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini, bersama daftar pemilih suku ketiga 2011.

Penyelewengan dalam Audit, SPRM jangan hanya siasat

KUALA LUMPUR 26 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri.
“Kita merasa agak bimbang, siasatan ini hanya untuk memperbaiki imej SPRM berikutan langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sempena pilihan raya.
“Berbanding tahun lepas tiada tindakan yang diambil meskipun SPRM kata akan siasat. Tidak ada guna jika siasatan tetapi tiada tindakan. Apa yang kita mahu ialah SPRM kemukakan hasil siasatan dan mengambil langkah susulan termasuk melakukan pendakwaan,” jelas Azan.
Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan SPRM menyiasat terhadap laporan Audit di peringkat negeri Pakatan Rakyat seperti di Pulau Pinang dan Kedah.

Kena Dah : Zul Kulim Naib Presiden Perkasa...

Pasukan Yang Sesuai

Aziz Bari akan di tuduh? - Ada orang lain yang patut di tuduh dahulu lagi.

Prof Aziz Bari mungkin akan di tuduh di Mahkamah dan Polis telah pun melengkapkan siasatan keatas Prof yang controversial itu. Mengikut berita yang kita terima pihak polis telah mengambil gambar rumah beliau dan semalan pihak Polis telah mengambil gambar pejabat beliau serta computer riba Prof itu. Jika beliau dituduh maka teranglah sudah yang kita berada di sebuah negara yang menyamai sebuah negara ‘autocratic’.

PAS Perjuangkan Akidah. UMNO Perjuangkan FAEDAH?

PONTIAN – Perjuangan yang menjadikan imbuhan sebagai matlamat cukup dekat dengan golongan berfahaman perkauman seperti UMNO dakwa Bob Lokman, Bekas Selebriti Terkenal.
Hal ini kerana perjuangan meletakkan kepentingan ALLAH tidak diutamakan sebaliknya hanya mementingkan bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa meskipun caranya tersasar.
Bob Lokman menambah lagi dengan katanya sejak zaman bekas-bekas perdana menteri memperlihatkan banyak slogan yang dicipta lebih kepada menjadikan minda ‘materialistik’ berbanding mencari keredhaan Allah dan mengurangkan beban rakyat.

Desperate Umno needs PAS to hold its hand but is jilted once again

Desperate Umno needs PAS to hold its hand but is jilted once againThe need for Himpun is one that baffles the Malaysian Christians. Numbering just 10% of the electorate, Christians have become the usual victims for UMNO to scare their own grassroot support into voting them in.
A tactic that has been over-deployed in many an election before, but this time around, educated Malays don't seem to have fallen for it as shown by the 5,000-odd people who turned up at the Shah Alam stadium where the Gathering of One Million Muslims was due to have been held. And even then, one can question the sincerity of the crowd that turned up as some university students have already posted on Facebook that they were told to attend by UMNO advisors. Indeed, for many, it was a case of force-volunteerism. Nothing compared to the overflowing spirit that enveloped the July 9 Bersih rally for election reforms.

Audit : Saranan Audit Negara tidak dipedulikan



BERIKUT petikan muka surat 7 laporan buku Audit Negara 2010 yang turut dibentangkan di dalam dewan rakyat. Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kelemahan tersebut masih terus berlaku dan kali ini melibatkan kekurangan dana oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5.95 bilion yang terpaksa dibiayai oleh wang tunai.

Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kelemahan tersebut masih terus berlaku dan kali ini melibatkan kekurangan dana oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5.95 bilion yang terpaksa dibiayai oleh wang tunai.


RM5.95 bilion bukan satu jumlah wang yang kecil, kalau RM5.95 bilion ditukar kepada duit seposen nescaya tenggelam bangunan parlimen ditimbus oleh duit. Kalau ditabur di atas bangunan Jabatan Perdana Menteri, maka semua kakitangan berpindah ke alam Barzakh.

Bazir Wang Negara Satu Pengkhianatan..untuk Pakatan..kalau UMNO@BN bijak dan berhemah perabis duit rakyat.!!!

A Kadir Jasin

BUKANLAH tujuan kita sepanjang masa mencari salah Kerajaan. Kita juga harus mengiktiraf perkara-perkara betul yang Kerajaan lakukan.
Tetapi kalau Kerajaan melalukan kesalahan, kita berhak mengutuknya kerana kita tidak memilih dan membiayai Kerajaan untuk melakukan kesalahan.
Atas prinsip itu, kita menyambut baik Laporan Ketua Juruaudit Negara yang memberi markah tinggi kepada kebanyakan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Tetapi kita juga mengutuk kegagalan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang gagal menunjukkan prestasi baik.
Pada 24 Oktober, portal berita Malaysian Insider melaporkan yang Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat (PAC) akan menyiasat tujuh Kementerian dan Agensi kerana pengurusan kewangan yang lemah.
Mereka adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengangkutan, Lembaga  Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Perbadanan Stadium.

Itu bukan ketirisan tetapi keuntungan!

Oleh: tokpepijat

"Membaca Laporan Ketua Audit Negara(LKAN) setiap tahun umpama membaca "Laporan Keuntungan UMNO " . Setiap tahun terserlah ketirisan demi ketirisan di seluruh negara.

Umum tahu, setiap projek kerajaan samada tender terbuka maupun tertutup tidak dapat tidak syarat utamanya "mesti lagi wajib" orang UMNO, kroni maupun suku sakat BN. Itu realiti.

Perkasa: Kami penentu sokongan PRU, akan tolak calon hina Islam dan Melayu...ha.ha..ha..habislah BN..!!!

KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Perkasa percaya pertubuhan bukan kerajaan berusia tiga tahun itu akan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan memobilisasi sokongan ahlinya, khususnya dalam menentukan nasib calon dan parti yang telah memperlekeh Islam dan orang Melayu.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan ‘kesalahan’ itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum.

Air Percuma Cara Selangor Pulangkan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat

SHAH ALAM, 26 OKT: Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat.

Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah Kerajaan Negeri sesuai dengan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES).

In Australia, Ambiga serves notice of people power

Ambiga (left) speaks during a public lecture at University of Melbourne, October 25, 2011. — Pictures by KC Boey
MELBOURNE, Oct 26 — Bersih 2.0 will hold Pakatan Rakyat (PR) to the civic movement’s eight demands on elections and governance should the opposition pact come into government, chairman Datuk Ambiga Sreenevasan said at a public forum here yesterday.

PERKASA tak undi calon guris perasaan Melayu

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.

Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.

Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.

Video : Pemuda PAS Sabah bongkar penindasan Kerajaan terhadap Apprentices TLDM

Video : 'Gua Ikut Enta' -part2

Video-MP PAS Shah Alam: %GDP Semakin Naik, Sepatutnya Hutang Menurun?

Video : Defisit makin meningkat ... 15 tahun dah?

Video : Mexico Prepares for Hurricane Rina

Video : Today in History for October 26th

Najib bubar parlimen 11.11.11, PRU 10 Dis

PM akan mengikut tarikh ini walaupun ada pihak yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.
REMBAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.
Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.
Mengikut maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.

RM80m ‘wasted’ on projects for the police force

The development projects were either stalled or cancelled, says the 2010 Auditor-General's Report.
PETALING JAYA: The government had to bear the cost of more than RM80 million for development projects for the Royal Malaysian Police (PDRM), which were either stalled or cancelled outright.
According to the 2010 Auditor-General’s Report, a total of 44 PDRM projects were stalled and 11 were stopped due to several reasons including cost increases and sudden changes in the projects’ scope.
“On May 30, 2008, the finance ministry approved 129 projects at a cost of RM9.24 billion. In line with that, PBLT (Pembinaan BLT Sdn Bhd) had issued letters of intent to appoint consultants,” said the report.

Baik Hati : 90,000 warga asing diberi i-Pass secara percuma

KSU KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga minggu lepas sebanyak 3,700 i-Pass sudah diberikan sebagai alat pengenalan menggantikan pasport.
PUTRAJAYA: Seramai 90,000 tenaga profesional asing akan diberikan i-Pass, satu pas pengenalan baru bagi memudahkan pergerakan mereka di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga minggu lepas sebanyak 3,700 i-Pass sudah diberikan sebagai alat pengenalan menggantikan pasport.
“Pemegang i-Pass kini tidak perlu membawa pasport sebagai bukti pengenalan dalam Malaysia. Mereka juga dikecualikan daripada mengisi kad perjalanan apabila memasuki Malaysia dan pasport mereka tidak akan dicap secara manual dikaunter imigresen apabila keluar-masuk negara,” katanya.
Beliau berkata sedemikian selepas majlis penyerahan i-Pass yang baru oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan kepada 11 pemegang Pas Residen di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Johor Darul UMNO Berhutang RM334.51 Juta!!!



KUALA LUMPUR 25 Okt: Sangat mengaibkan apabila Johor, sebuah negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional, berhutang sebanyak RM334.51 juta pada 2010.


Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, Johor membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekalan air manakala satu pinjaman untuk projek Ladang Hutan Kompensatori kedua.

Revolusi Ekoposial 2

Oleh: MSK

Ramai orang kata, perubahan politik tidak akan berlaku tanpa perubahan ekonomi. Perubahan ekonomi macam mana? Adakah apabila ekonomi bertambah baik atau apabila ekonomi merudum? Kalau hangpa tak mengaku pun tak pa, aku dulupun berfikiran macam tu.
Kalau ekonomi bertambah baik, rakyat akan merasa selesa..pasai apa nak cari susah berevolusi?
Kalau ekonomi bertambah buruk, ia mungkin mencetuskan kebangkitan rakyat?
Aku tak pernah dengar rakyat Libya susah dan kebuluran. Begitu juga dengan rakyat Iran dibawah Shah Iran. Tapi revolusi berlaku dikedua-dua negara ini.

Ijtima Tarbawi pada 28hb / Jumaat

"Persiapkan diri, Pada yang belum bersama marilah bersama kami atas bahtera penyelamat. Muntahkanlah segala harapan dan pandangan pada saluran yang menterjemahkan idea kepada tindakan.

Ijtima' Tarbawi DPPM yang akan berlangsung pada 28, 29 dan 30 October 2011 di KUIZM. 

Antara pimpinan dan tokoh yang hadir:|
Antara yang akan hadir adalah:
-Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Harun DinAl-Fadhil Ustaz Nasarudin Tantawi, Wakil Ikhwanul muslimin Syeikh Mahdi AkeevSyeikh Kamal Helabawi."

Kisah Lembu

Oleh: mohdnoorawang

"TABUNG ATAU DANA MAKANAN HANCUR RM250 JUTA. Kerajaan BN/UMNO gagal menjawap mengapa dan kenapa GAGAL BELA LEMBU DAN KAMBING SECARA FEEDLOT DALAM KAWASAN TANAH 5,000 EKAR DI NEGERI SEMBILAN.
PROJEK BELA LEMBU DAN KAMBING dikatakan diserahkan kepada anak menteri yang bernama anak Datuk Sri Shahrizat Jalil semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi menteri Pertanian.

Mana lebih besar beritanya aduhai TV3

Oleh Roslan SMS
Banyak diperkatakan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang baru diterbitkan semalam. Baru sebentar tadi berita TV3 mengambil “angle” menyerang kerajaan Selangor dan Kelantan yang dikatakan ditegur oleh laporan berkenaan atas beberapa sebab.

Selangor dan Kelantan lebih penting untuk diserang berbanding RM5.56 juta yang dibelanjakan oleh Institut Sukan Negara untuk membeli 23 ekor kuda tanpa “lampu hijau” kementerian kewangan. Lebih penting dari Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang telah terlebih bayar antara 177 hingga 2 805 peratus untuk pembelian peralatan bagi bot baru jabatan berkenaan. Lebih penting dari 41 peralatan yang dibeli oleh UITM berjumlah RM1 juta tetapi tidak langsung digunakan lebih setahun. Lebih penting dari RM142 juta yang dibelanjakan untuk satelit RazakSAT tetapi akhirnya terpaksa dihentikan setelah didapati ia lari sejauh 37km dari sasaran!

Bahasa Melayu seperti melukut di tepi gantang

Imlan Adabi

26 OKT — Jika seorang tokoh berucap menggunakan bahasa Inggeris pada majlis rasmi, siapakah yang berhak menegurnya?
Apakah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pengerusi majlis?
Jika pengacara radio menggunakan bahasa rojak dan disambut pendengar dengan bahasa yang bercampur aduk, apakah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkuasa untuk melarang dan mengambil tindakan tegas terhadap stesen penyiaran?
Apakah peranan badan penyiaran dan masyarakat terhadap kedaulatan bahasa Melayu yang kononnya bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia?
Persoalan demi persoalan mengenai isu bahasa Melayu tidak pernah reda. Kecelaruan dan sikap rendah diri di kalangan segelintir bangsa Melayu menyebabkan bahasa kebangsaan sering tercabar.
Jangan terperanjat jika petugas kaunter makanan segera bertanya menggunakan bahasa Inggeris semata-mata untuk mengambil pesanan sekadar paha ayam goreng, kentang putar dan air bergas.

Dasar sekular Umno muqadimah murtad

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Mendedahkan masyarakat Islam mengenai punca murtad dan bagaimana ia harus diatasi adalah sangat penting.
Kami insaf betapa menyedarkan umat Islam  mengenai gejala dan bahaya murtad tidak memadai .
Punca murtad yang bermula dari soal pendidikan, masalah sosio-ekonomi dan perundangan perlu didedahkan agar semua pihak memberi perhatian serius untuk segera mengatasinya.

Sementara tidak dinafikan ujud percubaan dari pihak-pihak tertentu yang mahu menjayakan gerakan murtad seperti yang telah berlaku kepada banyak negara dirantau ini semada melalui paksaan seperti yang telah berlaku ketika penjajahan mahupun secara pendidikan dan palbagai strategi sosio budaya dan ekonomi, kami tetap merasakan kelemahan dikalangan umat Islam telah memberi ruang murtad berkembang biak.

Penggantungan Aziz Bari: Kebebasan akademik atau kebebasan politik?

Kenyataan Profesor Abdul Aziz Bari yang mengheret beliau sehingga digantung tugas seketika mungkin "tidak cukup radikal" dari kaca mata sesetengah pihak.  Malah, ramai lagi ahli akademik  pernah melontarkan pandangan-pandangan yang jauh lebih kritikal, berbanding dengan apa yang dikemukakan Abdul Aziz Bari, tetapi tidak dikenakan tindakan sehingga kini.  Persoalannya, mengapa pula pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menjadi sasaran?

"Kerajaan melihat Abdul Aziz Bari sebagai jurucakap (spokeperson) untuk Pakatan Rakyat," demikianlah pandangan yang dilontarkan Latheefa Koya (gambar kiri), Pengarah Biro Guaman KeADILan, cuba membangkitkan soal "kebebasan politik", ketika isu penggantungan Abdul Aziz Bari dibincangkan dalam konteks kebebasan akademik.

Secara terus-terang, Latheefa Koya berkata ahli akademik yang pernah membuat kenyataan yang lebih "radikal" berbanding Abdul Aziz tidak diambil tindakan kerana mereka tidak dilihat bersekutu (aligned) dengan parti politik.  Sebaliknya, Abdul Aziz dilihat bersekutu dengan Pakatan Rakyat dari kaca mata Barisan Nasional, biarpun beliau boleh mendakwa bahawa dirinya berkecuali.

Berjaya Serah Memorandum, Kebijaksanaan SRC Dipuji

Gombak, 26 Okt : Keputusan bijak Majlis Perwakilan Pelajar UIAM atau SRC (Student’s Representative Council IIUM) semalam yang tidak mahu ‘bersama’ gelombang mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Hisahmmudin ternyata membuahkan hasil.
Laporan Gazebo Daily semalam yang memaparkan keadaan SRC yang ‘seakan-akan kecewa’ dengan SMM ternyata berjaya mengelirukan pengawal keselamatan dan anggota polis serta ‘Special Brance’ yang cuba untuk menghalang pergerakan kumpulan mahasiswa terbabit.

Najib: Mahasiswa jangan jadi penyebar kontroversi.,....ha.ha.ha..siapa bikin hal..!!!

Hishammuddin Hussein bersama pasukan Universiti Sains Islam Malaysia yang muncul juara Debat PPM kategori Bahasa Malaysia di UIA, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Di sebalik kontroversi berkaitan siasatan ke atas pensyarah UIA dan protes susulan, Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggariskan lima aspek utama peranan mahasiswa sebagai rakan kongsi pembangunan negara, termasuk menjadi pencetus transformasi dan bukannya penyebar kontroversi.

Pertemuan menteri, MTUC kelmarin gagal elak piket nasional 3 Nov

KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Pertemuan antara Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam kelmarin gagal mengelak piket peringkat nasional badan induk kesatuan sekerja itu pada 3 November ini.
Kedua-dua pihak terbabit tidak menggunakan pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu untuk menghindar pertikaian berkaitan dengan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011).
Kementerian Sumber Manusia juga dikatakan tidak meminta MTUC agar menggugurkan rancangan berpiket kali kedua bulan depan.

Open Letter to PM from Norway’s NGO

His Excellency Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
AFTQ and its team wants to bring to your attention and notice that since independence Malaysia and its citizens suffers from un-necessary regulations which were introduced to deny or limit the fundamental rights to the people.  At the time of taking charge of the prime ministerial position on April 03, 2009 under the prestigious banner of UMNO you have made few commitments to open new constitutional reform process and empower the Malaysian people with the full fledged un-regulated rights which they are being demanded from decades.
Though the steps are being taken to defunct Internal Security Act for a greater freedom to Malay people but still there are numerous draconian laws which betrays them from their constitutional rights which are in the sake of local governance they have continued to scare citizens of their freedom.

Sementara Noh dan Ezam bertelingkah, BN keluarkan slogan baru untuk Selangor

Sementara Noh dan Ezam bertelingkah, BN keluarkan slogan baru untuk Selangor Di tengah-tengah pertelingkahan di antara orang-orang kuat UMNO Selangor, Noh Omar dan Ezam Mohd Nor, BN telah mengeluarkan slogan baru ‘Cinta Selangor dan Percaya BN’ untuk memenang semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang, yang digembar-gemburkan berlangsung pada awal tahun hadapan.
Tetapi dikatakan UMNO, yang memegang kerusi terbanyak dalam BN, mungkin sudah bersiap sedia. Mereka memberi amaran sebelum kemaraan dapat dimulakan, UMNO Selangor perlu menguruskan diri sendiri terlebih dahulu.
Pergaduhan dan perpecahan dalaman sangat tinggi selepas bahagian ini kehilangan negeri terkaya di Malaysia kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Khir Toyo, bekas Menteri Besar UMNO yang menghadapi tuduhan rasuah, telah meletakkan jawatannya, sementara Perdana Menteri Najib Razak, yang juga President UMNO, mengambil alih kerusinya.

Jual pulau: Pemuda PAS Sabah cabar Musa Aman

KOTA KINABALU, 26 Okt: “Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah,” itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada kerajaan negeri khususnya Keyua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu (gambar) berkata, PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.
“Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?” soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

SRC komited perjuang kebebasan dan keadilan

Pada 21 Oktober yang lalu, dengan mengadakan suatu pertemuan dengan pihak pentadbiran UIAM bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu Prof. Aziz Bari, Presiden SRC, mewakili suara mahasiswa UIAM tetap tegas dengan pendirian bahawa peristiwa tersebut telah mencabuli hak kebebasan bersuara (freedom of speech) dan kebebasan akademik (freedom of academic). Dalam pertemuan pada hari itu, beliau menuntut beberapa perkara antaranya mendesak pihak UIAM menarik semula penggantungan terhadap Prof. Aziz Bari dan diadakan perbicaraan terbuka (public hearing). Alhamdulillah, pada 24 Oktober yang lalu, UIAM menarik semula penggantungan tersebut.

Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris: Siapa salah tanggapan?

Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris: Siapa salah tanggapan?Saya membaca dengan penuh minat perdebatan berkenaan PPSMI seperti yang tertulis dalam kebanyakan akhbar di bahagian ‘Surat untuk Editor’. Barangkali agak tidak sesuai saya memanggilnya perdebatan kerana cuma hujah sebelah pihak yang kelihatan iaitu daripada penyokong PPSMI.
Izinkan saya memberi pandangan yang bertentangan.
Daripada apa saya dapat dengan membaca pelbagai artikel, surat dan pesanan pendek (SMS) yang menceritakan kebaikan PPSMI, saya boleh rumuskan penyokong-penyokong dasar ini menyokong di atas DUA hujah utama, iaitu –
SATU – penurunan taraf Bahasa Inggeris di kalangan graduan dalam negara ini yang memberi kesan terhadap kebolehan mereka diterima bekerja di dunia yang mana Bahasa Inggeris merupakan de facto lingua franca, dan DUA – kebarangkalian ditinggalkan dalam bidang Sains dan Matematik kerana kurangnya bahan rujukan dalam Bahasa Melayu yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris.

TLDM: Najib, Zahid perlu beri penjelasan

KOTA KINABALU, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.

Audit : Semua Petunjuk Kewangan P.Pinang Meningkat, Berjaya Lupus 95% Hutang Peninggalan BN


Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

Sementara itu, beberapa hari sebelum Laporan Audit 2010 dikeluarkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membentang Bajet 2012 yang mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, berkata berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.

Sengal : SPRM buka 36 fail kes atas laporan audit...tapi lebihan belanja SPRM dianggap bonus jerk..!!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 36 fail siasatan berikutan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan kepada umum semalam.Sebanyak dua fail siasatan dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.Menurut kenyataan SPRM di sini,Selasa, pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.
SPRM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara itu.
Menyentuh soal suruhanjaya itu disenarai sebagai salah satu daripada sembilan jabatan dan agensi kerajaan yang berbelanja melebihi peruntukan, beliau berkata:
“Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan atau bantuan khas kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010″.

Laporan Ketua Audit Negara Dedah Kegagalan Transformasi Najib

SHAH ALAM, 26 OKT : Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara menjadi bukti dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak gagal dengan pengumuman pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan yang ternyata janji-janji tersebut masih belum dipenuhi.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil  penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat kerajaan mendedahkan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran.

Ada perkara disembunyikan dalam Laporan Ketua Audit Negara?


Sekali lagi Laporan tahunan Ketua Audit Negara (KAN) mendedahkan penyelewengan, kepincangan, keborosan dan keraguan dalam sistem pentadbiran khususnya berkaitan kewangan.

Mungkinkah ada bukti-bukti lain yang lebih besar disembunyikan dari pengetahuan umum.Ini kerana Laporan ini terlebih dahulu diserahkan kepada kabinet sebelum didedahkan kepada Parlimen dan umum.