Ahad, 23 Oktober 2011

Video : BERNAS Titik Peluh Petani Miskin Dijual Ke Hong Kong

Video : HIMPUN, Petani Miskin dan Anak Menteri Apa Kaitannya

Video : Tiada Bandingan Rekod Pakatan Dan Rekod BN

Video : Today in History for October 23rd

Video: 7.2 Quake Causes Damage, Casualties

Video : Al Jazeera reports from earthquake-hit Turkey

Video : Syria's seven longest months

PAS readies new media troopers for next GE

GOMBAK, Oct 23 — PAS is rallying its “cybertroopers” in preparation for an upcoming general election that it says is shaping up to be “an information war.”
“The world that we live in today is in a constant information war, news war.
“If we fall behind in conveying our messages, we will lose out,” PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang (picture) told The Malaysian Insider after closing the party’s ICT and New Media Conference yesterday.
About 500 of the party’s “hardcore” ICT officers from all over the country attended the day-long event, which appeared to address rival Umno’s growing army of cybertroopers.
“We will use every means possible — Twitter, Facebook, YouTube, offline TV, online TV. We want ICT officers to have smartphones, no more outdated phones,” the Marang MP said.

RM1.2 juta Untuk Baiki Masalah PPR Kota Damansara


KOTA DAMANSARA 23 OKT : Lebih 800 penduduk rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 di sini melahirkan kegembiraan apabila Kerajaan Negeri menyatakan akan mengatasi masalah kerosakan yang melanda kawasan perumahan mereka sejak sekian lama.

Kawasan rumah pangsa tersebut yang didiami mereka sejak lebih 10 tahun lalu menghadapi masalah kerosakan seperti lift, pam air, lampu, keselamatan dan lain-lain yang dijangka melibatkan kos pembaikan melebihi RM1.2 juta.

Isu Kg Buah Pala: KM boleh dipenjarakan, kata Karpal

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing  pada tahun 2009.

NONEMahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.

Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan.

"Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang  berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.

Lim guan eng at Buah Pala house handover"(Tetapi) Apakah pilihan yang ada bagi ketua menteri, kecuali langgar perintah mahkamah? Sebagai wakil yang dipilih rakyat, kita perlu mematuhi keputusan mahkamah, sama ada kita suka atau tidak," kata pengerusi kebangsaan DAP itu.

“Jika kita hina mahkamah: kita bukan sahaja akan diheret ke penjara sehingga kita tarik balik penghinaan itu dan mohon maaf, tetapi kerajaan negeri juga boleh dilucutkan kuasa,”katanya semasa berucap pada satu majlis untuk menyerahkan kunci kepada penduduk bekas Kg Buah Pala di Pulau Pinang hari ini.

‘Hormati hak Hasan Ali sebagai Muslim’

Kehadiran beliau sama sekali tidak menjejaskan integritinya sebagai pegawai kerajaan Selangor, kata MB Selangor.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan kehadiran Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali ke Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam semalam.
Khalid berkata kehadiran Hasan Ali sama sekali tidak menjejaskan integritinya sebagai pegawai kerajaan Selangor malah beliau berhak untuk pergi ke Himpun atas kapasitinya sebagai seorang Islam yang menyokong untuk menyelamatkan akidah masyarakat Islam.
“Secara peribadi saya tiada masalah jika seorang Islam mahu nyatakan sokongan dan itu merupakan hak asasi seseorang,” katanya.

Spectacular Himpun flop signifies an Umno in its death throes

Spectacular Himpun flop signifies an Umno in its death throes There was the promise of the fury of thunder and lightning, there was the promise that the very heavens and Earth itself will shake, shiver and shudder under the feet of a million ummah, this much and more hype, hype and simply even more hype were unleashed in the pro-Umno media and blogs in recent days.
The organisers of the Himpun Gathering of a Million over the weekend claimed that their several hundred, if not thousands, of pro-Umno NGOs had four million Muslim members. So, in their thinking, getting one million out onto the streets for “Islam” was no big deal. In hindsight, they should have engaged Hindraf Makkal Sakthi as their consultants for the Himpun march.
In the end, a motley-looking crowd of a mere 4,000 to 5,000 miserable Muslims, including many illegal immigrants and other foreigners paid for their presence, huddled in one forlorn corner of the Shah Alam Stadium which can seat at least 100,000 spectators. This is more than an anti-climax for a brazenly Christian-baiting movement from the lunatic fringe.

PKR Wilayah yakin kekal semua kerusi

"Kuala Lumpur ini kubu kuat kita. Tiada satu negeri pun yang mencatatkan keputusan luar biasa kerana 10 dari 11 kawasan Parlimen milik Pakatan Rakyat," kata Anwar.
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mampu mengekalkan semua kerusinya di Kuala Lumpur semasa Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).
Menyifatkan Kuala Lumpur sebagai kubu kuat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata momentum itu mampu dikekalkan berdasarkan prestasi PKR semasa PRU12.
“Kuala Lumpur ini kubu kuat kita. Tiada satu negeri pun yang mencatatkan keputusan luar biasa kerana 10 dari 11 kawasan Parlimen milik Pakatan Rakyat,” katanya dihadapan kira-kira 300 ahli PKR Wilayah di Kampung Baru di sini petang tadi.

Bersihkan parti dari ‘hantu raya’

'Hantu raya' atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri.
REMBAU – Kepimpinan PKR harus bersih dari kehadiran ‘hantu raya’ yang boleh menggugat kestabilan parti, kata Setiausaha PKR Cabang Rembau, Norazizi Abdul Aziz.
Beliau berkata, ini ialah kerana masih ada ‘hantu raya’ yang menghuni dalam kepimpinan PKR termasuk dalam PKR Negeri Sembilan.
Menurutnya, ‘hantu raya’ atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada calon Umno ketika Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008”.

Monyet dan kucing tunggu janji Ali Rustam

Monyet dan kucing di Merlimau sudah menunggu lebih 8 bulan untuk melihat taman mereka dibina di Merlimau. Ini kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah berjanji pada kempen Pilihanraya Kecil Merlimau bahawa satu taman untuk mereka akan dibina di Jeti Merlimau.
Mohd Ali dalam kenyataannya pada 10 Februari lalu memberitahu bahawa kerajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi yang mengandungi habitat binatang ternakan berhampiran Jeti Muara Sungai Merlimau di pada masa depan.
Beliau berkata, rancangan tersebut termasuk dalam projek menaik taraf jeti berkenaan yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM5.6 juta.

Najib: Kerajaan ada bukti Mat Indera anggota komunis

Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

"Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Najib: Jangan heret keluarga kerana politik...ha..ha...ha...tak de jawatan boleh kawal gomen..!!!

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin-pemimpin tidak kira parti politik supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya memfokus soal berkaitan dengan dasar.
Ia kenyataan pertama Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Pakatan sertai piket MTUC 3 November

SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat  akan bersama-sama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran serentak di seluruh negara, 3 November depan.

Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Akta ini membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja.

Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan.

PM puji HIMPUN teratur tidak seperti BERSIH 2.0..Polis tak kacau aman damai la...!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji penganjur perhimpunan anti murtad HIMPUN semalam yang dijalankan secara teratur.

Anak bercerai bongkar harta berbilion Taib....

Tidak banyak dibicara soal pelan pengalihan kuasa pimpinan Sarawak. Pastinya, beberapa ahli politik telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa Taib Mahmud, dan ada juga yang berkata ahli politik itu, yang telah menjadikan jawatan Ketua Menterinya itu sebagai sebuah monarki, masih relevan untuk pembangunan Sarawak. Bagi mereka, ada beberapa rancangan yang hanya boleh dilakukan oleh beliau untuk rakyat Sarawak.
Mungkin juga di mana masih ada 16 empangan akan dibina dan tanah-tanah yang akan dirampas dan sehingga setiap perniagaan adalah di bawah kawalan keluarganya. Pemimpin-pemimpin yang ada di tampuk terlebih lama mempunyai tabiat pemikiran yang mereka ini hidup abadi. Dan inilah yang kelihatan dengan Taib Mahmud. Beliau dilihat akan hidup selamanya di mata pengikut-pengikutnya.

Liwat isteri bawah Ta’zir bukan hudud

Dr Khairuddin Razali
Liwat isteri menurut Mazhab Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir. Menurut al-Imam al-Syarbini:- seorang tokoh Mazhab Syafie- “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani –salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’I al-Sana’i`:

Pasca HIMPUN: Kerajaan wajib terima dan laksana undang-undang Islam

1. Sejurus berakhir himpunan yang penuh kontraversial, Himpunan Sejuta Ummah di Stadium Shah Alam pada 22 hb Oktober 2011 kelmarin, saya lihat ini adalah masa yang tepat untuk kerajaan UMNO dan BN mengisytiharkan penerimaan dan perlaksanaan undang - undang Islam di dalam negara kita, khasnya berkait dengan undang - undang murtad dan jenayah syariah yang lain [hudud].

2. Paling minima, Kerajaan UMNO dan BN sewajarnya bersedia mengiktiraf, memberi laluan dan sokongan padu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 yang telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak tahun 1993 yang lalu.

Rosmah terima anugerah selendang Tun Fatimah....pandai bersilat rupanya..!!!



ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor bukan sahaja memiliki sifat boros tahap tertinggi, rupa-rupanya wanita yang suka masuk campur hal ehwal negara ini juga pandai bersilat.

Buktinya, Persatuan seni Silat Lincah Malaysia telah menganugerahkan Rosmah Mansor satu anugerah tertinggi pertubuhan itu, iaitu Selendang Tun Fatimah.

PAS harap PKR, DAP selesai segera agih kerusi di Kedah

anwar left kedah mb azizan centre.jpgPAS Kedah berharap PKR dan DAP menyelesaikan segera masalah pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti sebelum pilihan raya umum ke-13 diumumkan.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (bersongkok) berkata walaupun masalah itu hanya membabitkan satu atau dua kerusi, PAS berharap ia diselesaikan dengan segera dan secara baik.

"Biasalah semua orang (parti) hadapi masalah (pembahagian kerusi). DAP lebih fokus kepada kerusi yang disandang oleh PKR. Terpulang kepada mereka untuk berunding. Kita (PAS) sebagai penyelaras jawatankuasa mengharapkan ia diselesaikan dengan baik.

MIC mahu tukar kerusi parlimennya di Selangor

mic agm president g palanivelMIC, yang hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya umum 2008, berhasrat membuat pertukaran satu daripada kerusi yang diperuntukkan kepadanya di Selangor dengan kerusi di Kedah atau Pulau Pinang.

Presidennya Datuk G Palanivel berkata walaupun dua negeri berkenaan mempunyai ramai penduduk India, tetapi tiada satupun kerusi parlimennya ditandingi parti berasaskan kaum itu.

"Kami bertanding di empat kerusi Parlimen di Selangor pada 2008...kenapa perlu sampai empat sedangkan di Kedah dan India ada ramai anggota masyarakat India, tapi tak ada kerusi?" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Politik Sengal : Cubaan sabotaj Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan yang berlangsung hari ini dicemari cubaan sabotaj pihak tidak bertanggungjawab yang menabur paku di jalan raya berhampiran tempat konvensyen berlangsung.
Perkara itu disedari Ketua AMK Lembah Pantai, Mohd Izhar yang membuat tinjauan terakhir sebelum konvensyen berlangsung kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Paku-paku itu dikutip dari aspal jalan di simpang masuk ke Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Bharu, tempat konvensyen berlangsung.

Menu 1Malaysia: Najib uji kualiti lauk, kata menteri..ha..ha..dah tak boleh belit lagi..!!!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia selepas gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil beberapa lauk-pauk dengan harga hanya RM3 menghiasi tajuk utama beberapa akhbar.

Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari

azlanSatu lagi pertubuhan ahli akademik tampil mempertahankan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya.

Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata pihaknya terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap Abdul Aziz.
"ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengutarakan pandangan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang undang-undang.

Perkasa: Himpun berjaya, pemimpin Umno dan PAS muncul pentas sama

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Meskipun Himpunan Sejuta Umat (Himpun) gagal mengumpulkan 100,000 hadirin yang disasarkan tetapi ia berjaya menyatupadukan Muslim segenap lapisan masyarakat, dakwa pertubuhan bukan kerajaan membela hak Melayu Perkasa hari ini.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, baginya kempen semalam adalah sesuatu berjaya kerana membawa bersama pemimpin Umno dan PAS.
“Bagi saya ia satu kejayaan. Salah satu bahagian yang berjaya ialah ada pemimpin PAS dan Umno di pentas yang sama dan individu lain yang tidak menganggotai mana-mana parti.
“Saya percaya ahli-ahli Umno atau PAS dan Melayu dalam Keadilan, mereka semua sokong (Himpun) tetapi kemungkinan mereka kena ikut arahan daripada pemimpin mereka, yang saya tak faham mengapa mereka tidak dibenarkan,” kata Syed Hassan pada sidang media hari ini.

Kantoi : Gimik 300 sertai Umno di Tanah Merah dibongkar

TANAH MERAH, 23 Okt: Gimik kononnya 300 penyokong PAS di Taman Perumahan Hulu Kusial menyertai Umno terjawab apabila hanya 20 orang sahaja dikenal pasti ahli dan bekas penyokong PAS.
Selebihnya penyokong Umno menyertai Umno berkali-kali. Strategi itu sudah kerap kali diuar-uarkan di Pasir Puteh sebelum ini.
Namun impian Umno dengan diketuai Datuk Mustapa Mohamed mengumpankan bekas penyokong PAS terbabit tidak kekal lama apabila sebahagiannya mendedahkan sebagai gimik semata-mata.
Setiausaha Majlis Tindakan Dun Gual Ipoh, Razali Yusof berkata, sebahagian bekas penyokong PAS terbabit ketika ditemui memberi jaminan mahu kembali semula kepada perjuangan asal.
“Mereka hadir pada program penyerahan borang menyertai Umno semata-mata kerana sentimen bersifat sementara,” katanya ketika ditemui pada program ceramah sempena 160 bekas Umno dari lima kampung menyertai PAS di Gual Ipoh malam kelmarin.
Penyokong dan bekas ahli Umno itu diketuai anggota jawatankuasa Umno Cawangan Bukit Kelidang, Rustam Mustafa, 37.
Beliau menyerah borang mewakili rakan-rakannya kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program yang diadakan di rumah Mohd Yusof Mat Zain, 62, seorang usahawan berjaya di kampung itu.

HIMPUN: Peluang sejuta keikhlasan daulatkan Islam

Zainal Salleh
Seperti diduga Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang diadakan di Stadium Shah Alam semalam mendapat sambutan yang hambar.

Video : Syakh Abdulbary Yahya Islam The Religion of Peace

Video : Forum Implikasi Belanjawan 2012 (part 4)

Video : Forum Implikasi Belanjawan 2012 (part 3)

Video : Forum Implikasi Belanjawan 2012 (part 2)

Video : Forum Implikasi Belanjawan 2012 (part 1)

Video : Political Parties and Racism...A Revamp?(Panel2) Part 3 of 3

Video : Political Parties and Racism...A Revamp?(Panel2) Part 2 of 3

Video : Political Parties and Racism...A Revamp?(Panel2) Part 1 of 3

Guan Eng: Muhyiddin terbukti gagal ‘ujian moral dan etika’

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Lim Guan Eng melabel Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin “pengecut” dan “gagal dalam ujian moral menjadi perdana menteri” kerana mengulangi dakwaan blog kononnya anak lelaki beliau telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terkejut dan mual dengan kenyataan Muhyiddin yang menyerang anaknya demi kepentingan politik, sebaliknya menggesa pemimpin nombor dua Umno itu agar memfokus ke atas dirinya jika mahu.
“Jika Muhyiddin sangat membenci saya, beliau boleh melakukan yang terburuk untuk menghabiskan saya dari politik,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan.
“Sebaliknya Muhyiddin tidak harus menyertai mereka yang pengecut untuk memilih anak saya berusia 16 tahun dan terus meletakkan anak saya dalam keadaan trauma,” kata beliau.
Lim juga berkata Muhyiddin telah gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri kelak kerana mengulangi pembohongan ke atas remaja yang tidak boleh mempertahankan dirinya, meskipun pelajar yang kononnya menjadi mangsa telah menafikan dakwaan-dakwaan yang dibawa blog-blog Umno.
Tambah Lim, Muhyiddin berhadapan dengan risiko kehilangan rasa hormat di mata masyarakat umum jika terus mengulangi dakwaan itu.

Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap

DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.

Pua: TPM secara tersirat sokong kanak-kanak difitnah

tony pua and lim kit siang press conference 191011 03Ketua publisiti DAP Tony Pua hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertindak ke atas timbalannya kerana "memberi sokongan tersirat" kepada blogger pro-Umno yang memfitnah anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Daripada bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan penipuan keji bagi memalukan keluarga ketua menteri Pulau Pinang itu, lebih-lebih lagi kerana mereka adalah pemimpin dan ahli-ahli Umno, (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) memilih mempertahankan mereka yang tidak sepatutnya dimaafkan itu," kata Pua (atas, kanan) dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Guan Eng: Muhyiddin jangan jadi pengecut

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjadi pengecut dengan terus menekan anaknya dengan isu mencabul seorang gadis seperti didakwa bloger pro Umno.

Menurutnya, adalah sangat zalim jika Timbalan Perdana Menteri itu terus melakukan demikian terhadap anaknya yang berumur 16 tahun itu dalam keadaan 'mangsa' yang didakwa dicabul itu sudah tampil menafikannya.

"Jika Muhyiddin benci saya sangat, dia boleh buat yang lebih buruk untuk jatuhkan saya melalui politik.

Usia 60 tahun PAS – Pengalaman di Kelantan

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sejarah penubuhannya dicatatkan Funston (1980) ialah bermula dengan penubuhan Persatuan Ulama Malaya tahun 1951. Diikuti dengan Persatuan Islam Se-Malaya berikutan para pemimpinnya melalui proses saringan liku-liku perjuangan menerusi parti kebangsaan (bersama Umno), reformis agama (menggerakkan Hisbul Muslimin) dan mirip sosialis (mantan Parti Kebangsaan Melayu Malaya). Selepas itu PAS telah berkembang sebagai parti kebangsaan Islam menuntut kemerdekaan dan seterusnya menyertai pilihan raya 1955 dan menguasai kerajaan di Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.
Sejarah bertapak dan berkembangnya PAS di Kelantan telah dicatat oleh Amaluddin Darus (1977) adalah hasil daripada majlis penerangan di surau-surau dan menemui guru-guru agama di pusat pengajian pondok sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah. Hasilnya, cawangan PAS pertama berjaya ditubuhkan ialah di Pasir Mas pada Julai 1953. Enam tahun selepas itu, iaitu PAS di Kelantan berkongsi dengan PAS di Terengganu telah mencapai kemenangan sulung pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.

Penipuan internet banyak di Mudah.my

Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta. Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

Derhaka dan Hina : Melayu Mudah Lupa..!!!







Gerakan tidak dialu-alukan di Sabah

Sentimen rakyat Sabah memerlukan atau lebih memihak kepada parti komponen BN tempatan berbanding daripada yang berpangkalan di Semenanjung.

DAP: kerjasama MAS-Air Asia rugikan pengguna

Kerajaan harus membatalkan kerjasama bersifat monopolistik antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia dan membenarkan persaingan yang sihat antara kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan.

Pakatan gesa Muhyiddin minta maaf beri ‘watikah’ serang anak Lim

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita.
Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.
“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” katanya.
Mengulas perkembangan itu hari ini, Naib Presiden PKR N Surendran (gambar) mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.
“Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng: How can Muhyiddin be so cruel as to pick on my 16-year-old son

How can Tan Sri Muhyiddin Yassin be so cruel as to continue to repeat the lies by Umno blogs against my 16-year-old son and question whether my son is innocent of the lies of sexual misconduct, when the lady “victim” had asserted that she had not even met me or my son and furthermore, the Penang Education Director has declared the allegations were not true?
I am appalled and disgusted by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s remarks that my mere denial of sexual harassment claims against my 16-year old son was inadequate. Instead, Muhyiddin says that “if the Penang chief minister thinks it is important to correct the information, then he has to come up with a strong statement.”

Dr M, Utusan dan Zul Nordin berdepan saman

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.

Rakyat bayar GST, pemimpin bermewah

KOTA BHARU, 23 Okt: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah.

Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban.

“Rang Undang-Undang berkaitan sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira miskin atau kaya.

Malaysia Boleh : Bayaran lebih penting dari rawatan pesakit

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa terhadap layanan sebuah hospital swasta di sini yang lebih mementingkan bayaran tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami bayinya ketika cuba mendapat rawatan di hospital berkenaan.Rosnani Rosdi, 37, yang menggunakan perkhidmatan di hospital itu sejak 12 tahun lalu berkata, dia membawa bayi lelakinya, Muhammad Aidil Fiqri, 10 bulan untuk mendapatkan rawatan pada 13 Oktober lalu.
Dakwanya, anak kelimanya itu yang juga dilahirkan di hospital sama pada 12 Disember 2010 perlu menjalani x-ray kerana mengalami bengkak kepala akibat terjatuh dari tangga rumahnya beberapa hari sebelumnya.”Ketika mendaftar di kaunter, kakitangan tersebut memaklumkan saya masih ada bayaran tunggakan sebanyak RM2,800 ketika melahirkan Muhammad Aidil yang belum dijelaskan.

Tarik penggantungan atau berdepan demo besar

Haziq Abdullah bin Abdul Aziz
Solidariti Mahasiswa Malaysia telah berjaya menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Rektor UIA tempoh hari. SMM juga ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada mahasiswa yang bersolidariti menuntut kebebasan akademik di UIA tempoh hari.
Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada Timbalan Rektor UIA yang berani turun dan menerima memorandum daripada SMM.
KAMI mengecam kenyataan rektor UIA Prof Zaleha yang mengatakan tujuan penggantungan adalah untuk siasatan dijalankan dengan baik.

Bukit Kepong: 18 badan bekas polis, tentera terus kecam Mat Sabu......

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sebelum ini dikritik hebat dan dikenakan tuduhan bulan lalu berhubung kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong, terus berhadapan dengan kecaman 18 persatuan dan kelab bekas anggota tentera dan polis.
Dalam iklan bertemakan “Tegakkan kebenaran, wira Malaysia tidak akan dilupai”, disiarkan dalam Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini, pemimpin persatuan dan kelab mewakili pegawai dan anggota tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, mereka membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad.
“Kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota Tentera Diraja Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad Sabu yang mengiktiraf Mat Indera, ketua pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang kemerdekaan.
“Kenyataan beliau ini menghina perajurit dan keluarga yang terkorban semasa menentang komunis dan boleh mengancam kedaulatan negara, agama dan perpaduan bangsa,” kata mesej 15 persatuan dan kelab anggota tentera.

DBP: Orang Melayu tak yakin dengan bahasa sendiri......sebab Ketuanan Melayu tu laa..!!!

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP Abdul Ghapar Abdullah berkata sikap tidak bangga, tiada kesedaran dan kurang jati diri bangsa menyebabkan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan terjejas.

Isu Aziz Bari : penyokong Umno akan berkata,….

Penyokong Umno ibarat langau = sejenis lalat yang suka kepada najis dan bangkai
Profesor Aziz berkata sesuatu yang benar dalam hal kepakarannya, ibarat doktor pakar jantung bercakap pasal jantung,… ( mengikut kitab Umno,  itu salah !! )

Satu daripada contoh :  Mat Sabu pernah bela Mat Indera, lalu ada yang kata,.. Mat Sabu mesti dilucut kerakyatan, buang negeri dan berbagai lagi!...                                                                

Dah banyak bukti dah,..  jika ada isu yang timbul hasil dari kenyataan mana-mana  individu yang bukan penyokong Umno,  yang tidak menguntungkan Umno,  maka akan kedengaranlah suara-suara langau dari mulut penyokong-penyokong Umno yang berbunyi ,…

Aziz Bari's Suspension - Najib Sabotaged By His Own Govt And Party?


Prof Aziz Bari has become a critical test case whether Malaysia is moving towards greater democratisation, academic excellence and enhanced International oompetitiveness or the reverse.
The suspension of Aziz by IIUM could not have come at a worse time for Prime Minister Najib Razak's National Transformation Programme whether government, economic or political.
It has firstly thrown into doubt Najib's political will, commitment and stamina whether the Prime Minister and his administration are prepared to see through the wide-ranging government, economic, educational and political reforms without which Malaysia stands no chance of escaping from two decades of middle-income trap, overtaken by one country after another most notably Hong Kong, Singapore, Taiwan and South Korea.

The Sabah factor in Umno’s GE battle

In Sabah politics, the real battle for power is between the Bajau Muslims and the Umno Malays.

By Arnold Puyok

Much attention has been given to Sabah after the 2008 general election. This is understandable as Sabah contributed a substantial number of parliamentary seats to the national parliament.
In fact without Sabah, Barisan Nasional would have lost power.
In order to see this clearly, it is important to look at Sabah’s electoral contribution in a proper perspective.
There were 222 seats contested in the 2008 elections. BN won 140 seats. But it was eight seats short of a two-thirds majority in parliament.