Sabtu, 22 Oktober 2011

Video : Himpun claims success despite low turnout

Himpun draws only 5,000, signalling Umno's scare-mongering days are over

Himpun draws only 5,000, signalling Umno's scare-mongering days are overThe Umno-backed Himpun anti-apostasy rally fell flat with a mere 5,000 people attending the gathering held at the Shah Alam Stadium in Selangor. Dubbed a Gathering of One Million Muslims.
Several Selangor Umno leaders including Ezam Mohd Noor had tried to ride an anti-apostasy wave they believed would result from the Sultan's recent controversial decision over the Jais-DUMC raid.
But they failed badly and this signals their lack of personal appeal to voters, especially Ezam for whom Najib has plans to make the Selangor Mentri Besar should he succeed in toppling the Pakatan Rakyst state government.
"This is a telling sign for Umno. Their scare monegring doesn't work just like the MCA's and the Gerakan's against the Chinese. Now, Umno too has lost its hold on the Malays and yet they are still in denial," Bukit Gantang MP Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle.

Jangan Ulangi Sejarah Gaddafi


MUAMMAR GADDAFI telah menempati apa yang diikrarkan; dia akan mempertahankan kekuasaanya sampai mati. Dia bersumpah kepada dunia tidak akan menyerah kalah dan akan melawan pemberontak yang ditulangi Nato - Yahudi – Amerika sampai ke titisan darah terakhir dengan apa cara sekali pun.
Keberanian dan kebencian kepada Zionis – Amerika terserlah, dalam keadaan runcing diktator padang pasir itu masih bermadah dengan mengatakan kuasa Barat (Amerika) akhirnya akan masuk ke karung sampah juga kandati ketika itu karung mautnya sudah ternganga.
Gaddafi benci Amerika kerana negara Zionis itu tidak habis-habisan mencaturkan kejahatannya ke atas negara-negara di dunia ini. Sebenarnya dendam itulah menjadikan dia berjaya kemudian gagal.
Ikrar Gaddafi akan mati dalam medan perang itu terbuktikan semalam 20 Oktober, tarikh sama apa dihadapi Abdul Aziz Bari dari majikannya, UIA. Beliau pamit kepada dunia dalam usia 69 tahun di tangan askar pemberontak yang berjaya memberkasnya yang cuba bersembunyi di dalam sebuah culvert ... lowong air. Menyaksikan video bagaimana dia diberkas kemudian menemui malaikatmaut menyayatkan hati... ia memberi gambaran dan kebenaran kekejaman berakhir dengan kekejaman. Itulah keadilan Ilahi.

Muhyiddin Sabotaj Projek Gempur Selangor Najib Altantuya?

Di saat perhatian seluruh negara terarah kepada Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam yang hanya menyaksikan kehadiran 1,000 orang menurut Berita Hairan, rupanya Timbalan Presiden Umno-APCO Muhyiddin Yassin juga cuba menggempur Selangor dengan slogan manis mulut di bibir, "Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini Barisan Nasional" di lima DUN seluruh negeri itu.

Dalam keghairahannya bersama Najib Altantuya yang sudah "menggempur" negeri terkaya di Malaysia itu, wujud juga kembimbangannya terhadap trend pergolakan dalaman Barisan Najis khususnya Umno-APCO sendiri.

Najib disabotaj isu Aziz?

Ahmad Lutfi Othman   

Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.

Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat".

Himpun dakwa gejala murtad lebih buruk dari diketahui umum

SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini berkata masalah pemurtadan di kalangan Muslim di Malaysia sebenarnya lebih buruk berbanding apa yang dilaporkan sebelum ini.
Pengerusi bersama Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala itu sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan Islam.
Azmi berkata sementara pihak berkuasa pernah mengeluarkan jumlah Muslim yang telah meninggalkan Islam, ia hanya sejumlah kecil daripada angka sebenar.
“Itu adalah apa yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan adalah sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakannya tidak dilaporkan,” kata beliau pada sidang media di akhir program Himpun yang hanya menyaksikan kehadiran sekitar 5,000 peserta.

Aziz Bari : Usul Kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Kepada ;
TanSri Pendekar Amin Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.
YB. Tan Sri,


USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN


Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkenaan penggantungan ke atas pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari disebabkan pandangan akademik beliau yang disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini.

Nationalisation: What do we do with the ill-gotten gains of the BN cronies?

Nationalisation: What do we do with the ill-gotten gains of the BN cronies?When Pakatan Rakyat takes over the Federal Government, the question of what to do about the BN cronies and their ill-gotten assets will surely arise. There is no law that deals with this situation in Malaysia’s statutes and it may become necessary to legislate one. We are, after all, talking about billions in assets in and outside Malaysia.
Of course the suspected businessman and their politician accomplices will have to be investigated, and they will have the right to a fair trial. However, if it is found that there were corrupt acts in their gaining the rights or licenses to certain businesses, then the state should have the right to nationalize their assets.
A different nationalisation and criminal court
Nationalization will return stolen assets back to their rightful owners, the long-suffering people of Malaysia. Nor should any assets that they have amassed or stashed outside the country be spared.

Deklarasi Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah

Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin".  Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.  Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Video : Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah

Video : 5,000 turn up at anti-apostasy rally

Video : Purnama Di bumi Kedah Bhg Akhir

Video : Today in History

Video : Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah

HIMPUN: Kehadiran Hasan Ali curi perhatian

himpun rally hasan ali speakingKehadiran beberapa pemimpin PAS di Perhimpunan Sejuta Umat menjadi perhatian wartawan dan pemerhati di Stadium Shah Alam hari ini.

Antara pemimpin berkenaan ialah exco hal ehwal agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Kehadiran pemimpin berkenaan menjadi perhatian ekoran keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Hasan langsung tidak memberikan sebarang ucapan dan hanya mengetuai bacaan doa munajat sebelum majlis berkenaan berakhir tepat waktunya pada jam 6 petang.

Media Baru perlu masuk ke segenap kampung

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.

Video : Haris Ibrahim / MCLM / RARA 2011 / part 2

Video : HIMPUN - Low turnout dampens anti-apostasy rally

Video : Inside Story - Turkey's Kurdish threat

PRU: Masalah dalaman BN perlu diselesai segera, kata Muhyiddin

SERDANG, 22 Okt — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi pilihan raya umum  nanti.

MASIH TAK SEDAR DIRI !!!!

Beliau langsung tak ada kualiti sebagai seorang MP,..                                      sebagai penjual ubat dikaki lima mungkin ada kut !!
Mamat  sekor ni masih tak sedar diri, dah lah otak macam orang biul, bengap,  lagak sombongnya ya rabbi ! . akulah pejuang Islam konon !?

Perasan,!.. dia pandai hal ehwal Islam,  tetapi hujah Islamnya mengharu-birukan,  lintang pukang,  cuba nak membelit pihak lain terutama PAS. (sebah dia pernah ditolak oleh PAS)
“Islam PAS membenarkan suami meliwat isteri”,  katanya,  yang suka memburuk-burukkan PAS.

Kalau dah bangang,  tak usahlah nak ajak orang lain turut jadi bangang !  Sepatutnya anda perbaikilah diri!  Hujjah-hujah anda di Parlimen langsung tak ada kelas. Yang jelas tergambar ialah – anda seorang pembodek,  pengampu, dan penyenang hati PM, tak lebih dari itu..  

Himpun gesa akta baru ganti ISA lindungi Islam

Azmi Abdul Hamid berucap pada Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 22 Okt — Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu dijadikan sebahagian daripada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, gesa Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini. Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa peruntukan itu perlu disepadukan dalam dua undang-undang baru, yang dijangka akan digubal tahun depan, bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.
Malah kata beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.
Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa agama Islam agar melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

No ring but what about the Birkin handbags, Nie Ching asks about Rosmah

No ring but what about the Birkin handbags, Nie Ching asks about RosmahAs the General Elections looms, UMNO is pulling out all the stops in its efforts to reclaim the state.
Most recently, the UMNO propaganda machinery has launched an all-out charm offensive including a comic strip entitled “Who’s Rosmah?” in a desperate attempt to portray her as a cost-conscious and kind-hearted "First Lady".
No matter how much glorious praise is lavished on the Prime Minister's wife by the UMNO propaganda department, it is unlikely that the term “cost-conscious” coulee be applied to her!
During the current Parliament sitting, I had put forward a question requesting confirmation whether there is any truth in the persistent rumor that Rosmah owns a diamond ring worth USD24 million and a large number of Birkin handbags.

Muhyiddin: Gelombang biru di Selangor sudah bawa kesedaran baru

DENGKIL, 22 Okt — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sudah melihat “gelombang biru” di Selangor yang menunjukkan keinginan semula rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Gelombang itu sudah nampak berlaku di seluruh Selangor. Ada kesedaran baru kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku,” katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.
Berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata ramai rakyat Selangor merungut tentang ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri dalam memahami naluri dan keinginan serta kebajikan mereka.

Najib's and Rosmah's spending may hasten bankruptcy - vox pop

Najib's and Rosmah's spending may hasten bankruptcy - vox popLike many Malaysians, Sarawakians are shocked at the lavish lifestyles of Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor. Both have been in the scandal sheets of late over a series of spending-related scandals.
These included a RM24 million diamond ring, abuse of power in scheduling an official trip to match a personal engagement, plus unnecessary and exorbitantly-priced renovations to Seri Perdana, the official residence of the PM.
And these also despite the warnings from two ministers in Najib's own department - Idris Jala and Koh Tsu Koon -  that Malaysia will go bankrupt if its leaders do not rein in spending, cut subsidies and reduce borrowing.

Beri kebebasan ahli akademik berakademik- Nik Aziz

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata  ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan
nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Aziz Bari Simbol Amaran Kepada Ahli Akademik



Muhammad Kamil Abdul Munim
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tidak sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa besar dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada pemimpin. Arak, judi, zina, bukan lagi ‘dosa’.
Budaya ini mengimbau kembali kepercayaan melayu kuno terhadap sultan iaitu sebagai jelmaan tuhan di bumi. Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan.
Kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan di laman berita Malaysiakini telah mencetuskan kemarahan mereka yang jahil tentang peranan sultan sebagai ketua agama Islam berikutan kenyataan Sultan Selangor mengenai pemeriksaan ke atas gereja yang dilakukan oleh JAIS baru baru ini.
Mereka ingin dilihat sebagai Melayu sejati yang mebela ketuanan Melayu walhal tindakan sedemikian boleh dikategorikan sebagai tindakan ‘bodoh’ atau ‘kurang cerdik’ dalam bahasa yang lebih sopan.

Subplot muncul: Gerakan, MCA juga terlibat dalam ‘pencabulan’ Anya?

Subplot muncul: Gerakan, MCA juga terlibat dalam ‘pencabulan’ Anya? Satu sub-plot telah muncul dalam skandal seks terkini di Malaysia. Bukan sahaja parti Perdana Menteri Najib Razak UMNO yang terlibat, tetapi komponen BN Gerakan dan MCA jjuga mungkin telah memainkan peranan dalam konspirasi untuk menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui anaknya.
Pemimpin-pemimpin DAP telah mendakwa pemimpin Gerakan dan MCA memujuk ketua gabungan, UMNO, untuk menuduh anak lelaki Guan Eng yang berumur 16 tahun mencabuli seorang pelajar perempuan. Perempuan itu kemudian dikenal pasti sebagai juara catur UK Anya Sun Corke, yang telah menafikan mengenali budak lelaki itu dan mengecam mereka yang terlibat dengan khabar angin itu.
“Pemuda Gerakan mungkin telah mendedahkan maklumat itu, yang tidak benar tetapi apa yang mungkin terdengar oleh mereka di jalanan,” kata Ng Wei Aik, ahli DUN Komtar, yang juga mrupakan setiausaha politik Lim.

Bolehkah rakyat memaafkan Mahathir?

Bolehkah rakyat memaafkan Mahathir?“[Mahathir Mohamad berkata] . . . menghasilkan sebuah legasi yang akan terus dikenang, tiada sesiapapun mempersoalkan kejadiannya.” Ini adalah petikan kata-kata dari Abdullah Ahmad tentang Mahathir ketika ‘Orang Maha Hebat’ itu mengumumukan persaraannya sebagai Perdana Menteri. Tan Sri Abdullah ialah bekas Ketua Pengarang News Straits Times ketika beliau mengarang petikan itu pada 26 Jun 2002 bila terdengar keinginan Mahathir itu.
Saya percaya rangkap itu datang terus dari dalam hati Abdullah kerana apa yang ditulis itu terlalu ‘mengasyikkan’…kalau tidak masakan maksudnya agak mendalam.
Nah, sekarang biar saya jelaskan apa yang datang dari sudut hati saya takala membaca rangkap yang sama.

Proham gesa UIA batal tindakan gantung khidmat Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 22 Okt ― Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menggesa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membatalkan tindakan menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat atas tuduhan mengeluarkan kenyataan memudaratkan imej pusat itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini timbalan pengerusinya Prof Hamdan Adnan berkata, UIA harus mengembalikan Aziz kepada kedudukan asal bagi mempertahankan kebebasan akademik dan perbincangan intelektual dunia pendidikan.
“Di samping itu, kami mengesyorkan UIA agar mengadakan perbincangan akademik berhubung tema (isu semasa) demi keagungan pendidikan dan kemajuan intelektual,” kata beliau.

MP PAS bawa usul minta Parlimen bincang tindakan UIA

KUALA LUMPUR, 22 Okt ― Ahli Parlimen PAS Salahuddin Ayub membawa usul agar Dewan Rakyat membincangkan tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari yang kini disiasat dan digantung ekoran kenyataannya berhubung titah Sultan Selangor.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, wakil rakyat Kubang Kerian itu mahu Dewan Rakyat membincangkan berkenaan penggantungan Aziz.
“Dewan yang mulia ini seharusnya memandang serius bagaimana seorang ahli akademik yang kepakarannnya diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa telah ditekan, dimalukan dan dihukum hanya kerana memberikan pandangan beliau dalam subjek yang memang menjadi bidang kajian beliau.

Putera Mahkota Saudi Putera Sultan meninggal dunia

Putera Sultan Abdulaziz Al-Saud
DUBAI, 22 Okt ― Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan yang menerima rawatan di luar negara meninggal dunia hari ini, demikian menurut satu kenyataan rasmi dibawa agensi berita kebangsaan SPA. Putera Sultan merupakan adik kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz.
“Putera Sultan telah meninggal dunia di luar negara subuh ini kerana sakit,” kata kenyataan itu.
Sultan, yang dipercayai berusia 86 tahun, berada di Amerika Syarikat kerana sakit dan menjalani rawatan sejak Jun lalu.
Selain selaku putera mahkota negara pengeskport minyak terbesar dunia itu, Putera Sultan juga merupakan menteri pertahanan dan menteri penerbangan sejak empat dekad lalu.
Saluran televisyen Saudi menghentikan program siaran sejak awal pagi ini dan hanya menyiarkan bacaan ayat-ayat al-Quran dengan imej Kaaba.
Upacara pengebumian akan berlangsung di ibu negara Saudi Riyadh Selasa ini, kata SPA lagi.

Ikram harap polis, majikan telus pada Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) sebagai sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan, yang memperjuangkan kecemerlangan akademik berprinsip, menyatakan kegusaran dan rasa kecewa di atas tindakan yang sedang dikenakan ke atas ahli akademik dan pakar undang-undang perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.
"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.
"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.
Tambahnya lagi, sebagai seorang blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia, bukannya menulis perkara-perkara fitnah.
Beliau juga memberitahu ada penyakit yang perlu diubat dalam dunia blogger yang dilihat sentiasa melemparkan perkara-perkara yang tidak benar malah menjadikan ia satu usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.

Video-Obituary: Sultan bin Abdul-Aziz Al Saud

Video-Aziz Bari: Penyerahan Memorendum SMM - UIAM

Najib bullish on China FDI despite deal flip-flops

KUALA LUMPUR, Oct 22 — Malaysia expects foreign direct investment from China to grow despite a slate of recent last-minute reversals on deals with Chinese firms.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today FDI from China in the first eight months of 2011 had already grown 62 per cent from last year's total of US$208 million (RM645 million) to US$337 million and that there was still room for expansion.
“I hope China continues to see Malaysia as a good source of investment opportunities and that, in return, China will become an increasingly important source of FDI, not only in Malaysia but also in Asean,” Bernama quoted him as saying at a roundtable with leading Chinese firms at this year’s China-Asean Expo.

7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup!!

Dalam kehidupan ini ada tujuh hal yang  kita TIDAK BOLEH ubah iaitu :

1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.

2. Ibu Bapa
Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap  kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.

PAS bimbang tindakan UIA hasut rakyat benci raja

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kegelojohan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung Prof Dr Abdul Aziz Bari dibimbangi boleh mendorong dan menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Penggantungan kontroversi ke atas Dr Abdul Aziz yang dilakukan oleh UIA itu semakin terbukti amat menyakitkan hati rakyat.

"Tindakan UIA itu akhirnya dikhuatiri mendorong dan secara tidak langsung menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu," kata beliau.

Cikgu Mi, tolong kawal HIMPUN dari serangan katak !

Oleh Pepijat
Apabila Menteri di JPM Jamil Khir Baharom dan polis memberi sokongan dan lampu hijau dalam HIMPUN yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam, tentunya kita mengimbau kembali semasa BERSIH 2.0 hendak diadakan.
Bermacam-macam tohmahan, provokasi dan tuduhan jahat dilemparkan. Polis dengan kerahan ribuan anggota dan SB berkeliaran di seluruh negara untuk mencari "pemakai baju kuning".

Menu rakyat: Najib je dapat RM4 tapi rakyat kena RM6?

WarkahDaily – Yang kaya lagi kaya, yang miskin makin tertindas. Itulah realiti yang ditempuhi rakyat di negara ini ketika 50 tahun lebih negara sambut merdeka.

Lebih malang lagi, rakyat mempunyai pemimpin yang rakus dan kuat berbohong untuk menguruskan pentadbiran negara.

Rakyat sekadar didekati bila tiba musim pilihanraya, bila dah habis pilihanraya, ‘sepahnya’ dibuang jauh-jauh. Kesengsaraan hidup rakyat tiada siapa mempedulikannya.

Baru-baru ini, kerana nak memberitahu kononnya dia seorang pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat, pemimpin sentiasa bersama rakyat, tak pasal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pi masuk kedai makan konon kedai rakyat yang mempunyai hidangan ‘menu rakyat’.

Manfaatkah Himpunan Selamatkan Akidah berbanding Undang-undang Murtad?

WarkahDaily – Mana satu yang perlu diperjuangkan, berhimpun beramai-ramai atas nama ‘Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah’ atau pun bersepakat mendesak kerajaan Umno-BN menggubalkan Undang-undang Murtad di negara ini.

Memang betul apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah. Islam perlu diperlihat umatnya sebagai agama yang toleransi dan bijak.

Kita perlu berhati-hati dalam tindakan agar tidak menimbulkan polemik perkauman dan agama antara rakyat di negara ini yang berbilang kaum. Tujuan Islam bukan menunjukkan kekuatan fizikal semata-mata tetapi perlu kepada kecantikan cara hidup Islam itu.

Kes Aziz Bari tambah hitam rekod BN

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius isu terbaru yang melibatkan penggantungan  profesor undang-undang terkemuka dan kritis negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
“Isu ini adalah satu lagi titik hitam sejarah negara. Ia hanya akan menghitamkan lagi  rekod Barisan Nasional memerintah negara kita,” kata ketua penerangannya, Mohd Nasir Zakaria (gambar).
Katanya, penggantungan Dr Aziz selaku pensyarah sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.

Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini.
Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa “serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari” sebagaimana dikatakan oleh Rektor Prof Dr Zaleha Kamaruddin semalam.
“Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat,” kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini.
Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz (gambar) sehingga siasatan dijalankan.

Kenapa saya tidak hadir HIMPUN

Oleh: tiongmas

"Berikut apa yang dinyatakan dalam HIMPUN :

OBJEKTIF :

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

Bob Lokman Dan Aziz Bari: Praktikal Untuk Pejuang Islam.

Oleh: AntiKarat

"Bob Lokman: “"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam," katanya yang bertegas tidak akan hadir memberi keterangan di pejabat JAIS. "Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

Prof Aziz Bari: “Tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim. Sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.”

Isu Aziz Bari, bahana malapetaka ciptaan Umno

MOHD RASHIDI HASSAN 
Umno-Barisan Nasional harus diberi peringatan, bahawa mereka bukanlah tuan kepada negara Malaysia, yang sesukahati boleh menguasai dan mencorakkan semua keadaan demi survival politik Malaysia.

Kuasa yang dinikmati sebagai kerajaan selama lebih 50 tahun, menjadikan Umno-BN alpa. Dengan rakusnya mereka 'mencabul kehormatan' insitusi Parlimen, kehakiman, polis dan sebagainya, sehingga majoriti rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap semua institusi ini.

Demo UIA : SMM Terkejut Ahli Parlimen Pakatan Muncul

Kuala Lumpur, 21 Okt : Solidariti Mahasiswa Malaysia menerusi jurucakapnya, Ahmad Shukri Kamaruddin petang ini terkejut dengan kehadiran beberapa MP daripada pihak pembangkang dalam himpunan mahasiswa bantah pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari petang Jumaat.
Menurut Ahmad Shukri dalam satu kenyataannya, beliau sendiri tidak menyangka YB Nurul Izzah, YB Tian Chua turun bersama rakyat dan mahasiswa bantah tindakan pihak pentadbiran UIAM.

Demo 1,000 Mahasiswa di UIA : Polis Tak Solat Jumaat

Gombak, 21 Okt : Himpunan aman mahasiswa dan pendidik yang terdiri daripada alumni UIAM sebentar tadi bertukar kecoh dan tegang gara-gara tindakan dua anggota polis berpakaian seragam yang cuba menangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Ab. Razab. (lihat gambar)
Syukri ketika itu dikehendaki kerana sedang memegang memorandum membantah tindakan pihak pentadbiran UIAM menggantung tugas Prof. Dr Aziz Bari selama 14 hari berkuatkuasa semalam.
Perhimpunan itu dibuat di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.
Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Surat terbuka untuk HIMPUN

Assalamualaikum wbth...

Saya merupakan mahasiswa kelahiran Malaysia. Secara asasnya, jiwa Melayu bergelora di dalam diri saya. Terlalu lama menetap dalam rumah kayu beratap bata berdinding rotan, berkejaran dengan lembu dalam kebun getah, menjala ikan di sungai tepi sawah dan bermain gurah dan gasing di tepi rumah.

Tekanan gesa dedah butiran kematian Gaddafi meningkat

TRIPOLI, 22 Okt — Pihak berkuasa Libya berhadapan dengan tekanan agar memberikan butiran terperinci berhubung kematian bekas pemimpinnya Kolonel Muammar Gaddafi yang mati terkena peluru di kepala sejurus selepas ditangkap kelmarin.
Amerika Syarikat (AS) berkata pihak berkuasa negara utara Afrika itu harus melakukannya secara terbuka dan telus.
Malah PBB juga menggesa agar diadakan siasatan mendalam selepas rakaman video menunjukkan Muammar masih hidup ketika ditangkap dan kemudian diumumkan terbunuh.
Upacara pengebumian ditangguhkan dengan pegawai-pegawai tempatan dan antarabangsa berbelah bahagi mengenai urusan apa yang perlu dilakukan dengan jenazah Muammar (gambar), yang memerintah Libya selama 42 tahun.

Timbalan Menteri: Tarik balik penggantungan Aziz Bari

NONETimbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Malaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Barisan Nasional Low Class....!!!!

Lu orang mesti kenal kan.... dengan nama mamak mandeliar tuuuu...., gua tak pernah beli barang kat tempat nama MyDin nih... sebab barangan dia adalah barang2 reject dari kilang... ambil dengan kuantiti banyak dapat diskaun.. lepas tu jual murah kat orang2 melayu, india dan pendatang asing.

Lu orang pernah tengok tak... bangsa cina beramai2 pergi shopping kat pasaraya mamak pedukang tu... kalau ada pun, ianya jenis cina yang tarap pendapatan rendah dan miskin jer... sebab takda pilihan lagi beb... barangan low quality pun bedal jelah...

Video -Blackadder the Third: The MP Application Form

Mari membodek

Oleh : Johor born
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan rancangan untuk mendirikan Muzium Sejarah Balai Bukit Kepong, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Beliau berkata projek itu tertangguh sejak diumumkan 10 tahun lepas berikutan keadaan tapak yang sering dilanda banjir.

Siapa yang pernah pergi kebukit kepong pasti tahu mana letaknya tempat ni, dengan dikelilingi kampung dan estet dan kalau dari muar memerlukan 1 jam untuk sampai ke sana, jika ikut jalan pagoh lenga jalannya penuh dengan selekoh tajam, jalan yang agak mudah ikut gombang, pekan kecil yang gua rasa tiada aktiviti perniagaan besar. Gua rasa penduduknya pun tak sampai 10000 orang.

Video : Mahathir ajak Pemuda UMNO derhaka raja

Sebelum ambil tindakan ke atas Prof Aziz Bari, ambil tindakan terhadap pemimpin UMNO dulu

Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Saya selalu berkata di dalam pimpinan UMNO dan BN bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada seseorang itu.

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian. Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu. Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.

PPIM gesa Akta Kebankrapan 1967 dikaji semula

bankrapKUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis.
“Akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya,” ujar Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman.
Beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis dan kerajaan juga perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi.
“Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif.”
Sehubungan dengan itu, PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan.

Super Hornets: M'sia mungkin buat keputusan dlm masa 2 tahun lagi ...tanda poket makin kosong..!!!

Super Hornets: M'sia mungkin buat keputusan dlm masa 2 tahun lagiBRISBANE - Malaysia mungkin membuat keputusan mengenai pesawat pejuang, Boeing F/A-18E/F Super Hornet dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Naib Presiden Program Pesawat Ketenteraan Boeing F/A18 & EA-18, Michael K Gibbons.
"Sudah tentu, masih ada tawaran untuk Malaysia," kata beliau ketika ditanya sama ada Boeing masih menjalankan usaha ke arah niaga janji dengan Malaysia untuk Super Hornets, yang mempunyai keupayaan, fleksibiliti dan prestasi yang perlu untuk memodenkan pasukan tentera udara atau laut mana-mana negara.
Suite sistem bersepadu dan rangkaian Super Hornet menyediakan saling kebolehoperasian yang dipertingkatkan dan sokongan kepada tentera darat serta keseluruhan pasukan tentera.

MCA and hudud: Final part

If civil servants were less arrogant and more knowledgeable, then perhaps non-Muslims would have less fear of Islamisation.
At a 2006 forum to discuss problems that non-Muslims face as Malaysian officialdom continues to assert the predominance of Islam in the country, a prominent scholar acknowledged – “with “sadness”, he said – that there was great confusion about the religion, especially among Muslims themselves.
Syed Ali Tawfik al-Attas, director-general of the Institute of Islamic Understanding (Ikim), said that Muslim administrators and Islamic activists generally had a poor understanding of the Islamic view of “knowledge” even as they examined the religion with a fine-tooth comb.
“That is the problem with the Muslim world,” he declared.

Pemuda Inilah Yang Telah Membunuh Diktator Libya Muammar ghadaffi

Shebani dilaporkan menembak Gaddafi dengan pistol emasnya
Bekas pemimpin Libya Kolonel Muammar Ghadafy bertanya kepada para penangkapnya, setelah dia ditangkap kelmarin "Apa yang kamu semua mahu dari saya?", ketika mereka mengerumuninya, Khamis (20/10/2011). itulah yang dipaparkan dalam video seorang wartawan Libya setelah Ghaddafi ditembak di kaki

Selepas itu Ghadafy disahkan meninggal dunia. Namun bagaimana dia meninggal masih meninggalkan tandatanya. Seorang seorang doktor mendampingi jenazah ghadafy di ambulans mengatakan kepada AP, Bekas diktator itu mati akibat dua tembakan, masing-masing di dada dan di kepala.

Gambar-Gambar Terakhir Gaddafi Sebelum Dan Selepas Ditembak Mati

Kolonel Muaamar Gaddafi mati semalam selepas ditembak pejuang penentang Libya. Beliau yang dijumpai meyorok didalam kolong ditepi jalan sebagai percubaan melarikan diri dari ditangkap. Konvoi beliau sebelum itu dibom oleh jet pejuang Perancis atas bidang kuasa NATO. Semasa ditangkap Gaddafi berkali-kali memohon agar beliau tidak dibunuh. Ini adalah polar opposite dari apa yang dilaungkan beliau beberapa bulan yang lalu dimana beliau bersumpah akan menentang sehingga ketitisan darah terakhir. Gaddafi diheret keluar dari kolong selepas pengawal peribadinya semua dibunuh. Selepas dibelasah pejuang yang menangkapnya beliau ditembak dikepala. Mayat beliau kemudian diheret sebelum ditunjukkan kepada orang ramai sebagai bukti kematian beoliau.

Turut terbunuh dalam serangan di SIRTE semalam ialah anak beliau Mutassim Gaddafi. Sirte ialah banda kelahiran Gaddafi, macam Saddam yang lari ke Tikrit selepas kekalahan teruk - Gaddafi melarikan diri ke Sirte untuk one final stand. Begitulah kisah diktator moden. Cakap mahu berlawan sehingga titisan darah terakhir tapi akhirnya begging for the life.