Jumaat, 21 Oktober 2011

Video : Sex guide not un-Islamic, says Obedient Wives Club

Video : Tony Birtley recounts Gaddafi's capture

Video : James Bays reports ahead of Gaddafi's burial

Video : NTC plans secret burial for Gaddafi'

Peringatan : Nasib Pemimpin Negara Yang Pernah Berkuasa

Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai Tuhan kami yang memiliki Kerajaan (kekuasaan). Engkau beri Kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki, Engkau cabut Kerajaan daripada siapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau hinakan siapa Engkau kehendaki. Di tanganMulah berada segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala-galanya."(Q.S.Ali-Imran:26)

Liwat Isteri Jenayah Haram Kategori Hukuman Ta’zir Bukan Hukum Hudud

"Liwat isteri menurut Mazhab Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir. Menurut al-Imam al-Syarbini:- seorang tokoh Mazhab Syafie-

“Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.

Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani – salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’i al- Sana’i`: “dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam Muhammad dan Imam Hasan ( dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud.” Bada’I al-Sana’i`, Juz 15, m/s 24. Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.”

"Lawan ilmu dengan ilmu!" Mahasiswa bangkit pertahankan Aziz Bari

Kira-kira 700 orang siswa-siswi berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mempertahankan pensyarah Undang-Undang UIAM, Profesor Abdul Aziz Bari.  Malah mereka bertegas, seandainya tiada tindakan sebelum lawatan Perdana Menteri pada 25 Oktober, mereka tidak menolak kemungkinan untuk berhimpun sekali lagi dan menyerah memorandum kepada Najib Razak.

Ketika berucap pada kira-kira jam 1.50 petang tadi, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Razab berkata pihak universiti perlu adil ketika siasatan dijalankan, malah seharusnya "lawan ilmu dengan ilmu", dan bukannya "lawan ilmu dengan gantung".

Azizbarisme sudah melanda

Mohamed Hadi al-Majwi
Saya mengenali Profesor Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mudah ceritanya, Aziz Bari ialah tok guru saya dan sudah tentulah saya berasa amat terhutang budi kepada beliau.Saya percaya ribuan pelajar dan bekas pelajar beliau turut berkongsi sentimen yang sama dengan saya.Saya mengenali Aziz Bari sebagai seorang yang teguh dengan prinsip dan mempertahankan pandangan akademiknya berteraskan hujah ilmiah. Pandangan beliau yang tegas mengenai isu-isu perlembagaan dan kenegaraan sudah tentu perlu dibayar dengan risiko.

Demo lagi bila Najib lawat UIA 25 Okt?

Kontroversi yang melanda pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari tidak akan menjejaskan kebebasan bersuara anggota akademik lain di universiti itu.Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib KakitanganUIAM memperjelaskan bahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umum hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti.
“Kita akan meneruskan dengan polisi kita tanpa mengenakan sekatanterhadap mana-mana ahli akademik (untuk berbuat demikian).

Anwar dakwa Sabah, Sarawak akan terpinggir UMNO@BN

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertikaikan peruntukan Bajet 2012 kepada Sabah dan Sarawak, di mana bajet terdahulu, tidak dinikmati rakyat dua negeri itu.

Anwar berkata, bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai ‘kegembiraan sekejap’ dan ia adalah ulangan daripada tahun sebelumnya.

“Jika melihat secara terperinci, hampir keseluruhan pembangunan dijanjikan untuk kedua-dua negeri itu masih belum ditunaikan, malah dalam pembentangan bajet baru-baru ini kerajaan sekali lagi berjanji.

Fenomena Dr. Aziz Bari bakal kuburkan UMNO BN pada PRU13


Malaysiakini melaporkan:
Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Perhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.

Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.

Saham ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa Pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana ia masih belum menepati hukum syarak.

Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 memutuskan ianya adalah harus.

Bangsat umPORno Kena Tempeleng Beb...!!!!


Lu orang pernah tengok Melayu Bangsat Bangsa UmporNo takkk...??? hahaha... tu dia gambaq kat atas tu... itulah manusia paling tak guna.. paling bangsat kat Malaysia nih... status dia bawah sikit jerrrr... daripada tahap UmporNo Totok... hahaha..

Itulah beb... lain kali kalau tote panjang seinci... jangan nak mencuba lubang Negro... kan dah terkial2 jadi bangang sorang2... lu nih memang muka pecah tembok laaaaa... selalu buat provokasi yang tak matang, tolol dan bahalol... hahaha...

KONSEP NEGARA ISLAM YANG UMNO TELAH PERJUANGKAN...... SOKONGLAH MEREKA UNTUK JADI KAFIR..!!!

Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam. Renung-renungkan untuk mereka yang masih tebal dengan ke"UMNO"annya.

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

The truth about Dr Mahathir, and nothing but the truth!

The truth about Dr Mahathir, and nothing but the truth!It was Euripides in ‘Medea’ who made famous the phrase “ Those whom the gods wish to destroy, they first make mad”. Certainly it would be a fitting description of Muammar Gaddafi, whose gory end was telecast for all to see, on Al-Jazeera and CNN. It would be no less appropriate a phrase to describe Mahathir Mohammed; who has been mad for quite a while now.
We will not delve too much into what drove Mahathir mad, but it does not appear to be the usual reasons of genetics, or grief, or some drug overdose. Mahathir appears to have been driven mad by power. And perhaps certifiably insane by his quest for absolute, unquestioned power.
A crackpot in many ways

Semarak kuliah pengajian berteras aqidah Islam

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat prihatin dalam soal mempertahankan aqidah serta kesucian agama Islam.
Dasar untuk berpegang teguh kepada aqidah Islam adalah jelas seperti yang termaktub dalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
“Oleh yang demikian, PUM adalah sangat bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aqidah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertahan serta memperkukuhkan aqidah umat berpandukan kepada kekuatan serta bidang kuasa yang ada,” ujar Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PUM, Ustaz Nik Muhd Nik Marzuki Muhd Nor kepada Harakahdaily.

PAS konsisten selamatkan akidah umat Islam

KUALA LUMPUR, 21 Okt: PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951.
Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah.
“Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Zulkifli Noordin ‘jahil murakkab’ tentang hudud

Mohamed Hanipa Maidin   
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Kelantan dicadang tawar profesor pelawat kepada Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Datuk Husam Musa mencadangkan Kelantan menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi beberapa buah IPT kerajaan negeri.
“Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS,” katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau merakamkan ucapan takziah kepada Abdul Aziz  yang telah dikenakan tindakan separa barbaric oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi pihak kerajaan Umno BN.

Debat Belanjawan, Najib perlu jadi anak jantan

Klang : Angkatan Muda KEADILAN Selangor menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyahut cabaran debat oleh Ketua Pembangkang.
Minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali keduanya mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat berhubung berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.
“Najib perlu terima (cabaran) dan berhujah seperti anak jantan dan tunjukkan kemampuan. Beliau juga perlu bertanggungjawab di atas kenyataan yang memperkecilkan Belanjawan Pakatan Rakyat.” kata Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail.
Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya  ‘Belanjawan Republikan aliran kanan’ yang gagal memahami kehendak rakyat.

SPRM Diminta Siasat Kelulusan Tanah Kerajaan Perak


DAP Perak mendesak agar siasatan dijalankan ke atas kerajaan Perak yang didakwa meluluskan lebih 60 ribu ekar tanah di negeri itu dengan bayaran premium yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata 60,561.75 ekar tanah telah diluluskan bagi skim industri dan pertanian dengan harga purata hanya RM375 se-ekar.
Walhal Ngeh mendakwa, tanah tersebut mempunyai nilai pasaran sekurang-kurangnya RM20,000 seekar.
Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memastikan kelulusan tanah tersebut tidak mempunyai unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Berkuasa Ikut Nafsu Sebab Tak Takut Allah

PONTIAN – Manusia hari ini boleh bertindak sesuka hati dengan mengikut hawa nafsu adalah disebabkan tidak tumbul rasa takut kepada Allah swt, kata Bob Lokman, bekas selebriti terkenal.

Menurutnya lagi, akibat terpesona dengan pangkat, wang dan saham maka penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah berleluasa tanpa mengira batas dan pantang larang agama.
Malah paling menyedihkan lagi apabila dibacakan ayat suci al-Quran berkenaan soal syurga-neraka maka ada yang mempersenda-sendakannya kerana tidak merasai kekuasaan Tuhan pada diri masing-masing.
”Hari ini bila tak bersyukur, bila baca Quran, kita tak rasa gerun dan takut seperti ayat neraka. Sampai ada yang tanya. Panas sangatkah api neraka? Sudah rasakah? Mari nak cucuh api rokok. (ucapan sebegini) jahanam akidah.

Guan Eng's family the target of a wholly unoriginal BN/MSM complex!

Guan Eng's family the target of a wholly unoriginal BN/MSM complex!Rule 12: Pick the target, freeze it, personalize it, and polarize it. Cut off the support network and isolate the target from sympathy. Go after people and not institutions; people hurt faster than institutions. (This is cruel, but very effective. Direct, personalized criticism and ridicule works.) - ‘Rules for Radicals’ by Saul Alinsky
I've said it before twice (http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=12734:of-sex-video-sarah-palin-anwar-ibrahim-and-the-politics-of-alinsky&Itemid=2 and http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=18477:proven-the-bn/msm-complex-is-using-alinskyite-tactics&Itemid=2 ).

PTPTN saman 104,083 peminjam ingkar bayar balik...mangsa ah long kerajaan..!!!

ptptn one stop centre kl sentral 260307 boothsPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 104,083 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman bagi tempoh 2007 sehingga 30 Sept lalu.

Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata daripada jumlah itu, sebanyak 69,573 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

"PTPTN terpaksa mengenakan tindakan penguatkuasaan saman yang dihantar ini kepada peminjam-peminjam tersebut memandangkan mereka tergolong dalam kategori tegar yang ingkar bayar balik pinjaman," katanya kepada pemberita, di Sungai Petani hari ini.

Revolusi Akademia

Oleh: MSK
See! Dalam posting lepas tentang “Aziz Bari: Revolusioner”, aku sebut tentang Dr. Asri. Semalam pun Dr. Asri terus memberikan komen menyokong Aziz Bari. Dan Dr. Asri punya komen lagi kaw! Dr. Asri kata tindakan menggantung Dr. Aziz Bari adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun!!
Sekarang cuba kita imbau kembali isu-isu politik tanahair sejak seminggu lepas. Siapakah yang memacu perubahan? Orang politik atau orang non-politik? Siapa penggerak revolusi dan siapa penumpang revolusi?

Malaysia kilang fitnah - sekarang sudah sampai keperingkat antarabangsa.

Pemimpin UMNO dan BN sangat hebat melakukan fitnah dan sekarang sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Anya Corke seorang pelajar Wellesley College AS semalam menyfatkan fitnah yang di sabitkan terhadap dirinya sebagai satu insiden yang sangat hina dan mengejutkan.

Pelajar perempuan kelahiran Amerika ini menyatakan yang dia tidak pernah mengenali anak Guan Eng dan sesiapa sahaja di dalam keluarga Guan Eng itu. Anya menambah dia tidak pernah diperkosa oleh sesiapa dan lawatan terakhirnya keMalaysia ialah tujuh tahum yang lalu.

Video: New Video of Gadhafi Capture

Video :Today in History for October 21st

Video-Rafizi Ramli: BN akan melaksanakan cukai GST kalau memang PRU-13 (Pt3)

Video-Rafizi Ramli: Masalah ekonomi - Harga barang tinggi, gaji rakyat rendah & hutang negara tinggi (Pt2)

Video-Rafizi Ramli: Masalah ekonomi - Harga barang tinggi, gaji rakyat rendah & hutang negara tinggi (Pt1)

Video : Yb Salahuddin Jelaskan Isu Hudud 20/10/2011

Video : Dewan Parlimen Kecoh Isu Hudud 20/10/2011

Video : Ahli Parlimen Pakatan Bantah Zul Nordin Isu Hudud 20/10/2011

Video : Isu Hudud Jadi Isu Panas Dalam Dewan 20/10/2011

Video : PAS Mereka-Reka Hudud Yang Dibuat - Dakwa Zulkifli Noordin 20/10/2011

Video : Lawan Tetap Lawan - Nurul Izzah 21/10/2011

Video : Siswa Berdemo Desak Tarik Balik Gantung Tugas Aziz Bari - 21/10/2011

Video-Saifudin Nasution: Harap Najib Jangan Kalah Di Pekan, Sebab Nak Dia Jadikan Ketua Pembangkang

Video-Saifudin Nasution: Setiap Rakyat Bebas Berhimpun Secara Aman, Indonesia Boleh, Malaysia Tak Boleh

Video-Saifudin Nasution: Ceramah Boleh, Tapi Mengunakan Peralatan IT Tak Boleh

Video : Anwar Ibrahim penganut ajaran sesat kata Zulkifli Nordin

Video : Purnama Di bumi Kedah Bhg 1

Video : Isu Murtad Bukti Ada Tetapi Tidak Kukuh

Video-Khalid Samad Pemimpin Pas Tidak Digalakkan Hadir Himpun

Video : Hassan Ali Sertai HIMPUN Esok

Video : Himpun dismisses fears of non-Muslims

Video : Councillor gave statement in Suhakam

Video screening of protestors assaulted during peaceful protest

Video : Protest erupts in UIA over don's suspension

Mulai Disember 2011 Pengutip Sampah mesti daftar LHDN

Nampaknya kaunter LHDN seluruh negara akan diserbu pada 1 Disember 2011 kerana 3.4 juta rakyat akan berebut-rebut untuk dapatkan RM500. Antaranya mereka terdiri dari pengutip sampah, pemanjat petai, penganggur, mereka yang muflis, nelayan, warga emas yang lumpuh, penjawat awam dan sekelian rakyat jelata.

RM500 siapa tak nak. Dah janji nak beri, pastikan semua 3.4 juta rakyat ini dapat. Kalau 3.4 juta perlu didaftar dalam masa sebulan , bermakna sehari perlu daftar sekitar 110,000 orang. Nampaknya semua cuti kakitangan LHDN akan dibekukan bermula 1 Disember 2011 nanti, dan semua kaunter LHDN akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu. 

Karpal: Jangan hukum hakim berperikemanusiaan

NONEPeguam veteran dan pemimpin DAP Karpal Singh hari ini mempertahankan Hakim Mahkamah Sesyen Pulau Pinang Chan Jit Li, yang dibidas Majlis Peguam kerana memberinya satu pelukan selepas penghakimannya baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal, yang dianugerahkan RM2 juta oleh mahkamah itu berhubung kes kemalangannya pada tahun 2005, sehingga menyebabkan beliau terpaksa bergerak dengan berkerusi roda, berkata Chan tidak patut dihukum kerana bersifat kemanusiaan.

"Apa yang beliau lakukan adalah tindakan belas kasihan, yang dilakukan di mahkamah terbuka, yang tidak boleh dipersalahkan dalam apa-apa cara sekalipun. Adalah salah bagi menghukumnya ataupun mengenakan sebarang bentuk tindakan tatatertib," katanya.

Menurut Karpal, Chan, memang "memeluknya sedikit" selepas penghakimannya dan juga mengakui di mahkamah terbuka bahawa beliau mengenali peguam itu.

Laporan Ketua Audit Negara dibentang Isnin

KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menjadi isu kontroversi sejak minggu lalu, akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Ambrin berkata beliau akan memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) di Parlimen pada hari sama.
“Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan segala persiapan telah dibuat supaya Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentang pada Isnin, bersekali dengan laporan maklum balas yang disediakan Perbendaharaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda PKR diangkut dan ditarik dari masjid UIA

NONEKetua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

Macam Israel : Polis tahan Shamsul ketika iqamat untuk solat jumaat

GOMBAK: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ditahan selepas dikasari sekumpulan 15 anggota polis di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, hari ini.
Ketika dihubungi KeadilanDaily, Shamsul berkata, beliau ditahan ketika sedang iqamat untuk menunaikan solat Jumaat dan diheret dari masjid ke kereta peronda dan dibawa keluar dari kawasan berkenaan.
Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA.
Ribuan anak muda terutama golongan mahasiswa dari pelbagai universiti menyertai perhimpunan membantah penggantungan Dr Aziz Bari di Masjid UIA.
Mengikut paparan twitter, perhimpunan aman itu mula terjejas selepas campur tangan polis menyebabkan ramai jemaah solat dan mahasiswa dikasari.

Polis biadap, halang saya solat Jumaat – Shamsul

GOMBAK 21 Okt : Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis yang menahannya ketika beliau mahu menunaikan solat Jumaat tengahari tadi biadap dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara di negara ini.
“Saya beritahu polis, kalaupun nak tangkap, bagi saya solat Jumaat dahulu.
“(Malangnya) Saya langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lain.
“Mereka (polis) terus berkasar dengan mengheret saya keluar dari masjid sebelum sebuah kereta peronda membawa kami keluar dari kawasan universiti,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Ribuan mahasiswa berhimpun kecam penggantungan Aziz Bari

GOMBAK 21 Okt : Kira-kira hampir 1000 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa hari ini berhimpun membantah penggantungan Profesor Dr Aziz Bari dari meneruskan kuliahnya.
Mahasiswa itu berhimpun di hadapan Masjid Kampus UIA selepas solat Jumaat dan berjaya menyerahkan memorandum membantah penahanan Aziz Bari kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA, Dr Nik Ahmad Kamil.
Dr Nik Ahmad Kamil yang menerimaa memorandum itu kemudiannya meminta pelajar yang berhimpun untuk bersurai.

Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.
Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

Peguam, ahli akademik teguh di belakang Aziz Bari

Rakan-rakan seperjuangan pakar undang-undang perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari dalam bidang perundangan dan akademik, berdiri teguh di belakang beliau yang digantung tugasnya oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

bloggers universe malaysia 010508 azmi sharomDalam satu kenyataan media semalam, Persatuan Kakitangan
Akademik Universiti Malaya (PKAUM) membantah tindakan tersebut yang dianggapnya telah melanggar kebebasan akademik Aziz Bari dan hak umumnya untuk bersuara.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, presiden PKAUM dan Prof Madya undang-undang, Azmi Sharom (kiri) berkata, Akta Hasutan membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Dalam kes Abdul Aziz, katanya, apa yang telah beliau lakukan adalah semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan.

Menurutnya, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Agenda Tersembunyi : Jangan hukum Aziz Bari kerana tekanan pihak ketiga, gesa staf akademik UIA.... !!! satu peluru bunuh dua mangsa..!!!


KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.
Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.
“Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia,” kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.

Zul Nordin Jahil Undang-Undang Islam?

Ahli Parlimen Bebas YB Kulim Bandar Baru (KBB) bukan sahaja tidak asing dengan kontroversi. Bahkan umum mendakwa beliau telah sinonim dengan pembohongan dan memfabrikasi atau mereka-cipta pelbagai ‘fakta’ untuk mensensasi pengkisahan apa jua cerita yang tidak masuk akal dan berlawanan dengan penilaian pemikiran yang waras.
Kalau semasa beliau bersama dengan parti lamanya lagi pun telah banyak kontroversi yang beliau cetuskan, antara lainnya tentang tambahan cerita ‘rempah-ratus’ tentang simptom-simptom keracunan arsenik DSAI sehingga penulis ini (berkebetulan seorang Toksikologis) malu mendengarnya dan juga tentang hal-hal gejala murtad, apatah lagi hari ini, yang beliau telah, kononnya, menjadi ahli parlimen bebas. Pembohongan KB telah meningkat kekemuncaknya dan kekesempurnaannya.

Khutbah Jakim: Ramai umat Islam tidak hormati titah Sultan

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Khutbah Jumaat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa ramai kalangan umat Islam hari ini tidak menghormati pandangan dan kewibawaan, bahkan ada yang mempertikaikan titah Sultan yang menaungi kuasa Majlis Agama Islam negeri.
Menurut khutbah, perkara itu semakin ketara kerana ada pihak yang hanya mahu menguntungkan kepentingan politik.
“Mimbar ingin menegaskan antara punca kepada berlakunya perkara ini ialah terdapat sesetengah pihak yang mengutamakan kepentingan politik mengatasi kepentingan agama,” kata khutbah yang dibacakan hari ini.

Sebutan semula Husam saman Utusan 11 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kes saman Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa terhadap Utusan Melayu (M) Bhd akan disebut semula pada 11 Januari tahun depan.
Dalam saman itu, Husam selaku plaintif telah menamakan Utusan Melayu (M) Bhd, Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan-defendan berhubung artikel bertajuk "Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran, Husam letak jawatan?" yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 23 Nov 2009 berkaitan kemelut perletakan jawatan Ir Abdulariff Fahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.
Pada prosiding hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Norazlin Othman di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Husan diwakili oleh Dr Zulqarnain Lukman dan defendan-defendan diwakili oleh Cik Rohanidah.
Pada prosiding hari ini juga, pihak defendan memohon perlanjutan tempoh masa bagi mendapatkan rakaman televisyen sidang akhbar oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan dan beberapa dokumen lain.

Mansuh ISA: 13 bebas, 16 bela diri

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Seramai 13 daripada 29 tahanan yang menyertai Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 hari ini dibebaskan manakala 16 lagi diarahkan membela diri.
Hakim Ainul Shahrin Mohamad membacakan keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas hampir dua tahun kes itu dibicarakan.
13 tahanan yang merupakan anggota Unit Amal iaitu pertubuhan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Pihak pendakwa bagaimanapun gagal mengemukakan bukti-bukti bahawa ianya pertubuhan haram dan tidak boleh disabitkan dengan menyertai perhimpunan haram.

Tindakan ke atas Aziz Bari ala ISA

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.
"Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau.
Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung.
"Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya.

Aziz Bari balas surat Selasa ini, lagi pemimpin kecam UIA

KUALA LUMPUR, 21 Okt − Sementara pemimpin politik dan badan bukan kerajaan melahirkan sokongan moral kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang itu menegaskan beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengecam Sultan Selangor.
Sebaliknya kata Aziz, beliau hanya memberi pandangan mengenai aspek perundangan yang perlu diketahui oleh masyarakat awam mengenai institusi diraja dan peruntukan perlembagaan.
“Sebagai ahli akademik, saya ada peranan untuk memberitahu rakyat, itu yang saya lakukan,” kata beliau dalam kenyataannya mengulas perkembangan semasa.
Dengan merujuk kepada laporan Kosmo! hari ini, kata Aziz (gambar), “ada media mengeluarkan laporan bahawa saya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Sultan Selangor.”
“Saya akan bercakap dengan peguam saya mengenai perkara ini,” katanya lagi.
“Saya tidak mengecam Sultan Selangor,” kata Aziz sambil menambah beliau akan menjawab surat tunjuk sebab pada Selasa ini.

Kakitangan akademik UIA sokong Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.
“Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional,” ujar persatuan itu dalam satu kenyataan.
PKA UIAM berkata, tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

Dakwaan BN seludup pengundi: Polis soal MP Ampang

Polis hari ini menyoal ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaannya bahawa pendatang asing dijadikan pengundi selepas mereka menyatakan sokongan kepada Umno dan BN .

Pemimpin PKR itu disoal oleh dua pegawai polis selama sejam di Hotel Premier di Klang.

Zuraida disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun penjara, denda dan kedua-duanya sekali.

Rakyat berhimpun tuntut 'bebaskan' Aziz Bari

GOMBAK, 21 Okt: Hampir 1,000 orang berhimpun di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bagi membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh universiti itu.

Perhimpunan aman yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu majoritinya disertai golongan mahasiswa dipercayai dari pelbagai universiti serta orang awam.

Sejurus imam selesai membaca doa, laungan "Hidup Aziz Bari", “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” mula bergema.

Seorang peserta himpunan kemudiannya cuba memulakan ucapan, tetapi bagaimanapun tindakan itu dihalang pihak keselamatan universiti, dan sedikit kekecohan berlaku.

Ekoran halangan itu, mereka kemudian beramai-ramai berarak dari masjid tersebut menuju ke bangunan pejabat reaktor universiti itu bagi menyerahkan memorandum.

Jakim Diam :Hatijah Aam pertahan 'Seks Islam'.....!!!!!

Penulis buku kontroversi Seks Islam, Hatijah Aam hari ini tampil mempertahankan penerbitan buku panduan yang didakwa menampilkan ajaran untuk melakukan hubungan seks di antara suami isteri secara kerohanian.

Hatijah berkata, beliau setentunya telah ditahan pihak berkuasa sekiranya ajaran yang dibawa dalam buku dengan tajuk kecil Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia itu tidak sah di sisi Islam.

Episod Aziz Bari

Oleh  Kassim Muhammad
Tentang alat dan perkakas
Bahawa bangsa (Melayu) dan agama (Islam) itu kerap diperalatkan oleh Sang Penguhttp://media.themalaysianinsider.com/images/sized/images/uploads/mugshots/aziz-bari-july29-240x168.jpgasa kita, Umno dkk (dan kawan-kawannya) sudahpun diketahui umum.  Yang tidak tahu, atau yang berpura-pura tidak tahu hanyalah para pengikut-penyokong yang membutakan mata hatinya kerana kepentingan perut.  Mereka yang betul-betul tidak tahu termasuklah kelasnya yang TIDAK pernah berfikir

 Sementara itu rakyat bukan Melayu yang satu ketika dulu begitu bimbangkan Tok-Tok Lebai Pas yang dicap oleh Umno fanatik itu, sudahpun mendakap Pas.  Orang-orang Melayu pula ketawa berdekah-dekah jika Sang Penguasa ini syarahkan mereka tentang betapa bahayanya DAP dengan agenda Malaysian Malaysianya. 

LENSA : RIBUAN DEMO SOKONG AZIZ BARI DI UIA