Rabu, 19 Oktober 2011

Soi Lek: Semua orang berpolitik kotor sekarang ini

Soi Lek: Semua orang berpolitik kotor sekarang iniPresiden MCA Chua Soi Lek, yang sendirinya adalah mangsa skandal seks DVD, menyalahkan persaingan yang terlalu sengit yang menyebabkan peningkatan politik kotor.
“Sejak 308, semua orang berpolitik kotor. Ini datang dari kedua-dia belah pihak politik. Tiada siapa boleh berdiri di atas pegangan moral. Mereka yang berbuat begitu hanya apabila mereka terjejas, itu jawapan saya,” kata Soi Lek kepada pemberita pada hari Rabu.
Pada lewat tahun 2007, sebuah DVD yang menunjukkan Soi Lek mengadakan hubungan seks dengan perempuan simpanannya telah tersebar luas di seluruh negara dan tersebar di YouTube. Ini memaksa perletakan semua jawatannya sebelum beliau kembali pada tahun 2010.
Dalam penjelasannya, Soi Lek merujuk kepada pilihanraya umum 8 Mac 2008, di mana Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merampas 5 daripada 13 negeri di negara ini.

Jangan ugut Aziz Bari, kemuka hujah balas

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.
“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi.
Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

Can the people of Malaysia ever forgive Mahathir ?

Hussein Hamid

Can the people of Malaysia ever forgive Mahathir ? “[Mahathir Mohamad has] . . . created a legacy so monumental that no one could have presumed his mantle.” That was what Abdullah Ahmad gushingly said of Mahathir when the ‘Great Man’ announced his resignation as Prime Minister. Tan Sri Abdullah was Group Editor-in-Chief of the New Straits Times when he wrote the above on 26 June 2002 following the News of Mahathir’s intention.
I believe that came from Abdullah’s heart for you cannot write anything so ‘Moving’ if it . . . does not come from the heart.
Now let me tell you what comes from my heart when I read that.
Who would be foolhardy enough to presume the Mahathir mantle ?
This man used money and power like no other PM of Malaysia has ever done ! Like no other Leader in most parts of the civilized world has ever done, save for some parts of Africa and some parts of our world where accountability for one’s action is easily dismissed through the barrel of the Gun !

Prestasi Selangor lebih baik daripada Pusat

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali.
Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
"Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan.

Bajet Tidak Mencapai Kemampuan Sebenar


Kuala Lumpur, 19hb Okt 2011. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini sebagai tidak mencapai kemampuan sebenar Malaysia.

Beliau mengulas demikian sebagai respon kepada luahan tidak puas hati pelbagai lapisan masyarakat Malaysia terhadap bajet yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.

Najib, Anwar Tunjukkan Kejantanan Anda

SYABAS Akademik Pak Sako Universiti Malaya kerana mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur kepada debat Bajet di antara Menteri Kewangan, Najib Razak dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim. Menurut laporan, akademik berkenaan akan menguruskan jemputan kepada kedua-dua pihak untuk tujuan itu, Jumaat ini.

Tempat yang dicadangkan ialah di Dewan Tunku Cencelor UM. Molek benar, dewan itu banyak mencatat sejarah dalam menganjurkan debat. Zaman UM terkenal dengan Debat Agung yang mengundang pelbagai tokoh parti politik, setiap kali diadakan debat agung dewan itu penuh melimpah ke luar.

Bajet 2012 : 'Agih bantuan RM500 bawa dalam guni'

KUALA LUMPUR, 19 Okt: PAS bimbang pengagihan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 seperti diumum Perdana Menteri dalam Bajet 2012, bersifat 'kronisme dan akan berlaku ketirisan'.
Bercakap sewaktu membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) berkata, sesuatu yang amat sukar bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya.
Ia kerana LHDN tidak mempunyai rekod pendapatan isi rumah untuk rakyat yang tidak layak membayar cukai, dan pada masa yang sama sangat ramai yang layak menerima bayaran tersebut.

Loji Langat 2: Selangor tak akan tunduk tekanan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Kerajaan negeri Selangor tidak akan tunduk kepada tekanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk memberi keutamaan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Sebaliknya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri mengulangi pendirian bahawa rundingan penstrukturan semula industri air Selangor harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum usaha pembinaan loji Langat 2 diteruskan.
“Adalah amat tidak bermoral bagi pihak-pihak tertentu untuk membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada 2014 jika Langat 2 tidak dibina dengan segera,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tudung Zaman Kini Seperti Biarawati Kristian...


ha… ni fesyen bertdung zaman skrg yg korg (org2 tertentu) bangga2kan…!!!
Hadis nabi :”barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka”.. riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA…
wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah… Jauhilah dari memakai sebegini…agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian…agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya…sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami..

PERKASA tetap sertai HIMPUN walau tak berucap

NONEPresiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober.

"Kita pun tak berminat (berucap)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Jelasnya, penglibatan beliau dalam perhimpunan itu hanyalah dalam soal memberikan ucapan.

"(Penganjur) nafikan (penglibatan) sebab ada khabar angin kata saya dan (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk) Zulkifli Noordin berucap.

"Tapi kita sokong dan akan turut serta dalam perhimpunan itu.

"Malah PERKASA turut diundang secara rasmi pada awal lagi untuk menyatakan sokongan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan pendirian penganjur yang tidak mahu badan politik turut sama terlibat dalam perhimpunan itu.

"Sebab Islam sendiri tidak boleh pisah dengan politik, jadi macam mana nak halang badan politik terlibat.

"Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pendirian penganjur itu. Tapi soal untuk pastikan siapa yang patut berucap itu dia boleh tentukan," katanya lagi.

Libya forces relaunch Sirte assault after setback

An anti-Gaddafi fighter loads tanks with shells in preparation for their attack on pro-Gaddafi forces lying ahead of the front line in Sirte on October 18, 2011. ─ Reuters pic
SIRTE, Oct 19 ─ Libyan interim government fighters attempted to relaunch their offensive on the besieged town of Sirte today after being pushed back by die-hard Muammar Gaddafi loyalists holed up in the deposed leader’s hometown. Hundreds of National Transitional Council (NTC) troops have surrounded the Mediterranean coastal town for weeks in a chaotic struggle to snuff out the last pocket of resistance against the revolution that ended Gaddafi’s 42-year rule.

Video : Slacker Uprising Part-Part11


Aziz Bari – Revolusioner?

Oleh: MSK
Semakin hari, tangan aku semakin gatai memainkan lirik-lirik "revolusi". Mungkin pasai dah tak berapa harap dengan politikus dan politik streteotype untuk membawa perubahan.
Aziz Bari bukan politikus. selagi dia kekal dengan title tersebut…dan selagi dia tidak menyertai mana-mana parti politik, dia akan tetap dipandang hebat. Aziz Bari membawa isu-isu rakyat dan nasional tanpa prejudis dan takut. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Seorang lagi tokoh yang sentiasa membawa idea-idea revolusionari ialah Dr. Asri, bekas Mufti Perlis. Ada masanya orang sokong, ada masanya orang menentang idea dia. Tetapi selagi Dr. Asri masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai mana-mana parti politik, dia akan tetap disanjung.

Video : SJKT Terima Bantuan Pendidikan Fasa Kedua RM1.38 juta

Video :Police question Malaysiakini editor

Video-UN: Evidence of torture in Afghan prisons

Video-Slavery: A 21st Century Evil - Sex slaves

Video : Gaza gives released prisoners rapturous welcome

Video : Captured Israeli soldier returns home

Jangan sekat hak maklumat rakyat


Kerajaan tidak harus menyekat hak orang ramai daripada mendapat maklumat yang sepatutnya mereka peroleh, melalui pelbagai peraturan dan undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS).Jane E.Kirtley (gambar), Professor, Fakulti Kewartawanan dan Komunikasi Massa University of Minnesota berkata bagi negara yang mempunyai undang-undang seumpama itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan bidang akta itu kepada beberapa jenis dokumen dan hanya sesetengah orang yang tertakluk di bawah undang-undang itu.
“Saya rasa adalah salah untuk mana-mana kerajaan menyekat maklumat awam dengan mengisytiharkan maklumat itu sebagai sulit,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah pada bengkel bertajuk “Media dan Undang-undang & kod Etika” anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini hari ini.

CIJ: Stop harrassing Malaysiakini & Aziz

The Centre for Independent Journalism (CIJ) is alarmed to hear that the police are investigating Malaysiakini and Prof Dr Abdul Aziz Bari over the news website’s report of the academic’s statement which raised issues in the Selangor Sultan’s recent decree regarding the controversial JAIS raid of the Damansara Utama Methodist Church.As an academic well-known for his research and interest in Constitutional matters, Prof Aziz would naturally be expected to comment on this issue and has done it in accordance with his professional obligations as well as exercised it as is his right.

MB: K'jaan S'gor tak campur HIMPUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini.

NONE"Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita.
Ditanya sama sama ada exco kerajaan negeri dibenarkan terlibat dalam perhimpunan itu, Khalid juga tidak menjawab secara langsung.

Sebaliknya, kata Khalid, kalau pegawai kerajaan Selangor hendak turut serta, terpulang pada diri masing-masing selagi ia di luar waktu kerja.

Sementara itu, exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali berkata, kerajaan mempunya program lain pada hari Sabtu di Stadium Melawati, bersebelahan stadium negeri tempat HIMPUM berlangsung.

Katanya, menteri besar dijadual merasmikannya program yang dinamakan karnival ilmuan muda itu.

"Ia tidak ada kena mengena dengan himpunan itu. Secara kebetulan saja (sama waktu dan bersebelahan)," kata Dr Halimah.

Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA

NONEUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari, yang baru-baru ini mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi.

Tidak jelas mengenai kandungan surat itu kerana pakar perlembagaan itu tidak dapat dihubungi.

Malaysiakini juga belum dapat mengesahkan perkara itu dengan pihak universiti kerana ketika berita ini ditulis, waktu pejabat telah berakhir.

Kerajaan Malaysia masih terperangkap dalam pemikiran pro-koporat

Terima kasih Tuan Speaker memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2012.  Izinkan saya merujuk pada dua keratan akhbar.  Pada 13 Oktober 2011, artikel di Starbiz telah mengatakan,

"Philippine President unveiled a 72 bilion peso (US1.7bil) stimulus package of public works and poverty reduction projects as aweakening global economy forced the country to cut growth forecasts."

Pada hari yang sama satu artikel dalam Star mengatakan "The Monetary Authority of Singapore warned that the headwinds from slower global growth willmean slower growth in Singapore in the next few years."

Dakwaan atas anak Guan Eng tidak benar, kata pengetua Heng Ee


KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng  pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.
Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.
“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Tidak Dikenal Dibumi.. Terkenal Di Langit

Kiriman e'pollo

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: "Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.

Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman , dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu , carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua."

Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu

Di bumi Malaysia yang serba-"BOLEH" ini, pertikaian sejarah boleh diheret ke mahkamah.  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akhirnya hanya boleh berbahas dengan pendakwaraya, selepas cabarannya untuk berdebat tidak disahut Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin.

Kini, pertikaian seorang pakar perlembagaan terhadap penggunaan kuasa oleh Sultan Selangor, mungkin juga boleh diheret ke mahkamah.  Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), disoal-siasat polis di bawah Akta Hasutan pada pagi ini, berikutan satu laporan yang dibuat oleh Senator Mohd Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober 2011.

Punca utama buta disebabkan katarak

Hampir 80 peratus masalah kebutaan berpunca daripada katarak, yang menyebabkan kanta mata ditutupi selaput, menurut seorang pakar mata.Pengarah Perubatan Pusat Pakar Mata Centre for Sight, KPJ Healthcare Berhad, Dr Choong Yean Yaw berkata jika rawatan, seperti surgeri mata bagi pesakit katarak, tidak dilakukan pada peringkat awal penyakit itu, risiko untuk menjadi buta adalah lebih tinggi.
“Jika tidak dirawat awal, pesakit berdepan risiko menjadi buta sepanjang hayat,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu sempena majlis pengumuman pembedahan katarak percuma yang ditawarkan kepada 25 pesakit berumur daripada golongan yang memerlukan.

Lynas could begin shipping product by Q2 2012

KUALA LUMPUR, Oct 19 – Australian miner Lynas Corp could begin shipping rare earth product from its Gebeng plant by the second quarter of next year if granted approval in the coming months.
Mike Harrowell, an Australian rare earths analyst, told the Financial Times he expects Putrajaya to give Lynas an operating licence for the plant in November and that the company was “poised to deliver”.
But he said there was a risk the controversial Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), which has raised fears of radiation pollution, would get caught up in Malaysia’s next general election, expected in 2012.

10 Perkara Yahudi Tidak Mahu Kita Tahu


Tahukah kalian sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan daripada pengetahuan umum. - Sumber dari sini.

1. Israel merupakan salah sebuah negara pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerna mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

MPN tak campur isu Aziz Bari

MPN hanya akan memberikan kenyataan sekiranya ia membabitkan isu nasional, kata setiausaha Dr Raduan Che Rose.
PETALING JAYA: Setiausaha Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Dr Raduan Che Rose menjelaskan bahawa MPN tidak akan masuk campur di dalam isu siasatan terhadap profesor undang-undang perlembagaan, Abdul Aziz Bari.
“Saya bagi pihak MPN tidak akan memberikan komen kerana adalah tidak strategik untuk mengulas perkara ini. MPN hanya akan memberikan kenyataan sekiranya ia membabitkan isu nasional,” kata Raduan.
Pada minggu lepas Aziz dipetik mengulas bahawa campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam konflik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) – Gereja Methodist Damansara Utama  (DUMC) sebagai ‘luar biasa’ dan ‘tidak konsisten’.

PR Selangor Mengalu-alukan Usaha Perkukuh Aqidah : Tolak Ketegangan Kaum

SHAH ALAM, 19 OKT : Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor mengalu-alukan usaha mengukuhkan aqidah umat Islam, namun menolak sebarang penganjuran yang akhirnya mengundang perpecahan dikalangan masyarakat.Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman, berharap penganjuran Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) pada Sabtu ini tidak menimbulkan ketegangan di antara agama di negeri Selangor.

Wang pendahuluan dibayar, projek jalan tak buat

KOTA BHARU, 19 Okt: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini mendedahkan sebuah syarikat milik pemimpin Umno yang telah dibayar wang pendahuluan, namun projek belum dijalankan sehingga sekarang.
Syarikat terbabit dikatakan dibayar wang pendahuluan sebanyak RM5 juta pada Julai 2008 bagi membina laluan empat lorong dari Kota Bharu ke Melor.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, pembayaran pendahuluan dibuat JKR kepada syarikat tersebut selepas mendapat surat tawaran projek.
“Mengapa jalan tersebut tidak dibina lagi sehingga sekarang. Kalau tidak mahu buat duit pendahuluan itu hendaklah dikembalikan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).
Menurutnya beliau tidak berminat untuk mengetahui kemelut politik yang berlaku di sebalik syarikat berkenaan.

Pakatan tubuh jawatankua​sa kaji laporan audit

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sudah membentuk  jawatankuasa untuk mengkaji isi kandungan Laporan Audit Negara yang belum diterima oleh Dewan Rakyat sehingga hari ini.
Ahli Parlimen Kuantan, Azan Ismail berkata, jawatankuasa tersebut melibatkan lima wakil Pakatan Rakyat, bagaimanapun belum menamakan invidu-individu tersebut.
"Buat pertama kali kita tubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji segala aspek dalam laporan audit yang sudah hampir dua minggu lewat daripada waktu sepatutnya ia dikeluarkan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu juga akan mengemukakan pandangan Pakatan Rakyat tentang laporan audit yang akan dikeluarkan dan mencari sebab kenapa ia lambat dikeluarkan.

Pendekatan inklusif selamatkan aqidah


Fareedah Samad
Kebebasan beragama, kebebasan bertingkah laku dan kebebasan bersuara adalah hak milik semua pihak di dalam sistem demokrasi di negara ini. Namun ianya mempunyai limitasi tertentu tergantung kepada keadaan semasa.

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), yang akan diadakan pada 22 Oktober ini dilihat telah menjentik kesedaran masyarakat dalam menyelamatkan aqidah umat Islam di negara ini. Namun AMEERAH berpandangan, langkah yang lebih lunak perlu dilaksanakan lantaran isu ini melibatkan sensitiviti masyarakat Islam secara keseluruhan.

Video : Activate - Revolutionary Daughters

Video : Al Jazeera World - Images of a Revolution

Video : PKR juga tidak sertai Himpun

Video : Khairy patut tunjuk contoh baik pada remaja

Video : Nik Nazmi Nik Ahmad in conversation with Nicholas Farrelly

Tolak Himpunan Hipokrit !!


Pertama sekali, Edyes bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana bertindak bijak dengan tidak membenarkan PAS terjerumus ke dalam tipu muslihat golongan munafik. Keputusan kepimpinan PAS wajar dipuji kerana ia bukan sekadar keputusan yang terburu-buru malah telah mengambil kira dari pelbagai sudut penting dalam membuat ketetapan, terutamanya dari sudut 'bagaimana kerajaan menangani isu murtad?'

ANTARA ANAK NAZRI , ANAK LGE DAN ANAK PERDANA MENTERI ..MANA YANG LEBIH ISLAM?


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.
Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

PM Berbesan Dengan Komunis, Umno Buat M.O.U Dengan Komunis Dan Umno Jemput Komunis

Oleh: Tok Janggut

Dah habis ke isu komunis? Apakah kerana isu ini tidak mampu memberi keuntungan pada UMNO maka isu ini dilupakan saja. Masa pembentangan belanjawan 2012 di Parlimen baru-baru ini PM sempat menyindir Pakatan Rakyat sebagai menyokong komunis. Apakah dia sendiri lupa yang dia bakal berbesan dengan Bapak Komunis?

Apakah dia buat-buat lupa yang UMNO sendiri telah menandatangani MOU dengan Parti Komunis di China dan apakah beliau juga buat-buat tak perasan yang setiap kali Perhimpunan Agung UMNO mereka menjemput wakil komunis sebagai pemerhati? Apakah tak boleh kita katakan bahawa UMNO kini telah diserapi oleh komunis dan berwatakan komunis dan dalam masa yang sama UMNO juga telah diserapi oleh fahaman Yahudi/APCO?

‘Masih ramai boleh berfikir’

Oleh Abd Shukur Harun
Usah panik dengan bajet “gula-gula politik pilihan raya”; terus dekati rakyat, rasai denyhttp://3.bp.blogspot.com/_KRvXxtCSsB8/TTqdw5d5MkI/AAAAAAAAAIU/4YCwe1PjwqE/s400/images.jpgut nadi dan santuni mereka, serta eratkan hubungan dengan pengundi
TIDAK perlu ada sebarang kebimbangan bahawa Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh PM Dato’ Seri Najib Tun Razak konon akan menarik kira-kira 1.6 juta kakitangan kerajaan, para pesara, warga Felda dan sebagainya untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang.

Ini nasihat seorang sahabat, pegawai tinggi kerajaan yang telah bersara beberapa tahun lalu. Katanya, tidak semua mereka itu menyokong atau akan menyokong kerajaan kerana masih ramai yang boleh berfikir jauh.

Himpunan: Penganjur sahkan penyertaan pemimpin PAS

Jurucakap Gabungan Cegah Murtad (GCM), Hamidzun Khairuddin berkata, mereka adalah pemimpin PAS Selangor yang dipinggirkan oleh parti.
PETALING JAYA: Penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam mengesahkan bahawa sebahagian pemimpin PAS Selangor akan menyertai perhimpunan itu.
Jurucakap Gabungan Cegah Murtad (GCM) Hamidzun Khairuddin, penganjur perhimpunan tersebut, berkata, mereka adalah pemimpin PAS yang dipinggirkan oleh parti. Ini termasuk NGO-NGO yang ada kaitan dengan PAS telah menyatakan komitmen untuk hadir.
Kenyataan itu bertentangan dengan mesyuarat PAS malam tadi yang membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.

Video : Talk to Al Jazeera - Mahmoud Ahmadinejad

HIMPUN: Umno S'gor mahu hadir, PAS tak ikut serta

ezam mohd noor at mca function 2Pemuda Umno Selangor akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu itu atas dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, kata ketuanya, Engku Salleh Engku Jamal.

“... Siapa yang menganjurkannya tidak penting kerana yang paling utama adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam di negara ini," katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

Laporan itu memetik Engku Salleh berkata dianggarkan lebih 2,000 Pemuda Umno Selangor akan turut serta dalam perhimpunan itu.

Bagi PAS Selangor pula, ia tidak akan mengambil bahagian, selaras dengan keputusan yang dicapai oleh pemimpin parti itu malam tadi.

Soi Lek: Batalkan Himpunan Sejuta Umat elak ketegangan agama


SERI KEMBANGAN, 19 Okt — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.
“Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),” kata Dr Chua hari ini.
“Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,” kata beliau.

Tsu Koon sokong hak Himpunan Sejuta Umat


KUALA LUMPUR, 19 Okt — Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempertahankan langkah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini untuk membincangkan isu khusus berkaitan murtad ketika ada pihak yang melahirkan kebimbangan dengan langkah itu.
Koh (gambar) yang memegang portfolio perpaduan kebangsaan dalam Kabinet pentadbiran Najib berkata, Himpun adalah sesuatu yang boleh diterima selagi penganjur dan peserta-peserta melahirkan pandangan mereka dengan aman dan mematuhi prinsip Rukun Negara dan konsep 1 Malaysia.

Video : Mat Sabu on current issues Part IV

Video : Today in History for October 19th

Video : TV Interview With Freed Israeli Comes Under Fire

Video : Reports of more deaths in Yemeni protests

Video : Deported Palestinian prisoners find new home

Video : Kerajaan Negeri Sokong Muzakarrah Perkasa Sekolah Agama

Video : PAS Berkecuali Dari Menyertai HIMPUN

Video : MP PAS Jerai Cadang Kerajaan Naikkan Elaun Bilal/Siak

Video : MP PKR Kuala Langat bangkit isu Penyata Pencarum SOCSO

Video : MP PAS Kota Bharu minta Lapangan Terbang Sultan Ismail Hub Antarabangsa

Video : MP PAS Parit Buntar Bahas Belanjawan 2012 (1)

Losing the numbers game

Bureaucratic red tape, flip-flop decision-making are among the numerous factors contributing to Malaysia's lack of attractiveness as an investment destination.

It is a sad but true fact that for the past five years or so Malaysia has constantly been losing out in terms of foreign direct investment (FDI). Either our regional competitors have caught up with us or we have stalled. In any case, at the end of the day we have lost out.
This is in no small part due to the lack of political will by the Barisan Nasional (BN) government in the areas of policy-making and political expediency. Where numbers are concerned, the salient point to note is in the area of FDI wherein those of our neighbours which used to be trailing us have now surpassed us.

Gerakan masih tiada arah

Gerakan masih tiada arahSelepas persidangan perwakilan kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau Gerakan diadakan hujung minggu yang lalu, kebanyakan ahli-ahli parti tersebut khususnya boleh dianggap pulang ke negeri masing-masing dengan perasaan hampa ataupun dengan tangan kosong.
Ini adalah kerana tidak ada sebarang pencapaian langsung dari segi penetapan halatuju parti tersebut, malah beberapa orang ahli ketika ditemui mengadu masih kurang jelas dengan persidangan tersebut kerana tidak ada sebarang pencapaian konkrit yang boleh menaikkan semula semangat ahli-ahli parti.
Selain daripada itu, kebanyakan perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut juga melahirkan rasa kurang faham mereka terhadap kenyataan terakhir presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon yang mengatakan beliau sanggup berkorban demi kepentingan parti.

Penyenaraian FGVH: Adakah masa depan peneroka terjamin?

Pada masa sekarang, kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FGVH yang dimiliki 100% oleh FELDA.
FHB adalah sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing. Pada tahun 2009 sahaja, FHB yang menumpukan perniagaannya di dalam negara melalui 47 anak-anak syarikatnya yang aktif  telah mencatat perolehan (revenue) sebanyak RM11.8 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM804.3 juta.
Hasil daripada dividen dan bonus yang dibayar dari keuntungan FHB itu telah membolehkan KPF, selaku pemegang sahama majority di dalam FHB (51%), merekodkan perolehan sebanyak RM15.64 bilion pada tahun kewangan berakhir 2010 dan juga keuntungan sebelum cukai sebanyak RM766,660 juta. Kejayaan ini telah membawa kepada kejayaan KPF dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik Negara 2010 (kategori kluster besar).

Khairy patut tunjuk contoh baik pada remaja

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang telah membuat tuduhan melalui twitter yang menyatakan "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada" adalah satu fitnah jahat.
"Kami mahu Khairy meminta maaf kepada anak lelaki Guan Eng dan juga kepada Guan Eng sendiri malah seluruh rakyat Pulau Pinang atas tuduhan tersebut.
"Selain itu juga kami berharap peringkat tertinggi Umno dapat mengambil tindakan tegas dengan apa yang telah dilakukan oleh Khairy itu," tegas Tony lagi.
Beliau juga berpendapat Khairy sepatutnya menjadi contoh kepada remaja-remaja di luar perlu menunjukkan contoh yang baik bukannya mengamalkan budaya fitnah jahat sedemikian dan ini akan menimbulkan satu budaya yang tidak sihat jika kelakuannya itu menjadi ikutan.

Pelarasan formula agihan kerusi kritikal buat BN : Kata penganalisis

Pelarasan formula agihan kerusi kritikal buat BN : Kata penganalisisKUALA LUMPUR - Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional untuk menyelaras semula formula pengagihan kerusi antara parti komponen dilihat kritikal bagi menjamin kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian, bukan lagi rahsia bahawa PRU kali ini antara yang paling mencabar dalam sejarah politik Malaysia, justeru, penting bagi setiap jentera parti komponen memberi sokongan penuh terhadap apa jua hasil yang dicapai daripada formula itu kelak.
Beliau berkata kemungkinan besar akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil capaian formula ini kerana bilangan kerusi yang ditandingi baik untuk Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan berkurangan, namun semangat pemuafakatan harus diutamakan.

Khairy tunjuk belang: Bila semua gagal, seks dan seks lagi

Khairy tunjuk belang: Bila semua gagal, seks dan seks lagiDalam kurang daripada 140 abjad, Khairy Jamaluddin mungkin telah menghancurkan peluangnya dan UMNO untuk meraih sokongan golongan atas pagar dan sederhana Malaysia kepada Barisan Nasional di Pilihanraya Umum akan datang.
Beliau telah melakukan dosa besar politik dengan mencemuh bukan lawan politiknya, tetapi anaknya. Cuma budak sekolah, apa yang telah dilakukan oleh Lim Junior untuk menerima fitnah seperti itu? Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mempunyai semua hak untuk menjadi marah di atas perbuatan keji ini.
Adalah satu hal apabila blogger-blogger pro-UMNO menyebarkan pembohongan dan fitnah di Internet. Ianya uma tersebar ke penonton terhad. Ahli politik memang dijangka menghadapi ritikan setiap hari. Malahan boleh dikatakan kritikan akan membuatkan seseorang itu lebih kuat.

PAS Selangor larang ahli sertai Himpun

SHAH ALAM, 19 Okt: Badan Perhubungan PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan 22 Oktober ini.

Dalam SMS yang dihantar kepada Harakahdaily, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan berikutan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi yang memutuskan bahawa PAS tidak terbabit dalam Himpun.

"Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut," tegas beliau.

PKR juga tidak sertai Himpun

KUALA LUMPUR, 19 Okt: PKR mengambil pendirian sama dengan PAS iaitu tidak akan  menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, pihaknya hanya tidak terlibat dengan perhimpunan itu namun teguh mempertahankan prinsip Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan segala usaha mempertahankan akidah umat Islam harus ditingkatkan.

"PKR juga mengambil sikap sama (dengan PAS dan beberapa NGO) untuk tidak menyertai perhimpunan itu.

Pemuda PAS: Kami tak terlibat dari awal

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03Pemuda PAS berkata pihaknya tidak terlibat dari awal dengan "Perhimpunan Sejuta Umat" (HIMPUN) bagi menangani gejala murtad di ibu negara Sabtu ini.

"DPPM (Dewan Pemuda PAS) memang tidak terlibat dari awal atas nama parti politik sebab itu adalah himpunan NGO-NGO Muslim," kata ketuanya Nasrudin Hassan (kanan)

Bagaimanapun, menurut Nasrudin lagi, mereka tetap menyokong "usaha murni" itu.

Semalam, dewan itu dilaporkan berkeras mahu menghadiri perhimpunan itudan menyokong usaha “menyatu suara dan tindakan" ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan akidah.

'Negara Kristian': MP gesa permit Utusan digantung


utusan malaysia, malaysia negara kristianAhli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menuntut kerajaan supaya menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia yang didakwa menerbitkan berita palsu berhubung dakwaan rancangan penubuhan negara Kristian.

Jelasnya, laporan akhbar milik Umno itu perlu dikenakan tindakan tersebut kerana siasatan polis sendiri menunjukkan tiada bukti kukuh berhubung dakwaan berkenaan.

Beliau membuat penjelasan itu berdasarkan satu jawapan bertulis
oleh menteri dalam negeri di Dewan Rakyat bertarikh 3 Oktober, berhubung siasatan yang dijalan ke atas dakwaan tersebut.

Lapangan terbang: Kenapa Kelantan dianak tiri?

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Kerajaan hari ini memaklumkan belum bercadang menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi berkata, kerajaan bagaimanapun mengalu-alukan permohonan syarikat pernerbangan tempatan dan asing yang mahu mengadakan penerbangan antarabangsa dari dan ke lapangan terbang tersebut.

Apa rasional burukkan PAS di kursus imam, bilal

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mempersoal rasional kerajaan mewajibkan imam, bilal dan siak masjid di Kedah dan Pulau Pinang menyertai kursus berunsurkan politik khususnya memburuk-burukkan PAS.
Menurut Firdaus, beliau menerima maklumat daripada beberapa imam, bilal dan siak bahawa mereka diwajibkan hadir ke Kursus Pemantapan Nilai Islam di Institut Pembangunan Desa Infra, Bangi pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu.
Namun katanya, mereka terpaksa mendengar ceramah brain wash memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ditayangkan video perhimpunan Bersih 2.0, Jemaah Islam (JI) dan Al-Maunah.