Selasa, 18 Oktober 2011

Kitab Rujukan Mat Maslan TV1, TV3 dan Utusan Malaysia

Kitab rujukan Mat Maslan adalah TV1, TV3 dan Utusan Malaysia. Itulah yang menjadi pedomannya. Sekiranya video lucah ditayangkan media terbabit maka tak dinamakan lucah walaupun ianya lucah. Itulah kira-kira Ahmad Maslan.

“Mana ada tayang video seks... Hanya yang (ditayangkan) ada dalam TV1 dan TV3 yang keluar sebelum ini.

“Macam gambar-gambar yang dah masuk dalam Utusan dan lain-lain akhbar... tak kan lah bodoh sangat saya ini (untuk menayangkan video seks itu),” katanya dalam jawapan sms ringkas kepada Malaysiakini.

Umno goes on 'sex' tour for GE-13: From Penang to Perak, Guan Eng to Anwar

Umno goes on 'sex' tour for GE-13: From Penang to Perak, Guan Eng to AnwarNot content with heaping lurid accusations against the 16-year-old son of Penang Chief Minister Lim Guan Eng, Umno has fired another slavo at Opposition Leader Anwar Ibrahim.
To lure the crowds to its ceramah (political lecture), Umno whipped out a sex video it alleges shows a man Anwar having sex with aprostitute and screened before a dinner audience consisting of some 2,000 civil servants - who form the backbone of Umno's voter support.
So engrained is pornography in the Umno party culture, that leaders such as information chief Ahmad Maslan thought nothing of showing snippets of a couple groping and preparing for sex on a big screen during Premier Information Programme held in the Jubilee Hall in Perak on Saturday.
"They are completely shameless," PKR Perak information chief Zulkifly Ibrahim told Malaysia Chronicle.

Perpustakaan Tangani Gegala Sosial -Dr Halimah


AMPANG JAYA 18 OKT : Selain berfungsi melahirkan masyarakat berilmu institusi perpustakaan juga boleh menangani gejala sosial di negara ini yang dianggap semakin kritikal serta menjadi krisis nasional.
Sehubungan itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata usaha kerajaan negeri membuat pembaharuan dengan penjenamaan semula perpustakaan di negeri adalah satu tindakan jangka panjang bagi menangani masalah tersebut dari terus berleluasa.

Himpun: ‘Kami agresif pertahan akidah, bukan agresif secara fizikal’

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menolak tanggapan sesetengah pihak termasuk Islamic Renaissance Front (IRF) bahawa gerakan itu merupakan usaha agresif umat Islam ke atas masyarakat bukan Muslim khususnya Kristian dan mahu melaga-lagakan penganut berlainan agama.
Sehubungan itu menurut Pengerusi Bersama Himpun Dr Yusri Mohamad, pihaknya juga menjemput pertubuhan itu untuk sama-sama menyertai perhimpunan ini dalam usaha mereka mempertahankan akidah umat Islam.
“Saya jemput mereka untuk bersama-sama kami, berhimpun dan mereka akan faham motif utama kami menganjurkan perhimpunan ini,” kata beliau pada sidang media bersama Gabungan Penasyid-Penasyid Malaysia (Munsyid) yang turut mahu menyertai Himpun.

RUU Perbekalan 2012 : Ucapan Ahli Parlimen Kuantan


Tuan Yang diPertua,

Terima Kasih.  Saya  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan  kerana memberi peluang dan laluan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.

Tuan Yang diPertua,
Izinkan saya membahas bajet ini dari beberapa perspektif.

Apa yang boleh Tsu Koon ‘korbankan’?

Apa yang boleh Tsu Koon ‘korbankan’? Pertaruhan agak tinggi bagi Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe apabila beliau berkeputusan untuk membuat pendirian bertentangan dengan Presiden parti itu, Koh Tsu Koon. Beliau lemah, katanya, dan menyeru Koh Tsu Koon untuk meletakkan jawatannya.
24 jam kemudian beliau menarik balik kata-katanya, mengisytiharkan ‘kesetiaannya’ kepada Koh, dan berjanji untuk mematuhi segala keputusan yang dibuatnya. Kebanyakan penduduk Pulau Pinang boleh memberitahu Tan bahawa Koh memang lemah. Ken=banyakan penduduk Pulau Pinang telah menyuarakan pandangan mereka pada Mac 2008 bahawa mereka tidak mahu Koh lagi.
Politik parti

Selepas perlakuannya terhadap Raja-Raja, Dr. M tiada hak persoal Aziz Bari

Selepas perlakuannya terhadap Raja-Raja, Dr. M tiada hak persoal Aziz BariDi dalam apa yang disabdakan oleh ramai penganalisa politik sebagai satu kelucuan dan hipokrasi besar, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang memperlekeh pakar perlembagaan Prof Aziz Bari sebagai ‘kurang ajar’ kerana mempersoalkan titah Sultan Selangor terhadap dakwaan kes murtad dan insiden gereja baru-baru ini.
Perbuatan Mahathir yang sekarang mendukung Sultan adalah satu hipokrasi. Siapa yang terlebih kurang ajar antara dia dan UMNO,” ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Aziz, professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang lantang dan disegani itu menyatakan yang Sultan boleh dipersoalkan. Perbalahan pendapat tentang titah Sultan Selangor muncul mengakibatkan beberapa kumpulan penganut Kristian tidak berpuas hati.

Cukup Wee Ka Siong, jangan cuba tutup perbuatan keji kamu

Cukup Wee Ka Siong, jangan cuba tutup perbuatan keji kamuKetua Penerangan Pemuda PKR Lee Khai Loon telah mencabar Ketua Pemuda MCA untuk berdebat, mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan itu untuk cuba mengalih perhatian daripada kenyataan yang beliau telah cuba menggunakan gadis-gadis “cantik” untuk meraih ahli baru dalam sayapnya yang sedang mengecut itu.
Cocoknya, debat itu aka bertajuk “Apakah cara sihat untuk menggalakkan anak-anak muda menyertai politik?”.
“Saya bersedia berdebat dengan Wee Ka Siong untuk mengalih kembali focus kapada isu sebenar di belakang penglibatan wanita-wanita muda dalam Pemuda MCA. Pemuda MCA hanya membenarkan wanita-wanita muda itu diambil gambar tetapi tidak membenarkan mereka menyuarakan pendapat mereka di AGM itu,” kata Khai Loon dalam kenyataannya kepada media.

Liwat II: Ketiadaan tandatangan tak disiasat

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini beliau tidak menyiasat kenapa hanya seorang pakar bedah menandatangani laporan perubatan berhubung pemeriksaan perubatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dua pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pemeriksaan itu pada hari Anwar ditahan pada 16 Julai, 2008.

Pakatan kecam fitnah terhadap keluarga Guan Eng

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Pakatan Rakyat mengecam tindakan Umno yang menyebarkan fitnah bagi mengaibkan keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fitnah yang mengheret anak lelaki Guan Eng itu merupakan politik jijik yang dilakukan Umno untuk menjatuhkan lawan mereka.
“Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh Guan Eng sekeluarga dan kita melihat inilah cara Umno melemparkan isu fitnah,”
“Tindakan Umno menggunakan remaja yang berusia 16 tahun adalah jijik, mengaibkan dan hanya melambangkan kepura-puraan pemimpin Umno yang mempersoalkan moral serta akhlak,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada sidang media di parlimen hari ini.

Khairy pertahan serangan ke atas anak Guan Eng, dakwa pengkritik ‘hipokrit’

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.
Tengah hari tadi, Lim berkata keluargannya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada  Khairy (gambar) dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.
“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau dalam kenyataan.

Dah Kantoi : Umno nafi video seks ditayang pada majlis k'jaan

Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan bahawa parti itu dan BN menayangkan pita video seks seorang lelaki yang menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu taklimat kepada kakitangan awam dan pemimpin masyarakat di Perak Sabtu lalu.

Video-Military: Gilad Schalit Now in Israel

Video : Program SEJATI Batu Warga Tua, OKU

Video : MDKL Mula Tugas Pengambilalihan Pengurusan Sisa Pepejal

Video : Pakatan selar bloger umno fitnah Lim Guan Eng

Video-Himpun: Pakatan tunggu keputusan PAS

Video-Isu FDI: MP PKR Gombak Vs Tim. Menteri MITI

Video - MP PAS Kubang Kerian: Kenapa Laporan Audit tidak dibentang?

Video : MP PKR Sg Petani Bahas Belanjawan 2012

Video : MP PAS Rantau Panjang Bahas Belanjawan 2012

Video-Amirudin Shari: Pakatan Rakyat Telah Berjaya Menguruskan Dasar Negeri Untuk Kebaikan Kita Bersama

Video-Saari Sungib: Politik Yang Diamalkan Oleh BN Sudah Rosak Dan Merosakan Negara Ini

Video-Nurul Izzah: Bila Dapat Sokongan Rakyat Barulah Kita Boleh Memastikan Perubahan Berlaku

Video : 'Oath of allegiance in MyKad scam'

Video : Ust Azhar Idrus - Kambing Vs Menantu "Terjemah Doa Iftitah"

Video : Today in History for October 18th

Video-Hamas: Israeli Prisoner in Egyptian Custody

Video : Branson and US Officials Dedicate Space Terminal

Video : Virgin Galactic opens commercial spaceport

Video : Deaths reported in violence across Syria

Video : Libyan fighters capture Bani Walid

Video : Israeli-Palestinian prisoner swap underway

Video : Libyan fighters celebrate 'capture of Bani Walid'

Video : Families await return of relatives in Gaza

Program SEJATI Bantu Warga Tua, OKU


PETALING JAYA 18 OKT :Sekurang-kurangnya dua buah keluarga miskin dari kalangan orang kelainan upaya (OKU) terpilih menerima bantuan menerusi Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) yang dianjurkan oleh Pejabat Dun Taman Medan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) di sini hari ini.Adun Taman Medan, Haniza Talha ketika berucap pada majlis pelancaran program SEJATI berkata pihaknya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan seperti hari ini.

MDKL Mula Tugas Pengambilalihan Pengurusan Sisa Pepejal


BANTING 18 OKT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kini menguruskan sendiri sisa pepejal dikawasan pentadbirannya sebaik pengambilalihan kerja-kerja kutipan sisa pepejal oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor daripada Alam Flora.Yang DiPertua MDKL, Abdul Razak Jaafar berkata, MDKL menerusi Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran (JPBP) kini dalam rangka kerja meningkatkan keupayaan dan kebolehan menguruskan sisa pepejal di kawasan operasi di daerah ini bagi memastikan penduduk tidak menghadapi kesukaran untuk melupuskan sisa pepejal tersebut.

Falling UM standards sign of NEP failure, says Anwar

Anwar’s opposition coalition has pushed for a needs-based affirmative action policy to replace the NEP. — file pic
KUALA LUMPUR, Oct 18 — Pakatan Rakyat today blamed the New Economic Policy (NEP) style affirmative action policies for Universiti Malaya’s (UM) low standards and poor global standing. A recent World Bank study, which pointed to race-based admission quotas and political interference as reasons for UM’s poor performance, was further reason to “reject the NEP that is abused by the rich,” federal opposition leaders said today in a press conference in Parliament today.
“UM’s falling ranking is because it does not prioritise academic excellence but racial interests,” Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said.
But the PKR de facto leader said that affirmative action should still be maintained for “poor, deserving Malays.”

Makin Berani :hli perniagaan dakwa pekerja dipukul Pemuda Umno

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.
KUALA LUMPUR: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno  kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.
Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.
Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.
Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.
Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat  kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Selamatkan Malaysia dalam himpunan BERSIH 3.0

Oleh : Amni Jagat

Tak kiralah tarikhnya bila, tapi yang penting Malaysia harus diselamatkan. Kerajaan Malaysia hari ini harus ditegur dengan cara yang lebih berkesan. Himpunan adalah medium yang terbaik untuk menyedarkan pemimpin Malaysia tentang hak rakyat sebagai warga negara.

Isu-isu yang berbangkit setiap hari menunjukkan graf pentadbiran kepimpinan di Malaysia semakin parah. Isu seperti pemberian kerakyataan kepada warga asing dengan mudah serta isu warga asing yang ada hak untuk mengundi adalah cermin betapa kotor dan tirisnya rasa cinta pada negara di kalangan pemimpin.
Dalam artikel saya yang tersiar di portal Harakah Daily yang bertajuk ‘Kerakyatan Malaysia seperti membeli ikan di pasar’, saya telah mengariskan beberapa perkara yang sebenarnya songsang dalam sistem penerimaan terhadap warga asing sebagai rakyat di Malaysia.

La......Apahal ni Abg Jib?

Oleh : Johor Born
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengambil alih pentadbiran di Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Sebaliknya, kata Perdana Menteri, jawatan Ketua Menteri negeri itu akan ditentukan menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen lain atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga yang besar.

SAPA YANG KENA !!! Rakyat dapat RM 2.73 sehari , tapi terpaksa berhutang RM 15 000 kerana Bajet Hutang 2012


Rakyat Malaysia ikut bancian 2010 cuma ada 28.4 juta. Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion

Kadar Hutang negara di bawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini hampir melepasi had yang ditetapkan undang-undang

Maknanya bila lahir saja dia dah diwariskan dengan hutang sebanyak lebih RM15 ribu. Gila apa baru lahir ja dah kena dibebankan dengan hutang.

Demonstran "Occupy Wall Street" Tuduh Yahudi Dibalik Krisis Ekonomi AS


Sumber [eramuslim.com] Beberapa insiden anti-Yahudi telah dilaporkan selama demonstrasi "Occupy Wall Street" di New York pada saat orang Yahudi disalahkan karena gejolak di pasar keuangan Amerika. Selain itu, poster-poster anti-Israel dibawa oleh demostran dengan tulisan yang berbunyi "pendudukan Israel di Gaza".
"Komite Darurat untuk Israel" telah menerbitkan klip video aksi demo OWS di mana orang Yahudi diserang dan disalahkan atas krisis keuangan akibat AS memberi bantuan ke Israel. Komite adalah badan neo-konservatif yang dipimpin oleh William Kristol, editor Yahudi Weekly Standard, yang bertujuan untuk meyakinkan orang Yahudi untuk memilih calon presiden dari Partai Republik.

Bimbing anak-anak jalani usia baligh


Meniti Usia BalighHULU LANGAT – Bukan mudah untuk menerangkan apa yang patut dan tidak patut dilakukan seorang anak menjelang waktu anak itu memasuki alam akil baligh. Penerangan dan pendedahan pula mesti betul, berkesan dan paling utama menepati kehendak syarak. Tetapi bukan itu sahaja... satu aspek penting lain yang agak sukar ditangani kebanyakan ibu bapa ialah mendidik anak-anak mereka dengan gaya yang kreatif.
Pada Sabtu hingga Ahad lalu, sebuah kelab remaja, IKRAMTeens telah berjaya menganjurkan sebuah program bertemakan ‘Meniti Usia Baligh (MUB)’ di King Fisher Resort dekat sini. MUB merupakan program pembangunan sahsiah dan perkembangan diri remaja. Program selama dua hari satu malam ini berjaya mengumpulkan 52 orang remaja berumur 12 tahun dari sekitar Lembah Kelang.

Perjudikan One-Off hadapi PRU13

Oleh SAFAR JUMAAT
SELEPAS ketawa besar, dengan sokongan ampu-ampuan daripada rakanrakannya, Perdana http://emaskini.com/wp-content/uploads/2011/10/dato-seri-najib-tun-razak-300x249.jpgMenteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak nampaknya masih belum puas menerima pujian-pujian kerana mendakwa telah membentangkan Bajet Transformasi 2012.
Tiada siapa peduli, bajet yang dibentangkan ini merupakan sambungan daripada bajetbajet defisit yang sudah lama berlarutan, kerana Najib kelihatan gelabah untuk membacakan cadangannya itu di Parlimen, selepas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah awal membentangkan Bajet Mesra Rakyat.

Biar Najib Altantuya Yang Bayar!


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Bajet 2012 bajet untuk rakyat kah kah kah...

Bajet 2012 untuk masa depan negara yang gemilang kah kah kah...

Bajet kepala bana Najib Altantuya laa kah kah kah...

Kalau dah hutang pun boleh cecah RM1,000,000,000,000 apa kejadahnya kah kah kah...

Sejarah + Persepsi = ?

Oleh MOHD FADZIL YUSOF
PERSEPSI bukan sejarah. Sejarah bukan benda hidup yang dapat membuktikan semua http://pustakasekolah.com/wp-content/uploads/2011/08/Sejarah-Sebagai-Peristiwa-Kisah-Ilmu-dan-Seni.jpghal; betul atau tidaknya. Zahirnya, sejarah adalah iktibar renungan dan menjadi pedoman.
Ramai terperangkap dengan sejarah sebagai pembetulan dan sebagai penanda sesuatu kebenaran. Selagi sejarah ditanggani manusia, yang mencampurkannya dengan persepsi selagi itu sejarah tinggal dalam keadaan pembauran dengan persepsi itu, tidak tuntas dengan sifat sejarah nan sejarawinya.

Polis Terlibat dalam Kes Mat Sabu?



Ucapan Bajet 2012

Setelah satu hari menunggu giliran untuk berucap bahas bajet 2012 akhirnya hari ini sebelum rehat pkl 1 saya memulakan ucapan dan kemudian menyambongnya pukul 2.30. Kami diberi 20 minit. Banyak yg nak diperkatakan tp masa tak cukup. Saya menyentuh beberapa tajuk besar antaranya tanggungjawab membuat keputusan terbaik, kritikan bajet secara menyeluroh, soal alam sekitar, keselamatan dan peranan agama.


Paling kontraversial ialah isu kegagalan dasar kerajaan dalam menangani kesan alam sekitar. Saya membawa contoh Bukit Merah yang pernah dicadangkan untuk tapak loji nadir bumi yang akan dikendalikan oleh Mitsubishi dari Jepun. Usaha itu mendapat tentangan pada tahun 1982 sehingga 167,000 penduduk Pekan Papan dan sekeliling telah membantah kerna kesan alam sekitar yang membahayakan kesihatan mereka antaranya leukimia, keguguran, cacat kelahiran dan kanser paru- paru. Kejayaan menutup tapak itu adalah tanda kejayaan ngo menimbulkan kesedaran dan penduduk yg prihatin. Walaupun kini ada 800,000 ton sisa radioaktif yg belum dihapuskan dengan menelan belanja US100juta. Malah kematian akibat kesan radioaktif ini juga tinggi iaitu 9 kes kematian kerana leukimia. Tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan tapak yang sama yg akan dibuka di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Corp dari Australia. Kalau Bukit Merah hanya 9 ekar, kini di Gebeng luasnya 100ekar iaitu seluas 140 padang bola! Apa sikap kerjaan yg lebih melihat laba ekonomi dan keuntungan dari kesan jangkapanjang yang mengancam keselamatan dan kesihatan awam?


Saya sempat juga menyentuh isu keselamatan di mana saya mendedahkan surat yang saya terima secara misteri. Saya hanya menrima dari orang lain surat itu minta supaya mendedahkan dokumen surat resmi dari PGA Briged Tengah ang mengarahkan anggotanya dan keluarga serta pesara polis supaya menandatangani memorendum membantah kenyataan Timbalan Presiden Pas Mat Sabu. Saya mempertikaikan kalau betul ini surat arahan dari Pegawai Tinggi Polis maka polis tidak professional dan campurtangan dalam persoalan yang sifatnya politik! Adakah ada campurtangan polis menimbulkan kemarahan yang disengajakan terhadap Mat Sabu? Ataukah Polis menerima arahan dari pihak atasan dari tuan tuan politik mereka? Saya minta Menteri Dalam Negeri memberikan penjelasan tentang surat ini. Saya diganggu dalam ucapan saya oleh Kulim-BandarBharu yang menuduh saya membuat fitnah! Saya kata saya cakap dalam parlimen dan bukan di kedai kopi! Saya bertanggunjawab atas soalan saya.


Krna diganggu masa saya terjejas jadi isu peranan agama saya tak sempat nak perincikan. Saya mencadangkan hubungan antara agama mestilah memperbanyakkan dialog dan perbincangan secara bertamadun bukan dengan menimbulkan kemarahan atau isu yang sensitif. Saya mencadangkan juga akta zakat bagi memperkemaskan pengurusan dan kawal selia zakat bagi membantu pengukuhan umah. Malangnya masa tidak cukup dan saya terpaksa berhenti setelah diarahkan oleh Tuan Speaker.


Selesai ucapan saya membuat sidang akhbar bersama rakan dari Kuala Kedah atas dua isu. Pertama sikap kami secara peribadi dalam perhimpunan sejuta umah di mana kami melihat ini eksploitasi Umno dan golongan desperate untuk menimbulkan kebencian antara agama dan bukan keharmonian antara agama. Kedua saya mendedahkan surat yang saya terima secara misteri yang memberi petunjuk bahawa Polis dari PGA terlibat mengarahkan secara resmi supaya anggotanya , keluarga dan pesara menandatangan kempen membantah Kenyataan Mat Sabu. jikalau ini berlaku ia sesuatu yang malang bagi Polis yang tercalar imej mereka kerna menjadi alat kepada pihak tertentu yang desperado untuk berpegang kepada kuasa mereka yang semakin terhakis.

Come clean on rare earth imports, anti-Lynas group tells AELB

KUALA LUMPUR, Oct 18 — An anti-Lynas group has called on the authorities to reaffirm that no licences have been issued to the Australian miner, following claims it will begin importing rare earth ores (REOs) via Kuantan Port by month’s end.
Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) said REOs could not be shipped into the country without approval from the Atomic Energy Licensing Board (AELB) and urged the regulator and the Ministry of International Trade and Industry (MITI) to come clean on the matter in the interest of public safety.
The group said Kuantan residents were concerned about the allegations made by their MP, Fuziah Salleh, as Lynas Corp’s submissions for the radiological impact assessment (RIA), decommissioning and long-term waste management plans had been rejected by AELB and MITI as inadequate.
The Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Gebeng, Pahang, which is currently under construction. — file pic
“Any pre-emptive moves by Lynas or covert attempts by AELB or MITI in this matter will be construed as a grave betrayal of the trust of the people,” SMSL warned in a statement. “The whole of Gebeng, Balok, Kemaman and Kuantan residents shall hold the AELB and MITI wholly responsible.”
The Kuantan-based lobby group added that AELB and MITI must be more open and transparent about the Lynas project if they wished to be seen by the public as credible regulators.
SMSL added that it was now considering legal action and urged Kuantan residents to be patient while the group mulled its next step.

Auditor-General’s report delay: PM must come clean

Kim Quek

OCT 18 — The unexplained delay in submitting the Auditor-General’s annual report to Parliament is shaping up to be a major scandal.
Sin Chew Daily reported today that when asked when the A-G’s report will be presented in Parliament, an official from the A-G’s office casually replied that it will be on December 1, which is the last day of the current parliamentary session.
When the reporter finally managed to contact the deputy A-G, he said he was not at liberty to answer any question, including whether the report is completed or when it will be presented to Parliament. He suggested that questions be directed at Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz.

'Jangan heret anak saya yang tidak berdosa'

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-Umno sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger Umno yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan, lapor Roketkini.
“Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.
“Ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Himpunan Sejuta: Pemuda PAS perlu patuh keputusan parti, kata SU Agung

KUALA LUMPUR, 18 Okt  — Pemuda PAS perlu mematuhi keputusan diambil kepimpinan parti berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.
Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan bahawa biro politik PAS, yang akan bertemu malam ini, akan mengambil pendirian sama ada Himpun merupakan strategi Umno untuk menggunakan isu etnik menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Mereka berada di bawah kami. Apa sahaja kami putuskan, mereka mesti patuh,” kata  Mustafa kepada The Malaysian Insider selepas sidang media Pakatan Rakyat hari ini.
PAS pusat akan membuat pendirian sama ada akan menyertai kempen Himpun ataupun sebaliknya malam ini.

Himpun: Pakatan tunggu keputusan PAS

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Pakatan Rakyat akan menunggu keputusan mesyuarat PAS malam ini sebelum membuat pendirian berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan 22 Oktober ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar berkata, mereka juga sedang mengumpul maklumat dari beberapa pihak berkenaan apa sebanrnya tujuan himpunan tersebut.

"Kita serah kepada kebijaksanaan PAS yang akan bermesyuarat malam ini.

Lynas: Setuju pandangan Subky

Saya amat bersetuju dengan cadangan Sdr.Subky Latif yang dipetik dari Harakahdaily bahawa Tun M harus berpindah dengan seberapa segera ke Gebeng Kuantan Pahang. Jemputan yang harus juga disambut oleh MB Pahang, Exco-exco mereka serta mereka-mereka yang menyokong kewujudan LYNAS di situ sebagai bukti keyakinan mereka kepada rakyat setempat bahawa LYNAS memang selamat untuk bertapak di Malaysia.
Saya juga ingin mencadangkan lokasi penempatan mereka itu haruslah di dalam ZON IMPAK 5KM seperti yang tertera di dalam Laporan Kajian Alam Sekitar yang sudah diluluskan Jabatan Alam Sekitar pada bulan Febuari 2008 walaupun Kajian Kesan Radiologi (RIA) ketika itu masih belum siap sepenuhnya manakala Kelulusan Membina telahpun dikeluarkan lebih awal pada bulan Disember 2007 yang lalu.

Siasat pendatang asing bebas dapat IC

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didesak menubuhkan satu badan penyiasat atau jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian warganegara asing didakwa diberikan IC dengan mudah yang berlaku di Istana Dugang Country Resort, Sepang, Selangor pada 11 dan 12 Oktober lalu.

Bagi tujuan itu, semua pihak terbabit mesti dipanggil termasuk pengusaha Istana Dugang Country Resort, penganjur program, warga asing terbabit, pemandu bas, Pemuda PAS dan pihak polis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam desakannya berkata, bagaimanapun pihaknya mahu satu jaminan bahawa semua pihak diberi kebebasan untuk memberikan keterangan kepada jawatankuasa bebas itu bukannya dipaksa menyatakan sesuatu yang tidak benar.

Gerakan Kempen Mansuh ISA 2.0 dilancar, gesa kontrak Isa dibatal

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0 dilancarkan di bangunan Parlimen hari ini sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad dibatalkan kerana didakwa menimbulkan konflik dalam agensi itu.
Kempen itu dilancarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dengan disaksikan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman.
Mengulas mengenai gerakan tersebut, Mazlan berkata ia ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Isa, bekas menteri dan menteri besar Negeri Sembilan, sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa melanggar undang-undang kecil koperasi.

Tuduh Seleweng RM55 Juta : Sengaja Calar Imej Penjawat Awam

SHAH ALAM, 18 OKTOBER : Tuduhan seorang bekas menteri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa kononnya baki peruntukan penyelenggaraan pada 2009 berjumlah RM55 juta telah dilesapkan bertujuan untuk mencalar kewibawaan dan kredibiliti kerajaan negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memandang serius tuduhan berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh serta media yang sewenang-wenangnya menyiarkan tuduhan tidak berasas berkenaan.

Rais jangan guna SKMM sebagai polis peribadi

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Rais Yatim diharap tidak menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai polis peribadinya semata-mata untuk membuktikan beliau masih lagi relevan.
Ketika menyatakan harapan tersebut kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, rakyat tidak ingin melihat mana-mana kementerian atau institusi kerajaan digunakan untuk membodek Perdana Menteri atau membuktikan kononnya seseorang itu masih lagi relevan.
Mengulas tindakan SKMM menyiasat pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksi pensayarah itu terhadap tindakan Sultan Selangor baru-baru ini, Salahuddin berharap tindakan itu dihentikan serta merta.
"Tindakan itu dilihat umum sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat ketara dan pencabulan kebebasan bersuara yang memalukan negara.

'PSC bukan saluran tepat bincang sindiket IC'

NONEJawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya bukanlah saluran yang betul bagi membincangkan dakwaan berlakunya sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, kata Pemuda PAS.

Pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi rakyat dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, PSC bertujuan mencadangkan tentang perjalanan pilihan raya, bukan berkenaan pemberian kewarganegaraan untuk tujuan tertentu.

"Lagi pun perkara ini menjurus kepada (kes) jenayah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

Guan Eng kecam ‘pembohongan biadab’ pro-Umno ganggu anak lelakinya

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Lim Guan Eng berkata keluargannya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.
“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pengamal enggan kerjasama tubuh majlis media

Majlis Perundingan Media masih belum dapat dibentuk kerana pengamal media enggan bekerjasama dengan kerajaan untuk usaha itu, parlimen diberitahu hari ini.

KPF: Isa dicabar bukti siapa setuju dengannnya

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0 dilancarkan di Parlimen hari ini sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dibatalkan kerana didakwa menimbulkan konflik dalam Felda.
Kempen itu dilancarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dengan disaksikan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman dan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan ini.

BN hutang besar, anak cucu kita kena bayar

KUALA LUMPUR, 18 OKT – Tahun ini merupakan tahun ke-15 berturut-turut Malaysia mengalami defisit apabila hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kepada RM455.75 bilion.
Ini bermakna rakyat Malaysia secara automatik “berhutang” sebanyak RM16,000 setiap seorang kerana hutang kerajaan yang besar, kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.
Justeru, beban hutang itu akan ditanggung oleh generasi sekarang dan masa depan, tidak kira sama ada individu tersebut penyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, atau tidak berparti sekali pun.
Wong yang juga Ahli Parlimen Sibu berkata Bajet 2012 Barisan Nasional telah meneruskan masalah defisit dengan menjadikannya RM51.2 bilion untuk tahun depan kerana kerajaan akan membelanjakan lebih daripada pendapatan.

Kakitangan awam lebih terbela bersama Pakatan Rakyat

Oleh Adil Mat Selamat

18 OKTOBER – Walau bermacam tawaran dan godaan Barisan Nasional terhadap kakitangan awam, satu perkara mudah dan memang diperlukan oleh perkhidmatan awam tidak berani dilakukan oleh kerajaan pusat. Pakatan Rakyat secara ikhlas dan tegas mahu memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan dalam sektor perkhidmatan awam.
Gaji minimum Pakatan
Ini bererti tidak ada sesiapa pun di peringkat paling rendah akan mendapat gaji kurang daripada RM1,100, dan ini tidak termasuk elaun-elaun lain serta peluang-peluang kenaikan gaji dan pangkat.

Laporan Polis Terhadap AHMAD MASLAN Kerana Tayang Video Lucah Di Kuala Kangsar

Oleh pkrcabangtambun

KUALA KANGSAR 17 OKTOBER : Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar,Perak sebentar tadi berhubung satu aduan mengenai tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan yang didapati telah menayangkan satu rakaman video seks kepada umum.

Apabila Masjid Baru Jalan Pusara Dikuasai Oleh Puak Munafiq UMNO

Oleh: Tok Janggut

Jalan Pusara yang terletak di Bandar Kuala Terengganu dikelilingi oleh kawasan taman perumahan elit yangmana sebahagian besar penduduknya adalah pesara-pesara kerajaan yang bergelar Datuk atau Dato' yang juga merupakan penyokong totok UMNO. Dahulunya terdapat sebuah surau lama untuk kegunaan penduduk setempat untuk bersolat dan kini telah tersergam indah sebuah masjid baru anugerah dari kerajaan negeri yang dibina dengan menggunakan wang hasil milik negeri yang juga milik semua rakyat Negeri Terengganu.

Antara Kisah Silam Mahathir Dan Pelacur....

Oleh: kiyaiharaki

Akhirnya manusia bernama Mahathir bersuara,barangkali kerana merasakan suara itu ada sakti untuk memperbodohkan mereka yang sudah lama bodoh kerana membiarkan BN terlalu lama memerintah.Apa lagi yang ingin Mahathir suarakan pasal raja-raja Melayu kerana selama ini Mahathirlah raja segala raja.Rajanya Mahathir kerana tidak ada rakyat dibawah yang pernah mendengar Raja menegur Mahathir selama dia menjadi Perdana Menteri.

Bahkan sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO, terpahatlah sebuah filem panjang pada perhimpunan agung UMNO bila habis segala yang ada pada tubuh Raja-Raja Melayu cuba ditelanjangkan.

PAS raih keyakinan pengundi

Oleh LIM HONG SIANG
 
Keputusan pimpinan PAS untuk mengambil pendekatan yang “sederhana” dalam isu perkahttp://dppbtr.files.wordpress.com/2009/09/bendera-pas.jpg?w=468&h=273uman dan agama, selepas tsunami politik 8 Mac 2008 adalah tepat. Kini pengaruh PAS semakin berkembang ke seluruh negara.
PIMPINAN MCA mungkin terpegun apabila terbaca satu tulisan yang kini disebar luas dalam laman sosial, Facebook, berjudul “Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!”. Tulisan ini dimuat-naik 48 jam selepas MCA melabuhkan tirai perhimpunan agung tahunannya pada 2 Oktober, sebagai reaksi terhadap tema perbahasan MCA kali ini.

Mempertahan kerajaan PAS

Oleh ABU FIRDAUS
 Sebagai sebuah parti politik yang menang di peringkat negeri, maka PAS tidak akan dapat mencorhttp://3.bp.blogspot.com/_eA-KOthxkeI/TQjUT9HNf0I/AAAAAAAAC8M/gD0PKHZH698/s400/bendera%2Bpas%2Bberkibar.JPGak negara secara menyeluruh. Ia memerlukan suatu gerakan yang membahas habis fahaman politik Islam.
 
PERASAAN ini hampir serupa. Iaitu ketika gerakan Islam menang menubuhkan pemerintahan Islam yang penuh harapan akan wujudnya keadilan dan cita-cita haraki.Dalam hidup ini, penulis dapat merasakan perasaan gembira ini ketika gerakan Islam menang di Iran, Afghanistan, Kelantan, Turki, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Ameerah: Gelombang Epal Hijau santuni wanita muda

DEWAN Muslimat PAS Pusat terus melangkah gagah. Setelah memurnikan Nisa dan Brighttp://www.mmk.kelantan.gov.my/v3/images/stories/Adn/mumtaz02bg3.jpged Muslimat, kini tampil bersama produk Ameerah dengan ‘Gelombang Epal Hijau’. Ameerah dilahirkan untuk menyantuni politik wanita muda, bagi mencetuskan Malaysia Baru yang lebih cemerlang.
Bersempena sambutan Kongres 60 Tahun PAS pada 1 Oktober lalu, Amerah dilancarkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disaksikan lebih 2,000 hadirin di Dewan Milenium, Kepala Batas.

Hudud: Bertanyalah pada yang arif

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
ALLAH SWT berfirman menerusi ayat 43 surah an-Nahl dan ayat 7 surah al-Anbiya yang bermaksud: “Maka hendaklah khttp://www.informasi.my/wp-content/uploads/hudud.jpgamu bertanya kepada ahli ilmu (tentang urusan agama) jika kamu tidak mengetahuinya.”
Ahli ilmu agama boleh dikategorikan sebagai para alim ulama seperti para mufti, ustaz/ustazah yang berkebolehan, para pendakwah, pensyarah universiti/kolej, para imam yang berkelayakan dan apa pun namanya, asalkan mereka mampu memberi jawapan atau tunjuk ajar yang betul untuk memahami Islam.

Ia merupakan perintah Allah SWT agar umat Islam berbuat demikian bagi menjernihkan keadaan untuk merungkai sesuatu permasalahan bersifat sejagat agar dapat mengelak daripada disalah-tafsirkan oleh individu yang tidak berkenaan yang tidak memahami tuntutan ajaran agama dengan gambaran yang sebenar seperti yang dikehendaki al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Pahlawan Umat ‘sepanjang zaman’

leh SALMIYAH HARUN
PENGLIBATAN Almarhum Dr Burhanuddin Al- Helmy di dalam PAS sejak tahun 1956 dengan mengambil pendekatan terbuka telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah ahttp://2.bp.blogspot.com/_k-T00j1sycM/THFDg7wvHhI/AAAAAAAAEIo/jNgfnddB78w/s1600/burhanuddin1.jpgrus perdana politik negara pada masa itu. PAS dilihat ada kelainan kerana tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.
Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada Umno

Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai dasar perjuangan. Di atas dasar inilah, PAS Pusat memberi pengiktirafan kepada Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai ‘Pahlawan Umat’ bagi menghargai jasa beliau meningkatkan syiar Islam, meningkatkan dakwah dan memimpin gerkan politik di negara ini.

Mat Sabu, terbuka terima memo Perkasa

Oleh FAIZ ABDULLAH
“Siapa kata Mat Indera komunis? Utusan Malaysia? Ada kamu baca blog dan media alternahttp://2.bp.blogspot.com/-a68BziWl62k/TkZrh2F2ZCI/AAAAAAAAG7w/R7yY8WZiM9E/s400/mat-sabu.jpgtif? Ada kamu dengar rakaman ucapan saya? Cari fakta dan kebenaran sebelum berhujah.Jangan berhujah berpandukan laporan Utusan Malaysia sematamata.
“Kalau ikutkan saya tidak perlu melayani anda semua kerana kes ini telah dibawa ke mahkamah. Biar saya berhujah di mahkamah.

“Walaupun anda membawa banner menghina saya malam ini tetapi saya sanggup berjumpa anda berdua kerana saya ingin beri peluang serahkan memorandum dan saya ingin tahu apa yang anda tidak puas hati.”