Isnin, 17 Oktober 2011

Malaysia bakal lewati had hutang, Anwar cabar Najib debat


KUALA LUMPUR, 17 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kritikan Datuk Seri Najib Razak yang melabel Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 sebagai “belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat” adalah sesuatu yang dangkal.
Malah Anwar berkata, kenyataan itu membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.
Sehubungan itu Ketua Pembangkang berkata, beliau mempelawa Najib berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.

Menteri: Gubal undang-undang murtad serah pada negeri

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Cadangan mewujudkan Akta Murtad perlu dikaji secara menyeluruh daripada peringkat negeri dan persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata untuk melaksanakan sesuatu akta berkaitan dengan agama Islam, ia harus dirujuk dahulu di peringkat negeri sebelum dibawa ke peringkat persekutuan kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa sultan untuk diputuskan.
“Akta (Akta Murtad) ini perlu dirujuk terlebih dahulu di peringkat negeri... adakah akan dilaksanakan atau tidak ia bergantung kepada negeri tersebut,” katanya pada sidang media, dipetik Bernama Online.

Video : Inside Story - Demanding 'economic justice'

Ghapur Kantoikan Rahsia Koh Tsu Koon Rasuah RM300 Seorang


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Kesian, kesian...

Sampai kena rasuah orang suruh datang majlis yang "suam-suam kuku" kah kah kah...

Bukan setakat terpaksa hangkut orang Gerakan, orang Umno-APCO tempat dia pun kena sumbat sama kasi nampak ramai-ramai kah kah kah...

Macam ni ke kata nak rampas balik Pulau Pinang kah kah kah...

Video : World Population Hits 7 Billion, Challenges Loom

IRF bimbang Himpunan Sejuta Umat beri gambaran salah tentang Islam

IRF berkata perhimpunan Sabtu ini akan menggambarkan Islam sebagai “agama tidak toleran”. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Islamic Renaissance Front (IRF) bimbang Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang diadakan di Shah Alam, Sabtu ini antara lain untuk menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

AWAS, JPJ Laksana Akta Baru, Sasaran Motosikal di Kawasan Pedalaman, Kampung


Saya petik:

[SH] MARAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri diarah untuk melakukan operasi tumpuan terhadap pengguna motosikal sejak awal bulan ini melalui sekatan jalan raya meliputi kawasan pedalaman dan kampung.

Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad berkata, tumpuan diberikan terhadap kumpulan itu yang merupakan penyumbang terbesar kemalangan jalan raya maka operasi berterusan akan dilakukan di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu turut mendapat reaksi Dewan Rakyat yang melahirkan kebimbangan apabila 62 peratus kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal terutama pada musim perayaan.

Hadiah Deepavali Bagi Kuil Puchong


PUCHONG: Setelah lebih 20 tahun berjuang untuk mendapatkan hak tanah, akhirnya Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Devasthanam boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor bakal mewartakan tapak kuil ini sebagai hak mereka.

'Greedy' Soi Lek eyes Malay-dominated seats in Perak, N Sembilan or Johor

'Greedy' Soi Lek eyes Malay-dominated seats in Perak, N Sembilan or Johor As predicted by pundits, MCA president Chua Soi Lek is casting an eye on parliamentary seats in Perak and Negri Sembilan apart from his own state of Johor, where he is expected to face the brunt of Chinese voters and suffer an ignominous defeat.
"He will go for the BN's Malay-dominated safe seats. It is a telling sign that he doesn't dare stand in Johor. I am not sure if MCA delegtes will be happy that he is trying to grab 2 seats - his old Labis constituency for his son Tee Yong and now a fresh safe seat for himself. Even Umno might not like that sort of greedy behaviour," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
False humility?

Video : The new battle lines between employers and workers in Britain

Video : Interview with Nik Nazmi Nik Ahmad on Malaysian Politics

Najib sahkan UMNO Pulau Pinang hanya kuda tunggangan Gerakan.

“UMNO tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain,” kata Najib.

Kenyataan Najib itu membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang sekali lagi bersedia menjadi kuda tunggangan kepada Gerakan dan MCA di Pulau Pinang jika mereka boleh menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.


Oleh itu mana-mana pemimpin dari UMNO Pulau Pinang yang kini sedang bermimpi untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.. teruskanlah bermimpi!!

********************

Najib: Umno tidak akan tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

“Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

“Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah,” kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

“Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

Harussani antara penceramah Himpunan Sejuta Umat

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang juga ulama berpengaruh yang mencadangkan undang-undang anti-murtad digubal adalah antara penceramah utama pada Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Pengerusi bersama acara itu, Yusri Mohamad berkata, selain Harussani, beliau dan pengerusi bersama Mohd Azmi Abdul Hamid, yang juga pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia, akan menyampaikan ucapan.

Zul Kulim : Kristianisasi jadi isu perhimpunan 22 Okt

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau akan menimbulkan isu Kristianisasi ke atas orang Islam dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober nanti.

Beliau mendakwa, isu tersebut perlu dibangkitkan demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Isu berkenaan juga akan ditimbulkannya untuk  "menangani isu murtad apabila timbul banyak isu dan serangan terhadap akidah umat Islam."

NONE"Saya akan rujuk beberapa kes termasuk cadangan penubuhan negara Kristian dan penglibatan gereja secara langsung.

"Sekarang gereja sudah berani terlibat dalam kes murtad. Dan kita ada bukti itu," dakwanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan itu akan membangkitkan permusuhan antara penganut Islam dan Kristian, bekas pemimpin PKR itu berkata:

"Saya rasa sudah ada pihak pun yang mengapi-apikan isu agama ini untuk kepentingan politik mereka."

"Pada saya ini isu akidah umat Islam. Kalau kena pertahankan, kita pertahankanlah."

Umpan bajet One-Off dan malapetaka dari Perancis

Oleh TARMIZI MOHD JAM
BETULKAH Perdana Menteri terlalu gembira selepas pembentangan Bajet Transhttp://2.bp.blogspot.com/-JVr6giAMGKM/To-3XC7oOgI/AAAAAAAAAlE/IaqlM4n9slk/s1600/najib+bajet.jpgformasi 2012, 7 Oktober lalu? Kelibatkanya mengulas dan menghadiri beberapa pertemuan dengan jentera pilihan raya BN, di Wilayah Persekutuan dan Selangor, dilihat begitu yakin dengan belanjawan defisit yang diutarakanya.
Bajet one-off yang dipamerkan Najib Tun Razak jelas tidak berhasrat untuk membaiki kedudukan ekonomi negara. Tanpa reformasi politik yang menyeluruh diselitkan sebagai roh belanjawan itu, Najib seakanakan memperjudikan bajet itu sebagai umpan PRU-13 yang disebut-sebut November ini.

‘All financial eggs in one place recipe for failure ‘

KL's International Financial District is doomed to follow in the footsteps of failures such as the MSC, Bio-Valley and E-Village, claims DAP's Tony Pua.
KUALA LUMPUR: KL’s International Financial District (KLIFD) is doomed to failure if it puts all its financial eggs in one basket, the DAP claimed today.
PJ Utara MP Tony Pua said that projects similar to the RM26-billion KLIFD, such as the Multimedia Super Corridor (MSC), were introduced as “property plays”, which eventually failed.
“The failure of these projects lies in the factor that they were schemed as property development projects and real estate plays,” he said.
Pua added that the federal government also gave financial incentives for companies to come to the 75-acre KLIFD, and claimed that the former did it to “boost the industry”.
According to the 2012 Budget, these perks – introduced by Prime Minister Najib Tun Razak – included:
  • income tax exemption of 100% for a 10-year period
  • stamp duty exemption on loan and service agreements

Dakwaan hina Sultan: SKMM siasat Aziz dan Mkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah diraja Sultan Selangor baru-baru ini.

Sabah Umno MP claims Gerakan hired crowd for launch

Ghapur said Gerakan would fare no better in Sabah. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 17 — A Sabah Umno lawmaker today accused Gerakan of paying RM300 to members of the public to attend a launch of its branch office in Tawau by Tan Sri Koh Tsu Koon a few weeks ago. Kalabakan MP Datuk Ghapur Salleh said this in Parliament today while telling the Gerakan president to forget about contesting in Sabah as the Chinese community there would not support the party.

Pakatan accuses Najib of pushing ‘Bush policies in disguise’

KUALA LUMPUR, Oct 17 — The federal opposition accused Datuk Seri Najib Razak today of practising “Bush policies in disguise” by implementing the “trickle-down economics” of George W. Bush, the last Republican president of the United States.
Yesterday, the prime minister called the opposition’s shadow budget a “right-wing Republican” budget that failed to address the needs of the people.
The prime minister said Pakatan Rakyat’s (PR) shadow budget, unveiled three days before his own Budget 2012, had only focused on Malaysia’s budget gap and national debt but made no mention of public welfare.
“When they debate in Parliament they sound like very fiscal, right-wing Republican conservatives. About fiscal deficit, about debt ... (but) nothing about the people,” the PM had said.

Video-Nurul Izzah: Buat Apa Nak Bagi Skim Mydin?

Video-Nurul Izzah: Kita Tahu Yang Susah, Yang Perlu, Yang Wajib Dipejuangkan Adalah Rakyat Terbanyak

Video-Belanjawan: Anwar cabar Najib debat

Video : Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah?

Video : Kempen Tangani Gejala Arak Di Selangor

Video : Himpun digesa fahami ancaman sebenar akidah

Rakyat tak lupa penderhakaan Che Det kepada Raja..Tapi Che Det mudah lupa..!!!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini “sebagai kurang ajar.”
Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.
“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Kavita Kaur tidak kurang ajar dan menurut sahaja

Utusan Malaysia melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kata, tindakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan apa yang sultan Selangor kata adalah perlakuan kurang ajar.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Dr Mahathir (lihat Utusan Malaysia hari ini "Aziz Bari kurang ajar").

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam pernah kata:
Saya juga pernah menyarankan orang Melayu supaya bersikap 'kurang ajar' dan kenyataan itu ternyata telah salah digunakan apabila saya menghadapi masalah politik. Tetapi jika dilihat dari aspek yang neutral, 'kurang ajar' itu merupakan satu konsep berani bertanya dan berani menyoal.

Pada saya, berani bertanya dan berani menyoal ialah petanda bahawa manusia itu aktif dan 'hidup' dan untuk mencapai kemajuan kita mesti bertanya dan mesti mengkritik. Itulah inti demokrasi (lihat Utusan Malaysia 1/11/98 "Keresahan masyarakat Melayu moden - 'Kurang ajar' konsep berani bertanya dan menyoal - Musa").
Dalam tiga isu utama, iaitu mengkudungkan imuniti raja-raja, memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menghambat Mamat itu dari Umno dan menentang kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Mamat itu menjadi Perdana Menteri, saya adalah penyokong tegar Dr Mahathir. Dalam tiga bab itu sahaja.

Tapi dalam bab apa yang Dr Abdul Aziz kata kat Tengku Idris Shah itu, saya tak sokong langsung Dr Mahathir. Dalam bab tu, kita kena pegang apa yang Musa cakap. Sebabnya itulah tandanya Dr Abdul Aziz aktif dan 'hidup' dan bergerak mencapai kemajuan. Dr Abdul Aziz adalah pendidik anak bangsa. Gila dan macam syaitanlah kalau kita nak dia jadi pensyarah yang terjelepok moyok, macam nak mampoih dan melekat atas tanah macam lembu kenyang yang dicucuk hidung - langsung tak bergerak nak mencapai kemajuan.

Berdasarkan apa yang Musa cakap, Dr Abdul Aziz mesti kurang ajar. Mesti!

Lainlah Kavita Kaur. Dia dalam industri lain. Bukan sahaja saya yakin dia aktif memberikan sumbangannya, malah saya juga yakin dia tidak kurang ajar. Besar kemungkinan dia tidak mempertikaikan dan menurut sahaja.

Apa-apa pun, orang Islam haram mentaati dan menjunjung kaki minum whiskey (Gambar di atas ihsan MIGF).
Penrik Beca.

Kenyataan Najib Mengelisahkan Umno P Pinang?

PENGAKUAN Najib Razak semasa merasmi konvensyen Gerakan semalam yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya memerintah negeri itu tentunya disambut dengan rasa berbelah bagi dan pro-kontra di antara masyarakat Cina (UBN) dan Melayu Umno di negeri berkenaan.

Orang Cina Gerakan dan MCA merasa senang dengan pengakuan Najib itu. Pengakuan itu akan memberi keyakinan kepada mereka tentang stail atau transformasi politik Umno yang penuh bertolak ansur. Setidak-tidaknya begitulah bingkasan awal mereka. Serentak itu juga masyarakat Cina tidak perlu merasa cuak dengan gelagat Umno Pulau Pinang ke belakangan ini yang cuba menunjukkan taring dan pengaruh mereka untuk menawan negeri itu.

Ucapan YAB Menteri Besar Kelantan Sewaktu Menyokong Usul Junjung Kasih dan Tahniah Kepada KDYMM Sultan Muhammad ke V Hari Ini

JUNJUNG KASIH DAN TAHNIAH DI ATAS PEMILIHAN KDYMM SULTAN MUHAMMAD KE V SEBAGAI TIMBALAN YANG DIPERTUAN AGONG

Bismiilahirrahmanir rahim

YANG BERHORMAT DATO SPEAKER

Saya bagi pihak batang tubuh dan kerajaan negeri Kelantan memohon untuk menyokong usul yang dikemukakan oleh Kelab Penyokong Kerajaan iaitu usul junjung kasih dan tahniah di atas pemilihan KDYMM al-Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong bagi tempoh 5 tahun bermula 13 Disember 2011.

Mewakili seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, setinggi-tinggi junjung kasih dan tahniah dirafakkan kepada KDYMM Sultan Muhammad ke V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim yang telah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong. Selaku Menteri Besar, saya melahirkan rasa syukur teramat sangat dengan pemilihan yang telah dibuat oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara 13 Oktober 2011 yang lalu. Semoga Ke Bawah Duli Tuanku dilimpahkan keberkatan yang berpanjangan serta kesihatan yang berterusan untuk terus menaungi rakyat negeri Kelantan serta berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong. Junjung kasih dan doa tulus ikhlas untuk KDYMM Tuanku al-Sultan Kelantan.

PRU-13 : Pro-M Nasional Gesa Mahasiswa Segera Daftar


Mohd Taufiq (kanan)
Kuala Lumpur, 17 Okt : Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul hari ini menggesa seluruh mahasiswa yang menuntut di IPTA/IPTS baik di dalam mahupun luar negara agar segera mendaftarkan diri sebagai daftar pemilih.
Sehingga hari ini, kira-kira 3:4 juta daripada penduduk Malaysia berumur 21 tahun ke atas masih tidak mendaftar sebagai pengundi.

Isu Bas, Caj Internet RM100 : MPMUM Kemuka Lima Tuntutan

Universiti Malaya, 17 Okt : Badan tertinggi mahasiswa di Universiti Malaya iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa UM hari ini dan juga semalam telah ‘berjaya’ mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu yang sedang menjadi topik perbualan mahasiswa/i UM ketika ini.

Kekejaman Akta Muflis: Boleh dipenjara?

Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga. Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis.

'Ketua audit ditekan supaya tapis laporan?'

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.

Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasilnya.

SPR tangguh bicara kes bantahan pengundi pos

KETEREH, 17 Okt: Pada akhir tahun lepas penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.
Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut.
Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua baru-baru ini, undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula.

PAS: Tiada seorang pun manusia yang maksum

Berlandaskan ajaran Islam, tidak ada manusia, termasuk kerabat diraja di negara ini yang bebas daripada kecenderungan untuk melakukan kesilapan, kata timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

Kempen Tangani Gejala Arak Di Selangor

SUBANG 17 OKT : Bagi menangani masalah gejala arak serta kesannya terhadap masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif melancarkan kempen Pencegahan Arak dan Pelancaran Logo Anti Arak Peringkat Negeri Selangor 2011 di sini.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata usaha dan cabaran mendidik masyarakat berhubung kesan negatif pengambilan arak adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.

Beri IC segera, KDN jangan lepas tangan- Azmin

KUALA LUMPUR 17 Okt: Kementerian Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap pemberian kad pengenalan segera kepada 240 warga asing di Putrajaya, minggu lalu.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyerahkan dakwaan itu kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambaibaik pilihan raya.
“KDN adalah salah satu kementerian yang terlibat secara langsung dalam pemberian kad pengenalan. Bukan PSC yang hanya boleh memberikan cadangan sahaja. Jadi dia (Hishamudin) kena jawab dulu, jangan lepas tangan,”

Lensa : Kemalangan Indycar 300 Yang Meragut Nyawa Seorang Pelumba (8 Gambar)



Video : [HD] IndyCar 2011 - Dan Wheldon Fatal Crash (Multi Camera Replay)

Video : [HD] IndyCar 2011 - Las Vegas Big Crash (Replay)

Video : Kenyan troops push into Somalia

Video : PKNS Tawar Pakej Istimewa Sewa Ruang Pejabat

Video-PAS Selangor: Kami masih perlukan Hasan Ali

Video : PAS reserves support for anti-apostasy rally

Video-Liwat II : Pembelaan Tutup Kes Tanpa Panggil Saksi Baru 17/10/2011

Video : Activist turned 'preacher' slams Wall Street

Video : Isu SRS - MP PAS Bachok Soal Menteri Di JPM

Video : Isu Makanan Halal di Hospital - MP PAS Hulu Langat

Gaduh dalam PKR

Oleh: MSK
Masa aku dalam PKR, ramai yang marah kat sebab depa kata aku bukan nak membantu PKR atau Pakatan. sebab aku jarang kutuk Umno…sebaliknya selalu kutuk PKR sendiri. Aku buat macam tu supaya PKR menjadi lebih baik..sebab dengan kritikan dan kutukan, pemimpin boleh sedar diri. Jadi bila aku keluar PKR, aku harap PKR akan menjadi lebih kuat..sebab dah tak ada pengacau.
Aku pun bukan marah kat semua yang ada dalam PKR tu. Yang bagus tetap aku sokong. Malah aku masih lagi buat kerja untuk depa. Cuma yang seronok, sekarang aku boleh tolong Pas, PKR dan DAP sekaligus sebab dah tak ada halangan. Sapa yang bagus, aku bantu apa yang aku boleh bantu.

Misteri Segitiga Bermuda.



Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.

AlQuraan Menjawab Teka Teki Pembinaan Piramid

Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.

TM sudah kenakan cukai 6% sejak Mac

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Para pengguna telefon, khususnya pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TMB) yang mendapatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di negara ini, mungkin tidak menyedari cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan ke atas mereka sejak bulan Mac lalu.

Meskipun terdapat kenyataan daripada pihak TM yang mengatakan pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti, kenyataan tersebut ternyata meleset.
Seorang pelanggan TMB, Rizal Ibrahim, 37, dari Damansara Damai, Selangor, menjelaskan, kenyataan itu boleh dibuktikan menerusi bil yang diterima pada bulan Mac lalu khususnya bagi bil bulan Februari 2011.

Perkasakan sukarelawan dalam memerangi gejala sosial

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi warga Malaysia pada tahun 2000 berjumlah 23.3 juta orang, manakala pada tahun 2010 ia meningkat menjadi 28.3 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 61.3 peratus atau 17.35 juta beragama Islam.
Seringnya dakwah melalui ceramah dilaksanakan di zon selesa seperti di masjid, surau, dewan seminar, ceramah perdana, forum perdana, dewan kuliah dan seumpamanya. Bahkan dakwah berlangsung setiap hari. Namun persoalan utama yang bermain di fikiran penulis ialah, komitmen umat terhadap masa depan Islam tidak menunjukkan perubahan yang signifikan dari semasa ke semasa.
Sesetengah orang berpendapat bahawa umat Islam semakin jauh dari agamanya. Berada di lokasi ‘mungkarat’ yang tidak mendapat sentuhan para pendakwah dan ulama menyebabkan sewajarnya alternatif dilakukan bagi mengubah segala yang tersebut. Hal ini patut menjadi renungan kita bersama kerana realiti masyarakat yang dikerumuni kemaksiatan mungkin menjadi sebab mengapa seruan para pendakwah dan ulama di lapangan mengalami ‘kemandulan’.

Ketua Umno: Rakyat tolak MCA, Gerakan

"Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding," kata ketua Umno Bukit Gelugor.
PETALING JAYA: Umno Pulau Pinang menegaskan BN tidak akan mampu merampas Pulau Pinang jika Gerakan dan MCA terus ditolak pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti.
Ketua Umno Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar berkata, Gerakan dan MCA kalah besar dalam pilihan raya umum 2008.
Menurutnya, Umno cuma kalah empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 15 yang ditandingi dan dua dari empat kerusi Parlimen pada 2008.
“Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding.

Presiden Gerakan: Pengekalan Koh Tsu Koon Akan Untungkan Pembangkang

kohBARISAN NASIONAL mewar-warkan strategi calon boleh menang atau ‘winnable candidates’ untuk Pilihanraya ke-13, namun umum tahu bahawa tidak semudah itu untuk parti tersebut mencari calon yang memenuhi kriteria tersebut.
Lebih dari itu, BN juga nampaknya mengalami masalah dengan beberapa pemimpin tertinggi parti-parti komponennya.   Antaranya, Parti Gerakan yang mana Presidennya, Koh Tsu Koon dilihat sebagai liabiliti kepada BN.
Masalah dengan Koh Tsu Koon bukannya baru.   Cakap-cakap mengenai kelemahannya sudah lama kedengaran.  Malah ada juga bekas pemimpin UMNO yang menulis di blognya menyentuh perihal sikap Koh Tsu Koon yang suka bermuka-muka dan tidak ikhlas serta tidak boleh dipercayai berdasarkan pengalamannya dengan Presiden Gerakan itu.

Biz course for foreigners: Hisham has no details

He rejects PAS’s claim that the 240 permanent residents were to become citizens who would vote for BN.
KUALA LUMPUR: Home Minister Hishammuddin Hussein today said he has no details about an entrepreneurship course in Bangi that the police said was tailored for permanent residents.
PAS has alleged that the foreigners, ferried in six buses from Johor last Wednesday, were actually on their way to Putrajaya to receive their citizenship status to allow them to vote in the coming election.
Speaking to reporters in Parliament, Hishammuddin rejected the allegation but said he had no knowledge about the entrepreneurship course. However, he added that he would investigate and give the details when he had them.

Calon Muda Jadi Pilihan PRU 13

azmnSHAH ALAM :   PKR Selangor kini telah memasuki fasa terakhir dalam persiapan menghadapi pilihanraya umun ke 13 (PRU 13), termasuk dalam menyenaraikan ramai muka-muka baru di kalangan golongan muda sebagai calon. Pengerusinya, Azmin Ali memberi gambaran awal bahawa proses penyenaraian tersebut hampir selesai dan hanya sebilangan kawasan sahaja yang masih dalam penelitian. Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, pemilihan calon yang mampu mengisi tanggungjawab parti adalah penting bagi memastikan insiden pemimpin melompat parti tidak berulang. “Pemilihan muka baru adalah proses biasa dalam mana-mana pilihanraya, PKR mahu menonjolkan calon-calon dalam kalangan anak muda terutama di peringkat akar umbi. calon terbabit mestilah dipersetujui bukan sahaja di peringkat ranting atau cabang malah dikalangan pengundi dan pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri,” katanya ketika dihubungi sinar harian semalam.

BN terus pinggirkan Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 17 OKT – Walau pun Bajet Barisan Nasional 2012 diwarwarkan sebagai bajet rakyat berpendapatan rendah oleh para pengampu mereka, rakyat miskin kekal menderita dengan janji-janji palsu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata, projek-projek dalam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri dua tahun lalu telah gagal mencapai matlamatnya.
Beliau memberi contoh-contoh kegagalan BN yang menyebabkan tekanan hidup semakin memburukkan keadaan rakyat berpendapatan rendah, terutama rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Di Sabah yang didakwa kubu kuat BN:
* Sehingga September lalu, 180,48 km jalan bertar telah siap atau telah diperbaiki. Bagaimana pun, sasaran sebenarnya ialah 366,67km, iaitu hanya mencapai 49 peratus.
* Hanya 3,463 isi rumah luar bandar dan pedalaman telah mendapat bekalan air bersih, gagal dan jauh dari sasarannya, iaitu 18,063 – hanya mencapai 19 peratus.

Bila Najib nak lunaskan hutang kerajaan?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
MENURUT Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mudah untuk membuat janji dengan wanhttp://4.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/TSxd4dVf_UI/AAAAAAAAaMw/XFcKKNBfR0Q/s320/bengkrap.jpgg yang kita tidak miliki, apabila kita bukan kerajaan dan selagi kita boleh memengani pilihan raya (dibaca sebagai umpan pilihan raya umum).
Komen tersebut yang dibuat oleh mantan PM dan juga mantan Menteri Kewangan adalah antara reaksi kem Umno-BN sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan (bayangan) bagi tahun fiskal 2012.

Apa ertinya label negara selamat

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
Kes pembunuhan semakin menjadi-jadi; keluarga mangsa tentu tidak setuju Malaysia diberi taraf negara paling selamat di Asia Tenggara. Bagaimana pula mangsa sahttp://3.bp.blogspot.com/_enjiFUTUQVY/Sk2p_XNi0bI/AAAAAAAAADQ/ga6FU30iErY/s320/jenayah.jpgmun yang semakin meningkat di ibu kota?
HIDUP selepas ini tentunya tidak lagi sama buat keluarga mendiang Saw Yee Siang dari Tumpat, Kelantan. Kontraktor berusia 57 tahun itu ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di sebuah kebun pisang berdekatan Binjai, Kota Bharu, pada Selasa (4 Oktober) lalu.

Kelemahan ketara Ahmad Said

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
PADA hujung minggu lepas saya berkesempatan hadir memenuhi undangan majlis makan mahttp://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2008/04/said.giflam sempena ‘Aidilfitri’ di Bukit Damansara. Majlis di sebuah rumah banglo tersergam indah di kawasan perumahan elit itu adalah milik seorang tokoh koperat terkenal asal Terengganu, juga turut dihadiri oleh sekumpulan ahli-ahli korporat serta penjawat awam warga Terengganu yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor

Sungguh membanggakan apabila saya dapati begitu ramai anak kelahiran Terengganu yang kini berjaya dalam karier mereka di tengahtengah kota besar ini.

Tun Razak akui hak negeri dapat royalti 5 peratus

KOTA BHARU, 17 Okt: Pada 27 November 1975 Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien memberitahu parlimen setiap negeri yang ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti 5 peratus.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, sepatutnya Perdana Menteri yang ada sekarang menghormati pendirian dibuat bapanya sendiri.
“Kalau bapa sendiri tidak dihormati apa pula orang lain. Sepatutnya dengan slogan 1Malaysia hak kepada Kelantan patut diberi.

Himpunan anti murtad: PAS beri sokongan bersyarat...

PAS Selangor akan hanya menyokong konvensyen Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Belanjawan: Anwar cabar Najib debat

PETALING JAYA, 17 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.
 Katanya, adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai ‘belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat’.
"Ini membuktikan Datuk Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Justeru, beliau mempelawa Najib berdebat yang seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri takut hadapi kenyataan

Suhaizan Kayat   
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.

Mustahil Ratu Elizabeth sengaja berpakaian kuning

KUALA LUMPUR 17 Okt: Adalah mustahil Ratu Elizabeth II sengaja memakai pakaian berwarna kuning ketika menerima kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya pada 14 Julai lalu.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata demikian terhadap jawapan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay, yang mengandaikan Ratu Elizabeth sebagai ‘ceria, gembira, dan bahagia’ ketika memakai baju berwarna kuning itu.
“Apakah kerajaan mentafsir tanpa membuat kajian? Atau adakah ia secara kebetulan dan tak memberi apa-apa mesej?,” Soal Sivarasa dalam soalan tambahannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Kuning merupakan warna tema Bersih 2.0 yang mengadakan himpunan pada 9 Julai, namun menerima tekanan hebat daripada kerajaan apabila ratusan peserta ditangkap, manakala ribuan yang lain dibelasah dan disembur dengan gas pemedih mata.

Tubuh J/kuasa siasat kematian remaja di Glenmarie

KUALA LUMPUR 7 Okt: Kematian tiga remaja yang ditembak polis seperti yang berlaku di Glenmarie, Shah Alam tahun lalu mungkin berulang sekiranya tiada  keazaman politik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Justeru, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut KDN  menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat latar punca ketiga remaja tersebut ditembak.
“Kita minta supaya ditubuhkan jawatankuasa siasatan. Mereka tidak ada rekod jenayah. Polis mengatakan bahawa mereka adalah Geng Minyak yang melakukan jenayah samun dan ditembak kerana cuba menyerang,” kata Johari.
Dalam kejadian tersebut,  Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20 dan Muhammad Hanafi Omar, 22 ditembak mati oleh polis selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Anwar, Hadi to launch Abolish ISA 2.0: Not the draconian law but Isa Samad!

Anwar, Hadi to launch Abolish ISA 2.0: Not the draconian law but Isa Samad!Pakatan Rakyat top guns will launch an Abolish ISA Movement 2.0 in Parliament on Tuesday. But lest anyone is mistaken in thinking that the movement is related to the draconian Internal Security Act, it is not. Instead, it refers to Isa Samad, the former Negri Sembilan chief minister Umno veep who was suspended for money politics.
Opposition Leader Anwar Ibrahim and PAS president Hadi Awang are expected to officiate the 12.30pm launch.
Abolish ISA 2.0 is a coalition of existing NGOs, which have grouped together to demand that Felda terminated Isa Samad's contract as chairman of the land resettlement agency as soon as possible. Among the prominent NGOs in the movement are the Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Bangkit and Waris.

Who’s got contract for new MyKad?

What's the point of having hi-tech security features in the new MyKad, if you have corrupt officers issuing them?
KUALA LUMPUR: Opposition MP for Teluk Intan M Manogaran wants the government to reveal the name of the company which was awarded the contract to print the new set of MyKad, scheduled to be launched in January next year.
He also wants Home Minister Hishammuddin Hussein to reveal “who owns the company and the cost of (producing) each of the new MyKad”.
“We want Hishammuddin to reveal the name of the company awarded the contract, who owns the company  and the cost of (producing) each of the new MyKad,” he said.

Kematian Beng Hock menjadi sia-sia?

Kemerosotan yang berterusan dan bukannya pemulihan kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini

(a) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Teoh Beng Hock tidak membantu dalam memulihkan keyakinan orang ramai terhdap kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini yang terus merosot.

Satu kecacatan paling serius laporan RCI Teoh Beng Hock adalah kegagalannya untuk meletakkan tanggungjawab terhadap kematian TBH ke atas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sungguhpun terdapat bukti yang melimpah-limpah semasa prosiding RCI.