Jumaat, 14 Oktober 2011

Video-Khalid Samad: Why Malaysian MPs Don't Deserve A Pay Raise

Video-NATO: Libya Action Shows Europe's Commitment

Video : Al Jazeera's Jane Arraf latest updates on Syria

Video : US pressing for Iran sanctions

Video-Tunku Abdul Aziz: Together We Will Change Malaysia, Once & For All,

Maid: Cambodia bans Malaysia

Cambodia has banned its citizens from going to work in Malaysia as maids, its prime minister said today, following a series of horrific reports of beatings and rapes.The order follows a similar ban imposed by Indonesia on its citizens from taking new jobs as domestic workers in Malaysia, where maids are common in middle-class households, thanks in part to a large migrant labour pool.“I would like to congratulate the prime minister for the suspension,” Cambodia opposition lawmaker Mu Sochua of the Sam Rainsy Party told Reuters after the decision by Prime Minister Hun Sen.

Pemimpin Umno mahu Islam dianggap ganas!

Siapa yang patut malu? Bukan Islam ke atau orang Islam sendiri yang patut malu? Jangan jadi macam ini sudah ler.

Baru-baru ini kita dibingitkan oleh orang yang benci dengan pelaksanaan hukum Allah di bumi Malaysia ini, bukan sahaja dia orang tak suka, bahkan cuba adu-domba supaya orang bukan Islam di Malaysia yang sememangnya kurang faham apa dia Hudud, supaya mereka ini tidak menerima Hudud. Dengan kata lain, biarkan Hudud itu difahami bukan Islam sebagai hukuman kejam. Betapa zalimnya orang seperti ini. Jawablah kamu di hadapan Allah di akhirat kelak!

Saya Bukan Gangster Melayu - Awie.

KUALA LUMPUR 14 Okt.- Penyanyi Rock yang juga vokalis Kumpulan Wings, Awie meminta agar tidak menggelar beliau sebagai seorang gangster Melayu berdasarkan penampilan beliau.
 
Jauh sekali dari pandangan sempit sebegitu, beliau sebenarnya seorang yang suka berlawak dan penyanyang terutamanya terhadap kanak-kanak.

Belanjawan PR adalah reformasi pentadbiran

KUALA LUMPUR, 14 OKT – Belanjawan Pakatan Rakyat bertemakan ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ bukan gula-gula politik kerana ia lebih realistik dan berdaya dilaksanakan tanpa kerajaan perlu berhutang berbilion ringgit.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara Belanjawan Pakatan dan Bajet Barisan Nasional.
“Tidak seperti pemberian duit oleh BN yang hanya untuk jangka masa pendek, kami sebaliknya telah mengambil pendekatan cermat dan teliti bagi memastikan bantuan wang sampai secara logik,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memberi contoh masalah yang akan timbul apabila BN memberikan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah, sebagai tambahan kepada RM100 bagi setiap seorang kanak-kanak untuk belanja sekolah dan RM200 bagi pelajar-pelajar pengajian tinggi.
“Untuk langkah sementara, Bajet BN yang mahu memancing undi pilihan raya umum akan datang dapat membantu meringankan beban yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup, terutamanya bagi kumpulan-kumpulan yang disasarkan.

Bajet BN 2012: Dana untuk Bumiputera atau pemimpin UMNO?

14 OKTOBER – Sebagai sebuah kerajaan yang mana parti tonggaknya berideologikan satu kaum, persoalan sering timbul tentang bagaimana ia mahu mengendalikan dana rakyat pelbagai kaum yang tersimpan di kantong negara untuk dipunggah dan diagihkan secara adil kepada semua.
Dalam Bajet BN yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan baru-baru ini yang berhasrat ‘memacu pembangunan masyarakat Bumiputera’, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diberi mandat untuk melaksanakan agenda dan menyalurkan bantuan dana kepada rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputera.

Budget One Off Melahirkan Masyarakat One Off

Oleh Nasrudin bin Hassan
 
1. Prinsip sesebuah belanjawan negara ialah memastikan imbangan pengurusan ekonominya dalam keadaan stabil, mantap dan berkeupayaan memacu pertumhttp://misterleaf.geckoandfly.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2011/10/malaysia_budget_2012.jpgbuhan yang rancak sekaligus membebaskan negara dari kemelut inflasi dan kesan parah ekoran ketidaktentuan graf ekonomi dunia lantas membantu, memelihara dan menyelamatkan rakyat dari penderitaan atau kesengsaraan angkara penyelewengan dan kepincangan dalam pengurusan ekonomi. Termasuklah Memulangkan hak kepada mereka yang berhak memilikinya.

Khalid nafi anak terima bantuan zakat

Ahli Parlimen Shah Alam menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai pelajaran anaknya di Timur Tengah.”Saya sendiri yang membiayai perbelanjaannya termasuk yuran pembelajaran dan kos sara hidup sehingga dia tamat (belajar).”Untuk pengetahuan, anak saya belajar di Jordan dari tahun 2001 hingga 2008. Sepanjang tempoh tersebut dia tidak menerima biasiswa daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya dalam entri terbaru di blognya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel di sebuah blog yang mendakwa anak Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor telah menggunakan wang zakat daripada LZS untuk membiayai pengajian anaknya di Asia Barat.

Video : MB Kaji Semula Kadar Sewa PKNS

Video : Rula Amin on Syria's Friday demonstrations

Video : Promo Sambutan 60 Tahun PAS ii

Video : Promo Sambutan 60 Tahun PAS

Video : Al Jazeera speaks to Louay Safi on Syria

Video : Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud

Bagi IC segera, Polis jangan hanya nafi

KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar segera menyiasat dakwaan berhubung kegiatan sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Kata Shamsul, dakwaan itu merupakan isu yang sangat serius melibatkan soal keselamatan negara dan polis tidak harus sekadar memberikan penafian.
“Pemberian kad pengenalan adalah satu pengkhianatan kepada negara yang membabitkan kedaulatam negara. Polis seolah-olah tidak peka dengan dakwaan ini dan hanya memberi kenyataan yang dianggap bodoh sombong,” tegas Shamsul.

RM55 Juta Tidak Lesap


SHAH ALAM 14 OKT : Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan bahawa wang RM55 juta untuk penyelengaraan infrastruktur negeri pada 2009 telah "lesap".

Sebaliknya, wang tersebut dimasukkan kembali ke dalam akaun penyelengaraan dan digunakan pada tahun 2010.

Dalam menjawab tuduhan Umno Selangor hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar parti Barisan Nasional itu membuktikan tuduhannya bahawa wang itu lesap.

Sultan Kedah Yang di-Pertuan Agong ke-14, Sultan Kelantan Timbalan

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Pemilihan diputuskan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.
Pemilihan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

MB -Kaji Semula Kadar Sewa PKNS

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kadar kenaikan harga sewa daripada RM 90 sehari kepada RM130 sehari yang bakal dikenakan kepada peniaga (gerai) di premis Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Langkah ini sebagai usaha untuk menyelesaikan dilema penyewa yang merasa terbeban atas kenaikan tersebut.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sentiasa memandang serius masalah yang dihadapi penyewa di premis berkenaan bahkan bersedia untuk bertolak ansur tentang kadar sewa yang bakal dinaikkan kelak.

Buku Seks Kelab Isteri Taat Anjur Seks Secara Berkumpulan ?


Kelab isteri taat mencetuskan kejutan demi kejutan di negara kita. Baru-baru ini mereka mengeluarkan buku panduan seks kepada para suami yang berpoligami khas hanya untuk ahli kelab tersebut sahaja.
Laporan mengatakan bahawa buku tersebut menganjurkan para suami berhubungan seks serentak dengan semua para isterinya. Buku tersebut menerangkan bahawa Allah menganugerahkan kelebihan istimewa kepada kaum lelaki untuk mengadakan hubungan jenis serentak dengan semua para isteri mereka.

OWC sex book a cheap stunt, says SIS

(Malaysian Digest) - Women's groups have hit out at the Obedient Wives Club' for its “explicit sex book” which called on a Muslim husband to have joint sex with all his spouses, reported The Star.
Sisters in Islam (SIS) acting executive director Ratna Osman called it a “cheap stunt” to get its name in the local and international media spotlight.
She said the group failed to look at the demands of society, which called for gender equality and progress in education.

“Apart from talking about a woman's subjugation to her husband and how to give him the best sex, they do not have anything concrete to contribute to society when we are facing many problems,” she said.

Sistem sosial negara perlu dirombak

SHAH ALAM - Sistem sosial di negara ini perlu dirombak secara menyeluruh dan memberikan lebih tumpuan kepada penghayatan cara hidup Islam yang bersifat holistik dalam membawa generasi muda negara ke arah yang lebih maju dan mantap.
“Peningkatan gejala sosial tidak timbul sekiranya pembangunan masyarakat berada dalam satu sistem sosial yang berkesan,” ujar Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor mengambil pendekatan supaya pihak masjid dan surau bertindak sebagai magnet dalam menarik golongan muda agar bersifat mesra dengan masjid dan surau.
“Masyarakat kini hanya mengenali Islam seperti ‘kulit bawang’ yang mengambil perkara tertentu seperti solat, haji, perkahwinan dan bukannya sebagai cara hidup secara keseluruhan.”

Hilangnya sakit tak semestinya hilangnya penyakit

Sakit dan penyakit itu adalah dua perkara yang berlainan. Saya pernah menulis isu ini lama dahulu di dalam blog ini.Saya akan terus kepada relevannya isu sakit dan penyakit ini kepada pimpinan parti UMNO/BN dan kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Masih ada ramai yang percaya yang UMNO akan masih di terima kerana kerajaan telah membentangkan belanjawan yang akan memulihkan sakit rakyat dan dengan bantuan ‘one-off’ sebanyak seribu dua itu akan mengembalikan sokongan ramai kerana orang ramai sudah hilang sakitnya dengan pembentangan belanjawan baru-baru ini.

Seseorang yang selalu menghadapi sakit kepala, telinga dan mata misalnya akan menghilangkan sakit-sakit itu dengan memakan panadol soluble dan berbagai ubat penahan sakit yang lain. Setiap kali selepas makan ubat penahan sakit itu sakit yang kita rasakan itu akan hilang, tetapi tidak beberapa ketika selepas itu sakit itu akan kembali dan kita menelan pil penahan sakit itu lagi.

Politik Gen Y

Oleh: MSK
Posting Revolusi Y aku buat dua hari lepas iaitu pada 11 Oktober.. Semalam aku post sekali lagi apabila posting yang pertama tersangkut.
Dalam posting Revolusi Y, aku tulis tentang dua perkara ini yang akan menyebabkan kebangkitan rakyat.
3.       Sistem pentadbiran kerajaan akan tumbang. Pengkalan data Imigresen, JPN, dan SPR akan dimanipulasi untuk memeberikan kemenangan kepada BN, dan ini akan menyebabkan tentangan

Pengundi Hantu

Oleh: MSK
Aku janji dengan Xenan untuk tulis tentang pengundi hantu ini. Tapi sebelum kita bincang dengan lebih lanjut, aku mau hangpa tolong set..apakah definasi “Pengundi Hantu”, mengikut fahaman hangpa. Dah set baru baca seterusnya. Kalau definasi kita tentang Pengundi Hantu ini banyak berbeza, kita ada masalah sebab pengertian kita berbeza. Kalau semua serupa, maknanya kita jelas tentang apakah “Pengundi Hantu”.
Sebelum bulan puasa yang lalu, aku dapat peluang untuk duduk pekena kopi O dengan Ong Boon keong dan Howie Ng di Penang. Ong BK adalah Penyelaras MEO-Net (Malaysian Election Observers Network) dan juga Pengerusi MALVU. (Malaysian Election Volunteers Union). Banyak maklumat boleh diperolehi darinya, sama ada apa yang dilakukan oleh SPR-BN…mahupun apa yang dibuat oleh parti-parti dalam Pakatan.

Apakah Bangsa Melayu Berpecah???

Oleh aboomuaz

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Aku selalu mendengar laungan demi AGAMABANGSA dan TANAH AIR, kita orang-orang Melayu mesti BERSATU. Kalau dulu... orang Melayu menggunakan huruf jawi... Alif (Agama), Ba (Bangsa) dan Ta (Tanah Air)... Hebat orang Melayu ni dalam mencari istilah untuk perjuangan.... Aku amat kagum dengan falsafah perjuangan ni.....

Persoalannya???

Ikan temenung bertambah temenung

Oleh mami minah

Hari ni rakyat mengeluh lagi... Sehari selepas Najib buat ucapan bajet, harga ayam proses naik sekilo RM10. Hari ni ayam sekilo RM8.70... itu pun harga kawan2... Kalau nak ikut label harga, depa tulis RM8.90.

Sebelum pi market tadi, mami makan roti canai dan bungkuih habuan mamu dengan anak-anak dirumah. Semua sekali dengan minum RM14.30. Mula2 tak dengar pak long tu bagi tau harga, tanya sekali lagi berapa semuanya, pak long tu mai kira satu-satu... Memang RM14.30...

UMNO oiii..pi lah didik MCA nuu jgn kacau DHPP...

Oleh  PUTERI BULAN

Puteri_Umno_060619.jpgTak cukup dok pelaga PAS dengan DAP, UMNO APCO ni meraban pula main nak pelaga PAS dengan DHPP. Main isu perkauman...tak jalan..orang tak layan..sekarang ni..main isu hudud pulak....

UMNO APCO ini cuba nak bermain api bila membuat kenyataan kononnya DHPP Kedah menentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Tak puas meneka dalam kesamaran..kononnya DAP menentang perlaksanaan hukum hudud..berjangkit pula kepada DHPP Kedah.

DAP tempelak kenyataan Zahrain satu sekolah untuk semua

Pengarah Biro Pendidikan Pemuda DAP Perak P. Sugumaran bertanya, "Di manakah salahnya sistem pendidikan sekolah pelbagai aliran di negara ini?
PETALING JAYA: DAP hari ini menempelak ahli Parlimen bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan mendakwa kenyataan beliau  meminta kerajaan memperkenalkan satu sekolah untuk semua dan menghapuskan sekolah pelbagai aliran berkemungkinan besar boleh membawa ketegangan kaum.
Pengarah Biro Pendidikan Pemuda DAP Perak P. Sugumaran bertanya, “Di manakah salahnya  sistem pendidikan sekolah pelbagai aliran di negara ini?
“Adakah beliau menuding jari pada kelakuan seorang individu atau pun dasar pendidikan negara yang diamalkan sejak zaman sejarah?

Lembah Pantai hawkers forced out

They are being moved by DBKL to a haphazardly constructed alternative site much like their Little India counterparts months earlier.
KUALA LUMPUR: Haphazard and indiscriminate planning is causing a lot of suffering to dispossessed Lembah Pantai traders.
In repeat of the Little India hawker episode, the traders are being told by KL City Hall (DBKL) to move their businesses to a temporary centre off Jalan Pantai Permai.
They will have to share the cramped Bazaria centre with at least 130 other hawkers. None of them know, however, how long they are to be located there.
Sundry shop owner Dhaiful Amran Kasim, 38, owned a roadside stall along Jalan Pantai Permai for over 3 years.
He used to earn RM70 a day selling cigarettes, snacks and other items. He was then moved to Bazaria three days ago, losing his regular clientele in the process.

Jangan lupa ‘road show’ Umno perkecil Raja-Raja

SUNGAI PETANI, 14 Okt: Tidak mustahil Umno Barisan Nasional (BN) mencari jalan muslihat dan penipuan bagi memastikan kuasa yang ada tidak hilang.
Ini termasuklah penipuan dalam undi pos, sepertimana yang dibangkitkan acap kali.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata demikian, ketika menyampaikan ceramah beliau di Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, malam tadi.
Menurut beliau lagi, BN menyedari undi popular yang berjaya diraih mereka di Semenanjung hanyalah sebanyak 46 peratus jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat sokongan sebanyak 52 peratus.
"Berdasarkan kepada kenyataan ini, BN terpaksa melakukan apa jua tindakan bagi memastikan kemenangan mereka berulang. Isu rasis dan agama akan menjadi topik penting untuk dipermainkan bagi meraih sokongan.
"Kita jangan lupa pada fakta dan sejarah 1993, di mana Umno membuat 'road show' dengan memperkecilkan kedudukan Raja-Raja. Begitu juga dengan fakta sejarah yang menyatakan Dr Burhanuddin Al Helmy adalah pejuang.

Understanding anti-Malaysianism in Indonesia

Farish A. Noor

OCT 14 — And so, as it happens time and again, there appears to be yet another diplomatic spat looming over the horizon between Malaysia and Indonesia. The cause of it, this time round, is a dispute over border-land markers somewhere in East Malaysia/Kalimantan that appear to have been moved by persons yet unknown and unidentified. Some Indonesian legislators have called for an investigation, while others have tried to ease tension by saying that spurious accusations without proof are useless at this stage.
I will not comment on the exact circumstances and details of this dispute, for I am frankly in the dark about what really happened — along with millions of other Malaysians and Indonesians. Thus far according to some accounts it has been suggested that some of the border-markers may even have been moved by Indonesians themselves, who seem to think it would be better to live in Malaysia. Should that be the case, however odd and unlikely, it would still be a legal matter that has to be investigated before any resolution can come.

Malaysia’s rich spend mostly on cars, yachts and planes

KUALA LUMPUR, Oct 14 — When they have some extra cash to blow, Malaysia’s rich prefer splurging on a fancy new set of wheels, luxurious yachts or private jets, the Asia-Pacific Wealth Report 2011 has revealed.
These big spenders see less glitter or glamour in jewellery or swanky watches, unlike their rich Southeast Asian counterparts in Singapore, who prefer burning bucks on these sparkling adornments.
Last year, 46 per cent of Malaysia’s rich invested their ringgit in luxury collectibles like cars, boats and jets, the highest percentage of any country within the Asia-Pacific region.
In 2010, 46 per cent of Malaysia’s rich invested their ringgit in luxury collectibles like cars, boats and jets, the highest percentage of any country within the Asia-Pacific region. — Reuters file pic
The region’s average topped at just 30 per cent, with Malaysia leading the list and followed by Taiwan at 38 per cent, Indonesia 36 per cent, China 35 per cent, Japan and Australia tied at 30 per cent, South Korea 28 per cent, Hong Kong 23 per cent, India 21 per cent and Singapore, merely six per cent. Twenty-four per cent of Malaysia’s rich chose jewellery over gleaming sports rims while 16 per cent took a fancy to acquiring rare collectibles like special wines or old coins.
A small 10 per cent thronged art galleries to spruce up their collections while others invested in their favourite sports teams and other miscellaneous “investments of passion”.

100, 000 orang dapat faedah skim SPKP Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setakat ini 300 permohonan diluluskan.
PETALING JAYA: Lebih 100, 000  rakyat Selangor akan menerima manfaat di bawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian (SPKP) yang membolehkan  mereka memiliki kediaman dengan bayaran premium serendah RM1,000.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setakat ini 300 permohonan diluluskan.
Mengenai nilai tanah di sekitar Petaling Jaya, beliau mengaku mempunyai nilai yang tinggi sehingga memberi bebanan kepada rakyat untuk membayarnya.
Menerusi skim ini rakyat berpeluang membayar hanya RM1,000 dengan pemilikan tanah sehingga 99 tahun.
“Nilai tanah di Petaling tinggi. Jika ada 10, 000 kaki persegi dengan harga RM100 nilainya hampir RM1 juta. Rakyat perlu bayar satu perempat  daripada harga itu iaitu RM25,000.

Mustahil Anwar Meliwat

PULAU PINANG 13 OKT : Seorang pesara tentera yang mengalami sakit tulang belakang yang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya Ketua Pembangkang itu kini mampu melakukan hubungan seks dengan sempurna kerana penyakit itu menjejaskan kekuatan tenaga batin.
Ini kerana penyakit yang dialami Anwar itu menjejaskan tulang belakang kata Hashim Othman, bekas askar infantri di sini.

Setelah 50 tahun Menanti, Penduduk Lega Status Pajakan Tanah Diperbaharui

PETALING JAYA : Setelah menunggu hampir 10 hingga 50 tahun berkenaan status tanah dan rumah pusaka yang diduduki, akhirnya penduduk di sekitar Petaling Jaya(PJ) dan Puchong  menarik nafas lega di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini kerana sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) di Daerah Petaling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kira-kira 70 penduduk menerima surat pembaharuan tempoh pajakan kepada 99 tahun daripada kerajaan Selangor. 

AMK jelajah Malaysia pertahan Anwar, bongkar Scorpene

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) akan menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
Dalam siri jelajah yang dinamakan ‘Jelajah Untuk Muafakat & Penyebaran Maklumat’ atau ‘Jumpa Rakyat’ itu, AMK akan membongkar pelbagai isu semasa termasuk perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan skandal Scorpene.

Najib perlu henti guna duit rakyat untuk naik imej

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa agar berhenti menggunakan duit rakyat semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di peringkat antarabangsa.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Najib juga perlu memohon maaf kerana menghabiskan RM84 juta wang pembayar cukai untuk membayar perunding antarabangsa, FBC Media.
“Najib perlu minta maaf pada rakyat kerana ini merupakan satu pembaziran. Rakyat miskin perlukan bantuan tetapi kerajaan sewenang-wenangnya menggunakannya (untuk menaikkan imej),”
“Belum pernah didengari PM mana-mana negara menggunakan peruntukan sebegitu besar semata-mata untuk menaikkan imej mereka sendiri,” katanya kepada Keadilandaily.com.

JPJSBB ragu dan kecewa atas laporan yang dikemukakan

Semasa sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat baru baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan mengatakan bahawa pihak kerajaan memberi jaminan di mana bangunan-bangunan di Jalan Sultan tidak akan dirobohkan semasa kerja pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT).  Akan tetapi, pihak MRT juga tidak akan melencongkan laluan asal dan tiada jaminan untuk memulangkan tanah yang digunakan kepada pemilik asal.

Ahli Jawatankuasa Pemeliharaan Jalan Sultan dan Bukit Bintang (JPJSBB) memberi sokongan atas keputusan pihak kerajaan tidak merobohkan kedai di Jalan Sultan, Bukit Bintang dan Jalan Inai untuk pembinaan laluan MRT.  Akan tetapi, pihak kerajaan masih tidak bersetuju untuk melencongkan laluan asal dan tiada jaminan untuk mengembalikan tanah kepada pemilik asal adalah mengecewakan.  Keputusan ini merupakan suatu tindakan di mana pihak kerajaan menafikan hak rakyat untuk memiliki aset hartanah.

Khalid: Better than all past Umno MBs combined but can he retain S'gor?

Khalid: Better than all past Umno MBs combined but can he retain S'gor?They called it the “broom syndrome” before March 2008. The household broom is oddly enough considered as taboo, inauspicious or inviolable in many societies. Kids are often reminded of the iniquitous witch riding a broom in the celestial firmament. The broom is also considered to bring bad omen by many – never hit a child with a broom, never sweep the house when night falls, never place the broom where you are having your meal, never point at someone with a broom, never keep a broom high up a place, never put a broom at the doorway as it would not bring in wealth.  What more, never dish out brooms to those who have underperformed in their work! The “broom syndrome” – a blessing in disguise  ̶   did make an impact in the March 2008 General Election in Selangor. It saw the state of Selangor falling to the Opposition.

JAMAIE: Umno tolak hudud, "luar biasa"

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PENGERUSI JARINGAN NGO ISLAM PERAK ( JAMAIE )
Saya terpanggil untuk membuat kenyataan paling penting mengenai polemik kefahaman dan perlaksanaan hukum hudud yang sudah berminggu-minggu dibincang di dada-dada akhbar. Khusus mengenai pandangan Professor Atory Hussin &   Prof. Madya Dr.S. Pandian di Akhbar Sinar Harian muka 2 edisi 12/10/11.
Perbincangan tentang hudud diakhbar-akhbar perdana adalah disekitar tuduhan bahawa isu hudud adalah mainan politik PAS dan PAS akan terus gagal melaksanakan hudud kerana DAP menentang.Dibincangkan juga betapa isu hudud ini adalah duri dalam daging yang akan menggugat hubungan dalaman Pakatan Rakyat.Digambarkan bahawa pelaksanaan hudud tidak akan pernah seeuai kerana majmuknya negara ini.

NCO: PKR kesal dengan respons Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan jawapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung keraguan mereka terhadap Projek Network Centric Operation (NCO) yang diserahkan secara tender terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd.
Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden PKR hari ini mempertikaikan jawapan menteri berkenaan yang disifatkan mereka tidak mempunyai perancangan yang menyeluruh dan hala tuju tepat.

Pamer 40,000 nama, SPR didesak telus

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mempamerkan 40,000 nama yang telah ada di dalam daftar pemilih tetapi belum dapat dikenalpasti identiti sebenar, mengesahkan senarai pemilih tidak bersih.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan berkata, biarpun mengalu-alukan tindakan SPR itu, namun pihak mereka terkilan dengan dolak-dalih suruhanjaya itu selama ini seolah-olah tidak percaya dengan pendedahan mereka berhubung perkara itu.

Saya serah kepada polis - Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

40 ribu nama diragui, apa jadi dengan ALIS

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pendedahan wujud 40,000 pemilih 'diragui' yang mahu dipamer oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada umum menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan Agency Link-Up System (ALIS).

ALIS iaitu satu sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ianya digunakan bagi mengenalpasti individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warga negara.

Projek Hospital Shah Alam: Kerajaan tanggung lebihan kos RM70 juta

Akhirnya, Gadang Holdings Bhd yang "direstui" Kementerian Kerja Raya (KKR) memperolehi projek Hospital Shah Alam, mungkin dilihat sebagai tanda noktah kepada kemelut yang berlaku sekian lama.  Namun demikian, di sebalik kemelut ini, timbul pertikaian ketidaktelusan dalam kementerian kerajaan, di mana KKR menyerah projek ini kepada Gadang tanpa melalui Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, dan mengakibatkan kerajaan perlu menanggung lebihan kos setinggi RM70 juta.

Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia pada 10 Oktober 2011, Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikatnya Gadang Engineering (M) Sdn Bhd telah memperolehi projek Hospital Shah Alam, dengan kontrak bernilai RM410.87 juta.  Projek ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Serangan ke Jantung UMNO

Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada sebelah siang, tidak mengalih pandangan untuk perbincangan soal sejarah yang sekian lama dimanipulasi sebagai alat parti pemerintah.  Lebih 120 orang memenuhi ruang dewan yang sepatutnya hanya mampu memuatkan 100 orang sahaja.  Rata-rata adalah anak muda selain tokoh politik dan ahli akademik.

Memandang keadaan dan minat yang tak pernah terasa begini hebat, terutama sejak Reformasi 1998, subjek sejarah kini menjadi hantu yang bergantayangan di kepala pemerintah.  "Mampukah sejarah menumbangkan UMNO-BN?" begitu soalan yang kemudiannya menyusul.  Terlebih dahulu saya siapkan halaman karangan yang dibahagi-bahagikan kepada hadirin yang hadir.

Sindiket IC: Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah

KUALA LUMPUR, 14 Oktober: Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.

Saman fitnah: Mahkamah arah Utusan bayar MP Shah Alam RM60,000

Ahli Parlimen PAS Khalid Samad. ─ Foto fail
KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu. Wakil rakyat Shah Alam itu menang dalam kes saman ke atas akhbar milik Umno pada 30 September lalu.
Artikel itu bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September 2009.
Hakim Mahkamah Tinggi Komersial Dr Prasad Sandosham Abraham mengeluarkan perintah kepada Utusan dan Ketua Pengarang kumpulan itu Datuk Abdul Aziz Ishak agar membayar ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu.

Pengundi diragui: Langkah SPR bukti daftar ragukan, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mempamerkan 40,000 nama pengundi, yang dikategorikan sebagai kumpulan diragui untuk mendapatkan maklum balas maklumat yang sahih dan tepat.
Bagaimanapun sayap parti Islam itu yang secara berterusan mempertikaikan kesahihan daftar pemilih berkata, pihaknya cukup terkilan dengan sikap Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) yang sebelum ini sering berdolak-dalik berkenaan dengan isu yang cukup serius ini.

Kumpulan POKAI berdemo di Alor Setar

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Persatuan Orang Kedah Anti Inflasi atau POKAI hari ini mengadakan demostrasi aman bagi menggesa kerajaan memantau harga barang yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Seorang anggota kumpulan itu, Mohd Azizi Abdullah, 35, berkata kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini seperti ayam, sayur, cili merah dan bawang dilihat sangat keterlaluan dan menindas masyarakat terutamanya di luar bandar.

"Masyarakat di kawasan ini (Kuala Kedah) hanya bekerja sebagai nelayan dan petani. Jadi kenaikan harga barang amat dirasai dan membebankan kami.

India dakwa bekas menteri pilih kasih terima RM351 juta, Maxis nafi


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Polis India mendakwa pembelian saham oleh Astro, yang kadarnya “dinaikkan terlalu tinggi”, dalam Sun Direct TV telah membawa kepada pemberian ganjaran secara tidak sah RM351 juta kepada bekas menteri telekomunikasi negara itu Dayanidhi Maran dan adiknya Kalanithi.
Biro Siasatan Pusat (CBI) India berkata menteri itu telah menafikan pengurniaan tujuh lesen dan kemudahan-kemudahan kepada Aircel, sekali gus memaksa pemiliknya C. Sivasankaran menjual 74 peratus pegangan kepada syarikat telekomunikasi Maxis.
Bagaimanapun The Star hari melaporkan Maxis dan Astro, yang dikuasai orang kaya T. Ananda Krishnan (picture), telah menghantar surat kepada CBI menafikan dakwaan-dakwaan itu.
Astro berkata ia telah mengadakan kerjasama dengan syarikat penyiaran satelit itu sejak 1996.

Kelantan Perlu Wujudkan Anugerah Sastera

KERAJAAN negeri Kelantan akan membentang Bajet 2012 pada 17 Oktober ini. Biasalah Bajet itu akan menyenaraikan peruntukan yang akan digunakan pada tahun depan di samping menunjukkan unjuran pendapatannya.

Selalunya Bajet negeri akan mengikut selera Bajet Persekutuan. Misalnya, kalau semasa Bajet persekutuan baru-baru ini Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan beberapa insentif untuk rakyat yang diberi secara one-off , maka Bajet Kelantan juga dipercayai berbuat demikian, dan ia sedang ditunggu.

Walaupun tidak banyak, tetapi sekadar termampu kerajaan Kelantan tetap akan memberi insentif dan habuah kepada semua lapisan rakyatnya, dari pegawai kerajaan, badan swasta, nelayan, petani dan juga para penganggur. Kerajaan Kelantan tidak pernah 'kupik' untuk membantu rakyat Kelantan tanpa memilih bulu dan jambul.

Kazakhstan Larang Surau Dalam Pejabat Kerajaan


Almaty: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev semalam meluluskan undang-undang ketat yang melarang surau dibina di dalam bangunan kerajaan, langkah yang dilihat bertujuan menyekat pengaruh militan tetapi dikecam ulama negara itu dan Barat.

Gambar: PM Malaysia Mohd Najib disambut oleh Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev sewaktu lawatannya ke negara tersebut baru-baru ini.

Nazarbayev, 71, memerintah Kazakhstan lebih 20 tahun sebagai pemerintah kuku besi sekular. Sehingga tahun ini, negara yang didiami seramai 70 juta penduduk Islam berusaha mengelak daripada keganasan yang dilihat berlaku di tengah Asia, negara bekas Soviet seperti Uzbekistan dan Tajikistan.

Pemimpin Umno..Lu Orang Kena Baca Surat Khabar Nii..


Lu Orang Sendiri mau Pikir brader...

Anak: Ramai lagi peneroka akan saman Felda

"Peneroka di Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu telah menyaman Felda. Sehingga ini tujuh atau lapan kes telah difailkan ke atas Felda," kata Mazlan Aliman.
PETALING JAYA:  Lebih ramai peneroka di seluruh negara akan menyaman Felda dalam masa terdekat, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Beliau berkata, tuntutan saman itu bukan berlaku di tempat tertentu tetapi merebak di seluruh negara.
“Peneroka di Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu  telah menyaman Felda. Sehingga tujuh atau lapan kes telah difailkan ke atas Felda.
“Dan yang terbaru ialah membabitkan para peneroka di Kertih 1 dan Kertih 2 di Terengganu menyaman Felda membabitkan 77 orang,” katanya mengulas tindakan peneroka berkenaan yang menyaman Felda semalam.

Video : Saya Tak Isi Borang UMNO - Awie

Video : Pendatang Asing Masuk Ke Malaysia Beramai-Ramai

Video : Today in History for October 14th

Video-Bajet 2012: Reaksi warga kota, golongan pertengahan

Guna Khidmat FBC Media sokong Israel, Najib digesa minta maaf

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak perlu meminta maaf secara terbuka terhadap rakyat di negara ini berhubung kos sebanyak RM84 juta yang dibayar kepada syarikat perunding luar, FBC Media.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, permohonan maaf itu juga perlu dilakukan terhadap umat Islam di Malaysia, kerana penglibatan FBC yang menyokong tindakan tentera zionis dan menghina Nabi Muhammad.
Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution baru-baru ini bahawa FBC menyokong tindakan Israel menyerang kapal misi bantuan ke Gaza dan memburukkan imej junjungan besar  umat Islam itu.

Adakah Malaysiakini dijual pada Umno?


Steven Gan
Apabila kami melancarkan Malaysiakini 11 tahun lalu, kami sedar bahawa sukar untuk laman web yang masih bertatih untuk memberikan sebarang kesan politik. Pengguna Internet masih sedikit, malah modem 56k ketika itu juga tidak membantu.

Kami salah.

Memberikan dampak politik kerja mudah. Hanya segelintir wartawan pada masa itu berani bertegas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus menjadikan kami menonjol.